uthmaniyah handout.docx

Upload: scott-sheppard

Post on 14-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAHFAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISANSEMESTER II , SESI 2014/2015AJ 21003 : EMPAYAR UTHMANIYAH DAN ASIA BARAT MODEN HINGGA PERANG DUNIA KEDUASOALAN: KESTRATEGIKAN ASIA BARAT DARI ASPEK KEDUDUKAN GEOGRAFI DAN SUMBER BUMI SERTA SIGNIFIKANNYA/ IMPAKNYA TERHADAP SOSIO-POLITIK ASIA BARATNAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD SHAUKHI BIN MOHD RADZIMASA/TEMPAT : 10-11 AM/BT 1.7

NAMA PENUHNO. MATRIK

SHAHIRAH BINTI MD SHUIBBA 13110441

HANIS LIYANA BINTI OSMANBA 13110115

1.0 PENGENALAN Asia Barat merupakan wilayah yang terletak di bahagian barat benua Asia yang terdiri dari Negara-negara wilayah Timur Tengah dan Timur Dekat. Asia Barat merangkumi Negara-negara seperti ARMENIA, AZERBAIJAN, BAHRAIN, IRAQ, JORDAN, ISRAEL, KUWAIT, LUBNAN, OMAN, PALESTIN, QATAR, ARAB SAUDI, SYRIA, EMIRIAH ARAB BERSATU dan YAMAN. Asia Barat merupakan sebuah kawasan yang memiliki serta mengandungi kekayaan sumber mineral yang banyak terutamanya sumber minyak. Hal ini, telah menjadikan ianya sebuah kawasan yang amat penting bagi Negara-negara besar untuk memiliki kekayaan sumber tersebut. Antara kawasan yang memiliki sumber bahan mentah seperti minyak adalah di Iraq yang merupakan antara pengeluar minyak dunia. Selain di Iraq, Kuwait dan Arab Saudi juga memiliki kekayaan sumber bahan mentah iaitu minyak.

2.0 KEDUDUKAN GEOGRAFI ASIA BARAT Asia Barat merupakan antara lima bahagian yang terdapat di dalam kawasan Benua Asia selain daripada Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tengah. Umumnya kawasan persekitaran di Asia Barat adalah terdiri daripada tanah gersang yang kebanyakannya berupa gurun atau padang pasir. Kawasan Asia Barat mempunyai iklim darat iaitu beriklim gurun. Di bahagian utara Asia Barat terbentang Pergunungan Taurus dan Plato Anatolia. Di bahagian timur Asia Barat terdapat dataran tinggi termasuk Pergunungan Elburz dan Zagros. Di bahagian selatan pula terdapat Jazirah Arab yang dipisahkan oleh lembah Sungai Tigris dan Eufrat. Sebahagian besar wilayah di Asia Barat berupa gurun yang kering dan tandus. Asia Barat adalah sebuah kawasan geopolitik yang terkenal yang merangkumi beberapa wilayah yang mempunyai banyak sumber bumi terutamanya sumber minyak. Wilayah yang terletak di antara pertemuan Eropah, Asia dan Afrika- mempunyai jalan yang strategik bagi menghubungkan benua-benua tersebut. Laluan tersebut adalah Selat Bosporus yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Hitam, Terusan Suez yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Asia Barat juga merupakan kawasan lahirnya agama-agama besar dunia iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

3.0 SUMBER-SUMBER BUMI DI ASIA BARAT Asia Barat amat terkenal dengan kekayaan sumber buminya terutama sekali sumber minyak yang juga dinamakan sebagai emas hitam. Kekayaan sumber minyak dan tempat-tempat yang subur yang terdapat di Asia Barat telah menyebabkan Asia Barat menjadi suatu tarikan bagi Negara-negara besar lain dalam berusaha memiliki kekayaan sumber bumi tersebut. Selain daripada kekayaan sumber minyak, sumber air adalah antara sumber yang berharga bagi kawasan di Asia Barat.

3.1 SUMBER MINYAK Arab Saudi- salah satu pengeluar dan pengeksport minyak terbesar di dunia, mempunyai satu perempat daripada rizab minyak dunia yang dianggarkan lebih daripada 260 billion tong. Arab Saudi mempunyai 18% daripada rizab petroleum di dunia dan berada di kedudukan sebagai pengeksport terbesar petroleum. Selain daripada petroleum, sumber asli lain termasuk gas asli, bijih besi, emas, dan tembaga. Iraq- memiliki sumber minyak kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi dan mempunyai rizab petroleum kelima terbesar di dunia. Selain daripada petroleum, sumber asli lain yang terdapat di Iraq termasuk gas asli, fosfat dan sulfur. Kuwait- terletak di rantau Timur Tengah yang mengandungi 75% simpanan minyak dunia serta mempunyai sumber petroleum yang besar. Minyak mula ditemui pada tahun 1938. Emiriah Arab Bersatu- Minyak komersial pertama telah ditemui pada tahun 1958 di Umm Shaif. Sejak penemuan minyak di UAE, negara ini telah menjadi sebuah negara yang moden dengan standard kehidupan yang tinggi.

