ujian bulanan mac bm 2014

8
UJIAN BULANAN (MAC) BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 TARIKH : 3 MAC 2014 BAHAGIAN A(30 MARKAH) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca penyakit sosial dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklahtidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. (20 MARKAH) Penyakit atau masalah sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat hari ini. Malah, gejala penyakit sosial ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong fenomena ini semakin berleluasa. Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya ibu bapa yang bekerja di bandar. Ibu bapa kini sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat kesibukan dan keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati. Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif tersebut akibat daripada pergaulan bebas dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa memberi wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang. Ada segelintir remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya perceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Remaja yang bergaul dengan rakan yang bersikap negatif juga akan turut bersikap negatif. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah lalu mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh. Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar

Upload: rogayah-surom

Post on 18-Jun-2015

546 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian bulanan mac bm 2014

UJIAN BULANAN (MAC) BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

TARIKH : 3 MAC 2014

BAHAGIAN A(30 MARKAH)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca penyakit sosial dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklahtidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. (20 MARKAH)

Penyakit atau masalah sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat hari ini. Malah, gejala penyakit sosial ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong fenomena ini semakin berleluasa.

Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya ibu bapa yang bekerja di bandar. Ibu bapa kini sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat kesibukan dan keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif tersebut akibat daripada pergaulan bebas  dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa memberi wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang.

Ada segelintir remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya perceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Remaja yang bergaul dengan rakan yang bersikap negatif juga akan turut bersikap negatif. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah lalu mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.

Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga patut dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar dapat melibatkan diri dan mengelakkan mereka melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Langkah ini amat perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik.

Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.

Page 2: Ujian bulanan mac bm 2014

Bahagian A (ii) Pemahaman

1. Berikan maksud  tidak mahu mengambil tahu dalam petikan. [2 markah]

2. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membendung gejala sosial dalam kalangan remaja? [4 markah]

3. Pada pendapat anda, sebagai pelajar dan juga remaja apakah yang patut golongan remaja lakukan untuk mengatasi gejala sosial ini? [4markah]

BAHAGIAN B (20 MARKAH)

1.Baca pantun di bawah  dengan teliti,  kemudian jawab soalan yang berikutnya.

     Pantun Nasihat Bersatu Hati

  Gunung Tahan sama didaki,

      Sungai Pahang sama direnang,

  Jikalau semua bersatu hati,

      Kerja yang payah menjadi senang.

  Melangir keris pusaka hikmat,

      Keris sejarah sejak bahari,

  Kalau gadis ingin selamat,

     Jangan murah menjual diri.

 

  Menanam bunga di dalam pasu,

      Bunga melati, bunga pandan,

  Jangan ikut hawa nafsu,

      Kelak nanti binasa badan.

 

  Nyiur muda dibuat pengat,

      Mari makan bulan puasa,

  Wahai pemuda hendaklah ingat,

      Kerana mulut badan binasa.

  Orang berkelah di Tanjung Rhu,

      Sambil memanggang si ikan sepat,

  Hendaklah banyak mengadap guru,

      Supaya terang jalan makrifat.

  Rendang sungguh pohon ara, 

Page 3: Ujian bulanan mac bm 2014

1.   Mengapakah kita perlu menuntut ilmu dengan

Page 4: Ujian bulanan mac bm 2014

         berguru?        A   supaya mengetahui perkara yang benar .        B   supaya digelar orang yang pandai.        C   supaya mudah mendapat kerja.        D   supaya dihormati oleh masyarakat.

 2.  Apakah maksud rangkap kedua pantun? 

         A   Seseorang gadis hendaklah menjaga               kehormatan diri jika ingin selamat.         B   Seseorang gadis dapat dijaga dengan mudah              dan selamat.         C   Kepentingan menjaga keselamatan seseorang               gadis.         D   Maruah seorang gadis mudah tergadai dengan               harga murah.

3.  Berikut ialah imej alam yang digunakan dalam pantun, 

        Kecuali         A   pohon ara               C    ikan sepat        B   bunga melor           D    nyiur

                  

4.  Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam                    

       baris pantun di atas? 

      A   Simile                        C   Metafora

       B   Repitisi                      D   Peribahasa

5.  Berikut merupakan ciri pantun ini, kecuali

  A   Terdiri daripada enam rangkap.  B   Setiap rangkap mempunyai empat baris.  C   Lapan hingga sepuluh suku kata sebaris.   D  Empat hingga enam patah perkataan sebaris.

 Soalan 6-10 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,  kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Kerana mulut badan binasa

Page 5: Ujian bulanan mac bm 2014

           Semasa pada awal darjah enam, adik tiba-tiba mewartakan suatu hasrat yang tidak terduga. Betapa gelabahnya kami. Pipi cengkung bonda dibasahi air mata. Adik telah membakul sampahkan impian bonda. Adik telah mencincanglumatkan jantung bonda.          “Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksa-paksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang.”, Begitulah lontaran ayat adik. Selamba.           Saya kepalkan tangan. Saya awasi diri. Saya takut kalau waras saya tidak daya dikekang, akan melayanglah tangan ini.           Kalau UPSR pun tidak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur,makan tidur? Sanggup turun ke bendang?S anggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu merewang? “          “Hoi.....Kak Cik apa tahu?  Orang dah malas nak belajarlah. Malas tak fahamkah? Lagi pun, kilangkan banyak?  Susah apa? “, Jerkah adik biadap.       Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban.         “Adik... sedarkah keputusan ini  boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak,” Sopan berhikmah pujukan bonda.          Adik berdengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda protes.          Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik ke sekolah agama setelah menamatkan sekolah rendahnya. Bonda mahu adik bergelar Ustaz Mohd Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik berjuang hingga ke liang syahid seperti arwah ayahnya.         Harapan bonda ini bukan sekadar mencangkul angin. Dayung sudah di tangan, sampan sudah ke tengah lautan. Namun, bonda tidak mampu melawan ombak kedegilan adik.

                                 (Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda  antologi Harga Sebuah                                               Lukisan, Tingkatan  3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

6.      Apakah yang menyebabkan  adik ingin           berhenti sekolah?            A   Adik ingin meringankan beban bonda.            B   Adik ingin berkerja di kilang.            C   Adik takut akan gurunya yang garang.             D   Adik tidak mahu membuat kerja sekolah

7.    Perwatakan adik berdasarkan petikan

          cerpen ialah          A    penyayang                   C     rajin          B    suka menolong            D     panas baran

8.   Mengapakan pipi cengkung bonda dibasahi

Page 6: Ujian bulanan mac bm 2014

         air mata?          A    Bonda terkenang akan suaminya yang

                telah meninggal dunia akibat serangan

                penyakit  jantung.         B    Adik mengeluarkan kata-kata kesat                apabila permintaannya tidak dituruti.         C    Adik menjadi semakin liar sejak berhenti                sekolah.         D    Impian bonda untuk menghantar adik                ke sekolah agama telah terkubur.

9.      Unsur gaya bahasa peribahasa  yang

           terkandung dalam  petikan di atas

           bermaksud                     A   angan-angan kosong                               B   percakapan yang baik                   C   cita-cita murni             D   perbuatan yang tidak berfaedah

10.   Berikut ialah pengajaran yang kita dapati

         daripada cerpen Mutiara Bonda kecuali         A   kita hendaklah tabah menghadapi             pelbagai dugaan hidup.        B   Kita hendaklah sedar bahawa kejayaan             terhasil melalui peng orbanan.        C   kita hendaklah menjalankan             tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.        D   kita hendaklah berserah kepada Tuhan              tanpa perlu berusaha.

Harapan bonda ini bukan sekadarmencangkul angin