kerajaan uthmaniyah (dr.ermy)

38
Dr. Ermy Azziaty Rozali

Upload: amni-syamimi-zaki

Post on 20-Jan-2016

132 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

selamat membaca

TRANSCRIPT

Page 1: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Dr. Ermy Azziaty Rozali

Page 2: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 3: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 4: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Pengasasan dawlah Uthmaniyah Proses Perluasan Kuasa Penaklukan Constantinople Zaman kegemilangan Kemerosotan Awal Dawlah

Uthmaniyah Usaha-usaha pemulihan dan

pembaharuan

Page 5: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Kuasa Islam yang muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke 14M

Menurut orang-orang Uthmaniyah mereka berasal daripada keluarga Suleymaniah iaitu pembesar Turki yang berasal dari Mahan, Timur Laut Iran

Keluarga ini melarikan diri dari serangan orang Mongol pada abad ke 13.

Anak Suleyman, Ertughrul memimpin pengikut ayahnya ke Anatolia berkhidmat dengan Kerajaan Saljuk menentang Byzantin dan Mongol

Ertughrul diganti oleh anaknya Uthman yang dianggap sebagai pengasas kerajaan Uthmaniyah

Page 6: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Kerajaan ini terdiri daripada 37 orang sultan/ Khilafah.

Antara Sultan yang banyak memainkan peranan yang penting ialah Usman, Orkhan, Murat, Bayazid, Muhammad al-Fatih, Sulaiman al-Qanuni, Sultan Abdul Hamid II, dll

Page 7: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 8: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 9: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 10: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 11: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 12: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 13: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 14: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 15: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Kajian terkini menunjukkan dawlah ini diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul yang memimpin imarah Uthman di Selatan Anatolia.

Sekitar tahun 1300M Uthman menguasai Eskishehir hingga ke Nicea(Iznik)

Pada tahun 1326, Orkhan menawan Bursa dan dijadikan ibu negeri

Penempatan penduduk, sistem pentadbiran dan pembangunan ketenteraan diadakan

Orkhan meneruskan proses perluasan kuasa dengan menawan imarah Karasi pada tahun 1345 dan juga Gallipoli.

Page 16: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Seterusnya Murat (putera Orkhan) dapat menawan Adrianople dan dijadikan ibu negeri dengan nama Edirne

Penguasaan Edirne memudahkan usaha kerajaan Uthmaniyah untuk bertapak ke Eropah

Philipolis ditawan pada 1363, Macedonia 1371-87, Tengah Bulgaria 1382, Sofia 1385 dan Nis serta Serbia pada 1386. Manakala Kosovo pada 1389

Murat terbunuh dalam pertempuran di Kosovo dan digantikan oleh puteranya Bayazid I

Page 17: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Bayazid menyerapkan imarah-imarah Turkoman di Barat Anatolia ke dalam Uthmaniyah, menawan Bulgaria dan mengepung Constantinople.

Beliau juga mengalahkan Hungary di Sungai Danube. Di atas kejayaan beliau, Khalifah Abbasiyah mengurniakan gelaran ‘Sultan’

Pada tahun 1397, Timur Lang (Mongol-Turki) menyerang kerajaan Uthmaniyah di Anatolia dalam pertempuran Ankara

Bayazid dapat ditawan dan dikalahkan pada 1401. Perebutan kuasa berlaku di antara anak Bayazid

iaitu Suleyman, Mehmed, Musa dan Isa.

Page 18: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Penaklukan Constantinople

Sultan Mehmed II berusaha untuk menakluki Constantinople dgn mengepungnya selama 53 hari

Pada 29 April 1453, Constantinople dapat ditawan kejayaan ini menjadi rekod penting dalam sejarah Uthmaniyah

Bandar tersebut dinamakan Istanbul, dibangunkan semula dan dijadikan ibu negeri kerajaan Uthmaniyah

Mehmed II digantikan oleh anaknya Bayazid II yang berusaha mengekalkan kekuasaan dawlah Uthmaniyah

Seterusnya Sultan Selim I berkuasa yang disokong kuat oleh golongan devsirme

Page 19: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 20: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 21: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Zaman ini merangkumi era pemerintahan:Sultan Bayazid II b. Mehmet II.Sultan Selim I b. Bayazid II.Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I

Kerajaan ‘Uthmaniyyah berhadapan dengan kuasa baru Eropah, Empayar Hubsburg di Vienna (Austria).

