ujian bulanan 2 2012 tingkatan 4, (17/7/2012)

12
1 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR BAHASA MELAYU UJIAN 2 TINGKATAN 4 2012 MASA: SATU JAM SETENGAH (1 ½ JAM ) MAKLUMAN: KERTAS SOALAN INI MEMPUNYAI 5 HALAMAN BERCETAK ARAHAN: i. Jawabsemuasoalan ii. MukasuratpertamakertasjawapanhanyadigunakanuntukmenjawabSoalan 1: Rumusan (MARKAH KESELURUHAN: 81 MARKAH pembetulan) Soalan 1 : Rumusan [30 markah] ( masa cadangan : 30 minit) { SOALAN 1: RUMUSAN DIAMBIL DARIPADA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 , TAHUN 2011 ,DAERAH JOHOR BAHRU} Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangperanan masyarakat bagi menjamin hak mereka sebagai penggunadan amalan-amalan perniagaan negatif yang sering dilakukan oleh peniaga. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Tidak banyak anggota masyarakat yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Sebenarnya, hak dan tanggungjawab ini dapat membantu kita menjadi pengguna yang lebih bijak. Terdapat beberapa hak penting yang perlu diketahui dan difahami oleh masyarakat sebagai seorang pengguna. Salah satu perkara penting bagi setiap individu ialah dengan mengetahui keperluan asas untuk menjamin kelangsungan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Keperluan ini merupakan asas penting untuk hidup sebagai manusia. Setiap pengguna juga perlu berusaha mendapatkan jaminan keselamatan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang digunakan. Jaminan ini berbentuk maklumat tentang tahap keselamatan seperti tanda amaran mudah terbakar, mudah pecah dan mudah mengakis.

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 04-Jul-2015

8.641 views

Category:

Spiritual


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

1

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

BAHASA MELAYU

UJIAN 2 TINGKATAN 4

2012

MASA: SATU JAM SETENGAH (1 ½ JAM )

MAKLUMAN: KERTAS SOALAN INI MEMPUNYAI

5 HALAMAN BERCETAK

ARAHAN:

i. Jawabsemuasoalan

ii. MukasuratpertamakertasjawapanhanyadigunakanuntukmenjawabSoalan 1:

Rumusan

(MARKAH KESELURUHAN: 81 MARKAH –pembetulan)

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

( masa cadangan : 30 minit)

{ SOALAN 1: RUMUSAN DIAMBIL DARIPADA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

TINGKATAN 4 , TAHUN 2011 ,DAERAH JOHOR BAHRU}

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangperanan

masyarakat bagi menjamin hak mereka sebagai penggunadan amalan-amalan

perniagaan negatif yang sering dilakukan oleh peniaga. Panjang rumusan hendaklah

tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tidak banyak anggota masyarakat yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka

sebagai pengguna. Sebenarnya, hak dan tanggungjawab ini dapat membantu kita menjadi

pengguna yang lebih bijak. Terdapat beberapa hak penting yang perlu diketahui dan difahami

oleh masyarakat sebagai seorang pengguna.

Salah satu perkara penting bagi setiap individu ialah dengan mengetahui keperluan

asas untuk menjamin kelangsungan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,

pendidikan dan kesihatan. Keperluan ini merupakan asas penting untuk hidup sebagai

manusia. Setiap pengguna juga perlu berusaha mendapatkan jaminan keselamatan terhadap

sesuatu produk atau perkhidmatan yang digunakan. Jaminan ini berbentuk maklumat tentang

tahap keselamatan seperti tanda amaran mudah terbakar, mudah pecah dan mudah mengakis.

Page 2: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

2

Sebelum membuat pilihan, kita wajar mendapatkan maklumat lengkap terhadap

sesuatu perkhidmatan atau produk. Cara paling berkesan adalah dengan melihat label

maklumat produk atau perkhidmatan seperti cara penggunaan, cara penjagaan dan

keselamatan. Orang ramai juga harus membuat pilihan yang tepat tentang apa-apa sahaja

yang dirasakan terbaik bagi memastikan mereka tidak dipaksa menggunakan sesuatu

perkhidmatan atau produk.

