untuk pendidik rakan haiwan · rakan haiwan: mari belajar tentang orangutan: 1. orangutan ialah...

5
UNTUK PENDIDIK O r a n g u t a n Rakan Haiwan: Mari belajar tentang orangutan: 1. Orangutan ialah sejenis mawas. Ia tidak mempunyai ekor seperti kera. 2. Jari-jemari di tapak kakinya panjang, khas untuk menggenggam dahan. 4. Anak orangutan hidup bersama ibunya selama 7 hingga 8 tahun. Ia akan meneroka alamnya dengan riang sambil mempelajari cara-cara hidup di hutan. 3. Tangannya yang panjang membenarkannya bergayut dari pokok ke pokok. 5. Di alam liar, orangutan akan menggunakan daun yang lebar sebagai payung untuk melindungi dirinya daripada hujan. 1/5

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • UNTUK PENDIDIK

    OrangutanRakan Haiwan:

    Mari belajar tentang orangutan:

    1. Orangutan ialah sejenis mawas. Ia tidak mempunyai ekor seperti kera.

    2. Jari-jemari di tapak kakinya panjang, khas untuk menggenggam dahan.

    4. Anak orangutan hidup bersama ibunya selama 7 hingga 8 tahun. Ia akan meneroka alamnya dengan riang sambil mempelajari cara-cara hidup di hutan.

    3. Tangannya yang panjang membenarkannya bergayut dari pokok ke pokok.

    5. Di alam liar, orangutan akan menggunakan daun yang lebar sebagai payung untuk melindungi dirinya daripada hujan.

    1/5

  • 2/5

    Orangutan boleh dijumpai di hutan hujan Borneo dan Sumatra. Ia adalah haiwan terbesar yang hidup di atas pokok.

    Walaupun besar, ia cekap bergayut dari pokok ke pokok.

    UNTUK DIGUNAKAN BERSAMA KANAK-KANAK

    Mengapa OrangutanCekap Memanjat Pokok?

    Kaki tangkas,untuk memanjat

    pokok

    Jari yang panjanguntuk

    menggenggam dahan

    Mata yang tajam supaya

    dapat lihat di mana ia bergayut

    Tangan yangpanjang dan kuat

    untuk mencapai dahan, sesuai untuk bergayut

  • 3/5

    Lihat-Fikir-Musykil

    Lihat: Fikir: Musykil:

    Gunakan rutin *‘Lihat-Fikir-Musykil’ mulakan perbualan bersama murid anda dan galakkan mereka

    kemukakan soalan mereka sendiri.*Diterap daripada Project Zero, Harvard Graduate School of Education

    • Namakan segalanya yang anda lihat di dalam gambar ini

    • Berapa ekor orangutan yang anda lihat?

    • Saya lihat…

    • Apakah yang sedang anak orangutan itu lakukan pada leher ibunya?

    • Bagaimanakah orangutan bergerak di atas pokok?

    • Saya fikir…

    • Saya musykil apa yang akan orangutan ini lakukan kelak.

    • Saya musykil bagaimana…

    • Saya musykil ke/di mana…

  • 4/5

    Aktiviti 1: Ini Bukan Sehelai Guni

    Langkah

    1.Tonton video ini dan perhatikan si orangutan Merlin bermain dengan sehelai guni.

    Cari sehelai guni, atau alat yang serupa seperti sarung bantal. Ambil giliran untuk memberikan idea kreatif untuk kegunaan sarung itu. Luahkan idea melalui aksi ataupun ayat seperti “Ini bukan sehelai sarung/guni; Ia adalah tikar ajaib!”

    Aktiviti berkumpulan. Dapatkan alat yang serupa sehelai guni.Anda boleh gunakan sarung bantal juga.

    Soalan Rangsangan:• Apakah yang sedang si Merlin lakukan dengan sehelai guni itu? • Apalagi yang boleh kita gunakan dengan sehelai guni ini?

    Langkah tambahan: awak boleh lakonkan idea atau ayat anda seperti permainan Charades.

    Langkah

    2.

    https://players.brightcove.net/pages/v1/index.html?accountId=5798671137001&playerId=default&videoId=6147297369001&autoplay=true

  • 5/5

    Aktiviti 2: Permainan Cermin

    Soalan rangsangan:

    • Mengapakah anda memilih orangutan itu?

    • Apakah ciri-ciri yang boleh anda lihat pada orangutan itu? Terangkan kepada rakan anda warna, sais badan, bentuk badan dan tekstur bulunya.

    • Bolehkah anda sangka perasaannya?

    • Apa yang sedang orangutan itu fikirkan?

    Aktiviti berkumpulan Gerakkan badan anda

    Pilih orangutan kegemaran anda daripada 3 gambar di bawah ini.

    Lakonkan aksi orangutan itu dan dapatkan rakan anda meniru aksi lakonan anda.

    Langkah

    1.Langkah

    2.