untuk membolehkan sekretariat majlis peguam untuk ......5 untuk panduan bergambar langkah demi...

50
1 Harap maklum bahawa terjemahan Bahasa Melayu ini adalah versi tidak rasmi, dan versi yang definitif adalah versi Bahasa Inggeris. Untuk membolehkan Sekretariat Majlis Peguam untuk mengendalikan permohonan anda dengan segera, sila kemukakan permohonan SAPC anda secara atas talian, pada atau sebelum 30 November 2017 (Khamis). Pekeliling No 190/2017 Bertarikh 27 Ogos 2017 Kepada semua Ahli Bar Malaysia Sijil Tahunan 2018 Menurut bahagian III Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Legal Profession Act, “LPA”), Sijil Tahunan dan Sijil Amalan (“SAPC”) akan diperbaharui setiap tahun oleh setiap peguam bela dan peguam cara. Sebagai sebahagian daripada sistem e-Kehakiman (Fasa 2) Mahkamah, mulai dari 3 Julai 2017 semua permohonan untuk SAPC hanya boleh dilakukan secara atas talian. Anda mesti daftar masuk ke dalam Portal Atas Talian untuk Ahli-Ahli (“Member Online Portal”) Majlis Peguam untuk melengkapkan dan mengemukakan permohonan SAPC anda. Semua dokumen sokongan perlu diimbas dan dimuat naik atas talian semasa proses permohonan. Anda tidak lagi mempunyai pilihan untuk mengemukakan salinan dokumen yang bercetak untuk memohon SAPC. Wakil yang diberi kuasa oleh firma anda boleh membantu anda menyediakan permohonan SAPC anda melalui Portal Atas Talian Firma Guaman (“Law Firm Online Portal”) Majlis Peguam, tetapi akhirnya anda mesti mengemukakan permohonan SAPC anda sendiri melalui Member Online Portal. Apabila sudah siap, anda hanya boleh mendapatkan SAPC anda daripada portal atas talian. Salinan cetak SAPC tidak akan dibekalkan. Pemohon SAPC 2017 hendak juga menggunakan sistem atas talian untuk melengkapkan dan mengemukakan permohonan SAPC mereka. Sila skrol ke bawah untuk membaca gambaran keseluruhan proses permohonan SAPC atas talian. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dapat menyediakan / mengemukakan permohonan SAPC anda sehingga: (1) anda telah berdaftar sebagai pengguna laman sesawang Badan Peguam Malaysia, dengan melengkapkan borang yang boleh diperoleh dari sini. Ini mungkin mengambil masa selama dua hari bekerja untuk pemprosesan permohonan anda;

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1  

    Harap maklum bahawa terjemahan Bahasa Melayu ini adalah versi tidak rasmi, dan versi yang definitif adalah versi Bahasa Inggeris.

    Untuk membolehkan Sekretariat Majlis Peguam untuk mengendalikan permohonan anda dengan segera, sila kemukakan permohonan SAPC anda secara atas talian,

    pada atau sebelum 30 November 2017 (Khamis).

    Pekeliling No 190/2017 Bertarikh 27 Ogos 2017 Kepada semua Ahli Bar Malaysia

    Sijil Tahunan 2018

    Menurut bahagian III Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Legal Profession Act, “LPA”), Sijil Tahunan dan Sijil Amalan (“SAPC”) akan diperbaharui setiap tahun oleh setiap peguam bela dan peguam cara. Sebagai sebahagian daripada sistem e-Kehakiman (Fasa 2) Mahkamah, mulai dari 3 Julai 2017 semua permohonan untuk SAPC hanya boleh dilakukan secara atas talian. Anda mesti daftar masuk ke dalam Portal Atas Talian untuk Ahli-Ahli (“Member Online Portal”) Majlis Peguam untuk melengkapkan dan mengemukakan permohonan SAPC anda. Semua dokumen sokongan perlu diimbas dan dimuat naik atas talian semasa proses permohonan. Anda tidak lagi mempunyai pilihan untuk mengemukakan salinan dokumen yang bercetak untuk memohon SAPC. Wakil yang diberi kuasa oleh firma anda boleh membantu anda menyediakan permohonan SAPC anda melalui Portal Atas Talian Firma Guaman (“Law Firm Online Portal”) Majlis Peguam, tetapi akhirnya anda mesti mengemukakan permohonan SAPC anda sendiri melalui Member Online Portal. Apabila sudah siap, anda hanya boleh mendapatkan SAPC anda daripada portal atas talian. Salinan cetak SAPC tidak akan dibekalkan. Pemohon SAPC 2017 hendak juga menggunakan sistem atas talian untuk melengkapkan dan mengemukakan permohonan SAPC mereka. Sila skrol ke bawah untuk membaca gambaran keseluruhan proses permohonan SAPC atas talian. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dapat menyediakan / mengemukakan permohonan SAPC anda sehingga: (1) anda telah berdaftar sebagai pengguna laman sesawang Badan Peguam Malaysia,

    dengan melengkapkan borang yang boleh diperoleh dari sini. Ini mungkin mengambil masa selama dua hari bekerja untuk pemprosesan permohonan anda;

    http://www.malaysianbar.org.my/create-an-account.html

  • 2

    (2) anda telah menyelesaikan semua bayaran yang tertunggak. Ini mungkin mengambil masa selama lima hari berkerja untuk memproses bayaran anda. Sila rujuk seksyen E,

    muka surat 41 hingga 43 di Lampiran D; dan

    (3) anda telah melengkapkan dan mencetak Akuan Berkanun anda, menandatanganinya di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, dan muat naikkannya ketika melakukan proses

    permohonan atas talian. Sila rujuk seksyen D, muka surat 35 hingga 40 di

    Lampiran D.

    Panduan rujukan yang lebih terperinci bertajuk “FAQ: Guide to Renewing Your SAPC

    Online”, boleh dimuat turun dari tab “About Us>Membership>Sijil Annual” dalam laman

    sesawang Badan Peguam Malaysia. Panduan ini yang merangkumi satu set soalan sering

    ditanya (“FAQ”), adalah relevan kepada Ahli-Ahli Bar Malaysia yang sedang

    memperbaharui SAPC mereka.

    Pada bulan September dan Oktober, Bahagian Keahlian (Membership Department) Majlis

    Peguam akan mengadakan bengkel-bengkel di peringkat negeri mengenai kaedah untuk

    menyediakan dan mengemukakan permohonan SAPC. Perincian mengenai bengkel-bengkel

    tersebut akan diberikan secepat mungkin.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Keahlian melalui

    talian 03-2050 2191 atau melalui emel [email protected].

    Terima kasih.

    Roger Chan Weng Keng

    Setiausaha

    Bar Malaysia

    GAMBARAN KESELURUHAN PROSES PERMOHONAN SAPC ATAS TALIAN

    I. Bagaimana Mengakses Portal Atas Talian Majlis Peguam

    Portal atas talian boleh diakses melalui laman sesawang Badan Peguam di

    www.malaysianbar.org.my/

    (A) Member Online Portal

    Untuk mengakses bahagian ini di dalam portal atas talian, anda perlu menjadi ahli berdaftar

    bagi laman sesawang Badan Peguam Malaysia, dan memiliki nama pengguna (username)

    serta kata laluan (password) untuk daftar masuk ke laman sesawang tersebut. Untuk

    mendaftar, sila lengkapkan dan kemukakan borang pendaftaran yang boleh didapati di

    www.malaysianbar.org.my/create-an-account.html.

    Apabila permohonan pendaftaran anda telah berjaya diproses, anda akan menerima emel

    yang mengandungi nama pengguna dan kata laluan anda yang sementara, yang anda perlu

    untuk mendaftar masuk ke dalam Member Online Portal. Ini mungkin mengambil masa

    selama dua hari bekerja untuk pemprosesan permohonan anda. Anda adalah dinasihatkan

    sebaik-baiknya untuk menukarkan kata laluan sementara anda kepada kata laluan yang

    selamat.

    http://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.htmlmailto:[email protected]://www.malaysianbar.org.my/http://www.malaysianbar.org.my/create-an-account.html

  • 3

    (B) Law Firm Online Portal

    Wakil yang diberi kuasa dari firma guaman anda boleh membantu anda melengkapkan

    permohonan SAPC anda melalui Law Firm Online Portal. Walau bagaimanapun sila ambil

    perhatian bahawa:

    (1) secara muktamad, anda mesti mengemukakan permohonan SAPC secara sendiri melalui Member Online Portal; dan

    (2) dalam beberapa situasi, tuan punya tunggal dan rakan kongsi mesti muat naikkan Laporan Akauntan mereka sendiri melalui Member Online Portal.

