wasa il ilmu al kalam

Upload: drs-islyas-mahyudin

Post on 10-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    1/14

    Ini Risalah yang dinamakan dia

    WAS-IL ILMU AL-KALMWA RAFAT WA RAHMAT LI AL-AWM

    Pada bicara hukum-hukum akal dan sedikit-sedikit lagi istilah ulama

    Ushuluddin untuk anak cucuku dan yang daif-daif Muslimin dan Muslimat

    yang suka mulai belajar humbi dan asal ugama Islam dengan secara didikan

    ulama dahulu-dahulu pada melepas tubuh badan daripada masuk ke dalam

    neraka tatkala masuk pada umur yang kelima

    Menghimpunkan dia oleh

    ABDULQADIR BIN WANGAH

    Wakaf Budi, Sekam

    Harap bahawa rata manfaatnya dan mendapat balasan

    daripada Tuhan Yang Ghani

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    2/14

    2

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

    Puji-puji bagi Allah, Tuhan yang memberi Ia kepada kita akal pikiran, dengan Dia dapat

    kita jagakan nyawa dan tubuh badan. Salawat dan salam Allah di atas pengulu sekelian

    Rasul dan Utusan, dan juga di atas sekelian kaum keluarganya dan taulan.

    Ketahuilah olehmu, hai saudara-saudara Muslimin dan Muslimat, bahawa humbi

    dan sebesar-besar perkara yang mesti di atas kita itu ialah kenalkan Allah Taala dan

    RasulNya, iaitu sebagai yang tersebut di dalam kitab-kitab ulama, yakni yang alim-alim,

    yang pandai-pandai itu, ialah dengan menengahi mengetahui dan renti perkara-perkara

    yang tiga bangsa, yang bersakut paut dengan keduanya, ialah hukum-hukum akal yang

    tiga.

    Maka hukum-hukum akal itu banyakdah orang-orang kita ingat dan tahu nama-

    namanya, tetapi barangkali banyak lagi orang-orang yang tak kenal tuannya dan

    perkaranya. Oleh itu cuba saudara-saudara sudi perati, sertapelaga dan banding dengan

    ibarat-ibarat

    3

    ulama pengarang-pengarang yang dahulu-dahulu dengan insaf. Janganlah selalu tolak dan

    juga selalu percaya sebelum faham dan sebelum renti. Kerana Tuhan beri kepada kita

    nikmat akal itu ialah setengah daripada perkara yang amat besar, yang tak patut kita guna

    dengan dia pada perkara yang berharga murah jua, dan juga halak beri menang nafsu

    daripada dia, maka jadi sia-sialah nikmat akal yang berharga mahal itu. Maka jadilah

    bermaknanya kita tolak perkara yang baik, tak beri jaga kita. Dan kita halakberi nafsu

    dan syaitan-syaitan menjahanamkan kita kepada bersama-samanya ke dalam neraka, na

    zubillah min zlik.

    Ketahui olehmu bahawasanya hukum-hukum akal itu ialah tiga bahagi :

    (1) Wujb

    (2) Istihlat

    (3) Jawz.

    Wujb itu bahasa Arab, Melayunya mesti. Istihlat itu bahasa Arab juga,

    Melayunya tidak.Jawz itu pun bahasa Arab juga, Melayunyapadan ataupatut. Adapun

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    3/14

    Wjib, bahasa Arab juga, Melayunya perkara atau benda yang mesti. Mustahlpun

    bahasa Arab juga, Melayunyaperkara atau benda yang tidakatau benda hak dak.

    4

    Jiz itupun bahasa Arab, Melayunyaperkara yang padan ataupatut.

    Maka tiga-tiga yang kemudian ini ialah dikatakan perkara atau benda yang

    bersifat dengan hukum-hukum akal. Maka ulama pengarang-pengarang yang dahulu-

    dahulu metakrif mereka itu akan tiga-tiga yang akhir ini selalu. Kerana terkandung dan

    termasuk di dalamnya hukum-hukum akalgatik. Wallahu alam.

