ucapan y.a.b. perdana menteri malaysia majlis perasmian sambutan maha international/ hari penternak,...

12
1 UCAPAN Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAHA INTERNATIONAL/ HARI PENTERNAK, PELADANG DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2010 DI TAPAK MAEPS, SERDANG SELANGOR. PADA 27 NOVEMBER 2010 (JUMAAT) JAM 10 pagi BISMILLAHHIRRAH MANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH DAN SALAM 1 MALAYSIA Terima kasih Saudara Pengacara Majlis YB Datuk Seri Noh bin Hj Omar Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani YB Dato’ Mohd Johari bin Baharom Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani YB Tuan Chua Tee Yong Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani YBhg. Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah Ketua Setiusaha, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tuan Hj Mohamad Bin Dolmat Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NIKMAT) YB Menteri-Menteri YB Timbalan-Timbalan Menteri YBhg. Tan Sri, Dato- Dato, Datin- Datin, Tuan- Tuan, Puan-Puan Serta hadirin yang dihormati sekalian.

Upload: kementerian-pertanian-dan-industri-asas-tani

Post on 27-Jul-2015

249 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

1

UCAPANY.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAHA INTERNATIONAL/ HARI PENTERNAK, PELADANG DAN NELAYAN

KEBANGSAAN (HPPNK) 2010DI TAPAK MAEPS, SERDANG SELANGOR.

PADA 27 NOVEMBER 2010 (JUMAAT)JAM 10 pagi

BISMILLAHHIRRAH MANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUHDAN SALAM 1 MALAYSIA

Terima kasih Saudara Pengacara Majlis

YB Datuk Seri Noh bin Hj OmarMenteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB Dato’ Mohd Johari bin BaharomTimbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB Tuan Chua Tee YongTimbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YBhg. Dato’ Mohd Hashim bin AbdullahKetua Setiusaha, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Tuan Hj Mohamad Bin DolmatPengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NIKMAT)

YB Menteri-Menteri

YB Timbalan-Timbalan Menteri

YBhg. Tan Sri, Dato- Dato, Datin- Datin, Tuan- Tuan, Puan-Puan

Serta hadirin yang dihormati sekalian.

2

1. Pertama sekali, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana di atas keizinan,

limpah kurnia dan rahmatNya, saya dapat bersama para tetamu yang hadir

pada hari ini sempena perasmian MAHA International dan Hari Penternak,

Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) bagi tahun 2010. Saya

mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan serta Agensi dibawah Kementeriannya

di atas kejayaan menganjurkan pameran MAHA International bagi kali ke-7. Ini

jelas menunjukkan komitmen jitu dan usaha berterusan Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani untuk terus memajukan lagi industri pertanian ke tahap

yang lebih tinggi sebagai salah satu industri utama negara ini. Dengan adanya

penganjuran ini, ia bukan sahaja dapat mempamerkan hasil pertanian negara

malahan turut memperkenalkan teknologi terkini serta aktiviti- aktiviti yang

berkaitan dengan industri asas tani serta dapat mempromosikan Malaysia

sebagai hub pembangunan agro terulung di rantau ini.

2. Sekali lagi MAHA dianjurkan serentak dengan sambutan Hari Peladang,

Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Objektif utama sambutan HPPNK

adalah sebagai pengiktirafan kerajaan di atas peranan dan sumbangan yang

dimainkan oleh Peladang, Penternak dan Nelayan dalam pengeluaran

makanan negara. Penghargaan diberi adalah di atas kegigihan, semangat

keusahawanan dan kejayaan Peladang, Penternak dan Nelayan untuk

memajukan diri secara individu, berkumpulan atau organisasi menerusi

kegiatan-kegiatan yang berkaitan. Pada masa yang sama peluang ini juga

diguna untuk menonjolkan model Peladang, Penternak dan Nelayan secara

individu, kumpulan atau organisasi yang berjaya untuk dijadikan contoh

kepada orang lain. Sambutan HPPNK dijadikan sebagai sebahagian daripada

platform yang membolehkan peladang, penternak dan nelayan

mempamerkan hasil titik peluh dan juga sebagai saluran untuk bertukar

3

pendapat dan pengalaman di kalangan peladang, penternak dan nelayan

serta memberi pendedahan dan peluang perniagaan kepada yang berminat

dalam sektor pertanian.

