waj3106berpasangan

33
Sekolah Vernakular 1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. 2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. 3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu: i. Pagi a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam b. dan mata pelajaran vokasional 2. Petang a. Bahasa Arab b. dan al-Qur'an 6. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu 1. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan 2. MPPM di Melaka pada tahun 1935.

Upload: ujang-abu

Post on 26-Jul-2015

38 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Waj3106berpasangan

Sekolah Vernakular

1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan

bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan

(P&P) di sekolah.

2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan

Tamil.

3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah

pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar.

5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua

sesi, iaitu:

i. Pagi

a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam

b. dan mata pelajaran vokasional

Petang

a. Bahasa Arab

b. dan al-Qur'an

Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah

Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya

dua buah maktab perguruan, iaitu

MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan

MPPM di Melaka pada tahun 1935.

Page 2: Waj3106berpasangan

Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh

kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London.

Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.

Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu)

sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks

diimpot dari Negara China.

Contoh sekolah vernalular Cina ialah

SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan

SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di

Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah

dihentikan.

Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai

bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart

India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.

Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet

vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan

diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta

huruf.

Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak

bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 )

merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru

yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang

mendapat pendidikan di Eropah.

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British

1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.

b. Kurikuium sekolah berbeza.

Page 3: Waj3106berpasangan

c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.

d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa

pengantarnya ialah bahasa Mandarin.

2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan

kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan

tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya

dapat diambil.

3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau

Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura,

iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.

4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah

Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya,

i. King Edward VII, Taiping di Perak dan

ii. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu.

Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih

kumpulan buruh.

A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak

sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk

pelajaran biasa

dari sesi petang untuk pembelajaran agama.

Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-

sekolah

ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan

peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan

diteruskan ke peringkat sekolah menengah.

Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula

mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan

bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi

Page 4: Waj3106berpasangan

pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau

kerajaan tempatan.

Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan

perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa

sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan

estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.

Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah

Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja

buruh.

Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan

oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak

tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi

telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan

persaingan hebat di kalangan semua kaum.

Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang

digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa

dari England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian

meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah

membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain

diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja

sambil belajar" telah diperkenalkan.

Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan

profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej

Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-

an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan

perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab

Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan

(1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-

negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu.

Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di

dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah

Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses

membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan

sekolah siap selepas tahun 1946.

Page 5: Waj3106berpasangan

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada

sejarah pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:

i. Laporan Barnes (1950)

a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.

b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat

keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang

Melayu.

c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan

Barnes ini, iaitu:

i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu

sebagai bahasa pengantar.

iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan

jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin

mempelajari bahasa ibunda mereka.

iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris

dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah

Melayu.

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes.

Antaranya ialah:

i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa

pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris

dan bahasa Melayu.

Page 6: Waj3106berpasangan

ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu,

Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah

kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan

menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa

Melayu.

1. Laporan Fenn-Wu (1951)

1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara

China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak

masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut

bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.

3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya

menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).

4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu.

Antaranya ialah:

a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan

menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan

Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.

b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris)

dikekalkan.

c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk

menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang

diperlukan untuk pembangunan negara.

5. Ordinan Pelajaran (1952)

a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan

British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.

b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan

Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem

persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular

Page 7: Waj3106berpasangan

Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem

persekolahan kebangsaan.

c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.

d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini

tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah

kewangan.

Rumusan

Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang

digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa

pengantar masingmasing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut

sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas

pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang berlainan di

kalangan masyarakat pada masa itu.

SEBAB SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL MEMBERIKAN KESAN NEGATIF KEPADA

HUBUNGAN ETNIK

Semua sekolah yang ditubuhkan pada zaman kolonial adalah mencerminkan kuasa,

keperluan-keperluan dn kehendak-kehendak pendidikan penjajah. Walaupun pendidikan

pada waktu tersebut memang suatu kepentingan tetapi sekolah-sekolah yang direka

adalah bagi memenuhi keperluan penjajah. Pentadbir-pentadbir sedar bahawa tujuan

pendidikan penjajah adalah untuk melatih kerani-kerani yang akan menjadi kakitangan

rendah di dalam prkhimatanb awam.

Bagi pertubuhan-pertubuhan mubaligh pula, matlamat yang paling penting sekali ialah

perkembangan agama Kristian di Tanah Melayu, dan Pulau Borneo. Penekanan para

Page 8: Waj3106berpasangan

mubaligh ini adalah tentang ajaran berpandukan “ bible “. Disebabkan orang Melayu

telah mengenali Islam terlebih dahulu maka pendidikan atau ajaran agama kristaian

dalam kalangan masyarakat pada masa tersebut tidak mempunyai input atau

persetujuan oarang Melayu, serta kaum-kaum lain pada waktu tersebut. Maka ini telah

merenggangkan hubungan persefahaman antara kaum Melayu dengan kaum lain

khususnya kaum Cina dan India.

1.SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : SATU AGEN PEMBEKUAN

Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan etnik

kerana beberapa sebab yang telah dikenalpasti iaitu satu agen pembekuan pembekuan

yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu ilmu.

Kesan negatifnya pula dapat dilihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik,

undang-undang, pendidikan, ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman

pemerintahan British, masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunan

ekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan dalam arus pendidikan .

General W.H Treacher, merupakan salah seorang yang bertanggungjawab ke atas

sistem pemerintahan kolonial di Tanah Melayu dulu dan dia pernah mengatakan Orang

Melayu telah diberikan segala-galanya seperti dari segi keselamatan, sistem

perhubungan, perkhimatan, kesihatan ,pelajaran, undang-undang corak pentadbiran

bahasa dan Kebudayaan dan aspek psikologi rakyat peribumi. Namun ini adalah tidak

benar seperti yang diwar-warkan mereka. Mereka telah mengongkong pergerakan dan

pemikiran orang Melayu melalui menyekat dan menghadkan pendidikan mereka. British

hanya ingin orang Melayu pandai membaca dan menulis serta mempelajari asas

pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik dari ibu

bapa mereka. Keadaan ini menyebabkan orang Melayu tidak akan terkeluar dari

kepompong pemikiran mereka dan terus tunduk kepada British.

Tegasnya disini semasa pemerintahan British tidak ada sistem pendidikan yang

sistematik pada masa itu. Pada masa ini tiga kaum terbesar Tanah Melayu iaitu Melayu,

Cina dan India ada sistem pendidikan yang tersendiri. Orang India dan Cina berkiblatkan

negara asal mereka. Bagi sekolah Vernakular Cina, buku, sukatan pelajaran dan guru

yang mengajar di bawa khas dari Tanah Besar China. Hal ini menyebabkan proses

asimilasi kaum sukar berlaku dan hidup mengikut ras dan kelompok masing-masing.

Dari ini telah wujud masyarakat majmuk di Malaysia berikutan dasar pecah dan perintah

Page 9: Waj3106berpasangan

British. British tidak mahu kejadian yang sama seperti di India berlaku di Tanah Melayu.

