jabatan audit negara malaysia

173
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2009 NEGERI SEMBILAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2009 JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA No. 15, Aras 1-5 Persiaran Perdana, Presint 2 62518 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA www.audit.gov.my JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA JH302756 cover n9.indd 1 10/14/10 2:33:43 PM

Upload: duongthien

Post on 03-Jan-2017

280 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

LA

PO

RA

N K

ETU

A A

UD

IT N

EG

AR

A T

AH

UN

20

09

NEG

ER

I SEM

BIL

AN

LAPORANKETUA AUDIT NEGARAAKTIVITI JABATAN/AGENSIDAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN

NEGERI SEMBILANTAHUN 2009

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1-5Persiaran Perdana, Presint 262518 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

www.audit.gov.myJABATAN AUDIT NEGARA

MALAYSIA

JH302756 cover n9.indd 1 10/14/10 2:33:43 PM

Page 2: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

1

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

AKTIVITI JABATAN/AGENSI

DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

TAHUN 2009

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

JD134790 Title Page.indd 1JD134790 Title Page.indd 1 10/13/10 4:34:45 PM10/13/10 4:34:45 PM

Page 3: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

22

JD134790 Title Page.indd 2JD134790 Title Page.indd 2 10/13/10 4:34:46 PM10/13/10 4:34:46 PM

Page 4: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

KANDUNGAN

JD134790 Kandungan.indd iJD134790 Kandungan.indd i 10/13/10 4:40:27 PM10/13/10 4:40:27 PM

Page 5: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

ii2

JD134790 Kandungan.indd iiJD134790 Kandungan.indd ii 10/13/10 4:40:29 PM10/13/10 4:40:29 PM

Page 6: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

iii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

KATA PENDAHULUAN vii

INTISARI LAPORAN xi

BAHAGIAN I - AKTIVITI JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI

Pendahuluan 3

Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Pengurusan Penyenggaraan Jambatan Di Jalan Negeri

3

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Dan Tanah, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan Dan Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan Pengurusan Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan Pasir Serta Kesannya

Terhadap Alam Sekitar

17

Majlis Perbandaran Port Dickson Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar

36

Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai Pengurusan Penyenggaraan Jalan Majlis

50

Yayasan Negeri Sembilan Pengurusan Pinjaman Pendidikan

70

Syarikat Air Negeri Sembilan Pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW)

80

BAHAGIAN ll - PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Syarikat Ganda Akademik Sdn. Bhd. 103

Syarikat Liberty Capital Sdn. Bhd. 120

JD134790 Kandungan.indd iiiJD134790 Kandungan.indd iii 10/13/10 4:40:29 PM10/13/10 4:40:29 PM

Page 7: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

iv

i

BAHAGIAN llI - PERKARA AM

Pendahuluan 135

Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008

135

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan

149

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri 149

PENUTUP 153

JD134790 Kandungan.indd ivJD134790 Kandungan.indd iv 10/13/10 4:40:30 PM10/13/10 4:40:30 PM

Page 8: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

KATA PENDAHULUAN

JD134790 Kandungan.indd vJD134790 Kandungan.indd v 10/13/10 4:40:30 PM10/13/10 4:40:30 PM

Page 9: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

vi2

JD134790 Kandungan.indd viJD134790 Kandungan.indd vi 10/13/10 4:40:32 PM10/13/10 4:40:32 PM

Page 10: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

vii

1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit aktiviti-aktiviti Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri serta mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan supaya laporan itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sembilan. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan prestasi untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, ekonomi, berkesan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 2. Laporan saya mengenai aktiviti Jabatan/Agensi dan pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2009 adalah hasil daripada pengauditan yang dijalankan terhadap aktiviti-aktiviti tertentu yang dilaksanakan di 12 Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri iaitu Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Dan Tanah, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan , Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Yayasan Negeri Sembilan, Syarikat Air Negeri Sembilan, Syarikat Ganda Akademik Sdn. Bhd. dan Syarikat Liberty Capital Sdn. Bhd. Program/aktiviti yang diaudit adalah berkaitan dengan Pengurusan Penyenggaraan Jambatan Di Jalan Negeri, Pengurusan Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan Pasir Serta Kesannya Terhadap Alam Sekitar, Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar, Pengurusan Penyenggaraan Jalan Majlis, Pengurusan Pinjaman Pendidikan, Pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW), Pengurusan Syarikat Ganda Akademik Sdn. Bhd. dan Pengurusan Syarikat Liberty Capital Sdn. Bhd. 3. Pengauditan terhadap aktiviti Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan semua polisi, program dan projek yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan, spesifikasi dan syarat-syarat kontrak/perjanjian dipatuhi, tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya. Pada umumnya, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2009 masih menunjukkan kelemahan seperti yang saya laporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Terhadap Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2008. Di antara kelemahan tersebut adalah kelemahan pengurusan penyenggaraan jambatan di jalan negeri yang tidak menyeluruh. Kemusnahan alam sekitar dan pencemaran air yang berlaku disebabkan kurangnya pemantauan ke atas aktiviti pengambilan pasir sungai. Pengurusan sisa pepejal pula telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada alam sekitar. Pelaksanaan penyenggaraan jalan Majlis boleh dipertingkatkan lagi untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Kegagalan untuk mengambil tindakan tegas oleh Yayasan Negeri Sembilan

