unit teknologi maklumat dan komunikasi · pdf filebab 4 hala tuju strategik ict 15 bab 5 pelan...

34
1 UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR 2012

Upload: hoangnhi

Post on 31-Jan-2018

251 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

1

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

2012

Page 2: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

2

Pentadbiran 2012 Cetakan Pertama 2012 Hak cipta terpelihara. Dilarang mengeluarkan semula mana-mana bahagian di dalam penerbitan ini atau mengubah dalam apa jua bentuk atau cara, samada elektronik atau mekanikal, termasuklah fotokopi, rakaman atau mana-mana sistem storan, tanpa keizinan bertulis daripada penerbit. Diterbit oleh : Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor,

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah,

Persiaran Masjid, Seksyen 5,40000 Shah Alam,

Selangor.

Tel No : 03-55191291 / 03-55191294 / 03-55191304/ 03-55113708

Fax No : 03-55105620 (Pentadbiran)

Page 3: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

3

KANDUNGAN KANDUNGAN MS Perutusan Ketua Hakim Syarie

iv

Ucapan CIO v Bab 1 Pengenalan 6 Bab 2 Latar Belakang Pentadbiran JAKESS 7 Bab 3 Persekitaran ICT Semasa dan Perkhidmatan Sokongan ICT 12 Bab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 Pelan Pelaksanaan ICT 31 Bab 7 Mekanisme Pemantauan Pelaksanaan 33 Bab 8 Penutup 34

Page 4: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

4

Perutusan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapatlah kita menyiapkan

Pelan Strategik ICT bagi Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTMK), Jabatan Kehakiman

Syariah Selangor. Tujuan Pelan Strategik ICT ini dibangunkan adalah bagi menyokong Pelan

Strategik Jabatan dalam memastikan pengurusan teknologi maklumat di Jabatan ini berjalan dengan

lancar.

Adalah diharapkan dengan adanya Pelan Strategik ini ianya dapat membantu UTMK melicinkan

pentadbirannya dan menyokong Jabatan bagi memastikan Teknologi Maklumat di Jabatan ini

sentiasa diaplikasikan dari semasa ke semasa.

Saya percaya, semakin pesat pembangunan ICT, semakin banyak pula isu ICT yang perlu ditangani. Sehubungan dengan itu, Pelan Strategik ini haruslah digunakan semaksima yang mungkin dan mengikut seperti mana yang dirancang. Pelan Strategik ini juga haruslah digubal atau dikemaskini sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengkaji semula keperluan mengikut keadaan dan teknologi semasa.

Akhir sekali, saya berharap semoga Pelan Strategik ini dapat digunakan sepenuhnya dan

mendapat bantuan dari semua warga JAKESS bagi menjayakan segala perancangan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 5: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

5

Ucapan Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer-CIO) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Syukur alhamdulillah kerana akhirnya Seksyen Teknologi Maklumat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) dapat menyiapkan Pelan Strategik ICT ini dengan sempurna.Sebagai makluman kepada semua, Pelan Strategik ICT ini digubal bagi menyokong Pelan Strategik Jabatan yang sedia ada dan bagi memantapkan pentadbiran ICT di JAKESS.

Jika kita melihat kepada sejarah, pada asalnya, penggunaan komputer adalah untuk mengautomasikan kerja-kerja manual. Tetapi kini, penggunaannya adalah lebih meluas dan merangkumi pelbagai bidang pengurusan. Adalah perlu bagi semua warga JAKESS untuk menyedari bahawa ICT mempunyai impak yang besar dalam meningkatkan pengurusan organisasi, menyediakan perkhidmatan kepada orang awam dan dalam kehidupan harian kita. Oleh yang demikian, kita mesti sentiasa teliti dalam membuat persediaan dan perancangan supaya mendapat manfaat yang semaksimum mungkin daripada perkembangan ICT tetapi dalam masa yang sama cuba mengelak sebarang kesan negatif yang dibawanya. Selain itu, kita juga perlu peka terhadap beberapa isu dan cabaran yang ada dalam melaksanakan program-program yang berteraskan ICT. Dua isu utama yang perlu ditekankan dalam Jabatan ini ialah keselamatan dan penyelarasan Teknologi Maklumat. Pada hari ini, isu keselamatan ICT telah menjadi semakin kritikal dan mencabar. Isu ini bukan sahaja dapat dilihat di jabatan-jabatan kerajaan malah di mana sahaja tempat yang mempunyai Internet atau sistem rangkaian komputer. Jika dahulu, komputer hanya boleh diakses oleh orang tertentu sahaja dan dihadkan kepada mereka yang berkenaan atau yang diberi kebenaran sahaja. Oleh itu, kawalan adalah lebih mudah. Sebaliknya, pada zaman sekarang, dengan adanya Internet, dunia telah terbuka luas seolah-olah tiada sempadan yang memisahkan sesebuah negara dan yang jauh menjadi lebih dekat. Keterbukaan ini telah mendedahkan maklumat rasmi kerajaan kepada pelbagai ancaman.

