ifolio.ukm.my · web viewpada 8 hingga 10 mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan...

11
KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF LAPORAN PROGRAM KEJOHANAN PIALA DEKAN 2015 8-10 MEI 2015 EIZYAN IZZATI BINTI SAMSUDIN A 145640 AJK PROTOKOL DAN PROGRAM

Upload: others

Post on 07-Jan-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewPada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16

KEMAHIRAN KREATIF DAN

INOVATIF

LAPORAN PROGRAM KEJOHANAN PIALA DEKAN 2015

8-10 MEI 2015

EIZYAN IZZATI BINTI SAMSUDIN

A 145640

AJK PROTOKOL DAN PROGRAM

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewPada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16

PENDAHULUAN

Pada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16 ahli jawatankuasa beserta 12 orang pengadil telah terlibat dalam Program Kejohanan Piala Dekan yang diadakan di padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga gelanggang badminton Kolej Keris Mas (KKM).

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat kesukanan dan kepimpinan dalam diri setiap mahasiswa/i FST. Mereka akan berasa terpanggil untuk menyertai program kesukanan seperti ini kerana berdekatan dengan kolej kediaman mereka. Secara tidak langsung, mereka akan bersukan melalui penyertaan dalam program ini setelah sekian lama mereka terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan kerja yang diberikan oleh pensyarah. Di samping itu, mahasiswa/I akan memiliki daya intelek dan bersahsiah tinggi sepanjang menimba ilmu pengetahuan walau di mana sahaja. Selain itu, hubungan silaturahim antara mahasiswa/I dapat dieeratkan.

Pengisian program yang dilangsungkan adalah permainan badminton beregu dan perseorangan, permainan bola tampar untuklelaki, permainan bola tampar untuk perempuan, permainan futsal dan permainan bola jaring. Perlawanan badminton diadakan di gelanggang badminton Kolej Keris Mas (KKM) manakala perlawanan yang lain diadakan di padang UKM. Pihak pengadil juga dijemput untuk mengadili perlawanan tersebut dengan saksama. Pihak Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) berada di kawasan permainan kerana mahu memastikan jika berlaku sebarang kecederaan yang dialami oleh peserta, mereka akan bertindak dengan serta-merta. Pihak ahli jawatankuasa program menyumbang tenaga dalam ‘person in charge’ mengikut jadual yang telah diatur oleh saya bagi memastikan kelancaran sepanjang perlawanan berlangsung.

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI AJK PROTOKOL DAN PROGRAM

Saya selaku ahli jawatankuasa protokol dan program bagi tahun dua telah berganding bahu bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain untuk memastikan program ini dapat berjalan lancar serta memuaskan hati semua pihak terutamanya para peserta Fakulti Sains dan Teknologi. Saya memantau dan memberi arahan kepada ahli jawatankuasa yang lain agar dapat memberi kerjasama dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program. Saya memastikan agar para peserta perlawanan tidak mengalami sebarang kesulitan semasa program dan menawarkan pertolongan jika mereka mengalami kesulitan.Saya memberi arahan kepada beberapa orang ahli jawatankuasa bersama-sama saya untuk melakukan tugas protokol semasa majlis penutupan program mengikut agihan kerja dan jadual yang telah diatur.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewPada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16

Para ahli jawatankuasa termasuk saya dapat mempelajari cara menguruskan program yang tidak pernah kami lakukan selama ini. Sesuai dengan kemahiran kreatif dan inovatif, daripada menyelesaikan masalah secara mengharapkan bantuan orang lain, kami dapat menyelesaikan masalah secara kendiri, daripada kurang rasa berbakat dalam menghias pentas sedia ada untuk malam penutupan program, kami mampu menonjolkan bakat menghias pentas menggunakan barang-barang sedia ada dan daripada kurang bijak menyumbang idea dalam penghasilan banner, logo dan banting program, kami berupaya mencipta idea untuk menambah seni pada banner, logo dan juga banting program.