Gerakan ketenteraan Suleyman begitu agresif sehingga beliau berjaya menguasai sebahagian kecil Eropah (wilayah Balkan).

Aktiviti kesenian dan keilmuan berkembang maju; menerusi pembinaan masjid dan istana, serta kolej.

Page 22: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)
Page 23: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Sultan Selim I digantikan oleh anaknya Suleyman

yang dikenali sebagai Suleyman The Magnificent atau Suleyman al-Qanuni (1520-1566)

Dawlah Uthmaniyah mencapai zaman kegemilangannya

Empayar Habsburg di Eropah dan Kerajaan Safawiyyah di sebelah Asia menggugat Uthmaniyah

Perancis diberikan hak capitulations pada tahun 1536.

Pengkalan tentera laut yang besar diwujudkan di Suez 1517 dan Basrah 1538 untuk menangkis ancaman Portugis dalam mengukuhkan perdagangan antarabangsa di Timur Tengah

Page 24: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Meskipun zaman Suleyman dianggap zaman kemuncak pemerintahan ‘Uthmaniyyah, akan tetapi bibit kelemahan sudah bercambah pada ketika itu.

Pemerintahannya yang terlalu lama menyebabkan beliau mula menyisih dan memberi tugas pentadbiran kepada Perdana Menteri.

Kemenangan golongan devsirme ke atas golongan bangsawan Turki turut mendorong faktor kelemahan ini.

Masing-masing mula mencari kuasa dan pengaruh, termasuk pihak sultan sendiri.

Ini ditambah pula dengan pengaruh harem.

Page 25: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Bibit-bibit kemerosotan bermula sejak pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni. Di antara faktor tersebut :-

Kekuasaan Sultan semakin berkurangan

Pengaruh golongan devsirme Peranan harem Pertambahan penduduk The Eastern Question

Page 26: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Usaha-usaha pemulihan dimulakan oleh Sultan Usman II

Walaupun program pemulihan tidak begitu berjaya tetapi masih mampu menguatkan tentera Uthmaniyah dalam menghadapi ancaman Eropah

Abad ke 18 menyaksikan pelbagai perjanjian yang ditandatangani dengan Russia dan Austria ekoran dari peperangan yang berlaku dengan kuasa tersebut

Kemerosotan Uthmaniyah semakin ketara pada abad seterusnya

Page 27: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Usaha-usaha pembaharuan mencapai kemuncaknya di bawah Sultan Selim III

Beliau menubuhkan tentera baru iaitu Nizam al-Jadid dan kolej-kolej ketenteraan

Pemberontakan dari wilayah yang menuntut kuasa autonomi, pendudukan Perancis di Mesir dan penentangan tentera janissari membantutkan pembaharuan oleh Selim III

Perkembangan ilmu pengetahuan di kolej dan sekolah memberi ruang kepada pembaharuan yang dilakukan seterusnya pada abad ke 19M

Page 28: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Sultan Mahmud II meneruskan pembaharuan ala barat yang diperkenalkan oleh Sultan Salim III.

Tidak tergesa-gesa kerana menyedari adanya tentangan dari tentera janissari (Inkishiriyyah).

Menggunakan taktik tunggu dan lihat. Baginda langsung tidak mengaitkan

pembaharuan tenteranya ini dengan tentera Nizam-i-Jadid.

Beliau melantik pegawai pelatih yang terdiri dari orang Muslim sahaja.

Page 29: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Ulama ditugaskan mengimamkan solat. Memaksa supaya dikeluarkan fatwa yang

mengisytiharkan pembaharuan ini sebagai mengikut lunas agama.