    Firma peguam yang belum melantik wakil yang diberi kuasa boleh berbuat demikian dengan

    memberikan maklumat berikut mengenai wakil yang diberi kuasa, dan kami akan

    memberikan nama pengguna dan kata laluan kepada wakil tersebut, melalui emel:

    (1) Nama; (2) Jawatan; (3) Alamat pejabat; dan (4) Alamat emel.

    Sila kemukakan perincian ini dengan melengkapan dan mengembalikan Borang Pendaftaran

    Law Firm Online Portal (Sila rujuk kepada Lampiran A di muka surat 10) kepada Majlis

    Peguam. Bersama-sama salinan asal surat iringan atas kepala surat firma guaman itu.

    Sekiranya firma guaman anda telahpun diberi nama pengguna dan kata laluan, butir-butir

    yang sama boleh digunakan untuk mengakses Law Firm Online Portal.

    II. Bagaimana Mewujudkan Permohonan SAPC Anda dengan Menggunakan Member Online Portal

    (A) Memperbaharui SAPC Anda

    Sekiranya anda telah memiliki SAPC 2017 yang sah dan anda hendak mengemukakan

    permohonan untuk SAPC 2018, sila rujuk kepada panduan bergambar langkah demi langkah

    yang terkandung dalam Lampiran B (sila lihat muka surat 12 hingga 15).

    (B) Memohon untuk SAPC Pertama Anda

    Sekiranya anda pemohon yang baru diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara

    dan sedang membuat permohonan SAPC anda untuk pertama kali, sila rujuk kepada panduan

    bergambar langkah demi langkah yang terkandung dalam Lampiran B (sila lihat muka surat

    16 hingga 18).

  • 4

    (C) Memohon SAPC Dalam Menyambung Semula Amalan

    Sekiranya anda telah berhenti mengamal pada tahun 2017 atau sebelum SAPC 2017

    dikeluarkan, dan anda sedang membuat permohonan SAPC untuk menyambung semula

    amalan, sila rujuk kepada panduan bergambar langkah demi langkah yang terkandung dalam

    Lampiran B (sila lihat muka surat 19 hingga 22).

    III. Bagaimana Wakil yang Diberi Kuasa oleh Firma Guaman Anda Boleh Membantu untuk Mewujudkan Permohonan SAPC Anda dengan Menggunakan Law Firm

    Online Portal

    Wakil yang diberi kuasa oleh firma anda boleh membantu anda menyediakan permohonan

    SAPC anda melalui Law Firm Online Portal. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian

    bahawa:

    (1) secara muktamad, anda mesti mengemukakan permohonan SAPC anda sendiri melalui Member Online Portal; dan

    (2) dalam situasi tertentu, tuan punya tunggal dan rakan kongsi mesti muat naikkan Laporan Akauntan mereka sendiri, melalui Member Online Portal.

    Sila rujuk kepada bahagian I(B) (bertajuk “Law Firm Online Portal”) dalam muka surat 3 di

    atas berkenaan cara memohon nama pengguna dan kata laluan oleh firma guaman.

    (A) Memperbaharui SAPC Anda

    Sekiranya anda telah memiliki SAPC 2017 yang sah dan anda hendak mengemukakan

    permohonan untuk SAPC 2018, wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda boleh

    membantu anda dengan mendaftar masuk ke dalam Law Firm Online Portal, dengan

    menggunakan nama pengguna dan kata laluan firma guaman anda.

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah, sila rujuk kepada muka surat 23 hingga 27

    dalam Lampiran C.

    (B) Memohon untuk SAPC Pertama Anda

    Sekiranya anda pemohon yang baru diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara

    dan sedang membuat permohonan SAPC untuk pertama kali, wakil yang diberi kuasa oleh

    firma guaman anda boleh membantu anda, sebaik sahaja anda telah menerima pemberitahuan

    secara emel daripada Majlis Peguam yang mengandungi nombor keahlian (membership

    number) anda.

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah, sila rujuk kepada muka surat 27 dalam

    Lampiran C.

    (C) Memohon SAPC Dalam Menyambung Semula Amalan

    Sekiranya anda telah berhenti mengamal pada tahun 2017 atau sebelum SAPC 2017

    dikeluarkan, dan anda sedang membuat permohonan SAPC untuk menyambung semula

    amalan, wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda boleh membantu anda, sebaik

    sahaja anda telah menerima pemberitahuan secara emel daripada Majlis Peguam yang

    mengesahkan nombor keahlian anda.

  • 5

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah, sila rujuk kepada muka surat 28 dalam

    Lampiran C.

    IV. Bagaimana Menyediakan dan Mengemukakan Permohonan SAPC Anda

    Borang Permohanan SAPC adalah sama di dalam kedua-dua Member Online Portal dan Law

    Firm Online Portal.

    Anda boleh menyediakan permohonan SAPC anda sendiri dengan menggunakan Member

    Online Portal. Secara alternatif, wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda boleh

    membantu anda menyediakan permohonan SAPC anda melalui Law Firm Online Portal.

    Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa:

    (1) secara muktamad, anda mesti mengemukakan permohonan SAPC anda sendiri melalui Member Online Portal; dan

    (2) dalam situasi tertentu, tuan punya tunggal dan rakan kongsi mesti muat naikkan Laporan Akauntan mereka sendiri melalui Member Online Portal.

    Terdapat lapan tab di dalam borang permohonan SAPC yang perlu dilengkapkan. Dalam

    setiap tab, semua bahagian yang berkaitan mesti dilengkapkan, dan salinan dokumen-

    dokumen sokongan yang diperlukan dan diimbas, hendaklah dimuat naikkan.

    Sila tekan butang “Save” di hujung setiap bahagian, untuk menyimpan semua maklumat yang

    telah diberikan atau pindaan yang telah dilakukan.

    (A) Tab 1: Personal Particulars

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah bagi melengkapkan bahagian ini, sila rujuk

    kepada muka surat 31 hingga 32 dalam Lampiran D.

    Sekiranya anda baharu diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara dan anda

    sedang membuat permohonan untuk SAPC buat kali pertama, anda perlu muat naikkan

    Perintah Penerimaan Masuk (Order of Admission) anda sebagai peguam bela dan peguam

    cara, dan satu salinan resit rasmi bagi yuran penerimaan sebanyak RM200 yang dibayar

    kepada Lembaga Tatatertib (Advocates and Solicitors Disciplinary Board), bagi

    menyempurnakan permohonan anda.

    (B) Tab 2: Academic Qualifications

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah bagi melengkapkan bahagian ini, sila rujuk

    kepada muka surat 33 dalam Lampiran D.

    (C) Tab 3: Jurisdictions / Gainful Employment Details

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah bagi melengkapkan bahagian ini, sila rujuk

    kepada muka surat 34 dalam Lampiran D.

  • 6

    (D) Tab 4: Practice / Employment Details & History

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah bagi melengkapkan bahagian ini, sila rujuk

    kepada muka surat 35 hingga 40 dalam Lampiran D.

    Sila ambil perhatian bahawa Akuan Berkanun anda akan dikeluarkan oleh sistem

    permohonan SAPC atas talian, berdasarkan maklumat yang anda diberikan. Setelah anda

    mencetak Akuan Berkanun anda dan mengesahkannya di hadapan seorang Pesuruhjaya

    Sumpah, anda mesti muat naikkannya atas talian untuk membolehkan anda mengemukakan

    permohonan SAPC anda.

    Sekiranya anda tuan punya tunggal atau rakan kongsi, sila rujuk kepada muka surat 37 hingga

    38 (“Maintain Client Account(s)”) di Lampiran D untuk butir-butir mengenai pengurusan

    akaun-akaun klien.

    (E) Tab 5: Payment & Insurance Status

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah bagi melengkapkan bahagian ini, sila rujuk

    kepada muka surat 41 hingga 43 dalam Lampiran D.

    (1) Sila pastikan bahawa kesemua bayaran berikut telah dijelaskan:*

    (a) 2017 Annual Subscription (Yuran Tahunan): RM450; (b) 2017 Building Fund (Levi): RM250; (c) 2017 Legal Aid Fund (Levi): RM100; (d) 2017 Sports Fund (Levi): RM20; (e) 2017 LawCare Fund (Levi): RM100; (f) 2018 Compensation Fund (Kumpulan Wang Pampasan) (Caruman): RM100; (g) 2018 Discipline Fund (Kumpulan Wang Tatatertib) (Fi yang Ditetapkan): RM60;

    dan

    (h) Penalti mengikut seksyen 46(6) LPA (jika berkaitan): RM450.

