um_2006_6(1-24)

25
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NOVEL-NOVEL BERUNSUR ISLAM: SATU ANALISIS BERDASARKAN TEORI TAKMILAH KAMARIAH KAMARUDIN. UM 2006 6

Upload: fazliani-osman

Post on 01-Jul-2015

572 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: UM_2006_6(1-24)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NOVEL-NOVEL BERUNSUR ISLAM: SATU ANALISIS BERDASARKAN TEORI TAKMILAH

KAMARIAH KAMARUDIN.

UM 2006 6

Page 2: UM_2006_6(1-24)

NOVEL-NOVEL BERUNSUR ISLAM: SATU ANALISIS BERDASARKAN TEORI TAKMILAH

KAMARIAH KAMARUDIN

TESlS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNlVERSlTI MALAYA

KUALA LUMPUR

Page 3: UM_2006_6(1-24)

UNlVERSlTl MALAYA

PERAKUAN KEASLIAN PENULlSAN

NO. KIP: 730323-1 1-51 58 Nama Calon: KAMARlAH KAMARUDIN No. Pendaftaran: JHAQOl003 Nama Ijazah: IJAZAH DOKTOR FALSAFAH Tajuk Kertas ProjeM Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis(Hasil Ke j a Ini"): NOVEL-NOVEL BERUNSUR ISLAM: SATU ANALISIS BERDASARKAN TEORl TAKMlLAH Bidang Penyelidikan: NOVEL MELAYU

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

(1) Saya adalah satu-satunya pengaranglpenulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Ke rja ini adalah ash; (3) Apa-apa urusan berkaitan dengan hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah

dilakukan secara urusan yang wajar dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dengan sejelasnya dan secukupnya dinyatakan dan satu pengiktirafan tajuk h a d kerja tersebut dan pengaranglpenulisnya telah dilakukan di dalam H a d Kerja ini;

(4) Saya tidak mempunyai pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;

(5) Pemunya hakcipta Hasil Kerja ini adalah Universiti Malaya ("UM") dan apa-apa pengeluaran semula dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua cara mekanikal atau sebaliknya adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;

(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil ke rja yang lain, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain yang diputuskan oleh UM.

U.Q=-QL :-y+ ................... Tandatangan Calon

c*f"y -'9

Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

Jawatan: P W d a t A

Tari kh

Tarikh

Page 4: UM_2006_6(1-24)

PENGHARGAAN

Syukur alharndulilah ke hadrzit Allah SWT kerana dengan izin-Nya pengkaji dapat menyelesaikan tesis ini dengan jayanya walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan kekangan. Adakalanya kepelbagaian hambatan tersebut mencabar kemampuan tetapi berkat sokongan padu daripada kalangan tertentu menjadikan pengkaji menyemarakkan kekuatan mengusahakan kajian ini dengan tenang dan sabar. Justeru, kalungan ucapan terima kasih kepada kedua-dua penyelia, iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (APM) dan Prof. Madya Dr. Che Zarrina Sa'ari (API); mereka tanpa jemu mendorong pengkaji menyiapkan tesis ini dengan bimbingan dan nasihat yang membakar semangat. Segala tunjuk ajar tersebut merupakan ilmu yang amat berguna bagi peningkatan diri pengkaji pada masa hadapan; sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang membalas jasa kalian. lstimewa buat kedua-dua ayahanda dan bonda; Haji Kamarudin Abd. Wahab dan Hajah Saadiah Haji Embong, adik-beradik; Samsul Kamal Haji Kamarudin, Hajah Wan Haninah Hanim Haji Wan Ahmad dan Samsul Kahar Haji Kamarudin serta kedua-dua ibu dan ayah saudara; Haji Mohd. Ramli Haji Embong dan Rohaya Musthaffa yang teguh menebarkan kasih sayang, yang utuh merangsang pemikiran, yang jitu mendoakan kejayaan dan yang padu menegakkan 'jatuh-bangun' pengkaji sepanjang tempoh menyudahkan pengajian amat dihargai. Tiada ungkapan yang selayaknya atas pengorbanan kalian hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui. Semoga segala kepahitan-kemanisan, kesengsaraan-kebahagiaan yang diharungi membenihkan ketakwaan yang berpanjangan bagi menuju ke arah "kesempurnaan" dalam kehidupan. Juga Zaidi Hj. Muhammad yang turut memberi sokongan jitu bagi mengusahakan pencapaian dalam dunia akademik.

Di samping, untaian terima kasih kepada Dr. Haji Shafie Abu Bakar (mantan pensyarah UKM) yang sedia berkongsi pandangan dan meminjam beberapa bahan bagi memantapkan kajian ini. Juga rakaman terima kasih terhadap Prof. Madya Dr. Haji Muhammad Bukhari Lubis (UPSI) dan Mana Sikana (Universiti Nanyang Singapura) yang turut memberi galakan pada awal pengkajian pengkaji. Malahan beberapa pensyarah di UKM yang memberi sokongan dan cetusan idea, antaranya ialah Profesor Dr. Hajah Siti Zainon lsmail (FSKK), Prof. Madya Dr. Hajah Rosnah Baharuddin (FSKK): Profesor Dr. Hajah Ungku Maimunah Mohd. Tahir (ATMA) dan Prof: Madya Dr. Zakal-ia ldris (FYI); terima kasih. Sejambak penghargaan turut diucapkan terhadap pensyarah-pensyarah di UM (Dr. Hajah Arnida @ Hamidah Abdulhamid, Encik Mohamad Saleeh Rahamad dan Ustaz Wan Suhaimi Wan Abdullah) dan pensyarah-pensyarah di UPM (Profesor Dr. Haji Amat Johari Moain, Dr. Samsina Haji Abd. Rahman dan Tuan Haji Mhd Amin Arshad) yang memantau perkembangan kemajuan pengkajian ini. Juga terima kasih kepada semua pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya di atas keljasama sepanjang pengajian pengkaji.

Kerjasama yang diberikan oleh Tuan Haji Othman Omar (PELITA Terengganu), kakitangan Arkib Negara, kakitangan Perpustakaan Utama UM, kakitangan Perpustakaan Peringatan Za7aba UM, kakitangan Perpustakaan Akademi Pengajian Islam UM, kakitangan Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu UM, kakitangan Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM, kakitangan Perpustakaan ATMA UKM, kakitangan Perpustakaan Sultan Abd. Samad UPM, kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dan kakitangan Perpustakaan Negeri Daerah Ulu Langat Selangor bagi memberi sumbangan dan kemudahan mendapatkan bahan, diucapkan terima kasih. Perhatian

Page 5: UM_2006_6(1-24)

daripada Allahyarham Dr. Haji Othman Puteh, Encik Mohd. Hanafi h a h i m (DBP), Tuan Haji Abu Hassan Morad (Layar Consult Sdn. Bhd) dan Dr. Ros Zakaria (SMKA Kajang) di atas percikan semangat tumt dihargai. Sejalur ketulusan ukhuwah persahabatan, iaitu Tengku Intan Marlina Tengku Mohamad (UM), Nor Azah Abdul Aziz (Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd), Faizah Razali (Cerdik Publications Sdn. Bhd), Zaiton Abu Samah (DBP), Noraina Norani (Anugerah Media Network), Fariza Haji Khalid (UKM), Mawar Shafei (UKM), Maharam Mamat (UKM), Maisarah Yaacob (SMKC Kajang), Wan Zalina Rajali (DBP), Mohd. Nazri Ibrahim (USM), Haliza Abd. Rahman (USM), Suhana Hamdan (UPM), Pabiyah Haji Maming (UPM), Fazilah Husain (UPM), Khaiml Hamimah Mohd. Jodi (UM), Rosnani Ripin ( K I M Nilam Puri), Ummu Hani Haji Abu Hassan (UM), Noriza Daud (UM), Suraiya Haji Pauzi (Galeri Ilmu Sdn. Bhd), Anida Daud (Creative Enterprise Sdn. Bhd) dan Amaruszati Noor Rahim yang sedia berkongsi emosi sepanjang pengkaji bergelut dengan kajian ini diucapkan sytikl-an jazilan; moga pertalian ini berpanjangan dan dalarn pengawasan-Nya. Mohon restu-Nya agar garis perjalanan dan galur kesejahteraan dalam rahmat Allah SWT selalu.