Menyorot kejadian itu, semasa pendudukan British di India, British telah

memperkenalkan satu sistem pendidikan yang sama kepada masyarakat India. Sistem

pendidikan yang diperkenalkan merangkumi pendidikan rendah, menengah dan

peringkat tinggi iaitu universiti. Kesan daripada pengenalan sistem ini menyebabkan

masyarakat tempatan India yang berpendidikan Inggeris telah bangkit menentang

pemerintahan British di India. Dalam kontek ini, pendidikan yang sepatutnya berfungsi

sebagai alat perubahan adalah tidak relevan apabila ia dikaitkan dengan dasar

pendidikan kolonial terhadap orang-orang Melayu. Sebaliknya, kurikulum yang

disediakan adalah sebagai satu usaha yang secara tidak langsung bertujuan

membekukan orang-orang Melayu dengan cara mengekalkan mereka dalam likungan

kekampungan, jauh dari cabaran aktiviti-aktiviti ekonomi moden. Maka jelaslah ini

menimbulkan masalah kerana kurang persefahaman antara etnik kerana jarak hubungan

antara kaum-kaum telah direnggangkan oleh British.

2. PENYEBARAN PENDIDIKAN INGGERIS : SATU ZAMAN PENYISIHAN (KONSEP

SEGREGASI)

Sistem pendidikan telah dikenal pasti sebagai zaman penyisihan kerana telah

mewujudkan sekolah yang pelbagai aliran. Hal ini menimbulkan kesan negatif pada

pendidikan kolonial kerana dilihat dari aspek sosial adalah kewujudan masyarakat

majmuk di Malaysia. Pengenalan sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda masing-

masing sebagai bahasa pengantar menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu terpisah

antara satu sama lain. Dalam keadaan seumpama ini menyebabkan perpaduan kaum

sangat sukar dipupuk kerana tidak ada satu bahasa yang dapat dijadikan bahasa rasmi

yang boleh menyatukan semua masyarakat ketika ini. Jadi boleh dikatakan penduduk di

Tanah Melayu saling tidak memahami bahasa antara satu sama lain. Untuk memupuk

perpaduan kaum satu bahasa harus ditetapkan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa

komunikasi serta harus difahami semua lapisan masyarakatnya. Keadaan ini disebabkan

semua kaum di Tanah Melayu masing-masing taksub dengan bahasa ibunda sendiri

yang mana orang Cina dengan bahasa Cina, orang India dengan bahasa Tamil,

Malayam, Telegu, Hindi dan sebagainya.

Manakala orang Melayu tegar dengan bahasa Melayu dan terceruk tinggal di kampung-

kampung sebagai nelayan ataupun petani yang mengerjakan sawah padi. British

Page 10: Waj3106berpasangan

sengaja membiarkan keadaan ini supaya mereka senang memerintah dan mengaut

kekayaan di Tanah Melayu dengan sewenang-wenangnya. Sementara itu rakyat

peribumi dibiarkan merempat dan ditindas di negeri sendiri. Dasar pemerintahan

seumpama ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah.

Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal.

Keadaan ini menyebabkan jurang perbezaan antara kaum amat ketara. Interaksi kaum

pada masa ini amat lemah. Masyarakat di Tanah Melayu pada zaman ini hanya terceruk

dalam lingkaran mereka sahaja dan tidak ambil peduli hal hidup masyarakat lain di

sekelilingnya. Apa yang menyedihkan adalah sikap imigran yang tinggal di Tanah

Melayu yang langsung tidak menunjukan rasa kecintaan mereka pada tanah tempat

mereka berlindung. Contohnya imigran Cina hanya mengambil tahu tentang

perkembangan di Tanah Besar China sama ada isu semasa mahupun pergolakan politik.

Oleh itu, sekolah-sekolah Vernakular Cina di Tanah Melayu menjadi tempat penyebaran

ideologi parti Komintang dan Parti Komunis China pada tahun1920-an.

Begitu juga dengan masyarakat India, mereka langsung tidak mengambil tahu tentang

Tanah Melayu. Perhatian mereka hanya kepada negara India. Pengenalan kaum

berasaskan tempat tinggal amat ketara pada masa ini, orang Cina lazimnya di bandar-

bandar atau lombong, orang India di kawasan estet dan ladang kopi manakala orang

Melayu tinggal di kawasan pedalaman iaitu kampung dan juga kawasan pinggir pantai.

Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengkelasan masyarakat mengikut pekerjaan.

Kebanyakan sekolah Vernakular ini tidak mempunyai sukatan mata pelajaran yang betul

dan hanya memberikan pendidikan di peringkat asas sahaja. Contohnya Vernakular

Melayu, iaitu Sekolah Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu Gelugor hanya

memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Anak-anak Melayu

sekolah ini hanya diajar menulis, membaca, mengira, sedikit ilmu Geografi, seni

pertukangan seperti pertukangan kayu dan perkebunan. Pendidikan Vernakular Melayu

ini amat rendah mutunya. Mata pelajaran Geografi yang diajar adalah Geografi British

yang tidak ada kena-mengena dengan orang Melayu. Anak-anak Melayu yang belajar di

sekolah ini diajar asas pelayaran dan pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan

dan petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

Pendidikan zaman kolonial menyebabkan wujudnya sekolah yang berasaskan bahasa

ibunda masing-masing. Walaupun sudah lama merdeka, sistem pendidikan negara kita

masih dicengkam oleh bibit perpecahan dan pengasingan dengan wujudnya sekolah

Page 11: Waj3106berpasangan

berasaskan kepada kepentingan budaya etnik dan bertunjangkan kepada negara-negara

asal kaum pendatang khususnya dari Benua India dan Tanah Besar Cina. Tidak kurang

pentingnya pengaruh budaya daripada Timur Tengah dan Arab juga membawa bibit

perpecahan di kalangan masyarakat Melayu dengan wujudnya aliran pendidikan Arab di

samping dua aliran lain iaitu Melayu dan Inggeris. Pendidikan dan persekolahan

menanamkan ideologi politik dan ideologi sosial yang berbeza yang menjadikan masalah

perpecahan begitu meruncing.

Sistem pendidikan kolonial terutamanya sekolah Vernakular Inggeris menguntungkan

kaum bukan Melayu dan golongan ini menikmati lebih banyak peluang perubahan dan

kemajuan dalam sistem kolonial yang masih tebal pengaruh dan kewibawaannya pada

pra-Merdeka.

Sebab sistem pendidikan kolonial memberi kesan negatif kepada hubungan etnik kerana

telah menyebabkan berlakunya mobiliti sosial melalui pencapaian kejayaan, pendidikan,

pekerjaan, dan seterusnya kedudukan dalam masyarakat. Hal ini akan menyebabkan

wujud konflik dengan dasar keseluruhan penjajahan Inggeris, iaitu memelihara keaslian

masyarakat Melayu. Dua sistem pendidikan yang bertentangan dari segi fungsi dapat

dapat dijalankan seiringan. Pertama mewujudkan sistem pendidikan Melayu dalam

bahasa Melayu yang membekukan masyarakatnya, dan keduanya menyisihkan

masyakat Melayu daripada terlibat secara yang bermakna dalam satu sistem pelajaran

lain dan dalam bahasa lain yang diiktiraf mempunyai nilai ekonomi dan politik, iaitu

sistem persekolahan Inggeris.

3. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MENIMBULKAN KRISIS BAHASA

Krisis bahasa akibat daripada sistem pendiddikal ikan zaman kolonial berlaku kerana

satu perubahan dasar yang dibuat pada zaman pemerintahan Inggeris iaitu kewujudan

sekolah vernerkular yang mesti menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kesan ini

kepada masyarakat Melayu ialah menjadikan bahasa Melayu yang sudah mula

diketepikan akibat daripada proses penjajahan serta pengaruh-pengaruh yang meresap

ke negara ini telah menyebabkan bahasa Inggeris pula menjadi bahasa pengantar di

semua sekolah. Hal ini menyebabkan bahasa asal kaum Melayu, kaum Cina, dan Kaum

Tamil terpakasa diketepikan sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular masing-

masing. Perubahan-perubahan ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza

daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan bahasa.

Page 12: Waj3106berpasangan

Timbul juga penentang-penentang dasar pelajaran kebangsaan boleh dikenal pasti

daripada tiga kumpulan dan boleh dikenali melalui latar belakang pendidikan yang telah

mereka terima daripada zaman kolonial. Pandangan mereka terhadap dasar pelajaran

kebangsaan juga berbeza-beza berdasarkan minat, keperluan dan kepentingan masing-

masing. Mereka yang terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris pula mahukan

bahasa Inggeris dikekalkan pula kedudukannya di sekolah-sekolah. Dari mereka yang

berlatarbelakangkan pendidikan Cina pula mahukan mahukan semua bahasa yang

terdapat di negara ini diiktiraf sama dengan kedudukannya. Akan tetapi orang-orang

Melayu melihat kedudukan bahasa Melayu melalui satu perspektif yang berlainan. Maka

kita dapat melihat dengan jelas bahawa memang wujud krisis bahasa akibat daripada

sistem pendidikan kolonial.

4. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MENYEBABKAN BAHASA DAN BUDAYA

MELAYU TERANCAM

Perkembangan baru dalam bidang politik telah mempertajamkan pemikiran pemimpin

orang Melayu tentang masalah pelajaran. Hal ini, bukan setakat orang melayu sahaja

bahkan terhadap masalah perkauman , terutamanya dalam kalangan orang-orang Cina,

telah mulai disedari amat membahayakan keamanan dalam negara. Sistem pendidikan

kolonial yang memberikan kebebasan kepada wujudnya sekolah-sekolah Cina dan india,

yang seluruhnya mempunyai orientasi ke negara ibunda masing-masing tanpa merujuk

kepada negara ini. Natijahnya, kaum Cina dan kaum India dilihat amat menekankan

konsep etnosentrierisme pada masa tersebut.

Kesan negatif lain sistem pendidikan kolonial, sistem peperiksaan yang telah

dilaksanakan di semua sekolah Melayu. Tidak semua orang mendapat peluang yang

sama dalam menghadapi peperiksaan. Sesetengah sekolah mempunyai kemudahan,

guru-guru, dan lain-lain yang lebih baik. Ini menjadi ( head stort ) permulaan awal

kepada mereka . Kegaglan mereka dalam peperiksaan menyukarakan mereka

mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, kegagalan

mereka bukan disebabkan kekurangan kemudahan tetapi disebabkan oleh sikap ibu

bapa individu itu sendiri yang memang mempunyai sikap anti-penjajah masa waktu

tersebut. Jadi peluang yang sama bagi mobiliti tidak akan diperoleh bagi mereka yang

gagal dalam peperiksaan yang dilaksanakan oleh pentadbir British pada zaman kolonial.

Perkara ini kerap kali timbul di kalangan pelajar di luar bandar yang mempunyai sekolah

Page 13: Waj3106berpasangan

yang serba kekurangan. Dengan itu wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan

orang Melayu kerana dilema kegagalan dalam peperiksaaan. Hal ini menjejaskan

hubungan etnik kerana pelajar yang tinggal di bandar seperti pelajar Cina dan India akan

lulus keran mempunyai kemudahan yang serba lengkap.

5. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS SEKOLAH

YANG MEMISAHKAN KAUM

Pada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti

sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi

pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal

ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau

menegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu,

Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan

persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan

kolonial ini terus dikekalkan. Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya

berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-

bandar sahaja. Walau bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan

india sahaja dan mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di

desa.

Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa peengantar yang tunggal. Sekolah

Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu,

sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping bahasa Melayu, sekolah Cina

pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.

Natijahnya, telah mewujudkan kompenan-kompenan masyarakat yang “ berasingan tapi

berdampingan”. Tambahan juga kemunculan “ kota-kota kolonial” ini yang menerapkan

kepentingan sesuatu kaum tertentu.

Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu

terpisah di antara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan

penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan

di desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung

kerana orang Inggeris mengangang oarang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan

kerja. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan

perindustrian keran sebilangan besar orang Cina bergiat di bidang-bidang tersebut pada

Page 14: Waj3106berpasangan

zaman kolonial. Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana

penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai di Tanah

melayu.

Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-

masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak

kurikulum dan sukatan pelajaran dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang

digunakan oleh kanak-kanak di England. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran

membaca, menulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina

dan India mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India, bahkan untuk

sekolah Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan

madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran

yang diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-guru

yang terlatih di Tanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari semakin

menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah

pada 13 Mei 1963.

Pendidikan terus menjadi alat penting dalam penerusan budaya sesebuah masyarakat.

Walau bagaimana majunya sesuatu bangsa itu, tanpa dasar pelajaran yang dirancang

akan membawa kepada pelbagai kepincangan. Dasar pelajaran harus di pelihara dan

diperhalusi, serta setiap perubahan memerlukan kajian dan pendapat ramai.

Namun, pelajaran tidak dapat lari dari mewarisi tradisi sesebuah negara khususnya dari

segi sejarah budaya. Sesungguhnya, kesan dari pendidikan kolonial memberi pengaruh

besar tehadap sistem pendidikan di Malaysia. Bagaimanapun, pada masa kini,

masyarakat Melayu di Malaysia berminat untuk menghantar anak - anak mereka ke

sekolah agama dicampur dengan akademik agar peroleh perkembangan ilmu yang

seimbang. Hakikatnya, kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia

pada masa kini sebenarnya menerima pengaruh dari sistem pendidikan kolonial

Inggeris. Apa yang pasti, pembentukan dasar pendidikan sememangnya memainkan

peranan yang sangat penting kerana pendidikan merupakan fundamental dalam

membentuk generasi baru supaya sedar bagaimana membina masyarakat yang

bertamadun dan tidak dibawah arahan penjajah.

