ucapan perpisahan cikgu syawal fitri dan tukang kebun pak derani

Upload: khab765

Post on 06-Mar-2016

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

PADA PETANG YANG INDAH PENUH CERIA INIHARI YANG BERBAHAGIA PENUH BERMAKNA

MEMBAWA KITA SEMUA KE MARI DI HOTEL REGENCY

UNTUK BERTEMU DAN BERMESRABAGI MENGULIT KENANGAN YANG ABADI

PADA PERTEMUAN DAN PERPISAHAN INI .DALAM MERAIKAN MAJLIS JASAMU DIKENANG .SEMPENA PERSARAAN PN. HJH. NORIZAN BT. YAHYA DANSEMPENA PERTRUKARAN GURU PN. HJH ZAINAB BT LEBAI HASAN YANG TELAH BERTUKAR KE SK KUALA LANJUTJUGA PERTUKARAN GURU EN. HAFIZ BIN ABD MANAF YANG TELAH BERTUKAR KE SK. ..BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMAssalamualaikum WARAH MATULLAHI WABAROKATUH dan salam sejahtera.Yang Berusaha Puan ________________________(Guru Besar SKKB) dan pasangannya______________________________Yang Dipertua PIBG SKKB Tn. Hj. Syed Zin b. Tn. Hj. Syed Embun serta pasanganNaib Yang Dipertua PIBG SKKB En. Abdul Wahab b.

Yang Diraikan En. Syawal Fitri b. Aziz dan pasangannya ________________________________dan En. Derani b. Hassan dan pasangannya___________________________________.Yang dihormati Guru-guru Penolog Kanan, Guru-guru serta staff SKKB, Guru-guru Kafa SKKB, AJK PIBG SKKB, anak-anak serta hadirin yang dikasihi.Tuan-tuan dan puan-puan,Bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana Kelab Guru dan Staff SKKB , mengucapkan selamat datang ke Majlis Silaturrahim Aidil Fitri.

KUNING EMAS MASAKNYA PADI

MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI

TERIMA KASIH DAUN KELADI

KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI

Pastinya meriah majlis ini

Bersama insan-insan yang pernah menabur budi

Sememangnya Jasamu DiKenang Budimu Tak Terbilang

Hadirin yang dihormati,

Menadah tangan tanda kerendahan

Lafaz Bismillah memperkukuhkan tautan

Doa diPohon penuh Pengharapan

Agar Majlis Mendapat Keberkatan

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada petang yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh al-fadhil al-ustaz Ku Mohamad Naim bin Ku Abu HassanMajlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamin, aamin Ya Robbal alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada al-fadzil al-Ustaz Ku Mohamad Naim bin Ku Abu Hassan atas bacaan doa itu tadi.

Bukan keris tanpa hulunya

Bukan Majlis kalau tanpa Ucapannya

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu _________________________________ Guru Besar SKKB bagi menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..............................................................................................................................

Majlis merakamkan Ucapan terima kasih kepada Guru Besar di atas ucapan itu tadi.

Tuan tuan dan puan-puan;Sudah biasa kita dengari

Patah tumbuh hilang berganti

Namun tak sama Syawal Fitri dan Pak DeraniTak mungkin ada galang-ganti

Jasamu dikenang

Budimu tak terbilang

Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Biar badan dibalik bumi

Jasa yang baik kekal abadi

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi ..

Begitulah ungkapan atau kata-kata yang boleh kita ucapkan atas segala bakti dan kepimpinan yang telah ditaburkan oleh yang diraikan.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Cg Syawal Fitri dan Pak Derani serta pasangan-pasangan mereka kerana telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada petang ini.

sirih puan buat laksamana

pinang beracik sebagai teman

hadir tuan amat bermakna

dikenang diingat sepanjang zaman Baiklah sebagaimana yang diketahui, iaitu majlis pada petang ini diadakan khusus untuk meraikan perpisahan mereka dengan kita.

