villa sir

Upload: kelabk

Post on 09-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Villa Sir

    1/138

    Haiza Najwa

    1

    B

    OLEH sampai ke aku ke vila

    sirni? Nak tau arah ke sana

    pun macam menggerudi

    harta karun! rungut Faliq sambil mengemudikan

    kenderaannya perlahan-lahan. Matanya tidak lepas menerkam

    rumah yang bakal diserbunya kali ini.

    Harap-harap respons kali ni taklah seburuk tadi.

    Dia mengaminkan doanya. Hendak kata putus asa, memang

    dia sudah putus asa. Bertanya apatah lagi, sudah jenuh!

    Kalau hendak dikira, mungkin sudah lebih duapuluh kali dia turun naik kenderaannya. Cuma untuk

    bertanyakan soalan yang serupa. Pertanyaan yang sama. Di

    mana lokasi vila Dr. Khane? Vila yang diberi nama Teratak

    Kilau?

    Teratak Kilau!

    Ironis sekali kerana kebanyakan yang ditanya,terang-terang tidak mahu memberikan kerjasama. Malah,

    ada yang menuding jalan yang salah. Perbuatan tersebut jelas

    sengaja. Yang membisu pula lebih ramai. Asal ditanya sahaja,

    Bab 1

  • 8/8/2019 Villa Sir

    2/138

    Kasih Vila Cinta

    2

    mendengus dan terus beredar meninggalkannya kebingungan

    sendiri. Faliq jadi tension menyambut gelagat-gelagat aneh

    seorang demi seorang itu.

    Weird... keluhnya berulang kali.

    Kali ini sekali lagi dia akan mengulangi soalan yang

    serupa. Di mana letaknya Teratak Kilau di Kampung Tunas,

    Kuantan, Pahang?

    Seorang gadis menjengahkan mukanya di celah

    daun pintu kemudian turun menanti di anak tangga. Ada

    kanak-kanak membuntutinya.

    Dari dalam kenderaannya, mata Faliq tidak berkelip

    memandang kanak-kanak yang memiliki roman ala Inggeris

    itu. Pelik juga melihat wajah seperti itu tersesat di desa yang

    agak tersorok. Tenang sekali gadis itu menantinya

    memberhentikan kenderaan.Tatkala kereta tersebut membrek di hadapan pintu

    pagar, teragak-agak gadis itu melangkah turun melekapkan

    tapak kaki di anak tangga terakhir. Terpaku sambil

    mengangkat dagu menantikan tetamu yang bila-bila masa

    sahaja datang menerpa. Mulanya, dia mengangguk malu-

    malu pada Faliq. Dalam teragak-agak, dia tersenyum. Reaksi

    lumrah kerana apa yang disaksikan di hadapannya itu

    memang mengujakan. Faliq yang dialu-alukan dengan

    senyuman itu apatah lagi, mara dan menunduk sedikit sambil

    mengucapkan salam.

    Salam berbalas. Dua kali gadis itu melontar

    senyum. Masih tersipu-sipu.

    Harapan Faliq biarlah gadis ini terbuka sedikitmindanya berbanding responden lain sebelum ini. Malangnya,

    belum pun habis tempoh satu minit, terjadi perubahan

    karakter. Air mukanya menegang. Seakan-akan digertak

  • 8/8/2019 Villa Sir

    3/138

    Haiza Najwa

    3

    musuh secara tiba-tiba. Puncanya satu. Seperti yang lain-lain

    juga, dia diserbu soalan senada. Soalan berpuaka itu!

    Adik tau di mana Teratak Kilau?

    Itulah yang ditanya oleh Faliq. Itulah yang

    menyirnakan senyumnya. Itulah yang merubah sekali gus

    warna mukanya.

    Tanpa teragak-agak dia berpaling dan bergegas

    memanjat tangga semula. Kanak-kanak yang sudah agak

    besar itu dicempungnya dalam paksa.

    Mari Sean! Kasar sekali. Merengkeh gadis itu

    dibebani saiz kanak-kanak tersebut.

    Faliq menggeleng. Kasihan kanak-kanak itu!

    Mukanya berkernyut memprotes perlakuan ke atasnya.

    Bergegar bunyi pintu melantun. Terdengar ia dikunci dari

    dalam. Kejam sungguh kaedahnya mengusir tetamu yangdatang...

    Dahi Faliq berkerut-kerut. Sambil mendengus, dia

    menggeleng dan menggeleng.

    Bizarre... gerutunya. Huh... satu kepala jugak

    dengan yang lain-lain tu.

    Direnungnya pintu yang sudah tertutup rapi.

    Atau... dia kir aku nak mengurat dia agaknya?

    Senteng! Luahnya lagi melontarkan geram.

    Apa pun, dia sedar! Bukan itu alasan yang memaksa

    gadis itu menyorokkan diri semula ke dalam rumah. Tetapi

    soalannya itu! Soalannya itulah yang menjadi penyebab

    kenapa yang ditanya menjauhkan diri! Persis yang lain-lainnya juga.

    Dia melangkah ke keretanya semula. Berbolak-balik

    untuk masuk. Akhirnya dihempaskannya pintu kereta. Muak

  • 8/8/2019 Villa Sir

    4/138

    Kasih Vila Cinta

    4

    untuk meneruskan tujuan. Letih sungguh. Penat!

    Lepak lagi baik... gerutunya, terus menanggalkanjaket. Jaket itu dihampar pada boot. Dia melompat duduk di

    atas jaket denim berkenaan. Terasa hangat. Sambil

    mengangkat kedua lututnya dia termangu dalam kebosanan.

    Dia mendail nombor talian rakan-rakannya. Hampa, jawapan

    diterima hanyalah, out o coverage area.

    Kembali dia mengimbas setiap perbuatan dan

    tindak-tanduknya sejak bertolak ke Pahang seawal subuhtadi. Kemudian satu demi satu kejadian yang dialaminya

    sejak menginjakkan telapak kakinya di Kampung Tunas ini.

    Tua, muda, gadis atau pemuda, apa pun gender, respons yang

    diterima tetap serupa. Faliq menggeleng lagi. Bibir pula

    sudah jenuh melontar keluhan.

    Kampung ni weird betul la... gerutunya kecewa. Apalah susahnya nak jawab soalan aku tu? Dia

    menghembuskan naas kemudian menggetap bibirnya.

    Berat sangat ke? Boleh mati ke kalau sebut nama

    vila tu? getus hatinya.

    Terkir dia akan rakan-rakannya: Ajue, Getrude,

    Halizam, Acap dan Kelam. Sudah sampaikah mereka di vila

    milik proesor mereka itu? Ilya? Jati? Bagaimana pula dengan

    kedua-duanya? Kedua-duanya sudah berjanji untuk

    menemankannya.

    Dia mendengus. Terkilan. Mudah sungguh

    memperlekehkan janji! Dalam geram, dia mengimbas

    kembali tindakan Ilya menghantar sistem pesanan ringkas di

    saat-saat akhir.

    Sori, x jadi ikut.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    5/138

    Haiza Najwa

    5

    Mengelak berpergian dengannyakah? Atau mogok

    demi Fauzan?

    Ilya!

    Selagi belum berdikari, tunggu kiamatlah pak

    langnya akan membenarkan si jantung hatinya itu memandu

    kereta! Faliqlah yang curi-curi mengajar sepupunya itu

    memandu hingga mahir. Lagipun perbuatannya itu tidaklah

    sampai menderhaka pada ibu saudaranya itu. Puan Hatina

    pernah memberi amaran, derhaka kalau Ilya curi-curi ambillesen tanpa izin ibu dan ayahnya. Itu kaedahnya memantau

    pergerakan anak gadisnya.

    Mungkinkah Ilya curi-curi membonceng RZ Jati

    hingga ke Kuantan? Mak Lang Hatina pasti akan mengamuk

    hingga ke UPM jika terdengar desas-desus Ilya membonceng

    motosikal sesiapa. Takut anak kesayangannya itu tercedera!Prelude Kelam pula sudah tentulah penuh.

    Ditumpang oleh Halizam, Acap, Getrude dan Ajue.

    Atau... apakah Fauzan yang merajuk tidak mahu

    terlibat, akhirnya tewas dipujuk oleh Ilya? Berbolak-balik

    Faliq berteka-teki dalam gelisahnya.

    Ilya menumpang Viva Fauzan! Hatinya yang panas

    membuat serkap jarang.

    Mereka bersepuluh iaitu dia sendiri, Halizam,

    Kelam, Acap, Jati, Fauzan, Ilya, Fitrina, Getrude dan Ajue

    seolah-olah membentuk satu organisasi di kampus mereka.

    Sangat ikrab, saling rela-merelakan sokongan moral terhadap

    satu sama lain, hinggakan sesiapa di luar kelompok itu tidak

    mampu bolos ke dalam kumpulan mereka.

    Kecuali Faliq yang setahun lebih tua, yang lain-lain

    merupakan rakan seusia, sepengajian dan tentu sahaja

    sekampus, walaupun berbeza kolej. Faliq pula pernah

  • 8/8/2019 Villa Sir

    6/138

    Kasih Vila Cinta

    6

    menuntut selama setahun di Brisbane tetapi memutuskan

    untuk berhenti sahaja kemudian meneruskan kelangsungan

    studinya di UPM.

    Fauzan dan Ilya! Dua-dua memang sahabat baik.

    Ilya mudah tewas pada siapa sahaja yang kaki studi

    sepertinya. Fauzan jelas menepati kriteria tersebut. Cuma

    gendernya yang dipertikaikan. Sikap Ilya yang tidak pilih bulu

    itu yang membuat Faliq bingung.

    Getrude pula bukannya ulat buku, belajar hanya ala

    kadar sahaja asalkan lulus. Tidak skor pun tidak jadi hal

    padanya. Penganut dogma seperti itu kurang disenangi oleh

    Ilya yang serba obsesi terhadap pelajaran.

    Getrude yang berketurunan Portugis serasi hanya

    dengan Fitrina. Dua seganding itu memang akti lagi kreati.

    Kedua-duanya sentiasa bertenaga. Optimistik.Bagaimanapun, Fitrina tidak ikut menyertai di awal

    ekspedisi. Dibelenggu dengan program MTMnya. Dia memang

    seorang siswi yang sarat jadualnya dengan agenda. Hinggakan

    sering menyewa bilik setiap kali cuti semester kerana

    dibelenggu tugas yang tidak pernah selesai di kampus.

    Menyentuh aspek mobiliti pula, Fauzan yang lemah

    gemalai memang sering ketinggalan. Justeru, Ilya yang

    penyabar orangnya, paling padan bergandingan dengannya.

    Itu yang Faliq kurang setuju. Begitu rapatnya Ilya dengan

    Fauzan, waima ke mana-mana pun, pasti bersama. Dia kalau

    boleh mahu Ilya ditemani seorang lagi muhrim setiap kali

    berpergian dengan Fauzan. Tolak ke tepilah trah Fauzan

    yang sebegitu. Syarak tetap mengharamkan. Itu yangmembuatkan Faliq geram. Kadangkala terlampau geram

    hingga jadi meluat. Lalu seringlah dia bertindak menggores

    hati Fauzan...

  • 8/8/2019 Villa Sir

    7/138

    Haiza Najwa

    7

    Baru-baru ini tindakan sengajanya itu telah

    menyebabkan teman baik Ilya itu merajuk. Fauzan menarik

    diri pada saat-saat akhir. Memulaukan terus projek mereka.

    Terang-terang dia membuat deklarasi yang dia tidak sudi ikut

    serta.

    Faliq mencemik mengenangkan perangai keanak-

    anakan Fauzan tersebut.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    8/138

    Kasih Vila Cinta

    8

    C

    UTI sem. ni awak semua

    bolehlah mengaplikasikan

    sepenuhnya vila saya di

    Kampung Tunas. Tempat tu cukup kondusi untuk kamu

    melancarkan projek kamu. Udara sekitarnya bersih.

    Terpinggir dari hiruk-pikuk serta hingar-bingar kota.

    Pergilah. Apa sajaacility yang perlu untuk launching projek

    kamu semua sudah menanti di sana. Dapur vila tu lengkap.

    Kamar-kamar yang terdapat di kediaman saya itu lengkap.

    Kamar mandi ada empat. Atas dua, bawah dua. Tak perlu

    bertelagah atau berkrisis kerana berebut giliran. Praktikal,

    kan? Yang penting, sebahagian orchard yang dulu ditanami

    pokok-pokok durian dan manggis sudah dibersih dan

    diratakan. Bolehlah kamu semua make most o the land

    sebagai replika untuk projek kamu.

    Lebih dari praktikal. Makan dan minum pulak

    macam mana? Acap mencelah, tersengih menghadap Dr.Khane. Mempamerkan wajahnya yang selalu manis.

    Itu sendirilah urus. Macam mana di sini, macam

    itulah di sana!

    Bab 2

  • 8/8/2019 Villa Sir

    9/138

    Haiza Najwa

    9

    Tapi sana ada ke kae? tanyanya tidak puas hati.

    Dr. Khane menggeleng. Dapur ada. Tak bolehmasak sendiri? Tak tau, tuju ke pekan. Susah sangat?