KATA PENDAHULUAN

JD134790 Kandungan.indd viiJD134790 Kandungan.indd vii 10/13/10 4:40:32 PM10/13/10 4:40:32 PM

Page 11: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

viii

terhadap peminjam telah menyebabkan tunggakan bayaran balik pinjaman masih tinggi. Selain itu, pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang lemah telah mengakibatkan kadar NRW di Negeri Sembilan tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Secara amnya, kelemahan ini menjejaskan imej Kerajaan Negeri dan perkhidmatan awam. 4. Semua Pegawai Pengawal yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkara yang dilaporkan untuk pengesahan mereka. Laporan ini juga mengandungi kedudukan masa kini perkara yang dibangkitkan dalam Laporan saya bagi tahun 2008 untuk memberi gambaran sejauh mana tindakan susulan dan pembetulan telah diambil oleh pihak Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri terhadap isu yang telah dibangkitkan. 5. Di samping memenuhi kehendak perundangan, saya berharap laporan ini dapat dijadikan asas untuk memperbaiki segala kelemahan, memantapkan usaha penambahbaikan dan meningkatkan akauntabiliti dan integriti. Laporan ini juga penting dalam usaha menangani krisis ekonomi serta menjadikan perkhidmatan awam satu mekanisme dalam melaksana dan menterjemah segala program dan dasar awam seperti untuk memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber secara mampan, mengurangkan jurang digital masyarakat luar bandar dengan bandar, memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat, membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meningkatkan aktiviti ekonomi negara, pengukuhan institusi kekeluargaan dan menyediakan kemudahan awam yang sempurna. Secara tidak langsung ia akan menyumbang ke arah Program Transformasi Negara bagi memenuhi slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” serta memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia. 6. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.

(TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG) Ketua Audit Negara Malaysia Putrajaya 21 Jun 2010

JD134790 Kandungan.indd viiiJD134790 Kandungan.indd viii 10/13/10 4:40:32 PM10/13/10 4:40:32 PM

Page 12: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

INTISARI LAPORAN

JD134790 Kandungan.indd ixJD134790 Kandungan.indd ix 10/13/10 4:40:33 PM10/13/10 4:40:33 PM

Page 13: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

x2

JD134790 Kandungan.indd xJD134790 Kandungan.indd x 10/13/10 4:40:34 PM10/13/10 4:40:34 PM

Page 14: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

xi

i

BAHAGIAN I - AKTIVITI JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI 1. Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan - Pengurusan Penyenggaraan Jambatan

Di Jalan Negeri

Sebagai sebuah Jabatan teknikal yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan, Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab untuk menjalankan pemeriksaan dan menyenggara jambatan di seluruh negeri. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), JKR Negeri Sembilan telah membelanjakan sejumlah RM9.33 juta bagi projek menggantikan empat jambatan di jalan negeri daripada 10 jambatan yang dirancang kerana kekangan peruntukan. Selain itu JKR Negeri Sembilan turut membaik pulih dua jambatan lain sebagai projek kecemasan. Pada keseluruhannya, pengurusan penyenggaraan jambatan jalan negeri adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah JKR Negeri tidak mengguna pakai garis panduan yang disediakan untuk menjalankan pemeriksaan jambatan jalan negeri seperti mana yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jambatan bagi jalan-jalan persekutuan dan daftar inventori jambatan di jalan negeri yang tidak lengkap. Tindakan segera perlu diambil bagi memantapkan dan mempertingkatkan pengurusan penyenggaraan jambatan di jalan-jalan negeri. 2. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Dan Tanah,