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Seksyen Teknologi Maklumat JAKESS kerana telah berjaya menyiapkan Pelan Strategik ini. Inisiatif ini adalah suatu tindakan penting dan utama bagi melancarkan lagi pentadbiran ICT yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong fungsi utama JAKESS dalam memartabatkan Sistem Perundangan Syariah di Jabatan ini. Sekian, Terima Kasih

Page 6: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

6

BAB 1 PENGENALAN Pelan Strategik Teknologi Maklumat atau ICT Strategic Plan (ISP) UTMK, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor digubal untuk tempoh lima (5) tahun bermula pada tahun 2011 hingga 2015. LATAR BELAKANG ISP ini merupakan Masterplan yang dibangunkan untuk menyokong Pelan Strategik Pentadbiran JAKESS agar perancangan dan pembangunan ICT selari dengan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang di Pentadbiran, JAKESS. Pada masa yang sama, pelan tersebut akan menyokong visi ICT Sektor Awam yang dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

ISP ini juga digubal berasaskan Manual Prosedur Kerja, Fail Meja, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pentadbiran JAKESS dan dokumen lain yang berkaitan. RASIONAL Tujuan ISP ini digubal adalah untuk:

1. Memperjelaskan halatuju pembangunan dan penggunaan ICT Pentadbiran JAKESS bagi tempoh 5 tahun akan datang (2011 – 2015);

2. Menyediakan satu pelan pelaksanaan ICT yang terancang dan sistematik;

3. Mewujudkan sistem pemantauan dan penilaian dalam pengurusan dan penyediaan kemudahan ICT sebagai khidmat sokongan; dan

4. Menjadi sumber rujukan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pembudayaan ICT.

Page 7: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

7

BAB 2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR

Sejarah penubuhan Mahkamah Syariah di negeri Selangor Darul Ehsan telah pun wujud pada kurun ke – 17 lagi. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada undang-undang yang telah dikanunkan oleh pemerintah pada waktu itu dan kewujudan jawatan Qadhi itu sendiri.

Pada tahun 1948, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah ditubuhkan, dan usaha untuk

menggubal undang-undang telah dilakukan dan wujudnya satu Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 yang dinamakan Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952.

Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2 tahun 1989 telah diluluskan.

Berdasarkan enakmen inilah Mahkamah Syariah Selangor ditubuhkan secara rasmi dan berasingan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada tahun 1991, Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor No. 6 tahun 1991 dan Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1hb. September, 1991. Mulai tarikh itu Mahkamah Syariah Selangor telah diasingkan secara rasminya dari JAIS.

Sejak pentadbiran Mahkamah Syariah diasingkan dari pentadbiran Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS), mahkamah telah dikenali oleh masyarakat awam khasnya di Selangor dengan nama Mahkamah Syariah Selangor Darul Ehsan. Namun selaras dengan keperluan perkembangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan khasnya masyarakat awam di Selangor serta selaras dengan imej mahkamah sebagai sebuah jabatan kerajaan, nama Mahkamah Syariah Selangor (MSS) telah ditukar dan dikenali dengan nama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).

Pusat operasi JAKESS pada waktu kini adalah di Persiaran Masjid, Shah Alam, Selangor

bersebelahan bangunan JAIS. Di sini juga terletaknya Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bagi menguruskan dan mengendalikan kes-kes Syariah seluruh negeri Selangor. Setiap daerah dalam negeri Selangor ini mempunyai Mahkamah Rendah Syariah yang tersendiri iaitu Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Mahkamah Rendah Syariah Klang, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat, Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor.

Sepanjang penubuhannya, JAKESS telah menerima pelbagai anugerah baik di peringkat

Negeri mahu pun Negara. Sejajar kecemerlangan yang sentiasa menjadi hasrat dan halatuju JAKESS maka Pelan Strategik JAKESS 2011 -2015 digubal supaya kecemerlangan terus menjadi tradisi JAKESS bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada umat Islam di Selangor.

Page 8: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

8

VISI

Menjadi Institusi Kehakiman Islam Yang Berwibawa

MISI

Melaksanakan pengadilan, pengurusan Mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara profesional, berkesan dan sistematik berasaskan peruntukan Undang-Undang Islam yang seragam di Selangor untuk mencapai keredhaan Allah.

OBJEKTIF / FUNGSI

1. Menerima dan menyelesaikan kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah dengan adil dan saksama mengikut peruntukan undang-undang.

2. Menguatkuasa dan melaksanakan sistem kehakiman Islam yang teratur dan berkesan. 3. Mengurus kes rayuan syariah secara teratur dan berkesan. 4. Mengurus permohonan pembahagian harta pesaka. 5. Membangunkan sumber manusia yang terlatih dan mencukupi. 6. Memberi perkhidmatan runding cara, pertemuan dan perdamaian. 7.

PIAGAM PELANGGAN

1. Pelanggan akan diberi tarikh sebutan atau bicara atau majlis sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna didaftarkan.

2. Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam

tempoh 21 hari selepas didaftarkan.

3. Kes Saman Jenayah akan mula disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan.

4. Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah perbicaraan selesai bagi setiap tahun.

5. Sijil Perakuan Faraid sedia dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas

kes diputuskan.

6. Perintah perbicaraan bagi kes perceraian boleh diberikan dalam tempoh 30 hari selepas kes diputuskan dan dipohon oleh pelanggan.

7. Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan/pendengaran dalam tempoh 21 hari selepas

Rekod Rayuan yang lengkap diterima.

Page 9: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

9

CARTA ORGANISASI

1.2.1. Carta Organisasi JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

Page 10: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

10

STAKEHOLDER DAN PELANGGAN JAKESS JAKESS bertanggung jawab kepada STAKEHOLDER berikut:

D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Agama Islam Selangor

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Pelanggan-pelanggan yang berhubung dengan JAKESS pula adalah:

Peguam Syarie

Pendakwa Syarie

Jabatan Bantuan Guaman Malaysia

Jabatan Agama Islam Selangor

Pihak-pihak dalam prosiding

Jabatan-Jabatan Kerajaan yang berkaitan

Masyarakat Awam

Lain-lain pelanggan ELEMEN PENENTU KEJAYAAN/ MATLAMAT STRATEGIK PENTADBIRAN, JAKESS

Tujuh komponen utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan perancangan strategik ini iaitu:-

a) Komitmen Pengurusan Atasan JAKESS

Pengurusan atasan Jabatan memberikan perhatian yang serius serta menunjukkan

komitmen yang tinggi bagi menjayakan perancangan strategik ini. Kesungguhan dan

komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa pencapaian

matlamat perancangan strategik adalah penting dan ini perlu difahami oleh semua peringkat

kakitangan dalam Jabatan.

b) Kapasiti Organisasi Kapasiti organisasi JAKESS yang telah diperkasakan, berbanding era awal

penubuhannya, dapat melaksanakan bidang fokus baru ke arah mencapai matlamat

strategik yang ditentukan. Kapasiti ini disokong oleh struktur organisasi yang mantap dan

pelaksanaan tugasan secara fleksibel seperti kerja berpasukan, penglibatan secara

menyeluruh di semua peringkat, tahap penilaian dan berasaskan projek.

c) Aplikasi UTMK JAKESS Objektif UTMK JAKESS ialah memanfaatkan penggunaan sistem teknologi maklumat

dengan meluas bagi melicinkan pentadbiran kehakiman syariah. UTMK melalui E-Syariah

mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada operasi di Mahkamah Syariah.