    Padan muka. Jaguh melantak. Nak makan pun

    berkira. Kedekut! ejek Fauzan yang duduk sendirian di

    hadapan.

    Acap menjongketkan kening pada Fauzan.

    Tapi hmmm... supaya awak semua lega, makanandalam tin memang bertimbun dalam kabinet dapur. Setiap

    kali jenguk vila itu, saya tetap pastikan bekalan kering di sana

    mencukupi. Awak akan aham sendiri nanti kenapa.Hmmm...

    ada saya belikan beberapa karton minuman dalam tin sewaktu

    saya dan amilivacation di sana baru-baru ini, tapi tak sempat

    nak memanaatkannya. Kira rezeki kamulah tu. Dua hari saja

    saya sempat menginap di sana. Anak-anak tak ada yangbetah.

    Kenapa sir? tingkah Kelam tidak menyempat-

    nyempat.

    Kenapa... Dia menipiskan bibirnya memandang

    semua.

    Entahlah Muhammad Qalam. Sukar nak buatpengisahan semula ni. Macam-macam kecoh dan gelagat

    yang mereka buat.Fuh... kepoh. Akhirnya saya mengalah!

    balasnya merenung tepat responden yang bertanya. Seronok

    melihat Kelam berminat dengan celotehnya.

    Mengalah macam tu aje? Anak-anak ugut, balik

    terus?Sir, kita mana boleh cuak dengan anak-anak. Getrude

    pula meningkahi perbualan tersebut, setelah sejak tadi hanya

    jadi pemerhati.

    Dr. Khane mengangkat kening.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    10/138

    Kasih Vila Cinta

    10

    Bukan cuak. Tapi mereka mengadu ada hantu...

    Ada burung besar tapi muka manusia. Ada wanita dengan

    wajah sekejap cantik, sekejap hodoh. Orang mengintai di

    jendela. Seribu satu macam aduan yang karut-marut.Argh...

    macam-macam kerenah. Mabuk juga saya dibuatnya melayan

    benda-benda merepek seperti tu!

    Bagaimana kalau mereka tak bohong, sir? Kelam

    memenangkan. Sesuatu yang berbau supernatural memang

    menguja naluri ingin tahunya.Kanak-kanak ni jarang berbohong kecualilah kalau

    terpaksa! Dr. Khane menyeringai lalu tergelak kecil. Wajah

    Kelam yang beria-ia memang melucukan.

    Pun seram juga... kalau benar seperti apa yang

    mereka nampak tu... sambung Kelam menambah injeksi

    pada isu terbabit agar diskusi jadi lebih menguja.Dia mula membuat imejan di benaknya akan

    sesuatu yang ilusi. Sesuatu yang horror. Imej hantu serta

    puntianak seperti yang sering tergambar di skrin melalui

    ilham para sutradara.

    Budak ni memang serasi sangatlah dengan sikap

    anak-anak aku yang gemar percaya tahyul mahyulni... bisik

    Dr. Khane sendirian sambil melakar senyum.

    Diperhatikannya Kelam yang terus khayal

    membayangkan sesuatu. Juga pada mulut Getrude yang

    ternganga menanti suapan cerita selanjutnya. Ajue di

    hadapan Acap memandangnya tanpa berkelip. Cuma Ilya yang

    tenggelam timbul dalam perbualannya dengan Faliq. Sesekali

    mata kedua-duanya okus semula pada Dr. Khane.Dalam gelak-gelak kecil pensyarah UPM itu

    menyambung, huh, takkan awak semua dah gentar dengan

    momokan-momokan seperti itu? Betul tak?Ater all, saya tak

  • 8/8/2019 Villa Sir

    11/138

    Haiza Najwa

    11

    nampak pun benda-benda yang dibebelkan oleh anak-anak

    lelaki saya tu!

    Kemudian dia terdiam sambil mengerutkan kening.

    In someways somehow, pelikjugak kerana mereka

    memang nampak takut. Neither pretending nor putting on

    charade. Wajahnya berkerut serius menilai kenyataannya

    itu.

    Mereka? Ramai sangat ke anak-anak sir? seloroh

    Faliq yang tenang sedari mula. Sebenarnya dia kurang okus.

    Dr. Khane menjongketkan kening mendengar

    jenaka spontan Faliq. Garis sementara di dahinya bertambah.

    Faliq Munzer, nada Dr. Khane memanjat ke

    puncak.

    Fauzan di hadapan yang mendapat kesempatan

    mula menghidupkan kamera teleon bimbitnya, memicit

    option kemudian menekan punat video sambil tergelak-

    gelak halus. Dihalakan teleon cellularnya itu pada Faliq dan

    Dr. Khane. Bersedia merakam peristiwa yang cukup

    menyeronokkan padanya itu.

    Dr. Khane meneruskan, Faliq, tak sah ke kalau

    awak tak mempersendakan orang lain? Girlrienddi sebelahpun boleh cabut kalau disinggung tau? Nampaknya

    terpaksalah saya nasihatkan awak terang-terang bahawa

    muka yang lawa saja belum memadai kalau tak diimbangi

    dengan ciri-ciri karismatik dalam diri kita!

    Berang juga Dr. Khane dijadikan bahan jenaka

    seperti itu.

    Huh... pedas! Faliq berbisik sendirian.

    Padan muka! Ilya membuat thumbs-up, ke muka

    Faliq. Faliq menepis tetapi Ilya sempat mengelak. Gadis itu

  • 8/8/2019 Villa Sir

    12/138

    Kasih Vila Cinta

    12

    kemudian bangun sebaik-baik sahaja Fauzan menggamitnya.

    Dia melabuhkan duduk di samping Fauzan yang berada

    langkau tiga baris di hadapan.

    Fauzan mematikan teleon bimbitnya sebaik sahaja

    Ilya berlabuh di sisinya. Dia memainkan semula video yang

    dirakamnya.

    Terpacul tawa halus Ilya. Dia membisikkan sesuatu

    pada Fauzan membuatkan temannya itu tersengih. Secara

    bersekutu dia dan Ilya menghalakan muka pada Faliq,membuat mimik mengejek.

    Faliq melontar segumpal kertas tepat terkena dahi

    Fauzan.

    Fauzan mengaduh manja.

    Eee... cemuh Faliq menggerakkan bahunya

    menunjukkan aksi geli-geleman.

    Jadi bagaimana, dah mula gentar? tanya Dr.

    Khane setelah suasana membisu sebentar. Dia mengangkat

    dagu pada Faliq. Bertanya secara isyarat.

    Setakat baloney macam tu? Tak ada maknanya

    pun, tapi Fauzan... tak taulah! sindir Faliq mengenakan

    Fauzan yang tenggelam dalam perbualan dengan Ilya.Hatinya panas.

    Fauzan berhenti berbual dan membalas lebih tajam

    kerlingan Faliq.

    Aku tak takutlah, bodoh! protesnya mendengus

    dan memalingkan mukanya semula daripada Faliq, dihujani

    ketawa oleh Acap dan Ajue. Tawa dan ejekan itu membuat

    muka Fauzan berubah merah. Pandangannya menerkam Ajue

    dan Acap yang sambung-menyambung mentertawakannya.

    Mukanya yang sudah merah menjadi kelat.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    13/138

    Haiza Najwa

    13

    Wei... time tengok lem Jangan Pandang Belakang

    hari tu, Jati kata kau terkencing dalam seluar! ejek Faliq.

    He, gila tahap dewalah engkau ni! Itu air Coke aku

    tumpah, tau tak bodoh? Dua kali bodoh kau apek mata sepet!

    marahnya pada Jati yang mereka-reka cerita.

    Jati hanya mencemik.

    Acap tersedak-sedak tertawa.

    Tiga kali bodoh kau, Acap! Gelak kau tu, macamorang semput nak ajal. Dasar hantu gigi! marahnya pula

    pada Acap yang tidak berhenti menyeringai padanya.

    Kalau betul seperti kata anaksirtu, benda tu tentu

    suka kat engkau, Fauzan! Benda macam tu memang suka

    mengusik manusiasteng-steng (setengah) ni! ejek Faliq lagi

    enggan berhenti.

    Fauzan melontar penanya tepat terkena dada Faliq.

    Dakwatnya terpercik mengotori kemeja T putih polosnya.

    Faliq mendengus. Merenung sebal pada kotoran di

    bahagian dada itu.

    Fauzan menyepetkan matanya, menyengih puas ke

    arah Faliq.

    Rahang Faliq bergerak-gerak. Fauzan tentu seronok

    dan puas hati kalau dia membalas dengan marah-marah. Lalu

    dikawalnya emosinya dan tidak jadi menyeranah. Sebaliknya

    melembutkan intonasinya dalam nada mengejek.

    Eh, apa ni Zana? Main baling-baling pulak. Apa

    kata tukar baju? Boleh tayang bulu dada, perlinya disulami

    senyum.Ops... lupa pulak! Kan ke Zana anti bulu roma...

    sindirnya.

    Paksaan Dr. Khane menyuruh Fauzan memohon

  • 8/8/2019 Villa Sir

    14/138

    Kasih Vila Cinta

    14

    maa kerana tindakannya itu membuatkan dia merajuk.

    Tanpa pamitan, dia bangun meninggalkan kelas tutorial.

    Tetapi berpaling sekejap di ambang pintu.

    Assalamualaikum! Sempat dia memberi salam.

    Dr. Khane tersengih lucu.

    Faggot! sepatah ejekan daripada Faliq.

    Awak kata apa Faliq?

    Faliq menggerakkan bahunya.Lupa... jawabnya.

    Dr. Khane mengecilkan matanya tanda tidak puas

    hati.

    Ilya mendengus geram. Matanya berapi memandang

    bergilir Faliq, Jati dan Acap.

    Tengok? Kau orang semua dah buat dia merajuk! Awak ni Faliq, memang menyusahkan semua orangaje!

    herdik Ilya memarahi Faliq. Frekuensinya terlebih had.

    Dr. Khane menggeleng.

    Entah-entah awak sendiri yang terkencing dalam

    seluar sebaik-baik saja sampai di vila sir nanti! marah lagi

    Ilya tanpa mempedulikan amaran mata Dr. Khane.Faliq tersengih.

    Tak apalah, Ilyakan boleh tolong basuhkan seluar

    Abang Fal? Dia menarik telinganya dan menyeringaikan gigi

    ke arah Ilya, membuatkan seluruh ruang itu bergema dengan

    gelak ketawa.

    Ilya turut tewas juga akhirnya. Memang Faliqgemar sekali membuat mimik wajah serigala hodoh seperti

    itu.

    Kenangan sirna. Tetapi tidak wajah Fauzan. Faliq

  • 8/8/2019 Villa Sir

    15/138

    Haiza Najwa

    15

    kembali muram.

    Ilya pergi dengan siapa agaknya? ulang Faliqmenyoal dirinya sekali lagi sambil menggaru-garu kepala

    yang tidak gatal.

    Tak ada yang semenggah, Si Fit yang rasional tu

    pulak tak habis-habis dengan program MTMnya! Kalau dia

    ada, kan bagus? Fauzan tu memang selalu bengang dengan

    dia! keluhnya ralat.

    Rasa bosan mula bertakhta. Apa lagi setelah

    memandu terlalu lama. Tanpa tidur yang cukup. Dalam

    kereta kecil pula. Kenapa tidak diterima sahaja tawaran

    ibunya, Iramiyah agar memandu Harrier kepunyaan wanita

    itu? Keluhan sebal terlepas lagi. Sebetulnya dia bimbang

    kalau-kalau ibunya bertindak menyelongkar gambar-gambar

    teman wanitanya yang ramai itu. Dia menyimpan koleksigambar mereka yang bukan sedikit dalam kenderaan milik

    peribadinya yang telah banyak mengalami modikasi itu.

    Dalam melayari rasa bosan itu, dia melepaskan

    renungannya pada kehijauan desa. Sejenak, seluruh minda

    dan derianya mengalami euoria. Tenang teramat. Amat

    damai dirasakannya saat itu. Dalam pada itu terasa juga pelik.

    Bagaimana Dr. Khane yang asalnya warga Terengganu bolehterbabas membeli sebuah kediaman yang tersorok di sebuah

    desa terpencil di Kuantan? Sesudah itu, meninggalkannya

    begitu sahaja ke tangan orang lain. Mungkin wang sudah

    melimpah-ruah keluar dari poket agaknya.

    Pepohon yang banyak menghiasi seluruh desa yang

    luas itu ditenungnya lagi. Rumah-rumah kecil dalam pelbagai

    bentuk dan saiz namun tidak lari dari konsep separa papan

    dan separa konkritnya. Dia mendepangkan tangan,

    menghirup udara sepuas-puasnya. Moga-moga resah kerana

  • 8/8/2019 Villa Sir

    16/138

    Kasih Vila Cinta

    16

    kesukaran mencari vila proesornya itu terubat dan dia

    kembali berstamina. Memang terapi itu ternyata berhasil. Dia

    tenang sedikit. Diulangnya gerak yang sama iaitu

    mendepangkan tangannya sambil menghirup udara bersih di

    sekitarnya. Kemudian kembali menyandar pada cermin

    hadapan keretanya. Sesekali menoleh ke arah rumah yang

    pintunya masih dikatup rapat itu. Dia mengeluh.

