universiti teknologi malaysia borang ... pembangunan laman web berasaskan teori konstruktivisme bagi...

21
PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SESI PENGAJIAN : 2009/2010 Saya SHAHIDAN B SHAARANI___________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, _______________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR NORAFFANDY B YAHAYA NO 9 KG JONG, (NAMA PENYELIA) MUKIM KERUNAI, 33310 GERIK,PERAK. Tarikh : 26 April 2010 Tarikh : 26 April 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: vanhanh

Post on 09-May-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI

KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA

DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya SHAHIDAN B SHAARANI___________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (√)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

_______________________ ___________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: DR NORAFFANDY B YAHAYA NO 9 KG JONG, (NAMA PENYELIA)

MUKIM KERUNAI,

33310 GERIK,PERAK.

Tarikh : 26 April 2010 Tarikh : 26 April 2010

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : ………………………….......

Nama Penyelia : DR NORAFFANDY B YAHAYA

Tarikh : ………………………….......

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

i

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME

BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK

CAHAYA

SHAHIDAN B SHAARANI

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………..

Nama penuh : SHAHIDAN B SHAARANI

Tarikh : …………………………………..

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Shaarani b Mohd Desa

Taharah bt Hamid

Tiada apa yang dapatku hitung jasa kalian. Harapanku agar doa kalian mengiringi setiap

detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku

tunaikan jua. Namun bukanlah cukup untuk membalas jasa kalian yang bertungkus lumus

membesarkan anakandamu.Terima kasih atas segalanya.

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui

dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Buat sahabat handai, teman serumah

serta penyarah pembimbing

Dr Noraffandy b Yahaya

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita bersama .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T, Pemilik Alam Maya diatas segala

nikmat berserta kasih sayangnya yang memberi peluang mata ini masih terbuka dan

upaya tenaga untuk laman web ini seperti yang dirancangkan. Selawat dan salam ke atas

Rasulullah S.A.W, perjuanganmu memperkenalkan Islam kepada kami tidak akan luput

di ingatan.

Penghargaan tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing yang sabar

memberi tunjuk ajar, teguran dan nasihat sepanjang membimbing saya dalam proses

menyiapkan projek sarjana muda ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan

baktimu, Dr Noraffandy b Yahaya.

Juga kepada kedua ibubapaku yang tidak pernah mengenal erti lelah

melangkah bersama di sisiku sepanjang usaha susah dan senang mencari idea-idea untuk

menjadikan hasil pembinaan adalah yang terbaik. Ternyata tanpa segala doa, nasihat dan

juga kata-kata semangat yang diberikan, mustahil anakmu mampu berdiri seperti

sekarang.

Sahabat-sahabat seangkatan yang masih mampu memberikan kerjasama

dan bantuan walaupun masing-masing mempunyai urusan akademik yang banyak. Bukan

sedikit ubahsuai yang dilakukan di atas nasihat dan kritikan membina yang semestinya

dapat memperbaiki kelemahan dalam pembangunan laman web ini.

Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yang

terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam membantu usaha saya menyiapkan projek

sarjana muda saya ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan laman web yang menyediakan

ruangan pembelajaran berkaitan subtopik Kanta dan Pembiasan yang interaktif

berasaskan teori Kontruktivisme. Dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

penyampaian, laman web ini juga turut mengambil kira aspek pembelajaran

pengaturcaraan berasaskan strategi Kontruktivisme, pembelajaran subtopik Kanta dan

Pembiasan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web dan pemilihan elemen

multimedia yang sesuai. Model pembangunan Hannafin and Peck telah digunakan

sebagai garis panduan. Perisian pengarangan web Microsoft Frontpage dan beberapa

perisian tambahan seperti Adobe Photoshop CS2, Adobe Image Ready CS2 dan Adobe

Flash Profesional telah digunakan bagi menghasilkan laman web ini. Diharapkan laman

web ini dapat membantu pelajar dalam pembelajaran konsep berkaitan Kanta dan

Pembiasan.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to develop an interactive website on the two

subtopic of Lens and Refraction. The learning theory employed in developing the website

was constructivism while the medium of instruction was Bahasa Melayu. Other than

applying constructivism strategy, the developer took into account of web-based learning

on subtopic Lens and Refraction, web design issues as well as the suitability of

multimedia elements. The developer applied Hannafin and Peck model as the

development model. In the process of developing the website, the developer used

Microsoft Frontpage, Adobe Photoshop CS2, Adobe Image Ready CS2 and Adobe Flash

Profesional. It is hoped that the website will help students in learning and mastering the

concept of Lens and Refraction.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 5