Permasalahan sepanjang program:

1. Pengubahan tarikh perlawanan2. Penukaran aktiviti dan penarikan diri peserta daripada perlawanan3. Kurang penonton

Permasalahan yang pertama:

Pada asalnya, program ini sepatutnya diadakan pada 8, 9, 10, 16, 17 Mei 2015. Tetapi, terdapat permasalahan yang berlaku antara program ini dan pihak sukan. Jadi, perlawanan yang diadakan pada 16 dan 17 Mei 2015 telah dianjak ke 8, 9 dan 10 Mei 2015. Jadi, permasalahan yang berlaku adalah untuk menyusun semula semua perlawanan pada 8, 9, 10 Mei tanpa menyebabkan berlakunya pertindihan semasa perlawanan bagi sesebuah kelab. Saya pula diberitahu tentang perkara ini pada hari Selasa dalam minggu perlawanan. Jadi, saya telah mengadakan perbincangan dengan anak buah saya bagi mencari idea untuk menyusun semula jadual perlawanan. Saya mempelajari teknik pengurusan jadual perlawanan. Ini berkaitan dengan kemahiran pengurusan. Ini kerana, menyusun semula jadual perlawanan bukan tugas yang mudah kerana saya perlu memastikan semua kelab tidak mempunyai pertindihan masa perlawanan. Hal ini kerana penyertaan bagi program ini ialah setiap peserta boleh bermain sekurang-kurangnya dalam tiga perlawanan yang dipertandingkan.

Permasalahan yang kedua:

Permasalahan ini berlaku ketika hari perlawanan. Insiden yang berlaku adalah apabila pada hari kejadian, terdapat ramai kelab yang masih tidak membayar yuran penyertaan. Ini menyebabkan mereka tidak boleh menyertai perlawanan kerana telah melanggar syarat penyertaan perlawanan. Terdapat juga kelab yang menarik diri daripada perlawanan pada saat-saat akhir. Ini menyebabkan jadual perlawanan telah berubah dan berlaku banyak perselisihan faham antara pihak urus setia dan peserta. Sepanjang program, saya dan ahli jawatankuasa protokol yang lain telah ditugaskan sebagai urusetia. Dengan berlakunya banyak masalah sepanjang program dan perselisihan faham antara pihak urusetia program dan peserta telah melatih saya untuk berfikiran kreatif dan inovatif bagi mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewPada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16

Permasalahan yang ketiga :

Permasalahan ini terjadi semasa majlis penutupan program. Pada majlis penutupan, perlawanan badminton peringkat akhir dilakukan. Namun, penonton yang hadir memberikan sokongan sedikit. Ini menimbulkan permasalahan kerana majlis penutupan ini dihadiri oleh Dekan Fakulti SainsdanTeknologi sendiri. Jadi, perkara yang saya lakukan adalah membuat hebahan dalam media sosial mengenai majlis penutupan program ini. Alhamdulillah, ramai penonton mula hadir tidak lama selepas itu. Pada majlis penutupan, saya juga sibuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam post jamuan. Permasalahan yang timbul adalah apabila makanan katering untuk jamuanVIP lambat dihantar kerana pihak katering telah terbabit dalam kemalangan kecil. Dalam masa yang sama, saya perlu memantau supaya program berjalan dengan lancar. Saya juga bersyukur kerana majlis penutupan program pada malam tersebut tetap berjalan mengikut jadual.

PENUTUP

Alhamdulillah, program Kejohanan Piala Dekan pada tahun ini telah dapat berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa permasalahan. Hasil kerjasama ahli-ahli jawatankuasa mahupun bukan jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program ini telah menjadikan hari keluarga ini sebagai satu pengalaman yang berguna kepada semua. Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif menyebabkan perancangan program yang dirancang selama tiga bulan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sepanjang majlis berlangsung. Segala permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan mudah dan cepat dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang sangat bersatu padu bagi menjayakan majlis.

BUKTI

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewPada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16

Banner Program Kejohanan Piala Dekan FST 2015

Logo program

Banting program

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewPada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16

Jadual perlawanan

Carta perlawanan suku akhir

Saya(bertudung corak putih coklat) berbincang dengan Ketua AJK

Protokol tentang pembayaran yuran peserta di meja urus setia

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewPada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16

Saya(bertudung hijau kebiruan) sedang menyemak kumpulan yang akan

bertanding untuk mereka bersedia bertanding

Perlawanan badminton beregu sedang berlangsung

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewPada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16

Prof. Dr. Sahrim Haji Ahmad bersama-sama YDP PMFST,

Muhammad Ameerul Amin dan pengarah program, Noor Fahmi Zaharuddin

Saya(barisan hadapan, lima dari kiri) bergambar bersama-sama

ahli jawatankuasa Kejohanan Piala Dekan FST 2015

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewPada 8 hingga 10 Mei 2015, seramai 19 daripada 22 kelab telah terlibat dan jumlah peserta bagi Kejohanan Piala Dekan FST 2015 ialah seramai 450 orang, 16