Kamariah Hajj Kamarudin Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Page 6: UM_2006_6(1-24)

ABSTRAK

Kajian ini meneliti tentang konsep-konsep Islam iaitu akidah, ibadah, khalifah, dakwah dan jihad dalam novel-novel berunsur Islam. Penelitian ini berasaskan kepada sejauh mana pengarang-pengarang mengemukakan konsep-konsep lslam tersebut dalam karya mereka. Pada masa yang sama, kajian ini melihat kesejajaran pandangan tokoh-tokoh agama dan sarjana sastera sama ada peringkat dunia yang dipelopori oleh al-Ghazali (r.h), Sayyid Qutb (r-h) dan al-Faruqi (r.h) atau peringkat tempatan yang diterajui oleh lsmail Hamid, lsmail Ibrahim, Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Kamal Hassan, Muhammad 'Uthman el-Muhammady, Shafie Abu Bakar dan Shahnon Ahmad terhadap pemahaman "sastera Islam". Rata-rata tokoh ini menjadikan tauhid sebagai ukuran penilaian terhadap tahap keberkesanan konsep kebaikan (al-Khayr), kebenaran (al-Haqq) dan keindahan (al-Jamal)

.-. yang terdapat dalam karya-karya berunsur lslam. Berdasarkan pemilihan teks iaitu novel- novel yang memenangi sama ada 'peraduan", "anugerah" atau "hadiah" yang berunsur Islam, maka gagasan Teori Takmilah yang dicetuskan oleh Shafie Abu Bakar dijadikan analisis kajian. Pengkajian ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu analisis berdasarkan pemikiran dalam karya dan analisis berdasarkan teknik dan keindahan dalam karya. Berdasarkan analisis pemikiran dalam karya didapati bahawa rata-rata pengarang mengemukakan konsep-konsep lslam tersebut dalam novel masing-masing bagi menggambarkan "karya berunsur Islam". Terdapat sebahagian novel kajian ini memperlihatkan konsep-konsep lslam dikemukakan dengan baik khususnya dalam memberikan keinsafan iaitu perutusan (mesej) yang tinggi kepada khalayak. Berdasarkan teknik dan keindahan dalam karya pula, kajian mendapati novel-novel yang dinobatkan sebagai "karya berunsur Islam" telah mengemukakan kepelbagaian teknik masing-masing bagi memperlihatkan keindahan yang seterusnya dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan diri khalayak kepada Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Khalik. Maka, dengan ini jelas bahawa novel-novel yang memenangi 'peraduan", "anugerah" dan "hadiah" yang digolungkan sebagai "karya-karya berunsur Islam" walaupun tidak menepati konsep "sastera Islam" secara menyeluruh tetapi tetap mengutamakan konsep hub1 min Allah (hubungan dengan Allah SWT) dan liabl min al-nus (hubungan dengan manusia) bagi menuju ketakmilahan dalam kehidupan sebagaimana yang digagaskan oleh teori Takmilah.

Page 7: UM_2006_6(1-24)

ABSTRACT

This research is a study on the Islamic concepts of 'akidah', 'ibadah', 'khalifah', 'dakwah' and 'jihad' in the Islamic based. The study is focused on how serious the authors discussed these Islamic concepts in their novels. At the same time, this research is to study the similarity of these authors views in the understanding of 'islamic literature' compared to the well known lslamic literature scholars such as al-Ghazali (r.h), Sayyid Qutb (r-h) and al-Faruqi (r.h) and local literature scholars led by Ismail Hamid, lsmail Ibrahim, Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Kamal Hassan, Muhammad 'Uthrnan el-Muhamady, Shafie Abu Bakar and Shahnon Ahrnad. Generally, these scholars have made the belief or tawhid as measurement to the values of the effectiveness of the virtue (al-Khayr), the truth (al-Haqq) and the beauty (al-Jarnao of the Islamic literature. Based on text selection from religious novels which have won Muslim awards, the Takmilah Theory of Shafie Abu Bakar is chosen for critical analysis. This analysis can be divided into two parts. The first part would concern creative fiction and the second part would deal with the techniques and the beauty of the language in the novel. Based on the critical analysis, many of the novels tend to refer on certain issues of the Islamic concepts. On the whole, the issues raised in many novels have brought about a great deal of awareness and meaningful insights. However, on the whole these Muslim novels seemed to have created a new genre altogether. The techniques and beautiful creative imagery have made these novels special in bringing about a very close rapport to Allah SWT. These novels, even though not classified as Muslim literature, are distinctly special in creating that bond between God and man as stated in the Takmilah Theory.

Page 8: UM_2006_6(1-24)

vii

KANDUNGAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAl RAJAH

PENDAHULUAN

Halaman

ii

iii

v

vi

vii

xi

xii

BAB 1 KONSEP "SASTERA ISLAM" DAN FENOMENA "SASTERA ISLAM" DI MALAYSIA

1.1 Pengenalan

1.1.1. al-Ghazali (r.h) I -1.2. Sayyid Qutb (r.h) 1.1.3. al-Faruqi (r.h)

1.2 Perkembangan novel dan kemunculan sastera berunsur Islam

1.2. I. Perkembangan tahun 1970-an 1.2.2. Perkembangaii tahun 1980-an

I .3 Hasil-hasil novel berunsur Islam

1.3.1. Peraduan Mengarang Novel Islam anjuran Yayasan Islam Terengganu 1 -3.2. Anugerah Sastera Darul Iman (ASDI) 1 -3.3. Peraduan Mengarang Novel Islam Sempena Abad 15 Hijrah 1.3.4. Hadiah Sastera Berunsur Islam

1.4 Kesimpulan

Page 9: UM_2006_6(1-24)

BAB 2 TEORI TAKMILAH

2.1 Pengenalan

2.2 Sejarah Teori Takmilah

2.3 Prinsip-prinsip Teori Takmilah

2.3.1. Kamal Sifat Allah Dalam Hubungan Dengan Takmilah 2.3.2. Perhubungan Dengan Rasul Sebagai Insan Kamil 2.3.3. Hubungan Takmilah Dengan Islam Sebagai &Din 2.3.4. Hubungan Takmilah Dengan Ilmu dan Sastera Yang Bersifat

Takamul 2.3.5. Hubungan Takmilah Dengan Karya Yang Berciri Estetik

2.3.5.1. Bentuk 2.3.5.2. Isi 2.3.5.3. Tema 2.3.5.4. Struktur d m Teknik 2.3.5.5. Watak dan Penvatakan 2.3.5.6. Aspek Bahasa 2.3.5.7. Diksi dan Terminologi 2.3.5.8. Estetika

