universiti sains malaysia - ramayah · web viewpeperiksaan akhir sidang akademik 1999/2000 februari...

23
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi SEPULUH (10) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan. Jawab SEMUA soalan. Jawapan untuk Bahagian A hendaklah ditandakan dalam borang OMR dengan pensil 2B. PASTIKAN ANDA MENULIS ANGKA GILIRAN. BAHAGIAN A SOALAN 1 1. Bagi ukuran mana dari skala di bawah ini mod adalah merupakan ukuran kecenderungan menengah yang sesuai? (a) Ordinal. (b) Nisbah. (c) Selang. (d) Nominal . (e) Pecahan 2. Suatu alat pengukuran boleh memesong hasil penemuan dengan beberapa cara, yang paling penting adalah: (a) Penemuduga memesong jawapan yang direkod. (b) Pensampelan yang kurang baik elemen dalam keseluruhan konsep .

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan AkhirSidang Akademik 1999/2000

Februari 2000

ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN

Jam: [ 3 jam ]

ARAHAN

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi SEPULUH (10) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab SEMUA soalan. Jawapan untuk Bahagian A hendaklah ditandakan dalam borang OMR dengan pensil 2B. PASTIKAN ANDA MENULIS ANGKA GILIRAN.

BAHAGIAN A

SOALAN 1

1. Bagi ukuran mana dari skala di bawah ini mod adalah merupakan ukuran kecenderungan menengah yang sesuai?

(a) Ordinal.(b) Nisbah.(c) Selang.(d) Nominal .(e) Pecahan

2. Suatu alat pengukuran boleh memesong hasil penemuan dengan beberapa cara, yang paling penting adalah:

(a) Penemuduga memesong jawapan yang direkod.(b) Pensampelan yang kurang baik elemen dalam keseluruhan konsep .(c) Bahaya orang kedua memesong jawapan.(d) Tiada jawapan di atas.(e) Semua di atas.

3. Mana satu dari yang berikut menjelaskan satu bentuk kesahan berasaskan kriteria?

(a) Kesahan Muka.(b) Kesahan Selari (Concurrent).(c) Kesahan Kandungan.(d) Kesahan Konstruk.(e) Kesahan Antara Muka

Page 2: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

4. Mana satu kenyataan berikut yang paling baik mengungkap perhubungan antara kesahan dan kebolehpercayaan?

(a) Suatu pengukuran mungkin sah dan tiada kebolehpercayaan.(b) Suatu pengukuran mungkin boleh dipercayai tetapi tidak sah .(c) Ukuran yang boleh dipercayai adalah bebas dari ralat sistematik manakala

ukuran yang sah pula bebas dari ralat rawak.(d) Dari kedua-dua ukuran di atas, yang lebih baik adalah kebolehpercayaan.(e) Kedua-duanya sama penting.

5. Suatu pendekatan menggunakan skala tujuh titik dan adjektif (adjective) bipolar adalah dikenali sebagai

(a) Skala Pembezaan Semantik .(b) Scalogram Guttman.(c) Skala Pertimbangan Perbandingan.(d) Skala Jenis Likert.(e) Skala Grafik

6. Senarai semua elemen populasi dari mana sampel diambil disebut

(a) Populasi.(b) Elemen.(c) Senarai parameter.(d) Rangka sampel .(e) Senarai sampel

7. Ralat respons adalah diakibatkan oleh?

(a) Responden tidak sedar mengenai fakta sebenar.(b) Responden memalsukan jawapan secara sedar.(c) Penemuduga mengisi jawapan yang silap.(d) A dan B betul.(e) Semua di atas .

8. Keperluan pengkodan adalah di mana set kategori mestilah:

(a) Saling habisan.(b) Sesuai.(c) Saling eksklusif.(d) Didefinisikan sebagai dimensi tunggal.(e) Semua di atas .