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

viii

1.4 Kepentingan Projek 5

1.4.1 Pelajar 5

1.4.2 Guru 6

1.4.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 6

1.5 Batasan Projek 7

1.6 Rasional Projek 7

1.7 Definisi Istilah 8

1.7.1 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 8

1.7.2 Teori Konstruktivisme 9

1.7.3 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 9

1.8 Penutup 9

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 11

2.2.1 Definisi Pembelajaran Berbantu

Komputer (PBK) 11

2.2.2 Ciri dan Kelebihan PBK 12

2.2.3 Penggunaan Internet dan Web dalam P&P

Subjek Sains 14

2.3 Teori Pembelajaran 16

2.3.1 Teori Pembelajaran Tingkahlaku 16

2.3.2 Teori Pembelajaran Kognitif 17

2.3.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 18

2.3.4 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme 19

2.3.5 Kelebihan Pembelajaran Secara

Konstruktivisme 20

2.3.6 P eranan Pelajar dan Guru dalam

Kelas Mengikut Teori Konstruktivisme 21

2.2.6.1 Peranan Pelajar 22

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

ix

2.2.6.2 Peranan Guru 22

2.5 Model Motivasi ARCS 23

2.5.1 Attention (Perhatian) 24

2.5.1 Relevance (Relevan) 25

2.5.1 Confident (Keyakinan) 25

2.5.1 Satisfaction (Kepuasan) 26

2.6 Penutup 26

3 REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pendahuluan 28

3.2 Model Pembangunan 28

3.2.1 Fasa Analisis 29

3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 29

3.2.1.2 Analisis Kandungan Pelajaran 30

3.2.2 Fasa Rekabentuk 30

3.2.2.1 Rekabentuk Informasi 31

3.2.2.2 Aplikasi Model Rekabentuk ARCS 32

3.2.2.3 Rekabentuk Interaksi 33

3.2.2.4 Rekabentuk Antaramuka 34

3.3.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 36

3.3.3.1 Perkakasan 36

3.3.3. Perisian 36

3.3.3.2.1 Microsoft Frontpage 37

3.3.3.2.2 Hot Potatoes 37

3.3.3.2.3 Adobe Photoshop 38

3.3.3.2.4 Perisian web Browser 38

3.3.3.2.5 Adobe Flash

Profesional dan

SwishMax 39

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

x

3.5 Penutup 39

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Pengumpulan Bahan dan Pengurusan Fail 41

4.3 Kandungan Laman Web 41

4.3.1 Paparan Butang Utama 44

4.3.2 Paparan Pendahuluan 45

4.3.3 Paparan Objektif 47

4.3.4 Paparan Siruasi 1 dan Situasi 2 47

4.3.5 Paparan Aktiviti 49

4.4 Info dan Hubungi Kami 50

4.5 Penutup 51

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN PENUTUP

5.1 Pendahuluan 52

5.2 Perbincangan 53

5.2.1 Teori Konstruktivisme 53

5.2.2 Elemen Multimedia dan Rekabentuk 54

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi Semasa

Pembangunan Perisian 55

5.3.1 Faktor Kurang Kepakaran 55

5.3.2 Faktor Masa 56

5.3.3 Faktor Kos dan Perkakasan 57

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 57

5.4.1 Membangunkan Perisian Menggunakan

Dwibahasa 57

5.4.2 Menambahkan Soalan Latihan 58

5.4.3 Animasi dan Audio 58

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

xi

5.4.4 Penilaian dan Pengujian Perisian 59

5.5 Penutup 59

BIBLIOGRAFI 61

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

2.2 Model ARCS 24

3.1 Model Pembangunan Hannafin & Peck. 29

4.1 Paparan Laman Utaman Laman Web 42

Kanta dan Pembiasan.

