watak istana menanti

2
WATAK DAN PERWATAKAN Fadhil (watak utama) (a) Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah. Dia berusia 15 tahun. (b) Dia suka akan subjek sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah. (c) Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh. Dia berfikir panjang dalam berbuat sebarang keputusan. (d) Dia bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung Datuk. (e) Fadhil menghormati orang tua juga. Dia meminta izin daripada kedua- dua orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk. Ah Seng (a) Ah Seng ialah kawan baik Fadhil dan sebaya dengan Fadhil. (b) Dia anak kepada peniaga barang- barang runcit iaitu Encik Leong dan Puan Lily. (c) Dia mempunyai minat dan cita- cita yang sama dengan Fadhil, iaitu ingin bergelar ahli sejarah suatu hari nanti. (d) Kadangkala sikapnya lepas laku dan terlalu mengikutkan perasaan. Ketika sedang mendaki bukit, dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung-burung bertempiaran lari. (e) Suka makan; dia tetap berselera untuk makan meskipun dalam kesusahan. Ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam bilik, dia tetap berselera untuk makan. Ramasamy (a) Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng. Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng serta mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu. (b) Dia anak kepada Encik Shanti dan Pn. Mary. (c) Dia berani. Contohnya; ketika menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng, Ramasamy dan kawan- kawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki. Dia mahu melawan orang-orang jahat itu tetapi dihalang oleh Khairil. Tuk Ngah (a) Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi, Rembau. Usianya hampir 80 tahun. (b) Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau banyak tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara. (c) Beliau banyak pengalaman. Beliau pernah melalui zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman darurat sebagai akibat pemberontakan pengganas komunis. (d) Tuk Ngah masih sihat, kuat, dan bertenaga. Beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng. Khairil Anuar Dolah (a) Dia lelaki tua yang berusia dalam

Upload: mingtung

Post on 02-Jul-2015

2.041 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: watak istana menanti

WATAK DAN PERWATAKAN

Fadhil (watak utama)

(a) Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah. Dia berusia 15 tahun.

(b) Dia suka akan subjek sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah.

(c) Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh. Dia berfikir panjangdalam berbuat sebarang keputusan.

(d) Dia bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harusdibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung Datuk.

(e) Fadhil menghormati orang tua juga. Dia meminta izin daripada kedua-dua orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk.

Ah Seng

(a) Ah Seng ialah kawan baik Fadhil dan sebaya dengan Fadhil.

(b) Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong dan Puan Lily.

(c) Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil, iaituingin bergelar ahli sejarah suatu hari nanti.

(d) Kadangkala sikapnya lepas laku dan terlalu mengikutkan perasaan.Ketika sedang mendaki bukit, dia ketawa dan bersuara kuat danberlagak seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung-burung bertempiaran lari.

(e) Suka makan; dia tetap berselera untuk makan meskipun dalam kesusahan. Ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam bilik, dia tetap berselera untuk makan.

Ramasamy

(a) Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng. Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng serta mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu.

(b) Dia anak kepada Encik Shanti dan Pn. Mary.(c) Dia berani. Contohnya; ketika menyusuri terowong

untuk mencari Ah Seng, Ramasamy dan kawan-kawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki. Dia mahu melawan orang-orang jahat itu tetapi dihalang oleh Khairil.

Tuk Ngah(a) Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu

Seperi, Rembau. Usianya hampir 80 tahun.(b) Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau banyak

tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.

(c) Beliau banyak pengalaman. Beliau pernah melalui zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman darurat sebagai akibat pemberontakan pengganas komunis.

(d) Tuk Ngah masih sihat, kuat, dan bertenaga. Beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng.

Khairil Anuar(a) Dia penuntut di Universiti Putra dan berusia dalam

lingkungan 30 tahun.(b) Tubuhnya gempal.(c) Berani. Dia bersendirian ke Istana Menanti semata-

mata untuk mengkaji sejarah istana lama itu. Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan, terserempak denganular sawa, dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketikamencari jalan keluar dari terowong.

(d) Khairil bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau.

(e) Dia prihatin, bertanggungjawab, dan mengambil berat. Meskipunbaru mengenal Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng, dia amat mengambilberat akan keselamatan mereka.

Dolah(a) Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan kawan Tuk Ngah semasa kecil.(b) Dia mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketua pasukan ke-10, Parti Komunis Malaya.(c) Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar tahun 1960-an tetapi kembali ke tanah air semula empat puluh tahun kemudian selepas memperoleh pengampunan daripada kerajaan Malaysia.

Page 2: watak istana menanti

WATAK DAN PERWATAKAN