undang-undang malaysia - agc.gov.my 2.… · tanggungjawab tersebut atau terhad ap menteri yang...

8
UNDANG-UNDANG CETAKAN SEMULA MALAYSIA DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 Akta 2 AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 002b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 11:50 AM

Upload: doliem

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

UNDANG-UNDANG

CETAKAN SEMULA

MALAYSIA

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Akta 2

AKTA FUNGSI-FUNGSIMENTERI 1969

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

002b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 11:50 AM

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEHMALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

DAN DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

CAWANGAN KUALA LUMPUR2006

2

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969

Tarikh Perkenan Diraja… … … … 15 Februari 1969

Tarikh penyiaran dalam Warta … … 27 Februari 1969

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1992Cetakan Semula Yang Kedua … … … 1999

002b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 11:50 AM

33

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 2

SUSUNAN SEKSYEN

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969

Seksyen

1. Tajuk ringkas

2. Fungsi dan nama jawatan Menteri

3. Natijah pemindahan fungsi dan perubahan nama jawatan

4. Rujukan dalam undang-undang bertulis

5. Pemansuhan dan kecualian

002b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 11:50 AM

002b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 11:50 AM

55

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 2

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969

Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk mengisytiharkanfungsi dan pemindahan fungsi Menteri, untuk menetapkan namajawatan Menteri, dan bagi maksud yang berkenaan danberhubungan dengannya.

[Seluruh Malaysia—27 Februari 1969]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yangberikut:

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fungsi-Fungsi Menteri1969.

Fungsi dan nama jawatan Menteri

2. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalamWarta memberitahu—

(a) bahawa seseorang Menteri telah diberi apa-apa fungsiatau telah dipertanggungkan dengan apa-apatanggungjawab mengenai sesuatu jabatan atau perkarayang tertentu atau bahawa sesuatu fungsi atautanggungjawab yang tersebut itu telah dipindahkankepada seorang Menteri yang lain;

(b) bahawa suatu nama jawatan telah diberikan kepadaseseorang Menteri (kecuali Perdana Menteri) ataubahawa nama jawatan yang tersebut itu telah diubah.

002b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 11:50 AM

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 2

(2) Sesuatu perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agongdi bawah seksyen ini—

(a) boleh mengadakan peruntukan mengenai pemindahanapa-apa harta, hak atau tanggungan yang dipegang,dinikmati atau dilakukan oleh mana-mana Menteriberhubung dengan apa-apa fungsi yang diberikan ataudipindahkan itu; dan

(b) boleh mengandungi apa-apa peruntukan lain yangperlu dan suai manfaat untuk memberi kesan kepadaperintah itu.

Natijah pemindahan fungsi dan perubahan nama jawatan

3. Jika sesuatu perintah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dibawah seksyen 2 sesuatu yang dimulakan, atau yang dibuatsebelum perintah itu mula berkuat kuasa oleh atau di bawah kuasaMenteri yang fungsi dan tanggungjawabnya telah dipindahkanatau yang nama jawatannya itu diubah boleh diteruskan ataudiselesaikan oleh Menteri itu.

Rujukan dalam undang-undang bertulis

4. Apa-apa rujukan dalam sesuatu undang-undang bertulis atausesuatu surat cara, kontrak atau pembicaraan di sisi undang-undang terhadap seseorang Menteri mengikut nama jawatannyamelainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lainhendaklah diertikan sebagai suatu rujukan terhadap Menteri yangpada masa itu diberi fungsi atau dipertanggungkan dengantanggungjawab tersebut atau terhadap Menteri yang pada masa itudiberi nama jawatan tersebut.

Pemansuhan dan kecualian

5. Ordinan (Memindahkan Fungsi) Menteri-Menteri KerajaanPersekutuan 1951 [No. 15 tahun 1951] dengan ini dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa perintah yang dibuat di bawah Ordinani tu a tau mana-mana undang-undang ber tu l i s l a in yangberhubungan dengan pemindahan fungsi seorang Menteri ataupegawai awam yang berkuat kuasa sebelum sahaja Akta ini mula

002b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 11:50 AM

Fungsi-Fungsi Menteri 77

berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta inidan hendaklah terus berkuat kuasa, dan boleh dipinda ataudibatalkan dengan sewajarnya.

002b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 11:50 AM

8

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 2

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969

SENARAI PINDAAN

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

– TIADA –

002b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 11:50 AM