ujian hidup memantap keimanan -...

Download UJIAN HIDUP MEMANTAP KEIMANAN - …jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun-2014/03-M… · Khutbah Jumaat 26 Jamadilawal 1435H bersamaan 28 Mac 2014M UJIAN HIDUP MEMANTAP

If you can't read please download the document

Upload: trandang

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Khutbah Jumaat 26 Jamadilawal 1435H bersamaan 28 Mac 2014M

    UJIAN HIDUP MEMANTAP KEIMANAN Oleh: JHEAINS

    JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,

    Hamba yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa.

    Allah SWT menjanjikan sebaik-baik kehidupan kepada hamba-Nya yang

    bertaqwa. Firman-Nya di dalam Al Quran:

    Maksudnya: sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang

    paling taqwa dikalangan kamu. (Surah Al-Hujuraat, ayat: 13)

    Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah SWT dengan taqwa yang sebenar-benar.

    Taqwa dalam makna melaksanakan segala perintah Allah SWT dengan ikhlas

    semata-mata kerana-Nya serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya.

    JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

    Firman Allah SWT:

  • 2

    Maksudnya: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan

    dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan

    sesuatu cubaan)? Dan sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu

    daripada mereka,maka (dengan ujian demikian), nyata apa yang diketahui Allah

    tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang

    diketahui-Nya tentang orang yang berdusta. (Surah Al-Ankabuut, ayat: 2-3)

    Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan maksud ayat ini: Yakni orang Islam

    (umat Islam) tidak cukup dengan hanya beriman dan mengaku menjadi Islam

    sahaja, tetapi hendaklah mereka sabar dan tabah hati menerima ujian, sama ada

    ujian itu berupa perintah-perintah agama yang wajib dilaksanakan atau berupa

    larangan-larangan agama yang wajib dijauhi, atau yang berupa kesusahan dan

    kemalangan yang menimpa diri dan harta benda. Dengan ujian yang demikian,

    mereka akan beroleh pahala disebabkan kesabaran mereka, dan akan ternyata

    pula orang yang sebenar-benarnya beriman dan yang sebaliknya.

    Berdasarkan mafhum ayat dan tafsiran ayat, terdapat beberapa bentuk ujian

    akan ditempuh oleh manusia, iaitu:

    1. Ujian berupa perintah agama yang wajib dilaksanakan.

    2. Ujian berupa larangan agama yang wajib dijauhi.

    3. Ujian berupa kesusahan.

    4. Ujian berupa kemalangan.

    Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah umat Islam yang beriman yang sentiasa

    sabar dan tabah hati menempuh segala bentuk dan rupa ujian berkenaan,

    kerana Allah SWT sengaja mahu menguji bagi melihat hamba-hamba-Nya yang

    benar-benar beriman kerana sifat Sabar itu merupakan separuh daripada

    keimanan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sabar adalah

    separuh dari iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan.

    (HR At-Thabrani dan Al-Baihaqi)

    Adapun kelebihan orang yang sabar, sepertimana yang disabdakan oleh

    Rasulullah SAW yang bermaksud :Orang yang bahagia ialah orang yang

    dijauhkan dari fitnah-fitnah dan orang yang bila terkena ujian dan cubaan dia

    bersabar. (HR Imam Ahmad dan Abu Daud)

  • 3

    Sifat sabar juga adalah penyebab rezeki yang lebih luas, Rasulullah SAW pernah

    bersabda yang bermaksud: Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada

    seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar. (HR Imam Al-Hakim)

    JEMAAH JUMAAT YANG BUDIMAN,

    Sesungguhnya, besar pahala sesuai dengan beratnya suatu ujian. Sabda

    Rasulullah SAW yang bermaksud: Besarnya pahala sesuai dengan besarnya

    ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla bila menyenangi suatu

    kaum Allah menguji mereka. Sesiapa yang bersabar maka baginya manfaat

    kesabarannya dan sesiapa yang murka maka baginya murka Allah. (HR At-

    Tirmizi)

    Ingatlah, bahawa setiap ujian dan cubaan yang ditempuh dan diterima itu di sisi

    Allah SWT adalah habuan ganjaran pahala yang besar untuk hamba-hamba-Nya

    yang beriman dan bersabar.