Sekolah-sekolah yang didirikan oleh penjajah adalah hanya sebagai penyebar budaya

nilai-nilai asing. Kita dapat melihat bahawa pada zaman kolonial kanak-kanak di sekolah

Page 15: Waj3106berpasangan

diajar dengan menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang di England. Malahan

juga, buku-buku yang digunakan untuk mengajar adalah serupa dengan yang di

England. Dapat dikenal pasti juga yang kewujudan pertembungan budaya Barat dengan

budaya Timur. Sekolah Inggeris jika diteliti juga telah menjadi satu institusi asing dalam

ertikata perkara-perkara yang diajar tidak mempunyai relevan atau kaitan dengan

masyarakat atau kebudayaan orang-orang tanah Melayu yang dijajah.

Pemeritahan kolonial tidak ada minat untuk membangunkan rakyat dan menyatukan

etnik yang pelbagai kaum pada waktu tersebut melalui pendidikan. Bagi penjajah

Inggeris pada zaman terebut persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting

untuk dipupuk menerusi pendidikan. Oleh sebab itu, British mengabaikan soal

penggunaan satu bahasa pengantar, kurikulum yang sama, pentadbiran yang terancang

dan penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan dapat

menyatukan anak-anak dari semua keturunan. Maka dapatlah disimpulkan sekali lagi

disini bahawa terdapat benyak kesan negatif wujud disebabkan sistem pendidikan

kolonial yang diperkenalkan oleh British pada zaman penjajahan.

P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G A T   6 : 4 1 P M  6 C O M M E N T S

Laporan Rahman Talib (1960)P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G A T   6 : 4 0 P M  0 C O M M E N T S

Laporan Kabinet (1979)P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G A T   6 : 3 9 P M  1 C O M M E N T S

Akta Pendidikan 1996P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G A T   6 : 3 8 P M  0 C O M M E N T S

Falsafah Pendidikan KebangsaanP O S T E D B Y G U R U K A M P U N G A T   6 : 3 7 P M  0 C O M M E N T S

gurusejarah.blogspot.com/ 

ruaikenyalang.blogspot.com/.../sistem-pendi.

Hubungan Etnik - sistem pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris dI Tanah

Melayu dan kesannya ke atas masyarakat Melayu pada zaman tersebut .

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.

Sebelum kedatangan kuasa penjajah, sistem pendidikan orang Melayu adalah

berlandaskan kepada kitab suci Al – Quran. Aktiviti mereka terhad kepada membaca

Page 16: Waj3106berpasangan

Quran, huruf abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa serta mempelajari prinsip –

prinsip agama Islam. Pada masa itu organisasi masyarakat Melayu adalah kurang

kompleks. Kebanyakkan orang Melayu hanya bekerja sebagai petani atau nelayan.

Sistem Pendidikan lama ini telah mengalami perubahan yang besar selepas

kedatangan pihak Kolonial Inggeris ke Tanah Melayu. Pihak Kolonial Inggeris telah

memperkenalkan satu sistem pendidikan yang lebih sistematik. "Pada peringkat ini

(1824-1957) Pendidikan di Tanah Melayu telah dikelola, dikendali, dikawal dan

diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang

konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan." (Abdullah Sani & P. Kumar, 1990:1).

Sistem Pendidikan yang wujud pada masa pemerintahan Inggeris ialah 4 sistem

persekolahan iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah

Vernakular Tamil dan Sekolah Inggeris.

1.2 OBJEKTIF

Objektif kertas kerja ini ialah untuk menerangkan tentang corak sistem pendidikan

semasa zaman penjajahan Inggeris dI Tanah Melayu dan kesannya ke atas

masyarakat Melayu pada zaman tersebut .

1.3 KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan

menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, Modul PPL, majalah,

jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur

tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber

ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelas serta dikategorikan

di bawah sub-topik tugasan ini.

1.4 BATASAN KAJIAN

Penulis membantaskan kajian ini tentang sistem pendidikan semasa zaman

penjajahan Inggeris di Tanah Melayu antara tahun 1400 – 1957, latar belakang

sistem pendidikan dan tentang pendidikan sekolah vernakular Melayu, Cina dan

India dan kesannya ke atas masyarakat Melayu di Tanah Melayu .

1.5 DEFINISI KONSEP

Menurut kamus dewan perkataan terangkan membawa maksud huraian untuk

Page 17: Waj3106berpasangan

menerangkan sesuatu, penjelasan ( 1986 ; 1243 ), corak pula membawa pengertian

berupa ( bersifat, berbentuk, berfahaman dan lain-lain ( 1986 : 21 ), sistem

membawa maksud cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan ( 1986 : 1120

), pendidikan bermaksud perihal mendidik ( 1986 : 262 ), semasa pula bermaksud

sewaktu atau ketika itu, zaman penjajahan bermaksud zaman pemerintahan dari

kuasa luar dari , kesan pula bermaksud impak atau pun peninggalan hasil daripada

perbuatan sesuatu, masyarakat Melayu bermaksud penduduk yang tinggal di tanah

semananjung.

2.0 SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

2.1 Latar belakang pendidikan

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan

formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak

pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-

Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni

mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta

perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. 

Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut

'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang

terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di

bina di sekelilingnya. 

Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku

semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di

Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa

penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan

Kebangsaan. 

Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah

iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang

pendidikan vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-

mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan

sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris

mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau

bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas batuk

ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan

perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. 

Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh

Page 18: Waj3106berpasangan

satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah

Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya

untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan.

Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen

(benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan

hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan

keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya,

pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu

dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di

kalangan rakyat. 

Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural

educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat

lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan

plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan

penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah

menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara

asal mereka. 

2.2 Pendidikan Melayu

Sistem Pendidikan sudah pun wujud di Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa-

kuasa penjajah tetapi ianya adalah berbeza dengan apa yang diperkenalkan oleh

kuasa penjajah Inggeris. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah, pendidikan di

Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan

perkembangan kognitif pelajar-pelajar.¹ (Abdullah Sani & P. Kumar, 1990:1). Corak

pendidikan yang ada pada masa itu ialah sistem pendidikan agama (Sekolah

Pondok). Sekolah-sekolah pada ketika itu tidak menumpukan masa untuk

mengajarkan pelajaran membaca, menulis dan mengira ataupun memberikan

kemahiran-kemahiran pekerjaan, tetapi menumpukan masa kepada pengajaran

agama. (Abu Zahari, 1980:6).

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan

asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya

diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin

melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.

Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke

20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi

kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa

Page 19: Waj3106berpasangan

melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang

terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau

menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu. 

Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap

Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model

English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas

untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun

1878 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan

yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab

Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab

Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar

pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang

Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada

kemajuan perbandaran dan perindustrian. 

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu

ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan

kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan

kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah

muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Dengan berilhamkan ajaran – ajaran reformis

dari Asia Barat seperti Muhamad Abduh sekolah Agama telah menjadi alternatif yang

sesuai untuk mendapat pendidikan bagi masyarakat ketika itu. alternatif ini

membekalkan kekuatan, semangat dan bimbingankepada muridnya untuk

menghadapi segala cabaran dan dugaan akibat daripada prosese sekularasi yang

dianjurkan oleh institusi barat.

2.3 Pendidikan Cina

Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum

pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-

sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada

lnggeris hinggalah tahun 1920-an selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran

dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat

menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. 

Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga

dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg

3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam,

Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat

Page 20: Waj3106berpasangan

sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan

sekolah Cina tanpa kawalan.

Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada

tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk

mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini.

Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan

kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan

formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas

formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak

langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

2.4 Pendidikan Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum

keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga

didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan

ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan

pedagogi. 

Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi

beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan

pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu

sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada

tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-

undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang

getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh

kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil.

Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu

juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India.

Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca,

mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal

hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3

tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. 

Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar

pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus

menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu

Melayu, Cina,dan India. 

2.5 Pendidikan Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila Penang Free

Page 21: Waj3106berpasangan

School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh

kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan

sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan

Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain

dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi

keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris

diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru

pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun

1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. 

Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles

College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan

Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah

ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan

pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

3.0 SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH

3.1 Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu ( 1786 – 1941 )

Sistem sekolah vernakular hanya diperkenalkan mulai dari pertengahan kurun ke –

19 apabila kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri

– negeri selat. Pada tahun 1854 Gabenor Jeneral dari India telah mengarahkan

Blundell, Gabenor Negeri – negeri Selat, menyediakan satu laporan mengenai

sistem pendidikan di Negeri – negeri Selat serta cadangan – cadangan yang boleh

memberi pendidikan kepada rakyat di bawah pemerintahan British. Blundell, tidak

puasa hati dengan sistem pendidikan di Negeri – negeri Selat, terutamanya

pendidikan vernakular Melayu. Beliau mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah –

sekolah vernakular Melayu di Negeri – negeri Selat dengan bantuan kerajaan

British. 

Pada tahun 1856, dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor

dan Gabenor Blundell, dua buah sekolah vernakular telah ditubuhkan di Singapura,

sebuah di Teluk Belanga dan sebuah lagi di Kampung Gelam. Selapas itu kerajaan

British telah mendirikan sekolah vernakular Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. 

Penubuhan sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ibubapa menaruh sangsi terhadap faedah menghantar anak – anak mereka ke

sekolah yang tidak mengajar agama Islam. 

Justeru itu, A.M Skinner Pemangku Majistret di Seberang Prai cuba mendirikan

sekolah – sekolah vernakular Melayu dengan pengubahsuaian daripada dasar kelas

Quran. Mengikut cadangan Skinner, di sekolah percubaan itu, pelajaran pada waktu

Page 22: Waj3106berpasangan

pagi ditumpukankan pelajaran Bahasa Melayu, manakala pelajaran Al-Quran akan

diajar pada waktu petang.

Sistem yang diperkenalkan olek Skinner disambut baik dikalangan ibu bapa. Oleh itu

sistem pendidikan ini bukan sahaja mendapat kejayaan di Seberang Prai, tetapi juga

di negeri – negeri lain, terutamanya selepas Skinner dilantik menjadi nazir sekolah

pada tahun 1872.

Antara mata – mata pelajaran yang diajar di sekolah vernakular Melayu ialah

Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.

Lampiran 1 menunjukkan jadual waktu di sebuah sekolah Melayu dalam tahun 1880.

Mulai dari awal kurun ke-20, mata – mata pelajaran seperti Perkebunan dan

Anyaman ditambah dalam kurikulumnya, ini berdasarkan cadangan Winstedt dalam

laporannya pada tahun 1917. Sekolah Vernakular Melayu hanya terbatas pada

darjah empat sahaja. Murid – murid di sekolah Melayu hanya belajar menulis,

membaca, mengira, kegiatan perkebunan dan cara menganyam. Kurikulum sekolah

Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat. Hanya segolongan kecil

dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class, di mana mereka

boleh meneruskan pelajaran mereka di sekolah Inggeris nanti.

3.2 Perkembangan Sekolah Vernakular Cina 

Sekolah Vernakular Cina pertama yang terdapat di Tanah Melayu, adalah di dirikan

oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815. Perkembangan

pendidikan Cina di Tanah Melayu bermula dari tahu 1900 apabila Kang You Wei dan

Liang Qi Chau, menteri dan pendidik yang terkenal di Negeri China, terpaksa

melarikan diri ke Tanah Melayu selepas reformasi mereka di Negeri China gagal.

Kedua mereka menggalakan orang cina supaya mendirikan sekolah berdasarkan

prinsip pendidikan baru yang menggabungkan pengajaran Confucius dengan sains

Barat. Ramai pemimpin tempatan menyambut baik sistem pendidikan cina yang

diperkenalkan oleh mereka. Sebelum ini, kurikulum sekolah vernakular Cina adalah

berdasarkan pelajaran klasik lama. Selain daripada menghafaz klasik lama, murid –

murid juga belajar kaligrafi dan ilmu kira – kira dengan menggunakan abakus.

Rumah orang atau kuil sembahyang digunakan sebagai tempat menuntut ilmu.

Bahasa pengantar yang digunakan untuk mengajar ialah dielak tempatan.

Kerajaan British pada masa itu mengamalkan polisi yang liberal terhadap penubuhan

sekolah Cina di Tanah Melayu. Apabila Republik China ditubuhkan pada 1911,

kerajaan China terus menyalurkan bantuan kewangan serta memberi nasihat

mengenai pentadbiran sekolah Cina di Tanah Melayu. Tujuannya adalah untuk

memperkenalkan ideologi Republik Rakyat China kepada orang Cina di Tanah

Page 23: Waj3106berpasangan

Melayu. 

Menjelang Tahun 1920, terdapat 313 buah sekolah Cina telah dibina di Negeri –

negeri Selat dan 181 buah sekolah Cina di Negeri – negeri Bersekutu.² Satu

reformasi kebudayaan telah berlaku di China ianya membawa kesan yang besar atas

sisitem pendidikan Cina di Tanah Melayu. Salah satu perubahan baru ialah sekolah

– sekolah vernakular Cina mula menggunakan bahasa Mandarin, yang telah menjadi

menjadi bahasa pengantar yang rasmi di Negeri China. Semua buku teks datangnya

dari Tanah Besar China. 

Penjajah British mula sedar bahawa sekolah – sekolah Cina di Tanah Melayu telah

menjadi tempat – tempat untuk menyebarkan ideologi kerajaan Cina. Pihak British

telah pun menukar polisi liberal yang diamalkan dulu dengan meluluskan Enakmen

Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu pada tahun 1920, tujuannya untuk mengawal

aktiviti – aktiviti subversif di sekolah Cina. Antara perkara yang terkandung dalam

Enakmen pendaftaran sekolah ialah :

Pengarah Pelajaran mempunyai kuasa menutup sebarang sekolah yang tidak

mengikut peraturan mengenai kurikulum, pentadbiran dan keadaan kesihatan

sekolah itu yang ditetapkan oleh pentadbiran British.

Semua guru dan pentadbirnya dikehendaki berdaftar dan diseliakan oleh

Pengarah Pelajaran.

Sekolah – sekolah Cina yang didaftar di bawah Enakmen itu akan diberi bantuan

kewangan oleh kerajaan British.

