wajarkah umur persaraan penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun

Upload: emily-koh

Post on 12-Oct-2015

153 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

discuss

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 Wajarkah Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 60 Tahun

    1/9

    Wajarkah umur persaraan penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun?

    Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih

    boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh

    itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun

    kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

    Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda

    kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.

    Begitulah antara petikan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

    yang telah mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam iaitu kenaikan umur

    persaraan kepada 60 tahun menerusi Belanjawan 2012 yang bertemakan Dasar

    Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara. Cadangan

    untuk menaikkan umur persaraan penjawat awam telah bermula sejak zaman

    kegemilangan Tun Dr Mahathir Mohamad lagi. Pada 2001, beliau menyatakan

    hasrat kerajaan untuk menaikkan had umur persaraan penjawat awam secara

    beransur-ansur sehingga akhirnya mencecah 60 tahun.Beliau memberitahu,

    peningkatan had umur persaraan itu akan diuruskan secepat mungkin tetapi tidak

    akan dibuat serta-merta kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar. Ketika

    negara dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, umur persaraan penjawat awam ialah55 tahun. Bagaimanapun, kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di

    negara ini ialah pada 2008. Ketika itu, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah

    Ahmad Badawi meluluskan kepada 58 tahun.Kemudian, Kongres Kesatuan Pekerja

    Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah meminta supaya umur persaraan

    dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lalu. Akhirnya, ketika

    membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri

    Najib Tun Razak telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk menaikkan umur

    persaraan penjawat awam berumur antara 55 hingga 60 tahun. Cadangan

    melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun

    mengundang pelbagai spekulasi dan respon sama ada ia memberikan kelebihan

    atau tidak bergantung kepada pandnagan individu itu sendiri kerana hakikatnya

    kerajaan telah pun memberikan kata putusnya. Sebagai rakyat, kenaikan umur

    persaraan ini adalah pengorbanan yang harus kita lakukan jika mahu mencapai

    wawasan 2020 serta untuk melestarikan penggunaan sumber manusia yang lebih

    baik. Bagi yang bimbang mengenai nasib graduan universiti yang tidak dapat kerja,

  • 5/21/2018 Wajarkah Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 60 Tahun

    2/9

    atau kenaikan pangkat, ianya merupakan sesuatu yang boleh ditangani dengan lebih

    baik. Sehubungan itu, satu mekanisme yang baik perlu diwujudkan bagi

    menentukan penjawat awam boleh terus berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

    Andaian serta prejudis tentang lanjutan umur bersara akan menimbulkan masalah,

    antaranya dari segi tenaga fizikal dan kesihatan pekerja dan sebagainya perlu

    diubah kerana ini seiring dengan langkah transformasi yang kerajaan ingin lakukan.

    Kita perlu lakukan transformasi diri, ambil langkah pencegahan supaya berupaya

    untuk terus bertenaga dan sihat walaupun usia melangkau 50 tahun. Ini secara tidak

    langsung meningkatkan kualiti hidup. Perubahan yang mahu dilakukan juga mestilah

    holistik. Ubah usia bersara, ubah gaya hidup, ubah cara bekerja dan ubah cara

    berfikir.

    Ya

    Mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata,

    langkah kerajaan untuk melanjutkan umur persaraan wajib dari 58 ke 60 tahun

    merupakan langkah yang baik. Tambahan pula, beliau berpendapat pelanjutan ini

    tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor

    awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru selain penjawat

    awam yang berusia masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan

    pengalaman mereka.

    Antara alasan utama ialah menyatakan kakitangan kerajaan pada umur sebegitu

    masih cekap dan tajam berfikir berikutan cara hidup masyarakat yang semakin sihat

    dan jangka hayat yang semakin meningkat. Dalam hal ini, menurut Ketua Ekonomi

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Norasikin Abdul Hamid, berdasarkan

    laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), purata jangka hayat penduduk

    negara ini telah meningkat kepada 74 tahun antara 1990 dan 2008, berbanding 71

    tahun sebelum ini.

    Faktor tahap kesihatan yang meningkat ketara juga menjadi satu platform kepada

    kerajaan untuk meningkatkan umur persaraan penjawat awam. Jangka hayat pada

    1950-an, purata boleh hidup dalam lingkungan 48.5 tahun, iaitu lelaki sehingga 47

    tahun dan wanita pada purata 50 tahun, jadi sesuai dengan had persaraan 55 tahun.