Pembaharuan ini mendapat tentangan dari tentera Inkishiriyyah.

Baginda mengisytiharkan perang dan mengepung pasukan Inkishiriyyah. 1000 terbunuh.

Tentera Inkishiriyyah pada akhirnya dibubarkan dan dihapuskan

Page 30: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Selain pembaharuan dalam bidang ketenteraan, Sultan Mahmud II juga membawa pembaharuan dalam bidang pendidikan.

Antaranya ialah:a) Menubuhkan sekolah Maktaba-i-Maarif b) Menubuhkan sekolah Maktabah-i-Ulum c) Sekolah tenterad) Sekolah Teknike) Sekolah kedoktoran dan pembedahan.f) Menghantar Pelajar ke Eropah.

Page 31: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Tanzimat adalah disebabkan oleh desakan Eropah kepada Dawlah ‘Uthmaniyyah supaya penganut Kristian diberi perlindungan sepenuhnya.

Tanzimat ini dilaksankan berdasarkan dua piagam utama:

1) Hatt-i-Sherif Gulhane 1839.2) Hatt-i-Humayun 1856

Page 32: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Kandungan Hatt-i-Sherif Gulhane 1839.

Menjamin Keselamatan nyawa, kehormatan dan harta benda.

2) Menubuhkan sistem pungutan dan agihan cukai yang tetap dan adil.

3) Mewujudkan satu sistem yang teratur dalm pemilihan tentera bagi menjamin keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan dan sebagainya.

Page 33: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Kandungan Hatt-I Humayun

1)Segala jaminan yang ditentukan dalam Hatt-i-Sherif Gulhane yang bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalam Hatt-I Humayun.

2) Tiada paksaan dalam beragama. 3) semua rakyat layak memohon dan

menjawat jawatan awam

Page 34: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Kesan Tanzimat

Tanzimat bertujuan menyelamatkan Dawlah ‘Uthmaniyyah dari kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran.

Tetapi pelaksanaan tanzimat ini tidak banyak memberi kesan positif.

Page 35: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Rusia telah beralih kepada dasar perluasan kuasa dan berusaha menduduki wilayah strategik yang menghala lautan panas (Laut Hitam, Selat Turki, Dardanelles & Bosphorus).

Wilayah2 ini adalah di bawah dawlah ‘Uthmaniyyah

Selain itu negara-negara Eropah lain bimbang terhadap kebangkitan kuasa Rusia.

Kebimbangan mereka adalah kerana Rusia mungkin akan menduduki wilayah ‘Uthmaniyyah dan mengorbankan ‘Uthmaniyyah.

Maka sejak abad ke-19, Persoalan Timur menjadi polisi Eropah terhadap ‘Uthmaniyyah.

Page 36: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Satu gagasan yang didukung oleh Sultan Abdul Hamid II untuk membina kesatuan umat Islam di bawah khilafah Uthmaniyah bagi berhadapan dengan penjajahan Barat

Antara pelopor gagasan Pan-Islamisme ialah Jamaluddin al-Afghani dan Namik Kemal

Gagasan ini diterima oleh dunia Islam di Timur Tengah dan Alam Melayu

Page 37: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Selepas era pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni, kerajaan pusat mula mengalami kelemahan.

Masalah ekonomi mula meruncing dan menjejaskan tahap kualiti kehidupan pelbagai peringkat sosial masyarakat ‘Uthmaniyyah.

Muncul beberapa pemberontakan dalaman yang tidak berpuas hati dengan apa yang dialami.

Namun beberapa usaha pemulihan tetap diteruskan oleh para sultan seperti Sultan Osman II, Murat IV serta keluarga Koprulu.

Akan tetapi usaha pemulihan ini hanya bersifat sementara, memandangkan pihak musuh sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan kuasa pusat.

Page 38: Kerajaan Uthmaniyah (Dr.ermy)

Kerajaan Uthmaniyah merupakan penerus Khilafah Islamiyah yang diwarisi oleh khulafa’ al-Rashidin. Sumbangan kerajaan ini amat besar dalam tamadun Islam