Sekolah yang hanya menggunakan dialek tempatan sebagai bahasa pengantar

sahaja yang layak menerima bantuan kewangan kerajaan.

Masyarakat Cina, pada keseluruhannya telah mencabuli hak asasi orang Cina dalam

pengurusan sekolah sendiri. Mereka membantah enakmen tersebut, namun

demikian pihak British tetap dengan pendirian mereka.

Enakmen Pendaftaran sekolah yang dikuatkuasa pada 1922 tidak dapat menyekat

perkembangan sekolah Cina. Justeru itu bahasa Mandarin juga telah diiktiraf oleh

kerajaan British sebagai bahasa rasmi di di sekolah Cina. 

3.3 Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil sebenarnya bermula semasa

perkembangan ladang getah, kelapa, kopi dan gula di mana ramai buruh dari India

diambil untuk bekerja di ladang – ladang tersebut. Penubuhan Sekolah Vernakular

Tamil ini bergantung kepada majikan mereka atau usaha dari Persatuan Mubaligh,

kebetulan pada masa itu British masih lagi mengamal dasar membantu sekolah

vernakular Melayu. 

Page 24: Waj3106berpasangan

Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20 memerlukan lebih

banyak buruh India bekerja di ladang getah. Untuk mendorong buruh – buruh ini

datang bekerja di ladang – ladang di Tanah Melayu, kerajaan British mula menukar

polisi pendidikannya mulai tahun 1902. Mereka mula memberi kemudahan untuk

menubuh sekolah vernakular Tamil di mana – mana tempat yang difikirkan perlu.

Selain membantu sekolah vernakular Tamil di ladang British juga menubuhkan

beberapa buah sekolah di bandar untuk kanak – kanak India di mana bapa mereka

bekerja di Jabatan Kerja Raya atau di keretapi. Pada tahun 1920 , satu kod Buruh

dikuatkuasakan. Kod Buruh itu mewajibkan setiap ladang yang terdapat sepuluh

orang kanak – kanak di dalam umur persekolahan ( 7 – 14 tahun ) dikehendaki

menyediakan sekolah dan guru untuk kanak – kanak itu. Menjelang tahun 1920

jumlah murid yang belajar di sekolah Tamil di Negeri – negeri Bersekutu telah

meningkat lebih kurang 4000 orang. Dalam Tahun 1930 pula terdapat 4 jenis sekolah

vernikular Tamil di tubuhkan di Tanah Melayu , anatarnya ialah :

i. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh kerajaan.

ii. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh majikan.

iii. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh komuniti India tempatan.

iv. Sekolah yang didirikan oleh Persatuan Mubaligh.

Untuk memperbaiki sistem sekolah vernakular Tamil, kerajaan British telah melantik

seorang nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah dalam tahun 1930.

3.4 Perkembangan Sekolah Inggeris

Penang Free School merupakan sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan di

bawah rancangan serta bantuan kewangan kerajaan British. Penubuhan Penang

Free School di bawah rancangan Hutchings telah mendorong negeri – negeri yang

lain menubuhkan Sekolah Inggeris yang serupa, misalnya di negeri Melaka, sebuah

sekolah Inggeris bernama Melaka Free School telah ditubuhkan pada tahun 1826.

Pada tahun 1905, kerajaan British telah menubuhkan Malay College di Kuala

Kangsar, sebuah sekolah berasrama penuh, khususnya bagi anak – anak Melayu

peringkat atasan.Penubuhan Malay College adalah dari inisiatif R.J Wilkinson

dengan sokongan kuat dari DYMM Sultan Idris. Tujuan penubuhan adalah untuk

menyediakan pegawai kerajaan bagi bahagian tertentu. Penghujung tahun 1930

barulah peluang untuk belajar di sekolah Inggeris dibuka kepada anak Melayu ( lelaki

)melalui sistem Special Malay Class. Mengikut sistem ini, murid anak Melayu dari

darjah 4 dipilih masuk Special Malay Class melalui suatu pepriksaan. Mereka dipilih

dikehendaki belajar di Special Malay Class. 

Selain daripada sekolah jenis free dan Malay College, kebanyakan sekolah Inggeris

Page 25: Waj3106berpasangan

telah ditubuhkan atas usaha mubaligh Kristian. Sekolah ini juga dikenali sebagai

sekolah separa bantuan dari kerajaan British. Sekolah – sekolah mubaligh ini dibuka

kepada kanak – kanak berbilang kaum dan tujuan menubuhkan sekolah ini ialah

menyediakan pendidikan umum serta memperbaiki akhlak kanak – kanak

berdasarkan ajaran Kristian. 

Sungguhpun kerajaan British menyediakan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu

dengan mengambilalih sekolah jenis free dan menjadikan mereka sekolah kerajaan,

namum bilangan murid yang belajar di sekolah Inggeris amat tidak menggalakan

berbanding dengan murid yang belajar di sekolah – sekolah vernakular yang lain.

Rujuk Lampiran 2.

Mengikut polisi pendidikan kerajaan British , mereka tidak setuju bahawa pendidikan

Inggeris dibuka secara bebas kepada orang ramai. Kerajaan British berpendapat

memberi pendidikan Inggeris kepada kanak – kanak tempatanakan menimbulkan

masalah pengangguran serta perasaan kurang memberi galakan untuk

memperkembangkan pendidikan Inggeris di tanah jajahan mereka.

3.5 Institusi – Institusi Pendidikan Yang Lain 

Sistem pendidikan sekolah Cina dan sekolah Inggeris merupakan lebih maju dan

lebih sempurna. Bagi sekolah Cina mereka ada sekolah menengah hingga Tingkatan

6. Selain itu mereka juga boleh melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti di Negeri

China.

Sekolah Inggeris juga ada mempunyai sekolah menengah hingga ke peringkat

Diploma. Murid – murid dari sekolah Inggeris mempunyai peluang yang lebih luas

dalam bidang pendidikan tinggi. Selepas lulus peperiksaan Sijil Cambridge Seberang

Laut, yang diperkenalkan kali pertama di Tanah Melayu pada tahun 1891. Murid –

murid mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke institusi – institusi

seperti Kelas Normal, Kolej Pertanian, Kelas Queen’s Scholarship dan seterusnya ke

SekolahTeknik, Kolej Perubatan, Kolej Raffles atau universiti - universiti luar negara.

3.6 Dasar Polisi Penjajah Terhadap Sistem Pendidikan

Keadaan pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Cina,Sekolah Tamil dan Sekolah

Inggeris adalah disegajakan oleh divide and rule. Dengan dasar tersebut anak –

anak Melayu kekal di desa, manakala yang bukan Melayu ditadbir secara

berasingan. Situasi begini mewujudkan berbagai – bagai kesulitan dari segi

sosioekonomi. Tambahan lagi, terdapat berbagai – bagai bantahan daripada kaum

bukan Melayu apabila cubaan diadakan untuk menyatukan semua sekolah

vernakular iaitu Melayu, Cina dan India.