    *Tahun-tahun yang tersebut di atas adalah terpakai atas Ahli-Ahli yang sedang memohon

    untuk SAPC mereka.

    Anda tidak akan dapat mengemukakan permohonan SAPC anda sehingga anda telah

    menjelaskan semua bayaran yang tertunggak. Ini mungkin mengambil masa selama lima hari

    bekerja untuk pemprosesan bayaran anda.

    Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat pembayaran, sila rujuk kepada Pekeliling No

    084/2017 bertarikh 18 April 2017 bertajuk “2017 Malaysian Bar Payments Required Under

    the Legal Profession Act 1976”. Untuk pertanyaan, sila hubungi Jabatan Kewangan (Finance

    Department) melalui talian 03-2050 2128 atau melalui emel di

    [email protected].

    (2) Sila dapatkan Professional Indemnity Insurance Cover 2018 (Perlindungan Insuran Profesional 2018) daripada Jardine Lloyd Thompson Sdn Bhd (“JLT”). Anda

    digalakkan memperbaharui perlindungan insuran anda secara atas talian dengan JLT

    sebab ia lebih mudah dan membolehkan pemprosesan yang lebih cepat.

    mailto:[email protected]

  • 7

    (3) Sekiranya anda dikenakan denda yang perlu dijelaskan kepada Lembaga Tatatertib, SAPC anda hanya akan dikeluarkan setelah anda memuat naikkan satu salinan resit

    rasmi bagi bayaran anda.

    (F) Tab 6: Accountant’s Report

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah bagi melengkapkan bahagian ini, sila rujuk

    kepada muka surat 44 hingga 45 dalam Lampiran D.

    Setiap tuan punya tunggal / rakan kongsi perlu mengemukakan sesalinan Laporan Akauntan

    bagi tempoh bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2016; melainkan dikecualikan oleh

    Majlis Peguam di bawah kaedah 6 di dalam Kaedah-Kaedah Laporan Akauntan 1990

    (Accountant’s Report Rules 1990), untuk:

    (1) pejabat utama (main office); dan (2) pejabat-pejabat cawangan (branch office(s)) (hanya terpakai atas tuan punya tunggal

    / rakan kongsi yang memiliki pejabat-pejabat cawangan).

    Laporan Akauntan hendaklah dikeluarkan di bawah nama pemohon individu. Sekiranya anda

    memiliki lebih daripada satu pejabat, sila pastikan bahawa Laporan Akauntan merangkumi

    semua pejabat dan/atau cawangan-cawangan, atau pastikan Laporan Akauntan yang

    berasingan dikemukakan bagi setiap satu pejabat.

    Seandainya anda sedang menyambung semula amalan dan anda merupakan tuan punya

    tunggal / rakan kongsi sebelum berhenti beramal, Laporan Akauntan bagi tempoh yang

    relevan semasa anda masih beramal sebagai tuan punya tunggal / rakan kongsi sehingga

    tarikh berhenti beramal atau sehingga 31 Disember 2016, yang mana yang kemudian, perlu

    dikemukakan.

    (G) Tab 7: State Bar Certificate(s)

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah bagi melengkapkan bahagian ini, sila rujuk

    kepada muka surat 46 hingga 47 dalam Lampiran D.

    Di mana sebuah firma guaman memiliki cawangan di lebih daripada satu negeri, tuan punya

    tunggal / setiap rakan kongsi dalam firma tersebut perlu menjadi ahli dalam setiap semua

    Jawatankuasa Bar Negeri di mana pejabat-pejabat cawangan dibuka, dan mesti memuat

    naikkan salinan-salinan sijil Jawatankuasa Bar Negeri yang diimbas, sebagai pengesahan

    bahawa tiada sebarang bayaran yang tertunggak bagi 2017, bagi:

    (1) pejabat utama; dan (2) pejabat-pejabat cawangan (hanya terpakai bagi tuan punya tunggal / rakan kongsi

    yang mempunyai pejabat-pejabat cawangan).

    Seandainya anda sedang menyambung semula amalan, anda perlu mengemukakan sijil

    Jawatankuasa Bar Negeri bagi tahun terakhir anda beramal di mana anda telah diberikan

    SAPC, dan juga bagi tahun semasa.

  • 8

    (H) Tab 8: Declaration

    Anda akan mengemukakan permohonan SAPC anda dalam bahagian ini. Sila ambil

    perhatian bahawa anda mesti mengemukakan permohonan SAPC anda sendiri melalui

    Member Online Portal. Wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda tidak dapat

    mengemukakan sebarang permohonan SAPC melalui Law Firm Online Portal.

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah, sila rujuk kepada muka surat 48 dalam

    Lampiran D.

    V. Bagaimana Mendapat Salinan SAPC Anda

    Anda boleh menyemak status permohonan SAPC anda dalam halaman “Sijil Annual (“SA”)

    Application and Submission History”.

    Setelah anda menerima emel pemberitahuan bahawa SAPC anda telah dikeluarkan, anda

    boleh muat turun dokumen-dokumen berkenaan dari Member Online Portal dan mencetak

    dokumen-dokumen tersebut. Secara alternatif, wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman

    anda juga boleh mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan dari Law Firm Online Portal.

    Majlis Peguam tidak akan membekalkan salinan SAPC bercetak.

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah, sila rujuk kepada muka surat 49 hingga 50

    dalam Lampiran D.

    VI. Lain-Lain Perkara

    (A) Beramal Selepas 31 Disember 2017

    Seksyen 29(3) LPA memperuntukkan bahawa sekiranya seorang Ahli telah mematuhi

    seksyen 29(1) LPA (berkaitan dengan permohonan Sijil Amalan) “dalam bulan Januari

    sesuatu tahun, sijil amalan yang dikeluarkan kepadanya berkenaan dengan tahun itu

    hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa dari 1 Januari dalam tahun itu”.

    Ahli-Ahli boleh hadir di Mahkamah dan meneruskan amalan guaman mereka pada Januari

    2018 walaupun mereka belum menerima Sijil Amalan mereka bagi tahun 2018, dengan syarat

    mereka telah mematuhi seksyen 29(3) LPA.

    Status seorang Ahli yang telah memiliki Sijil Tahunan dan Sijil Amalan 2017 tetapi tidak

    diberikan Sijil Tahunan dan Sijil Amalan 2018 yang sah menjelang 31 Januari 2018, akan

    ditukar dari “aktif” ke “tidak aktif” dalam pangkalan data Majlis Peguam pada 1 Februari

    2018.

    (B) Berhenti Beramal

    Ahli-Ahli diingatkan bahawa bagi mereka yang ingin berhenti beramal, sama ada secara

    kekal atau sementara, dikehendaki memaklumkan kepada Majlis Peguam mengikut seksyen

    31(2) LPA serta mematuhi “Rules on Cessation of, or Change in, Practice” Majlis Peguam.

    Sesalinan kaedah-kaedah ini berserta borang-borang berkaitan boleh diperoleh dari

  • 9

    Sekretariat Majlis Peguam atau dimuat turun daripada laman sesawang Badan Peguam

    Malaysia (sila rujuk kepada bahagian “Membership” di bawah tab “Resources>Frequently

    Used Forms”).

    Seseorang Ahli tidak akan disifatkan sebagai telah berhenti beramal hanya kerana telah luput

    kesahan Sijil Amalan 2017 pada 31 Disember 2017 menurut seksyen 29(2) LPA.

    (C) Tindakan Tatatertib

    Majlis Peguam akan mengambil tindakan tatatertib selepas 31 Januari 2018 terhadap Ahli-

    Ahli yang tidak memiliki Sijil Tahunan dan Sijil Amalan 2018 menjelang 31 Januari 2018,

    kecuali bagi Ahli-Ahli yang telah memberikan Notice of Cessation of Practice as an

    Advocate and Solicitor (notis pemberhentian amalan sebagai peguam bela dan peguam cara),

    berserta Akuan Berkanun sepertimana diperuntukkan di bawah “Rules on Cessation of, or

    Change in, Practice”, kepada Majlis Peguam.