3. Saya telah dimaklumkan bahawa dalam pameran MAHA dan HPPPNK

pada kali ini, kita akan berpeluang untuk menilai sejauh manakah pencapaian

pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai oleh peladang, penternak

dan nelayan serta usahawan dalam membangunkan sektor pertanian dan

industri asas tani ini. Saya amat berharap agar semua pihak dapat meluangkan

masa untuk hadir ke pesta sambutan MAHA International dan HPPNK 2010 bagi

melihat kejayaan-kejayaan tersebut di samping memberi pengiktirafan dan

sokongan kepada segala daya usaha yang dicurahkan oleh mereka di dalam

meningkatkan prestasi sektor pertanian dan industri asas tani di negara kita ini

terutamanya produk dan keluaran hasil pertanian terkini seperti beraneka jenis

buah-buahan, bunga-bungaan, tanaman, ternakan, ternakan air (ikan) dan

sebagainya. Tidak ketinggalan juga hasil pemprosesan Indusri Kecil Dan

Sederhana (IKS) dan teknologi-teknologi baru dalam pertanian yang telah lama

diterokai dan digunakan oleh para peladang, penternak dan nelayan dalam

menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian masing-masing.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan mengharapkan akan

berlakunya satu transformasi dalam sektor pertanian dan industri asas tani di

mana pertanian perlu dikomersialkan dan menjadi sumber pendapatan yang

utama kepada rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan negara.

Sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat aktiviti pertanian moden

yang diusahakan oleh seluruh warga Malaysia yang tidak mengira kaum secara

bersepadu dan bersama membangunkan aktiviti pertanian dan

mengembangkan teknologi pertanian yang sekaligus dapat menjana ekonomi

4

negara ke arah mencapai matlamat Negara yang membangun dan dapat

merealisasikan impian ke arah mencapai Wawasan 2020.

5. Melihat kepada pencapaian dalam sektor pertanian pada suku kedua

tahun 2010, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak RM10.1 bilion

kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), iaitu peningkatan sebanyak 2.4%

berbanding suku yang sama pada tahun 2009. Daripada keseluruhan jumlah

nilai ditambah, sektor agro-makanan telah menyumbang sebanyak RM4.7 bilion

iaitu 46.5% daripada nilai sektor pertanian. Sub-sektor tanaman, ternakan dan

perikanan masing-masing turut mencatat pertumbuhan positif, iaitu 9.5% (RM1.7

bilion), 13.9% (RM1.2 bilion) dan 7.8% (RM1.9 bilion). Nilai eksport bahan

makanan bagi tempoh Januari - Julai 2010 adalah sebanyak RM10.1 bilion iaitu

peningkatan sebanyak 12.3% berbanding pada tempoh yang sama tahun

sebelumnya.

6. Semasa negara mengalami krisis makanan pada tahun 2008, pihak

kerajaan telah melaksanakan Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Pelaksanaan

dasar ini telah meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Justeru,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terus dipertanggungjawabkan

untuk menggubal Dasar Agro Makanan (DAM) yang meliputi tempoh 2011-

2020. Dasar ini berteraskan pengukuhan kedayasaingan dan kemampanan di

sepanjang rantaian nilai. Ini bermakna, kedayasaingan sektor agro-makanan

boleh dikukuhkan dengan pengurusan sumber yang lebih bijak dan cekap di

samping memelihara kelestarian sumber alam dan mengurangkan kemerosotan

kualiti alam sekitar. Dasar Agro Makanan antara lain telah menggariskan

halatuju strategik penerokaan projek-projek pertanian bernilai tinggi untuk

diperkukuh dan diperluaskan bagi meningkatkan pendapatan kumpulan sasar

dan meningkatkan sumbangan kepada KDNK. Pertanian bernilai tinggi akan

difokuskan kepada industri sarang burung walit, akuakultur, rumpai laut, ikan

hiasan, herba dan rempah ratus, cendawan, florikultur, buah-buahan dan sayur-

5

sayuran organik serta makanan berfungsi. Pertumbuhan pertanian bernilai tinggi

ini akan disokong melalui strategi seperti Pembangunan Kluster Dinamik Produk-

Produk Pertanian Bernilai Tinggi, Penjenamaan Home Garden Produce, R&D dan

inovasi bagi menghasilkan produk bernilai tinggi, memperolehi akses pasaran,

penyediaan pembiayaan dan penyertaan Pertubuhan Peladang dan Nelayan

serta Koperasi.

7. Bagi tempoh sepuluh tahun pelaksanaan dasar ini, sasaran tambahan

pengeluaran akan dilaksanakan melalui peningkatan produktiviti dan kapasiti.