    Teringat dia sebelum bersoal jawab dengan gadis itu

    tadi... Di kala itu dia menghentikan kenderaannya di tepisawah berhampiran sebuah tali air desa. Seronok

    menyaksikan meriahnya puyu bertemasya. Dia letih

    memandu. Letih pula bila cuba beramah mesra namun

    dibalas dengan sambutan dingin yang cukup untuk membuat

    sesiapa sahaja berputus asa.

    Mata dilepaskan ke tengah sawah. Nun jauh di

    tengah permatang, berdiri tegak sebuah rumah mewah

    daripada binaan konkrit.

    Rumah siapa... bisiknya. Tengah sawah? Gila!

    Kagum pula pada pemandangan janggal itu.

    Panorama itu mengingatkan Faliq pada sesetengah rumah

    pesawah yang agak berada di Perlis. Bagaimanapun, rumah

    yang saujana di hadapannya ini agak lain. Lebih eksklusi.Didirikan di atas dataran tanah yang lebih menonjol.

    Membentuknya hingga kelihatan seakan-akan kota kecil

    kerana dikelilingi oleh petak-petak sawah tersebut. Ada jalan

    lebar berturap asalt tebal menuju ke rumah tersebut. Di kiri

    kanan jalannya berjajar pohon kelapa pinang. Eksklusi

    sekali. Dia tertanya-tanya sendiri. Tentu pemiliknya terlalu

    mengutamakan privasi. Juga sangat stabil ekonominya. Tapi

    siapa...

    Dia kembali termangu.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    17/138

    Haiza Najwa

    17

    Kenapa? Soalan itu menabraknya setiap kali dia

    mengimbas reaksi aneh orang-orang di situ. Mereka menjadi

    kurang rasional setiap kali soalan berhubung vila proesornya

    diutarakan. Dia mendengus seriau.

    Anak nak ke vila berpuaka tu? Kalau nak mati

    macam budak tiga orang dulu tu, pergilah! Orang tua yang

    bersinglet dan berkain pelekat petak-petak coklat air itu

    memomoknya. Atau nak jadi gila macam beberapa orang

    penduduk kampung ni? Lagi satu, dah dua orang ghaib darikampung ni tanpa berita. Orang luar sorang, anak orang kaya

    sorang!

    Orang tua itu ditemu bualnya sewaktu keretanya

    berselisih dengan motosikal yang ditungganginya. Dia

    mengangkat tangan dan memberhentikan keretanya. Lelaki

    itu turut memberhentikan motosikal EX5nya. Tidak sangka

    lelaki berusia enam puluhan itu terus sahaja membelah jalan

    sebaik-baik selesai memberikan amaran tersebut.

    Geram dan tidak puas hati berpesta meriah di

    nubarinya. Elemen itu menujah setiap sudut hatinya yang

    kecewa.

    Perlukah dia melupakan sahaja hasratnya itu?

    Tetapi projek kumpulan sepuluh?

    Seronok berkhayal tepi sawah ni... Udara segar,

    pemandangannya pula panoramik habis.

    Teguran seorang pemuda menghentikan perbuatan

    termangunya itu. Faliq tersentak. Dia mendongak. Suara itu

    agak garau. Perlahan-lahan Faliq mengukir senyum. Dia

    tidak sedar bilakah waktunya pemuda yang menyapa itumerehatkan kenderaannya di sebelah kereta Satria miliknya.

    Masih wujud rupanya manusia di sini Satu

    turning point ni... bisik kalbunya. Lega kerana ada yang tahu

  • 8/8/2019 Villa Sir

    18/138

    Kasih Vila Cinta

    18

    menegur pelawat yang bertandang.

    Tanpa berlengah, Faliq bingkas dari posisimencangkungnya itu. Dihadapnya tuntas pemuda yang

    menyapa.

    Saya Syamsul. Awak dari mana?

    Faliq tidak menunggu lama untuk menyambut

    tangan tersebut. Saya Faliq Munzer dari Selangor.

    Pemuda kacak dan tinggi lampai itu mengangguk.Dia mengenakan kemeja lengan pendek kotak-kotak berwarna

    putih dan coklat muda dipadankan dengan seluar khaki rona

    putih. Siap bertali pinggang dengan kepalanya tertulis

    Dunhill. Memang sangat bergaya orangnya.

    Pandangannya turut mengikuti arah mata Faliq

    yang sesekali okus ke arah rumah tersergam tetapi terpencil

    di tengah-tengah sawah itu. Dia mengangkat kening.

    Kagum? tanyanya sinis.

    Faliq mengangguk.

    Rumah besar macam tu pemandangan biasa kalau

    dilihat di kawasan-kawasan awam. Tapi bila terletak dalam

    lokasi terpencil macam tu nampak macam mansion. Macam

    rumah agam! pujinya ikhlas.

    Pemuda itu tergelak-gelak kecil.

    Ya... saya kagum! Faliq mengiakan.

    Pemuda itu menjongketkan kening.

    Datang sini cari sesiapa? Dia bertanya ringkas.

    Mengecilkan matanya.

    Oh ya... saya sedang mencari di mana letaknya

    Teratak Kilau.Problem betul nak cari tempat tu! adu Faliq.

    Spontan wajah pemuda itu berubah. Dia

  • 8/8/2019 Villa Sir

    19/138

    Haiza Najwa

    19

    mengerutkan dahinya dan menggetap bibir. Sama sahaja

    reaksinya dibandingkan dengan penduduk di situ yang sudah

    pun ramai dihampirinya. Sekadar cara berpakaian pemuda

    ini sahaja yang berbeza. Pemuda ini sangat kemas. Prol

    wajahnya juga agak menarik. Sederhana tetapi tetap

    berkategori kacak. Sekurang-kurangnya dia tidak melarikan

    diri seperti yang lain-lain... kir Faliq.

    Oh... kediaman berpuaka tu? Sial siapa yang

    menginjak kaki ke situ. Lebih baik berpatah balik saja. Lepasbala.

    Kenyataan pemuda itu yang cuba menakut-

    nakutkannya berbunyi janggal pada deria pendengaran Faliq.

    Mungkin kostumnya yang serba urban itu membuatkan kata-

    kata itu tidak padan dengan apa yang dituturkannya.

    Hmmm... perkara karut-marut tu? Saya kurangpercaya. Tapi kenapa tempat tu dikatakan berpuaka?

    Hakikatnya, hutan rimba negara kita ni

    sebahagiannya memang ada yang dihuni oleh koloni makhluk

    halus. Mereka marah dan memberontak kalau ada yang

    berani menukar struktur atau perspekti premis kediaman

    mereka. Macam-macam cara mereka gunakan untuk

    mengusir atau memberi ingatan pada manusia yang jadipenceroboh ini. Serupalah dengan kawasan yang mengelilingi

    vila Teratak Kilau itu. Ramai yang dah terkena. Malah dah

    ramai juga yang tersua dan dah melihat sendiri koloni

    halimunan berkenaan! Mereka ni serik dan ketakutan. Tak

    siapa yang sanggup mengulangi ke sana lagi. Yang merepek-

    repek dan jadi tak siuman selepas pertembungan tersebut

    pun ada. Awak tau... dengan hanya menyebut tempat itu saja

    dah mendatangkan musibah. Bagaimanapun, mereka bukan

    sengaja nak berseteru. Tapi siapa yang tak marah, kalau tanah

    air diancam musuh?

  • 8/8/2019 Villa Sir

    20/138

    Kasih Vila Cinta

    20

    For crying out loud! Lantang dan spontanterluahnya.

    Faliq sendiri terkejut.

    Pemuda itu mengecilkan matanya.

    Rentetan ceritanya melucukan Faliq.

    Manakala mata pemuda itu terus tercari-cari eek

    ugutannya di wajah Faliq.Hambar sahaja reaksi Faliq. Dia tidak sedikit pun

    terpengaruh. Gentar jauh sekali.

    Pemuda itu jelas kecewa.

    Im not making this up, katanya cuba meyakinkan

    ketika okus menentang wajah Faliq.

    Makhluk halus tu tak suka pada orang-orangbongkak di samping suka pula memperlekehkan kehadiran

    mereka. Itu sebab Tuk Wei ada di vila itu. Dia sentiasa

    memantau dari semasa ke semasa agar tak ada pertelingkahan

    yang tercetus di antara manusia dengan makhluk halus.

    Orang-orang bunian tu benci pada mereka yang suka

    bercakap besar. Macam awak ni! Ada nada gertakan dalam

    kata-kata terakhirnya itu. Dia geram bila reaksi Faliq selamba

    sahaja. Meskipun sesudah dijelaskan tentang malapetaka baru

    yang membelenggu seluruh desa mereka kononnya

    disebabkan penjajahan makhluk halus di vila itu serta

    kawasan sekitarnya.

    Tuk Wei...?

    Pemuda itu hanya mengangguk. Jemu berhujahmungkin juga...

    Oh iya ke... Baiklah, saya akan duduk diam-diam di

    tempat tu. Saya takkan ganggu masyarakat orang halus tu!

  • 8/8/2019 Villa Sir

    21/138

    Haiza Najwa

    21

    Walaupun manusia sentiasa berperang dengan nasu. Dan

    peratusan besar nasu tersebut ditunjangi syaitan dan

    makhluk-makhluk halus tu.

    Pemuda itu terdiam. Kemudian...

    Awak cakap besar! selarnya, mula panas hati.

    Dulu ada seorang guru sekolah rendah. Kita orang

    panggil dia Pak Tam. Dia juga suka cakap besar macam awak.

    Akhirnya berubah miring lepas dua tiga kali menghendap di

    vila tu. Dah lima tahun lebih pencen jadi guru, sekarang

    cuma buat kerja kampung. Sambil makan pencen yang

    seciput tu empat beranak, dia menghina.

    Bukan cakap besar... tapi saya seorang yang realis

    lagi praktikal, pertahan Faliq.

    Pemuda itu mengecilkan matanya. Ada riak tidak

    puas hati bertandang. Terpancar jelas di raut wajahnya.Mungkin rasa tertewas kerana pengaruhnya gagal menyerap.

    Suka hati awaklah. Tapi saya takkan beritahu di

    mana tempat tu. Seperti mereka, saya juga tak mahu ditimpa

    bala! Justeru, awak berjaga-jagalah. Nasihat ikhlas daripada

    saya, peringatnya lagi lalu meminggir dari situ dengan

    Estimanya yang berhabuk dan kotor.

    Faliq merenung lama. Dia menggeleng.

    Tak praktikal langsung guna kenderaan tu di desa

    terpencil seperti ni... komennya.

    Ingatan itu terhapus sebaik-baik sahaja dia terasa

    ada tangan kecil menarik-narik kemeja-Tnya. Dia berpaling

    dan menunduk ke sisi. Dengan pantas melompat turun dari

    boot kereta.

    Seorang kanak-kanak kecil berdiri di sisinya. Boleh

    pula dia tidak sedar kerana terlalu khayal!

  • 8/8/2019 Villa Sir

    22/138

    Kasih Vila Cinta

    22

    Kanak-kanak itu tersengih menengadah.

    Kenapa abang masih belum pergi? tanyanya danterteleng memerhatikan pintu rumah itu yang sudah

    berkunci dari dalam. Abang tunggu kakak keluar semula

    ke?

    Faliq menggeleng. Turut menoleh ke arah yang

    sama, mengharapkan ada mukjizat yang mampu mencairkan

    hati gadis itu. Sesudah itu, memaklumkan cara untuk ke vila

    itu. Dia sudah jenuh membanci jawapan daripada pendudukdi sekitar.

    Pintu terkunci, adik keluar dari mana? tanya

    Faliq.

    Ayah bukak pintu dapur. Ayah nak ke kedai.

    Siapa ayah? tanya Faliq tanpa tujuan.

    Orang kampung panggil dia Sood PAS. Dia orang

    ejek ayah sebab tak tinggal ketayap hijaunya tu! jenakanya.

    Faliq tergelak.

    Abang nak pergi ke rumah besar dalam hutan tu

    ke? Saya dengar abang tanya pada Kak Mila tadi. Bagi

    seringgit nanti saya tunjukkan! Saya Ali.

    Faliq sedikit tergamam. Namun senyumnya

    memercikkan kelegaan. Ditariknya naas panjang-panjang.

    Diamatinya wajah kanak-kanak itu dengan perasaan meluap

    gembira.

    Sampai juga aku akhirnya ke vilasir... bisiknya lega.

    Tanpa berlengah dia terus menyeluk poket dan menayangkan

    wang sepuluh ringgit. Ali terinang-inang kesukaan dan melompat, cuba

    merenggut not merah tersebut.

    Nanti dulu, beritahu macam mana nak ke sana?

  • 8/8/2019 Villa Sir

    23/138

    Haiza Najwa

    23

    Kereta boleh masuk tak? tanyanya pada Ali. Ditenungnya

    wajah kanak-kanak itu bagaikan tidak mahu terlepas.

    Kereta kecil atau Satria macam ni senanglah. Tapi

    kalau Mercedes susah sikit. Jalan masuk ke sana kecil je!

    terang Ali sambil mengerut-ngerutkan dahinya. Comel

    wajahnya bila berlagak serius seperti itu.