    Bagi tuan punya tunggal yang tidak mempunyai Sijil Tahunan dan Sijil Amalan 2018 yang

    sah tetapi masih beramal, pemeriksaan tapak akan dilaksanakan dan prosiding injunksi akan

    dimulakan terhadap tuan punya tunggal yang beroperasi tanpa Sijil Tahunan dan Sijil Amalan

    2018 yang sah. Sekiranya Majlis Peguam memulakan prosiding injunksi, sebarang kos yang

    berbangkit kepada Majlis Peguam akan ditanggung oleh Ahli berkenaan.

    (D) Butir-Butir Peribadi yang Diberikan Kepada Majlis Peguam

    Maklumat peribadi yang diberikan kepada Majlis Peguam, sama ada kini atau pada masa

    hadapan, mungkin digunakan, direkod, disimpan, didedahkan atau diproses oleh atau bagi

    pihak Majlis Peguam untuk tujuan memudahkan pengeluaran Sijil Tahunan dan Sijil Amalan

    anda, penyelidikan dan audit, dan untuk mengekalkan pangkalan data yang berkaitan dengan

    keahlian Bar Malaysia, dan fungsi dan perkhidmatan tambahan yang berkaitan.

    VII. Pertanyaan

    Panduan rujukan yang lebih terperinci, bertajuk “FAQ: Guide to Renewing Your SAPC

    Online”, boleh dimuat turun daripada tab “About Us>Membership>Sijil Annual” dalam

    laman sesawang Badan Peguam Malaysia. Panduan ini yang mengandungi satu set soalan

    lazim (FAQ), adalah relevan kepada Ahli-Ahli yang sedang memperbaharui SAPC mereka.

    Untuk pertanyaan mengenai permohonan Sijil Tahunan dan Sijil Amalan 2018 anda, sila

    hubungi Jabatan Keahlian melalui talian 03-2050 2191, atau kirim emel kepada

    [email protected].

    http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_details&gid=4686&Itemid=332http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_details&gid=4686&Itemid=332http://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.htmlmailto:[email protected]

  • LAW FIRM ONLINE PORTAL

    REGISTRATION FORM

    ______________________________________________________________________ Please take note that only one user ID and password will be emailed to the authorised

    representative from each firm.

    1. Name of Law Firm

    2. Name of Authorised Representative

    3. Designation of Authorised Representative

    4. Office Address and Telephone Number of Authorised Representative

    5. Email Address of the Authorised Representative (please provide only one email address)

    6. Signature of Managing / Senior Partner, and Date

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kindly complete all sections of this Registration Form and return it together with the

    original copy of a covering letter on your firm’s letterhead, to:

    Bar Council

    15 Leboh Pasar Besar

    50050 Kuala Lumpur

    Should you need any clarification, please contact Mohd Esman Basri by telephone at

    03-2050 2168 or send an email to [email protected].

    The personal information that you provide to the Bar Council, whether now or

    in the future, may be used, recorded, stored, disclosed or otherwise processed

    by or on behalf of the Bar Council for the purposes of maintenance of a

    database for the online portal feature, research and audit, and such ancillary

    services as may be relevant.

    Appendix A

    10

    mailto:[email protected]

  • 11

    LAMPIRAN B

    Bagaimana Mewujudkan Permohonan SAPC Anda dengan Menggunakan Portal Atas

    Talian Ahli (“Member Online Portal”)

    Portal atas talian boleh diakses melalui laman sesawang Badan Peguam Malaysia di

    www.malaysianbar.org.my.

    Untuk mengakses Portal Atas Talian Ahli (“Member Online Portal”), anda perlu berdaftar

    sebagai pengguna laman sesawang Badan Peguam Malaysia dan dapatkan nama pengguna

    serta kata laluan untuk log masuk ke laman sesawang. Untuk mendaftar, lengkapkan dan

    kemukakan borang pendaftaran yang terdapat di www.malaysianbar.org.my/create-an-

    account.html.

    Sebaik sahaja permohonan anda untuk didaftarkan telah berjaya diproses, anda akan

    menerima emel yang mengandungi nama pengguna laman sesawang dan kata laluan

    sementara, yang anda akan perlu untuk log masuk ke Member Online Portal. Ini mungkin

    mengambil masa selama dua hari bekerja untuk memproses permohonan anda. Anda

    dinasihati sebaik-baiknya untuk menukar kata laluan sementara anda kepada kata laluan yang

    selamat.

    http://www.malaysianbar.org.my/http://www.malaysianbar.org.my/create-an-account.htmlhttp://www.malaysianbar.org.my/create-an-account.html

  • 12

    (A) Memperbaharui SAPC Anda

    Sekiranya anda memiliki SAPC 2017 yang sah dan anda sedang mengemukakan permohonan

    untuk SAPC 2018, sila lakukan perkara-perkara berikut:

    (1) Pergi ke laman sesawang Badan Peguam Malaysia di www.malaysianbar.org.my. (2) Tekan butang “Advocates & Soicitors” di sebelah kanan laman sesawang.

    (3) Masukkan nama pengguna dan kata laluan laman sesawang anda dan tekan “Login”. (4) Tekan “Access to Member Portal”.

    http://www.malaysianbar.org.my/

  • 13

    (5) Masukkan nombor keahlian Majlis Peguam anda dan tekan “Submit”.

    Anda boleh rujuk kepada nombor yang dipamerkan di atas sebelah sudut kanan mana-

    mana Sijil Tahunan atau Sijil Amalan anda yang terdahulu untuk mendapatkan nombor

    keahlian anda. Tinggalkan “BC/” sebelum nombor keahlian anda.

    Contoh: Sekiranya “BC/A/1234” ialah nombor anda yang dipamerkan pada Sijil

    Tahunan atau Sijil Amalan anda, nombor keahlian anda adalah A/1234.

    (6) Tekan “SA / PC” dalam menu pengemudian di bawah perkataan “Member Online Portal”.

  • 14

    (7) Tekan “Next” apabila anda telah baca “SA / PC Online Application Guide”.

  • 15

    (8) Pada halaman “Sijil Annual (“SA”) Application and Submission History”, sila pastikan anda telah memilih dengan betul, tahun yang bekaitan bagi SAPC yang anda

    sedang memohon (contohnya, “2018” kalau anda sedang memohon SAPC 2018).

    Tekan “Create Application” untuk bermula menyediakan permohonan SAPC anda.

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah tentang cara melengkapkan dan

    mengemukakan permohonan SAPC, sila rujuk kepada Lampiran D di muka surat 29 hingga

    50 di bawah.

    Untuk Panduan Tambahan:

    Panduan rujukan yang lebih terperinci bertajuk “FAQ: Guide to Renewing Your SAPC”,

    boleh dimuat turun dari tab About Us>Membership>Sijil Annual di laman sesawang Badan

    Peguam Malaysia. Panduan ini adalah relevan bagi ahli-ahli yang sedang memperbaharui

    SAPC mereka dan mengandungi satu set soalan lazim (FAQ).

    http://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.html

  • 16

    (B) Memohon SAPC Pertama Anda

    Sekiranya anda pemohon yang baru diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara

    dan sedang membuat permohonan SAPC anda untuk kali pertama, anda perlu membuat

    pemintaan melalui Member Online Portal untuk mendapatkan number keahlian Majlis

    Peguam anda. Sila lakukan perkara-perkara berikut:

    (1) Pergi ke laman sesawang Badan Peguam Malaysia di www.malaysianbar.org.my. (2) Tekan butang “Advocates & Solicitors” di sebelah kanan laman sesawang. (3) Masukkan nama pengguna dan kata laluan laman sesawang anda dan tekan

    “Login”.

    (4) Tekan “Newly-Called Request”.

    http://www.malaysianbar.org.my/

  • 17

    (5) Masukkan kod pelatih Majlis Peguam anda dan tekan “Submit”.

    Kod pelatih anda terkandung dalam surat daripada Majlis Peguam bertajuk

    “Congratulations on Your Admission as an Advocate and Solicitor of the High

    Court of Malaya”.

    (6) Pada halaman “Newly-Called Request”, masukkan butir-butir yang diperlukan dan tekan “Submit”. Sila pastikan anda telah memilih dengan betul tahun

    yang berkaitan untuk SAPC yang anda sedang memohon. Majlis Peguam

    tidak boleh membatalkan rekod setelah SAPC dikeluarkan.

  • 18

    (7) Anda akan menerima pemberitahuan melalui emel, yang mengesahkan permintaan anda telah diterima.

    (8) Apabila permintaan anda telah berjaya diproses, anda akan menerima emel yang mengandungi nombor keahlian Majlis Peguam anda.

