jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · web view1.3semua pgb...

21
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH HILIR PERAK ________________________________________________ ____ Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2018 Tarikh : 7 FEBRUARI 2018 (Rabu) Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak _______________________________________________________ ___ Hadir 1. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak (Pengerusi) (Tn .Hj Mohamed Shafie bin Abd.Karim) 2. Penolong PPD Menengah (En. Hamdan bin Mat Amin) 3. Penolong PPD Kurikulum Bahasa (Tn. Hj Ahmad Faisal bin Zakaria) 5. Penolong PPD (HEM) (Tn. Hj. Mohamad Suhaimi bin Mansor@Harun) 6. Penolong PPD Kurikulum Sains dan Matematik (En. Amiruddin bin Moksin) 7. Penolong PPD Kurikulum Teknik dan Vokasional (Pn. Norlaila bt Ishak) 8. Penolong PPD Bahasa Ingggeris (Menengah) (Pn .Sainatul Azimah bt Kamaruzzaman) 1

Upload: lytruc

Post on 16-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUMDAERAH HILIR PERAK

____________________________________________________Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2018

Tarikh : 7 FEBRUARI 2018 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak__________________________________________________________

Hadir

1. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak (Pengerusi)(Tn .Hj Mohamed Shafie bin Abd.Karim)

2. Penolong PPD Menengah(En. Hamdan bin Mat Amin)

3. Penolong PPD Kurikulum Bahasa(Tn. Hj Ahmad Faisal bin Zakaria)

5. Penolong PPD (HEM)(Tn. Hj. Mohamad Suhaimi bin Mansor@Harun)

6. Penolong PPD Kurikulum Sains dan Matematik(En. Amiruddin bin Moksin)

7. Penolong PPD Kurikulum Teknik dan Vokasional(Pn. Norlaila bt Ishak)

8. Penolong PPD Bahasa Ingggeris (Menengah)(Pn .Sainatul Azimah bt Kamaruzzaman)

9. YDP MGB Daerah Hilir Perak(Tn.Hj Muhammad Haili bin Hj.Mohd.Isa)

10. YDP MPSM Daerah Hilir Perak(Tn. Hj.Mazlan bin Hj. Palid)

11. Wakil Ketua PTP PKG Daerah Hilir Perak(Pn. Fairuziah bt Ghazali)

12. Penolong PPD Pendidikan Islam(En. Osmera bin Jalani)

1

Page 2: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

13. Penolong PPD Bahasa Inggeris (Rendah)(En. Muhammad Rafangai bin Bardi)

14.

15.

Penyelia Pendidikan Islam(Pn. Hjh. Tijah binti Shamsuddin)

Penyelia SJKC(En. Yeoh Cheang An)

16. Pegawai SISC+(Dr. Abd. Hamid bin Abu Bakar)

17. Pegawai SISC+(En. Mohd. Zulkhairi bin Mahmud)

18. Pegawai SISC+(Cik Ewe Choy Choo)

19. Pegawai SISC+(Pn. Suraya bt Osman)

20. Pegawai SISC+(Pn. Umi Samra bt Md.Saidan)

21. Pegawai SISC+(Pn. Parameswari a/p Sarathee)

22. Pegawai SISC+(En. Sajali bin Hashim)

23. Pegawai FasiLINUS LBI(En. Muhamad Hafiz bin Harun)

24. Pegawai FasiLINUS LBI(En. Navin Dave a/l Sreenivasan)

25. Pegawai FasiLINUS LBI(Pn. Komlah a/p Perumal)

26. Pegawai FasiLINUS LBI(Pn. Norfaizah bt Hamzah)

27. Pegawai FasiLINUS Numerasi(En. Mohd Norhaffiz bin Noor Aini)

2

Page 3: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

28. Pegawai FasiLINUS Numerasi(En. Ahmad Nazamuddin bin Abi Madian)

29. Pegawai FasiLINUS Numerasi(Pn. Norlaila bt Mohd)

30. Pegawai FasiLINUS Numerasi(En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain)

31. Penolong PPD Pembangunan dan Bekalan(En. Mohd. Fadhli bin Mohamad Yusub)

32. Penolong PPD KGSK/GSTT/Guru Ganti(En. Mohammad Sidek Al Munadi bin Abd. Razak)

33. Penyelia Kanan Sekolah Rendah(En. Marashin bin Mohamad)

34. Penyelia Penilaian dan Peperiksaan(En. Mustaqim bin Derani)

35. Penyelia SJKT(En. Kumaran a/l Perumal)

36. Penyelia ICT(En. Mohmad Shahrir bin Abdul Hadi)

37. Semua Pengetua dan Guru Besarkecuali yang mewakilkan

Urus Setia:

1. Pegawai FasiLINUS LBM(En. Faddil Azhar bin Mat)

2. Pegawai FasiLINUS LBM(En. Amirul Fahmi bin Seliken)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Hilir Perak, YDP MGB, YDP MPSM, Ketua PTP PKG, Pengerusi MGK dan Pengerusi MGC ke mesyuarat pada hari ini.