    Ringkasan hukum-hukum akal dengan ambil maksud-maksudnya beri kepada yang

    sebelum biasa.

    Wajib pada akal itu ialah perkara yang tentu sungguh sebagai sungguh yang tak

    menerima tidak sekali-kali dengan suluhan mereka yang seperna (s-p-r-n-a) akalnya.

    Misalnya sepertisetoko batu, maka ianya selama adanya mestilah bertempat, iaitu duduk

    di dalam kosong dan luang. Kalau ada angin pun tentu angin menyepak beri peluang

    kepadanya kadar tubuhnya. Kalau tanah pun begitu juga demikianlah. Maka adalah diri

    bertempat batu itu ialah setengah daripada perkara yang dinamakan dia wajib pada akal,

    kerana ianya yang tentusungguh, tak menerima tidakdan tak menerima mukir

    5

    sama sekali, dengan takterhenti di atas syarak dan adat. Wallahu alam.

    Mustahil pada akalitu ialah perkara yang tentu tidaknya sama sekali, atau perkara

    hak daktentu-tentu, tak boleh sungguh sama sekli dengan suluhan mereka yang berakal

    yang sepurna (s-p-r-n-a). Misalnya seperti setokor batu yang telah adanya, pada halnya

    tak bergerak dan tak diam. Maka siapakah yang berakal yang seperna nak membenarkan

    ini perakara. Bahkan semua yang berakal mengatakan tidaknya belaka. Maka jadilah

    sunyi batu itu daripada bergerak dan diam itu dikatakan mustahil, perakara hak dak tentu-

    tentu dengan takterhenti di atas syarak dan adat. Wallahu alam.

    Jaiz pada akalitu ialah perkara yang padan dan patut kedua belah pada dua ketika

    dua waktu dengan tidak tergalang pada pikir akal mereka yangseperna. Misalnya, seperti

    setokor batu yang tersebut itu juga, tekah-tekahnya bergerak, dan tekah-tekahnya diam.

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    4/14

    Maka kesemua yang seperna akal membenarkan perkara ini dengan sepenuh-penuhnya,

    dengan tak nanti syarak dan adat. Wallahu alam.

    Ringkasan pula daripada ringkasan yang tersebut itu

    6

    Perkara yang kita pikir dengan semata-mata akal itu tak lepas daripada tiga

    bangsa :

    1. Apabila kita pikir pada satu perkara, sekiranya kalau tidak perkara itu tentu

    bahong dan karut dan cedera sehingga tak nampak pada akalnya sebelah

    tidakitu. Maka inilah yang dikatakan wajib pada akalitu. Wallahu alam.

    2. Apabila kita pikir pula pada satu perkara yang lain pula kalausungguh perkara

    itu tentu karut dan bahong dan cedera sehingga tak nampak dan tak benar

    pada akalnya sebelah sungguhnya, maka inilah (1) yang dinamakan dia

    mustahil pada akal. Wallahu alam.

    3. Apabila kita pikir pada satu perkara yang lain pula, maka tiba-tiba kalau

    sebelah sungguh pun nampak dan benar, dan kalau sebelah tidakpun begitu

    juga, dengan bergilir, maka inilah yang dinamakan diajaiz ( yang harus) pada

    akal. Wallahu alam.

    7

    (1) Katanya : yang dinamakan mustahil, ertinyayang tidak, yakni perkara yang tidak atau

    benda hak dak. Beginilah lebih kurang diterjemahkan lafaz mustahil, yang dikatakan

    isim fildalam Ilmu Saraf, iaitu lafaz yang menunjuk di atassifatdan tuannya. Maka

    janganlah diterjemahkan dengan kata tidak dia, atawa tidak perkara, kerana ini terjemah

    terkena di atas istihalat al-musthl, yang dikatakan mudafdengan mudaf ilaih dalam

    Ilmu Nahu. Hai Tuhanku menjauhlah Engkau akan kami daripada penyakit semabul

    mustahildengan istihalat al-mustahilkerana sangat besar mudaratnya.