    Sempit, bukan kecil! tukas Faliq. Tertarik dengan

    prol anak kecil itu. Nasib baik aku tak bawa kereta mama

    getus hatinya lega.

    Ali tersengih dan mengangguk beberapa kali. Dia

    menyuakan telapak tangannya meminta diserahkan segera

    sepuluh ringgit itu.

    Nanti. Jalan ke sana dulu, dik! Dah lupa?

    Ali merenggangkan bibir, kemudian ketawa geli

    hati. Kedua-dua tangannya menarik-narik kolar baju kemeja-Tnya. Isyarat tidak sabar.

    Errr... senangaje! Abang jalan terus jangan belok-

    belok. Nanti abang akan jumpa jambatan kayu, abang pandu

    terus sampai jumpa jambatan kayu satu lagi. Kali ni ada

    hutan buluh di kiri kanan jambatan kayu tu. Lepas jambatan

    tu ada jalan untuk pergi terus ke depan dan ada satu lagi

    jalan sempit ke kiri. Jalan itulah nak pergi rumah besar yang

    berhantu tu! hurainya tidak lagi menggunakan istilah jalan

    kecil.

    Faliq tersenyum.

    Bagus! Kau ni mendengar kata budaknya, pujinya

    sambil menyerahkan not tersebut.

    Kanak-kanak itu meloncat ceria.

    Tapi... kenapa ya, semua orang tak mau beritahu

    jalan untuk pergi ke vila tu? Faliq cuba merungkai rahsia

  • 8/8/2019 Villa Sir

    24/138

    Kasih Vila Cinta

    24

    keengganan penduduk kampung itu memberikan kerjasama.

    Sebab ada bomoh Tuk Wei kat situ! Pak cik Mawikata, kalau Tuk Wei marah, orang yang dimarahinya itu akan

    ditimpa bencana. Sebab Tuk Wei berkawan baik dengan

    semua orang bunian kat situ. Abang Syamsul pula beritahu

    semua orang, yang tempat tu tempat bersemayam ketua

    orang halus. Sape yang pergi ke sana, akan ditimpa malang.

    Sape-sape yang tolong beritahu jalan untuk ke sana pun akan

    ditimpa malang, ceritanya tersengih-sengih.Kamu percaya? Kamu tak takut ditimpa malang?

    Kamu tadi dah beritahu abang jalan untuk ke sana?

    Ali menggeleng seraya tersengih.

    Bagus! Jangan percaya benda-benda khuraat serta

    tahyul macam tu. Malang seseorang tu bukan terletak di

    tangan orang halus, tapi Tuhan yang menimpakan ke atashamba-Nya. Jika Dia mengehendakinya. Atau orang itu yang

    menempah malang itu sendiri. Makhluk tu sama aje seperti

    kita, makhluk Allah SWT. Cuma kita ini lebih mulia

    dibandingkan dengan mereka. Faham?

    Ali mengangguk dan berlari pergi.

    Faliq tersenyum sambil menggeleng.

    Nak beli pistol air Nanti kalau dah mati, rugi tak

    dapat main lagi! Laung kanak-kanak itu dari jauh.

    Ceh, merepek! gerutu Faliq. Sia-sia sahaja pidato

    berapi-apinya tadi.

    Nampaknya Ali turut terikut-ikut mempercayai

    omongan manusia-manusia yang kurang rasional itu. Cuma

    anak itu kurang memahami akan hakikat kematian. Mungkin

    pemahamannya tentang mati masih lagi dangkal.

    Faliq masuk ke dalam keretanya semula dan

  • 8/8/2019 Villa Sir

    25/138

    Haiza Najwa

    25

    meneruskan perjalanan.

    Suntuk betul kiran orang-orang kampung ni...gerutunya lagi ketika keretanya mengengsot di persimpangan

    kecil menuju ke Teratak Kilau. Ada senyuman kepuasan

    bertunas di bibirnya. Dia melilau merenung belukar kecil dan

    semak samun di kiri kanan lorong menuju ke vila Dr. Khane.

    Terdapat pokok-pokok getah jarak, cemperai dan lidah

    kerbau. Senduduk usah dikata, menjajah di setiap ruang yang

    ada. Agak ke dalam, tercegat batang-batang kuap, cempakakubur dan cermai. Benih yang mungkin dibiakkan oleh para

    unggas yang mengimarahkan ruang udara di situ. Yang aneh,

    terdapat sebatang buluh yang ditegakkan di sebelah kiri jalan

    itu berhampiran simpang keluar. Bahagian atasnya dibuat

    berteras dan diletakkan dupa seakan-akan bentuk mangkuk

    susu getah.

    Faliq memberhentikan kereta dan keluar untuk

    mengintai apa isinya. Kemenyan dan beberapa ketul arang

    bekas dibakar. Matanya dikecilkan.

    Ada orang melakukan pemujaankah? berbisik

    pertanyaan di kalbunya. Syirik... gelengnya.

    Sekonyong-konyong, dia terpandang sesuatu objek

    bergerak-gerak di antara semak samun di situ. Diamatinyaseraya melaung bertanyakan siapa. Kesunyian yang aneh

    tiba-tiba menyelubungi. Bunyi mergastua yang saling

    tingkah-meningkah tadi turut terhenti.

    Dia terpaku seketika. Setelah mendapati tiada apa-

    apa pun yang luar biasa, dia membenamkan diri ke dalam

    kereta dan terus menekan pedal minyak semula. Tetapi

    rasatnya mengakui ada sesuatu, atau mungkin juga

    seseorang di celah-celah belukar di situ.

    Memang praktikal memandu dalam kereta kecil

  • 8/8/2019 Villa Sir

    26/138

  • 8/8/2019 Villa Sir

    27/138

    Haiza Najwa

    27

    Ibu saya menangkan suaminya dan biarkan dia dinamai

    Mauzah dan sebagai balasan, memanggilnya Mai sebagai

    nama timangan.

    Masing-masing melongo. Terkesima. Berkongsi vila

    tersebut dengan seorang pesakit psikotik? Tidak haru-birukah

    nanti?

    Huh! Ajue yang hanya diam, mula kedengaran

    mendengus.

    Hmmm... aku tak pernah tinggal serumah dengan

    orang gila sebelum ni. Ni satu cabaran! bisik Acap ke telinga

    Getrude.

    Getrude menepis cuping telinganya.

    Dengar deksir, padan muka you! I tak suka orang

    merungut atau mengumpat di belakang... bidasnya dan

    pura-pura mengangguk tersengih pada Dr. Khane yang kinimenyorot pandangan padanya.

    Youlah! Getrude melepaskan bengangnya pada

    Acap.

    Pelik, apa kes sir sebut ayahnya sebagai suami

    ibunya? Dia menggetap bibir menahan getaran lucu di hati.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    28/138

    Kasih Vila Cinta

    28

    H

    E... lambatnya sampai.

    Cobaan... ejek Kelam.

    Rakan-rakannya

    yang sudah pun sampai terlebih awal menyeringai

    mentertawakannya. Faliq menjongketkan kening sambil

    menggerakkan bahu. Tidak jadi hal. Tertawalah seriuh mana

    sekalipun.

    Orang-orang kampung malu nak beritahu lokasi

    tempat ni, terlonta-lontalah aku cari lokasi ni... Tu sebab

    lambat. Ambil masa sikit. Nasib baik ada inormerSi Ali tudengan sukarela bagi tau aku jalan ke tempat ni. Macam

    mana kau orang senang-senang boleh sampai dulu? Mana

    Ilya? Jati, kau tumpangsape? Fit jadi datang?

    He... tanya satu-satulah! Jangan sekali gus! ucap

    Jati mengibas-ngibas tangannya.

    Aku tumpang kereta Fauzan. Aku dan Ilya sekali.Yang lelain ikut Kelam. Fit pula masih komited dengan hal

    dia. Bila dah selesai nanti barulah dia akan ke sini, jawab

    Jati satu per satu.

    Bab 3

  • 8/8/2019 Villa Sir

    29/138

    Haiza Najwa

    29

    See...see! Tapi senang gilakorang cari tempat ni?

    Line korang? Faliq meluahkan rasa kagumnya. Nasib

    korang tak alami apa yang aku alami!

    Senang kau bilang? Kita orang ikut prosedur. Kita

    minta lakarkan peta daripada anggota polis di balai kat pekan

    tu sebelum ke sini. Kita selidik dengan terperinci di mana

    kediaman Dr. Khane ni. Tak ramai anggota polis yang tahu.

    Yang kau pergi tanya orang-orang kampung buat apa? Vilasir

    ni tersorok, mungkin ada yang tak tau langsung kewujudanTeratak Kilau ni. Kelam meningkah sambil menghembuskan

    asap kereteknya.

    Terteleng kepala Faliq mengelak serangan

    segerombolan asap yang mara menjajah ke mukanya.

    Kita orang sengaja matikan line lepas Zam baca

    SMS rust kau tu... Kelam tergelak kencang. Saja nakkenakan kau!

    Iya tak iya jugak. Kenapa la aku tak terkir nak

    tanya balai bomba, ek? seloroh Faliq lantas menceritakan

    perihal keengganan seorang demi seorang penduduk

    kampung yang ditemuinya, untuk menunjukkan arah. Juga

    respons pasi mereka untuk bercerita tentang Teratak Kilau.

    Tercengang rakan-rakannya. Mencelah pula rasa

    kesal kerana sikap tidak bertimbang rasa mereka

    memutuskan talian biarpun moti sebenar hanyalah untuk

    bergurau.

    Mereka memomokkan bahawa ada perkampungan

    makhluk halus di kawasan sekitar vila ni dan juga di hutan-

    hutan sekelilingnya. Kata mereka ada bomoh besar tinggal divila ni untuk memantau sebarang pergaduhan penduduk desa

    dengan penduduk orang-orang halus. Kononnya hanya dia

    yang berkebolehan berkomunikasi dengan makhluk-makhluk

  • 8/8/2019 Villa Sir

    30/138

    Kasih Vila Cinta

    30

    tu. Dia melarang keras sesiapa mendekati vila ni kerana takut

    seluruh desa dan penduduk ditimpa musibah... Merepek

    betul! terang Faliq. Nama bomoh tu Tuk Wei!

    Kelam yang sebelumnya khayal menghisap

    kereteknya kini mengerutkan dahi menunjukkan minat. Dia

    menghumban puntung kereteknya ke rumput. Kisah-kisah

    alam ghaib memang minat nombor satunya. Setiap yang

    berunsur psikik, mistik, supernatural atau paranormal

    memang cukup menarik buat santapan mindanya.Kat sini pun ada ala-ala Degawanjugak ke? tanya

    Acap dalam gelak-gelak kecil. Bomoh tu ada di vila ni?

    Faliq tidak menjawab. Matanya ada agenda lain.

    Pandangannya memusat pada Fauzan yang muncul sambil

    ditemani oleh Ilya. Dari arah yang sama. Terjojol biji matanya

    menonton lagak mesra Fauzan dan Ilya. Seolah-olahmelupakan terus gender yang berbeza. Terseksa matanya

    menonton perlakuan yang dikira abnormal atau bilazim itu.

    Tuk Wei yang dia orang cakap entah-entah geng Si

    Zana. Zana tukan bersusuk? Kalau tak, masakan kulit muka

    dia tu semacam, misai pun segan nak tumbuh! ejek Faliq

    tika Fauzan memuncungkan bibir ke arahnya.

    Kau ni Faliq, memang dilahirkan di lembah

    kejahatan! Cili mulut tu karang, cili melampuh kat dapur tu.

    Baru aku rendam tadi! marahnya.

    Ilya mengangkat tangan. Cukup Fal! Penat aku

    pujuk dia supaya hantar aku. Kalau kau kacau dia Fal, aku

    bagi kauresidue aje time makan nanti baru padan muka kau!

    Biar orang lain yang makan sedap-sedap.Huh! Macamlah dia masak tu terangkat sangat!

    Tapi... errr... kalau residue engkau Ilya, aku no hal. Tu yang

    buat sedap. Usikan Faliq semakin berjela-jela.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    31/138

    Haiza Najwa

    31

    Dasar tak makan saman! omel Ilya terus

    melangkah semula ke dalam.

    Fauzan mengekor Ilya, tetapi sempat berpaling dan

    mengangkat dagu pada Faliq dan yang lain-lain.

    Jaga engkau orang semua! Tukang masak hanya

    aku, Getrude dengan Ilya. Ajue tu tolak tepi. Haaa... tahulah

    nasib engkau orang! Kau orang cuma dapat scums aje nanti

    tengoklah! Cuma scums, reti tak? Hmph... tak kuasa mak!

    gerutunya lalu masuk ke dalam vila.

    Masing-masing mentertawakannya di belakang.

    Tak kuasa maaak ejek Acap meniru gaya

    Fauzan. Kemudian terkekeh.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    32/138

    Kasih Vila Cinta

    32

    B

    ILA nak mulakan projek?

    tanya Faliq setelah selesai

    menjamu selera.

    Para pelajar itu semua sedang berada di ruang

    tamu.

