jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · web viewkualiti...

39
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK ISI KANDUNGAN BI L PERKARA MUKA SURAT 1. PENGENALAN 1

Upload: vokhanh

Post on 29-Mar-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

 

Page 2: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

PENGENALAN

UJIAN PSIKOMETRIK

2.1 Latar belakang 2.2 Definisi2.3 Tujuan Pentaksiran2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)2.4.1 Ujian Aptitud

a. Ujian Aptitud Amb. Ujian Aptitud Khusus

KECERDASAN PELBAGAI3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard

Gardner3.2 Instrumen Kecerdasan Pelbagai3.3 Kaedah Pentadbiran3.4 Pengiraan Skor3.5 Definisi Tafsiran Skor3.6 Fungsi Kepintaran Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan

Pengajaran (PdP)3.7 Interpretasi skor Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun 6

PROSEDUR PENTADBIRAN IKeP TAHUN 6

PERANAN BAHAGIAN5.1 Jabatan Pendidikan Negeri5.2 Pejabat Pendidikan Daerah5.3 Guru Besar5.4 Guru Bimbingan Dan Kaunseling5.5 Guru

PERNYATAAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKeP TAHUN 6

RujukanPanel penggubal

1

3

3334455

67

1113141525

26

27

292929293030

30

32

34

ii

Page 3: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

1.0. PENGENALAN

Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang

dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat memerlukan

pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Menurut Kamus Dewan

(2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu

sistem bersepadu yang menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.

Kualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

dalam keputusan peperiksaan bertulis semata-mata (Hanizah Hamzah, 2011a dan 2011b).

Sebaliknya, kualiti manusia boleh dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang

menjadikan individu itu seorang insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, mempunyai

sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai tahap kesihatan dan

kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir, dan berkeupayaan hidup

bermasyarakat. Oleh kerana apa yang hendak dibina ialah insan, maka pentaksirannya juga

hendaklah mengambil kira ciri-ciri dan sifat keinsanan yang pelbagai. Ini bertepatan dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang, berpotensi dan

bersepadu .

Pelan Pembangunan Pendidikan dilakarkan berdasarkan dapatan kajian-kajian UNESCO,

OECD, Bank Dunia, Institusi Pendidikan Awam tempatan dan Dialog Nasional Pendidikan

Negara. Lima ciri Aspirasi Utama Pendidikan yang akan diberi perhatian bermula 2013 iaitu

akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Pada peringkat murid pula, pelan ini memberi

fokus kepada pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

etika dan kerohanian dan identiti nasional. Bagi merealisasikan aspirasi ini sebelas anjakan perlu

dilakukan iaitu :

1. Akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

3. Rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Kepimpinan prestasi tinggi.

6. Mengupaya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

7. Teknologi maklumat dan komunikasi untuk kualiti pembelajaran.

8. Kapasiti penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Kerjasama ibubapa, komuniti dan swasta.

1

Page 4: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

10. Nilai untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, dan

11. Ketelusan untuk akauntabiliti.

Melalui inisiatif mentransformasi pentaksiran, Lembaga Peperiksaan (LP) telah memulakan

langkah melaksanakan satu sistem pentaksiran yang holistik, direka bentuk untuk menyediakan

maklumat supaya kita dapat mengenal profil murid, membantu pembelajaran murid, memantau

perkembangan murid dan mengiktiraf pencapaian murid dalam pelbagai bidang. Justeru,

pencapaian akademik murid bukanlah satu-satunya aspek kritikal dalam pembangunan manusia.

Lantaran itu, satu jenis ujian bagi mengumpul maklumat tret psikologi yang dinamakan

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) digunakan untuk mengukur dimensi ini.

2

Page 5: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

2.0 UJIAN PSIKOMETRIK

2.1 Latar belakang

Konsep Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. Kementerian Pendidikan

Malaysia telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang tret psikologi murid

melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data

yang akan menyumbang kepada maklumat profil murid. Maklumat profil murid yang lengkap

dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan

menggilap potensi ini.

2.2 Definisi

Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang

dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain

kognitif atau afektif. Menurut British Psychological Society, ujian psikometrik adalah instrumen

yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.

Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian yang boleh memberi maklumat tentang

kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan

melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis &

Crozier, 1999).

Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti pentaksiran

yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat

dan kecenderungan (KPM,2012). Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang bersifat

semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh

dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.

2.3 Tujuan Pentaksiran

Pentaksiran Psikometrik diperkenalkan dalam sistem pendidikan adalah bertujuan untuk;

i. mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi

(acquired ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran

menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.

ii. mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.

iii. memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan

perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.

3

Page 6: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

iv. menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik.

v. meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu,

dan

vi. menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi

kerjaya murid.

2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti seperti yang tertera pada

Rajah 1.

Rajah 1: Komponen Pentaksiran Psikometrik

2.4.1 Ujian Aptitud

Secara umum, aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat

semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses

pembelajaran. Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi

mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu

kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.

a. Ujian Aptitud Am

4

Page 7: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan

sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ia kurang berkaitan dengan

ilmu, budaya dan pendidikan, sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau

bakat dalaman yang diwarisi. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan minda

seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan untuk meramal

prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.

b. Ujian Aptitud Khusus

Ujian Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi

seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan

pada masa akan datang. Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk

mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan

murid dalam pembelajaran seterusnya. Hasil ujian ini juga boleh dijadikan

rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai mengikut kecenderungan murid. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk

mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan berikut:

i. Verbal Linguistik

ii. Visual Ruang

iii. Logik Matematik

iv. Muzik

v. Naturalis

vi. Kinestatik

vii. Interpersonal

viii. Intrapersonal dan

ix. Eksistensial

3.0 KECERDASAN PELBAGAI

5

Page 8: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Kecerdasan Pelbagai merupakan satu potensi yang ada dalam diri individu. Setiap individu

mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah

yang mereka hadapi. Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai satu

kecenderungan kecerdasan individu. Menurut beliau, kecerdasan adalah kebolehan untuk

menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang dinilai (dihargai) oleh satu atau pelbagai

budaya.

