ukhuwah islamiah

Upload: muhammad-sulaiman

Post on 12-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sangat bagus untuk di baca

TRANSCRIPT

Memahami Konsep Ukhuwah IslamiahBekalan di Jalan DakwahOleh: Ustazah Arpah Abdul WahabJK Pusat Wanita IKRAM

Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam) / ukhuwah filLah (persaudaraan kerana Allah) ialah segugusan perasaan saling hormat menghormati, percaya mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara sesama individu atas asas aqidah Islamiyah, atau iman dan taqwa.Ia juga adalah suatu jalinan / perpaduan antara dua hati orang-orang beriman, yang tulus ikhlas, sama-sama menikmati; suasana kesetiaan dan kejujuran dalam persahabatan / persaudaraan, saling mendahulukan kepentingan saudara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, senang sama ketawa gembira, susah sama menangis berduka, ke gunung sama didaki ke lurah sama dituruni, menelentang sama menadah embun meniarap sama memamah pasir. Ukhuwah Islamiyah adalah satu tuntutan agama.Firman Allah swt: Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.[Qs.49 (al-Hujuraat):10]Firman ini menegaskan bahawa ukhuwah Islamiyah merupakan, nikmat suci yang menyinari hati-hati yang diredhai Allah swt, hati-hati yang sempurna iman. Suatu anugerah pemberian Allah Ar-Rahman Ar-Rahim kepada hamba-hambaNya yang benar-benar beriman dan benar-benar ikhlas.Ukhuwah Islamiyah / ukhuwah fillah,merupakan satu sifat yang mengiringi keimanan; TIADA UKHUWAH TANPA IMAN DAN TIDAK SEMPURNA IMAN TANPA UKHUWAH. Jalinan persahabatan tanpa keimanan hanya merupakan pertemuan kerana kepentingan, saling bertukar budi, bila tiada lagi kepentingan, persahabatan itu pun luput dan lenyap ditelan masa. Keimanan yang tidak membuahkan ukhuwah, petanda iman tidak sempurna, iman yang tidak sihat yang memerlukan rawatan.Keutamaan ukhuwahKeutamaan ukhuwah dapat dilihat daripada faedah-faedahnya yang banyak :1. Mendapat Kecintaan Allah swt.Dua hati, antara dua orang yang bersahabat, yang menjalin persahabatan atau persaudaraan kerana Allah swt, akan mendapat balasan dari Allah swt iaitu Allah Taala akan mencintai kedua-dua mereka. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada RasululLah saw: Bahawa seorang lelaki pergi menziarahi saudaranya yang tinggal di sebuah kampung, lalu Allah Taala mengutus seorang malaikat untuk mengawasi perjalanannya itu. Ketika sampai, malaikat bertanya: Hendak bertemu siapa? Jawab lelaki itu: Saya hendak bertemu dengan saudara saya yang tinggal di kampung ini. Malaikat bertanya pula: Apakah kamu akan dapat sesuatu daripadanya? Jawab lelaki itu: Tidak, tetapi saya mengasihi, merinduinya kerana Allah. Malaikat berkata: Aku diutus Allah kepadamu untuk memberitahu, bahawa Allah mencintamu seperti mana kamu mencintai saudaramu itu. Allahu Akbar wa lilLahi al-Hamdadakah di sana cinta agung tandingan yang didamba setiap sekeping hati selain cinta agung yang tulus mulus dan terjamin tidak ada masa surut, khianat dan curangnya ini?.2. Mendapat perlindungan Allah Taala di hari akhirat Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa RasululLah saw bersabda:Pada hari kiamat, Allah akan berfirman (menyeru): Manakah orang-orang yang (dulu semasa di dunia) saling mencintai kerana KeagunganKu? Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganKu. [Hadis Muslim]3. Berada di atas mimbar-mimbar cahayaHadis qudsi daripada Ubadah bin Shomit, Allah swt berfirman; KecintaanKu hanya untuk orang-orang yang saling mencintai, saling menghubungkan silaturrahim dan saling berkorban keranaKu. Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, akan berada di atas mimbar-mimbar cahaya. Para nabi, sahabat dan syuhada merasa cemburu terhadap mereka.