    Tetapi pada 2010, purata jangka hayat meningkat dengan lelaki sehingga 72.9 tahun

    dan wanita 77.6 tahun. Ini menunjukkan mereka mampu bekerja lebih lama.

  • 5/21/2018 Wajarkah Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 60 Tahun

    3/9

    Di samping itu juga, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata pihaknya

    menerima banyak aduan daripada penjawat awam di jabatan, agensi dan badan

    berkanun berstatus kontrak yang telah diberikan surat tidak dilanjutkan

    perkhidmatan mereka. Oleh sebab itu, CUEPACS mencadangkan untuk menaikkan

    umur persaraan kepada 60 tahun.

    Malahan, permintaan untuk menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60

    tahun adalah bagi bagi mewakili 1.2 juta penjawat awam di Malaysia ini agar

    seragam dengan amalan negara lain di rantau ini. Umur persaraan bagi Thailand,

    Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

    Hakikatnya, CUEPACS berpendapat banyak peluang akan wujud pada masa akan

    datang berikutan kerajaan kini melaksanakan pelan transformasi dan apa yang

    penting ialah golongan muda menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran.

    Ketika ini sahaja terdapat 200,000 jawatan belum diisi di pelbagai agensi dan

    jabatan kerajaan manakala penjawat awam bersara pada umur 58 tahun pula tidak

    sampai 20,000 orang setahun. Maka, mengapakah golongan muda dan mereka

    yang masih belajar di universiti perlu bimbang akan kenaikan umur persaraan ini

    sedangkan kerajaan sendiri telah menjanjikan pelbagai kelebihan yang akan

    diperolehi.

    Malahan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainal turut menyokong

    perlanjutan umur persaraan kakitangan swasta daripada 55 tahun sekarang kepada

    60 tahun. KWSP menyokong isu ini kerana jumlah simpanan wang persaraan yang

    rendah. Beliau berkata berdasarkan kajian KWSP pada 2009, 73 peratus mereka

    yang bersara pada usia 55 tahun memiliki simpanan RM50,000. Keadaan

    bertambah buruk apabila purata jangka hayat meningkat sehingga 72.9 tahun.

    Hanya berbekalkan RM50,000 simpanan selepas bersara, seseorang itu hidup

    dalam paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan RM530.

    Berikutan itu, beliau yakin sekiranya perkhidmatan pekerja dilanjutkan sekurang-

    kurangnya lima tahun, mereka tidak perlu bergantung kepada sesiapa kerana masih

    mempunyai pendapatan tetap dalam tempoh beberapa tahun selain simpanan

    KWSP juga akan semakin bertambah.

  • 5/21/2018 Wajarkah Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 60 Tahun

    4/9

    Selain itu, berdasarkan angka daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada

    2010, bilangan orang tua tidak bekerja yang menerima bantuan ialah 120,496 orang.

    Ini bermakna kerajaan memperuntukkan RM422 juta setahun untuk menampung

    golongan ini walhal peruntukan itu boleh digunakan untuk menampung kos lain.

    Tambahan pula, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk

    Maznah Mazlan, kadar pengangguran negara hanyalah 3.2 peratus. Kadar tersebut

    tidak membimbangkan dan kerajaan masih berusaha untuk memastikannya tidak

    melebihi empat peratus kerana peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah lebih

    tinggi berbanding di Amerika Syarikat (AS).

    Jika dilihat hari ini, kerajaan banyak merangka program untuk graduan dan orang

    awam seperti pameran kerjaya bagi membantu mereka mendapatkan kerja dan

    mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Bahkan, kerajaan juga melalui

    Jabatan Tenaga Kerja mempunyai satu portal pendaftaran untuk pencari pekerjaan

    dan majikan mendaftar kerja kosong bagi memudahkan pencari pekerjaan

    mendapatkan maklumat peluang kerja di negara ini. Di dalam portal itu terdapat kira-

    kira 130,000 peluang kerja menunggu untuk diisi. Dengan kata lain, kerajaan telah

    bersiap sedia untuk menguatkuasakan kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun.

    Jelasnya, melalui kajian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2009 dan

    maklum balas industri, enam perkara dikenal pasti sebagai antara faktor utama

    graduan terpaksa menganggur berikutan gagal memasuki pasaran pekerjaan

    selepas menamatkan pengajian.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah

    Mazlan berkata, sebahagian besar faktor itu membabitkan graduan sendiri seperti

    kurang permintaan terhadap bidang pengajian dimiliki graduan, kekurangan

    kemahiran berkomunikasi, kelemahan menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris.