“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting”

Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk

melakukan pemikiran secara mujarad (abstrak), kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan

cara tindakan terhadap sesuatu situasi yang bermasalah.

Menurut David Wechsler (1974), kecerdasan ialah kebolehan individu memahami diri,

persekitarannya, dan kepakaran yang ada padanya untuk menghadapi cabaran hidup dan

menyelesaikan masalah. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat atau pun universal. Binet (1905)

pula, mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan memahami dan membuat penaakulan yang

baik bagi menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran.

Dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan adalah keupayaan manusia menggunakan

bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya untuk menyelesaikan masalah. Faktor yang

membantu manusia menyelesaikan masalah ialah kebolehan dan keupayaan untuk membuat

penaakulan, pemahaman dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi.

Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Setiap kecerdasan itu perlu dinilai dan

diadili secara sama rata. Kecerdasan murid-murid dapat dipertingkatkan melalui peluang-

peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang

menyeronokkan. Instrumen yang dibangunkan untuk mengenal pasti kecerdasan murid Tahun 6

adalah bersandarkan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1993) dan Smith & Smith

(2002).

3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

6

Page 9: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993, 1999).

Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.

Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Smith & Smith (2002),

telah menambahkan satu lagi kecerdasan iaitu eksistensial dan menjadikannya sembilan.

Gardner telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak

biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Gardner

juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi tetapi boleh dipupuk dan

dikembangkan.

Ada murid mencapai tahap yang tinggi dalam beberapa kecerdasan dan tahap yang

rendah dalam kecerdasan yang lain. Manakala terdapat pula murid yang mempunyai kecerdasan

yang tinggi dalam hampir kesemua sembilan kecerdasan ini. Setiap murid boleh

diperkembangkan dalam kesembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi

sekiranya diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. Kesembilan-sembilan

kecerdasan adalah saling berkait secara bersepadu semasa murid-murid melakukan sesuatu

aktiviti.

Teori kecerdasan pelbagai ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada

individu, dan mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Kecerdasan

pelbagai boleh bertindak sebagai petunjuk kepada potensi seseorang. Murid boleh menggunakan

kecerdasan yang dimiliki untuk membantu menguasai sesuatu yang dipelajari. Oleh itu murid

boleh mengembangkan setiap kecerdasan ke tahap yang lebih tinggi melalui latihan dan

keupayaan sendiri.

3.1.1 Verbal linguistik

Kecerdasan Verbal - Linguistik merujuk kepada kebolehan murid menggunakan bahasa dengan

efektif secara lisan dan bertulis.

i. Murid mempunyai kemahiran mendengar, berfikir dalam bentuk perkataan,

bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami

perkataan.

7

Page 10: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

ii. Murid sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.

iii. Murid cenderung untuk belajar dengan lebih baik melalui pembacaan, mengambil

nota, berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.

iv. Murid mampu mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mempunyai

kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks.

v. Murid pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau

membaca.

3.1.2 Visual Ruang

Kecerdasan Visual Ruang ialah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan

corak.

i. Murid mampu untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model

itu kepada dunia fizikal, seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem

serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

ii. Murid berkeupayaan membuat penilaian tentang ruang dan membayangkan dalam

mindanya.

iii. Murid mahir dalam menyelesaikan puzzle dan pembinaan struktur serta bijak

menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.

iv. Murid berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah

dilalui serta mempersembahkan idea-idea visual ruang dalam bentuk imaginatif

dan kreatif.

3.1.3 Logik Matematik

Kecerdasan Logik Matematik merupakan kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak. Ini

membolehkan murid menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan

abstrak.

i. Murid yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah

kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat

8

Page 11: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesiskan, mengira dan menggunakan

komputer dengan cekap.

ii. Murid yang mempunyai kecerdasan Logik Matematik yang tinggi

memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi.

iii. Murid sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang berlaku di

persekitaran, suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan dan suka

mengklasifikasikan benda.

3.1.4 Muzik

Kecerdasan Muzik berkaitan dengan sensitiviti terhadap bunyi, irama, melodi, dan lagu. Murid

yang mempunyai kecerdasan Muzik berkebolehan mengesan dan membezakan bunyi, muzik

serta irama yang terdapat di persekitarannya.

i. Murid berkebolehan meluahkan perasaan melalui muzik dan berupaya bermain

alat muzik serta menghafal lirik dengan baik walaupun tanpa latihan.

ii. Murid boleh menggubah rentak, tempo, mengenali dan mengingati nada-nada

bunyi atau muzik.

3.1.5 Naturalis

Kecerdasan Naturalis adalah berkaitan dengan minat terhadap alam semula jadi.

i. Murid yang mempunyai kecerdasan Naturalis yang tinggi biasanya merupakan

individu pencinta alam sekitar yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan

flora, fauna, dan galian.

ii. Murid sangat menghargai alam sekitar, lebih banyak menghabiskan masa di luar

dan gemar mendengar bunyi-bunyian alam semula jadi.

iii. Individu Naturalis sensitif terhadap alam sekitar dan boleh menghubungkaitkan

antara kehidupan flora dan fauna.

