web viewdiriwayatkan dalam sebuah hadis lain pula bahawa iblis meraung-raung sambil melumurkan...

3
Assalamualaikum…………. Kelebihan surah Al-Fatihah berdasarkan tafsir hadis Diantara kelebihan AlFatihah ialah 1. AlFatihah adalah penawar segala penyakit Membaca surah AlFatihah dengan penuh kenyakinan akan dapat menyembuhkan segala penyakit rohani atau jasmani, penyakit zahir atau batin. Sebagaimana disebutkan di dalam hadis yang bermaksud “Abdul Malik bin umair rah meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda ‘dalam surah AlFatihah terdapat penawar segala penyakit’ hadis riwayat Darimi dan Baihaqi” Selain dari itu ada hadis lain yang menyebutkan hal ini dimana para sahabat Nabi pernah membaca surah AlFatihah dan menghembuskan ke atas orang yang di patuk ular, disengat kala jengking, orang yang terkena sawan atau orang gila dan Rasulullah (saw) mengharuskan perbuatan ini 2. Surah yang paling afdal dalam alQuran Sebagaimana dalam hadis yang bermaksud Rasulullah (saw) bersabda “ aku ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdal dalam alQuran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al-Fatihah) yang mempunyai 7 ayat dan mewakili seluruh alQuran yang agung.” 3. Menjauhkan diri dari segala bahaya Sesiapa yang mengamalkan surah alFatihah akan dijauhkan oleh Allah (swt) dari bahaya sebagaimana hadis nabi yang bermaksud “sesiapa yang berbaring dengan niat untuk tidur dan membaca alFatihah serta surah alIkhlas kemudian menghembus keatas dirinya sendiri maka dia akan dijauhkan dari segala bahaya melainkan maut. Alhak almulk Nor azaliza Jamaludin Bersama selamanya…

Upload: lydung

Post on 26-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewDiriwayatkan dalam sebuah hadis lain pula bahawa Iblis meraung-raung sambil melumurkan seluruh kepalanya dengan debu apabila berlaku empat perkara;

Assalamualaikum………….

Kelebihan surah Al-Fatihah berdasarkan tafsir hadis

Diantara kelebihan AlFatihah ialah

1. AlFatihah adalah penawar segala penyakit

Membaca surah AlFatihah dengan penuh kenyakinan akan dapat menyembuhkan segala penyakit rohani atau jasmani, penyakit zahir atau batin. Sebagaimana disebutkan di dalam hadis yang bermaksud “Abdul Malik bin umair rah meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda ‘dalam surah AlFatihah terdapat penawar segala penyakit’ hadis riwayat Darimi dan Baihaqi”

Selain dari itu ada hadis lain yang menyebutkan hal ini dimana para sahabat Nabi pernah membaca surah AlFatihah dan menghembuskan ke atas orang yang di patuk ular, disengat kala jengking, orang yang terkena sawan atau orang gila dan Rasulullah (saw) mengharuskan perbuatan ini

2. Surah yang paling afdal dalam alQuran

Sebagaimana dalam hadis yang bermaksud Rasulullah (saw) bersabda “ aku ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdal dalam alQuran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al-Fatihah) yang mempunyai 7 ayat dan mewakili seluruh alQuran yang agung.”

3. Menjauhkan diri dari segala bahaya

Sesiapa yang mengamalkan surah alFatihah akan dijauhkan oleh Allah (swt) dari bahaya sebagaimana hadis nabi yang bermaksud “sesiapa yang berbaring dengan niat untuk tidur dan membaca alFatihah serta surah alIkhlas kemudian menghembus keatas dirinya sendiri maka dia akan dijauhkan dari segala bahaya melainkan maut.

4. Khazanah khas dari A’rash

Surah alFatihah adalah khazanah khas yang diturunkan dari A’rash oleh Allah (swt) sebagaimana hadis nabi yang bermaksud “aku telah mendapat empat khazanah khas dari A’rash. Tiada sesiapapun yang mendapat apa-apa perkara lain dari khazanah tersebut. Pertamanya adalah surah alFatihah,

Alhak almulk Nor azaliza JamaludinBersama selamanya…

Page 2: Web viewDiriwayatkan dalam sebuah hadis lain pula bahawa Iblis meraung-raung sambil melumurkan seluruh kepalanya dengan debu apabila berlaku empat perkara;

keduanya ayat Kursi, ketiganya ayat akhir dari surah alBaqarah dan keempat surah alKauthar.

5. alFatihah sebagai asas alQuran

Surah alFatihah adalah asas bagi alQuran sebagaimana di dalam hadis diriwayatkan, pada suatu ketika ada seorang datang kepadaSya’abi rah mengadu tentang buah pinggangnya yang sakit. Sya’abi menasihatkan supaya membaca ‘Asasul-Quran’ kemudian hembus tempat yang sakit. Apabila ditanya apakah ‘Asasul-Quran’, Sya’abi menjawab, ‘surah alFatihah’.

6. alFatihah salah satu dari dua Nur (cahaya)

Didalam kitab Sahih Muslim terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abas rah bahawa pada suatu ketika Rasulullah (saw) sedang duduk bersama kami. Baginda bersabda,”dilangit telah dibuka satu pintu yang belum pernah dibuka sebelum ini,dan dari pintu tersebut turun satu malaikat yang pernah diturunkan sebelum ini. Malaikat itu berkata kepadaku terimalah satu berita gembira dengan dua nur(cahaya) yang belum pernah diberikan kepada sesiapapun sebelum ini, pertama adalah surah alFatihah dan kedua adalah tiga ayat terakhir dari surah alBaqarah.

Selain dari itu banyak lagi hadis-hadis yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan surah alFatihah, antaranya ialah

Pahala membaca surah alFatihah menyamai pahala membaca dua pertiga alQuran

Hazrat Hassan Basri rah meriwayatkan satu sabda nabi yang bermaksud “seseorang yang membaca surah alFatihah seumpama seorang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan alQuran yang mulia”

Diriwayatkan dalam sebuah hadis lain pula bahawa Iblis meraung-raung sambil melumurkan seluruh kepalanya dengan debu apabila berlaku empat perkara; pertama apabila dia dilaknat, kedua apabila dia dikeluarkan dari syurga ke dunia, ketiga pabila nabi Muhammad (saw) dianugerahkan dengan kenabian dan keempat apabila surah alFatihah diturunkan..

Oleh itu marilah kita sama-sama melafazkan surah alFatihah agar mendapat kesejahteraan di duniadan di akhirat…alFatihah.

Alhak almulk Nor azaliza JamaludinBersama selamanya…

Page 3: Web viewDiriwayatkan dalam sebuah hadis lain pula bahawa Iblis meraung-raung sambil melumurkan seluruh kepalanya dengan debu apabila berlaku empat perkara;

Alhak almulk Nor azaliza JamaludinBersama selamanya…