· web view5.1.4 masih terdapat satu lagi pertandingan spelling contest level 2 yang...

6
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK 08800, GUAR CHEMPEDAK KEDAH DARULAMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MBMMBI KALI 2-2013 TARIKH : 25 APRIL 2013 HARI : KHAMIS MASA : 1.30 – 3.30 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKGC KEHADIRAN : 1. Semua Guru Matapelajaran Bahasa Melayu 2. Semua Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris TURUT SERTA : 1.GURU BESAR – TN.HJ. MOHD NOOR BIN DERANI 2.PK KURIKULUM – TN.HJ. GHAZALI B. SALLEH PERKARA YANG DIBINCANG I. Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat MBMMBI Kali 2 tahun 2013. 1.2 Berharap semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengambil inisiatif secara aktif untuk merancakkan perkembangan MBMMBI di sekolah. 1.3 MBMMBI telah menjadi dasar yang sangat penting sama seperti KSSR. 1.4 Berharap lebih banyak murid dilibatkan secara aktif di dalam pelaksanaan MBMMBI sama ada di peringkat sekolah, pkg atau daerah. Tindakan : Semua Guru BM & BI II. Perutusan Tuan Guru Besar 2.1 Terima kasih atas kerja buat guru dari bulan Januari hingga April 2013. 2.2 Walaupun aktiviti telah berjalan masih banyak penambahbaikan yang perlu dibuat terutama bagi menjayakan MBMMBI. 1

Upload: vantuong

Post on 11-Mar-2018

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web view5.1.4 Masih terdapat satu lagi pertandingan Spelling Contest Level 2 yang dijangkakan pada bulan Jun 2013. Ketua panitia Bahasa Inggeris akan membawa 6 orang murid Tahun

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK08800, GUAR CHEMPEDAK

KEDAH DARULAMAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MBMMBI KALI 2-2013

TARIKH : 25 APRIL 2013HARI : KHAMIS MASA : 1.30 – 3.30 PETANGTEMPAT : BILIK MESYUARAT SKGC

KEHADIRAN :1. Semua Guru Matapelajaran Bahasa Melayu2. Semua Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris

TURUT SERTA : 1.GURU BESAR – TN.HJ. MOHD NOOR BIN DERANI2.PK KURIKULUM – TN.HJ. GHAZALI B. SALLEH

PERKARA YANG DIBINCANG

I. Ucapan Aluan Pengerusi1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat MBMMBI Kali 2 tahun 2013.1.2 Berharap semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengambil inisiatif secara aktif untuk merancakkan perkembangan MBMMBI di sekolah.1.3 MBMMBI telah menjadi dasar yang sangat penting sama seperti KSSR.1.4 Berharap lebih banyak murid dilibatkan secara aktif di dalam pelaksanaan MBMMBI sama ada di peringkat sekolah, pkg atau daerah.Tindakan : Semua Guru BM & BI

II. Perutusan Tuan Guru Besar2.1 Terima kasih atas kerja buat guru dari bulan Januari hingga April 2013. 2.2 Walaupun aktiviti telah berjalan masih banyak penambahbaikan yang perlu dibuat terutama bagi menjayakan MBMMBI.2.3 Berharap Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) telah dijalankan mengikut bilangan dan ketetapan yang telah dibuat dalam mesyuarat kali 1/2013 yang lalu.2.4 Meminta semua bahagian memberikan pelaporan aktiviti yang telah dilaksanakan sehingga April 2013.2.5 Berharap untuk melihat lebih banyak bahan MBMMBI semasa p&p dan bahan kekal di dalam bilik darjah yang boleh dimanfaatkan oleh murid sekolah ini.Tindakan : Semua Guru

1

Page 2: · Web view5.1.4 Masih terdapat satu lagi pertandingan Spelling Contest Level 2 yang dijangkakan pada bulan Jun 2013. Ketua panitia Bahasa Inggeris akan membawa 6 orang murid Tahun

III. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat MBMMBI Kali 1/2013.3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat MBMMBI Kali 1/2013. Pn Dayang Sabariah bt. Dato Datu Hj. Bistari mencadangkan supaya minit mesyuarat kali 1 disahkan.Cadangan disokong oleh Pn. Nurussalwa Radzali .

3.2 Perkara berbangkit.3.2.1 Pembetulan latihan murid/ Penggunaan BM Standard Merentas Kurikulum.Guru Besar meminta guru-guru lebih peka dan memberi penegasan supaya murid membuat pembetulan terutama di dalam bahagian kosa-kata. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan murid.

3.2.2 TMK dalam P&PPn. Ranita memaklumkan kekangan penggunaan ICT dalam p&p kerana LCD sekolah cuma sedikit sahaja yang berfungsi. Guru Besar memaklumkan bahawa hal ini telah dipanjangkan kepada Pn. Noorazlina Abdullah, juruteknik PSS sekolah dan kewangan sekolah tidak mencukupi untuk membiayai kos pembaikan LCD.Guru Besar berharap guru-guru dapat menggunakan kreativiti untuk mempelbagaikan bahan dan menarik minat murid.

3.2.3 Program BacaanPn. Che Wa Ismail, Guru Pusat Sumber mengingatkan guru-guru BM dan BI supaya meminta murid mengisi rekod bacaan Nilam 2013 dengan segera.

3.2.4 Bahasa Ilmu dan KomunikasiPn.Ranita memaklumkan bahawa Badan Pengawas telah melantik beberapa pengawas mengikut giliran untuk bertugas mengendalikan perhimpunan mingguan di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

3.2.5 Sumber P&PPn.Ranita selaku penyelaras Zoom A memaklumkan ramai murid mengalami masalah menggunakan Zoom A kerana kekangan masa. Data penggunaan Zoom A murid telah dipaparkan kepada murid 6 Gemilang.