3

Page 4: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

1.2 Semua PGB mesti menyediakan data prestasi dan headcount UPSR dan SPM supaya perancangan tindak susul dapat dilaksanakan.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.3 Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR dan PT3 dapat ditingkatkan. Ini adalah susulan daripada peningkatan UPSR 2017 dan kemerosotan PT3 2017.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.4 Semua GB mesti merancang program khas tahun 2018 bagi murid yang memperolehi semua E dalam PAT Tahun 5 2017 (38 pelajar SJKC).

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.5 PGB hendaklah melaksanakan mesyuarat JKKS sebanyak 4kali setahun dan Dialog Prestasi Berfokus dalam semua aspek. Penentuan dasar kurikulum, penilaian semula keberhasilan dan penambahbaikan perlu dibincangkan. Takwim pelaksanaan dan minit mesyuarat perlu dihantar ke PPD.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.6 PGB sekolah TS25 perlu bersedia untuk melaksanakan profil murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 (SMK Abdul Rahman Talib, SK Changkat Jong, SJKC Chong Min, SJKT Sithambaram Pillay).

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar Berkenaan

1.7 GB mesti memastikan kaedah Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merangkumi perkembangan dan pencapaian murid secara keseluruhan (Pentaksiran Pusat, PBD, PAJSK Kokurikulum, PAJSK Segak dan Pentaksiran Psikometrik) dan menggunakan laras bahasa yang mudah difahami ibu bapa.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.8 Data Pentaksiran Psikometrik (Ujian Aptitud, Personaliti dan Kerjaya) perlu dibincangkan dalam JKKS.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.9 Semua PGB mestilah memberi fokus PdPc PAK21 dan mampu menjadi guru contoh di sekolah dan berusaha agar sekolahnya boleh menjadi showcase dalam PAK21.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4

Page 5: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

1.10 Bengkel PAK21 dan Penjaminan Kualiti PBD untuk PGB pada 5-6 Mac 2018. (SM – SMK Hutan Melintang, SR – Dewan Alamanda)

Makluman

1.11 Semua PGB hendaklah memastikan agar PAK21 dilaksanakan di sekolah (sebelum Mei 2018).

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.12 Semua PGB mesti memantapkan pengurusan masing-masing agar seiring dengan fokus dan gerak kerja profesional 2018 KPM iaitu ‘Melangkah Ke Hadapan’.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.13 PGB hendaklah memastikan agar wujud korelasi antara Skor Penerapan Kendiri Standard 4 (SKPMg2) dengan pencapaian murid.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.14 PGB hendaklah memberikan galakan kepada guru yang cemerlang di sekolah untuk memohon jawatan SISC+ di PPD.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.15 Semua PGB hendaklah merancang kerja agar tidak terganggu, terutama dalam hal-hal berkaitan UPSR menjelang SUKMA (12-22 Sept 2018) jika ada guru dan premis sekolah yang turut terlibat ketika sukan berkenaan berlangsung supaya tidak menimbulkan isu.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.16 GB hendaklah memastikan segala isu berkaitan prasekolah dan data Instrumen Kesediaan Murid Prasekolah ke Tahun Satu (IKMTS) mesti dibincangkan dalam mesyuarat JKKS.

Tindakan : Semua Guru Besar

1.17 GB hendaklah memantau kelas prasekolah di sekolah masing-masing.

Tindakan : Semua Guru Besar

1.18 GB hendaklah memastikan berlakunya pemugaran berkaitan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK Semakan 2017). Semua guru perlu menggunakan Teacher’s Kit yang dibekalkan.

5

Page 6: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

Tindakan : Semua Guru Besar

1.19 GB perlu memberi perhatian terhadap murid prasekolah yang masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan bertutur terutama dalam Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam (bacaan Al-Quran). Bacaan Iqra’murid perlu diselesaikan seawal Tahun 2.

