ulasankajiantindakanterkini-100819003806-phpapp01.doc

7
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 1 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN TAJUK: MENGATASI KELEMAHAN MURID MENGUASAI ASPEK TATABAHASA DALAM BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK NORMAWATI BINTI ABDUL HAMID L20101005984 SUHANAYANTI BINTI DAMAN HURI L20101005995 0

Upload: oopsee

Post on 26-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ulasankajiantindakanterkini-100819003806-phpapp01.doc

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPR 5063

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN 1

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

MENGATASI KELEMAHAN MURID MENGUASAI ASPEK TATABAHASA

DALAM BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK

NORMAWATI BINTI ABDUL HAMID L20101005984

SUHANAYANTI BINTI DAMAN HURI L20101005995

PENSYARAH :

PROF MADYA DR. ABD. LATIF BIN HJ.GAPOR

0

Page 2: ulasankajiantindakanterkini-100819003806-phpapp01.doc

Tajuk

Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui

Cara Permainan Bahasa.

Pengenalan

Laporan kajian tindakan ini dilakukan untuk memenuhi prasyarat kursus KPR 5063

Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Kajian tindakan ini telah kami perolehi melalui laman

sesawang http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cdl/article52.pdf. Kajian tindakan ini telah

dijalankan oleh A.Chellamal Bagavathy di SJK (T) Ladang West Country (Barat) pada tahun

2005. Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa

dalam Bahasa Melayu. Seramai 25 orang murid tahun enam dari sekolah tersebut telah dipilih

menjadi responden kajian. Murid-murid tahun enam dipilih sebagai kumpulan sasaran untuk

kajian ini kerana kelemahan mereka dalam menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu.

Sebelum kajian dijalankan, penyelidik telah mendapati bahawa murid-murid tidak dapat

menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Selain itu, penyelidik secara jelas telah

merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan murid-murid tersebut. Penyelidik

turut mengkaji cara bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan aspek

tatabahasa Bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan keupayaan, kemahiran dan pencapaian

murid dalam subjek Bahasa Melayu.

Masalah Kajian

Penguasaan aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu penting kerana ia amat berguna

dalam penulisan Bahasa Melayu, bahkan telah menjadi syarat wajib untuk murid-murid lulus

mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya

ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bahasa Melayu perlu dipelajari oleh

murid-murid sekolah dan mereka harus mahir dalam teknik-teknik menulis karangan dengan

baik dan menguasai aspek tatabahasa supaya mereka tidak menghadapi masalah di kemudian

hari.

Permasalahan juga timbul apabila guru-guru Bahasa Melayu menghadapi masalah

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid agak sukar dan keliru dalam

memahami aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Oleh itu, guru-guru menggunakan pelbagai cara

dan teknik yang baru bagi memudahkan pemahaman murid dalam subjek Bahasa Melayu.1

Page 3: ulasankajiantindakanterkini-100819003806-phpapp01.doc

Kaedah Kajian

Setelah mengkaji dan membaca laporan tindakan yang telah dibuat oleh penyelidik,

dapat kami kaitkan bahawa penyelidik telah menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh

(1989) dalam menyediakan kajian beliau. Penyelidik telah menerangkan secara terperinci cara

beliau menjalankan proses kajian bermula dari proses mengenalpasti masalah sehingga ke

proses penilaian. Setiap prosedur yang terdapat dalam kajian penyelidik adalah seiring dengan

Model Somekh (1989).

Rajah 1: Model Somekh (1989)

Hasil daripada laporan prestasi murid dan pengalaman penyelidik berhadapan dengan

murid-murid yang kurang menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu menyebabkan

penyelidik dan guru-guru bahasa mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah

2

Page 4: ulasankajiantindakanterkini-100819003806-phpapp01.doc

tersebut. Penyelidik telah menggunakan permainan bahasa dalam menyelesaikan masalah

yang dihadapi. Menurut penyelidik permainan bahasa dapat memberangsangkan minat dan

mendorong murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat tiga bahagian di dalam permainan bahasa ini iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi.

