upm serah kunci rumah orang asli kachau luar, semenyihpsasir.upm.edu.my/47939/1/upm serah kunci...

2
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Isnin, Ogos 08, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » UPM serah kunci rumah Orang Asli Kachau Luar, Semenyih Oleh: Faten Syahira Syakrein Foto: Suhkeri Abu Bakar SEMENYIH Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerahkan kunci dua rumah yang dibina kepada penduduk kampung Orang Asli di Kampung Kachau Luar, Semenyih baru-baru ini. Kunci itu diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo kepada seorang daripada pemilik rumah berkenaan, Zuriani Abdullah. Majlis disaksikan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jamalludin Kasbi, Pengurus Besar Kanan AZRB, Wan Fakhrul Anwar Wan Zakaria, dan Batin Kampung Orang Asli Kachau Luar, Batin Zainal Kilong. Projek itu adalah kerjasama Kelab Pelajar Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UPM, Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) serta JAKOA, dan mendapat dana sumbangan dari Unit Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kementerian Pengajian Tinggi melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM. Prof. Dr. Ing. Ir. Renuganth berkata projek itu menterjemahkan hasrat UPM untuk memasyarakatkan universiti bagi kesejahteraan komuniti. Saya percaya projek ini bukan sahaja menonjolkan peranan UPM dan AZRB dalam sumbangan terhadap pembangunan komuniti, malah meningkatkan kefahaman pelajar yang terlibat terhadap pembinaan yang berkualiti, melahirkan jurutera awam yang peka terhadap keselamatan manusia serta kelestarian alam sekitar. Ia juga meningkatkan kemahiran insaniah diri daripada aspek bakat dan aktiviti komuniti,katanya. Jamalludin dalam ucapannya pula berkata projek itu dapat mewujudkan peluang kerjasama masyarakat Orang Asli dengan universiti, pihak industri serta agensi kerajaan untuk perkongsian ilmu dari semasa ke semasa. Saya berharap kerjasama seperti ini akan dilaksanakan lebih banyak dan berterusan untuk dimanfaatkan oleh penduduk Orang Asli serta meningkatkan taraf hidup untuk masa depan yang lebih baik,katanya. Penerima kunci rumah, Zuriani Abdullah, 30, berkata rumah itu memberi sinar baharu kepada keluarganya untuk menduduki kediaman yang selesa. Sebelum ini saya cukup risau bila musim hujan kerana air akan masuk ke dalam rumah dan membuatkan keluarga tidak selesa,katanya sambil melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam pembinaan rumah itu. MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 2 Universiti Putra Malaysia 8/8/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/orgaslisemenyihbm

Upload: doannhi

Post on 27-Jun-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Isnin, Ogos 08, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

UPM serah kunci rumah Orang Asli Kachau Luar, Semenyih

Oleh: Faten Syahira SyakreinFoto: Suhkeri Abu Bakar

SEMENYIH – Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerahkan kunci dua rumah yang dibina kepada penduduk kampung Orang Asli di Kampung Kachau Luar, Semenyih baru-baru ini.

Kunci itu diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. –Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo kepada seorang daripada pemilik rumah berkenaan, Zuriani Abdullah.

Majlis disaksikan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jamalludin Kasbi, Pengurus Besar Kanan AZRB, Wan Fakhrul Anwar Wan Zakaria, dan Batin Kampung Orang Asli Kachau Luar, Batin Zainal Kilong.

Projek itu adalah kerjasama Kelab Pelajar Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UPM, Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) serta JAKOA, dan mendapat dana sumbangan dari Unit Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kementerian Pengajian Tinggi melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM.

Prof. Dr. –Ing. Ir. Renuganth berkata projek itu menterjemahkan hasrat UPM untuk memasyarakatkan universiti bagi kesejahteraan komuniti.

“Saya percaya projek ini bukan sahaja menonjolkan peranan UPM dan AZRB dalam sumbangan terhadap pembangunan komuniti, malah meningkatkan kefahaman pelajar yang terlibat terhadap pembinaan yang berkualiti, melahirkan jurutera awam yang peka terhadap keselamatan manusia serta kelestarian alam sekitar.

“Ia juga meningkatkan kemahiran insaniah diri daripada aspek bakat dan aktiviti komuniti,” katanya.

Jamalludin dalam ucapannya pula berkata projek itu dapat mewujudkan peluang kerjasama masyarakat Orang Asli dengan universiti, pihak industri serta agensi kerajaan untuk perkongsian ilmu dari semasa ke semasa.

“Saya berharap kerjasama seperti ini akan dilaksanakan lebih banyak dan berterusan untuk dimanfaatkan oleh penduduk Orang Asli serta meningkatkan taraf hidup untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.

Penerima kunci rumah, Zuriani Abdullah, 30, berkata rumah itu memberi sinar baharu kepada keluarganya untuk menduduki kediaman yang selesa.

“Sebelum ini saya cukup risau bila musim hujan kerana air akan masuk ke dalam rumah dan membuatkan keluarga tidak selesa,” katanya sambil melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam pembinaan rumah itu.

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 2Universiti Putra Malaysia

8/8/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/orgaslisemenyihbm

Projek Amal Pembinaan Rumah Orang Asli yang diketuai oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, UPM, Dr. Syazwani Idrus itu bermula September 2015. Rumah mula dibina pada 7 Disember 2015 dan siap pada 2 Januari 2016.

Rumah batu bata dengan keluasan 700 kaki persegi itu dilengkapi tiga bilik tidur, ruang tamu serta dapur, dan mendapat kemasan akhir daripada 16 staf dan 22 pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam UPM. Kos pembinaannya adalah kira-kira RM42,000. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 08 Aug 2016

Page 2 of 2Universiti Putra Malaysia

8/8/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/orgaslisemenyihbm