    (9) Anda boleh meneruskan untuk mewujudkan permohonan SAPC anda dengan mengikut langkah-langkah yang digariskan dalam seksyen (A) (bertajuk

    “Memperbaharui SAPC Anda”) di Lampiran B ini, di muka surat 12 hingga 15

    di atas.

    Bermula dengan menekan butang “Advocates & Solicitors” di sebelah kanan

    laman sesawang Badan Peguam Malaysia www.malaysianbar.org.my.

    Untuk Panduan Tambahan:

    Satu panduan rujukan yang lebih terperinci bertajuk “FAQ: Guide to Renewing Your SAPC”,

    boleh dimuat turun daripada tab “About Us>Membership>Sijil Annual” di laman sesawang

    Badan Peguam Malaysia. Panduan ini adalah relevan bagi ahli-ahli yang sedang

    memperbaharui SAPC mereka dan mengandungi satu set soalan lazim (FAQ).

    http://www.malaysianbar.org.my/mailto:http://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.html

  • 19

    (C) Memohon SAPC Anda Apabila Menyambung Semula Amalan

    Sekiranya anda telah berhenti beramal pada tahun 2017 atau sebelum SAPC 2017 anda

    dikeluarkan dan anda sedang memohon SAPC anda untuk menyambung semula amalan, anda

    mesti membuat permohonan melalui Member Online Portal untuk mengaktifkan semula

    nombor keahlian Majlis Peguam anda. Sila lakukan perkara-perkara berikut:

    (1) Pergi ke laman sesawang Badan Peguam Malaysia www.malaysianbar.org.my. (2) Tekan butang “Advocates & Solicitors” di sebelah kanan laman sesawang. (3) Masukkan nama pengguna dan kata laluan laman sesawang anda dan

    tekan “Login”.

    http://www.malaysianbar.org.my/

  • 20

    (4) Tekan “Resume Practice Request”.

    (5) Masukkan nombor keahlian Majlis Peguam anda dan tekan “Submit”.

    Anda boleh rujuk kepada nombor yang dipamerkan di sudut kanan sebelah atas

    dalam mana-mana Sijil Tahunan atau Sijil Amalan anda yang terdahulu untuk

    mendapatkan nombor keahlian anda. Tinggalkan “BC/” sebelum nombor keahlian

    anda.

    Contoh: Sekiranya “BC/A/1234” ialah nombor anda yang dipamerkan pada Sijil

    Tahunan atau Sijil Amalan anda, nombor keahlian anda adalah A/1234.

  • 21

    (6) Pada halaman “Resume Practice Request”, masukkan butir-butir yang dikehendaki dan tekan “Submit”. Sila pastikan anda telah memilih dengan betul tahun yang

    berkaitan untuk SAPC yang anda sedang memohon. Majlis Peguam tidak boleh

    membatalkan rekod setelah SAPC dikeluarkan.

    (7) Anda akan menerima pemberitahuan melalui emel yang mengesahkan permohonan anda telah diterima.

  • 22

    (8) Apabila permohonan anda telah berjaya diproses, anda akan menerima emel yang mengesahkan nombor keahlian Majlis Peguam anda.

    (9) Anda boleh meneruskan untuk mewujudkan permohonan SAPC anda dengan mengikut langkah-langkah yang digariskan di seksyen (A) (bertajuk

    “Memperbaharui SAPC Anda”) di Lampiran B ini, di muka surat 12 hingga 15 di

    atas.

    Bermula dengan menekan butang “Advocates & Solicitors” di sebelah kanan laman

    sesawang Badan Peguam Malaysia di www.malaysianbar.org.my.

    Untuk Panduan Tambahan:

    Panduan rujukan yang lebih terperinci bertajuk “FAQ: Guide to Renewing Your SAPC”,

    boleh dimuat turun daripada tab “About Us>Membership>Sijil Annual” di laman sesawang

    Badan Peguam Malaysia. Panduan ini adalah relevan bagi ahli-ahli yang sedang

    memperbaharui SAPC mereka dan mengandungi satu set soalan lazim.

    http://www.malaysianbar.org.my/mailto:http://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.html

  • 23

    LAMPIRAN C

    Bagaimana Wakil yang Diberi Kuasa oleh Firma Guaman Anda Boleh

    Membantu Mewujudkan Permohonan SAPC Anda dengan Menggunakan Portal

    Atas Talian Firma Guaman (“Law Firm Online Portal”)

    Wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda boleh membantu anda melengkapkan

    permohonan SAPC anda melalui Portal Atas Talian Firma Guaman (“Law Firm Online

    Portal”). Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa:

    (1) secara muktamad anda mesti mengemukakan permohonan SAPC anda sendiri melalui Portal Atas Talian Ahli (“Member Online Portal”); dan

    (2) dalam keadaan tertentu, tuan punya tunggal dan rakan kongsi mesti muat naikkan Laporan Akauntan mereka sendiri melalui Member Online Portal.

    Firma guaman yang belum melantik wakil yang diberi kuasa boleh berbuat demikian dengan

    membekalkan butir-butir berikut bagi wakil yang diberi kuasa, yang kepadanya nama

    pengguna dan kata laluan firma guaman itu akan diberi melalui emel:

    (1) Nama; (2) Jawatan; (3) Alamat pejabat; dan (4) Alamat emel.

    Sila kemukakan butir-butir ini dengan melengkapkan dan mengembalikan Borang

    Pendaftaran Law Firm Online Portal (Lampiran A di muka surat 10) kepada Majlis Peguam

    bersama satu salinan asal surat iringan di atas kepala surat firma guaman itu.

    Sekiranya firma guaman anda telah diberi nama pengguna dan kata laluan sebelum ini, butir-

    butir yang sama boleh digunakan untuk mengakses Law Firm Online Portal.

    (A) Memperbaharui SAPC Anda

    Sekiranya anda sudah memiliki SAPC 2017 yang sah, dan anda sedang mengemukakan

    permohonan untuk SAPC 2018, wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda boleh

    membantu anda dengan mengambil langkah-langkah berikut:

    (1) Pergi ke laman sesawang Badan Peguam Malaysia di www.malaysianbar.org.my. (2) Tekan butang “Law Firm Login” di sebelah kanan laman sesawang.

    http://www.malaysianbar.org.my/

  • 24

    (3) Masukkan nama pengguna dan kata laluan firma guaman, dan tekan “Login”.

    (4) Di halaman “Law Firm Online Portal”, tekan “SA / PC”, dan pilih “SA / PC Form” dari pilihan yang dipaparkan.

  • 25

    (5) Tekan “Next”, setelah membaca “SA / PC Online Application Guide”.

  • 26

    (6) Di halaman “Sijil Annual (“SA”) Application and Submission History”, pilih tahun yang berkaitan untuk melihat ringkasan status bagi semua permohonan SAPC

    peguam-peguam firma guaman itu.

    (7) Pilih “Branch” dan “Member” yang berkaitan, dan tekan “View Application”, untuk mengakses borang permohonan SAPC yang berkenaan.

  • 27

    (8) Pilih tahun yang berkenaan, iaitu “2018” sekiranya permohonan adalah untuk SAPC 2018. Sila pastikan tahun yang berkenaan untuk SAPC yang sedang

    dipohon telah dipilih dengan betul. Majlis Peguam tidak boleh membatalkan

    rekod setelah SAPC dikeluarkan. Tekan “Create Application” untuk memulakan

    penyediaan permohonan SAPC.

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah tentang cara melengkapkan dan

    mengemukakan permohonan SAPC, sila rujuk Lampiran D di muka surat 29 hingga 50

    di bawah.

    Untuk Panduan Tambahan:

    Panduan rujukan yang lebih terperinci, bertajuk “FAQ: Guide to Renewing Your SAPC

    Online”, boleh dimuat turun daripada tab “About Us>Membership>Sijil Annual” dalam

    laman sesawang Badan Peguam Malaysia. Panduan ini adalah relevan kepada Ahli-Ahli

    yang sedang memperbaharui SAPC mereka, dan mengandungi satu set soalan lazim (FAQ).

    (B) Memohon SAPC Pertama Anda

    Sekiranya anda pemohon yang baru diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara,

    dan sedang memohon SAPC anda buat kali pertama, wakil yang diberi kuasa oleh firma

    guaman anda boleh membantu anda setelah anda menerima pemberitahuan melalui emel dari

    Majlis Peguam Malaysia yang mengandungi nombor keahlian anda (sila rujuk seksyen (B)(8)

    dalam Lampiran B, muka surat 18 di atas).