[Hadis Ibnu Hibban dll]4. Beribadah dengan amal yang paling utama.Daripada Muaz bin Anas, RasululLah saw telah ditanya: tentang apakah amal yang paling utama?, Jawab RasululLah saw: Kamu mencintai dan membenci kerana Allah dan kamu menggunakan lidahmu untuk mengingatiNya. RasululLah saw ditanya lagi: Apa lagi wahai RasululLah? RasululLah saw menjawab: Bahawa kamu suka untuk manusia apa yang engkau suka untuk dirimu sendiri dan engkau tidak suka untuk manusia apa yang engkau tidak suka untuk dirimu sendiri.[Hadis Imam Ahmad]5. Terhindar dari rasa takut dan dukacitaUmar r.a meriwayatkan, bahawa RasululLah saw bersabda:Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang bukan para nabi dan bukan pula para syuhada, tetapi pada hari qiamat para nabi dan para syuhada cemburu kepada mereka kerana kedudukan (istimewa)nya di sisi Allah. Para sahabat bertanya; Wahai RasululLah! Beritahu kami siapakah gerangan mereka itu? Rasulullah saw menjawab: Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan. Demi Allah! Muka mereka itu bercahaya, mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut ketika orang-orang lain merasa takut, tidak berdukacita ketika orang lain berdukacita.Kemudian RasululLah saw membacakan ayat: Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut dan mereka tidak bersedih hati. [QS.10 (Yunus):(62)]6. Terampun segala dosa.Riwayat ath-Thabrani, RasululLah saw bersabda:Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu dengan saudara muslimnya, lalu berjabat tangan, gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana berguguran daun-daun dari pohon ke bumi di suatu hari yang berangin kencang, diampunkan dosa kedua-duanya walaupun dosanya seperti buih di lautan.7. Mengecapi kemanisan iman RasululLah saw bersabda:Tiga perkara, sesiapa yang terdapat ketiga-tiga perkara tersebut dalam dirinya, ia akan mengecapi kemanisan iman, iaitu; bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari yang lain, bahawa ia tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah dan bahawa ia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dilontarkan ke dalam neraka.Menumbuhkan rasa persaudaraan.Melihat kepada faedah ukhuwah yang banyak itu, sudah pasti kita semua ingin meraihnya. Justeru, bagaimanakah menumbuhkan rasa persaudaraan itu?1. Iman yang sempurna. Keimanan yang sempurna menuntut setiap mukmin menjalankan urusan setiap aspek kehidupannya berdasarkan hukum-hukum al-Quran dan hadis-hadis RasululLah saw. Mukmin ini bagaikan al-Quran yang berjalan di muka bumi. Wahyu-wahyu Allah SWT adalah amal perbuatan, denyut nadi dan jantungnya. Pada ketika itu jiwa-jiwa para mukmin bertaut dalam satu kesatuan padu, kesatuan akidah, matlamat, neraca, pemikiran, perasaan dan lain-lain lagi.Imam Malik hairan melihat seekor merpati berkawan dengan seekor gagak, spontan ia berkata: Kedua-duanya dapat bersatu, padahal jenisnya tidak sama?. Ketika burung itu terbang, ia melihat kedua-dua burung itu dalam keadaan cacat, lalu ia berkata: Sebab itulah burung itu dapat bersatu.2. Menyebar dan menghayati ucapan salam Nabi saw bersabda: .Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak (sempurna) beriman sehinggalah kamu saling mencintai, mahukah aku tunjukkan suatu perkara, apabila kamu lakukan, kamu akan saling berkasih sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu.[Hadis Muslim]Firman Allah : "Tiadalah yang diucapkan (oleh Muhammad) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tidak lain adalah wahyu Allah yang diwahyukan kepadanya [QS. 53 (An-Najm), 3-4]Menyebarkan salam, bukanlah sekadar ucapan di bibir sahaja. Ucapan salam bukan azimat atau tongkat sihir, bila diucapkan, terus menyentuh hati-hati yang hitam oleh asap kemungkaran, kedengkian, saling sakit hati, bermusuhan, berkelahi, tuduh menuduh, curiga mencurigai, tiba-tiba secara spontan akan menjadi putih, bersinar dengan nur kasih sayang dan ukhuwah. Sudah tentu tidak! Tetapi pastikan ucap salam itu mengandungi tiga pengertian yang