2.3.6. Hubungan Takmilah Dengan Pengkarya Yang Mengistikmalkan Diri

2.3.6.1. Sudut Pandangan, Nilai dan Amanat 2.3.6.2. Latar, Budaya dan Pengaruh

2.3.7. Hubungan Takmilah Dengan Khalayak Yang Memupuk lnsan Kamil

2.4 Pengaplikasian Teori Takmilah Oleh Shafie Abu Bakar

2.5 Kreativiti Berdasarkan Teori Takmilah 2.5.1. lnderawi 2.5.2. Akli 2.5.3. Hati Nurani 2.5.4. Rohani

2.6 Kesimpulan

BAB 3 PEMIKIRAN DALAM KARYA: KONSEP AKIDAH DAN IBADAH

3.1 Pengenalan

3.2 Konsep Akidah 3.2.1. Tauhid Uluhiyah 3.2.2. Tauhid Rububiyyah 3.2.3. Tauhid al-Asma' wa al- Sifat

Page 10: UM_2006_6(1-24)

3.2.3.1. Kepercayaan Kepada Allah SWT 3.2.3.2. Kepercayaan Kepada Para Nabi d m Rasul-rasul 3.2.3.3. Kepercayaan Kepada Malaikat-malaikat 3 -2.3.4. Kepercayaan Kepada Kitab-kitab Allah 3.2.3.5. Kepercayaan Kepada Hari Kiamat 3.2.3.6. Kepercayaan Kepada Qada' dan Qadar

3.3 Konsep lbadah 3.3.1. Hubungan Manusia Dengan Allah (Habl min Allah)

3.3.1 .I. lkhlas 3.3.1.2,Takwa 3.3.1.3. Syukur 3.3.1 -4. Taubat

3.3.2. Hubungan Manusia Dengan Manusia (Habl min al-Nus) 3.3.2.1. Akhlak 3.3.2.2. Ihsan

3.4 Kesimpulan

BAB 4 PEMIKlFUN DALAM KARYA: KONSEP KHALIFAH, DAKWAH DAN JIHAD

4.1 Pengenalan

4.2 Konsep Khalifah 4.2.1 . lnsan Kamil 4.2.2. Insan Rabbani 4.2.3. Insan Khalifah

4.3 Konsep Dakwah 4.3.1. Dakwah Terhadap Orang-orang lslam

4.3.1.1. Dakwah Terhadap Ahli Keluarga 4.3.1.2. Dakwah Terhadap Masyarakat Luar

4.3.2. Dakwah Terhadap Orang-orang Bukan lslam

4.4 Konsep Jihad 4.4.1. Jihad Besar ( nafsu)

4.4.1.1 . Jihad Nafsu dengan Diri Sendiri 4.4.1.2. Jihad dengan Lelaki atau Wanita

4.4.2. Jihad Kecil (lahiri) 4.4.2.1. Jihad dengan hati 4.4.2.2. Jihad dengan lisan dan kalam 4.4.2.3. Jihad dengan pengajaran (ta'lim) 4.4.2.4. Jihad dengan wang dan harta benda 4.4.2.5. Jihad dengan nyawa

Page 11: UM_2006_6(1-24)

4.5 Kesimpulan

BAB 5 TEKNIK DAN KElNDAHAN DALAM KARYA

5.1 Pengenalan

5.2 Keindahan Melalui Teknik Pemilihan Kata Berdasarkan Nilai Pertentangan 348 Manusia lslam dengan lslam

5.2.1. Perlambangan atau simbol 5.2.2. Diksi dan imej

5.3 Keindahan Melalui Teknik Bahasa Figuratif Berdasarkan Nilai Perbandingan 393 Manusia lslam dengan Bukan Islam

5.3.1 . Metafora (MajGz) 395 5.3.2. Alegori (Isti'Gm) 398 5.3.3. Metonimi (KiliQal?) 400 5.3.4. Simile (Tashbi11) 406

5.4 Keindahan Melalui Teknik Naratif atau Kisah Berdasarkan Nilai 'Hidayah' 408 5.4.1. Sirah Nabawi 41 1 5.4.2. Kisah-kisah Agama 415 5.4.3. Tokoh atau Pejuang Islam 423

5.5 Keindahan Melalui Teknik Perulangan Berdasarkan Nilai 'Khutbah' 5.5.1 . Ayat-ayat al-Qur'an 5.5.2. AI-Sunnah dan al-Hadith 5.5.3. Doa 5.5.4. Zikir

5.6 Kesimpulan

BAB 6 KESIR'fPULAN

BI BLIOGFUFI

LAMPIRAN

Page 12: UM_2006_6(1-24)

SENARAI RAJAH

TAJUK RAJAH

2.3.1. Kamal Sifat Allah Dalam Hubungan dengan Takmilah 2.3.2. Perhubungan Dengan Rasul Sebagai Insan Karnil 2.3.3. Hubungan Takmilah Dengan Islam Sebagai al-din 2.3.4. Hubungan Takmilah Dengan llmu dan Sastera Yang Bersifat Takamul 2.3.5. Hubungan Takmilah Dengan Karya Yang Berciri Estetik 2.3.6. Hubungan Takmilah Dengan Pengkarya Yang Mengistikmalkan Diri 2.3.7. Hubungan Takmilah Dengan Khalayak Yang Memupuk lnsan Kamil

Halaman

Page 13: UM_2006_6(1-24)

xii

PENDAHULUAN

Pengenalan

Perkembangan kesusasteraan lslam di Malaysia dikatakan bemula pada tahun 1970-an

ekoran kebangkitan masyarakat tempatan tentang kepentingan kedudukan kesusasteraan

dan kebudayaan yang berteraskan agama.' Walaupun titik-tolak kemunculannya dikesani

lewat tahun 1960-an berdasarkan tulisan rencana pengarang majalah Dewan Bahasa dalam

majalah itu bagi bulan Mei 19612 dan disusuli dengan tulisan Badamddin H.O. dalam

majalah yang sama bagi bulan Februari 19663 tentang sastera lslam namun penglibatan

secara besar-besaran golongan sarjana dan agama selepas tahun tersebut memperlihatkan

sumbangan yang bermakna kepada kesusasteraan Melayu. Penelitian ini berdasarkan

beberapa pandangan tokoh-tokoh sastera dan agama iaitu Yusof Zaky Yaacob menerusi

akhbar Utusaiz Zuman tahun 1974, Shahnon Ahmad dalam majalah Dewan Bahasa tahun

1977, Mohd. Kamal Hassan dan lsmail Ibrahim dalam majalah Dewan Saster-a tahun 1977;

kesemuanya memperkatakan kepentingan kesusasteraan ~slarn."al ini juga sejajar dengan

kemunculan gerakan dakwah Islamiah yang melatari iklim perubahan masyarakat Melayu

sekitar awal tahun 1970-an. Peranan gerakan kumpulan ini merupakan gelombang dan riak

permulaan yang berlaku dalam dunia kesusasteraan ~ e l a ~ u ' bagi mengemukakan pelbagai

saranan untuk memajukan sastera Islam. Salah satu kesan gerakan tersebut ialah

memulihkan kesusasteraan Melayu yang selama ini didominasi oleh tradisi sastera Bzrat ke

arah sastera menumt perspektif Islarn. Fenomena ini tumt diperkukuh dengan sumbangan

Naguib al-Attas yang memperkatakan sastera lslam semasa Syarahan Perdana di Universiti

' Sila lihat Nurazmi Kuntum, Teori dun Pe~nikiran Sastera Islarn di Malaysia: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 20 dan rujuk juga Shafie Abu Bakar. 'Sastera Melayu dan Islam' dlm. Kesusasteraan M e l q u dun Islam-Szratu Perfembungan Pe~nikiran, Kuala Lumpur: Sa jana Enterprise, 1980, hlm. 66. ' Tulisan tersebut bertajuk 'Peranan Kesusasteraan Dalam Memupuk Jiwa Keislaman', antara lain tulisan ini menyentuh tentang kepentingan kesusasteraan Islam seiring dengan perkembangan agama Islam, ha1 ini diperincikan dalam Bab I , sila rujuk bab tersebut. 3 Tulisan tersebut bertajuk 'Konsep Seni Sastera Dalam Islam'. antara lain tulisan ini memperkatakan tentang tanggungjawab penulis Islam, ha1 ini juga diperincikan dalam Bab 1: sila rujuk bab tersebut.