9

Page 12: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

3.1.6 Kinestetik

Kecerdasan Kinestetik adalah berkaitan dengan kebolehan murid menggunakan sebahagian atau

keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

i. Murid cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh, lebih cenderung

melakukan aktiviti yang berkait dengan pergerakan badan seperti bersukan,

menari, gimrama dan lain-lain.

ii. Murid mahir memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara

pergerakan fizikal dengan mental.

iii. Murid boleh belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti yang melibatkan

pergerakan otot seperti sukan atau tarian.

3.1.7 Interpersonal

Kecerdasan Interpersonal adalah berkaitan dengan kebolehan individu memahami perasaan,

sikap, tabiat serta hasrat orang lain.

i. Murid dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain

untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta dapat memberi motivasi kepada

orang lain.

ii. Individu mampu membezakan pelbagai petanda interpersonal dan boleh memberi

maklum balas terhadap petanda tersebut.

iii. Murid mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi biasanya boleh

berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.

iv. Murid mempunyai empati yang tinggi, suka menolong orang lain dan minat

membina hubungan sosial dengan orang lain.

v. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah berkumpulan.

3.1.8 Intrapersonal

Kecerdasan Intrapersonal adalah berkaitan dengan kesedaran tentang diri sendiri dan

berkebolehan untuk menilai diri sendiri.

10

Page 13: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

i. Murid mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang

kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

ii. Murid mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan mereka sendiri.

iii. Murid berpegang teguh pada prinsip kehidupan, mempunyai azam yang kuat,

berdikari dan mempunyai hala tuju yang jelas.

iv. Murid lebih menyukai kaedah belajar secara bersendirian dan gemar melakukan

refleksi kendiri (muhasabah diri).

v. Murid adalah seorang yang introvert dan suka melakukan tugasan secara

bersendirian.

3.1.9 Eksistensial

Kecerdasan Eksistensial adalah berkaitan dengan kebolehan memahami erti kewujudan manusia

dan alam, memahami makna sesuatu kejadian, menggunakan daya intuisi yang tinggi dalam

memahami realiti kehidupan.

i. Murid menghargai dan menghayati nilai-nilai agama, nilai-nilai sejagat dan norma

masyarakat.

ii. Murid meletakkan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang tinggi dalam

mempertimbangkan sesuatu keputusan dalam kehidupan.

iii. Murid suka membaca buku-buku bercorak falsafah, bahan-bahan keagamaan,

nilai-nilai tradisi dan suka mengamati sesuatu kejadian secara mendalam.

iv. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah penyoalan, pemerhatian,

renungan kendiri, inkuiri penemuan dan kaedah perkongsian.

3.2 Instrumen Kecerdasan Pelbagai

Satu lagi instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat murid ialah Inventori

Kecerdasan Pelbagai (IKeP). Instrumen ini dibangunkan berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai

(MI) oleh Howard Gardner (1985) dan Smith dan Smith (2002).

i. Instrumen ini terdiri daripada 90 item persepsi yang mewakili konstruk Ruang,

Visual, Muzik, Naturalis, Intrapersonal, Interpersonal, Kinestatik dan Existential.

ii. Setiap konstruk mengandungi 10 item.

11

Page 14: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

iii. Murid hanya perlu menjawab YA atau TIDAK pada penyataan mengenai diri

mereka di atas borang jawapan yang diberikan.

iv. Masa yang diperuntukkan adalah 45 minit.

Item Kecerdasan Pelbagai ini telah di pra uji kepada murid Tahun 6 mengikut kaedah

persampelan berstrata . Sekolah yang dipilih untuk menguji item inventori ini terdiri daripada

sekolah rendah di bandar, luar bandar, sekolah yang mempunyai prestasi tinggi, prestasi rendah

dan prestasi sederhana, murid lelaki dan murid perempuan di Malaysia pada 2016. Data daripada

pra ujian ini telah dianalisis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan iaitu Kuder-Richardson

20 (KR-20) dan kesahan item iaitu Mean fit square (MNSQ) . Item yang mempunyai darjah

kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dipilih untuk dijadikan instrumen.

12

Page 15: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

3.3 Kaedah Pentadbiran IKeP Tahun 6

Rajah 2 Carta Alir Pentadbiran IKeP Tahun 6

Sasaran : Murid Tahun 6

Tempat : Sesuai dan kondusif

( Dewan/Bilik Peperiksaan)

Istilah : 1. Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa

(GBKSM)2. Guru Bimbingan & Kaunseling Lantikan Sekolah

(GBKLS)3. Guru Penyelaras (GP)

- Arahan menjawab mengikut keperluan inventori

- Menjawab di atas borang jawapan

- Inventori tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan

- Masa : 45 minit

- Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30 peratus

daripada waktu yang diperuntukkan bagi murid biasa

- Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBKLS/GP

- GBKSM/GBKLS/GP akan memberikan tafsiran skor secara

umum tentang konstruk IKeP

- GBKSM/GBKLS/GP menganalisis skor.Intervensi

Penyimpanan Fail

Pentafsiran Skor

Pengumpulan borang jawapan

Penerangan

Murid menjawab soalan

Edaran Inventori dan borang

jawapan

Murid dikumpulkanMurid dikumpulkan

13

Page 16: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

3.4 Pengiraan Skor

3.4.1 Kertas Persepsi - 45 minit

Item berformat dwi pilihan respon iaitu YA / TIDAK

Jadual 1 : Format Item

ITEM KONSTRUK

1, 10, 19, 28, 37, 46, 55, 64, 73, 82 Kecerdasan Verbal Linguistik

2, 11, 20, 29, 38, 47, 56, 65, 74, 83 Kecerdasan Logik Matematik

3, 12, 21, 30, 39, 48, 57, 66, 75, 84 Kecerdasan Intrapersonal

4, 13, 22, 31, 40, 49, 58, 67, 76, 85 Kecerdasan Visual Ruang

5, 14, 23, 32, 41, 50, 59, 68, 77, 86 Kecerdasan Naturalis

6, 15, 24, 33, 42, 51, 60, 69, 78, 87 Kecerdasan Interpersonal

7, 16, 25, 34, 43, 52, 61, 70, 79, 88 Kecerdasan Kinestatik

8, 17, 26, 35, 44, 53, 62, 71, 80, 89 Kecerdasan Muzik

9, 18, 27, 36, 45, 54, 63, 72, 81, 90 Kecerdasan Existential

GBKSM/GBKLS/GP perlu merekod skor setiap murid di dalam sistem offline yang dibekalkan.