- 2 -

Page 3: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

9. Semua dari yang berikut adalah kaedah analisis data penerokaan KECUALI:

(a) Jadual kekerapan.(b) Carta bar dan Carta Pai.(c) Histogram.(d) Tiada jawapan di atas .(e) Jawapan (b) dan (c) sahaja.

10. Ujian satu hujung

(a) Tidak berarah.(b) Tidak boleh digunakan dengan taburan normal.(c) Boleh digunakan dengan Taburan Khi Kuasa Dua.(d) Adalah berarah .(e) Hanya boleh digunakan dalam ujian satu sampel sahaja.

11. Rekabentuk penyelidikan adalah:

(a) Pemerincian metodologi eksperimen.(b) Memerincikan teknik pengumpulan data.(c) Plan atau struktur penyelidikan yang dibentuk untuk menjawab soalan

penyelidikan.(d) Penilaian kekangan kos dan masa.(e) Semua di atas.

12. Mana satu dari yang berikut BUKAN dalam bentuk hipotesis?

(a) Kenaikan harga membawa kepada penurunan besar dalam permintaan.(b) Kuasa ESP adalah lebih kuat di kalangan wanita berbanding lelaki.(c) Orang Amerika mempunyai tanggapan bahawa produk Jepun lebih baik dari

produk Korea.(d) Jualan di Kuala Lumpur lebih tinggi berbanding di Kota Baru.(e) Tiada satu pun dari di atas .

13. Mana satu kenyataan berikut adalah BENAR?

(a) Model adalah satu perwakilan dan bukan penjelasan.(b) Model digunakan untuk kedua-dua deskriptif dan simulasi.(c) Model dinamik mewakili evolusi sistem melalui peredaran masa.(d) Semua di atas .(e) Tiada satu pun dari di atas.

14. Mana satu dari yang berikut BUKAN sebahagian dari plan penyelidikan formal?

(a) Defini konsep dan konstruk utama.(b) Spesifikasi teknik/metod penyelidikan.(c) Arahan pengkodan dan penjadualan .(d) Belanjawan masa dan kos.(e) Kos dan faedah.

- 3 -

Page 4: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

15. Indeks terbaik untuk menjelaskan varians yang dikongsi antara pembolehubah adalah:

(a) r.(b) r 2 .(c) y = b0 + b1 x1.(d) t.(e) p

16. Berikut adalah beberapa garis panduan penulisan laporan penyelidikan baik KECUALI:

(a) Mengetahui kumpulan sasaran.(b) Memerhati gaya penulisan.(c) Ringkas dan jelas.(d) Menggunakan pelbagai kaedah statistik untuk membuktikan kebenaran .(e) Bahasa yang mudah di fahami.

17. Kebolehpercayaan ujian-ujian semula mengukur

(a) Ketahanan sesuatu ukuran.(b) Kesahan dalam sesuatu tempoh masa.(c) Kestabilan dalam sesuatu tempoh masa .(d) Kekuatan piawaian sesuatu alat pengukuran.(e) Kekuatan alat ukuran

18. Seorang pengurus pengeluaran ingin mengetahui produk yang manakah yang lebih baik daripada dua jenis produk yang digunakan dalam proses pengecatan rumah? Oleh itu, apakah teknik yang paling sesuai digunakan untuk kajian ini:

(a) Analisis varians.(b) Regresi.(c) Ujian T.(d) Analisis faktor.(e) Analisis Kelompok

19. Koefisien korelasi Pearson

(a) Antara nilai – 1 dan 1.(b) Adalah negatif sekiranya pembolehubah mempunyai hubungan songsang.(c) Menunjukkan tiada perhubungan jika nilainya menghampiri 0.(d) Semua di atas .(e) Tiada satu pun dari di atas.

- 4 -

Page 5: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

20. Pengitlakan merujuk kepada

(a) Hasil kajian yang boleh diaplikasikan kepada populasi dalam persekitaran yang berbeza.