    Wakil yang diberi kuasa boleh meneruskan untuk mewujudkan permohonan SAPC anda

    dengan mengikut langkah-langkah yang digariskan dalam seksyen (A) (bertajuk

    “Memperbaharui SAPC Anda”) dalam Lampiran C ini, di muka surat 23 hingga 27 di atas.

    Untuk Panduan Tambahan:

    Panduan rujukan yang lebih terperinci, bertajuk “FAQ: Guide to Renewing Your SAPC

    Online”, boleh dimuat turun daripada tab “About Us>Membership>Sijil Annual” dalam

    laman sesawang Badan Peguam Malaysia. Panduan ini adalah relevan kepada Ahli-Ahli

    yang sedang memperbaharui SAPC mereka, dan mengandungi satu set soalan lazim.

    http://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.htmlhttp://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.html

  • 28

    (C) Memohon SAPC Anda Apabila Menyambung Semula Amalan

    Sekiranya anda telah berhenti beramal dalam tahun 2017 atau sebelum SAPC 2017 anda

    dikeluarkan, dan anda sedang memohon SAPC anda untuk menyambung semula amalan,

    wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda boleh membantu anda setelah anda

    menerima pemberitahuan melalui emel dari Majlis Peguam Malaysia yang mengesahkan

    nombor keahlian anda (sila rujuk seksyen (C)(8) dalam Lampiran B, di muka surat 22

    di atas).

    Wakil yang diberi kuasa boleh meneruskan untuk mewujudkan permohonan SAPC anda

    dengan mengikut langkah-langkah yang digariskan di seksyen (A) (bertajuk “Memperbaharui

    SAPC Anda”) dalam Lampiran C ini, di muka surat 23 hingga 27 di atas.

    Untuk Panduan Tambahan:

    Panduan rujukan yang lebih terperinci, bertajuk “FAQ: Guide to Renewing Your SAPC

    Online”, boleh dimuat turun daripada tab “About Us>Membership>Sijil Annual” dalam

    laman sesawang Badan Peguam Malaysia. Panduan ini adalah relevan kepada Ahli-Ahli

    yang sedang memperbaharui SAPC mereka, dan mengandungi satu set soalan lazim.

    http://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.html

  • 29

    LAMPIRAN D

    Bagaimana Menyediakan dan Mengemukakan Permohonan SAPC Anda

    Borang Permohonan SAPC adalah sama di dalam Portal Atas Talian Ahli (“Member Online

    Portal”) dan Portal Atas Talian Firma Guaman (“Law Firm Online Portal”).

    Anda boleh menyediakan permohonan SAPC anda sendiri dengan menggunakan Member

    Online Portal. Secara alternatif, wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda boleh

    membantu anda menyediakan permohonan SAPC anda melalui Law Firm Online Portal.

    Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa:

    (1) secara muktamad, anda mesti mengemukakan permohonan SAPC anda sendiri melalui Member Online Portal; dan

    (2) dalam beberapa situasi, tuan punya tunggal dan rakan kongsi mesti muat naikkan Laporan Akauntan mereka sendiri melalui Member Online Portal.

    Sila ambil perhatian bahawa:

    (1) terdapat lapan tab dalam borang permohonan SAPC yang perlu dilengkapkan.

    (2) Dalam setiap tab, semua bahagian yang berkaitan mesti dilengkapkan, dan salinan-salinan dokumen sokongan yang diimbas mesti dimuat naikkan.

    (3) Apabila setiap tab bertukar warna kepada hijau, ini bermakna semua bahagian yang diperlukan dalam tab tersebut telah lengkap. Jika mana-mana bahagian tidak

    lengkap, tab berkenaan akan berwarna merah.

    (4) Sila tekan butang “Save” di bawah setiap bahagian, untuk menyimpan semua maklumat yang telah diberi atau pindaan yang telah dibuat.

    (5) Setelah kesemua bahagian dalam Tab 1 hingga Tab 7 telah dilengkapkan dan tab-

    tab itu bertukar warna kepada hijau, permohonan SAPC anda sedia untuk

    dikemukakan. Hanya pemohon sendiri boleh mengemukakan permohonan SAPC

    itu melalui Member Online Portal.

    (6) Apabila permohonan SAPC telah dikemukakan, Tab 8 (“Declaration”) akan juga bertukar warna kepada hijau.

    Untuk panduan bergambar langkah demi langkah tentang cara mewujudkan permohonan

    SAPC anda, sila rujuk kepada:

    (1) Lampiran B (muka surat 11 hingga 22 di atas), jika anda sedang menyediakan permohonan SAPC anda melalui Member Online Portal; atau

    (2) Lampiran C (muka surat 23 hingga 28 di atas), jika wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda membantu anda menyediakan permohonan SAPC anda melalui

    Law Firm Online Portal.

    Untuk panduan tambahan, panduan rujukan yang lebih terperinci bertajuk “FAQ: Guide to

    Renewing Your SAPC Online” boleh dimuat turun daripada tab “About

    Us>>Membership>Sijil Annual” dalam laman sesawang Badan Peguam Malaysia. Panduan

    http://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.htmlhttp://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.html

  • 30

    ini adalah relevan kepada Ahli-Ahli yang sedang memperbaharui SAPC mereka, dan

    mengandungi satu set soalan lazim (FAQ).

    Panduan bergambar langkah demi langkah tentang cara menyediakan dan mengemukakan

    permohonan SAPC anda adalah disenaraikan dalam halaman-halaman berikut.

    Pilih tahun yang berkaitan dengan teliti, dan tekan “Create Application” untuk memulakan

    permohonan SAPC anda.

  • 31

    (A) Tab 1: Personal Particulars

    Maklumat di dalam medan-medan yang berwarna kelabu di bawah “Personal

    Particulars” telah dilengkapi dari awal daripada rekod-rekod Majlis Peguam dan tidak

    boleh dipinda dalam bahagian ini.

  • 32

    Untuk meminda maklumat ini, sila tekan pautan di bawah halaman ini, yang akan

    membawa anda ke halaman “Update Member Profile” di dalam Member Online Portal,

    di mana pindaan boleh dilakukan.

    Sila simpan pindaan yang anda lakukan, supaya butir-butir yang baru akan dipaparkan di

    dalam borang permohonan SAPC atas talian, apabila anda meneruskan dengan proses

    permohonan anda. Untuk pindaan yang memerlukan pengesahan oleh Majlis Peguam,

    pindaan itu tidak akan dipaparkan sehingga telah disahkan.

    Memohon SAPC Anda Buat Kali Pertama (Pemohon yang Baru Diterima Masuk

    Sebagai Peguam bela dan Peguam cara)

    Sekiranya anda pemohon yang baru diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam

    cara dan memohon SAPC anda buat kali pertama, anda dikehendaki muat naikkan

    Perintah Penerimaan Masuk sebagai peguam bela dan peguam cara, serta satu salinan

    resit rasmi bagi yuran penerimaan sebanyak RM200 yang dibayar kepada Lembaga

    Tatatertib (Advocates and Solicitors Disciplinary Board), di bahagian “Newly-Called

    Member” di hujung halaman ini. Tekan butang “Browse”, cari dan pilih dokumen yang

    relevan, dan tekan “Upload”.

  • 33

    (B) Tab 2: Academic Qualification / Admission

    Maklumat di dalam medan-medan yang berwarna kelabu telah dilengkapi dari awal

    daripada rekod-rekod Majlis Peguam dan tidak boleh dipinda.

    Jika anda ingin meminda butir-butir dalam halaman ini, sila menulis kepada Jabatan

    Keahlian (Membership Department) (melalui pos, atau emel di

    [email protected]) untuk bantuan.

    mailto:[email protected]

  • 34

    (C) Tab 3: Jurisdictions / Gainful Employment Details

    Sekiranya anda sedang beramal sebagai peguam bela dan/atau peguam cara di mana-

    mana bidang kuasa selain daripada Malaysia Barat, sila berikan perincian berkenaan

    tempat amalan dan jawatan.

    Jika anda bekerja berpenghasilan (gainfully employed) di tempat lain (selain daripada

    sebagai peguam bela dan peguam cara dalam firma guaman anda), sila berikan perincian

    tentang pekerjaan berkenaan dan jawatan yang dipegang. Kalau anda tidak bekerja

    berpenghasilan di tempat lain, sila isytiharkan demikian.

  • 35

    (D) Tab 4: Practice / Employment Details & History

    Sila ambil perhatian bahawa Akuan Berkanun (Statutory Declaration) anda akan

    dikeluarkan oleh sistem permohonan SAPC atas talian, berdasarkan maklumat yang anda

    berikan. Setelah anda mencetak Akuan Berkanun anda dan mengesahkannya di hadapan

    seorang Pesuruhjaya Sumpah, anda mesti muat naikkannya atas talian untuk

    membolehkan anda mengemukakan permohonan SAPC anda.

