undang-undang kemanusiaan antarabangsa · pdf fileapa itu uuka? uuka juga dikenali sebagai...

Download Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa · PDF fileAPA ITU UUKA? UUKA juga dikenali sebagai Undang-undang Peperangan atau Undang-undang Konflik Bersenjata. Undang-undang Kemanusiaan

If you can't read please download the document

Upload: trankien

Post on 07-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

  • Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa

    (Undang-undang Konflik Bersenjata)

  • APA ITU UUKA?

    UUKA juga dikenali sebagai Undang-undang Peperangan atau Undang-undang Konflik Bersenjata.

    Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang, atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. Ia melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan.

    UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara.

    UUKA tidak menentukan samada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan lain undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Akan tetapi, sebaik sahaja sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA diguna pakai. UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata konflik antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa.

    UUKA dikesan daripada peraturan tamadun purba dan agama dahulu kala. Peperangan sejak dari dahulu lagi telah dihadkan dengan pengamalan prinsip dan adat tertentu yang diterima secara meluas.

    Kodifikasi sejagat UUKA bermula pada abad ke-19. Sejak itu, negara-negara di dunia telah bersepakat untuk menerima satu siri peraturan yang praktikal, berdasarkan pengalaman pahit mereka dalam peperangan. Peraturan ini berusaha untuk mencapai keseimbangan di antara keprihatinan kemanusiaan dan keperluan ketenteraan sesebuah negara.

    Sejak berkembangnya masyarakat antarabangsa, bilangan negara yang menyumbang kepada pengembangan UUKA juga bertambah. Hari ini, UUKA merupakan satu badan undang-undang sejagat.

    DARI MANAKAH ASAL-USUL UUKA?

    IC

    RC

    / CH

    IN, L

    ili

  • UUKA merangkumi: perlindungan ke atas mereka

    yang tidak terlibat, atau tidak lagi terlibat secara aktif dalam pertempuran;

    menghadkan cara peperangan, terutama jenis senjata dan kaedah peperangan seperti taktik ketenteraan.

    APAKAH PERATURAN ASAS UUKA?

    Perlindungan ke atas mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi terlibat secara aktif dalam pertempuranUUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian di dalam pertempuran seperti orang awam, kakitangan perubatan dan keagamaan pasukan tentera. Ia juga melindungi mereka yang tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran tersebut seperti anggota tentera yang tercedera, karam di laut ketika peperangan, anggota tentera yang sakit dan tawanan perang.

    Nyawa, maruah serta integriti fizikal dan mental golongan yang dilindungi mesti dihormati. Mereka juga memiliki jaminan perundangan. Golongan ini mesti diberi jaminan perundangan serta dilindungi dan dilayan dengan perikemanusiaan didalam semua keadaan tanpa perbezaan dan sikap pilih kasih.

    Lebih terperinci, adalah dilarang untuk membunuh atau mencederakan seorang musuh yang telah menyerah diri atau tidak mampu untuk melawan; mereka yang sakit dan tercedera haruslah dikumpulkan dan dijaga oleh pihak berkuasa yang menemui mereka; dan anggota serta bekalan perubatan, hospital dan ambulan wajib dilindungi setiap masa.

    Wujud juga peraturan-peraturan khusus yang mengawal keadaan penahanan tawanan-tawanan perang, dan cara bagaimana orang awam patut dilayan apabila mereka berada dalam bidang kuasa pihak musuh. Ini termasuklah peruntukan makanan, tempat tinggal dan khidmat perubatan serta hak untuk berutus khabar dengan keluarga mereka.

    Undang-undang ini menentukan beberapa simbol yang mudah dikenali, digunakan sebagai lambang melindungi orang, tempat dan objek. Lambang utama adalah Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan simbol-simbol yang mengenalpasti hartabenda warisan dan kelengkapan pertahanan awam.

    Apakah had penggunaan senjata dan taktik peperangan?

    UUKA melarang segala cara dan kaedah peperangan dimana: gagal untuk membezakan diantara mereka yang mengambil bahagian dengan

    mereka (seperti orang awam) yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, tujuannya adalah untuk melindungi masyarakat, individu dan hartabenda awam;

    mengakibatkan kecederaan yang melampau atau kesengsaraan yang keterlaluan; menyebabkan kemusnahan yang keterlaluan atau kesan jangkapanjang terhadap

    alam sekitar.