Ianya dapat memperkemaskan pengurusan kes, pendaftaran secara online, menyeragamkan

proses pengendalian pendaftaran Peguam Syarie dan juga kolaborasi strategik dengan

agensi-agensi pusat yang lain. Melalui Portal E-Syariah orang ramai dapat memahami

Page 11: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

11

prosedur mahkamah, peraturan terkini, borang-borang yang perlu diisi, serta dapat membuat

pertanyaan mengenai status kes.

d) Peningkatan Pengurusan Ilmu dan pembangunan sumber sokongan

Unit latihan JAKESS dari masa ke semasa merancang aktiviti latihan untuk

meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan setiap kakitangannya. Selain itu,

jabatan juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi lain seperti JKSM, SUK

dan INTAN bagi menyediakan latihan kepada kakitangan

e) Pemuafakatan Dalam Tindakan Dan Pelaksanaan Tindakan di peringkat dalaman adalah melalui forum Muzakarah Hakim-Hakim Syarie

Selangor, Mesyuarat Pendaftar, Mesyuarat Bersama Jabatan dan lain-lain. Sementara itu,

JAKESS juga terlibat dalam Mesyuarat-mesyuarat Penyelarasan sedia ada dengan Pendakwa

Syarie dan Penguatkuasa Agama, Majlis Agama Islam Selangor, dan lain-lain agensi kerajaan

yang berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan penguatkuasaan perintah di Mahkamah

Syariah, penjanaan idea masa hadapan mudah diselaraskan. Melalui pemuafakatan dan

kesatuan antara Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dan penyelarasan agensi pusat iaitu

JKSM, pelan perancangan strategik JAKESS akan tercapai.

f) Infrastruktur dan Infostruktur

JAKESS sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan infostruktur

yang baik bagi memudahkan serta menyokong operasi. Kemudahan latihan yang terkini kepada

Pegawai Syariah dan kakitangan sokongan terutama dalam bidang kehakiman dan perundangan,

ICT dan pengurusan. Dengan adanya penubuhan Pusat Info JAKESS akan menjadikan sistem

latihan lebih mantap dan kukuh. Projek E-Syariah dapat membantu Pegawai Syariah

melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan. Kemudahan infrastruktur dan infostruktur

yang baik serta disokong oleh sumber manusia yang berkaliber akan memacu JAKESS ke arah

pencapaian matlamat perancangan strategik dengan lebih cemerlang.

g) Kajian Semula Pelan Strategik

Kajian semula pelan strategik ICT JAKESS akan dijalankan untuk menentukan

keberkesanan pelaksanaan teras strategik dan tahap penyampaian sasaran prestasi yang

ditetapkan. Kajian semula tersebut akan turut mengambil kira senario baru perubahan

persekitaran dan tumpuan strategik JAKESS.

Penilaian terhadap persekitaran ICT semasa di JAKESS merangkumi lima (5) aspek ICT

iaitu Strategi, Personel, Sistem, Teknologi dan Tahap Sokongan.

Page 12: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

12

BAB 3 Persekitaran ICT Semasa / Perkhidmatan Sokongan ICT Unit Teknologi Maklumat dan Teknologi Maklumat (UTMK) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

berfungsi sebagai pentadbir dan penyelia dalam mengurus serta memantau aplikasi perkakasan dan

perisian sistem, perkhidmatan teknikal dan juga rangkaian yang digunapakai di JAKESS.

Selain itu, UTMK juga berfungsi sebagai pentadbir dan penyelia pangkalan data termasuklah

semua urusan yang berkaitan keperluan penggunaan teknologi maklumat, pengendalian, pengujian,

pelaksanaan, pemantauan dan penyelenggaraan sistem E-Syariah.

UTMK menyediakan perkhidmatan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman

Syariah Negeri Selangor dari aspek memantapkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna,

menyediakan infrastruktur TMK terkini dengan kos optima, menaiktaraf infrastruktur dan

meningkatkan keselamatan sistem dan perkakasan.

Unit ini dibahagikan kepada dua sub unit iaitu

i. Latihan, Aplikasi dan Keselamatan

ii. Operasi, Multimedia dan Rangkaian.

Setiap sub unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29). Jadual di

bawah menunjukkan penerangan ringkas berkaitan fungsi bagi sub unit yang dinyatakan.

LATIHAN, APLIKASI, KESELAMATAN & OPERASI, MULTIMEDIA DAN RANGKAIAN

LATIHAN

Melaksanakan latihan/kursus TMK dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan

keperluan

APLIKASI

Merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi.

Mengawal selia dan meyelaras pelaksanaan sistem aplikasi yang telah dan sedang berjalan.

Merancang dan membangun sumber TMK kakitangan.

Mentadbir dan menyelenggara Akaun Emel Rasmi

KESELAMATAN

Memastikan Taklimat Dasar Keselamatan dibuat kepada semua Kakitangan

Memastikan Dasar keselamatan TMK dipatuhi oleh semua kakitangan

Page 13: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

13

OPERASI

Mentadbir dan menyelenggara peralatan perkakasan dan perisian teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK)

Mengurus dan menyelenggara operasi harian peralatan computer agar sentiasa berfungsi dengan

baik dan diselenggara dengan sempurna.