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan Dan Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan - Pengurusan Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan Pasir Serta Kesannya Terhadap Alam Sekitar

Pengeluaran pasir merupakan salah satu sumber ekonomi Kerajaan Negeri Sembilan yang menjana hasil melalui bayaran royalti di mana sejumlah RM1.6 juta telah dikutip pada tahun 2007 hingga 2009. Aktiviti ini dijalankan sama ada di atas tanah milik kerajaan atau milik individu. Pemberian permit untuk mengeluarkan pasir adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah Dan Tanah dengan mengambil kira ulasan teknikal daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS), Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) untuk menilai kesesuaian pengambilan pasir dari segi kawasan, sumber dan potensi pencemaran kepada alam sekitar. Kajian Audit mendapati pengurusan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran yang mengakibatkan penurunan kualiti air sungai, kemusnahan tebing sungai dan perubahan rejim sungai di kawasan yang ada aktiviti pengambilan pasir. Semakan juga mendapati syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang dikeluarkan oleh JPSNS tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) yang berperanan melindungi pencemaran sungai oleh Badan Kawal Selia Air Negeri

INTISARI LAPORAN

JD134790 Kandungan.indd xiJD134790 Kandungan.indd xi 10/13/10 4:40:35 PM10/13/10 4:40:35 PM

Page 15: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

xii

Sembilan tidak dilaksanakan. Adalah diharapkan koordinasi dan pemantauan di antara Jabatan yang terlibat dengan pengambilan pasir dapat dipertingkatkan lagi untuk melindungi kepentingan alam sekitar. Undang-undang dan peraturan yang berkaitan juga perlu dikuatkuasakan untuk memastikan kemusnahan alam sekitar dapat dibendung.

3. Majlis Perbandaran Port Dickson - Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar

Pelaksanaan perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal secara penswastaan di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Negeri Sembilan telah mula dilaksanakan sejak tahun 2002 selaras dengan arahan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bagi tujuan meningkatkan kecekapan kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal. MPPD telah memperuntukkan sejumlah RM22.50 juta bagi tahun 2007 hingga 2009. SWM Environment Sdn. Bhd. (SWMESB) telah dilantik sebagai kontraktor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di Mukim Jimah, Linggi, Pasir Panjang, Port Dickson dan Si Rusa. Tapak pelupusan sisa pepejal di Sua Betong dan Bukit Palong merupakan dua tapak yang diselia oleh pihak MPPD. Beberapa kelemahan telah dikenal pasti semasa kajian audit ini dijalankan seperti longgokan sisa pepejal secara haram, ketiadaan kolam larutan resap, ketiadaan kemudahan asas di tapak pelupusan, tempoh perjanjian konsesi telah luput dan aspek pemantauan yang tidak teratur. Tindakkan penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah haram dan pemantauan pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal perlu dipergiatkan lagi oleh MPPD bagi memastikan kelemahan dapat diatasi. 4. Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN)

- Pengurusan Penyenggaraan Jalan Majlis Bagi memastikan kerja penyenggaraan jalan dapat dilakukan dari semasa ke semasa, sumber peruntukan yang mencukupi juga penting untuk memastikan keadaan jalan raya sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa digunakan oleh pengguna jalan raya. Bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009, MPS dan MPN masing-masing memperuntukkan sejumlah RM26.20 juta dan RM10.31 juta bagi kerja yang melibatkan penyenggaraan jalan iaitu termasuklah jalan, longkang, papan tanda, lampu jalan dan membaiki cerun. Pada keseluruhannya kerja-kerja penyenggaraan jalan MPS dan MPN adalah pada tahap yang memuaskan. Bagaimanapun ianya boleh dipertingkatkan lagi bagi memastikan penyenggaraan jalan dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur. Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti menyebabkan kemudahan yang disediakan tidak dapat digunakan dengan baik dan selesa oleh orang awam antaranya seperti permukaan jalan yang rosak, bahu jalan berlubang dan tidak sempurna, jalan pecah selepas diturap semula dan pembersihan longkang yang tidak sempurna. Pihak Majlis hendaklah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan jalan raya secara berkala bagi memastikan jalan raya dalam keadaan selamat.