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    5/14

    Kenyataan himpun dan bersatu ringkasan-ringkasa itu dengan pengertian daripada

    ibarat-ibarat ulama.

    Ulama berkata : Fa al-wjib ml yatasawwur fi al-aqli adamuhu, maka

    wajib itu ialah barang yang tidak dibenarkan pada pikiran akal tiadanya. Maka zahir

    ibarat ini nampaknya bila kita pitas maksud bunyinya ialah barang yang tentu adanya.

    Kerana apabila tidak diterima tiadanya, maka tentulah adanya. Pada hal ulama juga

    medatangkan misal wajib pada akal itu dengan mengambil lapang dan bertempat bagi

    jirim, seperti bertempat setokor batu, masalan, pada halnya perkara itu bukanlah setengah

    daripada perkara yang bangsa ada betul-betul, hanyayang sungguh jua. Kalau begitu tak

    temasuklah ia di dalam jumlah wajib pada akal, seperti juga tak termasuk di dalamnya

    segala sifat Salbiah bagi Tuhan dan sebagainya daripada segala sifat yang bukan bangsa

    adanya. Dan tak termasuk pula ketiadaan makhluk pada azal. Maka membawa kepada

    musykil dan rusak.

    Hamba menerangkan : adalah lafaz adamuhu pada takrif

    8

    itu telah menjaga ulama dengan makna intif , ertinya ternafinya atau tidaknya. Kalau

    begitu betullah kitapitas maksud bahawasanya wajib pada akal itu ialah barang yang

    tentu sungguhnya. Kerana apabila tidak dibenarkan ternafinya maka tentulah sungguh.

    Maka betullah misal mereka itu dengan mengambil lapang bagi jirim itu. Dan masuklah

    di dalam jumlah wajib itu Sifat Nafsiah Allah Ta`ala, dan Salbiah Nya dan

    ManawiahNya, dan ketiadaan makhluk pada azal.

    Ulama berkata pula : Al-wjibu ml yaqbalu al-intif, ertinya yang wajib

    pada akal itu ialah barang yang tidak menerima ia akan ternafi dengan tak nanti kira akal.

    Maka betulpitasnya katakan barang yang tentu sungguh.

    Jaga-jaga. Lafaz mboleh kita pasang makna Melayu dengan barangatauperkara

    atau benda.

    Kalau begitu, wajib pada akal itu ialah asalkan perkara yang tentu sungguh jua, ila

    akhirihi, dengan tak nanti ada dirinya, kalau adapun maka dia juga.

    Ulama berkata : Fa al-mustahlu m l yatasauwur fi al-aqli wujdihi, ertinya

    maka mustahilitu barang yang tidak dibenarkan pada akal adanya.

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    6/14

    9

    Di sini nampaknya tiap-tiap perkara yang tidak dibenarkan adanya maka mustahil

    belakalah. Maka membawalah kepada termasukSifat Nafsiah Allah dan Sifat Salbiah

    Allah. Bahkan kesemua Istihlat al-Mustahldan SifatMa`nawiah Allah dan ketiadaan

    makhluk pada azal di dalam jumlah segala mustahil, maka membawa kepada musykil

    dan rusak.

    Hamba menerangkan : adalah lafaz Wujudihi itu telah menjaga ulama dengan

    makna ubtihi atawa tahaqquqihi, yakni sungguhnya. Kalau begitu pitasnya mustahil

    pada akal itu barang yang tidak dibenarkan sungguhnya. Maka terbitlah maksudnya

    barang yang tentu tidaknya, atau perkara hak daknya. Kalau begitu keluarlah Sifat

    Nafsiah dan Sifat Salbiah Allah, ila akhirihi, itu daripada jumlah segala yang wajib pada

    akal, seperti yang terdahulu sebutnya.