    Argh... besoklah! Tengah kenyang ni. Aku nak bagi

    ull concentration untuk drama horror Susuk. Acap turut

    melepak di atas soa bersebelahan Halizam. Memusatkan

    pandangan ke kaca TV.

    Betullah besok! Takkan malam-malam ni nakberembun dan terbongkok-bongkok menguji tanah-tanih,

    balasnya memandang dengan penuh kritikan cerita yang

    tersiar.

    Cerita mengarut! Esok aku nak kita semua bangkit

    awal dan sama-sama mulakan projek. Periksa tahap

    kesuburan tanah dulu. Tonton cerita merepek ni jangansampaiobsess sangat! Nanti ke mana-mana kamu pergi hatta

    ke bilik air pun kamu tersua hobgoblin! ugut Faliq dan

    bergegas ke tangga untuk ke kamarnya.

    Bab 4

  • 8/8/2019 Villa Sir

    33/138

    Haiza Najwa

    33

    Setan betul Si Fal ni. Sengaja sebut benda laknat

    tu! sumpah Fauzan. Dia menjeling ke tangga dan mendengus

    melihat Faliq yang turun semula tidak sampai lima minit

    kemudian.

    Mata Faliq melilau memerhatikan keadaan di luar

    yang kelam.

    Siapa ada bawa auger? tanya Faliq sebelum

    melangkah ke pintu.

    Kelam mengangkat tangan acuh tak acuh kerana

    pandangannya okus pada cerita seram yang ditayangkan.

    We need that the most... kata Faliq dan melangkah

    laju ke pintu.

    Oh ya... minggu depan Exco biro Si Fit akan

    datang join projek kita. Dia akan bawa benih-benih pokok

    belimbing tu sekali... umumnya dan menguak luas-luaspintu gelongsor.

    Nak ke mana? tanya Ilya yang baru masuk ke

    ruang tamu. Dia melanggungkan kepala pada kerangka pintu

    sambil merenung Faliq.

    Fauzan yang tadinya berada di hadapan TV

    menjengah ke sisi Ilya. Terjuih bibirnya mencemik Faliq yangkaki menyakat.

    Ya... sayang tanya apa tadi? Faliq mengacah Ilya.

    Nak ke mana? Kan dah malam sangat ni? balas

    Ilya sambil tersenyum.

    Ada barang tertinggal dalam kereta, sayang. Nak

    ikut? usiknya.Kenapa? Takut? Sampai kena berteman pulak?

    perli Ilya mengusik. Dia meluruskan tubuh dan memasukkan

    kedua-dua tangan ke dalam poket pijama.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    34/138

    Kasih Vila Cinta

    34

    Eee...mak seram.Plez... teman? Kalau Eel tak mau,

    Zana pun boleh. Eee... tak naklah Zana. I nak you. Boleh?

    Fauzan pura-pura tidak mendengar. Dia

    meninggalkan mereka berdua dan bergerak semula ke peti

    TV. Mulutnya mencebik-cebik.

    Faliq yang sengaja mengajuk idiolek Fauzan

    tergelak tertahan-tahan.

    Murah sangat perkataan sayang tu... Si Eel ni

    mudah cair! cebiknya lagi dan bersila menghadap TV sambil

    menepuk paha Jati yang ralit menonton tanpa mengendahkan

    sekeliling. Dia merenung mug Jati yang masih berbaki

    separuh airnya.Mug itu terletak di atas karpet di hadapannya

    tanpa dialas. Dia mencemik.

    Terlanggar sikit je gerenti tumpah. Kotor karpet

    mahalsir. Tak senonoh! tukasnya pada Jati.Jati mengerling tajam padanya. Dicapainyamug itu

    dan menuangkan habis kopi ke dalam mulutnya. Sesudah itu

    menonggengkan mulut mug ke paha Fauzan yang berbalut

    banana jeans.

    Setitis air tumpah membuatkan Fauzan terjerit.

    Pengotor! pekiknya membuat Jati tergelak. Bekasterkena kopi dikesat dengan tangan sambil mulutnya becok

    menyeranah.

    Jati terus menonton tanpa mempedulikan leteran

    Fauzan.

    Aku minat Si Zigler ni! ucap Jati yang

    memandangnya sambil lewa. Kemudian kembali perhatiannya

    okus ke kaca TV.

    Ilya datang bersila di sebelah Fauzan. Kemudian

    bangun mendadak.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    35/138

    Haiza Najwa

    35

    Aku nak solat isyak dululah. Habis cerita ni karang,

    kut tak kuasa lagi ke bilik air. Faliq kata ada hobgoblin! Dia

    menakutkan Fauzan sambil mengekek dan menuju ke tangga

    untuk ke kamar mandi. Sewaktu hendak ke tangga, dia

    melayangkan matanya ke luar dan nampak Faliq masih

    tercegat di sebelah keretanya. Entah apa yang dibuatnya.

    Matanya tiba-tiba terpaku pada sesuatu seakan

    bayang-bayang tercegat agak jauh di belakang sedang

    menghadap Faliq. Bayang-bayang itu menjauh secepat kilatsewaktu menyedari Ilya sedang tertinjau-tinjau akan

    kehadirannya. Tangan Ilya melekap ke dadanya yang berdebar.

    Kuat sekali getarannya.

    Dia menukar kiran untuk ke tingkat atas

    sebaliknya masuk ke bilik air bersebelahan dapur. Langkahnya

    terhenti seketika sewaktu terdengar bunyi berlaga di bawah

    tangga. Dia merenung tangga yang kosong. Kemudian cepat-

    cepat melangkah ke bilik air.

    Fauzan melotot ke arah Ilya dengan muka

    mengejek.

    Solat, tapi tak cukup iman! Nak menakutkan orang

    konon! ejek Fauzan.

    Buatnya Eel terdengar, kau pasti hilang back

    bencher engkau! Lagi pula sepanjang yang aku tau, hanya

    engkau yang diminati dek sigoblin tu! tempelak Jati.

    Diamlah kau mata sepet! tingkah Fauzan dengan

    muka yang berubah pucat.

    Kau pun berhentilah berceloteh. Jati membalas.

    Minggu depan Fit sampai, seronoklah engkau,

    Fauzan! gertak Jati.

    Mendengar itu, Fauzan memuncungkan bibirnya.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    36/138

    Kasih Vila Cinta

    36

    Wajah serius dan bengis Fitrina menggamit rasa kurang enak

    di kalbunya. Apa-apa pun, dengan adanya Fitrina bererti

    projek mereka gerenti berhasil dengan jayanya. Gadis itu

    amat dedikasi terhadap apa-apa jua tugas yang digalas ke

    bahunya. Memang dia cukup sesuai jika digandingkan dengan

    Faliq dan Halizam dalam apa-apa projek. Gadis itu juga tidak

    gemar mengungkit andai kata terpaksa memerah kudrat

    lebih daripada peserta yang lain.

    Tak kisahlah... bisiknya perlahan.Jati yang merenungnya mengulum senyum.

    Di luar, Faliq membuka pintu kereta dan mencapai

    laptopnya yang terkangkang di tempat duduk hadapan. Terasa

    sesuatu menyentuh bahu. Dia mencapai gadget itu terlebih

    dahulu sebelum mengunci pintu kereta. Kemudian barulah

    dia berpaling ke belakang. Terkejut melihat seorang lelaki tuatercegat di belakangnya.

    Pak cik ni sape? tanya Faliq sambil memandang

    tubuh besar yang kelihatan tegap itu.

    Anak nisape? Habis semua lampu menyala! Nanti

    kut ada yang mengamuk! Bukan semua suka pada lampu

    yang dinyalakan terang-benderang macam ni! tanyanya

    mengugut. Wajahnya jelas kurang senang.

    Ooo... kami semua ni penuntut UPM. Kami

    dipelawa bercuti ke sini oleh Dr. Khane. Di samping tu, ada

    tugas lain. Kami nak memulakan projek mengkaji kesesuaian

    tanah bagi projek penanaman pokok belimbing dan kajian

    tentang serangga perosak. Projek kami ni di bawah naungan

    sirkami.Mukanya berkerut. Tidak menyembunyikan rasa

    kurang senangnya.

    Hmmm... Khane. Berapa lama tu? kasar dan

  • 8/8/2019 Villa Sir

    37/138

    Haiza Najwa

    37

    ringkas dia bertanya. Dia meraut ketinggian Faliq dengan

    pandangan matanya.

    Sampai benih-benih pokok tu selesai kami

    selenggarakan. Nak tengok outcomenya. Sama ada sesuai

    atau tidak penanaman belimbing dipraktikkan ke atas tanah-

    tanah di ceruk ini. Lagi pun cuti sem. lambat lagi berakhir!

    balas Faliq.

    Lelaki itu mendengus sewaktu mendengar

    perkataan lambat lagi itu. Dia beredar dengan wajah masammencuka.

    Macam mana dia boleh berada di sini? Siapa dia...?

    berbolak-balik pertanyaan itu di minda Faliq. Kemudian

    teringat dia akan penjelasan Dr. Khane mengenai seseorang

    yang sudah lama menjaga hal ehwal vila berkenaan. Juga

    amaran tentang adiknya yang kurang siuman. Setakat inibelum seorang pun di antara mereka yang tersua perempuan

    yang diceritakan oleh proesor mereka itu.

    Malam itu mensahihkan apa yang sudah diberitahu

    oleh Dr. Khane. Seisi vila yang telah pun nyenyak

    sebelumnya terbongkar tiba-tiba. Masing-masing menerpa ke

    kamar Fauzan sebaik-baik dikejutkan dengan pekikan dari

    kamar berkenaan.

    Hanya Fauzan penghuni tunggal di kamar tetamu

    itu. Lantaran tidak siapa yang mahu berkongsi kamar

    dengannya. Siapa tahan dengan sikapnya yang terlalu cerewet

    dan ultra pembersih itu! Tidur pula apatah lagi, dengkurnya

    mengalahkan ngauman pak belang. Lemah gemalainya

    hanyalah aksi di kala siang sahaja.

    Kamar tetamu itu sederhana luas. Ada dua katil

    bujang diletak sebelah-menyebelah. Di antara dua kepala

    katil, ditempatkan pula sebuah meja kecil sebagai alas lampu

  • 8/8/2019 Villa Sir

    38/138

    Kasih Vila Cinta

    38

    tidur mini.

    Di kamar itu, masing-masing terlopong mendapatiseorang gadis dalam usia dua puluhan sedang mengekek

    ketawa menghadap Fauzan yang terlentang di katil dengan

    wajah ketakutan. Pucat wajah Fauzan sukar digambarkan.

    Memang dia penakut, tetapi tidaklah pernah ketakutan

    seperti itu.

    Rupa gadis itu comot manakala rambutnya kusut-

    masai tidak terurus. Kalau tidak disebabkan lampu kecil itu yang terbiar menyala, pasti kelibat itu akan tampil

    mengerikan sekali dalam suasana kelam.

    Adiksir!

    Terpacul suara Ilya. Pantas dia menoleh pada

    Getrude. Getrude mengangguk-angguk. Tenar masing-

    masing memerhatikan Mauzah. Ilya terkenangkan bayang-bayang yang dilihatnya sebelum ini. Sangkanya tadi, itulah

    juga bendanya yang membuat Fauzan terjerit-jerit. Gadis itu

    menyisip rambutnya ke belakang telinga. Ilya mengamati

    wajah bujur telur itu. Hidungnya tidak begitu tinggi tetapi

    tirus dan sempurna. Dahinya sederhana luas, dipadankan

    dengan bulu kening yang agak lebat. Matanya bulat dan

    bundar. Bibirnya penuh dan ada tahi lalat kecil di hujungbibir kanan. Dia berasa kagum.

    Cantiklah... sayangnya comot. Ilya membisikkan

    komennya ke telinga Getrude.

    Senyum Getrude menyokong akta tersebut.

    Fauzan yang mula tenang, menyambar teleon

    bimbitnya di meja sisi katil lalu merakam video Mauzah danrakan-rakannya.

    Cutelah... bisik Getrude ke telinga Ajue pula.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    39/138

    Haiza Najwa

    39

    Cute ke apa? sambung Ajue. Selekeh! Sekali

    pandang macam hantu kubur!

    Demi terdengar komen Ajue itu, gadis itu spontan

    berpaling lantas terus mara ke arahnya. Ajue diterkamnya

    tanpa membilang saat.

    Terlolong-lolong Ajue di antara ketakutan dan

    kesakitan.

    Fauzan yang terkejut, hampir terlucut teleon

    bimbit dari genggamannya. Dalam pada itu, dia terus

    merakamkan setiap peristiwa.

    Faliq menarik Mauzah yang mengamuk. Terlerai

    pautannya pada Ajue.

    Dia merenung tajam muka Faliq.

    Terasa seriau, segera Faliq melepaskan gadis itu.

    Best ni... Fauzan tergelak-gelak sambil terus

    merakam.

    Muncul Tuk Wei. Sambil merentap kasar

    pergelangan tangan Mauzah, dia menyeretnya pergi.

    Sebelum beredar dia menoleh, menjegilkan mata pada

    semua.