Analisis akan ditafsirkan dalam bentuk peratus.

14

Page 17: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

3.5 Definisi Tafsiran Skor

Jadual 2 Definisi Tafsiran Skor

KONSTRUK DIFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR

Verbal-linguistik

Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami perkataan.

Tokoh : Munshi Abdullah dan William Shakespeare.

Kerjaya : pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis.

Tinggi75% - 100%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi untuk menggunakan bahasa dengan efektif secara verbal dan bertulis, boleh berkomunikasi dengan lancar, suka berdebat dan berceramah.

Sederhana50% - 74%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam aspek komunikasi.

Rendah0% - 49%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang rendah dalam menggunakan bahasa secara verbal dan bertulis.

Visual- ruang

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

Tokoh : Galileo Galilei dan Leornado Da Vinci

Tinggi75% - 100%

Individu mempunyai daya imaginasi yang tinggi terhadap sesuatu ruang dan banyak idea yang kreatif, suka kepada gambar, graf, video dan filem, mempunyai kemahiran mereka cipta.

Sederhana50% - 74%

Individu ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dalam imiginasi, membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.

15

Page 18: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Kerjaya : Arkitek, jurugambar, pengukir,pereka pakaian, pereka dalaman, kartunis, perancang Bandar, pelumba motor, jurusolek,juruterbang,ahli pelayaran,angkasawan, dan pelukis

Rendah0% - 49%

Individu ini mempunyai daya imaginasi yang rendah dan tidak suka menggunakan gambaran atau rajah dalam sesuatu penyelesaian.

Logik Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Tokoh : Bill Gates dan Warren Buffet

Kerjaya : Saintis, pakar statistik, ahli ekonomi, juru audit, akauntan dan aktuaris

Tinggi75% - 100%

Individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam menaakul, mentafsir, menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan nombor. Individu juga suka kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci serta berjadual.

Sederhana50% - 74%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam menaakul, menyelesaikan masalah yang kompleks dan penggunaan perisian yang sederhana.

Rendah0% - 49%

Individu ini tidak berminat menggunakan domain dalam otak kiri dan dalam menyelesaikan masalah.

Muzik

Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta Muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

Tokoh: Tan Sri P.Ramlee, Ramli MS, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro dan Kenny G.

Tinggi75% - 100%

Individu ini mempunyai kecekapan berkaitan dengan muzik serta berkebolehan dalam mengendalikan alat muzik.

Sederhana50% - 74%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam muzik seperti menyanyi dan bermain alat muzik.

16

Page 19: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Kerjaya : Pencipta lagu, komposer dan ahli Muzik

Rendah0% - 49%

Individu ini tidak peka kepada bunyi-bunyian, nyanyian serta tidak boleh bermain alat muzik dan mengubah lagu.

Naturalis

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

Tokoh: Steve Irwin

Kerjaya: Ahli biologi, zoologi, ahli botani, ahli geologi,doktor haiwan, nelayan, pendaki gunung ,renjer hutan,ahli astronomi, juru foto alam, tukang kebun dan veterinari

Tinggi75% - 100%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi terhadap kehidupan alam sekitar dalam kategori flora, fauna dan galian, seorang pencinta alam dan juga seorang yang penyayang kepada kehidupan.

Sederhana50% - 74%

Individu yang mempunyai kecerdasan sederhana terhadap kehidupan alam sekitar dalam kategori flora, fauna dan galian, seorang pencinta alam dan juga seorang yang penyayang kepada kehidupan.

Rendah0% - 49%

Individu yang kurang peka terhadap kehidupan alam sekitar dalam kategori flora, fauna dan galian, seorang pencinta alam dan juga seorang yang penyayang kepada kehidupan.

Kinestetik

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti

Tinggi75% - 100%

Individu mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan dalam menyelesaikan masalah.

17

Page 20: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

Tokoh: Datuk Nicole David, Shalin Zulkifli, Datuk Lim Chong Wei, Micheal Jordan dan Michael Jackson.

Kerjaya : Ahli sukan dan jurutari

Sederhana50% - 74%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam aktiviti pergerakan badan, memanipulasi objek fizikal dan imbangan badan.

Rendah0% - 49%

Individu ini tidak mampu menggunakan anggota badan dalam menyelesaikan masalah dan tidak berminat terhadap pergerakan badan seperti bersukan, menari dan lain-lain.

Interpersonal

Kecerdasan interpersonal melibatkan kemahiran atau kebolehan individu berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain. Individu ini mampu memahami orang lain, sensitif kepada perasaan, kepercayaan, penilaian dan matlamat orang lain. Individu ini cekap menilai emosi, motivasi dan keinginan orang di sekeliling.

Tokoh : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Azizan Osman dan Oprah Winfrey

Kerjaya: Pakar motivasi, kaunselor, ahli politik, guru dan pegawai diplomatik .

Tinggi75% - 100%

Individu yang mempunyai kecerdasan tinggi dalam berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain.

Sederhana50% - 74%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain.

Rendah0% - 49%

Individu yang mempunyai kecerdasan rendah dalam berkomunikasi, menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain.