Page 26: Waj3106berpasangan

3.7 Laporan Winstedt

Tahun 1916 R.O Winstedt, seorang pakar dalam dalam bidang bahasa dan adat

Melayu, dilantik sebagai Penolong pengarah Pelajaran. Pada tahun berikutnya beliau

telah dihantar ke East Indies dan Filipina untuk membuat kajian mengenai

pendidikan vernakular dan vokasional. Sekembalinya, beliau menyediakan laporan

mengenai kajiannya serta mengemukan cadangan – cadangan untuk memperpaiki

sistem pendidikan Vernakular Melayu di Tanah Melayu di Tanah Melayu. Cadangan

– cadangan Winstedt adalah dikelaskan mengikut beberapa kategori seperti berikut :

i. Kurikulum

ii. Sekolah Vokasional dan Sekolah Pertanian

iii. Pentadbiran

iv Maktab Latihan Guru

3.8 Laporan Barnes

Pada tahun 1949, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua

sekolah vernakular, iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina, dan sekolah Tamil. Laporan

Barnes dan bertujuan untuk membubarkan sistem sekolah vernakular yang

berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum.

Sekolah tersebut akan menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantarnya. Bahasa Cina dan Tamil terus diajar sebagai mata pelajaran

sahaja di sekolah. Rasionalnya adalah untuk mencapai perpaduan dikalangan kanak

– kanak berbilang kaum. Barnes menyarankan supaya satu corak sekolah rendah

ditubuhkan, iaitu Sekolah Kebangsaan yang dibuka kepada kanak – kanak semua

bangsa dan diajar oleh guru – guru daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

Sekolah – sekolah bahasa ibuda semua kaum dimansuhkan sementara diperingkat

menengah dan selanjutnya. 

Laporan Barnes mendapat tentang dan kritikan daripada orang bukan Melayu atas

alasan : Bagi orang Cina dan India berpendapat Laporan Barnes ini menggugat

bahasa dan budaya mereka daripada pupus di Tanah Melayu dan berpendapat

kanak – kanak ini harus menerima pendidikan rendah dalam bahasa ibuda mereka

sebelum bahasa lain diajar.

3.9 Laporan Fenn-Wu 

Laporan Fenn-Wu pula dibentuk untuk mengkaji pendidikan Cina di Tanah Melayu.

Dua orang panasihat dari negeri China , Dr W.P Fenn dan Dr. Wu Teh Yau dijemput

untuk mengkaji tentang sistem pendidikan Cina itu. Kajian ini menitikberatkan

tentang aspek yang berikut :

i. Pengkajian untuk menyesuaikan sistem persekolahan yang bercorak perkauman

Page 27: Waj3106berpasangan

dengan sistem persekolahan bercorak kebangsaan.

ii. Memberi nasihat tentang penyediaan buku teks yang berlatarbelakangkan

kehidupan di Tanah Melayu sebagai satui cara untuk mengasimilasikan keturunan

Cina ke dalam masyarakat Tanah Melayu.

Hasil daripada Laporan Fenn-Wu orang Cina memahami dan sedia belajar tiga

bahasa, iaitu Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Laporan Fenn-Wu

ini berusaha meyakinkan kerajaan bahawa sekolah vernakular Cina harus diteruskan

kerana langkah ini boleh memberi sumbangan kerah pembentukan penduduk Tanah

Melayuyang bersatu padu, iaitu melalui penggunaan buku teks yang berorientasikan

negara ini.

3.10 Ordinan Pelajaran 1952

Didapati pandangan – pandangan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu itu

berlainan, kerajaan British segera menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk

mengkaji kedua – dua Laporan tersebut. Ordinan Pelajaran ini telah menggariskan

beberapa perkara seperti berikut :

i. Dua jenis sistem persekolahan hendaklah ditubuhkan; sejenis sekolah yang

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sejenis lagi

menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantarnya.

ii. Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diteriam sebagai sebahagian daripada

sistem pendidikan kebangsaan.

iii. Sekolah Kebangsaan Melayu akan mula mengajar bahasa Melayu bermula dari

Darjah Tiga. 

iv. Bahasa Melayu adalah wajib di sekolah Inggeris manakala Bahasa Inggeris

adalah wajib di sekolah Melayu.

Ordinan Pelajaran 1952 ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana

masalah kewangan. Kos bagi menukarkan aliran vernakular kepada sekolah

kebangsaan tidak dapat ditanggung oleh kerajaanBritish pada masa itu. Tambahan

pula pada masa zaman Darurat. 

4.0 KESAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN KE ATAS

MASYARAKAT MELAYU

4.1 Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu

Tujuan pihak Inggeris untuk menyediakan pendidikan Melayu khasnya dalam

pembinaan sekolah adalah bertujuan untuk memenuhi selera politik penjajahan

mereka sahaja. Objektif mereka adalah untuk membina pengaruh dan politik British

( Inggeris ) tanpa melihat keperluan masyarakat tempatan yang kebanyakannya

terdiri daripada masyarakat tani. Matlamat utama mereka adalah sekadar memberi

Page 28: Waj3106berpasangan

pendidikan kepada orang Melayu untuk melengkapkan tenaga manusia di peringkat

rendah, iaitu di peringkat buruh. Tegasnya sekadar untuk menjadi petani yang lebih

baik dari orang tua mereka dan dapat hidup gembira dalam masyarakat kampung.

Seandainya mereka ( penjajah ) membenarkan para pelajar Melayu menyambung

pelajaran mereka hingga ke darjah enam adalah satu kesalahan besar bagi mereka

ini adalah disebabkan bertentangan dengan prisip dan dasar pendidikan mereka.

Golongan ini berpendapat tujuan utama mereka adalah sekadar menghapuskan buta

huruf pada tahap yang minimum sahaja ( Cheeseman, 1848 ) Kenyataan in i

memeng munasabah oleh sebab dengan hanya pencapaian setakat darjah empat,

anak – anak Melayu sudah dapat membaca, membuat kiraan yang mudah dan

seterusnya dapat digunakan di dalam urusan seharian supaya tidak tertipu oleh

pekedai – pekedai.

Pihak British juga tidak menggalakkan orang Melayu menghantar anak mereka ke

sekolah – sekolah Inggeris. Malahan R.O. Winstedt sendiri tidak setuju supaya

bahasa Inggeris diajarkan di sekolah Melayu. Ada juga dikalangan anak – anak

Melayu yang mendesak supaya Pihak British menubuhkan sekoalh Inggeris di

Lenggong dan Krian Perak, namun sudah dasar pihak penjajah tidak mahu anak –

anak Melayu ini maju maka cadangan tersebut ditolak, pihak British beralasan

bahawa anak – anak Melayu di kampung hanya layak bersekolah Melayu sahaja.

Pihak British sebenarnya khuatir bahawa jika pelajaran Inggeris di beri kepada

masyarakat Melayu , kesedaran politik serta pemikiran mereka akan berkembang

dan seterusnya menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. Dalam Perak

Govement Gazette³ , 6 Julai 1884, telah tercatat :

Mengajar kanak – kanak membaca dan menulis dalam

bahasa ibunda mereka atau bahasa Melayu kita akan selamat.