Tindakan : Semua Guru Besar

1.20 Semua PGB mesti menguasai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran DSKP Tahun 1, 2, 4, 5, 6, Ting 1 & 2).

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.21 Semua Pengetua hendaklah memberi tumpuan terhadap program intervensi mulai murid Tingkatan 1 terutamanya di sekolah dua sesi.Pelunjuran Headcount juga perlu bagi murid Ting. 1 hingga Ting. 3 bagi meningkatkan pencapaian Penguasaan Minimum Murid 2018-2020.

Tindakan : Semua Pengetua

1.22 Peperiksaan Awal Tahun (PAwT) untuk Sekolah Menengah digantikan dengan Ujian 1. Sila rujuk surat makluman J.Pend.Pk.(AM)3955/78 Jld12(32) bertarikh 5 Februari 2018.

Makluman

1.23 JSU hanya disediakan untuk Peperiksaan Percubaan UPSR dan SPM. Makluman

1.24 Semua PGB diberi kuasa penuh sama ada hendak menggunakan e-RPH atau tidak di sekolah.

Makluman

1.25 Semua PGB dan Penolong Kanan hendaklah memahami dengan jelas ketika melakukan pencerapan Standard 4.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.26 Semua PGB hendaklah memastikan agar poster SKPMg2 yang diedarkan dipamerkan.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

6

Page 7: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH BILANGAN 1 TAHUN 2017

Setiausaha telah membentangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Hilir Perak Bilangan 1 Tahun 2017 tersebut.Cadangan : Guru Besar SK ConventSokongan : Guru Besar SK Changkat Jong

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Semua PGB diminta bersikap lebih tegas terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Kontrak Pembersihan dan Keselamatan baharu di sekolah masing-masing. Taklimat khusus kepada Kontrak kebersihan dan keselamatan akan diadakan dalam tempoh terdekat dikendalikan oleh Unit Pembangunan dan Perbekalan.

3.2 PGB perlu memastikan data guru dalam e-Operasi sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.

3- PEMBENTANGAN UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

3.1 Ketua Unit Pengurusan Akademik memaklumkan :

3.1.1 KPI pengurusan akademik adalah ke arah menjadikan sekolah berkualiti dan mengutamakan aspek kemenjadian murid.

Makluman

3.1.2 Siap siaga sekiranya didatangi oleh KSPA untuk melihat keberkesanan program MBMMBI di sekolah.

Makluman

3.1.3 Pelaksanaan PLC melibatkan semua subjek di sekolah. Pelaksanaannya perlu dilengkapi dengan catatan, eviden serta menjadi amalan terbaik di sekolah.

Tindakan :Semua PGB

3.1.4 Pelaksanaan PAK21 perlu ada showcase. PGB berfungsi sebagai contoh. Guru perlu melaksanakannya di dalam kelas mengikut jadual masing-masing dan sebaiknya dipantau oleh PGB.

7

Page 8: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

Tindakan : Semua PGB

3.1.5 Kumpulan Task Force Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah (BAMBIS) Tingkatan 2 2018 akan diwujudkan. Peranannya adalah memastikan murid ini wajib lulus SPM pada tahun 2021.

Makluman

3.1.6 TEAcH SM dan TEAcH SR adalah wadah rasmi maklumat UPA dalam aplikasi Telegram.

Makluman

3.1.7 Semua fail berkaitan kurikulum termasuk JKKS perlu dikemaskini. SPA akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Tindakan :Semua PGB

3.1.8 Pengerusi memaklumkan satu mesyuarat kecemerlangan akademik akan diwujudkan. Mesyuarat ini akan menumpukan berkenaan penguasaan subjek yang kritikal dan yang belum mencapai tahap maksimum.

Makluman

3.2 Penolong PPD Kurikulum Teknik dan Vokasional memaklumkan :

3.2.1 Sasaran peperiksaan SPM 2018 JPN Perak adalah 4.82. Manakala, sasaran PPD Hilir Perak adalah 4.47 dengan bilangan calon seramai 1823 orang.

Makluman

3.2.2 Berkenaan sasaran SPM sekolah, sebarang pertukaran boleh diubah semasa sesi dialog prestasi nanti.

Makluman

3.2.3 Pentadbir sekolah disarankan membentuk atau mewujudkan Jawatankuasa VLE sekolah yang antara tujuannya ialah membina visi dan objektif sekolah khusus untuk VLE.