18

Page 21: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Intrapersonal

Berkebolehan untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengawal diri dan membuat pertimbangan kendiri dari aspek kelemahan dan kekuatan yang ada. Individu ini mempunyai kesedaran diri yang tinggi tentang perasaan, sikap, penampilan luaran, mengawal naluri diri, kebolehan memantau pemikiran, tindakan dan perasaan. Individu ini mempunyai gerak hati / intuisi dan imaginasi yang tinggi, boleh mengawal emosi dan mempunyai autonomi yang tinggi serta berdikari.

Tokoh : Aristotle dan Hamka

Kerjaya : Pakar psikologi, ahli falsafah dan pendeta.

Tinggi75% - 100%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat untuk mengawal diri serta membuat pertimbangan kendiri.

Sederhana50% - 74%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat untuk mengawal diri serta membuat pertimbangan kendiri.

Rendah0% - 49%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang rendah untuk membuat penilaian kendiri dan menggunakan maklumat untuk mengawal diri serta membuat pertimbangan kendiri.

Eksistensial

Kecerdasan kewujudan ialah keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkara-perkara berunsur falsafah yang berkaitan dengan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk (manusia, haiwan, tumbuhan, alam semesta dll) berkaitan kehidupan, tujuan, dan kematian.

Tokoh : Socrates, Dr. Zakir Naik dan Mother Theresa

Kerjaya : Imam, pemimpin dan ahli agama.

Tinggi75% - 100%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkara-perkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk.

Sederhana50% - 74%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang sederhana dalam keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkara-perkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan Tuhan dan fitrah makhluk.

Rendah0% - 49%

Individu ini mempunyai kecerdasan yang rendah kurang keupayaan atau kebolehan untuk memahami dan menimbang tara perkara-perkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan

19

Page 22: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Tuhan dan fitrah makhluk.

Jadual 3 Penerangan mengenai kecerdasan pelbagai

KECERDASANMURIDSUKA

TINDAKAN GURU

KEMAHIRAN MURID

BIDANG KERJAYA

Verbal linguistik

Berfikir dengan perkataan

Guna pelbagai bentuk bahasa dan perkataan untuk melahirkan makna yang kompleks dan indah

Teka-teki, teka kata,

Membaca, menulis dan bercerita

Guna tatabahasa yang luas

Bermain permainan bahasa

Cipta puisi dan cerita dengan menggunakan bunyi dan imejan perkataan

Memberi projek bacaan dan penulisan

Membantu murid menyediakan ucapan, dan syarahan

Memupuk minat dalam debat

Menyediakan permainan bahasa, teka silang kata dan mencari perkataan

Menggalakkan pelajar bermain dengan kata-kata, dan kiasan

Merakam percakapan sendiri dan mendengar semula sebutan dan intonasi

Mengajar kawan atau ahli keluarga membaca

Mengadakan sesi bercerita bersama kawan atau keluarga

Peguam Guru Pemberita Penyunting Wartawan Penyajak

20

Page 23: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Visual-Ruang

Dapat mengesan dunia visual dengan tepat

Mencipta imej mental

Berfikir dalam 3 Dimensi

Peka pertalian antara objek dalam ruang

Menconteng, melukis, mewarnakan atau mencipta gambaran 3D

Melihat peta Menyusun suai

gambar (jigsaw puzzle), teka kata dan menyudahkan permainan berselirat (maze)

Membuka dan memasang semula sesuatu

Memasukkan aktiviti melukis peta dan permainan berselirat

Memimpin aktiviti visualisasi

Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman melalui lukisan

Memberi murid peluang mereka cipta sesuatu seperti fesyen pakaian, bangunan, kawasan bermain dan pemandangan

Memaparkan isi kandungan bahan yang dibaca dalam bentuk visual

Mereka model 3D dari ciptaan atau projek sekolah

Cuba mendapatkan sesuatu dari bilik atau rumah dengan mata tertutup

Cari imej atau gambar dalam awan, dari alas meja atau retakan di dinding

Kerjaya Pengacara Arkitek Pengurusan

Grafik Pelukis

kartun Ahli bedah

Logik Matematik

Mendekati masalah secara logik

Faham nombor dan pola abstrak

Mengecam dan menyelesaikan

masalah yang memerlukan penaakulan

Bekerja dengan nombor, menganalisis situasi

Hendak tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi

Bertanya ‘Mengapa’

Tunjuk ketepatan dalam menyelesaikan masalah

Bekerja dalam situasi yang memerlukan penyelesaian tepat

Membina rajah Venn

Menggunakan permainan strategi

Melibatkan murid menunjukkan kefahaman tentang sesatu dengan menggunakan objek konkrit

Rekod maklumat dalam graf

Wujudkan aktiviti membuat garis masa dan melukis peta

Menjumlahkan pembelian semasa ibu bapa memasukkan barang ke dalam troli

Membayarkan barangan yang dibeli di pasaraya

Memulakan akaun bank dan adakan sasaran simpanan setiap bulan

Akauntan Juruwang Jurutera Ahli fizik Pencipta Pengaturcara

21

Page 24: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Muzik

Peka kepada bunyi bukan verbal dalam persekitaran termasuk melodi dan nada

Sedar akan pola pada nada dan timbre

Mendengar dan bermain Muzik

Memadankan perasaan kepada Muzik dan ritma

Bernyanyi, bersenandung dan bergerak mengikut Muzik berlainan

Mencipta dan mereplikakan lagu

Memasukkan aktiviti menulis semula lirik lagu untuk mengajar konsep tertentu

Menggalakkan murid menggunakan Muzik dalam lakonan

Mengajar sejarah menggunakan Muzik zaman itu

Menggalakkan murid belajar Muzik dan tarian rakyat negara lain

Mengadakan sesi menyanyi bersama kawan dan keluarga

Menggunakan satu jam seminggu untuk mendengar jenis Muzik yang berlainan

Memberi perhatian kepada bunyi di sekeliling seperti bunyi kipas, orang berjalan, jam berdetik