Ini termasuklah strategi penggunaan tanah secara optimum, peningkatan

produktiviti tanah dan pekerja serta pengurangan kos pengeluaran. Menyedari

kepentingan penglibatan pihak swasta sebagai pemacu pertumbuhan

ekonomi negara, pihak swasta akan terus digalakkan untuk melabur dalam

peningkatan kapasiti pengeluaran makanan) yang akan menyumbang

sebanyak 32% tambahan pengeluaran sektor agro-makanan. Dalam

hubungan ini, insentif fiskal termasuk pelaburan semula dan baru bagi

peningkatan kapasiti akan diperluaskan meliputi semua aktiviti pengeluaran

dan pemprosesan agro-makanan. Pihak swasta juga akan digalakkan untuk

menubuhkan konsortium atau syarikat peneraju bagi mengendalikan

pengeluaran dan pemasaran untuk petani, penternak, nelayan dan pengusaha

asas tani melalui ladang kontrak dan pakatan strategik. GLCs dan agensi

Kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan RISDA juga akan digalakkan untuk

menubuhkan konsortium atau syarikat peneraju bagi tujuan ini.

8. Pendekatan Dasar Agro Makanan adalah berasaskan rantaian nilai.

Sistem rantaian bekalan agro-makanan yang lebih terangkum akan dikukuhkan

dengan penglibatan Kerajaan, swasta serta pekebun, penternak dan

pengusaha kecil melalui strategi sistem kluster meliputi aktiviti di sepanjang

rantaian bekalan, pelaksanaan sistem penjejakan (traceability), pembangunan

6

rantaian bekalan global untuk eksport dan pembangunan industri input bagi

mengukuhkan rantaian bekalan.

9. Dalam melonjak ekonomi ke arah sebuah negara yang berpendapatan

tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi akan dijadikan landasan

kepada peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

Dalam hal ini, sektor pertanian juga tidak ketinggalan dengan daya usaha ini

bagi memastikan tranformasi pertanian akan menjadi lebih dinamik dan

mantap. R&D dan inovasi dalam bidang pertanian akan lebih berteraskan

kepada permintaan industri berbanding penawaran daripada institusi-institusi

penyelidikan dan pengajian tinggi. Kerjasama awam-swasta akan dimantapkan

bagi melaksanakan R&D dan inovasi terancang berdasarkan strategi yang

menyediakan persekitaran kondusif untuk merangsang kreativiti dan inovasi di

mana platform formal berteraskan e-rangkaian untuk mengaitkan fungsi

penyelidikan, pendidikan tinggi, latihan dan khidmat sokongan pertanian akan

diwujudkan. Selain itu juga faktor pengeluaran yang optimum serta

pemindahan dan pengkomersilan R&D yang lebih mantap akan dilaksanakan.

Atas sebab itulah kini Kementerian memperkenalkan tema MAHA International

dan HPPNK 2010 iaitu “Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan” sebagai

dorongan dan menggambarkan peluang yang banyak dalam sektor pertanian

negara.

10. Saya difahamkan ransformasi pertanian melalui penglibatan pihak swasta

ini telah dilaksanakan oleh MOA melalui projek-projek berimpak tinggi di mana

kawasan–kawasan khusus dengan infrastruktur disediakan untuk pihak swasta.

Bagi sub sektor tanaman khususnya industri buah-buahan dan sayur-sayuran

dilaksanakan melalui Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), akuakultur

melalui Zon Industri Akuakultur (ZIA) dan ternakan melalui Kawasan Tumpuan

sasaran (Target Area Concentration - TAC), National Feedlot Centre (NFC) dan

ladang-ladang satelitnya.

7

11. Bagi mencapai pendapatan yang tinggi seperti yang disasarkan dalam

MEB, transformasi perlu berlaku dalam sektor agro-makanan. Dalam hubungan

ini, transformasi sektor pertanian dilaksanakan melalui cara mempergiat

penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menyokong pembangunan

sumber pertumbuhan baru termasuk penghasilan produk baru dan bernilai

tinggi seperti ikan hiasan, rumpai laut, burung walit dan cendawan. MOA juga

akan memantapkan khidmat sokongan kepada institusi R&D dan pihak swasta

berkaitan hak intelek bagi produk dan proses baru yang dihasilkan daripada

sumber biodiversiti tempatan serta menggalakkan pembangunan industri

berdasarkan konsep pemakanan dan kesihatan sejagat. Corak pemakanan

yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan akan

dipromosikan di samping industri kesihatan berasaskan pertanian seperti produk

herba, functional food (eg telur omega 3), minyak pati dan lain-lain.

