ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. … syarahan... · page | 1 ucapan menteri pengajian...

7
Page | 1 UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN SEMPENA SYARAHAN KEPIMPINAN PROFESOR ULUNG BERTEMPAT DI DOUBLE TREE BY HILTON, KUALA LUMPUR 20 OKTOBER 2011 (KHAMIS), JAM 9.00 PAGI. “PROFESOR ULUNG UNTUK NEGARA” Assalamualaikum. Wrt. wbt, Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia, 1. Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama hadir ke majlis Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung yang akan Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pada pagi yang berbahagia ini. Saya amat berbesar hati menerima undangan ke majlis ini sekaligus diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur, khususnya Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT) kerana telah mengambil daya usaha menjayakan majlis ini. 2. Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung yang julung kali diadakan ini mempunyai keunikan dan kelainan yang tersendiri kerana kita akan sama- sama mendengar pemikiran dan sudut pandang seorang yang berada

Upload: vanque

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Syarahan... · page | 1 ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. dato’ seri mohamed khaled nordin sempena syarahan kepimpinan

Page | 1

UCAPAN

MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN

SEMPENA SYARAHAN KEPIMPINAN PROFESOR ULUNG

BERTEMPAT DI DOUBLE TREE BY HILTON, KUALA LUMPUR

20 OKTOBER 2011 (KHAMIS), JAM 9.00 PAGI.

“PROFESOR ULUNG UNTUK NEGARA”

Assalamualaikum. Wrt. wbt, Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia,

1. Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke

hadrat Allah Taala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka

dapatlah kita bersama-sama hadir ke majlis Syarahan Kepimpinan

Profesor Ulung yang akan Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri

Baharuddin pada pagi yang berbahagia ini. Saya amat berbesar hati

menerima undangan ke majlis ini sekaligus diberikan peluang untuk

menyampaikan ucapan. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini

untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur, khususnya Akademi

Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT) kerana telah mengambil daya

usaha menjayakan majlis ini.

2. Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung yang julung kali diadakan ini

mempunyai keunikan dan kelainan yang tersendiri kerana kita akan sama-

sama mendengar pemikiran dan sudut pandang seorang yang berada

Page 2: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Syarahan... · page | 1 ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. dato’ seri mohamed khaled nordin sempena syarahan kepimpinan

Page | 2

pada hirarki tertinggi dan autoritatif dalam konteks akademia di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) negara. Apatah lagi, mauduk yang dipilih iaitu

Kesepaduan dalam Kepalbagaian amat sesuai untuk dikupas dalam realiti

masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum. Seperti yang kita

sedia maklum, kita bukan sahaja berbeza dari sudut etnik dan ras, tetapi

melangkaui soal idealisme, pandangan dan citarasa yang tidak sama.

NAMUN, KITA PERCAYA BAHAWA PERBEZAAN ITU ADALAH

RAHMAT KERANA PERBEZAANLAH MENIMBULKAN SERUAN

UNTUK KITA BERSAMA DAN BERSATU. DAN BUKANKAH KONSEP

1MALAYSIA YANG DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN ITU

BERTITIK TOLAK DARIPADA KEPELBAGAIAN KITA? Saya tidak

berminat untuk mengulas lebih lanjut akan hal ini kerana percaya

Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri boleh mengambil

tanggungjawab tersebut sebentar lagi.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(KEDINAMIKAN PROFESOR ULUNG)

3. Apabila jawatan Profesor Ulung diperkenalkan tahun lalu, kerajaan telah

bertekad dan berazam untuk menempatkan kerjaya akademik di tempat

tertinggi dan istimewa dalam hairaki penjawat awam. Ini kerana ahli

akademik yang terbukti kewibawaannya dilihat modal insan pakar (ilmuan)

Page 3: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Syarahan... · page | 1 ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. dato’ seri mohamed khaled nordin sempena syarahan kepimpinan

Page | 3

berkedudukan di barisan paling hadapan yang boleh menyumbang

sebagai pemikir negara. Malah, sewaktu berucap dalam majlis

pengumuman Profesor Ulung pada Disember tahun lalu, saya

mengatakan bahawa Profesor Ulung merupakan ikon dan milik

negara yang perlu dikongsi kepakarannya secara bersama.

4. Dalam situasi di mana era kerajaan mengetahui segala-galanya telah pun

berakhir, peranan akademia khususnya Profesor Ulung sememangnya

amat penting dan signifikan. Selain menjadi pemimpin akademik di IPT,

mereka mempunyai tanggungjawab besar yang sentiasa bersedia

berkongsi idea untuk kebaikan negara. Pada mereka inilah diletakkan

tanggungjawab untuk membangkitkan isu-isu kritikal dengan penghujahan

berasaskan fakta dan kebenaran untuk kelestarian pembangunan negara.