Tindakan :Semua PGB

3.2.4 Jadual Waktu Penggunaan VLE sekurang-kurangnya satu atau dua waktu seminggu mengikut kesesuaian perlu diwujudkan.

Tindakan : Semua PGB

8

Page 9: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

3.2.5 Pentadbir sekolah digalakkan memberi ganjaran kepada murid dan guru yang menyumbang kepada pencapaian KPI VLE sebagai galakan kepada orang lain.

Tindakan : Semua PGB

3.2.6 PGB perlu memastikan Admin VLE Sekolah mengambil langkah-langkah berikut , iaitu :

i. Menyemak dan mengemas kini ID pengguna murid dan guru.

ii. Kemas kini kelas serta wujudkan pengguna baharu bagi murid tahun satu atau tingkatan satu dengan cara mengimport data daripada APDM.

iii. Aktifkan ID baharu murid, guru dan ibu bapa.

Tindakan : Semua PGB

3.2.7 Pengerusi menyarankan PGB membuat verifikasi VLE sekolah masing-masing. Pencapaian VLE perlu dijadikan salah satu KPI PGB setiap minggu.

Tindakan : Semua PGB

3.2.8 Encik Loh Choon Peng meminta pihak YTL mengembalikan semula fungsi dashboard yang membolehkan PGB melihat pencapaian semasa VLE. Sekiranya tidak mencapai sasaran, pihak sekolah boleh melakukan tindakan selanjutnya.

Tindakan : PKG Teluk Intan

3.2.9 Gunakan laman Ezlearn2u secara optimum. Lebih baik sekiranya diintegrasikan dengan pelantar VLE. Galakkan guru dan murid untuk menggunakan laman tersebut bagi tujuan PdPc. Laksanakan pemantauan berterusan status penggunaan laman Ezlearn2u sekolah.

Tindakan :Semua PGB

3.3 Penolong PPD Bahasa Inggeris memaklumkan :

3.3.1 PGB diminta untuk memastikan semua guru yang terlibat dengan CEFR agar menggunakan bahan yang telah disediakan iaitu buku Super Minds untuk Tahun 1 dan 2. Manakala, buku Pulse 2 untuk Tingkatan 1 dan 2.

Tindakan :Semua PGB

9

Page 10: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

3.3.2 PGB perlu memastikan Guru SPBT memaklumkan kekurangan buku teks tersebut melalui dalam talian di eSPBT untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan : Semua PGB

3.3.3 Laporan LADAP CEFR di sekolah perlu dihantar kepada pegawai meja PPPD Bahasa Inggeris.

Tindakan : Semua PGB

3.3.4 Semua sekolah diharap dapat mematuhi KPI Highly Immersive Programme (HIP) yang ditetapkan iaitu Aras Immersive Minimum 3. Pelaporan perlu dilakukan dua kali setahun dengan menggunakan offline template.

Tindakan :Semua PGB

3.4 Penolong PPD Sains Dan Matematik memaklumkan :

3.4.1 SPA telah muat naik surat pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta carta alir dalam portal JPN. Sekolah diminta untuk mencetak maklumat tersebut dan laksanakan PBD serta penjaminan kualiti.

Tindakan : Semua PGB

3.4.2 Sekolah perlu memberi pelaporan pelaksanaan PBD dua kali setahun kepada pegawai meja. Tapak pelaporan akan diberikan oleh JPN.

Tindakan :Semua PGB

3.4.3 Pelaksanaan PBD dijadikan sebagai salah satu KPI kepada PGB.

Tindakan : Semua PGB

3.4.4 Pengerusi meminta pegawai meja mengambil senarai nama murid yang terlibat dengan Pogramme for International Students Assessment (PISA) 2018 dan buat pertemuan khas bersama mereka.

Tindakan : PPPD Sains dan Matematik

3.5 Penolong PPD Kemanusiaan memaklumkan :

3.5.1 Pasukan Task Force mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan Moral dan Sains Sukan akan diwujudkan untuk menggembleng usaha sama melaksanakan program Daerah.

Makluman

10

Page 11: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

3.5.2 Laporan SEGAK PAJSK perlu dilaksanakan dua kali setahun secara online.

Tindakan : Semua PGB

3.6 Penolong PPD Pendidikan Islam memaklumkan :

3.6.1 Pencapaian amali wuduk menunjukkan 26 orang belum menguasai.

Makluman

3.6.2 Pengerusi menyatakan agar pihak pengerusi kelompok mengambil tindakan serius untuk memastikan tiada murid tidak menguasai amali wudhuk. Hal ini kerana, semua murid harus menguasai kemahiran asas.