Keterangan lanjut sila rujuk Shafie Abu Bakar, 'Sastera Melayu dan Islam' dlm. Kesusasteraan M e l a ~ x dun Islam-Sziatu Pertembungan Pemikiran, Gapena, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1980, hlm. 44.

Shafie Abu Bakar, ibid., hlm. 66.

Page 14: UM_2006_6(1-24)

... X l l l

Kebangsaan Malaysia pada 24 Januari 1972 memperlihatkan kesusasteraan dan

kebudayaan lslam disepadukan bagi pengembangan sastera Melayu. Kemudian, ia disusuli

pula dengan sumbangan beberapa orang tokoh agama yang turut membicarakan ha1 yang

sama sebagaimana yang berlaku dalam Simposium Sastera dan Agama pada 28-29 Mei

1 973 yang diadakan di Kuala Terengganu.

Oleh yang demikian, beberapa orang peneliti dan pengamat sastera mengemukakan

pandangan dan komentar masing-masing mengenai perkembangan kesusasteraan Islam ini.

Antaranya ialah penglibatan tokoh-tokoh sarjana seperti Muhammad 'Uthman El-

Muhammady, Yusuf Zaky Yaacob, Ismail Ibrahim, lsmail Hamid, Mohd. Kamal Hassan,

Kassim Ahmad, Shahnon Ahrnad, Shafie Abu Bakar, S.Othrnan Kelantan, Nurazrni

Kuntum, Muhammad Bukhari Lubis d m Mana Sikana; kesemuanya membincangkan

kesusasteraan Islam secara khusus dan terperinci sama ada di seminar atau dalarn tulisan

ilmiah di akhbar dan majalah. Situasi kemuncak ialah Polenzik Sastera Islam antara

Kassim Ahmad dan Shahnon ~ h m a d ' yang memperlihatkan kepentingan kesusasteraan

Islam di kalangan khalayak sastera. Malah ini diperkukuh pula dengan pandangan lsmail

Harnid tentang sastera Islam dalam kata pengantar buku itu hasil daripada polemik tersebut.

Penelitian terhadap pandangan tokoh-tokoh Islam dan sarjana sastera tentang

sastera-agama merupakan tahap awal kemunculan istilah "sastera Islam" digunakan pada

kalangan penggiat kesusasteraan Melayu. Sehubungan itu, beberapa perbincangan, diskusi

dan seminar sastera yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu-Islam merupakan

penggerak terhadap penghasilan "karya-karya berunsur Islam". Melalui aktiviti tersebut,

beberapa golongan mendapat manfaatnya sama ada bagi pihak tokoh Islam atau sarjana

sastera (pengkaji dan pengkritik), penulis (menghasilkan karya) dan pembaca (khalayak)

6 Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri moden dalam sastera Melayu dimulakan oleh Islam. Walaupun beliau tidak menyebut dan mentakrif konsep sastera Islam tetapi sesungguhnya ia telah membawa Islam dalam konteks yang mumi dalam kesusasteraan Melayu Moden, sila rujuk Naguib al-Attas, Islarn Dalam Sejarah dun Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972, hlm. 22. ' Antara lain buku ini mengandungi tajuk 'Menuju Sebuah Teon Sastera Islam' (Kassim Ahmad), 'Masalah Kegiatan Kesusasteraan Sebagai Satu Ibadah' (Shahnon Ahmad), 'Menuju Sebuah Teori Sastera lslam: Jawapan Kepada Shahnon Ahmad' (Kassim Ahmad), 'Sastera lslam Berteraskan Pandangan Hidup Islam' (Shahnon Ahmad), 'Soal Definisi dan Penilaian' (Kassim Ahmad), 'Sastera Islam: Antara Dalam-Din dengan Luar Din' (Shahnon Ahmad), 'Menuju Sebuah Teori Sastera Islam: Pandangan Hidup Tauhid dan Estetika Islam' (Kassim Ahmad), 'Rumusan I: Masalah-masalah Teori' (Kassim Ahmad) dan 'Rumusan 11: Ukuran Kritikan Sastera Islam' (Kassim Ahmad), sila rujuk Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad, Polemik Sastera Islam, 1987, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.xix.

Page 15: UM_2006_6(1-24)

xiv

yang seterusnya menjadikan wadah kesusasteraan Melayu di Malaysia semakin meningkat.

Hal ini dapat ditelusuri melalui kemunculan majalah-majalah sastera atau agama dan buku-

buku ilmiah dan kreatif yang berkaitan dengan "kesusasteraan Islam" dan "karya-karya

berunsur Islam". Keadaan ini seterusnya memperlihatkan sumbangan pihak-pihak tertentu

dalam penglibatan kesusasteraan Melayu-Islam dengan mengadakan hadiah, peraduan dan

sayembara yang bersangkutan dengan Islam.

Perkembangan kesusasteraan lslam di Malaysia ini diperhati melalui pemahaman

sebahagian daripada tokoh-tokoh sarjana dunia seperti al-Ghazali (r.h), Sayyid Qutb (r.h)

dan al-Faruqi (r.h) untuk diselaraskan dengan fenomena sastera Islam setempat. Oleh yang

demikian, pandangan tokoh-tokoh tersebut diambil kira untuk meninjau kemampuan

pengarang-pengarang tempatan memanfaatkan kesusasteraan lslam sebagai sebuah "karya

berunsur Islam". Perkembangan ini dibataskan kepada dua tahap, iaitu perkembangan

tahun 1970-an dan perkembangan tahun 1980-an berdasarkan kemunculan hasil-hasil

novel berunsur Islam. Antara faktor yang mendorong penghasilan novel berunsur Islam ini

ialah peranan Anugerah Sastera D a d Iman (ASDI), Peraduan Mengarang Novel Islam,

Hadiah Sastera Berunsur lslam dan Peraduan Mengarang Novel Islam.

Permasalahan Kajian

Hasil daripada perkembangan kesusasteraan lslam di Malaysia dalam tempoh sepuluh

tahim (1970-an sehingga 1980-an), terdapat banyak karya yang dikategoriksn sebagai

"karya berunsur Islam" yang dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan. Pertumbuhan ini

muncul setelah kesusasteraan lslam mendapat tempat di kalangan tokoh-tokoh sa rjana dan

kesedaran penulis untuk menghasilkan karya yang melingkungi kehidupan mereka yang

berkai tan dengan keislaman. Hal ini turut didukung oleh peranan badan-badan tertentu

yang menganjurkan pelbagai 'peraduan', 'anugerah' dan 'hadiah' yang menghendaki

penulis menghasilkan "karya berunsur Islam".