5. Seseorang Profesor Ulung itu juga diletakkan harapan bagi mewakili

golongan akademik (ilmuan) untuk berhadapan dengan kerajaan dan

masyarakat. Mereka perlu menyatakan kebenaran akademik, meneraju

pemikiran yang boleh menjadi 'suara alternatif' dalam konteks hala tuju

pembangunan negara demi kesejahteraan alam dan masyarakat. Justeru

itu saya percaya, Syarahan Kepimpinan hari ini adalah platform

terbaik yang dapat memperlihatkan pandangan dan pendirian

Profesor Ulung dalam isu-isu kritikal negara khususnya yang

Page 4: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Syarahan... · page | 1 ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. dato’ seri mohamed khaled nordin sempena syarahan kepimpinan

Page | 4

berkaitan dengan realiti serta masa depan rakyat dan Malaysia itu

sendiri.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(PROFESOR ULUNG SUMBER INSPIRASI AKADEMIA)

6. Selain menjadi ikon masyarakat dan negara, kita tidak menafikan peranan

dan sumbangan penting Profesor Ulung dalam konteks IPT itu sendiri.

Dalam dunia akademik, Profesor Ulung boleh menjadi 'sumber inspirasi'

oleh ahli akademik muda dan pelajar. Mereka seharusnya mampu menjadi

pemimpin kumpulan penyelidik dalam sub-bidang kepakarannya' dan pada

masa yang sama, mampu meneraju kumpulan yang lebih besar dalam

bidang ilmu utama atau program rentas-bidang yang diperlukan pada

masa ini.

7. Tidak dinafikan, kerjaya akademik memerlukan masa yang panjang. Ini

kerana ia melibatkan pembangunan dan pembelajaraan sepanjang hayat.

Lazimnya, ia bermula sebagai ahli akademik berjawatan pensyarah,

pensyarah kanan dan profesor madya iaitu fasa perkembangan individu

memperkukuhkan kepakaran dan mencari nic untuk dikenali di peringkat

kebangsaan dan global. Tahap kedua ialah pemimpin akademik iaitu

profesor. Pada peringkat ini, seseorang profesor itu telah terbukti

Page 5: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Syarahan... · page | 1 ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. dato’ seri mohamed khaled nordin sempena syarahan kepimpinan

Page | 5

memperkasa keupayaan kepimpinan mereka pada peringkat 'pelajar,

rakan keserakanan' dan mulai dikenali oleh masyarakat. Dan pada tahap

teratas ialah sarjana atau intelektual iaitu Profesor Gred A dan Profesor

Ulung di mana kedudukan ilmuannya sangat terserlah, luar biasa, dan

sering dicari oleh keserakanan dan masyarakat.

8. Justeru itu, memandangkan Profesor Ulung dalam konteks ini adalah

transformasi daripada ahli akademik kepada sarjana atau intelektual

awam, jawatan atau gelaran tersevut tidak boleh lagi dinilai sebagai

keterusan perjawatan yang biasa. Dalam erti kata yang lain,

seseorang Profesor Ulung itu tidak lagi wajar dipersoalkan tentang

jumlah penyelidikan dan penerbitannya, tetapi apa yang lebih penting

ialah bagaimana ilmu dan kebijaksanaan mereka diterjemahkan untuk

mempengaruhi dasar, hala tuju dan pembangunan negara.

9. Sesungguhnya, saya berharap jawatan Profesor Ulung ini menjadi idaman

oleh semua akademia di IPT negara dengan mempamerkan mutu dan

kualiti kecemerlangan akademik yang menyerlah. Selepas tiga orang

profesor Ulung dipilih tahun lalu, proses sanjungan dan memartabatkan

ahli akademik akan terus dilakukan. Saya dimaklumkan, untuk tahun ini,

seramai 16 orang Profesor Gred A di seluruh IPTA telah pun

memohon untuk jawatan Profesor Ulung. Semua pemohon akan

Page 6: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Syarahan... · page | 1 ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. dato’ seri mohamed khaled nordin sempena syarahan kepimpinan

Page | 6

dinilai dengan proses dan saringan yang ketat. Ini semata-mata

bertujuan menghasilkan ikon akademia yang benar-benar layak

menggalas amanah Profesor Ulung.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(PENUTUP)

10. Proses transformasi negara amat bergantung kepada penyertaan

semua pihak terutamanya ahli-ahli akademik di IPT negara. Sumbangan

mereka khususnya Profesor Ulung cukup relevan dengan menawarkan

idea-idea bernas bagi mencari jawapan serta jalan penyelesaian terhadap

cabaran semasa dan mendatang. Seseorang yang digelar Profesor Ulung

perlu mesra juga menjuarai isu-isu kemasyarakatan dan kenegaraan yang

berpaksikan ilmu dan kebenaran. Dalam masa yang sama juga saya

berharap, masyarakat bersedia menerima kehadiran warga akademia

dan mengambil manfaat akan kebijaksanaannya. Perasaan alergi

kepada akademia atau academiaphobia seharusnya dibuang kerana

ikatan murni antara masyarakat dan akademia akan menyumbang

kepada situasi menang-menang sekaligus menguntungkan negara

untuk jangka masa yang panjang.

Page 7: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Syarahan... · page | 1 ucapan menteri pengajian tinggi malaysia yb. dato’ seri mohamed khaled nordin sempena syarahan kepimpinan

Page | 7

11. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Negara (AKePT) kerana telah sudi

menjemput saya sekaligus menyampaikan ucapan pada majlis kita hari ini.

Semoga siri Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung ini dapat diteruskan

dari masa ke semasa demi kebaikan kita bersama. Dengan kata-kata itu,

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Syarahan

Kepimpinan Profesor Ulung kali ini. Sekian dan terima kasih.