jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4867/teks... · web viewpendidikan...

6
TEKS UCAPAN PERASMIAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia- Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun dalam Majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah Tahun 2017 pada hari ini. 2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sekolah kerana berjaya mengadakan majlis pelancaran ini. Bagi makluman hadirin sekalian, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan program ini secara serentak pada 5 hb dan 6 hb Februari Tahun 2017.

Upload: vuongtuong

Post on 08-Mar-2018

227 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4867/TEKS... · Web viewpendidikan merupakan proses yang memerlukan komitmen yang tinggi secara berterusan daripada

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama

berhimpun dalam Majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah Tahun 2017

pada hari ini.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

syabas dan tahniah kepada semua sekolah kerana berjaya mengadakan

majlis pelancaran ini. Bagi makluman hadirin sekalian, semua sekolah di

bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan program ini

secara serentak pada 5 hb dan 6 hb Februari Tahun 2017.

3. Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting seiring

dengan Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

dengan tekad dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti

pendidikan negara seperti yang dihasratkan. Sesungguhnya transformasi

Page 2: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4867/TEKS... · Web viewpendidikan merupakan proses yang memerlukan komitmen yang tinggi secara berterusan daripada

pendidikan merupakan proses yang memerlukan komitmen yang tinggi

secara berterusan daripada semua pihak.

4. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sedia maklum bahawa

sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk

membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi supaya

dapat memenuhi evolusi yang dilaksanakan. Iklim dan persekitaran

sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan

murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Program Jom ke Sekolah

adalah sebahagian daripada usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan

kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang

mantap.

5. Pengurusan disiplin di sekolah memerlukan komitmen daripada

semua pihak agar kemenjadian murid akan lebih cemerlang. Dengan

pelaksanaan program ini, diharapkan warga sekolah dapat memberikan

saluran yang sesuai untuk menerima aduan dan menyelesaikan masalah

yang berkaitan disiplin murid. Oleh hal yang demikian, besarlah harapan

saya agar pihak sekolah dapat menerima cadangan-cadangan yang

membina untuk mengatasi permasalahan yang timbul dalam proses

pengurusan disiplin murid di sekolah.

Page 3: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4867/TEKS... · Web viewpendidikan merupakan proses yang memerlukan komitmen yang tinggi secara berterusan daripada

6. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, objektif Program Jom ke Sekolah

ini adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih

mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah

(PPS). Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu mencegah

salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan

perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada

di dalam atau di luar sekolah. Seterusnya, program ini dilaksanakan untuk

membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid di sekolah.

7. Tuan-tuan dan puan-puan, pihak sekolah perlu sentiasa prihatin

terhadap murid-murid. Pihak pentadbir sekolah seharusnya memastikan

pengurusan disiplin sentiasa ditambah baik untuk meningkatkan proses

perkhidmatannya. Dalam hal ini kerjasama pihak polis dan sekolah

sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kedua-dua pihak perlu berganding

bahu bagi menangani masalah disiplin murid.

8. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada PDRM terutamanya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan

seluruh warga pendidik atas daya usaha untuk menjayakan Program Jom

ke Sekolah. Program Jom ke Sekolah merupakan Strategi Lautan Biru

Kebangsaan (NBOS) KPM bersama-sama PDRM melalui Jabatan

Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

9. Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat memberi

tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala

peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan

Page 4: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4867/TEKS... · Web viewpendidikan merupakan proses yang memerlukan komitmen yang tinggi secara berterusan daripada

sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Jadikanlah

sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk

bakat, dan mengasah budaya kepimpinan kerana andalah merupakan aset

negara yang bernilai pada masa hadapan. Dalam menghadapi persaingan

global yang semakin sengit pada hari ini, banyak ilmu dan kemahiran

baharu yang perlu dikuasai sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan.

Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan

gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli, dadah

serta lain-lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan

anak-anak sekalian. Sayangi diri, hormati ibu bapa dan guru- guru anda.

Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana masa muda

hanya sekali. Oleh itu, berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam

dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only the

best among you will survive and thrive.

10. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan

Program Jom Ke sekolah Peringkat Kebangsaan 2017.

Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi

wabarakatuh. 

YB. Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

Page 5: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4867/TEKS... · Web viewpendidikan merupakan proses yang memerlukan komitmen yang tinggi secara berterusan daripada

Kementerian Pendidikan Malaysia