Tindakan : GB

3.6.3 Pengerusi meminta GB membuat laporan penuh Zero Iqra’ dan lakukan intervensi.

Tindakan : GB

3.6.4 Kemaskini papan skor Al-Quran setiap tiga bulan.Makluman

3.6.5 Kutipan data diadakan sebanyak 4 kali setahun iaitu bulan Jun dan Oktober melalui sistem e-Pelaporan. Manakala, pelaporan bagi bulan Mac dan Ogos adalah secara manual.

Makluman3.6.6 GB perlu menyemak semula jadual waktu tasmik.

Tindakan : Semua GB

3.6.7 KBS dan KCJ perlu dimasukkan dalam takwim sekolah.

Tindakan : SemuaGB

3.6.8 Pengetua SMK Sungai Manik memohon kepada pegawai meja untuk membantu sekolahnya demi meningkatkan pencapaian Tasawwur Islam. Punca yang dikenal pasti adalah kelemahan murid pada kertas 2.

Tindakan: PPPD Unit Pendidikan Isam

3.7 Pegawai SISC+ memaklumkan :

3.7.1 Bimbingan lebih fokus kepada sekolah berprestasi rendah terutama Band 3 dan Band 4.

Makluman

11

Page 12: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

3.7.2 Pengerusi menyatakan sekiranya ada PGB yang berhasrat untuk gurunya dibimbing, boleh terus maklumkan kepada SISC+.

Makluman

3.8 Pegawai FasiLINUS memaklumkan :

3.8.1 GB perlu memastikan semua aspek pelaksanaan LINUS di sekolah telah dijalankan di sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut

i. Telah membentuk dan melantik Jawatankuasa Pelaksana Program LINUS 2.0 di sekolah serta paparkan di papan kenyataan sekolah.

ii. Semua Penyelaras LINUS perlu dipastikan telah menyediakan fail-fail pengurusan dan perancangan tahunan LINUS 2.0.

iii. Memantau pelaksanaan program LINUS 2.0 dan pastikan guru jalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan pelaksanaan terutama tahap penguasaan murid tahap 1.

iv. Mencerap pelaksanaan PdPc guru akademik dan guru pemulihan yang terlibat dengan LINUS 2.0.

v. Memastikan saringan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan.

Tindakan : Semua GB

3.8.6 Program OUTREACH dan LINUS Excellent (LINEX) daerah Hilir Perak diteruskan akan diteruskan.

Makluman

3.8.7 Kursus Pembugaran program LINUS 2.0 bersama dengan Penolong Kanan Pentadbiran yang baharu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Makluman

3.9 PKG Daerah Hilir Perak memaklumkan :

3.9.1 Skop bahan bacaan telah diperluas agar selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21. Buku-buku berbentuk fizikal, e-book, bahan cetak dan bukan cetak diterima demi menggalakkan lagi program NILAM.

Makluman

3.9.2 Sasaran KPI purata buku atau bahan yang dibaca oleh murid pada tahun 2018 adalah sebanyak 39 buah.

Makluman

12

Page 13: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

3.9.3 Bagi sekolah yang ingin menghantar penyertaan dalam pertandingan Digital Story Telling dan Debat Cyber, perlu menghantar nama pencalonan sebelum 20 Februari 2018. PKG akan mengadakan bengkel sebelum pencalonan akhir dipanggil.

Makluman

3.9.4 Pengerusi memaklumkan pihak PPD akan mengeluarkan surat untuk hebahan pertandingan.

Makluman

4. Penyelia Unit Peperiksaan dan Penilaian memaklumkan:

4.1 Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh semua PGB, iaitu:

4.1.1 Semua pihak perlu mematuhi Takwim Peperiksaan seperti yang terdapat dalam Portal PPD Hilir Perak.

4.1.2 Fail Pengurusan Peperiksaan perlu dikemaskini. Pemantauan daripada Ketua Sektor Peperiksaan dan Penialaian akan dijalankan.

4.1.3 Pendaftaran Peperiksaan Awam secara dalam talian boleh dibuat mulai 1 hingga 31 Mac 2018. Semua PGB dipohon membuat pengesahan dalam tempoh tersebut.