Mengumpul dan Menganalisis Data

Tindakan awal yang dilaksanakan oleh penyelidik dan guru-guru bahasa adalah

menyediakan ujian pra kepada murid-murid untuk menentukan dan mengenalpasti tahap

penguasaan aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Penyelidik telah menjalankan ujian pra pada 16

Februari 2005. Keputusan yang diperolehi daripada ujian pra ini dapat ditunjukkan seperti di

dalam jadual 1.

Peratus 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100 Jumlah pelajar

Bilangan pelajar 4 14 3 2 2 25

Jadual 1: Keputusan Ujian Pra

Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas ujian Pra dilakukan. Hasil daripada

ujian pra yang dilalukan didapati bahawa seramai 18 (72%) orang murid gagal menjawab

soalan tatabahasa yang diberikan. Ini menunjukkan sebilangan besar murid tidak dapat

menguasai dan memahami soalan tatabahasa yang telah diberikan. Untuk mengatasi masalah

ini, penyelidik telah melakukan permainan bahasa yang merangkumi kuiz, latih tubi dan

mencantum kad

Selepas melaksanakan pelan tindakan, penyelidik menjalankan ujian pasca pada 25

Februari 2005. Ujian ini dilakukan untuk mengetahui tahap kemahiran yang dimiliki oleh murid

selepas beberapa tindakan diambil. Keputusan ujian pasca seperti dinyatakan di dalam jadual

2.

Peratus 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100 Jumlah pelajar

Bilangan pelajar - - 16 4 5 25

Jadual 2: Keputusan Ujian Pasca

Berdasarkan jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pasca yang telah diadakan oleh

penyelidik. Keputusan ujian mendapati bahawai 16 (64%) orang murid mendapat pencapaian C

3

Page 5: ulasankajiantindakanterkini-100819003806-phpapp01.doc

dan 9 orang murid mendapat pencapaian A dan B dalam ujian ini. Ujian pasca telah

menunjukkan pencapaian murid amat memberangsangkan dan murid dapat menguasai aspek

tatabahasa Bahasa Melayu. Hasil dapatan menunjukkan permainan bahasa yang dijalankan

selepas ujian pra amat berkesan dan mendapat maklumbalas daripada murid.

Penyelidik juga telah membuat perbandingan keputusan ujian di antara ujian pra dan

ujian pasca seperti ditunjukkan dalam jadual 3.

Bil Nama Murid Pra Pasca Beza

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10111213141516171819202122232425

PunitianDavidLuth

AfiqahChin Yu Tong

SharvinMegatImran

Gan Beng FuhLow Yit Seow

GangaiThayala

RajVijayBagaManiArasuGunaManoShanti

KamalaVimalaSelvamSegarUma

28253530401634425629121415828624262768282822247826

40425049524550556840455556908956868586677668485453

1217151912292013121133414183

32605818394846242427

Jadual 3: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Hasil daripada kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan sebelum dan selepas tindakan

dilaksanakan. Terdapat peningkatan pencapaian murid dalam aspek tatabahasa bahasa

Melayu selepas permainan bahasa dilaksanakan.

Dapatan Kajian

4

Page 6: ulasankajiantindakanterkini-100819003806-phpapp01.doc

Hasil daripada kajian yang dijalankan, penyelidik telah berjaya mengatasi kelemahan

murid menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa.

Hampir keseluruhan murid telah berjaya menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu.

Penyelidik mengesyorkan permainan bahasa kepada semua guru bahasa untuk mengatasi

masalah penguasaan Bahasa Melayu. Beliau juga mencadangkan permainan bahasa diguna

pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua kelas.

Penutup

Kajian tindakan yang telah dijalankan merupakan satu usaha baik yang perlu dijalankan di

semua peringkat sekolah. Kajian ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid

malahan dapat memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih

berkesan. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua guru-guru untuk

meningkatkan prestasi pelajar.

5