ujian mac pk (2015) 2

10
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU 09100 BALING, KEDAH DARUL AMAN. UJIAN BULANAN (MAC) TAHUN 2015 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6 ( 1 JAM) NAMA: ____________________________________KELAS: ______ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi bahagian A hingga H. 2. Baca dan faham arahan bagi setiap bahagian. Jawab soalan berdasarkan arahan yang telah ditetapkan. 3. Hantar kertas soalan beserta dengan jawapan yang lengkap kepada guru yang mengawasi peperiksaan ini.

Upload: mohamad-nazri

Post on 16-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ujian

TRANSCRIPT

Page 1: ujian Mac PK (2015) 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU09100 BALING, KEDAH DARUL AMAN.

UJIAN BULANAN (MAC) TAHUN 2015

PENDIDIKAN KESIHATAN

TAHUN 6( 1 JAM)

NAMA: ____________________________________KELAS: ______

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi bahagian A hingga H.2. Baca dan faham arahan bagi setiap bahagian. Jawab soalan berdasarkan

arahan yang telah ditetapkan.3. Hantar kertas soalan beserta dengan jawapan yang lengkap kepada guru

yang mengawasi peperiksaan ini.

Disediakan oleh;

............................................. ( Mohamad Nazri b. Husain )Guru Pendidikan Kesihatan Tahun 6 Cemerlang.

Page 2: ujian Mac PK (2015) 2

A. Baca petikan di bawah ini dan senaraikan perubahan fizikal yang berlaku terhadap remaja lelaki dan perempuan.

Perubahan fizikal remaja amat ketara antara umur 12 hingga 16 tahun. Pada masa ini sifat-sifat jantina sekunder akan mula terbentuk pada diri kita.

Bagi remaja lelaki, kelenjar seksnya akan mengeluarkan hormon androgen. Hormon ini akan menggalakkan pertumbuhan bulu-bulu badan dan suara menjadi garau. Selain itu, halkum juga jelas kelihatan. Hormon tiroksina pula membentuk otot-otot pada tubuh mereka. Perubahan dari ketinggian dan berat badan turut berlaku. Remaja juga akan mengalami pertumbuhan jerawat.

Kelenjar seks remaja perempuan akan mengeluarkan hormon estrogen. Hormon ini akan merangsang pertumbuhan payu dara dan sel lemak. Ia akan menyebabkan punggung menjadi lebar. Rembesan hormon progesteron pula akan mengakibatkan berlakunya haid. Remaja perempuan turut mengalami perubahan ketinggian dan berat badan serta ditumbuhi jerawat.

Senaraikan 5 perubahan yang dialami oleh remaja lelaki dan perempuan.

1. Remaja Perempuan

2. Remaja Lelaki

B. Isikan jawapan yang sesuai menggunakan pilihan jawapan yang disediakan

( 10 markah)

Page 3: ujian Mac PK (2015) 2

lemak membina berfungsi protein tenaga

normal vitamin kekacang ikan ayam

1. Zat-zat makanan terdiri daripada karbohidrat, _________________,

__________________, __________________ dan garam-garam mineral.

2. Protein ialah zat makanan untuk ____________________ tubuh badan.

3. Makanan seimbang mempunyai semua bahan makanan untuk tubuh

___________________ dengan ____________________________.

4. Bahan-bahan makanan dalam kumpulan daging mengandungi banyak

___________________, _________________ dan garam-garam mineral.

5. Contoh-contoh bahan makanan dalam kumpulan daging ialah

___________________ dan ______________________.

( 10 markah)

C. Isikan jawapan yang betul pada pernyataan yang diberikan berdasarkan

Page 4: ujian Mac PK (2015) 2

pilihan jawapan dan maklumat di bawah ini.

Bil Pernyataan Jawapan1 Sebagai panduan kepada pengguna agar tidak

terbeli barangan yang telah lama dan rosak.2 Makanan akan tahan lama dan tidak rosak sekiranya

kita mematuhi arahan yang diberi.3 Membantu pengguna membuat pilihan makanan

berkhasiat dengan bijak.4 Pengguna boleh mengetahui bilangan atau berat

makanan yang hendak dibeli.5 Bahagian ini penting kerana dapat membantu

pengguna membuat aduan atau siasatan.6 Pengguna dapat mengetahui bahan-bahan yang

digunakan bagi mengelak alahan.

