upload2

11
MOTOR TIGA FASA MOTOR SANGKAR TUPAI 1. - Motor ini mempunyai pemegun / stator yang berbelit iaitu satu belitan mewakili satu fasa.

Upload: mazlini-yusof

Post on 21-Jul-2015

220 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

MOTOR TIGA FASA

MOTOR SANGKAR TUPAI

1. - Motor ini mempunyai pemegun / stator yang berbelit iaitu satu belitan mewakili satu fasa.

2. Pemegun stator ini berfungsi sebagai;

i. Tempat meletak belitan stator

ii. Berfungsi sebagai teras besi pada motor.

iii.Berlamina serta berlapis-lapis bagi mengurangkan arus pusar atau eddy current.

iv.Arus pusar yang tinggi akan menyebabkan stator/pemegun

menjadi panas dan menyebabkan belitannya terbakar.

v. Sebagai teras sambungan bekalan daripada luar sama ada

sambungan bintang atau delta.

vi. Sebagai tempat untuk menghasilkan medan magnet berputar

sebelum bertindakbalas dengan rotor.

PRINSIP KENDALIAN

Seperti mana kita tahu belitan medan/belitan pemegun pada motor aruhan 3 fasa terdiri daripada 3

belitan bagi setiap fasa yang mana terpisah sebanyak 120°.

Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan pada belitan pemegun,medan magnet akan terbentuk pada setiap belitan dan membentuk satu medan magnet yang sentiasa berputar pada pemegun.

Penghasilan medan magnet ini adalah disebabkan turun naiknya arus di pemegun mengikut gelombang frekuensi bekalan.

CIRI-CIRI MOTOR SANGKAR TUPAI

Mempunyai kelajuan yang tunggal dan kelajuan seakan-akan sama dengan ciri-ciri kelajuan motor medan magnet.

Tork permulaan amat rendah dan power faktor permulaan amat rendah.

Faktor kuasa ini akan bertambah sehingga beban penuh/full load dan nilainya mencapai tahap 0.85/0.90.

MOTOR ROTOR BERLILIT

Motor ini juga dikenali sebagai motor gelang gelincir atau Slip ring motor dan wound Rotor Induction Motor.

Binaannya adalah sama dengan motor aruhan 3 fasa jenis sangkar tupai cuma bahagian rotornya/pemutar disambungkan kepada 3 perintang luar menerusi gelang gelincir.

Daripada gelang gelincir/slip ring ini ia akan disambungkan ke litar luar dengan menggunakan 3 berus karbon sebagai perantaraan.

PRINSIP KENDALIAN

Sepertimana yang berlaku pada motor aruhan 3 fasa sangkar tupai,apabila pemegun/stator mendapat bekalan

3 fasa ia akan menghasilkan medan magnet berputar di pemegun dengan kelajuan Ns.

Dengan berlakunya proses aruhan saling diantara stator dan rotor, maka arus teraruh akan teraruh di rotor berbelit dan menyebabkan rotor mula berputar dengan kelajuan Nr.

Sekiranya pada masa itu,perintang yang disambungkan pada rotor pada tahap maksima ,maka kadar putaran rotor adalah pada tahap paling minima tetapi kilas motor adalah tinggi.

CIRI-CIRI MOTOR ROTOR BERLILIT

Kelajuan motor ini boleh dikawal kelajuannya dengan

menggunakan perintang boleh laras yang disambung pada bahagian pemutar.

Kelajuan pemutar tinggi – Nilai rintangan rendah.

Kelajuan pemutar tinggi – Nilai rintangan tinggi.

Kawalan kelajuan dengan menggunakan perintang boleh laras tidak berapa baik kerana banyak kehilangan kuasa berlaku pada perintang tersebut.

Kelajuan kawalannya hanya 50% daripada kelajuan segerak motor.

Kilas/tork motor ini adalah agak baik.

Penyelenggaraan motor ini adalah agak mahal.

Bagi menyongsangkan arah putaran motor,ia hanya dilakukan dengan menukarkan urutan fasa bekalan motor ini.

MOTOR SEGERAK

Motor segerak sebenarnya adalah pengulang-alik tetapi ia

dijalankan sebagai sebuah motor.

Nama motor ini diperolehi daripada kelajuan segerak yang dimiliki motor ini iaitu Ns = Nr.

Oleh itu motor ini tidak mempunyai gelinciran.

Kelajuan motor ini berubah mengikut frekuensi dan bilangan kutub atau diringkaskan dalam formula berikut:

Motor ini mempunyai kelajuan yang malar dan ia tidak boleh bergerak dengan sendiri kerana ia memerlukan penggerak sama ada daripada luar atau dalam motor

PRINSIP KENDALIAN

Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan pada pemegun motor, medan magnet berputar akan terhasil pada pemegun tersebut dengan kelajuan Ns putaran per-minit.

Putaran medan magnet ini tidak berguna bagi menghasilkan arus aruhan di pemutar kerana pemutar akan digerakkan oleh satu penggerak daripada luar yang berputar mengikut arah putaran medan magnet.

Kelajuan putaran pemutar (Nr) itu mestilah sama dengan kelajuan medan magnet / kelajuan segerak (Ns).

Setelah kelajuan pemutar dan segerak hampir sama,bekalan a.t akan diberikan ke pemutar melalui gelang gelincir.

Fluks magnet yang terhasil di pemutar akan bertindakbalas dengan medan magnet berputar.

Seterusnya akan berputar selaju putaran segerak

( kelajuan medan magnet berputar ) iaitu Ns = Nr.

Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan, motor masih berputar kerana ini disebabkan oleh tindakan saling kunci di antara medan magnet berputar dengan medan magnet di pemutar.

Daya yang menguncikan pemutar dengan pemegun diistilahkan sebagai daya kilas tarik ke dalam ( perapat )

Bagi motor segerak, pemutarnya mempunyai batang pengalir sangkar tupai dan motor segerak ini dijalankan mengikut kendalian motor aruhan sangkar tupai sebelum bekalan a.t dibekalkan pada pemutar apabila pemutar hampir menyamai kelajuan segerak.

Tetapi cara ini terbatas pada motor yang berukuran sederhana sahaja.

PENGGUNAAN MOTOR SEGERAK

Oleh kerana motor segerak tidak boleh hidup dengan sendirinya,ia hanya digunakan di tempat perusahaan sahaja.

Penggunaan yang paling utama ialah sebagai alat untuk membaiki faktor kuasa disamping kerja-kerja lain seperti;

i. menjalankan mesin bancuhan bahan mentah kerana

kelajuannya malar samada berbeban atau berbeban penuh

seperti pengisar dan pembancuh simen.

ii.Menjalankan beban yang berterusan seperti pemampat empar.

iii.Set motor-janakuasa.

iv.kipas pengalih udaraan utama.

v. pam

vi. Pemutar pemampat salingan.

vii.Pemutar pendorong-kapal elektrik.