Oleh sebab itu, terdapat banyak novel yang "berunsur Islam" muncul dalam

tempoh kesusasteraan lslam berkembang khususnya semasa tahun 1980-an dan berlanjutan

sehingga tahun 1990-an. Namun begitu, rata-rata karya yang dihasilkan oleh penulis yang

terlibat dengan 'peraduan', 'anugerah' atau hadiah tidak mencapai tahap "karya berunsur

Page 16: UM_2006_6(1-24)

xv

Islam". Berbanding dengan penulis-penulis yang menghasilkan "karya berunsur Islam"

yang bukan memasuki pertandingan, didapati karya mereka agak lebih baik. Hal ini

berlaku disebabkan pemahaman kesusasteraan Islam kebanyakan penulis terbatas. l a juga

kerana keghairahan segelintir penulis untuk merebut tempat sebagai "pemenang peraduan"

tanpa memikirkan kesan penulisannya terhadap khalayak dengan lebih mendalam dan

terperinci.

Maka, kajian ini wajar dilakukan untuk meneliti tentang kesusasteraan Islam bagi

penulis-penulis menghasilkan "karya berunsur Islam" agar bertanggungjawab terhadap

karya-karya mereka. Kajian ini memperlihatkan bahawa wujud penulis-penulis novel

Melayu-Islam yang menghasilkan "karya berunsur Islam" yang memasuki pertandingan

novel Islam, sekadar melepaskan batuk di tangga kerana terdapat isu dan persoalan yang

dikemukakan mirip kepada karya sastera biasa yang turut memuatkan nilai-nilai Islam.

Keadaan ini juga berlaku ekoran daripada tuntutan hadiah yang agak lumayan ditawarkan

oleh pihak penganjur yang menyebabkan segelintir penulis mengejar habuan tersebut.

Selanjutnya kajian ini memperlihatkan bahawa kesesuaian gagasan Teori Takmilah

diaplikasikan dalam merungkai teks yang dikategorikan sebagai "karya berunsur Islam".

Pengkaji memilih gagasan Teori Takmilah untuk diaplikasikan dengan novel-novel

berunsur Islam kerana ia merupakan salah sebuah teori setempat yang meletakkan falsafah

tauhid sebagai paksi penilaian sesebuah teks. Maka ini bersesuaian dengan novel yang

dikaji berdasarkan kecenderungan pengarang memaparkan konsep-konsep Islam serta

t e h i k dan keindahan dalam karya masing-masing. Malahan kemunculan Teori Takmilah

ini telah menjangkau usia dua belas tahun (1992-2004) yang memperlihatkan proses

kemantapannya dalam kesusasteraan Melayu moden.

Objektif Kajian

Melalui latar belakang kajian yang dijelaskan, didapati bahawa kesusasteraan Islam

merupakan salah satu bidang pengajian sastera Melayu yang mula mendapat tempat di

kalangan pendukung sastera. Penelitian ini berdasarkan perkembangan dalam bidang

akademik dan keilmuan di beberapa institusi vengajian tinggi awam yang menjadikan

Page 17: UM_2006_6(1-24)

xvi

kesusasteraan lslam sebagai kursus pilihan.8 Hal ini sejajar pula dengan kemunculan novel-

novel Melayu yang kebanyakannya mengetengahkan tema, persoalan, bahasa, watak,

mesej dan lain-lain dalam membicarakan konsep-konsep Islam. la juga bersesuaian dengan

peranan badan-badan tertentu yang telah mengadakan pelbagai 'peraduan7, 'hadiah' atau

'anugerah7 tentang novel-novel yang dikategorikan sebagai "karya berunsur Islam".

Kajian ini dibuat memandangkan sebelum ini tidak ada pengkajian khusus tentang

novel-novel berunsur lslam yang memenangi 'peraduan7, 'anugerah' atau 'hadiah'

sepanjang tahun 1980-an sehingga 1990-an yang menggunakan teori tempatan sebagai

ukurtara penganalisisan kajian. Pengkaji memilih untuk mengkaji novel-novel berunsur

Islam yang memenangi 'peraduan', 'anugerah' atau 'hadiah' sastera Islam kerana ingin

melihat sejauhrnana kesusasteraan Islam berperanan dalam menggalur pemikiran dan

falsafah pengarang bagi menghasilkan karya-karya lslam khususnya dalam genre novel.

Oleh itu, pengkaji memilih gagasan Teori Takmilah untuk diaplikasikan dengan novel-

novel berunsur Islam bagi melihat kesejajarannya dalam perkembangan kesusasteraan

Islam. Kajian ini meninjau kesesuaian gagasan Teori Takmilah sebagai sebuah teori sastera

Islam tempatan yang dicetuskan oleh tokoh sarjana tempatan, iaitu Shafie Abu Bakar. Hal

ini diperhati memandangkan gagasan Teori Takmilah menggariskan falsafah tauhid

sebagai kerangka teori yang bersesuaian dengan pandangan beberapa orang tokoh sa rjana

dunia tentang kesusasteraan Islam.

I anjutan daripada itu, kemunculan teori tempatan, iaitu Teori Takrnilah merupakan

salah satu sumbangan tokoh sarjana sastera bagi meneliti, menilai dan mengkaji proses

pembentukan, perkembangan dan penghasilan kesusasteraan Islam. Maka, kajian ini

dilakukan adalah untuk merungkai "novel-novel berunsur Islam" sama ada benar-benar

bersifat "kesusasteraan Islam" (mutlak) atau sekadar bersifat sebagai "karya-karya

berunsur Islam" bagi memenuhi kriteria tertentu yang telah disyaratkan dalam peraduan

atau anugerah penganjur. Dengan berasaskan kepada teori setempat ini, iaitu Teori

Takrnilah, kajian terhadap teks-teks yang terpilih (novel-novel berunsur Islam) akan

dilakukan pengkaji dalam menganalisis dua perkara. Analisis pertama adalah bertujuan

8 Nurazmi Kuntum menjelaskan bahawa ciri-ciri dan perkembangan kesusasteraan Islam mula diperkenalkan di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam: Universiti Kebangsaan Malaysia merangkumi bidang puisi dan prosa tanah airt sila lihat op.cit., him. 20.

Page 18: UM_2006_6(1-24)

xvii

untuk melihat pemikiran pengarang mengemukakan nilai-nilai lslam dalarn novel-novel

mereka berdasarkan konsep akidah, ibadah, khalifah, dakwah dan jihad. Manakala analisis

kedua adalah bertujuan untuk melihat pengutaraan teknik dan keindahan dalam karya

berdasarkan nilai pertentangan Islam dengan agama Islam, nilai perbandingan lslam

dengan bukan Islam, nilai 'hidayah' dan nilai 'khutbah' dalam novel-novel yang dipilih.

Skop Dan Batasan Kajian

Kajian ini menumpukan perbincangan terhadap novel-novel yang dikategorikan sebagai

"karya berunsur Islam" yang telah memenangi sama ada 'peraduan', 'anugerah' dan

'hadiah' novel Islam sepanjang tahun 1980-an sehingga tahun 1990-an. Sebanyak enam

belas (16) buah novel yang dipilih berdasarkan penyertaan pengarang masing-masing

dalam empat peraduan, iaitu pertama, Anugerah Sastera Darul Iman (ASDI) anjuran

GAPENA dan PELITA, kedua, Peraduan Mengarang Novel lslam anjuran Y ayasan lslam

Terengganu, ketiga, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

dan Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan keempat, Peraduan Mengarang Novel Islam

anjuran Bahagian Jabatan Perdana Menteri Sempena Abad ke 15 Hijrah. Kajian

menumpukan kepada bahan karya yang memenangi 'peraduan', 'anugerah' atau 'hadiah'

tersebut yang hanya diterbitkan oleh penerbitan tertentu sahaja.