12. Ciri keterangkuman yang digariskan dalam MEB adalah bagi

memastikan supaya manfaat yang dijanakan negara dinikmati semua rakyat

dan golongan berpendapatan rendah dan miskin tidak dipinggirkan. Dalam

hubungan ini, MOA mempunyai program-program meningkatkan pendapatan

dan pembasmian kemiskinan bagi kumpulan sasar petani, penternak dan

nelayan khususnya dalam projek-projek pemprosesan hiliran dan industri asas

tani. Kumpulan sasar MOA diterapkan dengan amalan pengeluaran baik bagi

menjamin kualiti dan daya saing produk yang dihasilkan bagi mendapatkan

harga jualan yang baik dan menguntungkan .

13. Pembangunan sumber manusia yang berkualiti dalam sektor agro

makanan juga antara halatuju strategik utama Dasar Agro makanan.

Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran kumpulan sasar diharap akan

terus dititikberatkan supaya dapat menerima pakai penemuan-penemuan

8

penyelidikan, melaksanakan langkah sanitari dan fitosanitari serta amalan

pertanian yang baik. Pegawai-pegawai pengembangan yang berurusan

secara langsung dengan kumpulan sasar juga perlu ditingkatkan komitmen dan

kompetensi mereka. Selain itu, amalan pertanian mesra alam akan

diperluaskan. Amalan ini dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar dan

kemerosotan sumber semula jadi terutama di kawasan pertanian yang mudah

hakis atau terancam seperti di kawasan tanah tinggi,lembah sungai serta

sanktuari haiwan liar atau taman laut. Usaha juga akan dilaksanakan bagi

menggalakkan intensifikasi mampan bagi mengeluarkan pelbagai jenis

makanan berteraskan biodiversiti tempatan akan diperluaskan termasuk

pelaksanaan kaedah eco-efficiency di sepanjang rantaian nilai bagi

menghubungkan amalan pengeluaran dengan tuntutan pengguna.

14. Strategi-strategi Dasar Agro Makanan yang telah dinyatakan tadi adalah

dirangka untuk mencapai dua objektif penting iaitu meningkatkan pengeluaran

untuk menjamin bekalan makanan mencukupi untuk negara dan meningkatkan

pendapatan golongan sasar melalui pertanian bernilai tinggi supaya ianya

dapat merapatkan jurang antara sektor ekonomi di bandar dan luar bandar.

Oleh yang demikian, pencapaian dasar ini akan dapat menjamin bekalan

makanan dalam negara mencukupi dan seterusnya dapat mengawal harga

bahan makanan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

15. Kerajaan telah pun melancarkan Model Baru Ekonomi supaya Malaysia

menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Untuk mencapai sasaran seperti mana yang ditetapkan, Program Transformasi

Ekonomi telah menggariskan pelaksanaan National Key Economic Area (NKEA)

pertanian perlu memberi tumpuan kepada produk-produk baru yang bernilai

tinggi atau pun meningkatkan kualiti produk-produk yang dikeluarkan pada

masa ini supaya dapat memperoleh harga yang lebih tinggi. Enam (6) sub

9

sektor tumpuan di bawah NKEA pertanian yang dipilih berdasarkan potensi

pertumbuhan yang tinggi adalah akuakultur, rumpai laut, sarang burung walit,

produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan premium

terproses. Tambahan dua (2) lagi sub sektor tumpuan ialah padi dan ternakan

lembu berdasarkan kepentingan komoditi-komoditi ini untuk menjamin bekalan

makanan negara.

16. Sasaran NKEA pertanian adalah untuk menghasilkan tambahan

sumbangan sektor pertanian kepada Pendapatan Negara Kasar (Gross

National Income, GNI) sebanyak RM28.9 juta menjelang tahun 2020 melalui

pelaksanaan 16 Projek Permulaan (Entry Point Projects, EPP), 11 Peluang

Perniagaan (Business Opportunities, BO) dan kesan gandaan (multiplier effects)

daripada pelaksanaan EPP sektor-sektor lain. Bertemakan “Peralihan daripada

Pertanian Kepada Perniagaan Tani’ (Transitioning from Agriculture to

Agribusiness), hasrat Kerajaan melalui pelaksanaan 16 Projek Permulaan dan 11

Peluang Perniagaan adalah untuk melihat sektor pertanian berubah daripada :

pertanian berskala kecil dan bertaburan kepada pertanian secara kluster

dan berskala besar;

aktiviti berasaskan pengeluaran kepada aktiviti berasaskan kehendak

pasaran; dan daripada

penghasilan produk bernilai rendah kepada produk bernilai tinggi.

17. Kerajaan juga turut memberi penekanan kepada kegiatan memberi nilai

tambah kepada hasil pertanian yang dikeluarkan menerusi kegiatan nilai

tambah ini ianya membuka ruang kepada industri asas tani yang selama ini kita

kurang memberi penekanan. Kita tidak mahu melihat peladang kita kekal

sebagai pengeluar sahaja sementara aktiviti nilai tambah kepada hasil yang

dikeluarkan dikuasai oleh pihak lain. Sesungguhnya Industri berasaskan

pertanian bukan sahaja mampu menjana pertumbuhan ekonomi malahan

10

dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di luar

bandar serta menghasilkan pendapatan yang tinggi

18. Untuk menarik minat golongan muda, kerajaan kini menggalakkan rakyat

menceburi sektor pertanian yang bernilai tinggi seperti industri sarang burung

walit, rumpai laut, akuakultur, ikan hiasan, herba dan rempah ratus dengan

menyediakan peruntukan berjumlah 135 juta bagi tujuan prasarana asas seperti

yang telah diumumkan dalam bajet 2011 yang lalu. Insentif ini akan diberikan

kepada Kementerian Pertanian bagi memastikan pelaksanaan ini berjalan

seperti yang diharapkan oleh kerajaan bagi menjana pendapatan rakyat.

19. Kepada pihak swasta, kerajaan juga mengharapkan kerjasama dan

komitmen yang lebih tinggi daripada mereka adar dapat memainkan peranan

yang lebih aktif. Ini kerana sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi

bahawa pertanian dapat menjana ekonomi negara dan ia sememangnya

mempunyai peluang yang amat luas untuk diterokai dan sekiranya

diausahakan dengan bersungguh-sungguh akan mendatangkan peluang yang

melimpah ruah. Saya sebenarnya meletakkan harapan yang amat tinggi

kepada sektor swasta untuk memacukan sektor pertanian bagi

mempercepatkan transformasi sektor ini kepada satu sektor yang moden,

dinamik, komersial dan berteknologi moden. Dengan keupayaan modal serta

kemahiran di bidang niaga yang luas hingga ke peringkat global atau

antarabangsa, saya percaya hanya sektor swasta mampu merobah zon-zon

pertanian negara kepada zon-zon pertanian moden yang dapat melonjakkan

pendapatan serta taraf hidup para petani dan semua usahawan agro.

Hadirin yang dihormati sekalian,

20. Saya yakin dan percaya pameran MAHA International dan HPPNK 2010

pada tahun ini akan dapat memberi manfaat kepada semua golongan sasar

dan pihak yang terlibat dengan pembangunan sektor ini. Melalui pameran

11

seperti inilah, pelbagai maklumat dan pengetahuan terkini mengenai sektor ini

dapat diperolehi. Saya amat mengharapkan agar sektor pertanian dan industri

asas tani ini akan terus maju dan dapat mengekalkan peranannya sebagai

salah satu sektor yang penting dalam abad-abad yang mendatang. Saya yakin

sektor pertanian dan industri asas tani ini mempunyai masa depan yang cerah

terutama negara kita menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Saya juga

berkeyakinan penuh bahawa dengan semangat yang di pupuk dan kerjasama

semua pihak masyarakat tani akan mencetuskan SATU TRANSFORMASI BESAR

dalam usaha kita untuk memajukan sektor pertanian dan industri asas tani

negara kita khususnya dalam bidang pengeluaran bahan makanan.

21. Semoga pertemuan kita hari ini dapat membuka minda kepada semua

golongan bahawa masa depan pertanian negara adalah senantiasa terbuka

luas untuk kita terokai. Sama-samalah kita tingkatkan usaha, tingkatkan

kemahiran dan tingkatkan teknologi untuk bangunkan sektor pertanian negara

agar tanggapan bahawa masyarakat bertani, penternak dan nelayan yang

dulunya dianggap mundur menjadi masyarakat yang dapat dapat

mempertingkatkan hasil secara komersial dengan penggunaan teknologi terkini

dan menjadikan INOVASI PERTANIAN PEMANGKIN PEMBANGUNAN sebagai

sasaran untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dimasa depan.

22. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah

dan syabas kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan dan

Agensi dibawah Kementerian serta semua pihak yang terlibat di atas

penganjuran dan menjayakan MAHA International dan HPPNK bagi tahun 2010.

Kepada semua pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan dalam

pameran kali ini, saya ucapkan tahniah dan semoga ia akan menjadi

pendorong kepada semua untuk terus meningkatkan usaha dalam memajukan

sektor pertanian negara.

12

Dengan lafaz Bismillah.......Saya dengan sukacitanya MERASMIKAN

PEMBUKAAN MAHA INTERNATIONAL DAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN

NELAYAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2010 ini.

Sekian terima kasih. Wassalam..