Di samping itu, kita perlu memilih premis perniagaan yang selamat dan mempunyai

persekitaran yang sihat. Contohnya ketika makan di restoran, peniaga perlu memastikan

restorannya sentiasa bersih dan tidak membahayakan pelanggan. Sebaik-baiknya, kita juga

perlu mendapatkan pendidikan pengguna yang lengkap. Kita juga boleh mendapat

pendidikan pengguna secara formal di sekolah. Pendidikan tidak formal pula bermula ketika

remaja kecil lagi. Secara tidak langsung, ibu dan ayah akan mendidik anak-anak mereka

menjadi pengguna bijak.

Selain itu, pengguna perlu menuntut ganti rugi jika sesuatu produk atau perkhidmatan

yang diberikan tidak memenuhi kualiti atau jaminan yang dijanjikan. Tuntutan boleh dibuat

melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Melalui TTPM, pengguna boleh

melaporkan tuntutan ganti rugi terhadap produk atau perkhidmatan yang tidak berkualiti yang

tidak melebihi RM 25000. Kita juga berhak menyuarakan pandangan atau pendapat jika

mendapati produk atau perkhidmatan tidak memenuhi kualiti yang dijanjikan. Pandangan

boleh disuarakan melalui persatuan penguna seperti FOMCA atau membuat aduan terus

melalui laman web Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Jelaslah bahawa terdapat begitu banyak langkah yang harus diambil oleh orang ramai

untuk menjadi pengguna yang bijak. Oleh itu, para pengguna tidak seharusnya leka dan lalai

tentang hak-hak mereka.

(Dipetik dan diubahsuai daripada

Hak Remaja Sebagai Pengguna

oleh Asrul Ilham Sany,

Dewan Siswa, April 2011)

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada :

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi (20 markah)

Nota :

Page 3: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

3

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan

- nama khas

- perkataan berulang

- penggunaan kata depan di dan ke

- tarikh

- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum

diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya

tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat

4 5 6 7 8 9 10 11 12

16

(iii) Isi Tersirat

12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20

Soalan 1 : Rumusan

Markah

Pendahuluan

Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / usaha / langkah / cara / 2

tindakan masyarakat untuk menjamin hak mereka sebagai pengguna.

Isi Tersurat (4-12 markah)

Peranan masyarakat untuk menjamin hak mereka sebagai pengguna.

1-Mengetahui keperluan asas untuk menjamin kelangsungan hidup 2

Page 4: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

4

2-Berusaha mendapatkan jaminan keselamatan terhadap sesuatu produk atau 2

perkhidmatan yang digunakan.

3-Mendapatkan maklumat lengkap terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk. 2

4-Membuat pilihan yang tepat tentang apa-apa sahaja yang dirasakan terbaik. 2

5- Memilih premis perniagaan yang selamat dan mempunyai persekitaran yang sihat. 2

6- Mendapatkan pendidikan pengguna yang lengkap. 2

7- Menuntut ganti rugi jika sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan tidak 2

memenuhi kualiti atau jaminan yang dijanjikan

8- Menyuarakan pandangan atau pendapat jika mendapati produk atau 2

perkhidmatan tidak memenuhi kualiti yang dijanjikan

Isi Tersirat (4-12 markah)

Amalan-amalan perniagaan negatif yang sering dilakukan oleh peniaga

1-Peniaga memaparkan iklan yang mengelirukan pengguna 2

2-Peniaga menawarkan produk atau perkhidmatan yang tidak berkualiti 2

3-Peniaga menawarkan produk yang sudah tamat tempoh 2

4-Peniaga menipu timbangan / sukatan 2

5-Peniaga mengenakan harga yang tidak sepadan dengan produk atau 2

perkhidmatan

6-Peniaga tidak mematuhi kontrak perniagaan 2

Jawapan-jawapan lain yang difikirkan sesuai

Kesimpulan

Semua anggota masyarakat hendaklah berusaha meningkatkan ilmu tentang 2

pendidikan pengguna demi melindungi hak-hak mereka.

(b) Bahasa (10 markah)

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang

dinyatakan dalam jadual yang berikut.

Peringkat Markah

Isi

Markah

Bahasa

Huraian

Baik 18-20

15-17

9-10

7-9

-Kesinambungan isi baik

-Struktur ayat / tatabahasa baik

-Kosa kata luas

-Tanda bacaan / ejaan betul

Page 5: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

5

Sederhana 12-14

8-11

6-7

4-6

-Kesinambungan isi masih masih baik

-Struktur ayat / tatabahasa masih

memuaskan

-Kosa kata masih memuaskan

-Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah 1-7 1-4 -Pada keseluruhannya dalam serba

kekurangan / tidak memuaskan

Nota :

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun

jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

(Markah bahasa maksimum : 10 markah)

SOALAN 2: PEMAHAMAN PROSA KLASIK

( 8 markah )

( masa cadangan 15 minit )

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila

berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan

rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab

beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja

Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki baki rakyat

yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu

untuk terus tinggal di dalam negeri ini.