luhur ini:-Pertama: Mengandung Erti Cinta dan Kasih-Sayang.Bila bertemu dengan saudara muslim, tunjukanlah wajah ceria dan bahagia, hulurkanlah tangan dan jabatlah tangan saudaramu dengan ikhlas dan penuh rasa kasih-sayang. Buangkan segala rasa negatif yang bersarang di hati antara kamu berdua oleh hasutan syaitan terkutuk!!!. Satukan kedua-dua hatimu dengan ikatan kasih sayang, iringi ucapan salam itu dengan lafaz; Maksud "Saudaraku, aku sayang / kasih padamu".Jawablah bisikan kasih cinta saudaramu dengan lafaz; Bermaksud " Semoga Allah menyayangi / mengasihi -mu yang demi Dia kamu menyayangi / mengasihi -ku".Adakah suatu suasana yang lebih indah dan manis daripada ini? apakah kekuatan yang membentuk dan melahirkannya? Inilah salam yang sarat makna, salam limpahan rasa kasih seorang saudara kepada saudaranya, duta kesatuan jiwa. Ia bagaikan minuman bermadu, minumlah sebanyak-banyaknya, ambillah daripada sumbernya seberapa banyak yang kamu kehendaki. Setiap kali diminum, akan menambah keinginan dan selera untuk meminumnya lagi, ia terjamin dapat menghilangkan dahaga kasih sayang oleh panas terik prasangka, perkelahian, permusuhan, dengki mendengki, tersalah kata, terkasar bahasa dan sebagainya. Ia bagaikan sinar mentari, hilang kabus nampaklah terang!!! Gunung kasih sayang tunggak kesatuan meraih kemenangan!!! Jalan bahagia dunia dan akhirat. Jalan satu-satunya menuju syurga. BUKANKAH KITA PERINDU-PERINDU SYURGA?!!!Jangan Diucap dengan Jiwa Hampa.Ucapan salam adalah tanda kasih-sayang di antara dua hati yang saling menyayangi. Justeru itu jangan diucapkan dengan jiwa hampa, sambil lewa, dingin dan tanpa semangat tetapi ucapkanlah dengan penuh rasa rindu, cinta kasih dan semangat persaudaraan Islam kerana mengucapkan salam kepada saudara seagama (akhi filLah) bererti memohon dicurahkan rahmat dan berkat kepadanya daripada Allah Azza wa Jalla Pencipta Langit, maka janganlah ini dipandang remeh.Kedua: Ucapan salam di awal pertemuan, adalah suatu perisytiharan PEACE damai, aman, tenang dan sejahtera kerana dalam suasana bersama-sama itu, apa yang didamba hanya untuk menikmati suasana yang menyenangkan dan membahagiakan. Bahawa kedua-duanya benar-benar tidak akan menyakiti, tidak membahayakan saudaranya, tidak akan berdusta, menipu, berbuat jahat, bermusuh, mengumpat, mencaci, buruk sangka serta menghina dan tidak akan melakukan suatu apa pun yang menyakiti saudaranya. Seandainya hal itu terjadi bererti ucapan salam itu dusta dan hanyalah omong kosong. Apakah balasan bagi orang yang berdusta???! Firman Allah: Sesungguhnya yang melakukan dusta, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah. [QS. 16 (An-Nahl): 105]Ketiga: Mengandungi doa dan harapan agar Allah swt melimpahkan keberkatan dan kebaikan kepada sesama saudara (bukan sahaja tidak menyakiti).Ucapan memberi jaminan agar dalam suasana bersama-sama dan dalam persaudaraan / persahabatan itu, tidak akan berlaku percakapan, perbincangan, perancangan, perbuatan kecuali yang baik-baik dan tidak akan ada sama sekali membicarakan hal-hal orang lain kecuali yang baik-baik semuanya. Ucapan salam sarat dengan doa memohonkan rahmat dan berkat daripada Allah swt untuk sesama saudara muslim.Nabi saw bersabda tentang dirinya: Saya adalah rahmat dan petunjuk.[Hadis Al-Hakim dan ad-Dhahabi]Adapun syarat-syarat Ukhuwah adalah seperti berikut:-1. Ikhlas lilLahi Taala2. Disertai iman dan taqwa3. Ke arah melaksanakan syariat4. Saling menasihati5. Tolong menolong dalam masa senang dan susahCara memperkukuhkan Ukhuwah pula adalah :-1. Memberitahu bahawa ia mengasihinya2. Memohon doanya ketika berjauhan3. Ceriakan wajah ketika bertemu4. Segera berjabat tangan5. Saling ziarah menziarahi6. Mengucapkan tahniah dan menggembirakannya sesuai sempena.7. Saling memberi hadiah8. Berusaha memenuhi keperluannya9. Menunaikan hak-hak ukhuwah.Terdapat banyak