(b) Hasil kajian yang hanya boleh diapplikasikan untuk sampel kajian sahaja.(c) Pensampelan senang.(d) Penggunaan jadual nombor rawak.(e) Membuat kesimpulan berasakan pengalaman.

21. Mana satu dari kenyataan TIDAK menggambarkan dengan betul bagaimana seseorang pengurus menentukan sama ada penyelidikan diperlukan atau tidak?

(a) Penyelidikan mungkin tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa.(b) Keputusan utama sepatutnya hanya dibuat selepas penyelidikan dijalankan.(c) Pengurus yang mempunyai pengetahuan yang cukup tidak perlu menjalankan

penyelidikan.(d) Penyelidikan hanya patut dijalankan sekiranya ia memperbaiki kualiti keputusan

dan perbelanjaan juga setaraf dengan maklumat yang diperolehi.(e) Semua kenyataan di atas adalah tepat.

22. Sama ada penyelidikan harus dijalankan atau tidak ditentukan oleh setiap yang berikut KECUALI

(a) sikap pekerja terhadap topik penyelidikan .(b) kekangan masa(c) sifat keputusan yang perlu dibuat(d) faedah penyelidikan berbanding kosnya(e) tiada satu pun dari di atas terkecuali

23. Semua kenyataan berikut adalah benar KECUALI

(a) tiada satu rekabentuk penyelidikan yang terbaik untuk semua keadaan(b) penyelidikan pengamatan mudah dibentuk dan dilaksanakan .(c) satu kekurangan kaedah pengamatan adalah kerana tidak dapat merekod sikap

dan pendapat responden(d) terdapat berbagai cara untuk mengutip data

24. Kenyatan mana dari yang berikut adalah TIDAK benar mengenai penyelidikan tinjauan?

(a) mengumpul maklumat dari individu menggunakan borang soal selidik(b) mengumpul data primer(c) mempunyai potensi tertinggi dalam menyelidik hubungan sebab-m usabab.(d) boleh dijalankan menggunakan mel, temuduga peribadi dan telefon

- 5 -

Page 6: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

25. Empat rekabentuk penyelidikan yang boleh digunakan dalam penyelidikan perihalan dan sebab-musabab adalah:

(a) kumpulan fokus, tinjauan, kajian perintis dan eksperimen(b) kumpulan fokus, tinjauan, eksperimen dan pengamatan(c) kajian data sekunder, tinjauan, eksperimen dan pengamatan .(d) data sekunder, kumpulan fokus, tinjauan dan eksperimen

26. Semua dari yang berikut adalah tahap dalam proses penyelidikan KECUALI

(a) perancangan sampel(b) definisi masalah(c) perancangan rekabentuk penyelidikan(d) menjalankan tinjauan melalui telefon .(e) membentuk kesimpulan dan menyediakan laporan

27. Apa sahaja prosedur yang menggunakan bilangan kecil item atau orang untuk membuat kesimpulan mengenai kumpulan yang lebih besar yang dikenali sebagai populasi di sebut

(a) statistik(b) pensampelan .(c) tinjauan(d) teori kebarangkalian(e) parameter

28. Persoalan yang mana satu dari yang berikut TIDAK akan dijawab oleh plan pensampelan?

(a) Kenapa sampel itu dipilih ?(b) Siapa yang perlu disampel?(c) Berapa besar samepl yang diperlukan?(d) Bagaimankah unit sampel akan dipilih?(e) Kesemua persoalan di atas boleh dijawab oleh plan pensampelan

29. Jika kita ingin penjelasan mengenai sifat sesuatu masalah, kita akan menjalankan penyelidikan _________________.

(a) penjelasan(b) penerokaan .(c) perihalan(d) sebab-musabab(e) korelasi

- 6 -

Page 7: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

30. Bila ralat tinjauan di bahagikan kepada dua sumber utama, pembahagian yang digunakan adalah:

(a) ralat rawak pensampelan dan ralat pemilihan sampel(b) ralat rawak pensampelan dan ralat pentadbiran(c) ralat rawak pensampelan dan ralat sistematik .(d) ralat pemilihan sampel dan bias respons(e) bias respons dan ralat bukan respons

31. Penyelidikan perniagaan adalah suatu alat (tool) yang menyediakan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan perniagaan yang baik.