Menjamin tahap keselamatan data dan maklumat Kerajaan.

Khidmat sokongan teknikal kepada lain-lain bahagian/perkhidmatan.

Naziran dan inspektorat peralatan yang digunakan di JAKESS

Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan peralatan TMK

Menawarkan khidmat nasihat teknikal kepada pengguna TMK

Menyelaras dan menguruskan perkhidmatan peminjaman komputer bimbit untuk

kursus/mesyuarat/seminar dll

Menyediakan bantuan khidmat teknikal TMK untuk semua aktiviti / program

Menyelia dan menyediakan bantuan khidmat teknikal TMK kepada PTJ Daerah

MULTIMEDIA

Mentadbir dan menyelenggara Laman Web Rasmi

Menyediakan pelbagai kemudahan multimedia termasuk menyediakan backdrop untuk

sebarang majlis/program anjuran Jabatan

Menyediakan audio visual/perkhidmatan multimedia mengikut keperluan jabatan

RANGKAIAN

Memantau, mentadbir dan menyelenggara infrastruktur dan rangkaian kawasan setempat

(LAN) dan WAN, termasuk talian EGNet dan SPEKs.

Jadual 1.0 : Perkhidmatan Utama yang disediakan oleh UTMK, JAKESS

A. KEKUATAN

Unit teknologi Maklumat dan Komunikasi JAKESS diletakkan di bawah Bahagian Khidmat

Pengurusan Dan Sumber Manusia yang diketuai oleh Ketua Pendaftar di bawah naungan Ketua

Hakim Syarie.

Unit Teknologi Maklumat mempunyai seramai enam orang kakitangan yang melibatkan

jawatan kader daripada JKSM dan kerajaan negeri iaitu di ketuai oleh seorang Pegawai Teknologi

Maklumat (F41), dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29), dua orang Juruteknik

Komputer (JTK) dan seorang Pembantu Am Pejabat bagi menggantikan jawatan Operator Mesin

Pemprosesan Data (OMPD) yang telah dijumutkan. Carta Organisasi Unit Teknologi Maklumat dan

Komunikasi bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:-

Page 14: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

14

CARTA ORGANISASI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (UTMK)

OPERASI, MULTIMEDIA DAN RANGKAIAN

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

(NEGERI)

MOHD ISHAM ISMAIL

APLIKASI, LATIHAN DAN KESELAMATAN

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

(KADER)

NORKAMILAH BINTI OTHMAN

JURUTEKNIK KOMPUTER (KADER) ROSLIZA

SAHARIL BIN ALI

PEMBANTU AM PEJABAT (NEGERI)

NURUL ASNA BINTI

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KADER)

MASROHAYATIE TALIB

PEMBANTU TADBIR PERPUSTAKAAN

SITI MURNI BINTI MOHD MAGHRIB

Page 15: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

15

BAB 4 HALA TUJU STRATEGIK ICT

PENCAPAIAN

Hala tuju ICT yang strategik perlu sejajar dengan visi, misi dan matlamat strategik yang

dinyatakan dalam Pelan Strategik Pentadbiran JAKESS. Oleh itu visi, misi dan objektif ICT adalah

seperti berikut:

Misi :

Memaksimumkan penguasaan TMK dan membudayakan penggunaannya di seluruh

Mahkamah Syariah Selangor

Menyokong dan merealisasikan matlamat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dalam

mempertingkatkan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam pentadbiran.

Visi :

Mengurus sistem maklumat yang berkualiti bagi membantu meningkatkan produktiviti

JAKESS

Meningkatkan tahap kesedaran ke arah keberkesanan penggunaan teknologi maklumat

dikalangan kakitangan JAKESS

Memastikan penggunaan ICT secara berkesan, mesra pengguna dan memenuhi semua

keperluan pengguna JAKESS dan pelanggan.

Objektif Penubuhan Unit

Bertanggungjawab dalam mengurus serta memantau aplikasi perkakasan dan

perisian sistem, perkhidmatan teknikal dan juga rangkaian yang digunapakai di

JAKESS

Bertindak sebagai pusat perkhidmatan Teknologi Maklumat bagi JAKESS

Mewujudkan persekitaran kerja berasaskan IT yang efisyen, cepat dan mudah.

Memastikan Sistem E-Syariah dapat digunakan sepenuhnya mengikut keperluan

jabatan

Merancang, Menyediakan dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan jabatan

dengan teknologi terkini dengan kos optima.

Meningkatkan keselamatan Teknologi Maklumat berdasarkan dasar keselamatan

yang ditetapkan

Memantapkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna dari semasa ke semasa.

Page 16: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

16

Kelengkapan Teknologi Semasa Secara ringkas kedudukan persekitaran teknologi di Pentadbiran JAKESS adalah seperti berikut:

1. Infrastruktur pengkomputeran yang lengkap seperti rangkaian setempat (Local Area Network

– LAN), perkakasan dan perisian Microsoft Office yang diperlukan;

2. Terdapat 80% komputer peribadi yang berusia melebihi lima (5) tahun di Pentadbiran

JAKESS

3. Infrastruktur dan keadaan Bilik Server kurang menepati keperluan asas sebagai bilik server;

4. Antivirus yang diguna pakai di mana Karpersky diguna pakai di JAKESS untuk server dan

desktop yang disediakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Analisa Persekitaran ICT

Kekuatan

Pegawai ICT yang mahir

Pembangunan sistem dalaman dibuat sendiri.

Semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Khidmat sokongan melalui sistem Helpdesk.

Pembudayaan kerja melalui dokumen elektronik.

Sebarang perubahan dapat dilakukan dengan cepat mengikut keperluan pelanggan.