hadis-hadis tentang Ukhuwah antaranya: . .Barangsiapa mengangkat seseorang menjadi saudaranya kerana Allah, Allah akan mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak akan diperolehi dengan satu pun amal ibadahnya. . .CintaKu merupakan hak orang-orang yang saling mencintai keranaKu, cintaKu merupakan hak orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, cintaKu merupakan hak orang-orang yang saling berlumba berjuang fisabilLah keranaKu dan cintaku merupakan hak orang-orang yang saling berhubung keranaKu. . .Seorang yang mencintai saudaranya kerana Allah sebenarnya ditelah memuliakan Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agong. : . .Apabila seorang muslim menziarahi saudara muslim semata-mata kerana Allah atau menziarahi saudaranya yang sedang sakit, berkata Allah : Engkau dirahmati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga. . .Sesungguhnya orang yang paling Aku cintai di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya: yang rendah hati, yang paling akrab dan mudah diakrabi. Sedang yang paling Aku benci di antara kalian ialah orang yang kemana-mana menabur fiitnah, yang memecah-belah orang yang saling mencintai dan yang saling mencari cacat orang yang bersih. . Orang mumin itu tempat kasih sayang, maka tidak ada kebaikan bagi yang tidak mengasihi dan tidak dikasihi.

Makna ukhuwahMungkin sudah terlalu sering kita mendengar kata ukhuwah. Bahkan tidak sedikit di antara kita yang sudah lelah untuk membicarakannya lagi, sebab selama ini ukhuwah seolah-olah hanya menjadi sebuah dambaan yang kita tidak tahu kapan hal itu akan tercapai.Realita membuktikan bahwasanya, keadaan ukhuwah di antara kaum muslimin saat ini sudah sangat memprihatinkan. Sebagian kita tidak lagi mempedulikan keadaan saudaranya seiman, atau tidak merasa perlu untuk mengurusi dan membantu memecahkan permasalahan-permasalahan yang sedang menghimpitnyaPara pembaca, tidakkah kita ingat akan ukhuwah yang sedang kita dambakan itu? Tidakkah kita ingat akan firman Allah (artinya): Dan janganlah kalian menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas kepada mereka. mereka itulah orang-orang yang akan mendapat siksa yang amat berat. (Ali Imran: 105)Dan juga firman Allah (artinya): Dan janganlah kalian berbantah-bantah, yang menyebabkan kalian gagal dan hilang kekuatan. (Al Anfal: 46)Di dalam risalah yang singkat ini, akan kami sajikan permasalahan ukhuwah dan beberapa hal yang berkaitan dengannya. Semoga bermanfaat bagi kita semua dan menjadi motivator untuk mewujudkan ukhuwah yang didambakan bersama itu.Mahalnya Nilai UkhuwahSesungguhnya Allah mengutus Rasul-Nya dengan risalah yang lurus lagi mudah. Allah mengutus beliau sebagai pemberi petunjuk, pembimbing, pengajar, penebar kedamaian, pemersatu, dan bukan sebagai pemecah belah. Sekian tahun beliau mengemban misi ini sehingga terwujudlah kerukunan dan persaudaraan di antara umatnya pada waktu itu, setelah sebelumnya mereka bercerai-berai di atas agama nenek moyang mereka (kesyirikan).Maka ketika Rasulullah datang, umat ini bersatu di atas agama yang satu, yakni agama Islam yang diridhai-Nya. Itu semua merupakan nikmat Allah sebagaimana yang Allah abadikan dalam ayat-Nya (artinya): Dan berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hatimu, dan dengan nikmat Allah-lah kamu menjadi orang-orang yang bersaudara. (Ali Imran: 103)Betapa mahalnya ukhuwah ini, dia tidak bisa ditukar dengan dunia dan seisinya sekalipun. Allah berfirman (artinya): Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati-hati mereka (kaum mukminin), seandainya kamu membelanjakan dunia dan seisinya, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah lah yang mempersatukan hati-hati mereka. (Al Anfal: 63)Hakekat Ukhuwah IslamiyyahUkhuwah adalah ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan penghormatan yang mendalam terhadap