ucapan ketua audit negara pada hari kualiti 2006 & majlis ... audit negara/ucaptama ata… ·...

7
UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA PADA HARI KUALITI 2006 & MAJLIS PENGANUGERAHAN PERKHIDMATAN CEMERLANG 2005 DI AKADEMI AUDIT NEGARA 9 NOVEMBER 2006 Saudara-Saudari Pengacara Majlis Y.Bhg. DatoAzizah Hj. Arshad Tuan Haji Anwari bin Suri Pengarah-pengarah Sektor dan Negeri Kita berhimpun pada pagi ini dalam suasana yang amat ceria, bukan sahaja bagi meraikan Hari raya dan Deepavali dalam semangat kekeluargaan tetapi juga meraikan kejayaan rakan-rakan kita yang dianugerahkan khidmat cemerlang dan khidmat lama.Kita bergembira dan kita bersyukur.

Upload: truongkhanh

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA PADA HARI KUALITI 2006 & MAJLIS ... Audit Negara/Ucaptama ata… · ucapan ketua audit negara pada hari kualiti 2006 & majlis penganugerahan perkhidmatan

UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA

PADA HARI KUALITI 2006 & MAJLIS PENGANUGERAHAN

PERKHIDMATAN CEMERLANG 2005

DI AKADEMI AUDIT NEGARA

9 NOVEMBER 2006

Saudara-Saudari Pengacara Majlis

Y.Bhg. Dato� Azizah Hj. Arshad

Tuan Haji Anwari bin Suri

Pengarah-pengarah Sektor dan Negeri

Kita berhimpun pada pagi ini dalam suasana yang amat ceria, bukan

sahaja bagi meraikan Hari raya dan Deepavali dalam semangat

kekeluargaan tetapi juga meraikan kejayaan rakan-rakan kita yang

dianugerahkan khidmat cemerlang dan khidmat lama.� Kita bergembira

dan kita bersyukur.

Page 2: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA PADA HARI KUALITI 2006 & MAJLIS ... Audit Negara/Ucaptama ata… · ucapan ketua audit negara pada hari kualiti 2006 & majlis penganugerahan perkhidmatan

2. �����Lebih bermakna lagi pada pagi ini, kita merayakan Hari Q

dan Hari Integriti secara serentak yang memberi kesempatan kepada kita

sekali lagi bermuhasabah tentang sumbangan kita terhadap

membudayakan kedua-dua nilai murni ini iaitu Kualiti dan Integriti.�

Apakah sumbangan kita itu boleh dibanggakan?� Hanya hati kecil

saudara-saudari yang boleh memberi jawapannya.�

3. �����Petang ini YAB Perdana Menteri merasmikan Hari Integriti

peringkat nasional.� Maka kita pun ambil kesempatan sambutan Hari Q

kita untuk juga memperingati Hari Integriti yang jatuhnya pada 5 November

setiap tahun.

4. �����Pada saya kualiti dan integriti amat saling kait mengait

dalam sesuatu organisasi, tidak terkecuali Jabatan Audit Negara.� Integriti

berhubung kait dengan sikap kita yang menerima amanah membuat kerja

kita dengan jujur, ikhlas dan cekap.� Integriti kita diukur bukan setakat

sama ada kita terlibat dengan rasuah tetapi juga sama ada kita terlibat

dengan penyalahgunaan kuasa, sama ada kita patuh kepada segala

peraturan yang ada di dalam tempoh kerja atau di luar tempat kerja.�

Juga sama ada kita boleh dipercayai untuk menunaikan segala janji kita,

termasuklah Akujanji kita kepada majikan kita, iaitu Kerajaan Malaysia.�

Page 3: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA PADA HARI KUALITI 2006 & MAJLIS ... Audit Negara/Ucaptama ata… · ucapan ketua audit negara pada hari kualiti 2006 & majlis penganugerahan perkhidmatan

Inilah yang harus kita tanyakan diri kita ketika kita menyambut Hari Integriti

ini.

5. �����Saya tidak bercadang untuk berkhutbah panjang lebar

atau beretorik tentang nilai-nilai kualiti dan integriti yang sepatutnya telah

tersemai dan dihayati oleh kita semua sebagai warga perkhidmatan

awam.� Sebab saya fikir saudara-saudari telah saban tahun diberi

peringatan.� Lagipun keadaannya di Jabatan kita tidaklah seteruk mana

untuk kita menekan �panic button� kerana core business kita

sememangnya menjulang kualiti dan integriti di kalangan para auditi kita

dan kita sentiasa menampilkan imej yang melambangkan kualiti dan

integriti.� Kita sedar bahawa peranan kita untuk menjulang good

governance dalam perkhidmatan awam amatlah penting dan dihargai

masyarakat.

6. �����Apabila saya meminta saudara-saudari menjadikan

Jabatan Audit Negara sebagai Jabatan contoh dan saudara-saudari

sebagai pegawai contoh tentulah ia bermaksud menjadi contoh yang baik

kepada para auditi kita dalam serba-serbi; contoh� yang boleh diteladani

� baik dari segi penampilan diri,� dari segi budi bahasa, kemesraan, tutur

kata, perangai sehinggalah ke mutu kerja dan integriti.� Kerana profesion

pengauditan ini adalah sesuatu profesion yang mulia, kerana menegur

yang salah, memperbetulkan yang silap, menegakkan kebenaran dan

Page 4: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA PADA HARI KUALITI 2006 & MAJLIS ... Audit Negara/Ucaptama ata… · ucapan ketua audit negara pada hari kualiti 2006 & majlis penganugerahan perkhidmatan

ketelusan.� Maka itu kita warga audit tidak boleh dipandang sebagai

orang yang selekeh, yang sombong, yang kasar, yang beku dan yang

kaku.� Kita tidak boleh dipandang sebagai kurang teliti, kerja sambil lewa

atau acuh tak acuh� atau tak kisah tentang kualiti kerja.� Laporan kita

perlu sentiasa tepat dan benar, maka itu kita perlu teliti, perlu sentiasa

meticulous. Sebab laporan kita sentiasa mendapat perhatian ramai kerana

apa yang kita lapor itu dianggap benar dan mempunyai kredibiliti.