. Kelemahan

Nisbah pegawai ICT dalam bidang tenikal dan pengguna ialah 1:43

Tidak mempunyai sistem pemantauan rangkaian dan peralatan.

Saiz emel yang terhad untuk pengguna.

Pelanggan memerlukan pembangunan dan penambahbaikan dengan kadar segera.

Kekurangan kepakaran untuk membangun sistem yang komprehensif.

Kekurangan tenaga kerja untuk khidmat bantuan.

Keupayaan sistem yang terhad dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Peluang

Perolehan peralatan mendapat kerjasama Unit Pengurusan Aset dan Unit Perolehan.

Pengetahuan teknologi terkini mengenai peralatan dan penyelenggaraan diperolehi melalui perolehan, seminar dan kursus.

Kerjasama dari MAMPU (GITN) dan JKSM dalam menangani masalah rangkaian.

Pengetahuan teknologi terkini diperolehi melalui pembangunan sistem.

Sokongan pengurusan yang padu dalam penggunaan aplikasi.

Ke arah ‘paperless’.

Penaiktarafan sistem berasaskan keperluan dan teknologi.

Ancaman

Perubahan teknologi yang begitu pantas.

Peruntukan perbelanjaan yang terhad

Kehendak pelanggan perlu dipenuhi dengan kadar segera.

Ancaman dari serangan virus, trojan , spam dan lain-lain.

Penghantaran fail bersaiz besar mengganggu kelancaran penghantaran emel.

Ekspektasi pelanggan yang terlalu tinggi

Pelanggan kurang mahir menggunakan

sistem.

Page 17: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

17

Hala tuju ICT juga perlu direalisasikan berdasarkan garis panduan ISP Sektor Awam iaitu

satu pendekatan telah diambil untuk mengenalpasti peluang ICT dan tadbir urus ICT.

PELUANG-PELUANG ICT

Peluang-peluang ICT yang dikenal pasti adalah berdasarkan kepada penggunaan ICT secara efektif

yang dapat menyokong Pentadbiran JAKESS dalam mencapai visi, misi dan objektifnya. Proses

mengenalpasti peluang ICT adalah dengan mengambilkira aspek berikut:

1. Penilaian matlamat strategi Pentadbiran JAKESS dan ICT semasa;

2. Isu dan jurang yang dikenal pasti berdasarkan kepada pemerhatian persekitaran secara

keseluruhan;

3. Input dari anggota dan pengurusan JAKESS; dan

4. Hala tuju dan trend ICT semasa di Sektor Awam dan peringkat global.

Peluang ICT yang dikenal pasti boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu peluang aplikasi dan

peluang persekitaran pengkomputeran yang mampan (Enabling Environment).

Page 18: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

18

Komponen-Komponen Asas

Seni bina teknologi yang strategik menunjukkan bagaimana komponen-komponen asas ICT iaitu

platform, pangkalan data, server, gateway, sekuriti, rangkaian, saluran capaian, perisian ‘front-end’

dan komuniti saling berhubung kait antara satu sama lain.

Komuniti

Perisian ‘Front-end’

Saluran Capaian

Rangkaian

Sekuriti

Gateway

Pangkalan Data

Server

Platform

Web Browser

Aplikasi Komuniti

Aplikasi Khusus Agensi

Client Software

Aplikasi Enterprise Wide

Agensi Kerajaan / Kakitangan Pentadbiran JAKESS / Orang awam

Knowledge Bank

Portal, Emel, Telefon, Faks

Internet/Intranet/PCN

Firewall/Antivirus

Web Server Mail Server

Pangkalan Data Esyariah di JKSM

Peralatan, Perisian, Sistem Pengoperasian, Protokol

Kn

ow

led

ge B

ank

Das

ar d

an G

aris

Pan

du

an

Page 19: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

19

BAB 5 PELAN STRATEGIK ICT Pelan Strategik ICT ini mengandungi penerangan tentang strategi teras ICT yang menjadi pegangan

dan matlamat kepada pembangunan ICT di JAKESS. Turut dimuatkan penjelasan berkenaan

program-program yang dirangka bagi melaksanakan teras-teras yang telah ditetapkan. Strategi ICT

ini meliputi segala aspek yang difikirkan perlu dilaksanakan termasuklah penggunaan teknologi,

peluang-peluang sistem aplikasi dan infrastruktur ICT di Pentadbiran JAKESS.

STRATEGI TERAS TMK JAKESS Dengan mengambil kira analisis SWOT, peluang-peluang ICT dan keperluan strategi teras

Pentadbiran JAKESS, strategi teras ICT boleh dirumuskan seperti yang berikut:

1. Menyediakan Infrastruktur dan Prasarana yang bersesuaian

2. Penyediaan dan Perlaksanaan Aplikasi Yang Berkualiti

3. Mewujudkan persekitaran kerja yang berorientasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

4. Memperkukuhkan Pengurusan dan Tadbir Urus ICT

Empat strategi teras ini perlu dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan pembudayaan ICT di

Pentadbiran JAKESS bagi mencapai matlamat strategik jabatan iaitu ICT dijadikan asas dalam

peningkatan kualiti kerja.

Page 20: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

20

Faktor Penentu Kejayaan dan Penanda Aras Utama

Jadual berikut menerangkan secara terperinci terhadap program-program yang akan dilaksana

berasaskan kepada strategi teras ICT yang dinyatakan. Penerangan ini merangkumi objektif program,

faktor penentu kejayaan (key success factors – KSFs), tempoh pelaksanaan program dan penanda

aras utama (key performance indicators – KPIs).

1. TERAS 1: Menyediakan Infrastruktur dan Prasarana yang bersesuaian

Bil

Program Faktor Penentu Kejayaan

Tempoh

Penanda Aras Utama

Mula Akhir

1. Menyediakan Pusat Data yang lengkap dan Kondusif -Memenuhi Spesifikasi Dasar Keselamatan ICT dan SOP

i. Sokongan & komitmen pihak Pengurusan Atasan.

ii. Peruntukan kewangan yang mencukupi.

iii. Kemahiran dan Kepakaran Personel ICT yang berterusan.

iv. Penyelenggaraan dan pemantauan yang berkesan.

v. Penyediaan dasar ICT yang berkaitan.