Penggubah lagu

Penyanyi Ahli Muzik Penerbit Konduktor

Muzik

Naturalis

Peka kepada alam semula jadi

Nampak pertalian dan pola dalam alam tumbuhan-tumbuhan dan haiwan

Menghabiskan masa di luar

Memerhati tumbuh-tumbuhan, kumpul batu-batuan, menangkap serangga dan memelihara haiwan peliharaan

Mengesan pertalian dalam alam semula jadi

Mengesan pertalian dalam alam semula jadi

Mengkelaskan dan mengkategorikan flora dan fauna

Menggunakan persekitaran sebagai bilik darjah

Memberi murid tanggungjawab mengendalikan sudut-sudut tumbuhan-tumbuhan dan haiwan di dalam kelas

Menjalankan eksperimen Sains secara hands-on

Menggalakkan murid mereka bentuk landskap kawasan persekitaran

Memelihara dan memerhati kitaran hidup rama-rama atau katak

Menjaga dan memerhatikan proses pertumbuhan kacang yang disemai

Memerhati dan mencatat fasa bulan

Petani Doktor

haiwan Pendaki

gunung Peramal

cuaca Ahli ekologi Ahli zoologi

22

Page 25: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Kinestatik

Guna pergerakan badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah

Mahir dengan objek dan aktiviti yang melibatkan kecekapan motor halus dan motor kasar

Bersukan dan aktiviti fizikal aktif

Guna bahasa badan

Buat kraf dan projek mekanikal (manipulatif)

Menari, berlakon dan mimos (mime)

Memberi aktiviti sentuhan dan pergerakan

Memberi peluang main peranan dan berlakon

Memberi murid bekerja sambil bergerak

Menggunakan aktiviti yang melibatkan kecekapan motor halus dan motor kasar seperti menjahit dan membuat model

Menolong ibu bapa memasak, berkebun dan membaiki perkakas rumah

Atlet Pelakon Penari Mekanik Bomba

Interpersonal

Peka terhadap perasaan dan mood orang lain

Faham dan berinteraksi secara berkesan dengan orang lain

Berkawan Memimpin,

berkongsi dan menjadi orang pengantara

Membina sepersetujuan dan berasa empati dengan orang lain

Bekerja sebagai ahli kumpulan yang berkesan

Pembelajaran koperatif

Memberi projek berkumpulan

Memberi murid peluang mengajar rakan sebaya

Menyediakan aktiviti sumbang saran untuk menyelesaikan masalah

Mewujudkan situasi di mana murid mendapat maklum balas pihak lain

Berinteraksi dengan orang ramai di tempat awam

Aktif dalam permainan yang memerlukan kerjasama

Bertukar peranan dengan ahli keluarga atau kawan untuk sehari (role play)

Kaunselor Ahli Politik Jurujual/

Peniaga Pengawal

keselamatan

Intrapersonal

Tahu kekuatan dan kelemahan kendiri

Guna pengetahuan kendiri sebagai panduan membuat keputusan dan menetapkan

Kawal emosi dan mood kendiri

Mendalami dan meneruskan minat peribadi dan menetapkan agenda sendiri

Belajar melalui pemerhatian dan mendengar

Menggunakan kecekapan meta

Memberi murid belajar pada kadar kendiri

Memberi projek individu berbentuk arahan kendiri

Membantu murid menetapkan matlamat

Memberi

Tulis autobiografi tentang diri sendiri

Duduk bersendirian untuk sesi refleksi 5 minit sehari

Catatkan perasaan, kenangan, visi

Ahli Psikologi

Penyelidik Usahawan Novelis Penulis Pendakwah Ahli falsafah

23

Page 26: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

matlamat kognitif peluang murid mendapat maklum balas antara satu sama lain

Melibatkan murid dalam menulis jurnal dan lain bentuk refleksi

dan buah fikiran dalam dairi harian

Eksistensial

Lihat sesuatu secara holistik

Memahami nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan

Keupayaan untuk meringkaskan maklumat ke dalam pemahaman yang lebih besar

Kesedaran kualiti tidak ketara manusia, sama ada bertindak balas kepada seni, kemuliaan falsafah atau rukun agama

Mendapatkan makna dalam kehidupan seharian

Mencari sambungan antara pengalaman mereka

Sering menikmati sastera dan adat dari budaya lain

Berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan

Menyatakan rasa kekitaan kepada masyarakat global

Suka melibatkan diri dengan sebab-sebab sosial dan politik

Mempunyai komitmen yang kuat untuk kesihatan dan kesejahteraan

Sumbang saran dan perbincangan untuk menjana minda

Memberi tugasan penyelidikan

Aktiviti membaca, melukis dan bersyair

Memberi pendapat dan idea yang memberangsangkan berlandaskan agama

Menghargai estetika persekitaran

Menghormati orang lain dan bersopan-santun

Ahli falsafah, Ahli teologi

3.6 Fungsi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP)

24

Page 27: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Guru boleh memilih strategi PdP yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Guru

perlu mengenal pasti dahulu kecerdasan pelbagai murid. Dengan ini, guru boleh

memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. Maklumat

daripada IKeP boleh digunakan untuk :

i. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.

ii. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap

murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.

iii. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak

terbatas.

iv. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui PdP yang menyeronokkan.

v. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam

PdP.

vi. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.

vii. Mempelbagaikan cara pentaksiran.