3.2 SUMBER-SUMBER LAIN Satu lagi sumber yang amat penting kepada rantau di Asia Barat adalah air. Sumber air merupakan antara sumber yang penting di kawasan Timur Tengah yang diperlukan bagi kebanyakan ekosistem untuk mengekalkan tanaman. Kira-kira dua pertiga daripada dunia Arab bergantung kepada sumber-sumber di luar sempadan mereka untuk bekalan air. Hal ini, kerana bentuk muka bumi di kawasan Asia Barat kebanyakannya adalah berupa tanah gersang dan gurun/ padang pasir.

4.0 IMPAKNYA TERHADAP SOSIO-POLITIK ASIA BARAT4.1 CAMPUR TANGAN KUASA BARAT Sejak dari ambang kejatuhan Khalifah Uthmaniyah lagi, kawasan di Timur Tengah menjadi rebutan di antara kuasa-kuasa barat seperti British dan Perancis kerana terdapat simpanan minyak di kawasan tersebut. Campur tangan kuasa barat berlaku akibat daripada faktor kepentingan dari sudut ekonomi. Hal ini, kerana sumber bumi yang dimiliki oleh Asia Barat terutamanya sumber minyak, malahan juga rantau Asia Barat dilihat sebagai peluang pasaran kepada aktiviti eksport.

4.2 PEREBUTAN TANAH Kawasan Asia Barat yang strategik dari sudut kedudukan geografi dan kekayaan sumber bumi membawa kepada timbulnya konflik. Antaranya, konflik di antara Israel-Palestin di mana orang Yahudi telah berjaya menguasai bumi Palestin dan menyebabkan penduduk Palestin menjadi pelarian dan kehilangan tanah air mereka. Konflik yang berlaku ini bukan hanya menafikan hak rakyat Palestin malah turut mengancam keselamatan serta kestabilan Asia Barat. Keadaan ini memberi kelebihan kepada Israel kerana kedudukan geografinya yang terletak di antara Laut Merah dan Laut Mediterranean- membolehkan minyak dari Teluk Parsi dihantar terus ke pelabuhan Israel dan ke Eropah.

5.0 ANALISIS SOALAN Asia Barat mempunyai kedudukan yang strategik dari aspek geografi dan memiliki sumber bumi yang amat bernilai bagi dunia. Hal ini, telah menimbulkan konflik dan pergolakan di wilayah-wilayah di Asia Barat apabila terdapat kuasa-kuasa besar yang ingin menguasai kekayaan sumber tersebut. Walaupun memiliki sumber semula jadi yang banyak, namun negara-negara di Asia Barat masih menghadapi masalah berkaitan dengan keamanan, keselamatan dan keadaan ekonomi.

6.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Negara-negara di Asia Barat mempunyai kedudukan geografi yang strategik, di samping memiliki kekayaan sumber bumi yang banyak. Keadaan ini, telah menarik minat Negara-negara besar yang lain untuk bersaing bagi menguasai sumber bumi yang dimiliki oleh Negara-negara di Asia Barat. Secara tidak langsung telah memberi impak dengan tercetusnya pelbagai konflik dan pergolakan yang berpunca daripada keinginan bagi menguasai sumber bumi serta faktor keagamaan.

7.0 LAMPIRAN. GAMBARAJAH 1: PETA KAWASAN ASIA BARAT

GAMBARAJAH 2: LOKASI SUMBER MINYAK

GAMBARAJAH 3

8.0 RUJUKANBUKUAlan Dowty. 2012. Israel or Palestin Third Edition. Polity Press. United States.Hugh Kennedy. 2007. The Great Arab Conquests. Penerbit Pustaka Alvabet. Jakarta.Marwan Bishara. 2009. Palestin dan Israel: Keamanan atau Aparted. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur.Shimon Peres. 2001. A History of Israel and The Holy Land. The Continuum Publishing Group. New York.

INTERNETMohd Nasaruddin Parzi. 2014. Perang Israel-Palestin Cetus Konflik di Asia Barat.http://www.bharian.com.my/node/21504/ (diakses pada 6 Mac 2014).____________. About Saudi Arabia.http://www.saudiembassy.net/about/country-information/energy/oil.aspx (diakses pada 7 Mac 2015).____________. Organization of the Petroleum Exporting Countries.http://www.opec.org/opec_web/en/about_us/165.htm (diakses pada 7 Mac 2015).____________. Global Connection the Middle East.http://www.pbs.org/wgbh/globalconnections/mideast/questions/resource/ (diakses pada 7 Mac 2015).____________. West Asia: Chapter 14.http://www.unep.org/geo/pdfs/geo5/GEO5_report_C14.pdf (diakses pada 7 Mac 2015).