4.1.4 Setiausaha Peperiksaan perlu memastikan nama calon yang didaftar dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) perlu mengikut sijil lahir pelajar.

4.1.5 Calon-calon Peperiksaan Awam bukan warganegara perlu dipastikan telah membuat pembayaran Levi iaitu sebanyak RM120.00 bagi Sekolah Rendah dan RM240.00 bagi Sekolah Menengah . Pembayaran tersebut perlu dibuat di JPN Perak.

4.1.6 PGB perlu mencalonkan jumlah petugas peperiksaan awam yang mencukupi mengikut jumlah calon di sekolah masing-masing.

4.1.7 PGB perlu mengambil berat akan keberadaan PGB di sekolah ketika Peperiksaan Awam berlangsung bagi memastikan semua urusan berkaitan peperiksaan tersebut berjalan lancar.

Tindakan: Pengetua dan Guru Besar

13

Page 14: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Isu Kelas Dual Language Programme (DLP)

5.1.1 En.Jamaluddin bin Mustafa (SK Sultan Abd.Aziz)

SK Sultan Abd Aziz mengalami masalah lambakan murid di kelas yang tidak menjalankan DLP. Ia melibatkan jumlah 24 orang bagi kelas DLP dan 37 orang murid bagi kelas bukan DLP. Apakah yang perlu dilakukan?

5.1.2 Pn Rosnah bt Mat Zain (SK Convent)

SK Convent merupakan Kohort pertama DLP yang melibatkan murid Tahun 4 2016. Kini, murid-murid berkenaan yang terlibat berada di Tahun 6. Pn Rosnah memohon penjelasan adakah soalan bagi mata pelajaran Matematik bagi Peperiksaan UPSR 2018 DLP akan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris?

Tuan PPD akan memanjangkan kedua-dua persoalan berkenaan kepada Ketua Sektor Pengurusan akademik dalam tempoh terdekat. Jawapan akan dikemukakan selewat-lewatnya pada 12 Februari 2018.

5.1.3 Sekolah-sekolah yang berhasrat menarik diri daripada Program DLP boleh berbuat demikian dengan mengadakan perbincangan khusus dan terperinci bersama-sama pihak PPD dari segi justifikasi untuk dipanjangkan kepada JPN Perak. Sehubungan itu, PGB dari sekolah-sekolah berikut akan dipanggil bagi perbincangan berkenaan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian, iaitu:

I. SK Kampung BahagiaII. SK Seri SetiaIII. SK ConventIV. SK Sg LampamV. SK Tebuk BanjarVI. SK Perwira

VII. SK Sultan Abdul AzizVIII. SMK Seri Perak (tingkatan satu)

4.2 Beberapa sekolah didapati tidak boleh memasukkan skor SEGAK bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang pernah berada dalam Kelas Peralihan. En.Mustafa Kamal bin Mohd Danan menjelaskan perkara berkenaan telah dipanjangkan kepada Ketua Sektor Kemanusiaan.

4.3 SMK Seri Kandi tidak mempunyai Guru Bahasa Tamil bagi pelajar Tingkatan 5. Tuan PPD menjelaskan perkara berkenaan akan

14

Page 15: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article... · Web view1.3Semua PGB mesti merancang program berimpak tinggi agar penguasaan tahap minimum dalam UPSR

dipanjangkan kepada Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak dalam tempoh terdekat.

4.4 Encik Nor Azman bin Nordin mencadangkan agar Prasekolah juga perlu ada KPI bagi mengelakkan ada murid tidak menguasai 3M sebelum ke Tahun Satu. Selain itu, peranan Panitia Daerah perlu ditambah baik dengan menyelaraskan Rancangan Mengajar Harian agar seragam.

Cadangan tersebut akan diperhalusi.

5. PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi berharap agar Kurikulum dijadikan bidang utama yang menjadi fokus semua pihak di sekolah. Kurikulum sekolah perlu ada matlamat dan hala tuju yang jelas. Semua pihak perlu dilibatkan, berganding bahu serta saling melengkapi ke arah mencapai matlamat kecemerlangan secara menyeluruh.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana sudi hadir kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5:30 petang.

Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Hilir Perak,Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.7 Februari 2018

Disemak oleh,

(HAJI MOHAMED SHAFIE BIN ABDUL KARIM,PPT)Pegawai Pendidikan Daerah Hilir PerakMerangkap Pengerusi MesyuaratJawatankuasa Kurikulum Daerah Hilir PerakBilangan 1 Tahun 2018

15