ujian rintangan elektrod bumi

10
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI Tujuan : i. Memastikan rintangan tidak melebihi galangan gelung kerosakan bumi pada sesuatu jenis peranti pelindung. ii. Mengetahui kedudukan elektrod yang ditanam itu bersesuaian dan tidak berada dalam kawasan rintangan bertindih dengan elektrod lain. Alat penguji yang digunakan :- Jangka Penguji Bumi (Earth Tester).

Upload: shrim-shaharin

Post on 08-Aug-2015

1.089 views

Category:

Education


38 download

TRANSCRIPT

Page 1: UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

Tujuan : i. Memastikan rintangan tidak melebihi

galangan gelung kerosakan bumi pada sesuatu jenis peranti pelindung.

ii. Mengetahui kedudukan elektrod yang

ditanam itu bersesuaian dan tidak berada dalam kawasan rintangan bertindih dengan elektrod lain.

Alat penguji yang digunakan :-  Jangka Penguji Bumi (Earth Tester).

Page 2: UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

Tatacara menjalankan ujian dengan jangka Penguji Bumi (Earth Tester) 

1. Periksa bateri iaitu dengan memilih kedudukan suis pada B dan tekan butang uji.

2. Sambungkan terminal ‘E’ ke elektrod yang hendak di uji dengan menggunakan pengalir yang disediakan (pengalir hijau)

3. Sambungkan terminal ‘P’ ke pancang Voltan (spike potential) dengan menggunakan pengalir yang disediakan (pengalir kuning) pada jarak 15 meter.

4. Sambungkan terminal ‘C’ ke pancang Arus (spike current) dengan menggunakan pengalir yang disediakan (pengalir merah) pada jarak 20 meter.

Page 3: UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

5. Pilih suis pada kedudukan ‘V’ dan tekan butang penguji. Jarum menunjukkan bacaan voltan pada elektrod yang diuji.

- Sekiranya bacaan melebihi daripada 10volt, semua sambungan pada elektrod hendaklah diputuskan.

- Voltan yang melebihi 10 volt pada elektrod boleh menyebabkan gangguan semasa ujian dan akan merosakkan jangka penguji.

Page 4: UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

6. Pilih suis pada kedudukan ‘Ω’. Tekan butang penguji beserta pusingkan pelaras ohm sehingga jarum menunjukkan ‘0’ (sifar)

7. Rekodkan bacaan pada pelaras ohm (Z1)

Contohnya : Z1 = 10 Ω

Page 5: UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

8. Ubahkan pancang voltan 6 meter daripada kedudukan yang asal.

- ulang langkah 6 dan rekodkan bacaan.

Contohnya : Z2 = 12 Ω

9. Ubahkan pancang voltan 6 meter daripada kedudukan yang asal pada kedudukan yang berlainan.

- ulang langkah 6 dan rekodkan bacaan.

Contohnya : Z3 = 11 Ω

Page 6: UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

Keputusan :

Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan purata bagi menentukan nilai rintangan elektrod bumi yang diuji.

Z1 + Z2 + Z3

Z = ----------------- 3

10 + 12 + 11 = -----------------

3

= 11 Ω

- Jika jarak elektrod yang dipasang itu tidak bertindih, bacaan rintangan yang diperolehi sepatutnya adalah sama.

Page 7: UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

- Nilai sebenar rintangan bumi adalah merujuk kepada jenis peranti pelindung yang digunakan dan kadarannya.

Contoh : Fius Dawai (BS 3036) – 60 A

VoltanImpedan = ---------------------------

3 x Arus Nominal (In)

240Z = -------- = 1.3 Ω

3 x 60

Fius HRC (BS 88)

240Z = -------- = 1.7 Ω

2.4 x 60

Pemutus Litar (BS 3871)

240Z = -------- = 2.7 Ω

1.5 x 60

Page 8: UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

Rumusan :

Sekiranya didapati bacaan diperolehi melebihi daripada nilai yang ditetapkan berdasarkan pengiraan tersebut haruslah diambil tindakan bagi mengurangkan nilai rintangan elektrod bumi dengan cara :

i. Tambahkan panjang elektrod

ii. Tanamkan elektrod secara selari