    Sila berikan butir-butir sejarah bekerja / tidak bekerja anda, dengan merujuk kepada

    senario-senario berikut, mengikut mana yang berkenaan:

    (1) Senario 1 — Memperbaharui SAPC anda

    Anda memiliki SAPC 2017 yang sah, dan sedang mengemukakan permohonan untuk

    memperbaharui SAPC anda.

    Sila berikan butir-butir sejarah bekerja / tidak bekerja dari 1 Januari 2016 sehingga

    tarikh Akuan Berkanun.

    atau

    (2) Senario 2 — Memohon SAPC Buat Pertama Kali

    Anda adalah pemohon yang baru diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara

    dan sedang memohon untuk SAPC anda buat kali pertama.

  • 36

    Anda dikehendaki memberikan:

    (a) tarikh penerimaan masuk; dan (b) pengesahan bahawa anda tidak pernah beramal

    atau

    (3) Senario 3 — Penyambungan Amalan

    Anda telah berhenti beramal dalam tahun 2017 atau sebelum SAPC 2017 dikeluarkan,

    dan sedang memohon SAPC anda untuk menyambung semula amalan.

    Sila berikan butir-butir sejarah berkerja / tidak berkerja anda dari 1 Januari pada tahun

    sebelum tahun terakhir SAPC anda yang sah dikeluarkan, sehingga tarikh anda berhenti

    beramal, dan dari tarikh berhenti beramal sehingga tarikh Akuan Berkanun.

    atau

    (4) Scenario 4 — Membuat Pemohonan Selepas Luput Tempoh Sah Sijil Amalan 2017

    Sijil Amalan 2017 anda telah luput pada 31 Disember 2017 mengikut seksyen 29(2)

    Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Legal Profession Act, “LPA”), dan anda sedang

    membuat permohonan selepas 1 Januari 2018 bagi SAPC 2018;

    Anda perlu memberikan:

    (a) butir-butir bekerja / tidak bekerja dari 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2017; dan

    (b) pengesahan bahawa anda tidak beramal sejak 1 Januari 2017.

  • 37

    “Maintain Client Account”

    (Terpakai ke atas tuan punya tunggal dan rakan kongsi sahaja)

    (1) Sekiranya anda telah beramal sebagai tuan punya tunggal / rakan kongsi di bawah nama dan gelaran yang sama untuk tempoh perakaunan dari 1 Januari hingga 31 Disember

    2016, atau mana-mana bahagian daripadanya (kemudian daripada ini disebut sebagai

    “Tempoh Perakaunan”), menurut kaedah 13 dalam Kaedah-Kaedah Akaun Peguamcara

    1990 (Solicitors’ Account Rules 1990), anda mesti mengesahkan Akuan Berkanun yang

    mengisytiharkan bahawa semasa Tempoh Perakaunan, anda telah menyenggarakan

    akaun-akaun klien yang disenaraikan dalam Laporan Akauntan. Kemudiannya anda

    mesti menyenaraikan sebarang akaun klien tambahan yang disenggarakan dari

    1 Januari 2017 hingga tarikh Akuan Berkanun. Sila muat naikkan sesalinan

    Laporan-Laporan Akauntan untuk SEMUA pejabat.

    Sekiranya anda tidak menyenggarakan apa-apa akaun klien semasa Tempoh

    Perakaunan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan/atau kemudiannya dari

    1 Januari 2017 hingga tarikh Akuan Berkanun, sila isytiharkan demikian.

    (2) Kehendak-kehendak yang diperlukan dalam perkara (1) di atas juga terpakai sekiranya anda telah beramal sebagai tuan punya tunggal / rakan kongsi di bawah nama dan

    gelaran yang sama pada Tempoh Perakaunan dari 1 Januari pada tahun sebelum tahun

    terakhir SAPC anda yang sah dikeluarkan sehingga tarikh berhenti beramal, atau mana-

    mana bahagian daripadanya.

  • 38

    (3) Sekiranya akaun klien hanya dibuka / ditutup dalam tahun semasa, atau jika nombor akaun telah ditukar, sila senaraikan perubahan tersebut di dalam Akuan Berkanun.

    (4) Sekiranya anda telah beramal di bawah lebih daripada satu nama dan gelaran (contohnya, tuan punya tunggal dan kemudian dalam perkongsian, atau dalam lebih

    daripada satu perkongsian) dalam Tempoh Perakaunan tersebut, sila senaraikan butir-

    butir SEMUA akaun klien yang disenggarakan oleh SETIAP firma di dalam Akuan

    Berkanun.

    (5) Sekiranya anda dahulu adalah pembantu undang-undang (legal assistant) selama seluruh Tempoh Perakaunan tetapi selepas itu telah beramal sebagai tuan punya tunggal atau

    rakan kongsi, sila pilih tarikh-tarikh yang berkaitan, jawatan yang disandang, serta firma

    guaman, dan senaraikan SEMUA akaun klien yang kini disenggarakan oleh firma anda.

    (6) Sekiranya firma anda kini/atau pernah membuka lebih daripada satu cawangan dalam Tempoh Perakaunan tersebut, anda dikehendaki memuat naikkan semua Laporan

    Akauntan yang relevan yang menyenaraikan akaun-akaun klien yang disenggarakan

    oleh SEMUA cawangan firma guaman anda.

    Bagaimana Pratonton (Preview) dan Cetak Akuan Berkanun

    Apabila anda telah melengkapkan medan-medan yang berkenaan, tekan “Preview & Print SD”

    untuk “preview” Akuan Berkanun anda.

  • 39

    Berikut adalah contoh “preview” Akuan Berkanun.

    Sekiranya maklumat dalam Akuan Berkanun adalah betul, sila lakukan langkah-langkah

    berikut:

    (1) Cetak Akuan Berkanun; (2) Tandatangan Akuan Berkanun; (3) Pastikan Akuan Berkanun diakui di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah; dan (4) Pastikan Akuan Berkanun dicatat tarikh.

  • 40

    Imbas dan simpan Akuan Berkanun yang telah diakui, dalam komputer anda. Tekan butang

    “Browse” untuk mencari dan memilih Akuan Berkanun yang relevan, dan tekan “Upload”.

  • 41

    (E) Tab 5: Payment & Insurance Status

    Para pemohon diingatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut, supaya proses

    permohonan SAPC mereka berjalan lancar.

    (1) Pastikan bayaran-bayaran berikut telah dijelaskan:*

    (a) 2017 Annual Subscription (Yuran Tahunan): RM450;

    (b) 2017 Building Fund (Levi): RM250;

    (c) 2017 Legal Aid Fund (Levi): RM100;

    (d) 2017 Sports Fund (Levi): RM20;

    (e) 2017 LawCare Fund (Levi): RM100;

    (f) 2018 Compensation Fund (Kumpulan Wang Pampasan) (Caruman): RM100;

    (g) 2018 Discipline Fund (Kumpulan Wang Tatatertib) (Fi yang Ditetapkan): RM60;

    dan

    (h) Penalti mengikut seksyen 46(6) LPA (jika berkaitan): RM450.

    *Tahun-tahun yang tersebut di atas adalah terpakai atas Ahli-Ahli yang sedang

    memohon untuk SAPC 2018.

    Yuran tahunan berjumlah RM450 untuk 2017 seharusnya dibayar pada atau sebelum 30 June

    2017. Sekiranya bayaran ini tidak dibuat pada atau sebelum 30 June 2017, dan Ahli

    berkenaan telah beramal dari 1 Januari hingga 30 Jun 2017, atau mana-mana bahagian

    daripadanya, bayaran tambahan penalti berjumlah RM450 perlu dibayar, menurut seksyen

    46(6) LPA.

    Anda tidak akan dapat mengemukakan permohonan SAPC anda sehingga anda telah

    menjelaskan semua bayaran yang tertunggak. Ini mungkin mengambil masa selama lima hari

    bekerja untuk memproses bayaran anda.

    Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat pembayaran, sila rujuk kepada Pekeliling No

    084/2017 bertarikh 18 April 2017, bertajuk “2017 Malaysian Bar Payments Required Under

    the Legal Profession Act 1976”. Untuk pertanyaan, sila hubungi Jabatan Kewangan (Finance

    Department) Majlis Peguam melalui talian 03-2050 2128 atau melalui emel di

    [email protected].

    http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=5840&Itemid=332http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=5840&Itemid=332mailto:[email protected]

  • 42

    Halaman “Payment & Insurance Status” menunjukkan sama ada terdapat sebarang bayaran

    yang tertunggak. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh mengemukakan

    permohonan SAPC anda jika ada sebarang bayaran yang tertunggak.

    Untuk butiran yang lebih lanjut mengenai status pembayaran dan cara-cara pembayaran, sila

    tekan “Click here for details”.

    (2) Dapatkan Professional Indemnity Insurance Cover 2018 (Perlindungan Insuran Profesional 2018) daripada Jardine Lloyd Thompson Sdn Bhd (“JLT”). Ahli-ahli

    digalakkan memperbaharui perlindungan insuran anda secara atas talian dengan JLT

    sebab ia lebih mudah dan membolehkan pemprosesan yang lebih cepat, dan Ahli-Ahli

    boleh mendapatkan invois mereka di akhir proses atas talian.

  • 43

    Sila hubungi JLT terus untuk sebarang pertanyaan mengenai Professional Indemnity

    Insurance, di:

    Jardine Lloyd Thompson Sdn Bhd

    Suite 10.2, 10th Floor, Faber Imperial Court

    21A Jalan Sultan Ismail

    50250 Kuala Lumpur

    Tel: 03-2723 3241 (talian khusus untuk Bar Malaysian)

    03-2723 3388 (talian am)

    Faks: 03-2723 3301

    Emel: [email protected]

    Sekiranya anda telah membuat bayaran kepada JLT untuk perlindungan insuran profesional

    anda, tetapi sistem masih menunjukkan sebaliknya, sila imbas dan muat naikkan Professional

    Indemnity Insurance Schedule (2018) (jadual perlindungan insuran profesional bagi 2018)

    daripada JLT. Sila abaikan butang-butang “Yes” dan “No” jika anda telah memuat naikkan

    sesalinan lindungan (cover) Professional Indemnity Insurance.

    (3) Sekiranya anda telah dikenakan denda yang perlu dibayar kepada Lembaga Tatatertib, SAPC anda hanya akan dikeluarkan setelah anda memuat naikkan sesalinan resit rasmi

    bagi bayaran-bayaran anda.

    mailto:[email protected]

  • 44

    (F) Tab 6: Accountant’s Report(s)

    Untuk memohon SAPC 2018, setiap tuan punya tunggal / rakan kongsi mesti mengemukakan

    satu salinan Laporan Akauntan bagi tempoh dari 1 Januari hingga 31 Disember 2016,

    melainkan dikecualikan oleh Majlis Peguam di bawah kaedah 6 di dalam Kaedah-Kaedah

    Laporan Akauntan 1990 (Accountant’s Report Rules 1990), untuk:

    (1) pejabat utama; dan (2) pejabat-pejabat cawangan (hanya terpakai atas tuan punya tunggal / rakan kongsi

    yang memiliki pejabat-pejabat cawangan).

    Laporan Akauntan hendaklah dikeluarkan atas nama setiap pemohon individu.

    Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu pejabat, sila pastikan bahawa Laporan Akauntan

    merangkumi semua pejabat dan/atau cawangan, atau pastikan bahawa Laporan Akauntan

    yang berasingan dikemukakan untuk setiap satu pejabat.

  • 45

    Sila pastikan bahawa Laporan Akauntan mengandungi perkara-perkara berikut:

    (1) Butiran semua rakan kongsi dalam tempoh perakaunan bagi 2016 dan tarikh-tarikh yang mana-mana rakan kongsi sertai atau meninggalkan firma guaman tersebut;

    (2) Akaun klien yang disenggarakan oleh pejabat, termasuk tarikh-tarikh akaun klien baharu dibuka atau ditutup;

    (3) Dua tarikh penyemakan (review dates) yang dipilih oleh akauntan; (4) Butir-butir dan tandatangan akauntan, serta tarikh Laporan Akauntan; dan (5) Jika akaun-akaun klien dari mana-mana pejabat telah dibuka atau ditutup dalam

    tahun 2016, sila pastikan butiran mengenainya telah diberikan dalam Laporan

    Akauntan.

    Sekiranya anda menyambung semula amalan dan anda merupakan tuan punya tunggal / rakan

    kongsi sebelum berhenti beramal, Laporan Akauntan bagi tempoh yang relevan semasa anda

    masih beramal sebagai tuan punya tunggal / rakan kongsi sehingga tarikh anda berhenti

    beramal atau sehingga 31 Disember 2016, yang mana yang kemudian, hendaklah

    dikemukakan.

    Sila ambil perhatian bahawa dalam situasi tertentu, wakil yang diberi kuasa oleh firma

    guaman anda tidak boleh memuat naikkan Laporan Akauntan melalui Law Firm Online

    Portal. Dalam keadaan sedemikian, anda mesti memuat naikkan Laporan Akauntan anda

    sendiri melalui Member Online Portal.

    .

  • 46

    (G) Tab 7: State Bar Certificate(s)

    Jika sebuah firma memiliki cawangan di lebih daripada satu negeri, tuan punya tunggal /

    setiap rakan kongsi dalam firma tersebut perlu menjadi ahli di dalam semua Jawatankuasa

    Bar Negeri di mana pejabat-pejabat cawangan dibuka, dan mesti memuat naikkan salinan-

    salinan sijil Jawatankuasa Bar Negeri yang diimbas, sebagai pengesahan bahawa tiada

    sebarang bayaran yuran yang tertunggak.

    Seandainya anda menyambung semula amalan, anda dikehendaki mengemukakan sijil

    Jawatankuasa Bar Negeri bagi tahun terakhir anda beramal dan juga tahun terakhir SAPC

    anda yang sah dikeluarkan, dan juga bagi tahun semasa atau tahun yang anda ingin memohon

    untuk SAPC (mengikut mana-mana yang berkenaan).

    Sistem permohonan atas talian akan menunjukkan sijil-sijil Jawatankuasa Bar Negeri yang

    mana, yang perlu dimuat naikkan berdasarkan rekod-rekod Majlis Peguam.

  • 47

    Anda dikehendaki memuat naikkan salinan-salinan sijil Jawatankuasa Bar Negeri yang

    diimbas, yang mengesahkan bahawa tiada tunggakan bagi bayaran yuran untuk tahun-tahun

    yang berkenaan untuk:

    (1) pejabat utama; dan (2) pejabat-pejabat cawangan (hanya terpakai atas tuan punya tunggal / rakan kongsi

    yang memiliki pejabat-pejabat cawangan).

  • 48

    (H) Tab 8: Declaration Anda akan mengemukakan permohonan anda dalam bahagian ini.

    Sila ambil perhatian bahawa anda mesti mengemukakan permohonan SAPC anda

    sendiri melalui Member Online Portal. Wakil yang diberi kuasa oleh firma guaman anda

    boleh membantu anda menyediakan permohonan SAPC anda melalui Law Firm Online

    Portal, tetapi secara muktamad anda mesti mengemukakan permohonan SAPC anda

    sendiri melalui Member Online Portal.

    Tandakan kotak di sebelah perkataan “I hereby make the declaration set as above”, dan tekan

    “Submit”.

  • 49

    (I) Bagaimana Mendapat Salinan SAPC Anda

    (a) Bagaimana menyemak status permohonan saya?

    Anda boleh menyemak status permohonan SAPC anda di halaman “Sijil

    Annual (“SA”) Application and Submission History”.

    Apabila anda tekan simbol “i” (untuk “information”) di sebelah deskripsi status,

    suatu tetingkap akan muncul, yang memberikan penjelasan mengenai status

    yang dipaparkan.

  • 50  

     (b) Bagaimana untuk muat turun SAPC saya?

    Anda boleh muat turun SAPC anda dari halaman “Sijil Annual (“SA”) Application and Submission History”, dan mencetaknya. Salinan SAPC yang bercetak tidak akan diberikan.

     

    Untuk Panduan Tambahan:

    Panduan rujukan yang lebih terperinci, bertajuk “FAQ: Guide to Renewing Your SAPC Online”, boleh dimuat turun daripada tab “About Us>Membership>Sijil Annual” dalam laman sesawang Badan Peguam Malaysia. Panduan ini adalah relevan kepada Ahli-Ahli yang memperbaharui SAPC mereka, dan mengandungi satu set soalan lazim.

    (Dikemaskini pada 25 Oktober 2017)

    http://www.malaysianbar.org.my/sijil_annual.html