    Oleh itu, UUKA telah menghadkan atau mengharamkan penggunaan banyak jenis senjata, termasuk peluru letupan, senjata kimia serta biologi, senjata laser yang boleh membutakan dan periuk api.

  • APAKAH PERJANJIAN YANG MEMBENTUK UUKA?

    Konvensyen Geneva merupakan perjanjian antarabangsa pertama dalam sejarah moden yang diterima sejagat oleh semua negara.

    UUKA terdiri daripada pelbagai perjanjian antarabangsa yang wujud sejak 150 tahun yang lalu. Perjanjian UUKA yang paling dikenali adalah empat Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan kepada konvensyen tersebut.

    Perjanjian lain menghadkan atau melarang penggunaan senjata dan taktik ketenteraan tertentu dan melindungi orang dan hartabenda dalam kategori tertentu. Perjanjian-perjanjian ini termasuklah:

    Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-dua protokolnya;

    Konvensyen Senjata Biologi 1972;

    Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya;

    Konvensyen Senjata Kimia 1993;

    Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api;

    Protokol 2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas Perang (Explosive Remnants of War/ERW).

    Kebanyakan peruntukan UUKA telah diterima pakai sebagai undang-undang lazim iaitu sebagai peraturan am di mana semua negara adalah terikat olehnya. Undang-undang lazim tidak bertulis tetapi oleh kerana ia diikuti secara sukarela, ia dianggap sebagai undang-undang yang mengikat kesemua pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata.

    IC

    RC

    /SO

    HLB

    ERG

    , Jo

    han

  • Konvensyen Geneva dan Protokol TambahanKonvensyen Geneva PertamaKonvensyen penambahbaikan terhadap keadaan mereka yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan pertempuran (12 Ogos 1949) Melindungi petempur yang cedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka,

    bangunan tempat mereka diberi perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk merawat mereka. Mengawal dan menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

    Konvensyen Geneva KeduaKonvensyen penambahbaikan terhadap keadaan anak-anak kapal dari angkatan tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran di laut (12 Ogos 1949) Memberi perlindungan kepada petempur-petempur yang terdiri daripada anak-anak

    kapal yang karam dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan yang membolehkan mereka dibantu.

    Konvensyen Geneva KetigaKonvensyen merujuk kepada layanan yang diberikan kepada tawanan perang (12 Ogos 1949) Melindungi angkatan tentera yang

    ditawan semasa perang. Menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan perang dan mewujudkan hak dan tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka.

    Konvensyen Geneva KeempatKonvensyen yang berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang (12 Ogos, 1949) Mewujudkan peraturan bagi

    melindungi masyarakat awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya.

    Protocol Tambahan I Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977) Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara

    peperangan.

    Protokol Tambahan IIProtokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977) Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik

    bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya.

    Protokol Tambahan IIIProtokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005) Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama

    dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

    IC

    RC

    /LO

    UIS

    , Vir

    gin

    ie

  • SIAPAKAH YANG TERIKAT DENGAN KONVENSYEN GENEVA?

    BILAKAH UUKA DIGUNA PAKAI?

    Undang-undang ini diguna pakai hanya apabila sesebuah konflik tercebus dan diguna pakai keatas semua pihak, tanpa mengira siapa yang memulakan persengketaan tersebut.

    Hanya Negara yang boleh menandatangani perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva serta Protokol Tambahannya. Walau bagaimanapun, semua pihak dalam konflik bersenjata sama ada Negara atau kumpulan bersenjata adalah terikat dengan UUKA.

    UUKA digunapakai sejurus tercetusnya konflik bersenjata dan mengikat secara undang-undang semua yang terlibat, tanpa mengambilkira pihak mana yang memulakan persengketaan.

    UUKA diguna pakai hanya ke atas konflik bersenjata; ia tidak merangkumi ketegangan atau kekacauan dalaman seperti tindakan keganasan berasingan dan tidak berkaitan antara satu sama lain.

    Dalam konflik bersenjata antarabangsa dan bukan antarabangsa, semua pihak mesti mematuhi peraturan-peraturan UUKA, yang mana membezakan kedua-dua jenis konflik tersebut.

    Konflik bersenjata antarabangsa bermakna apabila sekurang-kurangnya dua buah negara terlibat. Mereka terikat dengan rangkaian peraturan-peraturan yang luas, termasuk keempat-empat Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan I.

    Konflik be