setiap orang, di mana keterpautan jiwa itu ditautkan oleh ikatan akidah Islam, iman dan takwa.Persaudaraan yang tulus ini akan melahirkan rasa kasih sayang yang mendalam pada jiwa setiap muslim dan mendatangkan dampak positif, seperti saling menolong, mengutamakan orang lain, ramah, dan mudah untuk saling memaafkan.Dan sebaliknya dengan ukhuwah juga akan terhindari hal-hal yang merugikan dengan menjauhi setiap hal yang dapat mendatangkan kerugian bagi orang lain, baik yang berkaitan dengan jiwa, harta, kehormatan, atau hal-hal yang merusak harkat dan martabat mereka.Sesungguhnya Islam telah menghimbau kepada umatnya untuk senantiasa menjaga ukhuwah ini, karena pada hakekatnya kaum mukminin itu bersaudara. Mereka bagaikan susunan bangunan yang kokoh yang saling menguatkan satu dengan yang lain. Allah berfirman (artinya):Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al Hujurat: 10)Rasulullah bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya adalah laksana bangunan yang saling menguatkan bagian satu dengan bagian yang lainnya. (HR. Bukhari dan Muslim)Kaum mukminin itu seperti satu anggota tubuh, jika salah satu anggota tubuh tersebut merasakan sakit, maka bagian tubuh yang lain juga akan merasakan sakitnya. Nabi bersabda: Perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang dan belas kasih serta cinta adalah seperti satu tubuh. Jika satu bagian anggota tubuh sakit maka akan merasa sakit seluruh tubuh dengan tidak bisa tidur dan merasa demam. (HR. Bukhari dan Muslim)Faedah dan Manfaat UkhuwahAdapun keutamaan, manfaat, serta faedah ditegakkannya ukhuwah di antaranya adalah:1. Akan mendapatkan rasa manis dan lezatnya iman, sebagaimana sabda Rasulullah: Tiga perkara yang barangsiapa mendapatinya, dia akan merasakan manisnya iman, yaitu dia mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kepada selain keduanya, dia mencintai saudaranya dan dia tidaklah mencintainya melainkan karena Allah, dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam An Nar. (HR. Al Bukhari dan Muslim)2. Allah akan melindungi dan menaunginya dari kengerian-kengerian pada hari kiamat kelak. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadits tentang tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, di antaranya adalah dua orang yang saling mencintai karena Allah.Dan juga sebagaimana yang disabdakan Rasulullah : Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: Dimanakah orang-orang yang mencintai karena kemuliaan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka pada suatu hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku. (HR. Muslim)3. Mencintai karena Allah akan mendatangkan iman yang kemudian akan mengantarkannya ke dalam Al Jannah. Nabi bersabda: . . Kalian tidak akan masuk Al Jannah sampai kalian beriman. Dan kalian belum dikatakan beriman sampai kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan kepada kalian suatu perbuatan yang jika kalian lakukan akan membuat kalian saling mencintai? Tebarkanlah salam di antara kalian. (HR. Muslim)4. Ukhuwah akan melahirkan akhlak yang mulia, di antaranya sikap ramah, cinta kasih, peduli terhadap kebutuhan saudaranya seiman dan sekaligus membantu mereka. Sehingga terwujudlah kehidupan yang aman, tenteram, dan harmonis tanpa adanya saling permusuhan dan kebencian.5. Ukhuwah akan memperkokoh kekuatan kaum muslimin sehingga akan terwujudlah kejayaan Islam dan kaum muslimin.Syarat-Syarat UkhuwahDalam menegakkan ukhuwah, hendaknya kita juga memperhatikan beberapa syarat berikut ini:1. Hendaknya ukhuwah tersebut dilandasi oleh keikhlasan karena Allah dan dibangun di atas Al Quran dan Sunnah Rasulullah .2. Hendaknya ukhuwah tersebut diiringi dengan iman dan takwa.3. Hendaknya ukhuwah itu dijalankan sesuai dengan bimbingan Islam yang benar.Apa Yang Harus Kita Lakukan ?Para pembaca, barangkali sangat penting bagi kita untuk memperhatikan sabda Nabi berikut: Janganlah kalian saling hasad, saling najasy (menawar barang dengan harga yang lebih tinggi tanpa bermaksud membeli, akan tetapi untuk memperdaya pihak lain), saling membenci, saling acuh tak acuh. Janganlah sesama kalian menjual di atas penjualan sebagian yang lainnya (maksudnya mempengaruhi pembeli ditengah memilih suatu barang sehingga membatalkan pembeliannya, kemudian orang lain menawarkan barang dengan kualitas yang sama atau lebih baik dengan harga yang sama). Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara, seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Oleh karena itu janganlah menzhalimi, menghina, mendustai dan jangan pula meremehkannya. Taqwa itu ada di sini (hati), dan beliau sambil menunjuk ke dadanya tiga kali. Cukuplah seseorang dianggap jahat jika ia memandang hina kepada saudaranya sesama muslim. Setiap muslim atas muslim lainnya adalah haram darahnya, hartanya, dan juga kehormatannya. (HR. Muslim)Mengamalkan hadits ini merupakan salah satu sarana yang penting untuk meraih ukhuwah dan kerukunan antar sesama muslim serta menghindarkan dari kedengkian dan permusuhan di antara mereka.Selain itu ada beberapa kiat yang sangat penting untuk kita ketahui dan kita amalkan dalam rangka merajut tali ukhuwah, di antaranya:1. Menegakkan shalat berjamaah di masjid.Ketika kaum muslimin bertemu sebanyak lima kali sehari semalam (shalat berjamaah), mereka akan saling mengenal sehingga hati mereka akan saling terpaut dan mendatangkan rasa cinta, kesatuan hati dan hilangnya putus hubungan di antara mereka.2. Menebarkan salam dan tidak saling acuh.Nabi bersabda: Maukah aku tunjukkan kepada kalian suatu perbuatan yang jika kalian lakukan akan membuat kalian saling mencintai? Tebarkanlah salam di antara kalian. (H.R. Muslim)Islam telah melarang umatnya dari perbuatan acuh dan memutuskan hubungan di antara mereka. Nabi bersabda: Tidaklah halal bagi seorang muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari, mereka bertemu namun saling tidak menghiraukan. Adapun yang lebih baik di antara keduanya adalah siapa yang memulai mengucapkan salam. (HR. Al Bukhari dan Muslim)3. Mengamalkan hadits tentang hak seorang muslim terhadap muslim yang lainnya.Rasulullah bersabda: : Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (yaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasehat kepadamu, nasehatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya. (HR. Muslim)4. Membantu meringankan beban yang sedang menghimpit saudaranya.5. Saling memaafkan.6. Menjauhi perbuatan maksiat.Maksiat merupakan salah satu penyebab permusuhan di antara manusia, seperti minum khamr dan judi yang telah dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya (artinya): Sesungguhnya syaithan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kalian dengan meminum khamr dan berjudi serta menghalangi kalian dari mengingat Allah dan shalat, maka hentikanlah. (Al Maidah: 91)7. Saling mendoakan dengan kebaikan.Nabi bersabda: : Jika seseorang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuannya, maka Malaikat pun akan mengatakan: (semoga) engkau medapatkan sebagaimana yang engkau doakan (kepada saudaramu). (HR. Muslim)Demikianlah beberapa kiat yang dengannya akan tegak ukhuwah Islamiyyah yang kita dambakan bersama itu, Insya Allah. Semoga Allah membimbing kita untuk bisa mengamalkannya. Amin.

http://tabayyun.wordpress.com/makna-ukhuwah/macam-macam ukhuwahEmpat Macam Ukhuwah. Quraish Shihab dalam Wawasan Al-Quran mengatakan bahwa al-Quran memperkenalkan minimal empat macam jenis persaudaraan (ukhuwah). Pertama, ukhuwah ubudiyyah, yakni persaudaraan karena sesama makhluk yang tunduk kepada Allah. Allah Swt berfirman, Dan tidaklah (jenis binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya) kecuali umat-umat juga seperti kamu, (QS al-Anam [6]:38).

Kedua, ukhuwah insaniyyah atau basyariyyah, yakni persaudaraan karena sama-sama manusia secara keseluruhan. Hal ini didasarkan pada firman Allah, Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal, (QS al-Hujurat[49]:13).

Ini berarti bahwa semua manusia adalah seketurunan dan dengan demikian bersaudara. Ketiga, ukhuwwah wathaniyyah wa an-nasab, yaitu persaudaraan dalam keturunan dan kebangsaan (lihat, QS al-Hujurat [49]: 13). Menurut Muhammad Imarah, pluralitas bangsa, suku bangsa, agama dan golongan merupakan kaidah yang abadi yang berfungsi sebagai pendorong untuk saling berkompetisi dalam melakukan kebaikan, berlomba menciptakan prestasi dan memberikan tuntunan bagi perjalanan bangsa-bangsa dalam menggapai kemajuan dan ketinggian. Keempat, ukhuwah diniyyah, yakni persaudaraan karena seagama (Ukhuwwah fi din al-Islam). Islam menyatakan bahwa umat Islam, dengan latar belakang yang berbeda, baik suku, etnis, keturunan, warna kulit, bahasa dan lain sebagainya adalah bersaudara. Allah Swt berfirman, Sesungguhnya orang-orang mumin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat, (QS al-Hujurat [49]: 10).Menurut Quraish Shihab (dalam islam cinta damai dan anti kekerasan)https://www.facebook.com/permalink.php?id=301307593291505&story_fbid=301324549956476

Urgensi Ukhuwah IslamiyyahUkhuwwah Islamiyyah atau hubungan persaudaraan di antara kaum Muslimin merupakan suatu rahmat yang besar yang diberikan oleh Alloh di dalam kehidupan dunia ini maupun di akhirat kelak, persaudaraan yang tidak pernah didapati kecuali pada ajaran Islam yang mulia ini, yang orang-orang beriman di dalamnya memiliki hubungan persaudaraan yang sangat kauat.Sebagaimana Alloh berfirman:Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara(QS. al-Hujurot [49]: 10)Maka wajib bagi orang-orang Mukmin sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat ini untuk menjadikan orang-orang Mukmin satu sama lain bersaudara dengan persaudaraan yang kuat. Persaudaraan dalam agama Islam yang mana persaudaraan didalamnya lebih kuat dibandingkan dengan persaudaraan dalam keturunan, bahkan persaudaraan dalam keturunan yang tidak di landasi dengan ikatan agama Islam, maka tidak akan memiliki arti apapun.Maka dari itu Alloh berfirman dalam al-Quran kepada Nabi Nuh ketika beliau berkata di dalam al- Quran surat Hud ayat ke- 45:Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yangdijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatanyang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnya Aku mem-peringatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tak berpengetahuan.Anak kandung Nabi Nuh yang sudah jelas dia adalah bagian dari ayahnya, buah hati Nabi Nuh , akan tetapi karena dia tidak maumenyembah Alloh maka dia bukanlah termasuk saudara orang-orang yang beriman.Anak Nabi Nuh yang beraqidah tidak mengikuti sebagaimana aqidah ayahnya yang menyembah Alloh , walaupun ia dalam pengasuhan ayahnya sebagai anak, namun pada hakikatnya bukanlah ia termasuk saudara, karena ia berlainan agama. Akan tetapi orang-orang Muslim yang Mukmin, walaupun bukan satu keturunan, bukan satu kandung, bukan satu ras, berbeda tempat, berbeda bahasa, tetapi karena memiliki aqidah yang satu yaitu agama Islam, maka semuanya adalah saudara dengan hubungan persaudaraan yang kuat.Persaudaraan yang melahirkan kerja sama yang baik dalam mendakwahkan kepada ajaran Alloh . Melakukan amal secara jamai untuk meninggikan kalimat Alloh yang agung yaitu kalimat: LAA ILAAHA ILLALLOHDi setiap penjuru dunia, kerja sama agar masing-masing memiliki hubungan yang sangat baik kepada Alloh dengan menjalani segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya dengan cara saling bahu-membahu, saling menasehati untuk melakukan kebaikan