wang, bank dan dasar kewangan

11

Click here to load reader

Upload: tamilmalar

Post on 17-Nov-2015

74 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ekonomi asas

TRANSCRIPT

WANG, BANK DAN DASAR KEWANGAN

WANG, BANK DAN DASAR KEWANGAN

WANGSebarang benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran.Ciri-Ciri WangDiterima umumPenawaran terhadBernilai stabilBernilai seragamBerbentuk seragamMudah dibahagikanMudah dibawaMudah dikenaliTahan lama

FUNGSI WANGSebagai alat perantaraan pertukaran (Diterima umum).

Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun (nilainya seragam).

Sebagai alat penyimpan nilai (sifat stabil & tahan lama).

Sebagai alat pembayaran tertunda (nilai stabil menggalakkan urusniaga kredit)

NILAI WANGNilaiwang merupakan kuasa beli mata wang, iaitu keupayaan untuk membeli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan sesuatu wang.Nilai wang dipengaruhi tingkat harga umum. Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan merosot, dan sebaliknya, apabila tingkat harga umum jatuh, nilai wang akan meningkat.

Indeks nilai wang = (Indeks harga tahun asas/ Indeks harga tahun semasa) x 100

Nilai wang = (Indeks nilai wang 100/100) x 100

Contoh:

Indeks nilai wang = (Indeks harga tahun asas/ Indeks harga tahun semasa) x 100 = 100/120 x 100 = 83.33%

Nilai wang = (Indeks nilai wang 100/100) x 100 = 83.33-100/100 x 100 = -16.67%Ini bermakna, nilai wang telah merosot sebanyak16.67% pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1.

TahunIndeks harga pengguna11002200

PENAWARAN WANGPenawaran wangmerujuk kepada jumlah pelbagai jenis wang yang ada dalam ekonomi.Penawaran wang meliputi bekalan wang M1 dan M2.Bekalan wang M1 terdiri daripada wang dalam edaran ( wang kertas + wang syiling) dan deposit semasa.Bekalan wang M2 terdiri daripada M1 dan deposit tetap dan deposit tabungan bank perdagangan, sijil sijil BNM dan sijil-sijil deposit boleh niaga.

BANK PERDAGANGAN DAN PENCIPTAAN KREDITInstitusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.Bank perdagangan mencipta kredit pinjaman berkali ganda daripada jumlah deposit semasa yang diterimanya daripada pelanggan dan seterusnya mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.

PROSES PENCIPTAAN KREDITAndaian-Andaian Proses Penciptaan WangPeruntukkan nisbah rizab berkanun & nisbah harta cair. Contohnya 20%.Semua lebihan rizab dipinjamkan. Contohnya, baki 80% daripada jumlah deposit dipinjamkan.Semua deposit yang diterima merupakan deposit semasa.Semua urus niaga dibayar dengan cek.Harta bank terdiri daripada wang tunai dan pinjaman sahaja.

Katakan Encik A memasukkan RM1000 ke dalam akaun semasanya di bank X. Bank X perlu menyimpan 20% daripada deposit semasa tersebut untuk memenuhi nisbah rizab bank pusat, iaitu RM200. Baki RM800 boleh dipinjamkan kepada Encik B untuk mendapatkan keuntungan. Bank X akan mengeluarkan satu cek bernilai RM800 kepada Encik B.

Harta (RM)Tanggungan (RM)Rizab tunaiPinjaman200800Deposit semasa1000Jumlah1000Jumlah1000

Katakan Encik B memasukkan RM800 ke dalam akaun semasanya di bank Y. Ini membolehkan Bank Y menyimpam RM160 (RM800 x 20%) sebagai rizab dan lebihan rizab RM640 (RM800 RM160) dipinjamkan kepada Encik C untuk mendapatkan keuntungan. Bank Y akan mengeluarkan satu cek bernilai RM640 kepada Encik C.

Proses penciptaan wang berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh dipinjamkan.

Harta (RM)Tanggungan (RM)Rizab tunaiPinjaman160640Deposit semasa800Jumlah800Jumlah800

Nilai pengganda wang= 1 / nisbah rizab tunai= 1/ 20% = 5.

BankTambahan Rizab Tunai (20%)(RM)Tambahan Pinjaman (80%)(RM)Tambahan Deposit Semasa(RM)AB..200160..800640..1000800..Jumlah100040005000