    Tu sebab aku kata jangan buat bising. Jangan

    pasang lampu terang-benderang sangat. Tengok dia dah

    mengamuk! Kamu semua dah tarik perhatiannya. Tak boleh

    biarkan dia tenang ke? Nasib baik tak dipecahkannya lampu

    macam dibuatnya dekat stor tu! Bodoh kamu ni! jerkahnya

    kuat sambil merenung tajam kesemua siswa-siswi yang

    tercegat dan terpempan menonton gelagat berangnya.

    Fauzan mengecilkan bunyi teleon bimbitnya

    supaya apabila dimainkan semula kelak suara lelaki tua itu

    akan kedengaran lebih berkesan. Dia tersengih-sengih.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    40/138

    Kasih Vila Cinta

    40

    Bila pulak dia beri amaran pada kita? Acap

    kehairanan. Memikirkan baru kali inilah dia dan rakan-

    rakannya melihat lelaki itu. Tanpa setahunya yang Faliq telah

    pun diberi taklimat terdahulu oleh lelaki cengil itu.

    Mauzah meronta-ronta dalam keadaan terhuyung-

    hayang dituntun keluar oleh Tuk Wei secara paksa.

    Yang kau ejek dia hantu kubur buat apa?Sape tak

    naik minyak! Faliq memarahi Ajue yang hanya terkulat-

    kulat.

    Fauzan menutup teleon bimbit dan menarik naas

    kepuasan.

    Nanti aku pasang kat TV. Tak sabar nak tengok Fal

    penakut pada perempuan.He he he... ejeknya pada Faliq.

    Buatlah apa aje yang kau suka. Lepas ni minta

    tolong Acap rakam aksi aku suap katak bobot ke mulut kautupulak! Seronok tahap dewa! ugutnya sebelum beredar.

    Acap menyebutpass! dan menyengih ke muka kelat

    Fauzan.

    Fauzan tertegun memerhatikan Faliq. Ilya dan

    Getrude mentertawakannya.

    FALIQ dan Acap tanpa berlengah terus menghendap,

    mengekori ke mana lelaki tua itu hendak mengheret gadis

    malang itu.

    Kelam dan Jati turut sama mengekor.

    Naluri mereka menguja supaya menyiasat. Mereka

    merapatkan tubuh ke dinding. Hati-hati mengintai ke bawah.

    Aneh bila melihat Tuk Wei berhenti menyeret

  • 8/8/2019 Villa Sir

    41/138

    Haiza Najwa

    41

    Mauzah bila sampai ke sebelah tangga. Lelaki tua itu

    menguak pintu stor yang terbina di bawah tangga. Tindak-

    tanduknya kasar.

    Faliq dan Acap tergamam melihat Tuk Wei menolak

    kasar Mauzah ke dalamnya. Dia ikut sama masuk dan pintu

    itu melantun tertutup di belakangnya. Dahsyat sekali

    bunyinya.

    Dalam stor?

    Mereka tersentak. Bergegas mereka melompat

    turun dan menyorok sambil mengintai dari belakang dinding

    ruang tamu.

    Tidak sampai lima minit kemudian, Tuk Wei

    muncul semula di luar pintu. Masing-masing terkejut

    menyaksikan Tuk Wei bertindak menguncinya. Tambah pelik

    bila dia selamba sahaja meninggalkan terus tempat itumenghala ke dapur. Walhal adik Dr. Khane ada di dalamnya!

    Duduk sajalah diam-diam dalam tu... bukannya

    aku tak bagi makan minum. Lampu dalam tu pun satu hal.

    Baru aku pasang, esok pagi dah bersepai! Takkan kerja aku

    asyik memanjat ke siling aja. Kalau dah dasar gila tu...

    tahanlah engkau bergelap. Maki seranahnya berterusan

    sebelum beredar lebih jauh.

    Pintu dapur dikuak. Daun pintu yang berlaga

    dengan gril menghasilkan pantulan bunyi yang nyaring dan

    bingit. Akhir sekali terdengar bunyi rantai berlaga.

    Si tua cengil tu dah berhambus! beritahu Kelam

    secara berbisik.

    Dia kunci stor... kau nampak, kan Faliq, Acap?

    tanyanya seraya melegakan naas. Memerhatikan mulut Faliq

    dan Acap yang masih terlopong.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    42/138

    Kasih Vila Cinta

    42

    Adiksirkita ada kat dalam. Kejam tu! tambahnya.

    Eh... boleh ke bernaas dalam stor yang kedapudara ni? Tak rasional langsung mengurung manusia dalam

    tempat pengap macam ni. Sadis tindakan dia tu. Orang tua tu

    betul ke? soal Faliq lebih kepada dirinya sendiri sambil

    meneliti keseluruhan struktur binaan stor di bawah tangga

    itu. Dia mengetuk-ngetuk dinding konkrit tersebut. Jati

    meniru perlakuannya. Faliq mengerling ke arahnya sambil

    menipiskan bibir.Iya tak iyajugak. Satu penganiayaan ni! Perbuatan

    yang cukup kejam pada mangsa yang tak melawan! Acap

    bersungguh-sungguh. Berkerut wajahnya menunjukkan

    simpati.

    Patut ke kalau kita adukan pada Teledera?

    cadangnya serius. Dia menanti reaksi Faliq.Kau tak kir pasal sir? Aku pun kesian dia. Dia

    bukannya haiwan untuk dikurung seperti tu. Besok kita

    periksa seluruh kediaman ni. Apa pun aku kena tidur. Tak

    jalan otak aku nanti! balas Faliq memanjat tangga ke tingkat

    atas. Meninggalkan yang lain-lain dalam situasi masih

    membelek-belek dinding tangga yang di dalamnya terbina

    stor berkenaan. Faliq tergesa-gesa ke kamarnya. Berangmelihat Fauzan menelentang di katilnya.

    Acap yang mengekor di belakang Faliq tersengih

    melihat gaya selamba Fauzan.

    Tidur dengan bini ke malam ni? sindirnya.

    Faliq mendengus dan menggoncang kuat tubuh

    Fauzan memaksanya turun.

    Fauzan mematikan diri. Pura-pura lelap.

    Bangkitlah Fauzana. Aku tak suka kongsi katillah!

  • 8/8/2019 Villa Sir

    43/138

    Haiza Najwa

    43

    Apalagi dengan lelaki tak sedarkan jenis macam engkau ni!

    herdiknya.

    Fauzan terus membatukan diri.

    Akhirnya sambil mendengus geram, Faliq merentap

    bantal dari bawah kepala Fauzan dan menghempaskannya ke

    bawah.

    Tergelak Fauzan di dalam hati.

    Fauzana pun Fauzanalah... Janji selamat dariperempuan lunatik tu! ucapnya sekadar di dalam hati. Tidak

    lama kemudian, dia berdengkur tanpa berkalang bantal.

    Faliq meniarap melekapkan mukanya ke bantal.

    Dalam hati dia memekis-mekis. Fauzan memang tidur

    berdengkur. Tidak tahan, dia akhirnya bingkas bangun dan

    menjelajah ke kamar tetamu yang sebelumnya dihuni oleh

    Fauzan.

    Jati mengikut rentaknya.

    Susah hati pula bila memikirkan adiksirdikurung

    lelaki tak berakal tu! kata Faliq pada Jati yang serius

    memikir. Kita kena siasat.

    Jati mengangguk sambil merebahkan tubuhnya.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    44/138

    Kasih Vila Cinta

    44

    P

    ETANG esoknya mereka semua

    ke pekan mengenderai kereta

    Kelam dan Fauzan.

    Faliq yang keletihan terlentok lesu di sebelah

    Fauzan. Seharian dia meronda sekeliling vila untuk

    menyelongkar rahsia struktur binaannya luar dan dalam.

    Satu hasil pun tiada. Tidak ada binaan luar biasa yang boleh

    mengaitkan isu Mauzah dikurung.

    Nak keluar kang, belok kanan. Kalau ke kiri tu

    nanti kut terlajak terus jauh ke pedalaman... pesan Faliqsambil memejamkan mata.

    Dasar muka tak malu! Nakjugak naik keretamak

    ni! cebik Fauzan berpaling ke sebelah.

    Faliq memekakkan telinga. Dia merebahkan sandar

    kereta tanpa mempedulikan protes Ilya yang berada di

    belakangnya. Dia memang tidak suka menumpang keretaKelam yang berhabuk dan kotor. Lainlah Halizam, Acap dan

    Jati.

    Manakala Getrude yang tomboy pula jenis yang

    Bab 5

  • 8/8/2019 Villa Sir

    45/138

    Haiza Najwa

    45

    tidak kisah. Apa kondisi kereta sekalipun dia tidak cerewet.

    Yang penting harus dilengkapi alat pendingin hawa, itu sudah

    memadai buatnya. Dia tidak suka berpeluh dengan keadaan

    tubuh yang melekit-lekit kalau berada di dalam sesebuah

    kenderaan.

    Tak malu, nak jugak naik Viva aku ni. Jealouskan

    Eellah tu! cebik Fauzan lagi.

    Dahlah tu, Zana oi... Berhentilah memekak! Kalau

    aku tak letih, aku pun boleh pandu kereta aku sendiri. Akusumbat mulut engkau dengan katak bobot time berdengkur

    malam nanti baru tau! Mulut kau tu mana reti tutup kalau

    tidur. Ternganga mengalahkan orang kebulur! ugut Faliq

    dan mengiring menghadap jendela.

    Lagipun peduli apa aku, kalau kau ada eeling

    dengan Ilya. Biaq pilah! Kalau Ilya berkenan gender macamengkau ni,go aheadlah.She may proceed with my approval

    without the least problem! Faliq mengekek perlahan.

    Ilya menarik rambut Faliq.

    Spontan Faliq membalas dengan mencengkam

    hujung tudung Ilya pada bahagian dahi menyebabkan gadis

    itu tertunduk menahan tudungnya dari terlerai. Wajah

    mereka berlaga dalam posisi Faliq sedang terbaring itu. Faliq

    spontan melepaskan cengkamannya.

    Ilya mengangkat mukanya yang kemerahan dalam

    keadaan terbata-bata.

    Ajue menjongketkan kening sambil tersengih-

    sengih.

    Buatlah lagi... gerutu Faliq kembali memejamkan

    matanya.

    Nasib baik tak berlaga bibir!Awww, tak pasal-pasal

  • 8/8/2019 Villa Sir

    46/138

    Kasih Vila Cinta

    46

    ternoda you! seloroh Fauzan mentertawakan Ilya. Dia

    tergelak-gelak.

    Ilya yang masih terpempan terus bisu.

    Gelaklah puas-puas. Malam nanti kalau dah penuh

    mulut tu dengan dua tiga ekor makhluk dua alam tu, kut

    pencen tergelak! ugut Faliq.

    Fauzan menutup mulut. Khuatir kalau-kalau Faliq

    tergamak melakukan seperti yang diugutnya itu. Memang dia

    gelikan haiwan ambia tersebut. Dahulu Faliq pernah

    menghadiahkan seekor katak permainan ketika hari jadinya.

    Terlatah dia. Malam pula, dia menemui seekor katak hidup

    yang mirip katak permainan itu di dalam laci di biliknya. Dia

    tahu angkara siapa. Dia menggetap bibir dan menoleh ke

    sebelah. Menjelirkan sekerat lidah pada Faliq yang mengiring

    membelakangkannya. Dengan muka merenyuk, dia kembalimenjuruskan pandangannya ke hadapan. Kereta dipandu

    berhati-hati.

    Ilya dan Ajue tersenyum-senyum geli hati

    memerhatikan gelagat Fauzan dari belakang. Wajah tidak

    senang Fauzan jelas terpapar menerusi refeksi cermin

    pandang belakang.

    Fauzan memang tewas dengan gertakan. Fitrahnya

    yang penakut. Apatah lagi jika yang menggertak itu Faliq.

    Faliq yang memang nakal, suka mengusik dan merealisasikan

    apa yang diacahnya.

    Ilya membuat gaya geli-geleman. Katak memang

    sinonim pada dua rakan yang sering bertelagah itu.

    Sebelum pulang mereka meronda di sekitarkampung-kampung yang berjiran dengan Kampung Tunas.

    Pandangan mata masing-masing melekat pada beberapa buah

    ladang kelapa yang agak luas.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    47/138

    Haiza Najwa

    47

    Ketika melewati salah satu daripadanya, Fauzan

    membrek secara mengejut. Tanpa berkata sepatah pun, dia

    turun. Lantas menghampiri beberapa orang pekerja yang

    sedang istirahat melepaskan lelah di pangkal sebatang pohon

    kelapa yang rimbun pelepah-pelepahnya itu. Faliq, Ilya dan

    Ajue ikut turun menjejak langkahnya.

    Bang, boleh minta kelapa muda dua tiga biji?

    Para pekerja yang berjumlah seramai enam orang

    itu menyengih di antara satu sama lain.

    Faliq, Ilya dan Ajue tiba di lokasi.

    Aku rasa Kelam dan yang lain-lain tentu dah

    selamat sampai di vila... rungut Faliq yang bimbangkan

    tugasan yang sudah tentu tergendala.

    Pekerja-pekerja yang melepak di bawah pokok

    kelapa itu terus tersengih-sengih memerhatikan Fauzan.

    Kami bayar... sampuk Faliq, malu dengan

    perlakuan selamba Fauzan.