D. Pilih jawapan yang betul.

1. ……………digunakan agar makanan tahan lama dan tidak mudah rosak.

Nama dan alamat pengilang

Arahan penyimpanan

Tarikh Luput

Komposisi khasiatmakanan

Senarai ramuan

Kandungan bersih

( 6 markah)

Page 5: ujian Mac PK (2015) 2

A. Alkohol B. PengawetC. Fiber D. Gelatin

2. Perubahan fizikal remaja amat ketara di antara umur …………

A. 10 hingga 12 tahun. B. 10 hingga 14 tahun.C. 11 hingga 13 tahun. D. 12 hingga 16 tahun.

3. Tanda halal pada barangan makanan adalah bertujuan ………

A. pengguna dapat membeli dengan banyak.B. pengguna Islam akan berasa was-was ketika membeli.C. pengguna beragama Islam akan berasa yakin untuk menggunakan

barangan tersebut.D. pengguna bukan Islam dapat membeli tanpa was-was.

4. Pertukaran …………….menyebabkan wajah remaja ditumbuhi jerawat.

A. cuaca B. hormonC. sel lemak D. hari

(4 markah)

E. Gariskan jawapan yang betul.

1. Air yang bertakung akan menggalakkan ( lalat, nyamuk, lipas, anai-anai ) membiak.

2. Penyakit demam Malaria merebak melalui gigitan nyamuk (Aedes, Tiruk, Culex , Jantan).

3. (AIDS, Panau, Kudis, Kurap ) adalah penyakit yang paling berbahaya.

4. Pengesahan Tanda Halal barangan makanan dikeluarkan oleh ( Jabatan Pelajaran Negeri – JPN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, Jabatan Kerja Raya – JKR, Polis Di Raja Malaysia – PDRM ).

5. Makanan dan minuman adalah penting dalam kehidupan kerana ( hidup untuk makan, memberikan tenaga untuk melakukan kerja harian, ibu bapa menyuruh kita makan, boleh melesukan tubuh badan ).

F. Suaikan pernyataan dengan perkataan yang betul. ( 5 markah)

Page 6: ujian Mac PK (2015) 2

1. Bahan kimia yang boleh mempengaruhi fungsi otak dan badan serta menyebabkan perubahan. Amat berbahaya jika disalahgunakan.

2. Bahan kimia yang mengganggu sistem pernafasan (paru-paru) dan boleh menyebabkan barah.

3. Dadah yang berbahaya kepada jantung dan sistem saraf. Kandungannya amat tinggi di dalam rokok.

4. Boleh menyebabkan penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan seperti bronkitis dan asma, penyakit dan barah paru-paru.

5. Bahan kimia yang dihasilkan untuk mengawal serta mencegah serangga dan makhluk perosak.

G. Tuliskan jawapan yang betul berdasarkan aspek pernyataan yang diberikan.

Racun

( 5 markah)

Rokok

Dadah

Tar

Nikotin

Emosi Mental Sosial

Page 7: ujian Mac PK (2015) 2

1. Kita perlu mencari identiti diri apabila meningkat ke alam remaja.

2. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya atau idola mereka.

3. Remaja sering berasa bimbang tentang perubahan fizikal yang berlaku pada dirinya.

4. Remaja biasanya lebih mengutamakan rakan sebaya daripada keluarga.

5. Remaja lebih mengutamakan paras rupa dan pakaian mereka.

H. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

1. Jenama makanan ialah nama khas yang digunakan oleh pembuat, pengeluar atau pengilang makanan untuk memperkenalkan barangan mereka.

2. Makanan dalam tin yang luput tarikh penggunaannya masih boleh dimakan.

3. Semasa berkelah di sungai, kita mencari tempat sunyi untuk mandi-manda.

4. Kita tidak boleh berenang jika perut kita terlalu kenyang.

5. Semasa berkelah, kita hendaklah mematuhi papan tanda amaran dan peraturan.

(5 markah)

( 5 markah)