    Ulama berkata pula : Al-mustahilu mala yaqbalu al-subut, ertinya mustahil itu

    barang yang tidak terima ia akan sungguh, yakni barang yang tentu tidaknya, atau perkara

    hak daknya tentu-tentu dengan tak nanti kira akal.

    10

    Ulama berkata : Fa al-Jizu mal yasihhu fi al-aqli wujdihi wa adamihi,

    ertinya maka yang harus itu barang yang sah dan boleh jadi pada pikiran akal adanya dan

    tiadanya. Di sini nampaknyajiz itu ialah terkena di atas perkara yang menerima ia akan

    adanya dan akan tiadanya jua, seperti buah nyiur dan upamanya, maka tak termasuklah

    diri luruhnya dan upamanya. Dan juga memberi pahala Allah Taala akan Mukminin dan

    buat mumkin dan upamanya. Kerana, itu-itu perkara bukanlah yang bergilir ganti antara

    ada dan tiada. Hanya di antarasungguh dan tidakjua. Pada hal itu-itu perkara dinamakan

    dia yang harus pada akal belaka, maka membawalah kepada musykil dan rusak.

    Hamba menerangkan : adalah lafaz wujdihi dan adamihi itu seperti yang dahulu

    juga, iaitu wujud dengan makna sungguh dan adam dengan makn tidak. Maka

    termasuklah juga perkara-perkarayang bergilir ganti di antara sungguh dan tidakitu di

    dalam jumlah yang harus pada akal.

    Ulama berkata pula : Al-Jizu m yaqbaluhum,

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    7/14

    11

    yang harus itu ialah barang yang menerima ia akan keduanya, yakni sungguh dan tidak

    dengan tak nanti kira akal.

    Ajaran Pasang Pada Tujuan Kita.

    Ada Allah Ta ala itu dikatakan Wajib pada akal, kerana ianya perkara yang tentu

    sungguhsemata-mata, tidak dibenarkan tidak dan dimukirsama sekali. Kiaslah pada tiap-

    tiap sifat Allah yang bangsa sungguh itu.

    QudratAllah Ta ala itu dikatakan wajib pada akal juga, kerana Ianya yang tentu

    sungguh, tambahan pula adaNya. Kiaslah pada tiap-tiap sifat Allah yang bangsa ada itu.

    Jaga. Bila perkara itu yang tentu ada dirinya maka lazimlah sungguh gatek.

    Tak dakAllah Ta ala itu dikatakan mustahil pada akalkerana ianya perkara yang

    tentu tidaknya atawa hak dak tentu-tentu, tak dibenarkan sungguh sama sekali. Kiaslah

    segala lawan Sifat Salbiah.

    Lemah Allah Ta ala itu dikatakan mustahiljuga, kerana ianya termasuk di dalam

    jumlah perkara yang tentu tidak atawa hak dak juga, tambahan pula tak dak sekali pula.

    Demikianlah

    12

    tiap-tiap lawan bagi sifat yang bangsa ada buat Allah Ta ala akan upama langit bumi

    atau tinggalnya. Dan juga memberi pahala atawa meazab, dikatakan yang harus pada

    akal, kerana ianya perkara-perkara yang dibenarkan kedua belah sungguh atawa tidak.

    Demikianlah bergilir ganti di antara ada dengan tiada, seperti diri langit dan bumi.

    Beberapa Penjagaan.

    1. Adalah afrd, yakni satu-satu daripada segala yangwajib pada akal itu dirinya

    ialah yang sabit tidak ternafi sama sekali, adakalanya adanya dan adakalanya

    sungguhnya.