    Salah seorang pekerja yang sedang duduk di situ

    bangun menggeliat. Dia menggetap bibir sambil tersenyum.

    Matanya direwangkan pada Ilya dan Ajue di sisi Faliq.

    Tak payah bayar. Abang ambilkan sekarang...jawabnya dan mengenyit mata pada Fauzan.

    Rakan-rakannya yang lain tergelak-gelak.

    Ramai juga pekerja ladang ni. Boleh tahan ke upah

    dia? tanya Faliq, berusaha menghapus perasaan jengkelnya

    terhadap tindak-tanduk Fauzan yang spontan itu.

    Kami makan gaji bulan, bukan upah hari-hari... jawab lelaki yang sedang menyandar di batang kelapa tanpa

    memperkenalkan diri.

    Rakan-rakannya bersila di tanah.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    48/138

    Kasih Vila Cinta

    48

    Faliq mengangguk. Selesa dengan sikap ramahnya.

    Yang lain-lain tekun memerhatikan. Tumpuanmereka singgah terutama pada Ilya.

    Lagipun bukan satu ni aja ladang kelapa tempat

    kami bekerja, ada dua lagi. Kami kerjakan bergilir-gilir. Hari

    ni sini, esok ladang yang lainpulak... jawabnya menyengih.

    Siapa punya? Bangsa asing ke? tanya Faliq lagi.

    Dia menggetap bibir sambil mengangkat kening. Mencuri

    kerling ke arah Fauzan yang asyik berbual dengan pekerja

    yang melayannya meneguk air kelapa muda. Mereka berbual

    sambil tergelak-gelak kecil. Entah apa yang dibualkan. Tetapi

    dia nampak seronok mengusik keletah Fauzan yang tidak

    langsung ada segan-silu.

    Errr... tak! balas lelaki itu dan kembali okus

    kepada Faliq.Ladang ni kepunyaan Tuan Syamil. Pemuda kaya

    yang memang terkenal di kampung sebelah, katanya

    membuatkan Faliq terangguk-angguk.

    Faliq kemudian menjongketkan kening. Dia tidak

    pasti pemuda kaya mana yang disebut oleh lelaki itu.

    Errr... macam mana dia bayar gaji? tanyanyasekadar suka-suka. Tidak berminat hendak tahu pun, sekadar

    memenuhi ruang perbualan.

    Dulu dia datang sendiri hulur cek. Tapi dah lima

    tahun dia tak datang. Adik dia Syamsul yang selalu panggil

    kami datang ke rumah ambil cek. Tapi bayar depan pintu

    pagar. Bukan tau pelawa masuk. Rumah agam dia tu terpencil

    pulak tengah sawah. Gilalah abang dia tu buat rumah besar-besar macam tu di tengah-tengah bendang. Rumah tu dulu

    memang asal rumah batu, tapi tak besar. Lepas arwah ibunya

    tak ada, terus dibesarkan oleh Syamil macam istana. Lagi

  • 8/8/2019 Villa Sir

    49/138

    Haiza Najwa

    49

    satu, Encik Syamsul tu pulak, selalu saja lambat. Suka hati

    dia aje bila teragak nak bayar. Dulu, walaupun Syamil tu

    bongkak orangnya, menyentuh soal membayar gaji pekerja

    ni, dia memang sentiasa tepat. Susahlah sejak bos tak ada ni.

    Kata orang dia ikut mem dia pergi luar negara. Ada jugak

    kata dia kena sorok dengan bunian. Tak masuk akal! dia

    meluahkan kegusaran yang terbuku di dadanya.

    Mulut Faliq ternganga.

    Ilya dan Ajue sudah pun masuk ke dalam keretasemula sebaik-baik sahaja Fauzan selesai dengan dua biji

    kelapa mudanya.

    Awak kata mem?

    Mendengar itu, pekerja tersebut mengekek tiba-

    tiba. Rakan-rakannya turut bertumpu mata padanya tersengih

    menumpang semangkuk.Dia tu banyak gundik pakai buang. Dia tak suka

    simpan lama-lama, lepas sekali dua kali pakai, buang. Salah

    seorang yang pernah diangkutnya ke hulu dan ke hilir tu

    sorang mem. Dengar cerita mem tu tergila-gilakan dia. Dia

    pulak biasalah, dah pakai dua tiga kali, muak. Maklumlah,

    orang lawa, banyakpulak duit! beritahunya ramah.

    Teruk perangai tu... komen Faliq. Terkir dia akan

    justikasi orang lain terhadap dirinya. Dia juga tidak pernah

    kekal lama dengan mana-mana gadis. Namun di sebalik

    semua itu, tidak pula dia merosakkan maruah gadis-gadis

    terbabit.

    Bos tu memang minat perempuan tinggi lampai.

    Yang kecik-kecik dia tak usik. Dia kata tak sampai hati.Gelaknya pecah.

    Adiknya tu pun sama. Dengar cerita dia bertunang

    dengan pengasuh anak saudaranya. Bukannya dia nak pun

  • 8/8/2019 Villa Sir

    50/138

    Kasih Vila Cinta

    50

    budak tu. Kesian budak tu dipermainkan macam tu. Adik-

    beradik sama je, kepala tak betul. Dia kembali berdekah-

    dekah. Kawan-kawannya ikut ketawa.

    Faliq tambah tertarik.

    Fauzan datang.

    Cepatlah Fal! katanya. Aku dah kenyang. Kalau

    malam ni aku mati sekalipun aku tak kisah.

    Menggeleng Faliq mendengar cakap-cakap Fauzan.Eh, selain ladang kelapa ni... ladang daun ketum

    tak ada ke, abang-abang oooiii? tanyanya berseloroh.

    Para pekerja yang sedang berehat itu sekali lagi

    meledakkan tawa.

    Faliq mengerutkan dahi melihat gelagat mengada-

    ada Fauzan. Sebelum pamit, dia sempat melontarkanpandangan kurang senangnya pada rakan sekuliahnya itu.

    Dalam kenderaan barulah Faliq teringatkan pemuda

    yang memandu Estima berhabuk itu. Pemuda yang pernah

    menyapanya sewaktu berada di tepi sawah Kampung Tunas

    dahulu. Patutlah dia tersenyum-senyum bila Faliq memuji

    kediaman mewah itu.

    Rumah dia rupa-rupanya. Tauke ladang... dia

    berbisik.

    Hmmm... kalau adik boleh tahan, betul la kata

    para pekerja tu! Dia membayangkan wajah Syamil yang

    dianalogikan sebagai kasanova oleh lelaki di kebun itu.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    51/138

    Haiza Najwa

    51

    K

    ELAM dan Faliq bersantai di

    bangku yang menghadap

    dinding dapur vila dua tingkat

    itu. Faliq sibuk dengan laptopnya manakala Kelam tenggelam

    terus dalam keseronokannya menyedut asap keretek. Tatkala

    asap rokok tersebut menerawang ke muka Faliq, ditepisnya

    sambil mendengus. Laptopnya ditutup dengan kasar lalu

    dialihkan ke sisi. Pantas dia merenggut rokok itu dari celahan

    bibir rakannya.

    Acap yang otai tu pun boleh berhenti merokok,kenapa kau tak? Asap rokok kau ni boleh membunuh orang

    lain, kau tau? marahnya lantas melontar puntung rokok

    tersebut ke tanah.

    Kelam yang tersentak terpanar seketika. Dia

    menyeranah di dalam hati akan perlakuan spontan Faliq. Dia

    merenung puntung yang masih mengeluarkan asap itu

    dengan perasaan terkilan.

    Tak patut betul kau ni. Dua perkara penting dalam

    hidup aku adalah minyak kereta dan rokok. Mana boleh kau

    Bab 6

  • 8/8/2019 Villa Sir

    52/138

    Kasih Vila Cinta

    52

    buat macam ni! Dia melontar keluhan sebal. Berbakul rasa

    tidak puas hatinya.

    Konsekuennya kau jugak yang akan menderita,

    Kelam. Rokok ni penyebab major penyakit kanser. Kau belum

    terkena impaknya sekarang. Bila dah menderita nanti, masa

    tu barulah kau tau menyesal. Time tu kaedah paling canggih

    pun belum tentu dapat mengubat penyakit kronik tu. Kau tau

    rokok boleh menyebabkan kanser paru-paru? Kalau sel

    kanser dah merebak ke paru-paru, bermakna sel tu akanmerebak lagi pantas ke otak. Lepas tu, tungguajelah masa...

    matanya mengkritik riak tidak puas hati Kelam.

    Sudahlah, jangan memekak pasal rokok tu lagi.

    Lelaki tak perlu hisap rokok kalau nak appear macho. Kalau

    itulah sebabnya kaumemerun!

    Bukan pasal nak appear macho. Memang susahnak berhenti kalau dah termula! Lagipun sebenarnya

    memang ada remedi penyembuh kanser. Tapi ada pihak-pihak

    tertentu yang tak nak mengeksploitasikan penemuan vitamin

    B17 tu. Mereka bimbang tak dapat lagi mengaut keuntungan

    berbilion-bilion hasil dari penjualan ubat-ubat kanser yang

    mahal dan tinggi kosnya tu! debatnya enggan kalah.

    Hujah tak nak kalah. Dah diamlah... Aku nakconcentrate berkir ni! Kita tak boleh diamkan saja hal adik

    sir. Mana boleh biarkan penderaan ni berlanjutan... tukas

    Faliq kembali menerawangkan benaknya pada kedudukan dan

    reka bentuk stor rumah itu yang kini dijadikan penjara untuk

    gadis kurang waras tersebut.

    Faliq dan Kelam tenggelam dalam menungan

    memikirkan perihal gadis yang terpenjara dalam stor vila

    mewah itu.

    Kerana terlalu asyik berkir, mereka terkejut bila

  • 8/8/2019 Villa Sir

    53/138

    Haiza Najwa

    53

    tiba-tiba Tuk Wei tercegat di hadapan mereka. Wajah yang

    sentiasa beriak bengis itu bersalut curiga.

    Buat apa menyemak di sini? Depan sebelah kanan

    tukan dah tersedia bagan? Istirahat di situ sajalah! Tak perlu

    duduk di bangku yang aku dirikan ni. Kamu berdua nak

    mengintip Mauzah ya? tuduhnya melulu. Dia mengelap

    peluh di mukanya menggunakan tuala kepam yang putih

    rona asalnya. Tuala lusuh itu tersandang di bahunya seakan

    maela.Kening Kelam berkerut memprotes tuduhan tanpa

    bukti itu.

    Merepeklah tuk ni... Kami tengah berbincang

    tentang projek! Dia membela diri.

    Faliq diam tetapi benaknya khusyuk membaca riak

    berang muka penjaga vila itu.Lagipun nak intip dia untuk apa, Tuk Wei... takut

    kami yang dikerjakannya. Jangan risaulah, kami takkan

    ganggu akak tu! Lagipun kan Tuk Wei dah kurung dia dalam

    kandang tu? Boleh nampak ke?

    Faliq menyindir, menakan dengan nada lembut

    tetapi sinis. Melihat wajah Tuk Wei yang mula tegang, dia

    bingkas bangun dari bangku kayu itu serta menarik lengan

    Kelam supaya mengikutnya. Perbuatan memperbesarkan isu

    remeh menurut persepsinya itu, tidak berbaloi.

    Tuk Wei terpukul dengan sindiran Faliq. Rahangnya

    bergerak-gerak mengawal marah.

    Tunggu! Berapa lama projek tu baru mengeluarkan

    hasil? tanyanya keras.

    Hasil? Isy... kami takkan tunggu sehingga pokok-

    pokok tu mengeluarkan hasil. Kan saya dah kata yang projek

  • 8/8/2019 Villa Sir

    54/138

    Kasih Vila Cinta

    54

    kami hanyalah setakat mengkaji kesesuaian tanah untuk

    penanaman belimbing? Seperti di ladang UPM yang sudah

    ada empat replika untuk tanaman buah tersebut. Kami

    mempraktikkan perkara yang sama di sini. Nak tentukan

    sama ada tanah di sini sama tahap kesuburannya berbanding

    ladang di Serdang.

    Nak cek tanah sini sesuai ke tak! Faliq

    meringkaskan penerangan Kelam sambil menepuk kasar

    bahunya.Kelam berpaling geram ke arah Faliq. Dia

    menggeliatkan belikatnya meredakan sakit.

    Sakitlah! marahnya.

    Faliq menanti reaksi Tuk Wei.

    Kau ni gian dah lama tak ke gim ke? tanya Kelam

    pada Faliq yang tidak mengendahkan kemarahannya.

    Lama ke? Tuk Wei mengeraskan lagi soalannya

    tadi.

    Selama cuti sem!

    Lelaki itu membelalakkan mata. Dia mengira-ngira,

    kemudian menggeleng-geleng, akhirnya pergi sesudah

    mendengus tidak puas hati.

    Faliq tergelak memerhatikannya.

    Menaikkan darah je orang tua tu! rungut Kelam

    sesudah orang tua itu agak jauh.

    Biaq pi... nama pun orang tua... tukas Faliq

    kemudian berpaling ke belakang sekali lagi. Tidak lagi

    kelihatan kelibat lelaki tua itu di situ. Dia mengangkatkening.