Page 6: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

6

Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah

Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal

kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam

dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari

negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”

Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar

meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka

berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT,

mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan

diam di sana, di sebelah menyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada

‘Merah Silu’

dalam antologi Harga Remaja

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata matahari mati berdasarkan petikan di atas.

matahari terbenam

matahari jatuh

suria terbenam

barat

(2 markah)

ii. Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Merah Silu dan Merah Hasum selepas ’putus

bicara dua bersaudara itu’ .

Tindakan yang dilakukan....

P1 Mereka keluar meninggalkan negeri Semerlanga

P2 Mereka berjalan ke arah matahari mati

P3 Mereka berhenti si sebuah tempat kemudian meneruskan perjalanan

P4 Sampai ke negeri Beruana dan membuka perkampungan serta tinggal di situ

(3 markah)

iii. Pada pendapat anda, selain berpindah apakah tindakan-tindakan lain yang lebih baik

dilakukan oleh Merah Silu dan Merah Hasum setelah negeri mereka mengalami

peperangan?

Selain berpindah, tindakan-tindakan lain yang lebih baik diambil...

P1 mengumpul semua rakyat di negeri Raja Ahmad dan Raja Muhammad dan

meminta mereka bersama-sama membangunkan semula negeri

P2 meminta rakyat memilih antara Merah Hasum dan Merah Silu sebagai raja

P3 menggabungkan kedua-dua buah negeri dan menyusun semula pentadbiran

Page 7: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

7

negeri/pembesar-pembesar kedua-dua buah negeri digabungkan.

P4 mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri jiran supaya mudah

mendapatkan bantuan untuk membangunkan semula negeri.

P5 mewujudkan undang-undang yang menghalang sebarang maklumat disebarkan

tanpa tapisanbagi mengelakkan salah faham.

( 3 markah )

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

[45 markah]

(masa cadangan 45 minit)

a. Binasatuayatbagisetiap kata di bawah yang menunjukkanandafahamakanmaksud kata

tersebut. Andatidakbolehmenambahinbuhan,

menukarimbuhandanmenggunakannyasebagai kata namakhasatauperibahasa.

i. Tersergam

Kelihatantinggidanbesardaripada yang lain-lain

bagibangunan, rumahdangunungdll)

ii. Terpercik

Kenapercik (air dll)

Memercik, keluarmenghambur

iii. Terserlah

a. Menjadikanterserlah/menjadikanterangbercahaya

Contoh: setiapsatunyamerupakancantumanberlian-berlianbermutu

yang terserlahcahayadankilauansepenuhnya.

b. Mengemukakan (dengannyatanya)

c. Menonjolkan

iv. terperdaya

terkenatipudaya(muslihat), tertipu

v. terpermanai

a. terkira (banyaknya)

b. sangatbanyak (ramai )

Page 8: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

8

Contoh:

terlalubesarkerajaannyasyahdanterlalubanyakhulubalangnyad

anrakyatnyatiadaterpermanailagi

( 5markah )

b. Baca dantelitiayat-ayatmajmuk di bawah, kenalpastidansenaraikaan DUA AYAT

TUNGGAL dan DUA POLA AYAT DASAR (POLA AYAT INTI) bagiayat-

ayattunggaltersebut.

i. Kami sedangmembersihkankelasketika guru

bertugasmelakukanpemantauankebersihankelas.

ii. Semuapelajar di Dewan Seri Gemilangketika guru

displinmenangkappelajarnakalitu.

iii. Hamimah yang rajintelahmendapatpujiandaripadapengetua.

iv. Puan Lim ialahnenek yangsayangakancucu-cucunya.

BIL AYAT TUNGGAL POLA AYAT markah

i. Kami sedangmembersihkankelas ( ½ m)

Guru

bertugasmelakukanpemantauankebersihankelas

(1/2 m)

FN + FK (1/2m)

FN+ FK (1/2 m)

1 markah

1 markah

ii. Semuapelajar di Dewan Seri Gemilang (1/2m)

Guru displinmenangkappelajarnakalitu.