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    8/14

    2. Adalah afrdsegala mustahilpada akalitu ialah dirinya sendiri itu ianya ternafi,

    tidaksabit, tidak sungguh dirinya. Fahamlah dan rentilah baik-baik di sini dahulu,

    supaya kita sedar kata tak bergaul mustahil-mustahil, dan tak boleh masuknya di

    dalam jumlah perkara-perkara qadim dan baru, seperti yang lagi akan datang

    becaranya, insya Allah.

    3. AfrdJiz pada akalitu adakalanya yang sudah ada seperti kita-kita ini, dan

    adakalanya yang sudah berlaku, seperti pecah

    13

    patah, dan adakalanya yang tidak ada dan tidak berlaku lagi, seperti buah kayu yang

    belum jadi lagi. Dan pecah patah bagi suatu yang belum berlaku lagi, tetapi tidak

    tergalang sebelah jumlah dengan syarak atau adat. Dan adakalanya kenakan mustahil

    pada adat, seperti orang tua kembali jadi muda. Dan adakalnya wajib pada syarak,

    seperti mati kita kemudian daripada hidup dunia, dan adakalanya mustahil pada

    syarakbila menggalang oleh dalil syarak seperti upama kapal terbang naik pergi

    sampai ke bulan yang termaklum. Kerana pada nak boleh sampai kepadanya itu tak

    dapat tidak dengan mana-mana satu daripada dua jalan, iaitu adakalanya sebab segala

    langit itu ianya ruwa dan lembik seperti asap, masalan. Maka berlawanlah dengan

    firman Ta ala ........, ertinya dan bina kami di atas kamu akan tujuh lapis langit-

    langit yang teguh-teguh dan kuat-kuat. Dan adakalnya bulan itu tempatnya di bawah

    langit yang pertama, maka berlawan pula dengan firmanNya Ta ala : ....,

    14

    ertinya Adakah tidak menilik kamu betapa menjadi Allah akan tujuh langit yang

    berlapis dan menjadi ia akan bulan padanya akan cahaya. Dan adalah mustahil pada

    syarakini dikatakan juga mustahl ridi, seperti juga wajibnya pun dikatakan wjib

    ridi.

    Beberapa perkara yang mustahak direnti.

    Segala perkara yang ada itu dua bangsa jua :

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    9/14

    1. yang ada dengan membawa dirinya sendiri, maka inilah yang dinamakan dia

    denganzat;

    2. yang ada dengan jalan menupan (m-n-u-p-n) ada pada yang lain, tak membawa

    diri sendiri, maka ini daripada jumlah perkara yang dinamakan dia sifat. Yang

    kedua ini sekiranya kalau ada ia pada zat makhlukmaka dinamakan dia arad

    gatek, kalau padaZat Allah maka dikatakan Sifat Mani jua.

    Adapun yang pertama itu itu iaituzat, maka terbahagi dua bahagi pula :

    1. Zat yang tidak mengambil lapang, bukan bangsa bertempat, maka inilahZat Allah

    Ta ala.

    2. Zat yang mengambil lapang, mesti

    15

    bertempat, maka ialahzat makhluk. Maka zat makhluk inisabitbaginya beberapa

    nama sebagai tambah di atas nama zat itu pula , iaitu jirim danjauhardanjauhar

    fardi dan jisim.

    Pendeknya zat itu sekiranya kalau yang tidak mengambil lapangialah Zat Allah

    Ta ala. Dan jikalau ianya mengambil lapang maka zat mahkluk serta ditambahkan

    panggiljirim danjauhar. Jirim danjauharseperti bajak dengan parang jua. Dan jirim itu

    sekiranya jika tak menerima kerat, tak menerima belah, tak menerima kerisik, maka ialah

    jirim fardi ataujauhar fardi. Dan jikalau menerima ketiga-tiga itu atawa satu daripadanya

    maka ialahjisim, sebagaimana istilah Ulama Ushuluddin.