JD134790 Kandungan.indd xiiJD134790 Kandungan.indd xii 10/13/10 4:40:35 PM10/13/10 4:40:35 PM

Page 16: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

xiii

5. Yayasan Negeri Sembilan - Pengurusan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) telah ditubuhkan pada tahun 1979 dan adalah antara Badan Kerajaan yang menawarkan kemudahan pembiayaan pendidikan secara biasiswa dan pinjaman kepada Anak-anak Negeri Sembilan yang layak memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), politeknik, kolej yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Universiti di luar negara. Kelemahan pengurusan secara keseluruhannya dilihat dari aspek pembayaran balik pinjaman. Sehingga tahun 2009, tunggakan bagi bayaran balik pinjaman adalah sejumlah RM8.19 juta atau 12.5% daripada keseluruhan pinjaman berjumlah RM65.56 juta yang melibatkan 3,021 peminjam. Peningkatan tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan adalah kerana kegagalan peminjam membuat bayaran balik, bayaran balik tidak mengikut jadual dan peminjam tidak memaklumkan penangguhan bayaran balik. Yayasan perlu mengkaji kemampuan dalam memberi pinjaman pada masa akan datang untuk kekal sebagai badan pemberi pinjaman pendidikan. Kelemahan lain yang diperhatikan ialah masalah yang dihadapi oleh Yayasan untuk memproses dan menjana maklumat yang tepat dan kemas kini daripada Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan (SPPYNS) kerana teknologi yang jauh ketinggalan. Usaha untuk menggantikan SPPYNS juga didapati belum berhasil kerana sistem baru gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan walaupun telah lebih daripada tiga tahun dibangunkan dan belum diserahkan kepada Yayasan. 6. Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) - Pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW) SAINS telah menerima peruntukan sejumlah RM166 juta daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) di bawah RMKe-9 bagi melaksanakan program NRW secara holistik. Kadar NRW di Negeri Sembilan pada tahun 2007 adalah merupakan yang kedua tertinggi daripada 13 negeri iaitu 53.1%. Bagi tahun 2008 dan 2009 tiada perubahan bagi NRW di Negeri Sembilan di mana masih kekal di tahap melebihi 50% berbanding tahap kebangsaan pada kadar 37%. Pada tahun 2008, SAINS menganggarkan kehilangan hasil dari NRW berjumlah RM40 juta setahun. Beberapa isu yang ditemui antaranya kadar NRW yang tidak mencapai sasaran Key Performance Indicator (KPI) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pengiraan imbangan air tidak tepat dan peningkatan semula kadar NRW. Kelemahan ini berlaku disebabkan oleh kekurangan kakitangan dalam penyenggaraan dan pemantauan secara berterusan serta kepakaran dan peralatan yang tidak mencukupi. Pada keseluruhannya, pengurusan NRW di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan dan memerlukan penambahbaikan bagi mengekalkan kadar NRW selaras dengan objektif NRW SAINS.

JD134790 Kandungan.indd xiiiJD134790 Kandungan.indd xiii 10/13/10 4:40:35 PM10/13/10 4:40:35 PM

