untuk dan bagi

2
Untuk dan bagi Untuk dan bagi ialah kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi yang tertentu. Kata sendi untuk dan bagi boleh bervariasi atau bertukar ganti jika digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya; Sebuah dewan untuk kegiatan penduduk Taman Rasa Sayang sedang dalam pembinaan. Sebuah dewan bagi kegiatan penduduk Taman Rasa Sayang sedang dalam pembinaan. Aktiviti untuk peningkatan akademik tahun hadapan telah siap disusun. Aktiviti bagi peningkatan akademik tahun hadapan telah siap disusun. Peralatan itu ditempah untuk pengajaran dan pembelajaran. Peralatan itu ditempah bagi pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa cadangan sedang dipertimbangkan. Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa cadangan sedang dipertimbangkan. Sebaliknya, kata untuk dan bagi tidak boleh bertukar ganti apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya; Bagi siapakah hadiah ini. (X) Untuk siapakah hadiah ini. (/) Hadiah ini bagimu. (X) Hadiah ini untukmu. (/) Jam tangan ini bagi Fahmi. (X) Jam tangan ini untuk Fahmi. (/)

Upload: samadmahden

Post on 23-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

untuk

TRANSCRIPT

Page 1: Untuk Dan Bagi

Untuk dan bagi

Untuk dan bagi ialah kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata

nama atau frasa nama, dengan fungsi yang tertentu. Kata sendi untuk dan

bagi boleh bervariasi atau bertukar ganti jika digunakan di hadapan frasa

nama atau kata nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan

sesuatu. Contohnya;

Sebuah dewan untuk kegiatan penduduk Taman Rasa Sayang sedang dalam

pembinaan.

Sebuah dewan bagi kegiatan penduduk Taman Rasa Sayang sedang dalam

pembinaan.

Aktiviti untuk peningkatan akademik tahun hadapan telah siap disusun.

Aktiviti bagi peningkatan akademik tahun hadapan telah siap disusun.

Peralatan itu ditempah untuk pengajaran dan pembelajaran.

Peralatan itu ditempah bagi pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa cadangan sedang

dipertimbangkan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa cadangan sedang

dipertimbangkan.

Sebaliknya, kata untuk dan bagi tidak boleh bertukar ganti apabila

digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau

diperuntukkan. Contohnya;

Bagi siapakah hadiah ini. (X)

Untuk siapakah hadiah ini. (/)

Hadiah ini bagimu. (X)

Hadiah ini untukmu. (/)

Page 2: Untuk Dan Bagi

Jam tangan ini bagi Fahmi. (X)

Jam tangan ini untuk Fahmi. (/)

Bagi siapakah kiriman itu? (X)

Untuk siapakah kiriman itu? (/)

Berdasarkan huraian di atas jelaslah bahawa penggunaan untuk dan bagi

hanya dapat dibezakan jika penggunaanya bermaksud sesuatu yang telah

ditentukan atau ditetapkan untuk seseorang.

Jam tangan ini untuk Fahmi.