    Dan setengah daripada perkara menupan yang lain, yakni menupan zat itu, ialah

    semata-mata sungguhnya jua, bukanlah ada dirinya. Maka perkara ini ialah dinamakan

    sifat semata-mata, sama ada pada Allah Ta ala atau pada makhluk pun tak dipanggilkan

    arad, juga di sisi ulama ushuluddin. Maka perkara ini terbahagi ia kepada tiga bahagi

    atau dua bahagi di atas khilaf ulama :

    1. ialah yang dikatakan amar i tibari,

    16

    sepertipecah patah.

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    10/14

    2. ialah yang dikatakan adami, iaitu nama bagi tak dak satu perkara pada satu

    benda, seperti mandul, iaitu nama bagi tak dak anak pada si anu-si anu.

    3. ialah yang dikatakan hal, iaitu barang kali kenakan bangunan bagi suatu pada

    makhluk kita ini, seperti bulat atau kepit (kepi?) bagi suata jirim, iaitu kenakan

    perkara yang bukan adanya dan bukan tak daknya di sisi qaulyang menyabitkan

    dia itu.

    Maka qaulyang muktamad itu ialah dua bahagi sahaja, tidakdisabitkan hal itu.

    Kenyataan terbahagi perkara yang ada dan yang sungguh.

    Terbahagi dua-dua bangsa ini di sisi perkataan yang kuat kepada dua bahagi jua,

    iaitu qadim, yang sedia, dan hadis, yang baru. Kata setengah mereka itu kepada tiga

    bahagi, iaitu ditambah azali.

    Kenyataanya.

    Adalah dua-dua bangsa ini seolah rumah ibu, maka bolehlah ditambahkan

    serambi sebelah itu dan sebelah ini. Maka tidak boleh dibuat serambi sekiranya jika tidak

    ada rumah ibu. Maksudnya adalah kedua-dua bangsa ini sekiranya kalau yang tidak ada

    mula baginya maka ianya

    17

    qadim dan azali, di sisi qaulyang kuat, yang berkata dengan bersatu keduanya. Adapun

    di sisi muqabilnya qadim itu mau perkara yang ada dirinya jua, yang tidak ada mula

    baginya. Dan azali itu dibenarkan keduanya, yang ada atau yang sungguh yang tidak ada

    mula baginya. Kemudian kedua-dua bangsa itu sekiranya kalau ada mula baginya, maka

    ianya hadis, yang baru. Maka pecah dua bahagi pula. Kalau perkara yang ada dirinya,

    maka yang baru yang hakk. Kalau yang sungguh jua maka yang baru majzi.

    Perkara yangAda lagi Qadim itu ialah Zat Allah Ta ala dan segala Sifat Mani

    bagiNya jua. Dan yang Sungguh lagi Qadim itu ialah seperti ada Allah Ta ala dan

    satuNya Ta ala. Misalnya yang ada lagi baru itu, seperti langit bumi. Dan misal yang

    sungguh lagi baru itu seperti pecah kayu dan patahnya.

    Sepatah kata.

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    11/14

    Qadim dan azali itu tidak ada sama sekali melainkan perkara yang wajib pada

    akal.

    18

    Ibarat-ibarat ulama menyaksikan sebenar dan betul surahan-surahan yang

    tersebut itu.

    Takrif qadim di sisi qaul yang kuat yang mengatakan bersatunya dengan azali

    ml awwala lahu..., ertinya barang yang tidak ada mula baginya..., maka ini takrif

    misalnya, seperti kita metakrifkan ular, iaitu binatang yang menguja yang tidak ada kaki

    baginya. Maka direntikan pada takrif ini bahawa yang ternafi itu ialah kakinya jua,

    bukanlah ternafi diri binatang menguja. Maka begitulah juga perkara yang dinafi pada

    takrifqadim itu ialah awal bagi barang jua, bukan nafi diri barang sendiri. Kalau begitu

    diri barang itu adanya atau sungguhnya. Maka jadilah maksud takrif itu ialah perkara

    yang ada atau yangsungguh, yang tidak ada mula baginya.