    Maka, disini, tiada masalah akan timbul sekiranya umur persaraan penjawat awam

    dinaikan kerana ia bukan faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan

    graduan mendapatkan pekerjaan kelak.

    Pensyarah bahagian Pemujukan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains

    Malaysia (USM), Prof Madya Mohamad Md Yusuff yang kini berumur 58 tahun dan

    sepatutnya telah tamat tempoh perkhidmatannya telah menyambung kontrak

    bersama USM sehingga umur beliau mencecah 60 tahun dan beliau bakal bersara

    pada tahun 2013.

  • 5/21/2018 Wajarkah Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 60 Tahun

    5/9

    Beliau ketika ditemui berkata bersetuju dengan langkah kerajaan yang melanjutkan

    tempoh umur persaraan kakitangan kerajaan daripada 58 ke 60 tahun. Beliau

    berkata jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin meningkat merupakan salah

    satu faktor yang perlu dinilai. Menurutnya jika seseorang yang sudah biasa bekerja

    tetapi diberhentikan perkhidmatan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti

    Alzheimer kerana minda kurang digunakan.

    Katanya, pembaziran tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman akan berlaku.

    Beliau berpendapat pengalaman yang ada pada tenaga kerja yang telah lama

    berkhidmat merupakan faktor penting umur persaraan perlu ditingkatkan kerana

    terutamanya dalam bidang akademik tiada jalan pintas untuk mendapatkan

    kecemerlangan. Menurutnya tidak timbul isu menjejaskan peluang kerja generasi

    muda kerana beliau melihat jentera kerajaan kini makin dibesarkan dan semakin

    banyak peluang kerja yang ada di pasaran tempatan.

    Tidak

    Pelbagai reaksi diberikan terhadap cadangan melanjutkan usia persaraan penjawat

    awam yang dinaikkan kepada 60 tahun. Pihak yang yang menentang pula khuatir ia

    menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkatkan kadar pengangguran,menyumbang kepada masalah sosial dan jenayah.

    Sememangnya isu kenaikan umur persaraan ini dibantah oleh pelbagai pihak

    terutama golongan muda dari sektor swasta dan awam yang menyifatkan usaha itu

    sebagai mengarut, menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkat kadar

    pengangguran, masalah sosial dan menyifatkan KWSP- badan yang diamanah

    untuk menjaga simpanan lebih lapan juta pencarum tidak mempunyai wang dan

    mempunyai agenda tersendiri.

    Sementara itu juga, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa untuk membuat

    kajian terlebih dahulu berhubung cadangan melanjutkan umur persaraan penjawat

    awam daripada 58 kepada 60 tahun. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri

    Abu Bakar Abdullah berkata ini kerana JPA harus mengambil kira kesannya

    terhadap tenaga kerja baru, terutama pelajar tajaannya yang akan menamatkan

    pengajian.

  • 5/21/2018 Wajarkah Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 60 Tahun

    6/9

    Hal ini kerana JPA banyak membuat tajaan kepada penuntut yang cemerlang dan

    pada masa yang sama juga mengusahakan semua pelajar terbabit memperolehi

    pekerjaan, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.

    Mereka yang berpandangan negatif ini beranggapan bahawa isu umur persaraan ini

    akan lebih membebankan kerajan kerana kelak akan timbul masalah dari aspek

    kesihatan yang mana tidak mahu mereka yang berusia ini asyik mengambil cuti

    sakit. Apatah lagi, masalah pengangguran akan terus berleluasa sekiranya kerajaan

    terus menegaskan kenaikan umur persaraan. Jika dilihat sebelum ini, apabila umur

    persaraan dinaikan dari 55 kepada 58 tahun, masalah pengangguran tetap tidak

    dapat diselesaikan walaupun kerajaan telah membuka pelbagai peluang kepada

    generasi muda untuk mendapatkan pekerjaan.

    Pada masa yang sama, kebanyakan majikan sendiri lebih mementingkan

    pengalaman dengan menetapkan pengalaman bekerja sebagai satu syarat

    pengambilan. Sehubungan itu, bagaimana golongan graduan yang baru tamat

    belajar ini ingin mendapat peluang pekerjaan seandainya masih ramai dalam

    perkhidmatan awam yang tidak bersara sehingga terpaksa menunggu mereka

    bersara ketika berusia 60 tahun. Dikaitkan juga isu ini dengan peluang kenaikan

    pangkat, yang mana mereka yang masih muda di dalam sesuatu agensi atau

    perkhidmatan awam terpaksa menunggu yang berusia ini bersara di usia 60 tahun.