    Tiba-tiba, bagaikan didatangkan angin lalu,

    terdengar sayup-sayup tangisan halus. Panjang. Entah dari

  • 8/8/2019 Villa Sir

    55/138

    Haiza Najwa

    55

    mana.

    Faliq dan Kelam saling memandang. Bagaimanapun mereka gagal mengesan punca bunyi. Faliq dan Kelam

    sekali lagi berpandangan.

    Suara puntianak ke? tanya Kelam.

    Faliq mengerling dengan ekor mata. Dia kemudian

    mengerutkan dahi sambil menggetap bibir berkir.

    Mauzah? Faliq menerka sepatah. Dia memutarkanpandangan ke sekitar. Ke arah vila.

    Mata Kelam menerkam hala yang sama.

    Kedua-duanya mengayun langkah dengan laju.

    Ruang tamu kosong. Tiba di tangga, mereka terus

    melekapkan telinga ke pintu stor.

    Bunyi tu masih ada, tapi sayup. Macam mana pulakita boleh terdengar bunyi tu lebih jelas kat sana? Kan jauh

    dari stor? tanya Kelam. Pasal kau kata suara dia!

    Memang aneh. Tetapi suara itu boleh didengar di

    situ. Cuma sangat perlahan.

    Bagaimana ruang yang terhad seperti bawah tangga

    itu boleh membuatkan suara di dalamnya kedengaran sayup-

    sayup? Kedua-duanya jelas bingung. Mereka melangkah ke

    sisi dapur menghampiri bangku kayu tempat mereka

    bersantai tadi. Sambil waspada dengan kemunculan Tuk Wei.

    Suara tu masih kedengaran. Bunyinya agak jelas di

    sini berbanding dekat stor. Dari mana datangnya? Puncanya?

    Eh, peliklah! Kelam mengerutkan kening.

    Kita pergi intai bilik Tuk Wei di sebelah dapur.Jom! saran Kelam.

    Faliq mengikut.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    56/138

    Kasih Vila Cinta

    56

    Mereka menolak jendela yang bertaut. Jendela itu

    tidak diselak dari sebelah dalam. Mudah sahaja membukanya.

    Kamar kosong. Tidak ada sesiapa di dalam. Mata

    mereka menangkap segugus kunci yang tergantung di

    dindingnya. Faliq mengangkat-angkat kening pada Kelam

    yang tersengih memahami isyaratnya. Mereka beredar cepat-

    cepat kerana tidak mahu terserempak dengan Tuk Wei yang

    perengus itu. Mereka kembali ke bangku kayu tadi dan sama-

    sama berlabuh dan termangu.Hoi... kamu lagi? jerkah Tuk Wei untuk kali

    keduanya.

    Kelam dan Faliq menggelinyau akhirnya mengekek

    tertawa dan bangkit menapak pantas ke arah bagan.

    Macam hantu, muncul tiba-tiba! Kalaulah tak

    kerana usia tuanya, dah lama aku libas dia dengan tendanganpisang aku!

    Ketawa Faliq bertambah mendengarkan kaedah

    Kelam menterjemahkan banana kick. Dia kembali

    memberikan tumpuan pada perkara yang masih membelenggu

    kirannya.

    Kalau dia berada dalam stor tu, tangisannya tu

    pasti terdengar kuat. Kerana ruang stor tu sempit. Itu belum

    termasuk aktor ruang yang tumpat, walaupun barang-

    barang yang dimuatkan dalam stor tu mungkin banyak,

    mungkin tak. Keadaan seperti tu tak mewujudkan pantulan

    bunyi. Tapi suara tu bergema. Dan sayup!

    Kenapa bunyinya sayup sangat? tanya Kelam

    setelah gagal menemukan jawapannya. Serupa sahaja tandatanya yang bersilang-silang di dalam kepala Faliq. Tangisan

    itu agak jelas sewaktu mereka duduk-duduk di bagan itu.

    Insiden itu membuatkan mereka semakin berminat. Kian

  • 8/8/2019 Villa Sir

    57/138

    Haiza Najwa

    57

    teruja untuk menyiasat.

    Faliq dan Kelam kini berpandangan. Pelik bilabunyi itu menjadi kian kuat.

    Makin kuat bunyinya. Entah-entah suara jin...

    bisik Kelam. Tempat ni kelilingnya rimba dan semak samun,

    kata orang tempat macam ni kesukaan jin bertandang.

    Kau lupa ke dakwaan penduduk di sini yang

    mengatakan tempat ni perkampungan orang halus? tanyanya

    dengan suara gementar.

    Tak adanya orang halus ni semua! herdik Faliq.

    Ikut gerak hati aku ni... cuma satuaje jawapannya. Aku rasa

    stor tu mungkin bersambung dengan sebarang tunnel atau

    passage. Mungkin cellaratau underground chamber. Macam

    rumah mat salih. Mereka selalu ada cellarmenyimpan wain

    atau apa saja di bawah rumah mereka. Tu sebab suaratangisan tu terdengar sayup-sayupaje. Aku pasti tu suara Kak

    Mai sedang menangis. Kau dengar tak, suara tu belah sini

    bunyinya bertambah kuat. Pelik, kan? Belah kiri dekat dengan

    bilik Tuk Wei tadi suara tu langsung tak terdengar.

    Kelam terlopong. Kemudian terangguk-angguk.

    Idea Faliq itu tertancap terus ke otaknya.

    Ya... mungkin. Lagipun takkan Tuk Wei segila tu

    sampai tergamak mengurung Kak Mai dalam ruang yang

    sempit. Lainlah kalau stor tu bersambung dengan ruang yang

    lebih luas daripada keluasan ukur lilit tangga yang kita

    jangka tu! Kalau Kak Mai mati sesak naas, dia juga yang

    parah dan kena jawab dengan pihak berkuasa, betul tak?

    tingkah Kelam dihujani semangat berkobar-kobar.Faliq tersengih.

    Bijak pun otak kau! pujinya dalam nada sinis.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    58/138

    Kasih Vila Cinta

    58

    Kelam tersengih.

    Besok kita call sir, kita tanya secara terperincipasal vila ni. Daripada sir, kita akan tau layout kediaman

    ni... Faliq mencadangkan.

    Kelam mengangguk. Nampak dia begitu beria-ia.

    Kita ni dah macam penyiasat kes misteri, kan?

    katanya disambut oleh gelak Faliq.

    Selesai siasat kes ni nanti, kita novelkan - MisteriSebuah Tangisan... rangkanya yang membuat Faliq tersengih

    terus.

    Sebijik macam Hardy Boys... komen Faliq.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    59/138

    Haiza Najwa

    59

    R

    USINA memerhatikan Dr.

    Khane. Leka sekali suaminya

    menonton rencana di Discovery

    Channel. Beberapa persoalan berlegar-legar di kepalanya.

    Matanya sekejap-sekejap hinggap pada jam di dinding.

    Sekejap-sekejap beralih ke suaminya. Mengira-ngira putaran

    jarum jam, bilakah slot itu akan selesai. Hatinya dihambat

    resah. Setelah suaminya mengangkat muka dan berpaling

    memandangnya, barulah dia membuka mulut memulakan

    mukadimah.

    Abang kir Si Mai tu ada mengacau budak-budak

    tu tak? Adik abang tu ada waktu-waktunya suka bertindak di

    luar dugaan. Saya risaukan imej abang di mata para pelajar

    abang nanti...

    Dr. Khane memang sudah kerap terkir tentang

    hal itu. Ditenungnya tepat wajah isterinya itu tanpa bersuara.

    Hatinya juga kurang tenteram. Lantaran itu, dipaksabenaknya pasrah pada kewibawaan Tuk Wei untuk mengawasi

    adiknya. Sementelahan, telah bertahun-tahun adiknya itu

    dijaga oleh Tuk Wei. Isu Mauzah memang membuat dia

    Bab 7

  • 8/8/2019 Villa Sir

    60/138

    Kasih Vila Cinta

    60

    selalu kalut. Gelisah dan bimbang. Maklumlah adik

    perempuan. Bongsu pula. Sering dia rasa bersalah

    membiarkan adiknya itu di bawah jagaan seorang lelaki.

    Bukan sedikit perasaan itu menggugat sukmanya. Ditambah

    pula akta yang Tuk Wei itu perengus orangnya.

    Namun apalah dayanya. Dia tidak sanggup melihat

    Mauzah dikaran di wad hospital sakit jiwa. Tuk Wei biarpun

    tidak begitu menggalakkan Mauzah dirawat di sana, dia

    kurang sekali bersimpati dengan penderitaan gadis itu. Halini terbukti melalui layanan kasarnya. Dr. Khane berasa

    sebal.

    Saat menghantar adiknya pada julung-julung

    kalinya ke tempat itu dahulu, merupakan saat yang paling

    menyedihkan sukmanya. Tidak tega hatinya melihat Mauzah

    meraung-raung. Perlakuan kasar sesetengah petugas

    terhadap pesakit di situ turut merisaukannya. Dia tidak mahu

    adik perempuan tunggalnya itu teraniaya. Sementelahan Tuk

    Wei tetap berkeras, enggan membenarkan dia mengurus

    adiknya sendirian tanpa kehadirannya bersama.

    Memang sukar memilih yang terbaik apabila telah

    diberi kata dua. Lantaran demikian, dia terpaksa memilih

    agar Mauzah tinggal sahaja di vila itu di bawah jagaan TukWei yang cekap. Dia sudah memerhatikan hal ehwal adiknya

    itu sejak lama. Hendak dibawa bersama tinggal dengan

    keluarganya sendiri, terjaminkah keselamatan anak-anaknya

    yang belum pun besar itu? Apatah lagi Tuk Wei enggan bila

    dipujuk tinggal bersamanya. Suatu ketetapan yang tidak

    boleh dipinda atau digubal lagi. Dia sebetulnya amat serba

    salah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Tuk Wei engganmelepaskan Mauzah. Keputusan Tuk Wei pantang digubal

    balik. Lelaki itu keras hati.

    Pak cikkan ada? Taulah dia macam mana nak

  • 8/8/2019 Villa Sir

    61/138

    Haiza Najwa

    61

    mengawal Mai. Mai tu patuh pada kata-katanya. Dia tak

    sepatuh tu pada saya, abangnya.

    Tapi dia sayangkan abang. Dulu vila tu tak ada

    orang. Kini ada tetamu. Ramai pula. Suasana gamat tu

    mungkin menggugat kestabilan mentalnya yang sedia goyah.

    Saya takut Mai jadihysterics lalu menyerang mereka semua.

    Abang bawalah dia ke mari. Isterinya menyuarakan

    kebimbangannya.

    Fikiran Dr. Khane kini diajak berbolak-balik. Diamenetapkan untuk melawat anak-anak buahnya di vila

    tersebut. Dia pergi sendirian.

    Isterinya sedikit hampa walaupun ketiga-tiga

    anaknya itu tidak berminat. Mereka lega bila si ayah tidak

    mempelawa.

    Rusina terkilan. Dia amat gemarkan suasana hijaudi persekitaran vila itu.

    Banglo berhantu! ejek anak-anaknya.

    Dr. Khane tertawa.

    Ayah hanya ke sana sekejap. Pesannya ringkas

    sebelum menghidupkan enjin keretanya.

  • 8/8/2019 Villa Sir

    62/138

    Kasih Vila Cinta

    62

    D

    I vila, Mauzah menangis. Tuk

    Wei pula memekis-mekis. Puas

    sudah Mauzah memohon agar

    diberi kesempatan keluar dari ruang yang merimaskannya

    itu.

    Mai nak keluar sekejapje! rayunya.

    Nak buat apa? jerkah Tuk Wei menjegilkan mata

    Mauzah menggeleng.

    Habis tu?

    Mai nak tengok budak-budak perempuan tu...

    balasnya takut-takut.

    Dah lama Mai tak jumpa orang. Mereka cantik-

    cantik... katanya tersekat-sekat.

    Sudah! Duduk diam-diam dalam ni. Kalau degil

    juga, aku hantar kau ke hospital tu semula. Biar dikarannya

    otak kau tu sekali lagi.

    Mendengar itu, wajah Mauzah terus pucat. Sambil

    menggeleng, dia melarikan dirinya jauh ke jendela. Sesuatu

    Bab 8

  • 8/8/2019 Villa Sir

    63/138

    Haiza Najwa

    63

    berwarna kuning cair tercicir dari genggamannya. Dia

    berpatah ke tempat objek itu cicir lalu mengutipnya semula.

    Sambil melarikan matanya daripada Tuk Wei, dia meminggir

    semula ke jendela.

    Tuk Wei mendengus bosan memerhatikan

    gelagatnya.

    Baju lusuh tu lagi... gerutunya.

    Terbayang wajah seorang perempuan yang gemar

    menunjukkan pakaian itu pada Mauzah suatu ketika dahulu.

    Sesudah kematiannya, pakaian itu menjadi seakan suatu

    tanda kenangan pula pada Mauzah. Momen kenangan

    silamnya.

    Kalau tak suka hospital tu, duduk diam-diam

    dalam ni. Jangan ganggu hidup orang lain! Tuk Wei

    m