    Adapun qaul yang berkata berlainan qadim dengan azali itu maka metakrifkan

    qadim itu dengan maujudun la awwala lahu : perkara yang ada yang tidak ada mula

    baginya. Dan metakrifkan azali itu dengan ml awwala lahu..., maknanya seperti yang

    terdahulu sebutnya, iaitu termasuk perkara yang ada atau yangsungguh,

    19

    yang tidak ada mula baginya.

    Takrif yang baru hakiki : maujd bada adam : perkara yang ada kemudian

    daripada tak ada. Takrif yang baru majzi : mutajaddid bada adam : yang berdatangi

    kemudian daripada tidak. Maka tak dapat tidaklah yang baru itu daripada perkara yang

    ada kemudian daripada tak ada atau perkara yang sungguh kemudian daripada tidak.

    Kenyataan tak bergaul dan tak berhimpun mustahil dengan qadim baru azali.

    Telah kita faham dah bahawa mustahil itu perkara hak dan atau benda hak dak

    atau barang yang dak, yakni perkara yang ternafi dirinya sendiri, takbersabit dengan

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    12/14

    adanya dan sungguhnya sama sekali dengan tentu-tentu. Dan kita telah tahu dan faham

    dah juga bahawasanya yang qadim, yang baru, bahkan yang azali itu, kesemuanya tak

    dapat tidaklah daripada perkara yang sabit dirinya dengan bahawa adanya atau

    sungguhnya. Kalau begitu bila kita gauldan termasukmustahildi dalam perkara yang

    qadim... itu, maka besar mengarut dan besar bergumur, kerana berhimpun dua yang

    berlawanan, iaitu sabit suatu dan ternafinya. Maka

    20

    tetaplah mustahiltentu-tentu, seperti berhimpun qudratdengan lemahpada Allah Ta ala.

    Lagi pula, budak-budak pun tahu bahawa butir kekacangupama basikal itu tidak boleh

    dibuat bubur kerana tidak bergaulnya dengan lemak manis bekakas bubur itu. Pendeknya,

    qadim azali hadis itu, mestilah daripada perkara yang sekurang-kurangnya sungguh

    dirinya. Wallahu alam.

    Kadar ini jua hamba menaruh ingatan-ingatan di sini kepada anak cucu cicik

    hamba hinga berlapis-lapis. Dan juga kepada sekelian murid-murid hamba dan anak-anak

    cucu mereka itu, demikian jua, supaya mereka itu boleh buat coto (c-o-t-a) dan tauladan

    setengah-setengah pada belajar itar jalan mengambil pengertian yang terkandung di

    dalam beberapa ibarat-ibarat dan nas-nas ulama yang dahulu-dahulu dan pada bina dan

    timbul (t-i-m-b-l) lagi penerangan yang baik dan selamat kepada awam al-Muslimin dan

    yang daif-daifmereka itu. Mudah-mudahan dapat selamat mereka itu pada dua negeri,

    dunia dan akhirat. Kerana pada masa ini timbul kucar-kacilyang membawa kepadasaru

    dan salahgamakmereka itu pada buku ugama, seperti mengeluarkan hukum-hukum yang

    tidak berketentuan dengan

    21

    yang mana mazhab, yang berlawanan hukum-hukum itu dengan fatwa-fatwa ulama yang

    dahulu-dahulu, yang telah fatwa mereka itu dengan suluhan yang insaf, itar selamat

    kepada kaum bangsa mereka itu pada dua negeri.

    Maka lafaz ulama itu bahasa Arab, Melayunya segala yang pandai-pandai dan

    yang tahu-tahu. Maka orang-orang yang semacam ini patutkah kita tuhmah (t-h-m-h)

    dengan karut dan tak betul dan tak molek kepada mereka itu. Dan patutkah kita sangka

    kata mereka itu fatwa hukum-hukum yang tidak berasal daripada Quran atau

    Hadis...pihak suruh atau larang atau benar. Maka pada pikiran hamba, siapa-siapa yang

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    13/14

    tuhmah dan sangka begitu kepada mereka itu kalau sekiranya terkena kepada anak-anak

    cucu hamba maka mustahaklah kena pukul atau sebagainya.