4.2 Paparan Dua Butang Utama 44

4.3 Paparan Bahagian Pendahuluan 46

4.4 Paparan Objektif untuk Subtopik Pembiasan 47

4.5 Paparan Halaman Situasi 1 untuk 48

Subtopik Pembiasan

4.6 Paparan Halaman Utama bagi Ruangan 49

Aktiviti bagi Subtopik Pembiasan

4.7 Contoh Paparan Halaman Aktiviti 1 bagi 50

Subtopik Pembiasan

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

21. `Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme 20

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan pesat dalam bidang Teknologi Maklumat menjadi antara

penyumbang terbesar kepada pembangunan negara kita Malaysia. Perkembangan positif

ini bukan sahaja memberi impak positif kepada ekonomi negara, malah sektor pendidikan

juga antara bidang yang menerima tempias yang hebat hasil daripada perkembangan yang

terjadi ini. Kemudahan teknologi tidak lagi hanya terhad untuk penggunaan di dalam

syarikat-syarikat mewah, makmal-makmal berteknologi tinggi, malah kemudahan ini

sudah meluas ke seluruh bidang dan tempat.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sektor pendidikan antara yang menerima

manfaat yang besar dari perkembangan teknologi maklumat. Kerajaan telah mula

menerapkan pelbagai unsur penggunaan teknologi maklumat dalam sektor pendidikan.

Sebagai permulaan kerajaan telah memperkenalkan mata pelajaran teknologi maklumat

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

2

dan penggunaan perisian berbantu komputer ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Mohd Aizaini Maarof (2004), langkah pertama kerajaan Malaysia dalam

perancangan penggunaan teknologi maklumat di sekolah-sekolah adalah dengan

menubuhkan sekolah bestari sebagai sekolah pertama yang menggunakan teknologi

maklumat keseluruhannya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran serta sistem

pengurusan sekolah.

Marini Othman et. al. (1999), menyatakan bahawa konsep sekolah bestari mula

menjadi perhatian di Malaysia dan berkembang pesat serta menghampiri sasaran negara

iaitu Wawasan 2020 dan selari dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya perubahan

dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, dan Manimegalai Subramaniam, 2002).

Sekolah bestari yang pertama adalah gabungan empat buah sekolah yang membentuk

Kompleks Sekolah Sri Bintang (Mohd Aizaini Maarof, 2004).

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) di dalam kelas, teknologi

maklumat banyak membantu terutama sebagai medium pengantara guru dan pelajar.

Proses P&P juga tidak lagi terhad di dalam bilik darjah sahaja, malah pelajar sudah bebas

untuk mengalami suasana ilmu walau di mana pelajar itu berada. Guru juga tidak lagi

tertumpu pada kaedah tradisional untuk menyampaikan maklumat malah sudah mula

menggunakan alternatif yang lebih menarik dan sudah tentu lebih berkesan dalam

memberikan kefahaman terhadap maklumat yang ingin disampaikan tersebut.

Untuk memastikan perkembangan teknologi maklumat benar-benar memberi

impak yang besar kepada sektor pendidikan. Semua pihak haruslah memainkan peranan

yang bijak dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam hal ehwal kerja disekolah

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

3

ataupun apa sahaja yang melibatkan proses P&P. Ini adalah untuk menjamin sektor

pendidikan berjalan seiring dalam perkembangan sains dan teknologi itu sendiri.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Matapelajaran Sains di sekolah menengah dapat dipecahkan kepada beberapa

bahagian besar iaitu Fizik, Biologi dan Kimia. Antara mata pelajaran sains yang sukar

difahami adalah Fizik kerana terdapat banyak konsep serta prinsip yang abstrak dan susah

difahami. Penguasaan konsep sains yang rendah timbul akibat pendekatan pengajaran

tradisional yang masih digunakan semasa proses P&P subjek sains berlansung. Dalam

pengajaran tradisional, guru lebih menekankan hafalan-hafalan pada fakta-fakta tertentu

dan sedikit sahaja penekanan pada kefahaman konsep serta aplikasinya dengan

pengalaman pelajar. Pelajar biasanya didedahkan dengan pembelajaran secara

behaviorisme yang melakukan aktiviti penyelesaian masalah yang jawapannya tersedia di

dalam buku teks dan mereka tidak mempunyai peluang untuk menganalisis dan menilai