dan melarang kepada kebathilan, karena pada dasarnya hubungan persaudaraan kita akan kuat dengan cara saling nasehat-menasehati dalam perkara agama, karena sesungguhnya agama itu adalah nasehatRosululloh bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ruqoyyah tamim bin Aus Ad-Dary .Bahwasanya Rosululloh bersabda:Agama (Islam) itu nasihat. Kami ber-tanya: Bagi siapa? Beliau bersabda: BagiAlloh, kitab-Nya, Rosul- Nya, para pemimpin kaum Muslimin dan bagi kaum Muslimin pada umumnya(HR Muslim, Abu Dawud dan an-Nasaii)Karena agama Islam itu adalah nasehat, maka hubungan persaudaraan di antara orang-orang yang beriman yang dilandasi dengan nasehat-menasehati adalah usaha untuk memperkuat agama Islam, sehingga persaudaraan yang dilandasi dengan nasehat-menasehati itu menimbulkan kecintaan satu sama lain di kalangan kaum Muslimin dan merekalah kaum Muslimin yang benar-benar berimanSebagaimana Rosululloh bersabda:Tidak beriman salah seorang di antara kalian hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.(HR. al-Bukhori dan Muslim)Banyak sekali tuntunan dari Rosululloh dalam menguatkan ukhuwwah Islamiyyah dan banyak pula rintangan-rintangan untuk berukhuwwah dalam Islam. Setan tidak bosan-bosan untuk selalu menggoda dan menggoda, menghancurkan ukhuwwah Islamiyyah di antara kaum Muslimin secara menyeluruh untuk berpecah belah, berapa banyak orang-orang Muslim satu sama lainnya saling membenci karena permasalahan sepeleberapa banyak kelompok gerakan dakwah untuk kemurnian Islam harus terpecahini semua dikarenakan kurang memperhatikannya kita terhadap ukhuwwah Islamiyyah.Maka dari itu, Rosululloh sebagai tauladan manusia sangat memperhatikan masalah ukhuwwah Islamiyyah. Rosululloh sebaik-baiknya orang yang memiliki akhlaq yang terpuji dan agung yang betul-betul harus kita tauladani.Alloh berfirman:Dan sesungguhnya kamu(wahaiMuhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung. ( QS. al-Qolam [68]: 4)Tuntunan akhlaq dari Rosululloh yang memang tujuan diutusnya beliau kepada manusia yaitu untuk menyempurnakan akhlaq manusia.Rosululloh bersabda: Sesungguhnya aku diutus (adalah)untuk menyempurnakan akhlaq.(HR.Muslim)Dengan menerapkan dan mengaplikasikan akhlaq Rosululloh yang terpuji dalam kehidupan manusia, sehingga umat Islam memperhatikan tentang akhlaq yang pada akhirnya diterapkan dalam kehidupan sehari-hari serta dapat menghasilkan ukhuwwah Islamiyyah atau persaudaraan di antara kaum Muslimin yang lebih erat dan kuat di berbagai pelosok dunia.Ukhuwwah isalamiyyah adalah modal dasar untuk menguatkan Islam di muka bumi ini. Dengan memperhatikan Ukhuwwah Islamiyyah berarti membantu menegakkan syariat Islam di permukaan bumi ini, di zaman sekarang ini. Kita banyak menemukan per-selisihan antara kaum Muslimin dikarenakan masalah sepele yang pada akhirnya ber-kepanjangan sehingga kita lupa dengan siapa seharusnya kita berselisih. Ternyata per-selisihan itu menjadi umpan, sasaran empuk yang dimanfaatkan oleh orang-orang kuffar, untuk memperkenalkan kepada dunia tentang keburukan Islam yang selalu berselisih satu sama lain. Seyogyanya bagi kaum Muslimin, perselisihan yang sepele itu ditepis dengan membiasakan diri menjadi pribadi-pribadi kita untuk berjiwa besar dalam menghadapi permasalahan, sebagaimana besarnya jiwa Rosululloh . Semoga Alloh meng-anugerahkan hidayah dan taufiqnya kepada kita semua, untuk saling bahu-membahu dalam menguatkan persaudaraan kita dengan menciptakan akhlaq yang terpuji sebagaimana diajarkan oleh Rosululloh , sehingga dengan akhlaq yang terpuji kita dapat menguatkan ukhuwwah Islamiyah dalam bermasyarakat khususnya didalam masyarakat Islami secara spesifik.(Red-HASMI/BuletinDakwahHASMI/Husin)http://www.hasmi.org/urgensi-ukhuwah-islamiyyah/