Justeru, menerusi empat kategori ini, didapati tiga orang penulis yang mengungguli

penulisannya lebih daripada s a h ~ karya. Mereka ialah Harun Hj. Salleh dengan novel

Hidaj~ah dan Daer-ah Asing, Hasan Ali dengan novel Fajar D i Hztjtrrig Malam dan Nurul

Hidu-yuh dan Hasanuddin Md Isa dengan novel Mereka Yang Tertewas dan Halangun dan

Riiitangaii. Masing-masing memenangi peraduan sarna ada dalam kategori yang berlainan

pada tahun yang sama atau pada tahun yang berbeza. Manakala penulis-penulis lain ialah

Sabda S melalui novel Arbain, Harun Abd.Rahman melalui novel Seorarzg Guru Tua, Nik

Sartika Joesever melalui novel Mentari D i Anibang Senja, Siti Hawa Mohd. Hassan

melalui novel Ku Ingin Kasih Mu, Abdullah Hussain dengan novel Maszrk Ke Dalam

Calzaya, Abd.Manap Abd. Malik dengan novel Mengejar Kedan~aian, Azizi Haji Abdullah

dengan novel Asj.r-aq, Maskiah Masrom dengan novel Jalan Seribtr Liku, lbrahim Omar

dengan novel Tok Bilal dan Nora dengan novel Baliinii).uh.

Page 19: UM_2006_6(1-24)

Kajian dilakukan terhadap pemikiran dan falsafah pengarang dalam menangani teks

masing-masing yang dikaitkan dengan beberapa konsep Islam iaitu akidah, ibadah, dakwah,

khalifah dan jihad untuk disesuaikan dengan gagasan Teori Takmilah. Penelitian analisis

ditumpukan terhadap novel yang mengemukakan konsep akidah dari sudut kepercayaan

kepada Allah SWT, kepercayaan kepada Rasul-rasul Allah sebagai pemimpin, kepercayaan

kepada kitab-kitab Allah SWT, kepercayaan kepada hari Kiamat dan kepercayaan kepada

qada' dan qadar Allah SWT; konsep ibadah dari sudut hubungan manusia dengan Allah

SWT (habl min All&) dan hubungan manusia dengan manusia (habl min a/-nis); konsep

khalifah dari sudut Insan Kamil, insan Rabbani dan insan Khalifah; konsep dakwah dari

sudut berdahvah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam; dan konsep jihad dari sudut

jihad besar dan kecil. Di samping penerokaan terhadap teknik penceritaan yang dilakukan

penulis menerusi gaya bahasa dan plot sebagaimana yang dicirikan oleh gagasan Teori

Takrnilah untuk memperlihatkan keindahan melalui teknik pemilihan kata berdasarkan

nilai pertentangan manusia Islam dengan agama Islam, kedua terhadap keindahan melalui

teknik bahasa figuratif berdasarkan nilai perbandingan manusia Islam dengan bukan lslam

untuk berdakwah, ketiga terhadap keindahan melalui teknik naratif atau kisah berdasarkan

nilai 'hidayah' dan keempat terhadap keindahan melalui teknik perulangan berdasarkan

nilai 'khutbah'.

Kajian Terdahulu

Kajian awal yang menunjukkm susur galur tentang kesusasteraan Islam dilakukan oleh

Nurazmi Kuntum menerusi tesis sarjananya yang kemudiam,ya diterbitkan menjadi buku,

iaitu dengan judul Teor-i dun Pemikil-an Sastei-a Islam di Malaysia. Menerusi buku ini,

Nurazmi mengutarakan perbincangan mengenai sastera Islam melalui empat bab, iaitu

Definisi dan Konsep Sastera lslam (Bab I), Puisi Melayu Islam (Bab II), Prosa Melayu

Islam (Bab 111) dan Teori dan Polemik Sastera Islam di Malaysia (Bab 1V). Beliau

menjelaskan perkembangan sastera Islam di Senrenanjung Tanah Arab, Sastera Islam

Peringkat Awal di Alum Melayzr dan Islam dalam Sastera Melayu Moden dalam Bab I.

Seterusnya perincian dilakukan penulis terhadap Cerpel? Benrnsul- Islam, Novel Bemnstrr

Islam, Drama Ber-unsur Islam, Analisis terhadap Stitrktur Prosa Melayu (Tema, Teknik,

Bahasa, Perlambangan dan Aliran, Plot dan Penvatakan dan Latar) menerusi Bab 111.

Manakala Bab IV menyorot Teori dun Polemik Awal Sastel-a Islam, Polemik Sastera Islam

Page 20: UM_2006_6(1-24)

xix

Mutakhir dan Penguku han Teori Sastera Islam. Secara keseluruhannya, Nurazmi

merumuskan bahawa sastera Islam menghendaki penelitian dan pemahaman yang padu

tentang agama Islam daripada penulis untuk diterapkan dalam karya-ka~yan~a .~ Ini diikuti

seterusnya tentang penelitian terhadap penilaian sesebuah karya sastera Islam banyak

bergantung terhadap persembahan yang dikemukakan oleh seseorang penulis berdasarkan

tahap unsur pengajaran dan olahan persoalan masing-masing bagi menggambarkan

keseluruhan tentang "Islam" sebagai agama yang syumul.

Memandangkan kajian Nurazmi Kuntum hanya menumpukan kepada prosa Melayu

Islam yang merangkumi cerpen dan novel secara umum, maka tidak banyak penelitian

terhadap genre novel yang memenangi 'peraduan', 'anugerah' atau 'hadiah' dibincangkan.

Selain itu, kajian ini sekadar membincangkan konsep sastera Islam secara umum tanpa

menghubungkannya dengan tokoh-tokoh sastera dan agama tertentu atau teori lslam

tertentu. Justeru, pengkaji memilih untuk melakukan kajian ini khusus terhadap novel-

novel berunsur lslam yang memenangi 'peraduan', 'sayembara' atau 'hadiah' sastera Islam

sepanjang tempoh 1980-an dan 1990-an. Pengkaji juga memilih tokoh-tokoh tertentu iaitu

al-Ghazali (r.h), Sayyid Qutb (r.h) dan al-Faruqi (r-h) untuk memperkukuh pemahaman

tentang konsep sastera Islam untuk dihubungkan dengan teori sastera lslam iaitu teori

Takmilah.

Manakala untuk tahap kajian peringkat pasca sarjana, terdapat beberapa pengkaji

menggunakan pendekatan gagasan Teori Takmilah sebagai menganalisis novel. Tidak

ketinggalan, penganalisian terhadap puisi juga telah dilaksanakan. Hal ini dilakukan

julung-julung kalinya oleh Samsina Hj. Abd. Rahman untuk mendapatkan Ijazah Doktor

Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1996. Manakala pengkaji

lain ialah Maisarah binti Yaacob (2001), Ros binti Zakaria (2002) dan Mohammad bin

Bahari (2003). Kajian Maisarah dan Ros dilakukan di Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) manakala kajian Mohammad dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Hal ini kerana menurutnya kemampuan memaharni konsep Islam amat penting kerana ditakuti terdapat pengolahan peristiwa. tema, aliran, penvatakan dan teknik yang bertentangan dengan peraturan Islam. Sikap yang penuh yakin dan bersungguh-sungguh adalah antara faktor penting yang perlu dimiliki oleh sasterawan Muslim, sila rujuk Nurazmi Kuntum, op.cit.. hlm. 225.