maklumat. Guru merupakan elemen utama dalam aktiviti P&P ini.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai masalah

untuk mengingati fakta-fakta bertulis tetapi mempunyai masalah dalam mengaplikasikan

konsep saintifik itu sendiri. Guru tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap

pengajaran yang boleh menghasilkan pemahaman, aplikasi serta perkembangan sihat dari

segi sikap, tabiat dan minda yang merupakan sebahagian daripada matlamat pengajaran

sains. Maka, apabila tumpuan tidak diberi terhadap pemahaman konsep sains

menyebabkan pelajar hanya menghafal fakta dan cepat lupa kepada apa yang telah

mereka pelajari. Maka, budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang

berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran dan kreatif dengan

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

4

menggunakan teknologi terkini. Tradisi pengajaran sains harus diubah supaya tidak

hanya tertumpu pada penguasaan kandungan fakta sains sahaja.

Pembelajaran secara konstruktivisme adalah pembelajaran yang berpusatkan

pelajar manakala guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Teori konstruktivisme adalah

satu teori yang menyatakan bahawa hanya pelajar sendiri yang membina pengetahuan

mereka serta mengaplikasikan pelbagai kemahiran dan membuat penaakulan yang logik.

Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pembelajaran konstruktivisme lebih

berkesan kerana pelajar sendiri yang merupakan tunggak utama dalam pembelajaran dan

pelajar diberi kesempatan untuk membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman

masing-masing.

Penerapan pembelajaran berasaskan web telah melahirkan satu bentuk proses

P&P yang lebih dinamik kerana kemampuannya mengendalikan pembelajaran secara

terbuka dan fleksibel selari dengan gaya pembelajaran pelajar yang berbeza-beza.

Kelebihan ini menarik perhatian dan minat pelajar untuk belajar. Persekitaran

pembelajaran berasaskan laman web juga telah mewujudkan satu peluang interaksi secara

sinkronous dan asinkronous menerusi pembelajaran secara kolaboratif . Maka,

penyelidikan ini dijalankan untuk membina seterusnya membantu proses P&P dengan

pengajaran dan pembelajaran berasaskan web menggunakan pendekatan konstruktivisme.

Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan elemen-elemen multimedia iaitu

grafik, teks, audio, video dan animasi didalam satu laman web untuk membantu proses

P&P.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

5

1.3 Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah

i. Membangunkan laman web berdasarkan silibus Tingkatan 4 bagi subtopik Kanta

dan Pembiasan.

ii. Membangunkan laman web berdasarkan teori konstruktivisme

iii. Membangunkan laman web bagi dau subtopic Kanta dan Pembiasan dari tajuk

Cahaya yang menerapkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio,

video dan animasi.

1.4 Kepentingan Projek.

Pembinaan ini tidak lain dan bukan dibuat adalah untuk membantu masyarakat

dalam membangunkan bidang pendidikan secara umumnya. Walaubagaimanapun, projek

ini dibangunkan khas untuk kemudahan beberapa pihak terutama yang terlibat secara

lansung dengan proses P&P bagi subjek Fizik di sekolah.

1.4.1 Pelajar

Sudah tentu tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan

pelajar dalam proses mereka mendalami subjek Fizik. Dengan adanya web hasil dari

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME BAGI DUA SUBTOPIK IAITU KANTA DAN PEMBIASAN DARI TAJUK CAHAYA SHAHIDAN B SHAARANI Laporan

62

Noor Adreen Md Hamdani dan Norah Md Noor. Pembangunan perisian pembelajaran

berasaskan web menggunakan kaedah simulasi bagi sub topik teknologi rangkaian tanpa

wayar untuk rangkaian kawasan setempat. 1st International Malaysian Educational

Technology Convention: Kuala Lumpur. 743-749

Skinner, B.F (1938). The Behaviour of Organisma. New York : Appleton-Century Crafts.

Smith, D. dan Negrino, T. (2004). Javascript (computer program language) World Wide Web.

Berkeley: Peachpit Press.

Zaharah Latif (2000). Pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer(PBK)

multimedia bagi satu tajuk kecil sains kbsm tingkatan dua. Tesis Sarjana Muda:

Universiti Teknologi Malaysia.