(a) Benar (b) Palsu

32. Kedua-dua penyelidikan asas dan gunaan adalah sistematik dan objektif, tetapi hanya penyelidikan asas yang menggunakan kaedah saintifik untuk menjawab soalan/dilema yang di hadapi.

(a) Benar (b) Palsu

33. Proses induktif adalah proses membuat kesimpulan berasaskan premis yang diketahui atau sesuatu yang diketahui memang benar.

(a) Benar (b) Palsu

34. Hipotesis adalah suatu proposisi yang boleh diuji secara empirik.

(a) Benar (b) Palsu

35. Dalam pengumpulan data, pra-ujian bermaksud satu sampel kecil data dikumpulkan untuk menguji analisis statistik yang akan digunakan dalam penyelidikan.

(a) Benar (b) Palsu

36. “A problem well defined is a problem half solved”, adalah satu perumpamaan lama yang tidak selalunya benar dalam era teknologi maklumat dan komputer.

(a) Benar (b) Palsu

37. Pembolehubah bersandar akan mempengaruhi perubahan dalam pembolehubah tak bersandar.

(a) Benar (b) Palsu

38. Objektif penyelidikan akan menyatakan maklumat yang diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan.

(a) Benar (b) Palsu

- 7 -

Page 8: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

39. Kumpulan fokus pekerja dalam sesuatu syarikat mestilah dikendalikan oleh penyelia mereka.

(a) Benar (b) Palsu

40. Dalam menjalankan kajian kes, kita mestilah memperolehi kebenaran pihak yang sejarah mereka ingin kita kaji.

(a) Benar (b) Palsu

41. Internet mempunyai kesan yang tidak bererti terhadap bagaimana penyelidikan perniagaan di jalankan.

(a) Benar (b) Palsu

42. Data dan maklumat adalah istilah yang boleh ditukar-ganti penggunaannya.

(a) Benar (b) Palsu

43. Keterampilan dan kelakuan penemuduga boleh mempengaruhi jawapan yang diberikan oleh responden.

(a) Benar (b) Palsu 44. Penyelidik boleh menjangka untuk mendapat kadar pulangan (response rate) 100% bagi

kebanyakan penyelidikan tinjauan.

(a) Benar (b) Palsu

45. Responden lebih cenderung untuk memberikan maklumat peribadi dan sulit jika penyelidkan dijalankan melalui tinjauan mel.

(a) Benar (b) Palsu

46. Eksperimen lapangan adalah eksperimen yang dijalankan dalam makmal di mana penyelidik mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap persekitaran (setting) penyelidikan.

(a) Benar (b) Palsu

47. Jenis skala yang digunakan dalam penyelidikan perniagaan akan mempengaruhi bentuk analisis statistik yang boleh digunakan.

(a) Benar (b) Palsu

48. Skala selang adalah unik kerana ia mempunyai nilai 0 yang mutlak dan beza antara jawapan yang sama.

(a) Benar (b) Palsu

- 8 -

Page 9: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

49. Pensampelan “snowball” adalah di mana responden pertama dipilih secara rawak manakala responden seterusnya diperolehi dari maklumat yang diberikan oleh responden pertama tadi dan seterusnya.

(a) Benar (b) Palsu 50. Pengiraan median bukan satu bentuk analisis perihalan (descriptive).