    Negatifnya juga, sesetengah majikan berpendapat, lanjutan ini akan menjadikan

    pekerja yang berusia ini malas dan sebagainya kerana mereka sudah lama

    berkhidmat dalam satu-satu organisasi itu. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok

    dalam perbahasan Bajet 2011 pada 20 Oktober 2011, menyatakan bahawa maklum

    balas daripada masyarakat umum mengatakan bajet tersebut ialah ialah bajet

    pilihan raya yang hanya mementingkan pemberian wang dan hadiah kepada

    pengundi Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya di kalangan rakyat yang

    miskin dan bukan bertujuan untuk menetapkan arah dan rancangan baru untuk

    merangsang ekonomi negara.

    Walaupun cadangan supaya umur persaraan penjawat awam dinaikkan daripada 58

    tahun kepada 60 tahun menyeronokkan sekumpulan pegawai kerajaan, tetapi ia

    juga mengecewakan ramai pegawai kerajaan kerana dasar ini akan menyebabkan

    lebih daripada 8,000 penjawat awam menyekat peluang kenaikan pangkat pegawai-

  • 5/21/2018 Wajarkah Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 60 Tahun

    7/9

    pegawai muda. Pada tahun 2012, sepatutnya terdapat 70 orang pegawai Jawatan

    Utama Sektor Awam (JUSA) daripada Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

    akan bersara. Kesan persaraan mereka akan membolehkan seramai 350 orang

    pegawai dinaikan pangkat daripada Gred 41 44 48 52 54 ke JUSA C iaitu

    pangkat paling tinggi dalam perkhidmatan awam.

    Jika mengambil kira lain-lain perkhidmatan, seperti Pengurusan dan Profesional

    contohnya guru, pensyarah, doktor, jurutera, askar, polis dan akauntan, jumlah yang

    akan terlibat dengan kenaikan pangkat akan melebihi 2,000 orang. Jumlah ini

    mungkin akan mencecah 8,000 orang jika dikira bersekali dengan jawatan lain-lain

    pangkat yang terdiri daripada Perkhidmatan bukan Pengurusan dan Profesional.

    Justeru, apakah tujuan dan matlamat sebenar kerajaan untuk meningkatkan umur

    persaraan kepada 60 tahun ini? Adakah tujuan kerajaan meninggikan had umur

    persaraan adalah untuk menjimatkan KWSP yang dijangka terpaksa dicairkan

    sebanyak RM2 billion bagi menampung pembayaran gratuiti dan pencen bagi

    penjawat awam untuk tahun 2012?

    Sekiranya ini alasannya, maka tujuan kerajaan terpaksa menaikkan had umur

    persaraan bukanlah kerana kerajaan ingin menghargai khidmat penjawat awam,sebaliknya tujuannya ialah untuk membantu KWSP. Bahkan menurut Teresa Kok

    lagi, langkah ini telah menyekat peluang kenaikan pangkat di kalangan pegawai

    yang berumur di antara 30-40 tahun, yang mana sudah tentu menjadikan mereka

    kecewa terhadap BN, dan ini mungkin akan menghasilkan impak terhadap BN dalam

    pilihan raya yang akan datang.

    Kini, jika dinilai, semua pegawai kerajaan di Majlis Kerajaan Tempatan digaji oleh

    Majlis Kerajaan Tempatan dan mereka terpaksa berkhidmat di sana seumur hidup.

    Sekiranya ada pegawai kerajaan yang tidak efisien ataupun yang lebih layak untuk

    berkhidmat di bidang tertentu, maka Majlis Kerajaan Tempatan tidak dapat buat apa-

    apa terhadap pegawai tersebut, kerana dari segi undang-undang kerajaan negeri

    tidak mempunyai kuasa untuk mengalih pegawai sedemikian.

    Oleh yang demikian, Teresa Kok menyeru kepada JPA dan Kerajaan Pusat untuk

    member perhatian terhadap masalah kerajaan tempatan dan banyak lagi agensi

    kerajaan yang mempunyai perkhidmatan tertutup (close service), supaya mereka

  • 5/21/2018 Wajarkah Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 60 Tahun

    8/9

    boleh dialih ke agensi yang lebih sesuai dengan kepakaran dan kemampuan

    pegawai kerajaan berkenaan.

