usahasama

9
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DIANTARA KOPERASI BERJAYA SINAR MENTARI TEKNOLOGI KUALA LUMPUR BERHAD (Koperasi Berjaya Sm Tech) (w-4-0888) DENGAN KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (KOPUTRA) TARIKH : MASA : TEMPAT : MOU-KOPUTRA – KBERJAYA SMTECH M/S 7

Upload: azila

Post on 18-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh usahasama

TRANSCRIPT

Page 1: Usahasama

 PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

DIANTARA

KOPERASI BERJAYA

SINAR MENTARI TEKNOLOGI KUALA LUMPUR BERHAD

(Koperasi Berjaya Sm Tech)

(w-4-0888)

DENGAN

KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (KOPUTRA)

TARIKH :

MASA :

TEMPAT :

M O U - K O P U T R A – K B E R J A Y A S M T E C H M/S 7

Page 2: Usahasama

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN yang dibuat pada 2014

ANTARA :-

(1) KOPERASI BERJAYA SINAR MENTARI TEKNOLOGI KUALA LUMPUR BERHAD ; nombor pendaftaran (w-4-0888) , yang beroperasi di alamat No. 6, Jalan 13/48A, Sentul Raya Boulevard, 51000 Kuala Lumpur. Lebih dikenali dengan nama Koperasi Berjaya Sm Tech.

DENGAN

(2) KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD yang beralamat di Wisma KOPUTRA, No.43-A & 43-B, Jalan Sg.Besi Indah 1/19, Taman Sg.Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Ia juga dikenali dengan nama KOPUTRA.

BAHAWASANYA:-

(A) Koperasi Berjaya Sm Tech ialah koperasi yang berdaftar sepenuhnya di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

(B) KOPUTRA ialah koperasi yang berdaftar sewajarnya di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Malaysia.

(C) KOPUTRA dan Koperasi Berjaya Sm Tech berhasrat untuk membentuk hubungan kerja komersial bagi mendapatkan dan menyediakan hak eksklusif kepada Koperasi Berjaya Sm Tech dalam menyediakan Barangan dan Perkhidmatan Pengguna secara Perniagaan-kepada-Perniagaan (B2B) untuk Produk dan Perkhidmatan tersebut kepada ahli berdaftar sepertimana yang dilampirkan dalam LAMPIRAN I Perjanjian Persefahaman ini.

(D) Kedua-dua pihak ingin mengikat Perjanjian Persefahaman ini sebagai pelupor bagi hubungan yang disebut di atas. Perjanjian muktamad yang bersifat mengikat akan dibincangkan dan dimuktamadkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

DENGAN INI DIFAHAMKAN bahawa:-

1. Objektif

M O U - K O P U T R A – K B E R J A Y A S M T E C H M/S 7

Page 3: Usahasama

KOPUTRA memberikan hak kepada Koperasi Berjaya Sm Tech untuk bertindak sebagai Pembekal Eksklusif bagi Produk dan Perkhidmatan seperti yang diterangkan dalam LAMPIRAN I Perjanjian Persefahaman ini berdasarkan margin yang dipersetujui dan perkara kerjasama lain seumpamanya yang mungkin dianggap sesuai oleh kedua-dua pihak (“objektif”).

Koperasi Berjaya Sm Tech menyediakan rangkaian jualan dan pembekal bagi membolehkan Anggota KOPUTRA melanggan Produk dan Perkhidmatan tersebut dan perkara kerjasama lain seumpamanya yang mungkin dianggap sesuai oleh kedua-dua pihak (“Objektif”).

2. Perjanjian Muktamad

2.1 Kedua-dua pihak hendaklah menggunakan usaha-usaha yang munasabah untuk mencapai persetujuan tentang syarat perjanjian muktamad. Usaha-usaha ini akan mencerminkan syarat muktamad yang dihasilkan daripada Perjanjian ini.

2.2 Kegagalan atau perjanjian muktamad yang tidak dilaksanakan sebelum apa-apa pelaburan dibuat selaras dengan Objektif tidak boleh membawa keburukan atau menyebabkan hubungan antara kedua-dua pihak tidak sempurna dalam apa jua cara yang dengannya kedua-dua pihak bebas untuk mempersetujui syarat komersial dan mencapai kata sepakat dan mendokumenkannya tepat pada masanya.

3. Pelbagai

3.1 Kedua-dua pihak dengan ini mencatatkan hasrat bersama mereka untuk bekerjasama secara baik dan berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakan Objektif dan berusaha supaya Objektif dilaksanakan dengan cara yang paling wajar dan professional berpandukan isu kawal selia yang mesti dipatuhi oleh kedua-dua organisasi.

3.2 Kedua-dua pihak mengakui bahawa persediaan untuk menghadapi setiap kontigensi yang mungkin timbul adalah mustahil dan bersetuju untuk berunding secara baik antara satu sama lain bagi mengatasi apa-apa permasalahan yang tidak dijangka dengan tujuan untuk menguatkuasakan peruntukan Memorandum ini dan urus niaga atau hubungan yang dengan ini dipertimbangkan.

3.3 Adalah dimaklumkan bahawa segala urusan pengendalian barangan anggota-anggota koperasi akan diuruskan di bawah Koperasi Berjaya Sinar Mentari Teknologi Kuala Lumpur Berhad.

4. Kerahsiaan

M O U - K O P U T R A – K B E R J A Y A S M T E C H M/S 7

Page 4: Usahasama

4.1 Kedua-dua pihak hendaklah merahsiakan kandungan Perjanjian ini dan hubungan yang dengan ini dipertimbangkan dan tidak boleh mendedahkan atau mengumumkannya tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak yang satu lagi terlebih dahulu kecuali apabila perlu untuk mematuhi undang-undang bertulis, keperluan penyenaraian atau untuk menguatkuasakan syarat dalam Perjanjian ini.