Page 21: UM_2006_6(1-24)

Samsina Hj. Abd. Rahman telah melakukan kajian yang bertajuk "Unsur-unsur

Tasawuf Dalarn Puisi Melayu Moden Malaysia - Indonesia: Satu Analisis Perbandingan"

untuk mendapatkan ljazah Doktor Falsafah. Kajian yang julung-julung kali menggunakan

pendekatan takmilah dilakukan Samsina terhadap puisi-puisi Melayu moden sama ada di

Malaysia mahupun di Indonesia sepanjang dekad 1970-1 990. Berdasarkan kajian tersebut,

pengkaji menggalurkan sebelas penyair dari Indonesia dan sepuluh penyair dari Malaysia

yang memperlihatkan unsur-unsur tasawuf untuk penganalisiannya. Pendekatan takmilah

dilakukan pengkaji untuk merungkai jalinan hubungan antara pengaruh aliran tasawuf dan

perkembangan Islam ke Alam Me1 ayu.

Sehubungan itu, Samsina menghuraikan 'Sejarah d m Pengaruh Tasawuf Di Alam

Melayu7 dalam Bab I , 'Definjsi Konsep dan Teori Sastera Islam' dalam Bab 2, 'Unsur-

unsur Tasawuf Dalam Puisi-puisi Melayu Moden Di Indonesia Tahun 1970-1990: Satu

Pendekatan Takmilah' dalam Bab 3, 'Unsur-unsur Tasawuf Dalam Puisi Melayu Moden di

Malaysia Tahun 1970-1990: Satu Pendekatan Takmilah7 dalam Bab 4 dan 'Analisis

Perbandingan dan Kesimpulan' dalam Bab 5.

Penelitian terhadap pendekatan takmilah diaplikasikan pengkaji menerusi dua bab

yang memperlihatkan jalur penghasilan puisi-puisi Islam yang berunsur tasawuf sama ada

di Indonesia atau di Malaysia. Melalui kajian didapati bahawa pengaplikasian pendekatan

takmilah (sastera Islam) dalam puisi-puisi di Indonesia ternyata amat terpinggir atau

kurang diberikan penekanan berbanding dengan yang diserlahkan di ~ a l a ~ s i a . ' ~ Selain itu,

kesimpulan dan dapatan di Malaysia, iaitu gabungan antara pendekatan takmilah dan

ajaran-ajaran tasawuf sunni menunjukkan pengungkapan yang cukup ketara unsur-unsur

tasawuf dalam puisi-puisi Melayu moden di Malaysia sepanjang dekad 1970-1990 yang

sekali gus menggambarkan kesedaran yang kental dan dalam oleh para penyair terhadap

Islam dan tasawuf."

10 Sila lihat Samsina Hj. Abd. Rahman. Uns14r--r1nszrr- Tasawrf dalam Pzrisi Melayu Moderr Mala~sio- hldonesia: Satu Perbandinpl. Tesis Doktor Falsafah. Bansi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 1996. hlm. 825 I I Ibid. hlm. 830

Page 22: UM_2006_6(1-24)

xxi

Jadi, secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa kajian ini meletakkan

unsure tasawuf sebagai teras pengkajian manakala pendekatan takmilah sebagai asas

penganalisian dalam jalur perkembangan puisi-puisi Islam di Alam Melayu.

Memandangkan kajian yang menggunakan pendekatan takmilah ini tertumpu terhadap

genre puisi, maka perlunya pengkajian terhadap genre novel dilakukan. Selain itu,

disebabkan penelitian terhadap pendekatan tukmiluh ketika itu masa baharu, maka

perlunya kajian terhadap perkembangan teori itu kini. Oleh yang demikian, pengkaji

memilih untuk mengaplikasi Teori Takrnilah dalam analisis novel-novel berunsur Islam

bagi memperlihatkan kesesuaian teori tersebut dalam kesemua genre dan

perkembangannya yang telah memasuki tempoh usia tiga belas ( 1 3) tahun, iaitu 1992-2005

yang telah mengalami penambahbaikan oleh penteorinya sendiri.

Kajian peringkat sarjana yang dilakukan oleh Maisarah Yaacob bertajuk "Ustaz dan

Nurul Hidayah: Analisis Takmilah". Kajian tersebut memperlihatkan penggunaan gagasan

Teori Takrnilah dalam merungkai dua buah novel yang dikategorikan sebagai novel

berunsur Islam iaitu novel Ustaz karya S.Othman Kelantan dan novel Ntrr-ul Hidayah karya

Hasan Ali. Dalam ha1 ini Maisarah menghuraikan pendekatan tentang gagasan Teori

Takmilah dalam Bab I, pengenalan tentang kedua-dua buah novel dalam Bab 11, dan

kekuatan dan kelemahan kedua-dua novel sebagai karya berunsur Islam dalam Bab I11

manakala penganalisisan mengenai kedua-dua novel dilakukan dalam dua bab, iaitu Bab

IV dan Bab V.

Kedua-dua buah novel yang dipilih sebagai kajian telah diteliti oleh Maisarah

berdasarkan tema d m persoalan, watak dan penvatakan dan plot dan latar yang dihasilkan

oleh pengarangnya untuk diklasifikasikan sebagai novel berunsur Islam. Maisarah

menggunakan pendekatan gagasan Teori Takmilah dalam menganalisis teks berdasarkan

lima unsur insaniah yang dicirikan dalam teori tersebut iaitu unsur alamiah, unsur inderawi,

unsur hati nurani, unsur akliah dan unsur rohani. '* Berdasrukan kajiannya, terdapat

gelombang-gelombang tertentu yang membezakan kelima-lima tahap unsur insaniah

menerusi kedua-dua novel tersebut. Hal ini diperhatikan Maisarah melalui nilai keinsafan

yang diwujudkan oleh pengarang pada watak bagi menentukan tahap unsur-unsur yang

" Hal ini telah diperincikan oleh Shafie Abu Bakar dalam kertas kerjanya 'Unsur-unsur lnsaniah Dalam Sastera' dlm. Himpunan A4akalah Teori Taknlilah, F S K K , UKMt 1999, hlm. 55.

Page 23: UM_2006_6(1-24)

xxii

dicirikan dalam gagasan Teori Takmilah. Menerusi kajiannya, novel Ustaz mempunyai

kedudukan unsur insaniah yang tinggi berbanding dengan novel Nurul Hidayah. Ini

bermakna novel Ustaz lebih banyak menggunakan kelima-lima unsur insaniah yang

dicirikan oleh gagasan Teori Takmilah, iaitu alamiah, inderawiah, kalbu, akliah dan rohani.

Kajian Maisarah ini turut menganalisis kedua-dua buah novel dari sudut gaya

bahasa dan estetik. Melalui gayabahasa, kajian diteliti berdasarkan pemilihan perkataan,

pengulangan kata-kata, dialek tempatan dan istilah keislaman. Manakala melalui estetik,

kajian diteliti berdasarkan metafora, personifikasi, sindiran dan peribahasa. Pembahagian

dua kategori ini (gayabahasa dan estetik) adalah untuk memperlihatkan kesesuaian kedua-

dua buah novel ini sebagai novel yang berunsur Islam, selaras pula dengan ciri-ciri gagasan

Teori Takmilah. Melalui kajiannya, didapati bahawa novel Ustuz menjurus ke arah gaya

bahasa dan estetik yang lebih baik berbanding dengan novel Nurwl Hidayli. Namun,

kedua-dua novel ini memamerkan mesej dan pengajaran yang seimbang; yang

memperlihatkan ciri-ciri gagasan Teori Takrnilah dimanfaatkan oleh kedua-dua pengarang

novel ini.

Secara keseluruhannya, kajian Maisarah memfokus ke arah untuk menilai tahap

kedua-dua novel yang dipilihnya itu memenuhi ciri-ciri yang digariskan oleh gagasan

Teori Takmilah berdasarkan tujuh penemuannya. Penemuan tersebut ialah teks berada

dalam falsafah tauhid, teks berasaskan keislaman, pengarang mempunyai pertalian dengan

nilai keislaman, teks tidak membawa sebarang aliran pemikiran yang bertentangan dengan

nilai keislaman, kewujudan unsur-unsur yang membawa kebaikan dalam teks dan tahap

penggunaaan unsur insaniah dalam novel dan kesedaran pengarang membawa nilai

keislaman dalam karya.13

Memandangkan kajian Maisarah ini hanya terbatas terhadap dua buah novel sahaja

iaitu novel Ustaz dan novel Nurul Hidayah, maka perlunya pengkajian terhadap novel-

novel Islam lain dilakukan untuk diaplikasikan dengan Teori Takmilah. Selain itu,

Maisarah hanya membincangkan tema, persoalan, watak, penvatakan, plot dan latar secara

umum tanpa mengaitkannya dengan konsep-konsep Islam. Oleh yang demikian, pengkaji

'"ila lihat Maisarah Yaacob, Ustaz dun Nunrl Hidaph: Analisis Takmilah (Projek Sarjana Sastera Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia) 2001, hlm. 139-144.

Page 24: UM_2006_6(1-24)

xxiii

memilih untuk melakukan kajian terhadap kesemua genre novel berunsur Islam yang

memenangi 'peraduan', 'anugerah' atau 'hadiah7 sekitar tahun 1980-an dan 1990-an

dengan pengaplikasian Teori Takmilah dan konsep-konsep Islam untuk menunjilkkan

kepentingan novel-novel tersebut dalam kesusasteraan Melayu moden.

Seterusnya kajian peringkat Doktor Falsafah dilakukan oleh Ros Zakaria dengan

tajuk "Martabat Nafsu Dalam Novel-novel Shahnon h a d " pada tahun 2002. Melalui

kajian ini, Ros membincangkan martabat nafsu dalam novel-novel Shahnon Ahmad

dengan memberi fokus terhadap empat martabat yang diperkenalkan oleh al-Ghazali iaitu

martabat nafsu ammarah, lawwamah, mulhammah dan mutma'innah. Kajian ini menjurus

terhadap tujuh belas buah novel Shahnon yang bermula pada tahun 1965 sehingga 1999

iaitu novel Rentong, Terdedah, Ranjau Sepanjang Jalan, Menteri, Protes, Sampah,

Kemelut, Seluang Menodak Baung, Al-Syiqaq I, Srengenge, Tok Gum, Tunggul-tunggul

Gerigis, Szrtan Baginda, Patriarch, Ummi dun Abang S;veikhul, Tivi dan Shit untuk

diaplikasikan dengan gagasan Teori Takmilah dan teori Formalistik. Ros membahagikan

kajiannya kepada enam bab, iaitu Kerangka Teoretis (Bab I), Martabat Nafsu Ammarah

Dalam Novel-Novel Shahnon Ahrnad (I) (Bab II), Martabat Nafsu Ammarah Dalam

Novel-Novel Shahnon Ahmad (11) (Bab Ill), Martabat Nafsu Lawwamah dan Mulhamah

Dalam Novel-novel Shahnon Ahrnad (Bab IV), Martabat Nafsu Mutma7innah dalam

Novel-novel Shahnon Ahmad (Bab V) dan Rumusan (Bab VI).

Roq telah menyenaraikan watak-watak yang terdapat dalam novel yang dikajinya

bagi mengenal pasti tahap martabat nafsu masing-masing. Kajian ini mendapati martabat

nafsu ammarah paling dominan dalam novel Shahnon Ahrnad berdasarkan daripada enam

puluh lapan watak yang terdapat dalam 17 buah novel yang dipilih. Daripada kajiannya,

walaupun keempat-empat martabat nafsu terdapat dalam kesemua tujuh belas novel yang

dikaji tetapi ia tidak bertentangan dengan ciri gagasan Teori Takmilah yang menuntut nilai

keislaman dalam berkarya. Hal ini demikian kerana Shahnon telah memperlihatkan

kepelbagaian bentuk balasan yang setimpal pada setiap kejahatan yang dilakukan oleh

watak-wataknya. Kajian ini merumuskan bahawa karya-karya Shahnon tidak mengabaikan

nilai-nilai Islam yang menjadi dasar dalam ciri gagasan Teori Takmilah. Ros mendapati

karya-karya Shahnon lebih bersifat mengajak manusia melakukan kebaikan dan

meninggalkan kemungkaran ( m a r makruf d m nahi mungkar) yang bersesuaian dengan

Page 25: UM_2006_6(1-24)

xxiv

nilai keinsafan yang dilakukan pengarang di akhir cerita bagi memberi mesej yang berguna

terhadap pembaca.

Memandangkan kajian Ros ini hanya memberi fokus terhadap novel-novel

Shahnon Ahmad semata-mata dengan pengaplikasian Teori Takmilah, maka tidak banyak

perbandingan tentang nilai-nilai keislarnan yang dapat dikesan. Hal ini kerana

kecenderungan penulis yang sama menampilkan mesej yang serupa walaupun

mengutarakan tema dan persoalan yang berbeza. Justeru, pengkaji memilih untuk

melakukan kajian terhadap novel-novel berunsur lslam yang memenangi sama ada

'peraduan7, 'anugerah' atau 'hadiah' sekitar tahun 1980-an dan 1990-an untuk

diaplikasikan dengan Teori Takmilah bagi melihat kesejajaran konsep lslam yang

dikemukakan oleh pelbagai penulis dengan teori Islam tempatan ini.

Kajian terkini dilakukan oleh Mohammad bin Bahari dengan judul "Unsur-unsur

lnsaniah Di dalam Novel-novel Pilihan Azizi Hj.Abdullah" untuk mendapatkan ljazah

Sarjana Sasteranya. Kajian ini dilakukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun

2003. Menerusi kajian ini, Mohamrnad rnenggunakan gagasan Teori Takmilah bagi

menganalisis novel Azizi Haji Abdullah, iaitu Seorang Tua di K a k Gmung, Dee dan

Cahaya di Pedalaman. Sebagaimana Maisarah yang menganalisis novel daripada sudut

unsur insaniah yang terdiri daripada lima unsur iaitu alamiah, inderawi, hati nurani, akliah

dan rohani, Mohammad turut melakukan demikian terhadap kajiannya. Berdasarkan

kajiannya, didapati kefiga-tiga novel Azizi mengandungi kelima-lima unsur tersebut cuma

tahapnya sahaja yang berbeza. Secara rumusannya, hasil daripada kajian terhadap tema,

persoalan, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa, Mohammad mendapati ketiga-

tiga novel Azizi ini memenuhi ketujuh-tujuh prinsip gagasan Teori Takmilah.

Memandangkan kajian Mohammad ini hanya menumpukan pengkajian terhadap novel-

novel Azizi Hj. Abdullah semata-mata untuk diaplikasikan dengan teori Takmilah, maka

pengkaji wajar melakukan kajian yang dijalankan ini. Hal ini adalah untuk melihat sejauh

mana novel-novel berunsur lslam yang memenangi 'peraduan', 'anugerah' atau 'hadiah7

menepati gagasan Teori Takmilah ini. Oleh yang demikian, jelas bahawa berdasarkan

kajian terdahulu memang tidak terdapat pengkajian mengenai novel-novel berunsur lslam

yang memenangi 'peraduan', 'anugerah' atau 'hadiah' yang menggunakan Teori Takmilah

sebagai pengaplikasiannya.