IV. Memartabatkan Bahasa Melayu4.1. Pelaporan aktiviti Panitia Bahasa Melayu.4.1.1Pn. Aniza memaklumkan bahawa pertandingan Bahasa Melayu akan diadakan pada bulan Mei. Murid-murid telah dipilih untuk beberapa acara yang telah dipertandingkan.4.1.2 Bulan Bahasa Melayu telah diadakan sepanjang bulan Februari 2013.Pertandingan diadakan secara dalaman iaitu di dalam bilik darjah.

2

Page 3: · Web view5.1.4 Masih terdapat satu lagi pertandingan Spelling Contest Level 2 yang dijangkakan pada bulan Jun 2013. Ketua panitia Bahasa Inggeris akan membawa 6 orang murid Tahun

4.2 Bahan MBM di sekolah.Guru-guru kelas telah melekatkan simpulan bahasa, perumpamaan dan sebagainya sebagai hiasan dinding di dalam kelas. Hampir keseluruhan kelas telah dicantikkan dengan kata-kata hikmah dan sebagainya.

V. Memperkukuhkan Bahasa Inggeris5.1 Pelaporan aktiviti Panitia Bahasa Inggeris.5.1.1 Pn. Ranita memaklumkan bahawa Bulan Panitia Bahasa Inggeris telah diadakan sepanjang bulan Mac 2013.Pertandingan dijalankan pada peringkat kelas.5.1.2 Panitia Bahasa Inggeris telah membawa murid menyertai Karnival Bahasa Inggeris Peringkat PKG Sg. Limau. Hanya 2 peserta yang terlibat untuk acara Tahap 2 kerana peserta Bercerita Tahap 1 menarik diri kerana menyertai pertandingan Tulisan Jawi anjuran KAFA .

5.1.3 Peserta yang dibawa ialah:- Humairak bt. Othman , Kelas 6 Gemilang – Pertandingan Public Speaking.Mohd. Haikal b. Mohd.Asrol Affendi – 5 Gemilang- Pertandingan Story-telling Tahap 25.1.4 Masih terdapat satu lagi pertandingan Spelling Contest Level 2 yang dijangkakan pada bulan Jun 2013. Ketua panitia Bahasa Inggeris akan membawa 6 orang murid Tahun 6 untuk menyertai pertandingan tersebut.5.1.5 SKGC tidak mengambil bahagian dalam acara Action Songs dan Choral Speaking kerana bilangan peserta yang ramai dan memerlukan persediaan yang lama. Insyaallah, kita mungkin akan mengambil bahagian pada masa hadapan.

5.2 Bahan MBI di sekolah5.2.1 Guru-guru kelas telah mengambil inisiatif membuat mural BI seperti Idioms, Proverbs dan Nursery Rhymes di dalam kelas.5.2.2 Sudut-sudut p&p juga telah banyak yang dilengkapi dengan bahan Bahasa Inggeris.

5.3 Kursus Dalaman/LDP Guru Bahasa Inggeris5.3.1 Guru-guru Bahasa Inggeris tahap 2 (Tahun 4,5 &6) telah mengikuti 3 bengkel seperti berikut;-Bengkel 1 ; 03.04.13 – Bengkel Teknik Pemarkahan BI UPSRBengkel 2 ; 04.04.13 – How to teach grammar effectively.Bengkel 3 ; 17.04.13 - Teaching to write creatively.

VI. Perkongsian dan Jaringan Guru6.1 Guru Besar meminta semua guru bersedia untuk pemantauan daripada luar. Sekolah ini akan menerima banyak pemantauan termasuk pra-persaraan Guru Besar.6.2 Guru SISC+ juga akan mula turun membuat pemantauan di sekolah.

VII. Kepimpinan Sekolah

3

Page 4: · Web view5.1.4 Masih terdapat satu lagi pertandingan Spelling Contest Level 2 yang dijangkakan pada bulan Jun 2013. Ketua panitia Bahasa Inggeris akan membawa 6 orang murid Tahun

7.1 Guru Besar memaklumkan pada setiap perjumpaan pentadbir dan pihak atasan isu MBMMBI akan dibincangkan.7.2 Setiausaha boleh membuat tempahan banner untuk bahan pameran MBMMBI.

VIII. Isu-isu semasa pendidikan negara/NKRA/SIP8.1 MMI( Mengurus masa Instruksional) menjadi agenda penting di sekolah.Guru mesti menandatangani buku rekod kehadiran di dalam kelas sebagai tanda keberadaan di sekolah. Kehadiran guru termasuk guru ganti di dalam kelas hendaklah 100%. Jadual ini akan direkodkan setiap bulan mulai April 2013.Guru kelas hendaklah menghantar buku yang lengkap kepada Pegawai Meja MMI.

IX. Peruntukan kewangan/pembelian BBM/Stok9.1 Setiausaha memaklumkan bahawa pembelian bahan BBM untuk MBMMBIdi bawah kawalan panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.9.2 Sebarang pembelian atau pesanan hendaklah melalui ketua panitia masing-masing dan mendapat kelulusan tuan Guru Besar.

X. Hal-hal lain.10.1 Setiausaha memaklumkan bahawa 2 banner Bahasa Inggeris sedang dalam proses dibingkaikan sebelum dipamer di tangga tahap 2.10.2 Guru Besar meminta aktiviti murid untuk program MBMMBI diperbanyakkan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 3.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh;

………………………………… ……………………………………….

4

Page 5: · Web view5.1.4 Masih terdapat satu lagi pertandingan Spelling Contest Level 2 yang dijangkakan pada bulan Jun 2013. Ketua panitia Bahasa Inggeris akan membawa 6 orang murid Tahun

5