7. �����Begitu juga dari segi integriti, kita perlu sentiasa jujur dan

ikhlas semasa menjalankan tugas, kita tidak boleh melakukan rasuah, tak

boleh seleweng atau menyalahgunakan kuasa kita untuk kepentingan diri

sendiri dan kita tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang

dan peraturan Kerajaan.

8. �����Saya percaya saudara-saudari bersetuju bahawa apa

sebenarnya yang kita perlu buat untuk membudayakan kedua-dua nilai

murni ini ialah mengakui akan kekurangan-kekurangan kita dan berazam

dan beriltizam untuk berusaha dan berusaha ke arah penambahbaikan.�

Macam mana?� Kita boleh berusaha menambah ilmu pengetahuan kita

dan kemahiran kita.� Perbanyakanlah pembacaan kita, dengan itu dapat

memperluaskan minda kita.� Kalau kita lemah dalam menuturkan atau

menulis dalam bahasa Inggeris atau ICT misalnya bacalah, belajarlah.�

Page 5: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA PADA HARI KUALITI 2006 & MAJLIS ... Audit Negara/Ucaptama ata… · ucapan ketua audit negara pada hari kualiti 2006 & majlis penganugerahan perkhidmatan

Begitu juga dalam kemahiran-kemahiran lain, presentation skills dan

sebagainya.

9. �����Kita sekarang terpaksa hidup dalam dunia persaingan,

dunia global, dunia tanpa sempadan, segala-galanya bergerak dengan

pantas.� Bagaimana daya saing kita sebagai pegawai Kerajaan untuk

menghadapi tempuh perkhidmatan yang masih panjang?� Apa respons

kita bilamana KSN berkata kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam

tidak lagi berdasarkan seniority?� Tentulah ianya berdasarkan kebolehan

dan kompetensi.� Ini tentunya berlandaskan kebijaksanaan dan

kecekapan yang dipupuk menerusi peningkatan ilmu pengetahuan dan

kemahiran.

10. ���Inilah yang hendak saya sampaikan pada majlis ini sekadar

satu peringatan ikhlas kepada saudara-saudari dan juga kepada diri saya

sendiri.� Saya sebenarnya amat berterima kasih di atas sumbangan dan

kerjasama yang dihulurkan oleh saudara-saudari yang membolehkan

Laporan Ketua Audit Negara bagi Persekutuan, Negeri dan Badan

Berkanun disiapkan lebih cepat daripada biasa dan telah pun mendapat

liputan yang agak luas.

11. ���Di samping itu beberapa inisiatif sedang diusahakan bagi

memantapkan tugas kita memandangkan mandat yang diberi kepada kita

Page 6: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA PADA HARI KUALITI 2006 & MAJLIS ... Audit Negara/Ucaptama ata… · ucapan ketua audit negara pada hari kualiti 2006 & majlis penganugerahan perkhidmatan

adalah luas berbanding negara-negara lain misalnya, kita mahu mengaudit

kementerian-kementerian secara lebih menyeluruh.� Kita mahu membuat

kajian-kajian khas.� Kita akan meneroka bidang-bidang yang baru seperti

alam sekitar, ICT, pengauditan penswastaan air dan sebagainya. dan kita

mahu mempelbagaikan pendekatan �audit presence� kita, supaya tidak

tertumpu pada program anak angkat sahaja.� Kita juga mahu memastikan

tindakan-tindakan susulan atau pembaikan benar-benar dibuat oleh auditi

kita.� InsyaAllah berkat kerjasama dan setia kawan warga audit yang

terjalin akan memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran-cabaran ini.�

Penekanan kepada kualiti dan integriti saya percaya akan dapat

memartabatkan profesion audit sektor awam di negara kita ke suatu tahap

yang benar-benar memberi kepuasan bekerja kepada kita.

12. ���Akhirnya, inginlah saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah

dan penghargaan kepada mereka yang mendapat anugerah khidmat

cemerlang.� Buktikanlah yang saudara-saudari sebenarnya layak

mendapat anugerah tersebut dengan terus memberikan perkhidmatan

cemerlang.

13. ���Kepada mereka yang mendapat sijil penghargaan bagi

perkhidmatan 25 tahun, setinggi-tinggi tahniah di atas kesetiaan dan

khidmat bakti, semoga mendapat barakah di dunia dan di akhirat.� Begitu

juga saya ingin sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada

Page 7: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA PADA HARI KUALITI 2006 & MAJLIS ... Audit Negara/Ucaptama ata… · ucapan ketua audit negara pada hari kualiti 2006 & majlis penganugerahan perkhidmatan

rakan-rakan kita yang berjaya memenangi Anugerah Inovasi dan KMK.�

Marilah kita terus berinovasi dan KMK.

14. ���Tidak lupa juga penghargaan dan tahniah saya kepada semua

yang telah bekerja keras bagi menjayakan majlis kita pada pagi ini yang

merupakan gabungan berbagai-bagai perayaan sebegitu besar yang

pernah diadakan, sederhana tetapi meriah.� Syabas dan tahniah.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warah matullahi wa

barokatuh.