    Sementara itu, beliau turut mengakui agak ramai pegawai kerajaan yang sampai

    umur persaraan telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik, jadi adalah

    sesuai bagi sesetengah pegawai yang menunjukkan prestasi baik tersebut untuk

    dilanjutkan tempoh perkhidmatan. Tetapi adalah lebih baik sekiranya JPA

    mengadakan satu sistem penapisan di mana pihak autoriti di setiap jabatan ataupun

    kementerian diberi kuasa untuk menentukan sama ada seseorang pegawai yang

    mencapai umur persaraan dipanjangkan perkhidmatannya ataupun tidak.

    Tambah Teresa, dengan adanya sistem penapisan tersebut, JPA boleh

    mengeluarkan pegawai kerajaan yang tidak efisien dan boleh mengekalkan pegawai

    kerajaan yang efisien serta mempunyai kepakaran tertentu untuk terus

    menyumbangkan kepakaran mereka kepada kerajaan dan rakyat.

    Malahan tidak wajar kenaikan umur persaraan ini dilanjutkan kepada 60 tahun

    kerana ia akan menutup peluang untuk mendapat ribuan kerja setiap tahun di sektor

    kerajaan, sekaligus meningkatkan kadar pengangguran. Kerajaan sebenarnya perlu

    sedar bahawa isu pengangguran ini bukanlah satu isu yang remeh.

    Hakikatnya, apabila tiba masanya bagi seseorang itu bersara maka dia patutlah

    bersara. Melanjutkan had umur persaraan itu perlu dihalusi dan dikaji sebaik-baik

    mungkin agar ia mampu memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak

    bukan sebaliknya kepada satu pihak sahaja iaitu kerajaan.

    Banyak aspek mengenai keperluan terutama dari segi perjawatan perlu diambil kira

    jika ia dilaksanakan. Kerajaan harus melihat kepada keperluan semasa dan apakah

    jawatan itu hendak terus dipegang orang lama saja?

    1. Bagaimana jika penjawat awam yang telah lanjut usianya ini adalah yang jenis

    tidak produktif dalam kata lain mereka yang suka 'curi tulang'? Adakah berbaloi

    rakyat Malaysia membayar gaji mereka yang mahal (semakin meningkat usia

    penjawat awam, semakin meningkat gaji mereka) ini tetapi tidak menghasilkan

    produktiviti? Memang tidak dinafikan masih ada penjawat awam yang lanjut usianya

  • 5/21/2018 Wajarkah Umur Persaraan Penjawat Awam Dinaikkan Kepada 60 Tahun

    9/9

    ini masih produktif dan mempunyai kepakaran dalam sesuatu perkara tetapi

    kebanyakkannya adalah tidak begitu disebabkan Budaya Kerja.

    2. Apa yang akan terjadi kepada graduan baru yang semakin ramai yang

    memerlukan pekerjaan? Tidakkah ini akan menyumbang kepada kadar

    pengangguran di Malaysia?

    3. Bukankah kebanyakkan daripada rakyat Malaysia yang usianya 50 tahun ke atas

    selalunya berhadapan dengan pelbagai kompilasi kesihatan? Bukankah ini akan

    menyebabkan penjawat awam itu bersara lebih awal dari tempoh persaraan?

    Apakah kesannya jika seseorang penjawat awam itu bersara awal?

    4. Apakah kesan kepada hubungan kekeluarga jika sehingga umur 60 tahun,

    seseorang yang telah bergelar atuk atau nenek masih bangun pagi untuk pergi

    bekerja? Bagaimana mereka hendak memberikan kasih sayang mereka kepada

    cucu mereka? Sudahlah anak tidak dapat diberikan kasih sayang, cucu pun tidak

    mendapat kasih sayang. Apa akan terjadi dengan anak-anak & cucu-cucu (generasi

    akan datang) jika mereka ini kurang kasih sayang?

    5. Bagaimana hubungan penjawat awam itu kepada Tuhan mereka? Adakah mereka

    ini hidup untuk bekerja? Bukankah kita hidup untuk mati? Di dalam agama Islam itu

    sendiri tidak menghalang umatnya untuk bekerja kerana kerja juga merupakan

    ibadah tetapi adakah perlu kita mengejar dunia sehingga umur kita 60 tahun?

    Bagaimana perhubungan kita dengan Allah?