(a) Benar (b) Palsu

[40 markah]

BAHAGIAN B

SOALAN 2

Berikut adalah dua senario A dan B. Untuk setiap senario, nyatakan bagaimana penyelidik harus menjalankan penyelidikan dengan menentukan setiap dari yang berikut dengan memberikan sebab:

(a) Tujuan Penyelidikan.(b) Sejauh mana campurtangan (kuasa) penyelidik.(c) Persekitaran kajian.(d) Dimensi Masa.(e) Unit analisis.

Senario A

Seorang penyelidik Encik Ibrahim Panjang, ingin menjalankan suatu projek penyelidikan yang akan membolehkan beliau untuk menentukan perhubungan antara ciri-ciri personaliti tertentu dan juga kecenderungan (tendencies) mengambil risiko di kalangan pelabur saham.

a. Kajian Deskriptif kerana penyelidik hanya ingin mengkaji perhubungan antara ciri-ciri personaliti dan juga kecenderungan mengambil risiko di kalangan pelabur.

b. Kajian ex-post facto kerana penyelidik hanya akan melaporkan ciri-ciri personaliti dan juga kecenderungan mengambil risiko setiap ciri personaliti itu tanpa memanipulasi mana-mana pembolehubah.

c. Kajian Lapangan kerana penyelidikan akan dijalankan dalam persekitaran sebenar iaitu bursa saham dengan mengukur ciri-ciri personaliti dan tahap pemgambilan risiko setiap pelabur yang terpilih.

- 9 -

Page 10: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

d. Kajian Cross-sectional kerana ukuran/data mengenai ciri-ciri personaliti pelabur dan tahap pengambilan risiko mereka akan hanya di ukur sekali sahaja pada satu tempoh masa tertentu.

e. Individu kerana penyelidik akan hanya ingin mengukur ciri-ciri personaliti dan tahap pengambilan risiko setiap pelabur individu dan bukannya sebagai satu kumpulan atau secara agregat.

Senario B

Penjualan komputer ACER dan COMPAQ seorang pekedai, Encik Lim Goh Poh, mengalami penurunan yang teruk. Lim Goh Poh memutuskan untuk menguji dua pendekatan jualan. Dia membahagikan 12 orang jurujualnya kepada 2 kumpulan. Dia melatih satu kumpulan dengan menggunakan pendekatan “jualan keras” (hard sell) dan satu kumpulan lagi dengan pendekatan “jualan lembut” (soft sell), supaya dia dapat memastikan pendekatan mana yang lebih effektif meningkatkan jualan komputernya.

a. Kajian sebab-musabab kerana penyelidik ingin memastikan (kenapa or why) pendekatan yang mana satu sama ada “hard sell” atau “soft sell” akan membolehkan En. Lim Goh Poh untuk menjual lebih banyak komputer.

b. Eksperimen kerana En. Lim (penyelidik) akan memanipulasi pendekatan jualan (jualan

keras lawan jualan lembut).

c. Kajian Eksperimen Lapangan kerana kajian dilakukan dalam keadaan sebenar iaitu di tempat penjualan komputer di lakukan dan bukannya makmal tetapi penyelidik akan memanipulasi pendekatan jualan (jualan keras lawan jualan lembut).

d. Kajian Longitudinal kerana ukuran (jumlah jualan komputer) akan di ambil bagi 2 tempoh masa yang berlainan, pertama sebelum pendekatan baru diperkenalkan, kedua selepas latihan pendekatan baru di perkenalkan.

e. Kumpulan kerana penyelidik ingin melihat kesan pendekatan jualan pada jumlah jualan komputer, dia akan mengukur jumlah jualan kereta kumpulan “jualan keras” dan kumpulan “jualan lembut” dan peningkatan ini akan di aggregatkan.