    Kaum-kaumku yang dikasihi, kesemua orang-orang Islam kita percaya penuh

    dengan syurga dan neraka; syurga tempat seronok (s-r-n-k), neraka tempat siksa. Maka

    kesemua orang mesti sampai kepada mana-mana satu daripada dua tempat itu, tiap-tiap

    hari, tiap-tiap lahzah bertambah dekat. Oleh itu, maka pihak ulama kita dan pemimpin-

    pemimpin yang dahulu-dahulu

    22

    sehabis-habis bimbang dan takut anak-anak bangsanya lepas ke neraka. Maka pihak

    mereka itu sngat-sangat memisah dan itar jalan supaya anak-anak bangsa lepas ke

    syurga-syurga. Maka menyuruh mereka itu akan anak bangsa dengan mengerjakan

    segala yang disuruh pada ugama dan melarangkan mengerija segala tegahan dengan

    sepenuh-penuh hemah, sehingga menambahkan lagi perkara-perkara yang seolah-olah

    tukat penyambutrumah-rumah takut bergojeng(g-o-j-e-ng) dan tebalik, seperti menyuruh

    memakai kupiah putih dan serban dan sebagainya daripada perkara-perkara yang seolah-

    olah boleh paksa tuannya dan menolongnya kepada perjalanan syurga. Dan melarang

    memakai pakaian yang membawa semabul dengan yang keharu, yang tidak menjadi

    sebab bagi menegahkan tuannya daripada masuk ke tempat maksiat witatau bong(b-a-u-

    ng) dan sebagainya.

    Demikianlah bawakan dan ajaran mereka itu, kerana mereka itu tahu

    bahawasanya neraka itu mestilah dipisahkan sekat dan menggalangkan anak bangsa

    daripada cari ragangbagi masuknya bukanlah dengan jalan buka dan feri segala lubang

    masuknya. Maka selalulah nak masuk oleh anak-anak bangsa yang belum mesra

    ugamanya dan belum tahu

    23

    atau tak tahu keberatan azab neraka. Kerana neraka itu dilikungkan; dikeliling dengan

    beberapa yang sedap-sedap dan beberapa yang diingin-ingin oleh nafsu. Maka mestilah di

    atas kita sekatkan dan galangkan anak bangsa kita daripada perkara-perkara itu dan

    pelorongdanperhala dengan sekuasa kita akan anak-anak bangsa kita kepada syurga dan

    kepada berjalan kepda beberapa jalananNya. Mudah-mudahan Allah Ta alapermasukan

    kesemua kita ke dalamnya dengan tidak merasai azab neraka, maka dapat bersuka-suka

  • 8/8/2019 Wasa Il Ilmu Al Kalam

    14/14

    kita selalunya dengan beberapa nikmatnya selama-lamanya , amin. Wasallallahu Wa

    Sallam al Saiyidin Muhammad Wa Al lihi Wasahbihi Ajman Wa al-Hamdulillhi

    Rabbi al-lamn.

    Selesai menghimpunkan Risalah ini sebelah pagi Hari Selasa 22 Syawal 1392

    dengan pertolongan Rabbul-lamin.

    24

    Penjagaan takrif qadim pada muka 18

    Katanya : Ml awwala lahu... akhirnya wjudiyan kna au adamiyan, ertinya yang

    bangsa ada ada ia atawa yang bangsa tak dak, yakni nama bagi tak dak suatu perkara

    seperti tak lemah Tuhan kita upamanya, maka tak termasuk sama sekali diri mustahil.

    Taammul summa taammul.