2011 2015 SOP dan DKICT

2. Menyediakan Bilik Latihan Komputer yang Sesuai

2011 2015 .Bilik Latihan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan

3. Menaiktaraf Perkakasan dan Perisian bagi Automasi Pejabat dan Pusat Data

o Komputer o Pencetak o Pengimbas o Projektor o Monitor o LCD Monitor o Smart Device o Antivirus o Perisian

Automasi Pejabat

2011 2015 Perkakasan dan peralatan adalah menepati spesifikasi sesuai.

4. Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian

2011 2015 Mempunyai Alat Ganti /Perisian yang diperlukan dan memenuhi spesifikasi (sekiranya perlu)

5. Peningkatan Keupayaan Rangkaian LAN o Perkakasan

Rangkaian o Persekitaran

Jaringan Tanpa Wayar ‘wireless’

o Perisian

Rangkaian

2011 2015 Penggunaan rangkaian yang laju dan menepati spesifikasi sesuai

Page 21: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

21

6. Memaksimakan penggunaan capaian talian ke sistem E-Syariah -Penggunaan Sistem E-Syariah sepenuhnya. -Mewujudkan Anugerah ICT untuk pencapaian penggunaan E-Syariah

2011 2015 Memastikan Talian sentiasa

7. Menyediakan komputer dan pencetak untuk penggunaan pendaftaran kes di setiap lokasi MTS / MRS.

2011 2015 Memastikan Perkakasan dan Perisian dalam keadaan yang baik.

Page 22: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

22

1. TERAS 2: Penyediaan dan Perlaksanaan Aplikasi Yang Berkualiti

Bil Program Objektif Faktor Penentu Kejayaan

Tempoh Penanda Aras Utama

Mula Akhir

1. Perluasan

pelaksanaan

mengikut Modul

yang belum

digunakan:

- E-Nafkah

- E-Bicara

- Statistik

- Bailif

- Catatan

Bicara

i. Sokongan & komitmen pihak Pengurusan Atasan.

ii. Sokongan & komitmen stakeholders.

iii. Peruntukan kewangan yang mencukupi.

iv. Kemahiran dan Kepakaran Personel ICT yang berterusan

v. Penilaian semula sistem mengikut kehendak stakeholders.

vi. Penyediaan dasar ICT yang berkaitan.

2011 2015 Dokumentasi yang lengkap dan sentiasa kemaskini yang disediakan oleh JKSM.

2. Pengemaskinian dan Data di dalam E- Syariah

2011 2015 Semua proses kerja dibangunkan dalam bentuk sistem aplikasi dan dilaksanakan secara ‘online

dengan sokongan JKSM’.

3. E-Payment 2011 2015 100% pelanggan berpuas hati dengan aplikasi dibangunkan.

4. Sistem No Giliran (QMS) dikaunter bayaran di daerah HL, SPG, HS, KS, KL, SB, GBK

2011 2015 Penyelesaian aduan dalam tempoh 2 hari (dalaman) dan 4 hari (vendor).

5. Video Korporat dan Video Pembangunan

2012 2012 Kedua-dua Video boleh digunakan sepenuhnya.

6. Menaiktraf portal kepada 5 Bintang

2013 2015 Pengemaskinian di buat secara berkala dan Teratur berdasarkan Jadual

7. Laman Sosial Jabatan

2013 2015 Melantik Jawatankuasa untuk Laman Sosial Jabatan

Page 23: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

23

2. TERAS 3: Mewujudkan persekitaran kerja yang berorientasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bil

Program Objektif Faktor Penentu Kejayaan

Tempoh Penanda Aras Utama

Mula Akhir

1. Pelan Latihan

ICT

Pembangunan

Pelan Latihan ICT

2011 – 2015

Pelaksanaan

Pelan Latihan ICT

2011 - 2015

Seminar

Technology

Update (Setahun

Sekali)

Kaji Selidik

Pengetahuan ICT

i. Sokongan & komitmen pihak Pengurusan Atasan.

ii. Sokongan & komitmen stakeholders sendiri

iii. Peruntukan kewangan yang mencukupi

iv. Kemahiran dan Kepakaran Personel ICT yang berterusan

2011 2015 100% pegawai mempunyai asas dalam teknologi ICT terkini.

2. Budaya

penggunaan

emel

Mewujudkan akaun emel untuk setiap kakitangan Kemahiran menggunakan emel i. Mengarang ii. Menghantar Menjawab emel

2011 2015 Pembangunan ICT yang dihasilkan menepati ciri-ciri di dalam garis panduan yang ditetapkan.

3. Lawatan Berkala ke Daerah : Jadual Berkala yang ditetapkan

Pembetulan dan

Penyelenggaraan

Komputer

2011 2015 Mesti memenuhi Jadual Berkala yang ditetapkan .

4. Perkongsian

maklumat

Memberi pendedahan dan pengetahuan TMK -Kemahiran

mengendalikan

pekakasan TMK cth

LCD, Projektor

2011 2015 Semua urusetia tahu menggunakan Perkakasan TMK

Page 24: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

24

TERAS 4: Memperkukuhkan Pengurusan dan Tadbir Urus ICT

Bil

Program Objektif Faktor Penentu Kejayaan

Tempoh Penanda Aras Utama

Mula Akhir

1. Pemantapan

Tadbir Urus

Penilaian terhadap

keberkesanan

Jawatankuasa ICT

yang ada:

- Jawatankuasa

Keselamatan ICT

- Jawatankuasa

Laman Web

- Jawatankuasa

Pemandu ICT

- Garis Panduan dan

Manual Kerja

Setiap Sistem yang

dibangunkan

- Sasaran Kerja

Tahunan mengikut

pelan strategik

- Laporan

Peningkatan dan

Keberkesanan ICT

i. Sokongan & komitmen pihak Pengurusan Atasan.

ii. Sokongan & komitmen peserta.

iii. Kemahiran dan Kepakaran Personel ICT yang berterusan.

iv. Peruntukan kewangan yang mencukupi.