5. Syarat

5.1 Perjanjian ini hendaklah kekal berkuatkuasa selama 5 tahun dari tarikh Perjanjian dan jika tiada perjanjian muktamad diikat antara kedua-dua pihak dalam tempoh tersebut, maka, walaupun kedua-dua pihak bebas untuk menamatkan Perjanjian ini secara bertulis sebelum masanya pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut, Perjanjian ini akan tamat secara serta-merta dan tidak lagi berkuatkuasa apabila tamat tempoh 5 (LIMA) tahun tersebut.

FAEDAH SERTA KEMUDAHAN YANG AKAN DIPEROLEHI:

Berdasarkan kepada kerjasama dan persefahaman antara Koperasi tuan dengan Koperasi kami yang akan terjalin nanti, beberapa kebaikan akan diprolehi.

M O U - K O P U T R A – K B E R J A Y A S M T E C H M/S 7

Page 5: Usahasama

1. Pihak Koperasi tuan akan dapat penambahan keahlian, apabila ahli-ahli membuat pembelian barangan pengguna melalui promosi yang dibuat oleh pihak Koperasi Berjaya Sm Tech.

2. Koperasi Berjaya Sm Tech akan memberi insentif sebanyak 5% dari keseluruhan setiap hasil jualan.

3. Tempoh pembayaran balik adalah 30 hari daripada tarikh invois dikeluarkan.

4. Kami akan membuat promosi jualan barangan penggguna kepada ahli-ahli tuan, dengan izin Koperasi tuan bagi menentukan dimana lokasi dan waktu nya mengikut kesesuaian pihak tuan.

5. Pihak Koperasi kami menyediakan banyak pilihan kepada ahli-ahli tuan untuk membeli barangan pengguna seperti berikut:

i. Handphone (SAMSUNG,APPLE,LENOVO,NOKIA,HTC )ii. Camera (DSLR) ( CANON,NIKON )iii. Camera (Digital) ( SONY,GOPRO )iv. Camcoder( SONY )v. NoteBook / Laptop (HP,SONY,APPLE,ASUS,LENOVO,ACER )vi. Tablet (SAMSUNG,APPLE)vii. Play Station

viii. Elektrik (PANASONIC,SONY,SAMSUNG,LG,SHARP,TOSHIBA)ix. Mesin Jahit (SINGER)x. Jam Tangan (TISSOT,ORIS,BALL,TAG HEUER)

xi. Motorsikal/Basikal (HONDA,YAMAHA,MODENAS,SYM,GIANT)xii. Emas 916 & 999

6. Rakan Perniagaan kami terdiri dari:Samsung, Sony, Htc, Apple, Nokia, Blackberry, Panasonic, Canon, Nikon, Singer, Modenas, Kawasaki, Yamaha, Honda,dan Habib Jewels dan lain lain lagi.

7. Barangan pengguna yang dibekalkan adalah original (tulen). Ahli-ahli boleh merujuk terus kepada Authorized Service Centre di seluruh Malaysia.

8. Kami menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli-ahli dengan menyediakan website: www.smtsb.com , Talian bebas tol 1-300-88-6133 dan melalui Facebook : www.facebook.com/sinarmentariteknologi atau datang ke bilik pameran kami di alamat No.6 Jln 13/48A Sentul Raya Boulevard 5100 Kuala Lumpur.

M O U - K O P U T R A – K B E R J A Y A S M T E C H M/S 7

Page 6: Usahasama

9. Penghantaran barang-barang akan ditanggung sepenuhnya oleh Koperasi Berjaya SM Tech (secara percuma) keseluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak. Penghantaran akan dibuat melalui Pos, Van/Lori koperasi atau melalui bas.

Sekian terima kasih

PADA MENYAKSIKANNYA, maka pihak dalam Perjanjian ini menurunkan tandatangan dan memeterai perjanjian pada hari dan tahun yang tertulis di atas.

DITANDATANGANI oleh )untuk dan bagi pihak KOPERASI PELABURAN KAKITANGANBANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD )

dihadapan : - )))

DITANDATANGANI oleh )Untuk dan bagi pihakKOPERASI BERJAYA SINAR MENTARI TEKNOLOGI KUALA LUMPUR BERHAD )

dihadapan : - )))

LAMPIRAN I

Perjanjian Persefahaman diantara KGJB dengan KOPERASI BERJAYA SINAR MENTARI TEKNOLOGI KUALA LUMPUR BERAD .

Bertarikh 2014

Berikut adalah Barangan-Barangan yang akan dibekalkan termasuk dan tidak terhad kepada :-

M O U - K O P U T R A – K B E R J A Y A S M T E C H M/S 7

Page 7: Usahasama

a.) Peralatan Telekomunikasi Peralatan Multimedia- Nokia - Hewlet Packard (Hp)- Sony Ericsson- Samsung - Acer- LG - Sony – Vaio, PSP - HTC - Toshiba - Blackberry - Dell - Apple

b.) Barangan Elektrik Peralatan Elektronik - Sony - Canon- Panasonic - Nikon- Sharp - Olympus - Toshiba - BenQ- LG - Samsung- Samsung - Sony

c.) Barangan Motosikal & Basikal Rekreasi- Yamaha- Suzuki- Honda

- Kawasaki- Modenas- SYM/KTN

d) Barangan Jam tangan- Oris- Tissot- Alain Delon- Rolex- Guess

e) Barangan Kemas - Emas (916)

M O U - K O P U T R A – K B E R J A Y A S M T E C H M/S 7