Pihak British dengan secara tidak langsung telah menanamkan sikap memuliakan

pekerjaan buruh dan mengajar orang Melayu supaya terus tinggal di kampung –

kampung. Pihak British mahu supaya masyarakat Melayu tidak akan berubah

nasibnya dan kekal dengan pekerjaan tradisi. Walau bagaimanapun, bagi melahirkan

pemimpin Melayu yang boleh membantu birokrasi penjajah serta mengambil dan

menjaga hati golongan bangsawan dan pembesar – pembesar Melayu ketika itu,

Maktab Melayu ( Malay College ) Kuala Kangsar telah didirikan khas untuk anak –

anak golongan ini.

Menurut Ibrahim Saad, terdapat 3 matlamat utama pendidikan pada zaman

Page 29: Waj3106berpasangan

penjajahan iaitu:

i. Sekolah mempunyai tujuan memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai asing

ataupun nilai-nilai bukan pribumi. 

ii. Sekolah melantik segolongan kecil masyarakat pribumi (terutamanya dari

golongan pemimpin-pemimpin tradisional) bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu

mereka.

iii. Sekolah berbagai operasi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling

minimum dan diperingkat yang paling rendah. (Ibrahim Saad, 1990:7)

Ketiga-tiga matlamat di atas menunjukkan bahawa tujuan British memperkenalkan

sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri iaitu

untuk tujuan ekonomi dan politik dan bukannya untuk kepentingan kaum pribumi

atau kaum pendatang. British tidak mempunyai sebarang niat untuk memajukan

kaum pribumi mahupun kaum pendatang. " Matlamat utama sistem pendidikan

penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat

bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi³ ".

(Abdullah Sani & P. Kumar, 1990: 1) 

4.2 Kesan Pendidikan Terhadap Orang Melayu

Secara umumnya cara pendidikan sekolah Melayu dikendalikan oleh pihak British

telah gagal mendapat tempat di hati orang Melayu sendiri. Kehadiran anak – anak

Melayu di sekolah – sekolah Melayu ketika itu bukanlah atas dasar keikhlasan hati

untuk menuntut ilmu tetapi disebabkan oleh paksaan yang telah dikenakan oleh

British dengan cara penguatkuasaan peraturan tersebut. Pencerobohan British ke

atas sistem pengajian tradisional al – Quran sedikit sebanyak telah menyinggung hati

orang Melayu. Matlamat sebenar pendidikan Melayu yang inginkan kemajuan yang

setanding dengan orang orang yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu telah tidak

tercapai.

Anak – anak Melayu lepasan sekolah rendah Melayu, akan terus pulang ke kampung

halaman mereka untuk bekerja sama ada sebagai petani, buruh, guru, polis atau

peon. Boleh dikata di sini bahawa pelajar lepasan sekolah Melayu tidak mempunyai

kerja yang mendatangkan nilai ekonomi yang kukuh.

Pentadbir – pentadbir British seperti R.J. Wilkinson,A.M Skinner dan juga R.O.

Winstedt yang kelihatannya berminat dalam perkembangan pendidikan orang

Melayu, sebenarnya bukanlah ahli – ahli pendidik yang boleh menyelami dan

memahami cita – cita orang Melayu ketika itu. Keikhlasan mereka menjalankan tugas

pada masa itu adalah diragui dan diakui sendiri oleh William R.Roff. Ibrahim Saad

Page 30: Waj3106berpasangan

( 1981 : 20 ) telah menerangkan :

Banyak orang menyangka bahawa Laporan Winstedt itu satu

pembaharuan tetapi mengikut Roff, Winstedt telah tidak memperduli-

kan perkembangan intelek Melayu. Ini disebabkan pada masa itu

ia sedang membina kemasyhurannya ( reputation ) sendiri dengan

menulis sejarah dan kesusasteraan Melayu.

Nasib masyarakat Melayu sehingga Perang Dunia Kedua masih lagi belum berubah,

mereka hidup dalam keadaan yang serba daif, masih tidak mempunyai hala tuju.

Orang kampung pada mulanya tertarik dengan sumbangan British terhadap

pembinaan sekolah - sekolah Melayu, akhirnya sedar bahawa anak – anak mereka

tidak akan maju walaupun mereka dihantar ke sekolah ataupun tidak . Abu Zahari

( 1980 ) telah merumus tentang kesan pendidikan Melayu ketika itu seperti berikut.

Pendidikan Melayu sengaja disalurkan mengikut dasar mengekalkan

kaum tani sehingga kurikulum Sekolah Melayu tidak berkembang

lebih daripada memberi pendidikan dasar selama empat tahun kecuali

latihan pengurusan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu

sesudah sekolah dasar. 

Pendidikan Melayu tidak dapat memberi hasil dan kesan yang positif terhadap

peningkatan taraf hidup dan keadaan sosial orang Melayu yang kebanyakkannya

tinggal di kampung. Mereka semakin dihimpit dan kekal hanyut di dalam kemiskinan,

walaupun pada masa itu, peluang – peluang perniagaan dan perindustrian yang

berdasarkan kepada getah dan bijih timah terdapat di pekan – pekan. Kegagalan

pemerintah Inggeris dalam sistem pendidikan dan seterusnya memajukan orang

Melayu menerusi sistem tersebut telah menimbulkan semangat kebangsaan Melayu

pada tahun 1930-an. 

5.0 KESIMPULAN

5.1 Penutup 

Melihat pada latar belakang pendidikan zaman penjajahan British, dapat kita

membuat kesimpulannya di sini, bahawa pemerintah British atau pun kolonial tidak

berminat untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan. 

Persefahaman dan perpaduan dianggap tidak penting untuk dipupuk menerusi

pendidikan. Justeru itu pihak British mengabaikan soal penggunaan bahasa

pengantar dan kurikulum yang seragam serta pentadbiran yang terancang dan

penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan

Page 31: Waj3106berpasangan

anak – anak daripada semua keturunan. 

Sekolah – sekolah terpisah di antara satu dengan yang lain menurut kedudukan

geografi dan taburan penduduk. Kebanyakan sekolah Melayu telah ditubuhkan di

desa selaras dengan dasar mengekalkan orang Melayu di kampung – kampung.

Sekolah Cina terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian

kerana sebilangan besar orang Cina tinggal di kawasan – kawasan tersebut dan

sekolah Tamil pula terdapat di ladang – ladang getah.

Tidak ada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal. Sekolah Inggeris

menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu,

sekolah agama menggunakan bahasa Arab dan bahasa Melayu, sekolah Cina pula

menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.

Dalam pada itu juga boleh dikatakan bahawa tujuan – tujuan utama di sebalik

pendidikan semasa penjajahan ialah untuk memastikan penjajahan Inggeris

berterusan, mengekalkan eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga

kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan – keperluan penjajah dan

mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan.

Dengan corak pendidikan penjajah yang sebegitu rupa, maka terdapat dua kesan

utama, iaitu sistem pendidikan yang tidak ada keselarasan dari segi objektif,

matlamat, kurikulum dan perkaedahan dan kewujudan masyarakat majmuk yang

mempunyai ciri – cirinya yang tersendiri.