2011 2015 Pelan latihan mengikut keperluan sebenar

2. Pengukuhan

Struktur

Organisasi ICT

Menambah Bil

Perjawatan ICT 2011 2015 100% pegawai

mendapat latihan.

Pertambahan Waran

Perjawatan bagi

Juruteknik Komputer

bagi FT 17 bagi

semua daerah

2011 2015 Kakitangan ICT yang mampu menyelesaikan masalah berkaitan ICT tanpa bergantung pada pihak luar.

Memiliki kenderaan

khas bagi tujuan

membaik pulih

kerosakan ICT .

2011 2015 Bilangan tenaga pakar yang tinggi dan mencakupi semua bidang yang sepatutnya.

Menaiktaraf Unit ICT dan Pembahagian Seksyen

Page 25: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

25

PELAN TINDAKAN Berdasarkan kepada empat teras yang dinyatakan di atas, Pelan Tindakan Strategik dibangunkan

merangkumi perkara-perkara yang dinyatakan di bawah.

1. Menyediakan Infrastruktur dan Prasarana yang bersesuaian

Bil Program Inisiatif Sasaran

2011 2012 2013 2014 2015

1 Menyediakan Infrastruktur dan Prasarana yang bersesuaian

Menyediakan Pusat Data yang lengkap dan Kondusif -Memenuhi Spesifikasi Dasar Keselamatan ICT dan SOP

Menyediakan Bilik Latihan Komputer yang Sesuai

Menaiktaraf Perkakasan dan Perisian bagi Automasi Pejabat dan Pusat Data

o Komputer o Pencetak o Pengimbas o Projektor o Monitor o LCD Monitor o Smart Device o Antivirus o Perisian Automasi

Pejabat

Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian

Page 26: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

26

Peningkatan Keupayaan Rangkaian LAN

o Perkakasan Rangkaian -Persekitaran Jaringan Tanpa Wayar ‘wireless’

o Perisian Rangkaian

Memaksimakan penggunaan capaian talian ke sistem E-Syariah -Penggunaan Sistem E-Syariah sepenuhnya. -Mewujudkan Anugerah ICT untuk pencapaian penggunaan E-Syariah

Menyediakan komputer dan pencetak untuk penggunaan pendaftaran kes di setiap lokasi MTS / MRS.

Page 27: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

27

2. Penyediaan dan Perlaksanaan Aplikasi Yang Berkualiti

Bil Program Inisiatif Sasaran

2011 2012 2013 2014 2015

1 Penggunaan secara keseluruhan sistem E-Syariah di semua Mahkamah Syariah.

Perluasan pelaksanaan

mengikut Modul yang belum

digunakan:

- E-Nafkah

- E-Bicara

- Statistik

- Bailif

- Catatan Bicara

Pengemaskinian dan Data di dalam E- Syariah

E-Payment

Pendaftaran Kes Melalui Portal

2 Pembangunan Aplikasi Baru yang membantu kakitangan dan pelanggan

Sistem No Giliran (QMS) dikaunter bayaran di daerah HL, SPG, HS, KS, KL, SB, GBK

Page 28: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

28

Menambahbaik TV Interaktif di

semua Mahkamah Rendah

Syariah

Video Korporat dan Video Pembangunan

3 Penambahbaikan Perkhidmatan Portal Jabatan

Menaiktraf portal kepada 5 Bintang

Laman Sosial Jabatan

Page 29: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

29

3. Mewujudkan persekitaran kerja yang berorientasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bil

Program

Inisiatif

Sasaran

2011 2012 2013 2014 2015

1 Pelan Latihan

ICT

Pembangunan Pelan

Latihan ICT 2011 - 2015

Pelaksanaan Pelan

Latihan ICT 2011 - 2015

Seminar Technology

Update (Setahun Sekali)

KajiSelidik Pengetahuan

ICT

2 Budaya penggunaan emel

Mewujudkan akaun emel untuk setiap kakitangan

Kemahiran menggunakan emel

1. Mengarang 2. Menghantar 3. Menjawab emel

3 Lawatan Berkala ke Daerah : Jadual Berkala yang ditetapkan

Pembetulan dan Penyelenggaraan Komputer

4 Perkongsian maklumat

Memberi pendedahan dan pengetahuan TMK -Kemahiran mengendalikan pekakasan TMK cth LCD, Projektor dll.

Page 30: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

30

4. Memperkukuhkan Pengurusan dan Tadbir Urus ICT

Bil

Program

Inisiatif

Sasaran

2011 2012 2013 2014 2015

1 Pemantapan

Tadbir Urus

Penilaian terhadap

keberkesanan Jawatankuasa

ICT yang ada:

- Jawatankuasa

Keselamatan ICT

- Jawatankuasa

Laman Web

Jawatankuasa Pemandu ICT

Garis Panduan dan Manual

Kerja Setiap Sistem yang

dibangunkan

Sasaran Kerja Tahunan

mengikut pelan strategik

Laporan Peningkatan dan

Keberkesanan ICT

2 Pengukuhan

Struktur

Organisasi ICT

Menambah Bil Perjawatan

ICT

Pertambahan Waran

Perjawatan bagi Juruteknik

Komputer bagi FT 17 bagi

semua daerah

Memiliki kenderaan khas

bagi tujuan membaik pulih

kerosakan ICT .