Ini bermakna kita kehilangan mereka. Mereka yang telah lama bersama-sama dengan kita dalam menempuh pelbagai gelombang dan arus dalam dunia pendidikan tanpa rasa jemu, dengan penuh pengharapan agar pendidikan di sekolah ini akan mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diimpikan oleh sesebuah sekolah. Mereka juga telah banyak memberi sumbangan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sama ada kepada guru dan murid.

Jadi pada kesempatan ini kami warga SK Kampong Bukit amat terhutang budi atas jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh mereka.

Hancur Badan kandung tanah

Budi baik dikenang jua

Biar alam hancur dan musnah

Budi yang baik dikenang jugaMemanglah kenangan kita dengan mereka cukup banyak,. Setiap aktiviti yang sekolah adakan mereka akan hadir. Mereka akan bersama-sama turun ke padang bagi memberi sokongan moral yang padu untuk memberi semangat kepada guru-guru dalam menjayakan aktivti-aktiviti yang dijalankan. Kita tak boleh lupakan gelak ketawa mereka dan usik-mengusik yang bagaikan antara mereka dan kita seperti sebuah keluarga yang penyayang. Walaupun onak dan duri kita redah, walaupun sakit di sana sini, kepenatan dan kelesuan, tetapi mereka tetap bersama-sama kita menempuhnya. Bak kata

Hilang sama dicari dapat sama dirasa

Sakit sama berduka- senang sama bersyukur

Ke laut sama bergelombang- ke darat sama bertenang

Ke atas sama ke pucuk ke bawah sama ke akar

Ke air sama berenang ke tanah sama berjalan

Sahabat sama di sayang musuh sama dibenci

Hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah.

Sekalipun badanmu hancur dan hilang

Jasamu tetap hidup sepanjang zaman.

Malam hari berlagu unggas

Memecah kesyunyian di dalam hutan

Walaupun terpisah tempat dan tugas

Budimu tetap dalam ingatan.

Untuk tidak melengahkan masa. Seterusnya saya menjemput wakil guru untuk memberikan ucapan.Majlis mengucapkan terima kasih kepada wakil guru.Hadirin hadirat yang dihormati sekelian, tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan dari yang diraikan.

Majlis seterusnya menjemput yang diraikan Cg Syawal Fitri untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.(UCAPAN Yg Diraikan Syawal Fitri b. Aziz)Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya kita persilakan pula En. Derani b. Hassan untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis mengucapkan terima kasih......

Seterusnya kita jemput Pn.GB SKKB Pn. Zuraidah bagi menyampaikan hadiah

sutera batik pemberian terunadipakai sidara nampak berseriterimalah hadiah tidak seberapa

tanda ingatan tulus dihatiKain songket cantik kilauanDitenun oleh orang kemaman

Tak terbalas budimu tuan

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

Pastinya kami warga SKKB tidak akan melupakan jasa baktimu.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

PANTUN PENUTUP:

Bintang barat terbit petang

bintang timur terbit pagi

jika tidak melarat panjang

ada umur bertemu lagi.

Burung punai terbang laju

burung merbah dikayu tiga

tiada apa-apa pesan dari ku

selain iringan doa sejahtera

Rukup tumbuh di tepi sungai

pohon pauh di lapis duri

hidup lara tangis berderai

kenangan jauh menghiris hati

berhampar lapik berlicin daunbagai lesung dengan antanpurnama pula berganti tahun

jasamu tuan kekal di ingatansutera batik bertenun indahdipakai sidara nampak berseribiar jauh jarak memisah

pastinya ada rindu di hati Hijau kenanga semerbak di titi

semerbak bau sementara kuncup

risau hanya mainan hati

mengarang waktu semasa hidup

Banyak rumput di dalam padi

buah pala di dalam tangan

silalah makan hidangan ini

dimalu jangan dikeji janganKembang harum sibunga seroja

Buat hiasan penyambut tetamu kitaTerhidang sudah jamuan dimeja

Dipersilakan semua hadirin menjamu seleraSebelum tirai majlis ini dilabuhkan, pada kesempatan ini kami semua warga SKKB memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan tutur kata , yang zahir mahupun yang batin dan kami juga mengucapkan selamat maju jaya dalam segala bidang yang ceburi.

Sekian terima kasih. Wassalamualaikum wr. wb