[20 markah]

SOALAN 3

Kementerian Pelancungan ingin membuat ramalan mengenai bilangan pelancung yang akan melawat Malaysia pada tahun 2000. Mereka telah mengenalpasti 4 faktor yang boleh mempengaruhi bilangan ketibaan pelancung. Faktor yang dikenalpasti adalah PRICE (Harga yang dikenakan), PROMOTE (Perbelanjaan untuk promosi dalam ribu ringgit), RATE (Kadar pertukaran) dan TEMP (Min suhu pada sesuatu minggu). Data lampau telah di analisis menggunakan perisian SPSS dan output adalah seperti di bawah:

- 10 -

Page 11: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

* * * * M U L T I P L E R E G R E S S I O N * * * *

Listwise Deletion of Missing Data

Equation Number 1 Dependent Variable.. TOURISTS BILANGAN PELANCUNG YANG TIBA (DALAM RIBU)

Block Number 1. Method: Enter PRICE PROMOTE RATE TEMP

Variable(s) Entered on Step Number

1.. TEMP MIN SUHU PADA SESUATU MINGGU (DALAM 0C)2.. RATE KADAR PERTUKARAN3.. PRICE HARGA YANG DIKENAKAN4.. PROMOTE PERBELANJAAN UNTUK PROMOSI (DALAM RIBU RINGGIT)

Multiple R .98703R Square .97423Adjusted R Square .95951Standard Error .21060

Analysis of Variance

DF Sum of Squares Mean Square

Regression 4 11.73870 2.93468Residual 7 .31046 .04435

F = 66.16804 Signif F = .0000

------------------ Variables in the Equation ------------------

Variable B SE B Beta T Sig T

PRICE -.170851 .043016 -.615248 -3.972 .0054PROMOTE .242553 .162832 .258911 1.490 .1799RATE 3.546983 3.035765 .091918 1.168 .2809TEMP .227316 .118947 .175505 1.911 .0976(Constant) 5.918755 3.892175 1.521 .1721

Durbin-Watson Test = 2.32723

- 11 -

Page 12: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

Anda dikehendaki:

(a) Dari output komputer di atas, bentukkan persamaan regresi berganda yang bersesuaian.

TOURISTS = 5.92 – 0.17 (PRICE) + 0.24 (PROMOTE) + 3.55 (RATE) + 0.23 (TEMP)

(b) Berapa peratuskah variasi dalam bilangan pelancung yang tiba yang dapat dijelaskan oleh keempat-empat pembolehubah yang dikaji. Jelaskan jawapan anda.

R2 = 0.974. Maka dapat di simpulkan bahawa 97.4% variasi dalam Bilangan ketibaan pelancung dapat dijelaskan oleh keempat-empat pembolehubah tak bersandar di atas. Hanya 2.6% variasi sahaja yang tidak dapat di jelaskan.

(c) Ramalkan paras bilangan ketibaan pelancung sekiranya diberikan:

PRICE = 38PROMOTE = 12RATE = 0.54TEMP = 15.5

TOURISTS = 5.92 – 0.17 (38) + 0.24 (12) + 3.55 (0.54) + 0.23 (15.5)= 7.83 (jawapan mungkin berbeza ikut angka perpuluhan)= 7,830 orang pelancung

(d) Pada aras keertian 0.05, adakah keseluruhan pembolehubah tak bersandar menyebabkan (contributing) variasi pada pembolehubah bersandar?

H0: Keempat-empat pembolehubah tidak dapat menjelaskan variasi dalam bilanganketibaan pelancung

H1: Keempat-empat pembolehubah dapat menjelaskan variasi dalam bilanganketibaan pelancung

Oleh kerana Signif of F = 0.0000 < 0.05 maka kita Tolak H0 dan Terima H1 dan seterusnya kita simpulkan bahawa keempat-empat pembolehubah tak bersandar dapat menjelaskan variasi dalam pembolehubah bersandar (Bilangan Ketibaan Pelancung).

(e) Bolehkah seseorang merumuskan bahawa kesan individu (individual effects) pembolehubah PRICE, PROMOTE, RATE dan TEMP bererti pada aras keertian 0.05?