Menaiktaraf Unit ICT dan Pembahagian Seksyen

Page 31: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

31

BAB 6 PELAN PELAKSANAAN ICT Pelan pelaksanaan ICT menerangkan susunan tindakan yang perlu diambil untuk memastikan projek ICT di Pentadbiran dapat dilaksanakan dalam tempoh yang dirancang. Strategi Pelaksanaan Strategi pelaksanaan projek ICT yang dikenal pasti melibatkan aspek-aspek seperti personel, proses kerja dan sistem. Berikut merupakan strategi pelaksanaan yang perlu diterapkan bagi mencapai penanda aras utama yang ditetapkan dalam tempoh lima (5) tahun iaitu:

1. Pelaksanaan projek secara berperingkat-peringkat;

2. Penumpuan diberikan kepada projek yang boleh dilaksanakan dengan cepat dan mudah mengikut keutamaan;

3. Memperkasakan struktur organisasi ICT bagi memastikan Seksyen ICT mempunyai kekuatan dan kompetensi yang mencukupi untuk melaksanakan projek ICT yang telah dikenal pasti dan menjalankan tanggungjawab sebagai penyediaan perkhidmatan ICT yang mantap;

4. Menggunakan pendekatan outsourcing (mengikut kesesuaian) projek dan memanafaatkan inisiatif sedia ada atau pembekal perkhidmatan (mengikut kesesuaian) untuk memastikan pelaksanaan dibuat dengan lancar dan cepat; dan

5. Memastikan keberkesanan pengurusan projek ICT dalam mengurus pelaksanaan projek-projek ICT yang telah dirancang.

Page 32: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

32

Pelan Pelaksanaan Berasaskan Peluang ICT Pelan pelaksanaan ini mengandungi aktiviti projek-projek ICT secara terperinci untuk jangka masa lima (5) tahun berasaskan peluang-peluang ICT yang telah dikenal pasti. 2015 2011 2012 2013 2014

Peluang Enabling Environment

Peluang Aplikasi

Projek Peningkatan

Projek Baru

Projek Peningkatan

Projek Baru

Emel Lotus Notes

Aplikasi Online

Laman Web JAKESS dan Pentadbiran

Rangkaian Setempat (LAN)

Anti Virus

Bilik Server

Sistem Pengurusan Keselamatan

Latihan dan Kemahiran ICT

Penambahan Komputer Peribadi dan Peralatan ICT

Penambahan Perkakasan dan Prasarana di Bilik Mesyuarat, Dewan Mahkamah

Sistem Surat Menyurat

Pengurusan Perubahan (Change Management)

Page 33: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

33

BAB 7 MEKANISME PEMANTAUAN PELAKSANAAN Kejayaan melaksanakan Pelan Strategik ICT ini memerlukan pemantauan yang terperinci serta berterusan. Melalui pemantauan ini pihak pengurusan akan dapat menilai pencapaian projek-projek ICT dan program-program berasaskan strategi teras ICT yang telah ditetapkan. Pemantauan ini dapat dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) di Pentadbiran JAKESS seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2008. JPICT adalah jawatankuasa yang memantau projek-projek ICT secara komprehensif dan mengikut ketetapan dalam Pelan Strategik ICT secara keseluruhan di Pentadbiran JAKESS. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie,JAKESS dengan ahli-ahlinya terdiri daripada

i. Hakim Mahkamah Tinggi, JAKESS ii. Pegawai Sulh yang dilantik sebagai Jawatankuasa Teknologi Maklumat; iii. Pengurus ICT – Ketua Pendaftar iv. Ketua-Ketua Unit v. Pegawai Keselamatan ICT – Pegawai Teknologi Maklumat vi. Urus setia – Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Jawatankuasa ini akan bermesyuarat dengan kekerapan 3 bulan sekali. Fungsi Jawatankuasa ini ialah:

1. Menetapkan arah tuju dan strategi untuk pelaksanaan ICT di Pentadbiran JAKESS; 2. Merancang, mengenal pasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran, tenaga kerja dan

kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan arah tuju dan strategi ICT Pentadbiran JAKESS;

3. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program/projek-projek ICT di Pentadbiran JAKESS;

4. Menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan ICT agensi agar selari dengan Pelan Strategik

ICT Pentadbiran JAKESS dan Pelan Strategik ICT Sektor Awam;

5. Meluluskan projek ICT agensi berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan;

6. Mengikuti dan memantau perkembangan program ICT Pentadbiran JAKESS serta

memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanan ICT;

7. Merancang dan menentukan langkah-langkah keselamatan ICT;

8. Mengemukakan perolehan ICT yang telah diluluskan di peringkat JPICT Pentadbiran JAKESS kepada Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) MAMPU untuk kelulusan; dan

9. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT yang telah diluluskan kepada JTICT mengikut tempoh-tempoh yang telah ditetapkan.

Page 34: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI · PDF fileBab 4 Hala Tuju Strategik ICT 15 Bab 5 Pelan Strategik ICT 19 Bab 6 ... Pada tahun 1989, Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2

34

BAB 8 PENUTUP

Pelan Strategik ICT Pentadbiran merupakan satu blueprint untuk melaksanakan projek ICT bagi mencapai hala tuju dan teras strategik Pentadbiran JAKESS. Pelan Strategik ini adalah sebuah dokumen yang mengandungi perancangan ICT Pentadbiran JAKESS bagi mengenalpasti inisiatif-inisiatif ICT yang perlu dilaksanakan mengikut jangkamasa lima (5) tahun iaitu bagi tempoh 2011 hingga 2011. Hasil kejayaan pelaksanaan program-program ICT ini dijangka dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kualiti maklumat yang disampaikan kepada pelanggan.

Pelan ini akan menjadi satu panduan dan rujukan sepanjang pelaksanaan ICT untuk tempoh

tersebut. Oleh itu, dokumen ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya sentiasa relevan dan terus menjadi pemangkin kepada usaha Pentadbiran JAKESS untuk mencapai visinya.