uitm batasan aurat

19
AURAT : Antara Ibadah dan Adat 2013 CTU 101 DISEDIAKAN OLEH : NUR SYAFIQAH LIYANA BINTI MOHD NAZRE (2012501579) NUR AIN KAMILAH BINTI ZAKRI (2012333845) NUR ATHIAH BINTI MOHAMED (2012142231) NURUL NADIAH BINTI AHAMAD PUAT (2012755547) NAMA PENSYARAH : HAJAR BIN UPIR Bil Perkara Markah 1 Pendahuluan 2 Isi Kandungan 3 Rumusan 4 Rujukan 5 Etika / profesional Jumlah AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 1

Upload: sakura-rena

Post on 10-Jun-2015

1.193 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Uitm batasan aurat

AURAT :

Antara Ibadah dan Adat2013

CTU 101

DISEDIAKAN OLEH :

NUR SYAFIQAH LIYANA BINTI MOHD NAZRE (2012501579)NUR AIN KAMILAH BINTI ZAKRI (2012333845)NUR ATHIAH BINTI MOHAMED (2012142231)

NURUL NADIAH BINTI AHAMAD PUAT (2012755547)

NAMA PENSYARAH : HAJAR BIN UPIR

Bil Perkara Markah1 Pendahuluan 2 Isi Kandungan 3 Rumusan4 Rujukan 5 Etika / profesional

Jumlah

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 1

Page 2: Uitm batasan aurat

Bismillahirrahmanirrahim..

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 2

Page 3: Uitm batasan aurat

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 3

Ayat alQuranSurah anNur:30 hingga 31

Page 4: Uitm batasan aurat

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 4

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [30]Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [31]

Page 5: Uitm batasan aurat

PENDAHULUAN

Islam mensyariatkan umatnya menunaikan kewajipan termasuklah menutup aurat.

Pada hari ini, banyak gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Hal ini sedikit

sebanyak berpunca daripada kelalaian dan sikap acuh tidak acuh manusia terhadap

kepentingan memelihara aurat. Menutup aurat memainkan peranan yang penting dalam

memelihara maruah diri agar sentiasa terhindar daripada gejala-gejala kurang enak yang

sering kita dengari pada zaman moden ini.

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan

terima kasih atas bantuan, sokongan, dorongan, cetusan idea dan inspirasi yang diberikan

oleh semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses

menyiapkan tugasan ini.

Semoga bahan cetak ini menjadi panduan kepada para pembaca untuk menjadi

insan yang lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 5

Page 6: Uitm batasan aurat

1.0 APA ITU AURAT?

Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara

sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam

menutup aurat.

Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan

lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

-“Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu

pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui

batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”

(al-A`raaf :31)

-“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”

(Hadith Riwayat Aththahawi)

-“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki.

Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw

menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”

(Hadith Riwayat Bukhari)

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 6

Page 7: Uitm batasan aurat

-“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain

wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud)

2.0 BATASAN-BATASAN AURAT

2.1 Aurat di Khalayak Ramai

Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar

rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab

turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak

tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah,

wajib ditutup wajahnya.

2.2 Aurat dengan Ahli Keluarga

Bagi lelaki, antara pusat dan lutut

Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

2.3 Aurat Sesama Jantina

Aurat lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut

Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

** Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan

2.4 Aurat ketika berseorangan

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 7

Page 8: Uitm batasan aurat

Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan

yang wajib ditutup.

Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

3.0 SIAPAKAH YANG DIKATAKAN

GOLONGAN MAHRAM DENGAN WANITA?

1. Suami

2. Bapa sendiri ( bapa kandung)

3. Bapa suami (bapa mertua)

4. Anak lelaki

5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu

masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri

suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.

6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).

7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)

8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)

9. Wanita Islam yang berakhlak.

10. Hamba lelaki yang mereka miliki

11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.

12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita

(belum mumayyiz).

13. Anak lelaki susuan.

14. Bapa susuan.

15. Saudara susuan.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 8

Page 9: Uitm batasan aurat

16. Bapa saudara sususan, datruk saudara susuan hingga ke atas, dan anaksaudara susuan

hingga ke bawah.

17. Menantu lelaki.

4.0 ETIKA MENUTUP AURAT

1. Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi

lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh

badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib

ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram

melihatnya

2. Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli

gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli

kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang

longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap

haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh

badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit

pandangan.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 9

Page 10: Uitm batasan aurat

5.0 HUKUM MELIHAT AURAT

1. Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis.

Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis.

2. Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke

tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua

3. Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki

ataupun perempuan.

Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia

seperti di dalam bilik secara bersendirian

4. Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis

dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang

menemani. Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, diwajibkan ada

bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan sama

jantina di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 10

Page 11: Uitm batasan aurat

6.0 DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM

MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA

KEADAAN

1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan

kedua tapak tangan sahaja.

2. Ketika berjual beli

3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat

4. Ketika hendak menjadi saksi

5. Ketika mengajar

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 11

Page 12: Uitm batasan aurat

7.0 AURAT DAN MARUAH

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia

menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita

terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar

dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke

kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus

dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan

dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan

di khalayak umum.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 12

Page 13: Uitm batasan aurat

8.0 KESEMPURNAAN DALAM MENUTUP

AURAT

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar

pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Walaupun pelbagai gaya tudung

diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi

menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada

masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya

Pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah

sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang

tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan

menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang

tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka

terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan

riak dan bangga dalam diri.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 13

Page 14: Uitm batasan aurat

9.0 MENJADI FITNAH???

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung

tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih

terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-

tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat

oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang

ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang

mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja

dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 14

Page 15: Uitm batasan aurat

10.0 KESILAPAN WANITA DALAM MENUTUP

AURAT

1. Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

2. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

3. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-

kawasan mudah 'menggoda'.

4. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

5. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah,

pasaraya dan sebagainya.

6. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya

dari ditutupi kain tudung.

7. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul,

leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup

rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 15

Page 16: Uitm batasan aurat

11.0 HIKMAH MENUTUP AURAT

Sesungguhnya Allah menjanjikan balasan yang baik kepada hambaNya yang mematuhi

arahan dan suruhanNya termasuklah menutup aurat. Antaranya ialah :

• jiwa semakin tenang dan tidak risau akan hal duniawi

• cahaya keimanan akan mudah meresap dalam hati seseorang mukmin

• seseorang yang menjaga auratnya dengan sempurna mungkin,akan terlindung

daripada fitnah manusia.

• secara automatik diri seseorang itu akan berusaha mendekatkan diri mendalami ilmu

Allah sekiranya niatnya ikhlas kerana Allah.

• seseorang itu akan berusaha sedaya mungkin menghindarkan perkara terlarang dan

dimurkai.

• cintanya kepada Allah membuatkannya bersabar dengan dugaan diberi kerana

mengharapkan kasih sayang daripadaNYA semata-mata.

• dirinya akan dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh/solehah dan sering saling ingat-

mengingati diantara satu sama lain.

• menjaga aurat dengan sempurna mengikut hukum Islam,dapat membezakan kita

dengan yang bukan Islam.

• diri akan lebih berwaspada dengan setiap tutur kata yang ingin diucapkan,perbuatan

dan tingkah laku dalam masyarakat.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 16

Page 17: Uitm batasan aurat

RUMUSANMenutup aurat merupakan kewajipan kita selaku hamba Allah. Islam mensyariatkan

kita menutup aurat agar maruah diri kita terpelihara dan terhindar daripada segala bentuk

ancaman dan fitnah yang boleh menggugat diri kita seperti yang berlaku pada hari ini. Oleh

itu, usahlah kita memperlekehkan kepentingan menutup aurat hanya kerana terpengaruh

dengan unsur-unsur yang tidak baik dan negatif yang semakin berleluasa pada zaman

moden ini. Perlu diingat bahawa aurat perlu dipelihara sepenuhnya, selari dengan tuntutan

Islam ke atas umatnya. Sesungguhnya Allah menjanjikan balasan baik kepada hambaNya

yang taat dalam melaksanakan tugas sebagai makhluk ciptaanNya dalam kehidupan

seharian.

AURAT,

Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut..

Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik..

Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik..

Tidak akan tertutup dengan solat..

Tetapi....

Aurat akan tertutup dengan pakaian yang sempurna.

Maka,sempurnakanlah pemakaian kita..

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 17

Page 18: Uitm batasan aurat

RUJUKAN

1. Buku Indahnya Hidup Bersyariat

-Dato’ Ismail Kamus

-Mohd Azrul Azlen Abd Hamid

2. Laman web

http://wakafalquran30.blogspot.com/2012/05/batasan-aurat-mengikut-

islam.html

http://baitulmuslim.com/content/batasan-aurat-lelaki-dan-wanita

3. Galeri Pusat Islam

4. Telaga Biru Sdn. Bhd.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 18