Hipotesis secara am:

H0: b = 0H1: b 0

- 12 -

Page 13: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

Pembolehubah Nilai p Keertian Kesimpulan

PRICE 0.0054 p < 0.05 Tolak H0 Ada sumbangan berertiPROMOTE 0.1799 p > 0.05 Terima H0Tiada sumbangan berertiRATE 0.2809 p > 0.05 Terima H0 Tiada sumbangan berertiTEMP 0.0976 p > 0.05 Terima H0 Tiada sumbangan bererti

Hanya pembolehubah PRICE sahaja yang mempunyai sumbangan bererti terhadap penjelasan variasi dalam bilangan ketibaan pelancung.

(f) Terangkan fungsi statistik Durbin-Watson.

Fungsi statistik D-W adalah ukuran auto korelasi untuk menentukan sama ada ralat terjadi secara rawak atau tidak. Secara amnya jika nilai D-W antara julat 1.5 – 2.5 maka ralat terjadi secara rawak dan kita tidak perlu membuat apa-apa pembetulan. Nilai D-W dari output komputer adalah 2.33 maka kita dapat simpulkan bahawa ralat terjadi secara rawak. Penyelidik tidak perlu mengkaji pola ralat dan menentukan apakah transformasi yang boleh di lakukan untuk mengurangakan kesan auto korelasi ini.

[20 markah]

SOALAN 4

Dengan memberikan contoh yang bersesuaian, terangkan konsep berikut:

(a) Langkah-langkah dalam pengujian hipotesis

1. Nyatakan hipotesis Nul

H0: = 30H1: 30

2. Pilih ujian statistik

Ujian Z = 3. Pilih aras keyakinan yang di kehendaki

= 0.054. Kira nilai perbezaan

Contoh:

5. Dapatkan nilai kritikal ujian dari jadual = 0.05 dari Jadual z = 1.96

6. Buat keputusan sama ada Terima/TolakJika nilai kiraan lebih besar dari nilai jadual maka Tolak H0

- 13 -

Page 14: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - Ramayah · Web viewPeperiksaan Akhir Sidang Akademik 1999/2000 Februari 2000 ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN Jam: [ 3 jam ] ARAHAN Sila pastikan

ATP201

b. Analisis Regresi

Analisis regresi melibatkan satu pembolehubah bersandar (Y) dan satu pembolehubah tak bersandar (X).

Persamaan Y = a + bX + Contoh: Jualan = 20 + 0.8(Iklan)

Manakala analisis regresi berganda pula melibatkan satu pembolehubah bersandar (Y) dan lebih dari satu pembolehubah tak bersandar (X)

Persamaan Y = a + b1X1 + b2X2 + b3X3 + ….. + bnXnContoh: Jualan = 20 + 0.8(Iklan) – 0.5(Harga)

(b) Kenapa Pensampelan Penting?

1. Lebih effisien2. Lebih cepat3. Lebih murah4. Bila perlu pemusnahan ujian ujian

(c) Lintasan Susastera

Lintasan susastera melibatkan pengenalpastian secara sistematik, mencari dan menganalisis dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan dengan masalah penyelidikan

1. Kenalpasti apa yang sudahpun dilakukan2. Membantu kita merancang apa yang perlu dilakukan3. Memberikan rasional dan justifikasi untuk penyelidikan seterusnya4. Menonjolkan strategi penyelidikan dan prosedur spesifik serta kaedah

pengukuran yang berkesan untuk mengukur masalah yang ingin di kaji5. Membantu penyelidik mengelakkan kesilapan dan membina pada kekuatan

penyelidikan lampau6. Membantu mentafsir data dan hasil penyelidikan

(d) Apakah ciri-ciri pengukuran yang baik?

KesahanKandunganBerkaitan-kriteriaKonstruk

KebolehpercayaanKestabilanEquivalenceKonsistensi dalaman

PracticalityEkonomiKesenanganKebolehtafsiran

- 14 -