(1/2m)

FN + FS ( ½ m)

FN + FK ( ½ m)

1 markah

1 markah

iii. Hamimahrajin

(1/2m)

Hamimahtelahmendapatpujiandaripadapengetua.

(1/2 m)

FN + FA (1/2 M)

FN + FK (1/2M)

1 markah

1 markah )

iv Puan Lim ialahnenek

(1/2m)

Puan Lim sayangakancucu-cucunya/

Neneksayangakancucu-cucunya

(1/2m)

FN + FN ( ½ m)

FN + FA ( ½ m )

1 markah

1 markah )

( 8markah )

Page 9: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

9

c. Telitiayat-ayat di bawahdankenalpastisertasenaraikan DUA KATA TUGAS yang

terdapatdalamayat-ayat di bawah.

i. Benar, Abdul Halimatau Joshua Lim ialahanak Robert Lim.

benar - kata praklausa

atau - kata penyambungayat/kata hubunggabungan

ialah - kata prafrasa/kata pemeri

( 2sahaja)

ii. Farhanabersuaradenganlantangnya

dengan – kata prafrasa/kata sendinama

nya - kata pascakata/kata pembenda

iii. SesungguhnyaMakSalmahtelahmemaafkanFuad .

nya-katapascakata/kata penekan

telah- kata prafrasa/kata bantu

iv. MakaKhojaMaimun pun

belayarkenegeriAjamuntukmengembangkanperniagaannya.

pun- kata pascakata/kata penekan

ke-kata prafrasa/kata sendinama

untuk- kata penyambungayat/kata hubunganpancangan

( 2sahaja)

( 8markah )

d. Baca dantelitiayat-ayat di bawahdankenalpastisamaadakata-kata yang

bergaristersebutialahKATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP

atauKATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

i. KesihatanMariana beransurpulihsejakseminggu yang lalu.

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP

ii. Kebanyakansyarikattempatantelahmembangundenganpesat.

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP.

iii. Melissa menjadianggotakeselamatankeranaterlalucintaakannegaraini.

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP

iv. Pokok-pokokjagung di kebun Pak Ismail,

sudahmulaitumbuh.dengansuburnya.

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

v. Melissa sudahmampuberdikari.

Page 10: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

10

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

vi. Semuapelajarterdiamketikamendengarletupan yang kuatitu.

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

vii. Merekaberjalanberpandukancahayabulan.

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP

( 7markah )

e. Telitiayat-ayat di bawahdankenalpastifrasa-frasa yang bergaris di dalamayat-

ayattersebut. Andaperlumenulissemulafrasa-frasatersebut.

i. Menulisialahhobi Pak Itamsejakmuda.

menulis-FrasaNama

ii. Akutinggaldi tepi Sungai Ceper.

ditepi Sungai Ceper – FrasaSendiNama

iii. Ujpemaincaturyang hebat.

yanghebat – FrasaAdjektif

iv. MegatIskandarmelantikMerahSilumenjadi raja di BuluhTelang.

melantikMerahSilu ( ½ m ) – FrasaKerja ( ½ m)

v. Rumahkeciliturumah Pak Ismail.

rumah Pak Ismail ( ½ m) – FrasaNama ( ½ m)

vi. Geliungpanjang Tuan PuteriDayang Seri Jawameluncurlajumeredahlautan.

Geliungpanjang Tuan PuteriDayang Seri Jawa (1/2m) – FrasaNama (1/2

m)

vii. BibiZainabialahisteriKhojaMaimun yang sangatcantik.

sangatcantik (1/2 m) – FrasaAdjektif (1/2 m)

( 8markah )

f. Baca peribahasa di bawahdanberikanmakna yang sesuaidantepatdenganperibahasa-

peribahasatersebut.

i. mintadiri

mohonsupayadiizinkanpulang

Page 11: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

11

ii. mukabaru

pemainbaru/orang barudalamsesuatupermainan

orang yang barumelibatkandiridlamsesuatukegiatan (

usahasamadll)

iii. mulutmanis

lemahlembutdanbaiktuturkatanya

iv. mulutmurai

orang yang sangatsukabercakap-cakap

( 8markah )

************************* kertassoalantamat **********************

Page 12: UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)

12

CUTI UMUM NEGERI JOHOR

SEMPENA

1 HB. RAMADAN 1433 HIJRIAH

BERSAMAAN

21 JULAI 2012

( RAMADAN AL MUBARAK )

AHLAN WASAHLAN )