    Justeru itu, umat Islam dan orang yang beriman jangan keluh kesah dan jangan

    bimbang bila ditimpa apa jua bentuk ujian, kerana itu tandanya ada kebaikan

    yang akan Allah berikan kepada kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka dia akan diuji (dicuba

    dengan suatu musibah). (HR Imam Al-Bukhari). Hatta tertusuk duri sekalipun,

    maka Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosa hambanya. Seperti mana sabda

    Rasulullah SAW yang bermaksud : Tiada seseorang mukmin ditimpa rasa sakit,

    kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan), walau

    pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan sebab itu Allah akan

    menghapuskan dosa-dosanya. (HR Imam Bukhari)

    Itulah antara keutamaan dan kelebihan umat Islam dan orang yang beriman di

    sisi Allah SWT.

    Umat Islam akan dapat syurga dengan sebab ujian dan cubaan. Sabda Rasulullah

    SAW yang bermaksud: Seorang hamba (yang beriman) memiliki suatu darjat di

    syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya,

    maka Allah menguji dan mencubanya agar dia mencapai darjat itu. (HR At-

    Thabrani)

  • 4

    JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

    Firman Allah SWT;

    Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya

    Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong

    takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam

    dalam keadaan hina. (Surah Al-Mumin, ayat: 60)

    Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan: Allah Taala perintahkan supaya

    umat manusia sentiasa beribadat dan berdoa kepada-Nya untuk kebaikan

    mereka di dunia dan akhirat.

    Ibadat itu adalah satu-satu cara yang dilakukan oleh seseorang untuk

    membuktikan kepercayaannya kepada kebesaran, kemuliaan dan kekuasaan

    Allah SWT serta melahirkan kesedarannya kepada kehinaan dirinya sendiri,

    kemiskinan dan kelemahannya. Maka sesiapa yang berlaku sombong takbur

    daripada melakukan ibadat, bermakna dia berlaku sombong daripada mengakui

    kebesaran Allah SWT, dan kehinaan serta kelemahan dirinya.

    Berdasarkan mafhum dan tafsiran ayat ini, sesungguhnya Allah SWT perintahkan

    kita supaya sentiasa berdoa, jangan sekali sombong takbur sehingga tidak mahu

    berdoa, tidak melakukan amal ibadat yang wajib dan seterusnya jangan sekali-

    kali kita menjadi hamba yang sombong takbur dengan tidak mengakui dan

    mempercayai kekuasaan Allah SWT serta tidak mengakui kehinaan dan

    kelemahan diri kita sebagai hamba Allah yang kerdil.

    Ketahuilah, kenapa kita diuji, sebab Allah SWT ingin kita sentiasa bergantung dan

    berdoa kepada-Nya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila Allah

    menyenangi seorang hamba (hamba-hamba-Nya), maka dia akan diuji agar

    Allah (dapat) mendengar permohonannya (kerendahan dirinya untuk berdoa

    kepada Allah SWT). (HR Al-Baihaqi)

    Mafhum Hadith Junjungan Nabi SAW yang kita kasihi, bahawa Allah SWT bila

    suka dan senang dengan seorang hamba-Nya, pasti orang itu akan diuji. Sebab

  • 5

    Allah SWT hendak mendengar suara hamba-hamba-Nya yang memohon doa

    dengan kerendahan dirinya.

    JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

    Tanda orang mendapat hidayah antaranya ialah sabar dalam menempuh segala

    ujian dan cubaan dalam kehidupan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Sesiapa yang diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan

    dan menzalimi lalu beristighfar, maka bagi mereka keselamatan dan mereka

    tergolong kalangan orang yang mendapat hidayah (Allah SWT). (HR Al-Baihaqi)

    Demikianlah, kelebihan umat Islam yang beriman, bertaqwa, sabar serta tabah

    hati dalam menghadapi apa jua bentuk ujian dan cubaan. Mudah-mudahan kita

    semua menjadi umat yang tahan diuji, sehingga melayakkan kita menjadi hamba

    Allah yang benar-benar beriman seterusnya insya Allah akan memperolehi

    ganjaran pahala yang besar dan balasan nikmat hidup di syurga yang kekal abadi

    selama-lamanya.

    Firman Allah SWT:

    ,

    , ,

    .

    Disediakan oleh:

    Bahagian Penyelidikan dan Informasi

    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah