ucapan persaraan

5
UCAPAN PERSARAAN Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, yang diraikan Encik Adnan bin Abdul Rahman,yang berusaha Puan Alifah binti Ali,guru-guru penolong kanan,guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi memberi peluang kepada saya bagi menukilkan kata- kata sempena hari persaraan rakan baik saya merangkap guru kelas Enam Cerdas. Buat pengetahuan murid sekalian, Encik Adnan akan mula bersara berkuatkuasa mulai esok bersamaan 11 November 2012. Hari ini merupakan hari terakhir beliau di sekolah. Saya mewakili guru-guru yang lain berasa amat terharu atas persaraan Encik Adnan. Sesungguhnya, sudah terang lagi bersuluh,beliau merupakan guru kelas Enam Cerdas yang amat disayangi oleh semua murid. Berjumpa dan berpisah menjadi adat dan kebiasaan bagi manusia. Kata-kata in mengingatkan kita bahawa perpisahan tidak dapat dielakkan apabila tiba masanya. Demikianlah peraturan hidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 30 tahun dan telah berkhidmat di sekolah ini selama 14 tahun. Dengan tempoh masa mengajar yang begitu panjang, sudah tentu beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang pendidikan. Murid sekalian, Encik Adnan merupakan seorang Guru Pakar Matematik di sekolah kita yang turut tersohor namanya di peringkat daerah

Upload: linda-yien

Post on 14-Feb-2015

198 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan persaraan

UCAPAN PERSARAAN

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, yang diraikan Encik Adnan bin Abdul

Rahman,yang berusaha Puan Alifah binti Ali,guru-guru penolong kanan,guru-guru

dan pelajar-pelajar sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah

kerana sudi memberi peluang kepada saya bagi menukilkan kata-kata sempena hari

persaraan rakan baik saya merangkap guru kelas Enam Cerdas. Buat pengetahuan

murid sekalian, Encik Adnan akan mula bersara berkuatkuasa mulai esok

bersamaan 11 November 2012. Hari ini merupakan hari terakhir beliau di sekolah.

Saya mewakili guru-guru yang lain berasa amat terharu atas persaraan Encik

Adnan. Sesungguhnya, sudah terang lagi bersuluh,beliau merupakan guru kelas

Enam Cerdas yang amat disayangi oleh semua murid. Berjumpa dan berpisah

menjadi adat dan kebiasaan bagi manusia. Kata-kata in mengingatkan kita bahawa

perpisahan tidak dapat dielakkan apabila tiba masanya. Demikianlah peraturan

hidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang

guru selama 30 tahun dan telah berkhidmat di sekolah ini selama 14 tahun. Dengan

tempoh masa mengajar yang begitu panjang, sudah tentu beliau mempunyai

pengalaman yang amat luas dalam bidang pendidikan.

Murid sekalian,

Encik Adnan merupakan seorang Guru Pakar Matematik di sekolah kita yang

turut tersohor namanya di peringkat daerah dan negeri. Pengalaman beliau dalam

bidang matematik sering dikongsikan dengan guru-guru lain. Bagi beliau apalah

gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar. Selama 11 tahun

beliau telah menjadi ketua pemeriksa bagi subjek matematik untuk Ujian Penilaian

Sekolah Rendah. Dengan itu, beliau telah menjadi nadi utama dan sumber inspirasi

kepada semua pelajar dalam bidang matematik di sekolah ini. Oleh itu, persaraan

beliau akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kalangan pelajar semua.

Sebagai rakan baik beliau,saya dengan ikhlas menganggap pemergian beliau

merupakan suatu kehilangan kepada sekolah. Pepatah ada mengatakan, patah

tumbuh hilang berganti, namun begitu yang menggantikannya pastinya tidak sama.

Selama 30 tahun, beliau telah bergelumang dengan pendidikan, beliau telah menjadi

Page 2: Ucapan persaraan

guru yang cemerlang. Sudah beberapa kali beliau telah diberikan pengiktirafan dan

dikenali sebagai seorang guru yang senantiasa mementingkan kualiti kerana bagi

beliau kualiti mencerminkan peribadi.

Hadirin semua.

Cikgu Adnan juga merupakan guru contoh yang tidak ada tolok bandingnya.

Hal ini demikian kerana pengorbanannya dalam bidang akademik amat

membanggakan. Pada peringkat awalnya, Encik Adnan hanya lepasan Maktab

Perguruan Temenggung Ibrahim. Namun begitu, sebagai seorang senantiasa

dahagakan ilmu pengetahuan, selepas lima tahun mengajar, beliau melanjutkan

pelajaran ke Universiti Malaya. Selepas tamat pengajiannya dan memperoleh Ijazah

Sarjana Muda dengan kelas pertama, beliau terus menyambung pelajarannya ke

peringkat Doktor Falsafah di universiti yang sama. Saya mengharapkan

pengajiannya tetap diteruskan walaupun bersara.

Pendek kata, kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya dalam bidang

akademik menjadi perangsang kepadanya untuk memajukan pelajaran anak-anak

muridnya. Ramai anak didiknya telah menjejaki menara gading dan ada antaranya

menjadi tokoh korporat yang berjaya. Kebijaksanaan beliau dalam mewujudkan

suasana ceria semasa pembelajaran telah menarik minat pelajar untuk

menumpukan sepenuh perhatian pelajaran. Kadang-kadang pelajar juga tidak kering

gusi dengan telatah lucunya yang kerap mengajukan teka-teki ketika sesi

pembelajaran. Ini adalah satu teknik pembelajaran agar murid-murid dapat

membiasakan diri dengan berfikir kerana jika kita ingin menguasai matematik,kita

perlu sentiasa berfikir. Kemesraan dan ketokohan beliau sebagai seorang pendidik

membuatkan kita sukar melupakan jasanya.

Hadirin sekalian,

Sepanjang berada di sini. Encik Adnan begitu aktif dalam sukan hoki sekolah

kita. Dengan pengorbanan beliau melatih dan memberi tunjuk ajar tentang teknik

permainan hoki kepada para pelajar, tidak hairanlah Sekolah Kebangsaan Sri

Perdana telah menjadi johan selama tiga tahun berturut-turut di peringkat daerah

mahupun negeri. Ramai anak didik beliau telah menjadi pemain kebangsaan yang

terkenal umpamanya Ahmad Suhaimi dan Mirnawan yang kini menjadi legenda

Page 3: Ucapan persaraan

pemain hoki negara. Pengorbanan beliau amat kami sanjungi. Saya pernah

bersama-sama beliau pulang ke rumah pada pukul 11.00 malam sebaik-baik habis

latihan di sekolah, namun beliau tidak pernah mengeluh kerana bagi beliau alang-

alang berminyak biar licin. Beliau sememangnya seorang yang komited dengan

tugas yang diamanahkan.

Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan Encik Adnan bertepatan

dengan apa yang dinukilkan oleh Sasterawan Negara,Dr Usman Awang dalam sajak

“Guru Oh Guru!” menyatakan bahawa kejayaan seseorang dalam apa jua bidang

bermula daripada usaha dan pengorbanan seorang guru. Banyak ungkapan yang

jelas memberi pengiktirafan kepada Encik Adnan seperti “Guru Nakhoda

Kapal”,”Guru Penyuluh Zaman”, “Guru Teras Tamadun Bangsa” dan sebagainya

yang mengungkapkan kehebatan peranan Encik Adnan. Jelaslah, sebagai seorang

yang diamanahkan tanggungjawab mendidik, Encik Adnan memulakan tugasnya

sejak anak-anak kecil memasuki alam persekolahan bak kata peribahasa melentur

buluh biarlah sewaktu rebung. Hakikatnya, di tahap inilah peranan guru bermula.

Walaupun jasa Encik Adnan begitu besar,begitu banyak bagaikan lautan tetapi

beliau tidak mengharapkan jasa dibalas.

Semua yang hadir,

Kami amat mengharapkan beliau akan terus menjalani kehidupan yang aman

dan bahagia selepas bersara nanti. Hal ini demikian kerana beliau dikatakan akan

berehat sebagai seorang pendidik dan menumpukan perhartian terhadap keluarga

dan keagamaan. Sempena mengenang jasa-jasa beliau di sekolah ini, kami pihak

sekolah akan menghadiahi beliau sebuah cenderamata yang begitu indah sekali.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya mengucapkan selamat bersara kepada

Encik Adnan.

Teluk Likas airnya tenang

Tempat berehat di Tanjung Lipat

Jasamu tuan akan dikenang

Di dalam hati sentiasa terpahat

Sekian terima kasih.