Selain daripada itu Kecerdasan Pelbagai boleh juga dikenal pasti melalui :

i. Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar

ii. Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang

iii. Laporan prestasi murid

iv. Profil kecerdasan murid

Maklumat daripada IKeP ini boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran .

3.7 Interpretasi Skor Kecerdasan Pelbagai IKeP Tahun 6

25

Page 28: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Interpretasi skor yang diperoleh daripada murid berkaitan dengan tahap persetujuan untuk

sesuatu pernyataan kecerdasan tertera dalam Jadual 3.29. Norma yang selalu digunakan dapat

menjelaskan kedudukan sesuatu skor itu berbanding dengan skor yang lain (Tuckman 1999).

Berdasarkan kepada norma lazim, skor 50% dianggap skor min, manakala skor 75% ke atas

dianggap terletak dalam kuartal tertinggi (Gay & Airasian 2003). Dengan itu, interpretasi bagi

peratus dibuat seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.

Jadual 4 Interpretasi Skor Peratusan

Skor Peratusan Interpretasi Skor

75% hingga 100% Tinggi

50% hingga 74% Sederhana

0% hingga 49% Rendah

Sumber : Alias Baba (1999), Tuckman (1999) dan Gay & Airasian (2003) dalam

Mohd. Sani Ismail (2011).

4.0 PROSEDUR PENTADBIRAN IKeP TAHUN 6

26

Page 29: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

PERKARA TINDAKANMesyuarat pengoperasian

Perbincangan bersama pentadbir

Penyediaan jadual pelaksanaan

Makluman kepada guru dan murid

GBKSM/GBKLS/GP memuat turun IKeP Tahun 6

GBKSM/GBKLS/GP menyemak instrumen yang dimuat turun

Instrumen diperbanyakkan mengikut jumlah murid

Pentadbiran ujian Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif.

Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian

Edarkan inventori dan borang jawapan kepada setiap murid.

Beri arahan kepada murid:

a. tulis nama dan kelas di borang jawapan

b. bulatkan semua jawapan di borang jawapan

c. jangan meniru

d. semak jumlah halaman kertas soalan

e. masa ujian ialah 45 minit

* Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30

peratus daripada waktu yang diperuntukkan..

Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti

menulis dengan meletakkan pensel di atas meja.

Murid menjawab IKeP dan pengiraan skor

Murid menjawab IKeP Tahun 6

Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBKLS/GP

Pentaksiran skor GBKSM/GBKLS/GP memberi pendedahan umum tentang

tafsiran setiap konstruk

Pengumpulan set Inventori dan Borang Jawapan

Diserahkan kepada GBKSM/GBKLS/GP

Pelaporan GBKSM/GBKLS/GP menganalisis skor IKeP murid Pengisian data dalam sistem pelaporan yang dibekalkan GBKSM/GBKLS/GP mencetak 2 salinan pelaporan skor IKeP

murid 1 salinan untuk simpanan GBKSM/GBKLS/GP untuk dijadikan

eviden. 1 lagi salinan untuk diserahkan kepada murid bersama-sama

keputusan UPSR Pelaporan IKeP Tahun 6 hendaklah ditandatangani oleh

GBKSM/GBKLS/GP dan disahkan oleh Guru Besar.

27

Page 30: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Penyimpanan Fail

Penyimpanan dibuat di dalam fail mengikut kelas, disusun mengikut susunan abjad

Dokumen menjadi rujukan dan panduan semasa membuat intervensi

Intervensi Meningkatkan kefahaman tentang persepsi kecerdasan pelbagai Modifikasi persepsi kecerdasan pelbagai mengikut kebolehan,

bakat dan minat murid Membantu murid meningkatkan/menyeimbangkan kecerdasan

pelbagai bagi mengembangkan potensi diri.

* GBKSM - Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa GBKSL - Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Sekolah GP - Guru Penyelaras

5.0 PERANAN BAHAGIAN

5.1 Jabatan Pendidikan Negeri (Pegawai Kaunseling, Unit Hem )

28

Page 31: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

5.1.1 Memberi taklimat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (Penolong Pegawai

Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid) dengan dibantu

oleh pegawai yang telah mengikuti sesi penataran.

5.1.2 Mengedarkan bahan manual Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6

kepada Penolong Pegawai Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya

Murid.

5.1.3 Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 di

peringkat PPD.

5.2 Pejabat Pendidikan Daerah ( Penolong Pegawai Kaunseling Dan Kerjaya

Murid )

5.2.1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing menerima

bahan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6.

5.2.2 Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar/GBKSM/GBKLS/GP di

PPD masing-masing berkaitan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6

5.2.3 Memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah.

5.3 Guru Besar

5.3.1 Mengadakan perbincangan bersama GBKSM/GBKLS/GP di sekolah

masing-masing mengenai pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IKeP

Tahun 6.

5.3.2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran

Psikometrik IKeP Tahun 6.

5.3.3 Memastikan GBKSM/GBKLS/GP melaksanakan Pentaksiran Psikometrik

IKeP Tahun 6 berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan.

5.4 GBKSM/GBKLS/GP

29

Page 32: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

5.4.1 Berbincang bersama Guru Besar tentang prosedur pelaksanaan

Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6

5.4.2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik

IKeP Tahun 6.

5.4.3 Memberi taklimat kepada murid mengenai Pentaksiran Psikometrik IKeP

Tahun 6

5.4.4 Mentadbir Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6.

5.4.5 Membuat pelaporan IKeP.

5.4.6 Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan skor murid.

5.4.7 Menyimpan skor murid di tempat yang selamat sebagai eviden.

5.4.8 Menyerahkan sesalinan slip skor IKeP Tahun 6 kepada murid.

5.5 Guru

5.5.1 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama

GBKSM/GBKLS/GP untuk penambahbaikan serta perancangan

pengajaran dan pembelajaran.

5.5.2 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama

GBKSM/GBKLS/GP untuk perkembangan murid.

6.0 PERNYATAAN KEPUTUSAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKeP

TAHUN 6

30

Page 33: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Pernyataan keputusan Skor Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 setiap murid akan

dikeluarkan oleh pihak sekolah.

PENTING:

Skor Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 akan dilaporkan secara berasingan.

Instrumen Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 adalah HAK CIPTA

TERPELIHARA Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesiapa

sahaja tidak dibenarkan memetik mana-mana bahagian dalam bentuk apa juga dan

dengan cara apa baik secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman atau yang lain-lain

dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Lembaga Peperiksaan

Malaysia.

Rujukan

31

Page 34: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Amla Mohad. Salleh. 2007. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Binet (1905) dalam Wolf, T. H. (1969), "The emergence of Binet's conception and measurement of intelligence: a case history of the creative process", Journal of the history of the behavioral sciences (Apr 1969) 5 (2): 113–34.

Costa, P.T. and McCrae, R.R. 1992. NEO personality Inventory professional manual. Odessa, FL: Psychological Assessment Resources.

Gardner, H. 1983. Frames of Mind. New York: Basic Books Inc.

Gardner, H. (1993). Frame Of Mind: The theory of multiple intelligences. New York, NY: Basic Book.

Gardner, H. 1999. Intelligence Reframed.USA: Basic Books.

Hanizah Hamzah (2011a). Mentaksir ciri tret psikologi murid: penerokaan dimensi baru. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hanizah Hamzah (2011b). Profil: Kenali murid. tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hair, Black and Babin. 2010. Multivariate Data Analysis : A Global Perspective. 7th. Edition.U.S: Pearson Publication

Holland,J.L. (1973). Making Vocational Choice: A Theory of Career. Englewood Cliff, New Jersey: Prentice Hall Inc.

Holland,J.L. (1985). Manual for the Vocational Preference Inventory. Odessa, Florida: Psychological Assessment Resources.

Holland, J.L. (1996). Making Vocational Choice: A Theory of Vocational Personality and Work Environment. Edessa, Florida: Psychological Assessment Resources.

Mohd Ali Jaamat. (2009). Pembinaan Modul Kesedaran Kerjaya Untuk Pelajar Sekolah Menengah Di Negeri Sembilan. Kertas Kerja Konvensyen PERKAMA Ke 14. UPM.

Mohd. Sani bin Ismail. (2011).Kematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan penglibatan pelajar dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya . Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012a. Manual Pentaksiran Psikometrik. Lembaga Peperiksaan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012b. Inventori Minat Kerjaya. Lembaga Peperiksaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia -2013-2025.

32

Page 35: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Parsons, F. 1909. Choosing a vocation. Boston, MA, US: Houghton, Mifflin and Company

Smith L.G. and Smith J.K. 1994. Lives in education. A narrative people and ideas Second Edition.New York:St Martin’s Press.

Smith, M.K. 2002. Howard Gardner and Multiple intelligences’ The Encyclopaedia of informal education.

Super, D. E. 1957. The psychology of careers: An introduction to vocational development. New York: Harper & Brothers

Super, D.E. 1971.The psychology of career. New York: Harper & Row Publisher.

Super.D.E. 1990. A life-space, Life Space Approach toCareer Development. In D. Brown,L. Brooks & Associations (Eds.) Career Choice and Development (3rd Ed). San Francisco:Jossey-Bass Inc.

Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Universiti Putra Malaysia, Serdang, selangor Darul Ehsan.

Super, D.E. (1984). Career and life Development. Dalam Career Choice and Development, disunting oleh D.Brown, L. Brooks, and Associates. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Wechsler,D.1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children –Revised.

Panel penggubal:

1. Prof. Madya Dr. Rorlinda binti Yusof

33

Page 36: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

Pusat Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Dr. Zainuriyah binti Abdul KhatabMalaysian Open University, Selangor

3. Dr. Ramlan bin HamzahIPG Kampus Teknik, Kuala Lumpur

4. Pn. Norliza binti JaafarIPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

5. Pn. Sharifah Hanizah binti Syed JaafarSMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail, Rembau, Negeri Sembilan

6. Pn. Najahah binti ShafieSMK Perempuan Kapar, Klang, Selangor

7. Pn. Inah Kuala AbdullahSMK Puteri, Negeri Sembilan

8. En. Ahmad Sulaiman bin MohammedSK Rahang, Negeri Sembilan

9. Pn. Yusnizal binti IsmailSK Tanjung Minyak 2, Melaka

10. En. M. Fazuli bin KhamisSK Taman Molek, Johor

11. En. Mohd Zahari Safuan bin DraffarSK Ganun, Melaka

12. En. Azizi bin LamatSK Taman Paroi Jaya, Negeri Sembilan

13. En. Safar Ershad bin MajeranSK Senaling, Negeri Sembilan

14. En. Hafrul Nizam bin Mohd IsaSMK Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

15. Pn. Siti Hajar binti Mohd BasirSK Undang Jelebu, Negeri Sembilan

16. Pn. Suziana binti MarniSK Taman Pelangi Indah, Johor

17. Pn. Nor Juliati binti AhmadSK King George V, Negeri Sembilan

34

Page 37: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/3707... · Web viewKualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan

18. Pn. Norbaya binti Hj Abd. ShattarSK St Paul, Negeri Sembilan

Urusetia

1. En. Abd Aziz bin Mohd Hassan

Lembaga Peperiksaan Malaysia

2. En. Suhaimi bin Yop

Lembaga Peperiksaan Malaysia

3. En. Hamzah bin Ishak

Lembaga Peperiksaan Malaysia

35