Page 17: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

xiv

BAHAGIAN II - PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI 7. Syarikat Ganda Akademik Sdn. Bhd. Ganda Akademik Sdn. Bhd. (GASB) telah ditubuhkan pada Julai 1993 dan merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan). Modal dibenarkan adalah RM5 juta dan setakat Jun 2008 modal berbayar berjumlah RM3.55 juta. GASB menjalankan perniagaan pendidikan di dua buah pusat pengajian di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pengurusan aktiviti utamanya yang meliputi pengendalian dua buah pusat pengajian adalah kurang memuaskan di mana terdapat beberapa kelemahan seperti pengurusan aset yang lemah dan tunggakan sewa serta tunggakan pinjaman dari Yayasan yang masih belum dapat dilunaskan. Prestasi kewangannya yang dilihat daripada margin keuntungan menunjukkan pulangan negatif yang semakin meningkat sementara trend nisbah semasa semakin menurun dari tahun 2006 hingga 2008. Bagaimanapun kedudukan kewangan GASB adalah bertambah baik pada tahun 2009 kerana bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi oleh Kerajaan yang telah dapat mengatasi masalah kerugian terkumpul yang dialaminya bagi tempoh tahun 2006 hingga 2008. Kelemahan yang dikenal pasti memerlukan langkah mengurangkan kos operasi, melupuskan aset yang usang, menstrukturkan semula organisasi dan mempromosikan produk syarikat dengan lebih agresif. 8. Syarikat Liberty Capital Sdn. Bhd. Liberty Capital Sdn. Bhd. (LCSB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan pelaburan sejumlah RM1.1 juta (100%) dan ditubuhkan pada 1 Julai 1993. Objektif penubuhan LCSB adalah untuk meningkatkan keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran kritikal iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar. LCSB menguruskan tiga buah pusat tuisyen milik Yayasan iaitu di Rantau dan Simpang Pertang yang mula beroperasi pada tahun 2008 serta di Palong 5 yang mula beroperasi pada tahun 2009. Pengurusan aktiviti utama syarikat tersebut adalah baik tetapi terdapat beberapa kelemahan seperti misi dan wawasan syarikat tidak ditentukan, penyediaan bajet yang tidak realistik, pemeriksaan fizikal ke atas aset tidak dilaksanakan, pembaikan dan pelupusan aset tidak dilakukan serta pemantauan fizikal serta lawatan ke pusat tuisyen tidak direkodkan. Prestasi kewangan LCSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut bagi tempoh tahun kewangan 2006 hingga 2008. Kerugian ini berpunca daripada peningkatan perbelanjaan LCSB. Oleh itu LCSB perlu mempertingkatkan strategi untuk memperbaiki kedudukan kewangan sekurang-kurangnya dapat mengatasi kerugian terkumpulnya.

JD134790 Kandungan.indd xivJD134790 Kandungan.indd xiv 10/13/10 4:40:35 PM10/13/10 4:40:35 PM

Page 18: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

BAHAGIAN IAKTIVITI JABATAN/AGENSI

JD134790 Teks 1.indd 1JD134790 Teks 1.indd 1 10/13/10 5:37:58 PM10/13/10 5:37:58 PM

Page 19: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

22

JD134790 Teks 1.indd 2JD134790 Teks 1.indd 2 10/13/10 5:38:00 PM10/13/10 5:38:00 PM

Page 20: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

3

1. PENDAHULUAN

Seksyen 6 (d), Akta Audit 1957 menghendaki Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan terhadap program dan aktiviti Kerajaan Negeri untuk menilai sama ada program dan aktiviti tersebut dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Bagi memenuhi peruntukan Akta ini, enam aktiviti telah dikaji iaitu Pengurusan Penyenggaraan Jambatan, Pengurusan Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan Pasir Serta Kesannya Kepada Alam Sekitar, Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kesannya Kepada Alam Sekitar, Pengurusan Penyenggaraan Jalan Majlis, Pengurusan Pinjaman Pendidikan, dan Pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW). Pemerhatian Audit hasil daripada pengauditan tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Jabatan/Agensi berkenaan. Hanya penemuan Audit yang penting dilaporkan di Bahagian ini.

JABATAN KERJA RAYA NEGERI SEMBILAN

2. PENGURUSAN PENYENGGARAAN JAMBATAN DI JALAN NEGERI 2.1 LATAR BELAKANG 2.1.1 Jambatan adalah merupakan elemen utama dalam sistem jaringan jalan raya. Ia dibina bagi merentasi parit, sungai, jurang, gaung mahupun lautan untuk memudah dan mempercepatkan perjalanan di samping mendekatkan sesuatu komuniti yang menyumbang kepada pembangunan negara. Kesan daripada pertambahan populasi penduduk dan penempatan serta wujudnya kawasan-kawasan perindustrian yang baru, keperluan sistem jalan raya yang lebih efisyen secara tidak lansung akan memerlukan pembinaan jalan raya dan jambatan baru. Dari semasa ke semasa jambatan terbina yang sedia ada tidak lagi sesuai atau selamat untuk digunakan sekiranya langkah-langkah penjagaan tidak diambil seperti menyenggara, memperbaiki dan memperkukuhkannya semula. 2.1.2 Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah Jabatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan prasarana kepada rakyat terutama jalan raya yang baik dan selamat untuk digunakan di samping memberikan khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan lain. Sebagai sebuah Jabatan teknikal yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan, JKR bertanggungjawab untuk menjalankan pemeriksaan dan menyenggara jambatan di seluruh negeri. Kerja-kerja penyenggaraan adalah amat penting bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih besar kepada struktur binaan jambatan dan seterusnya mengakibatkan pengguna jalan raya terdedah kepada risiko keselamatan dan kemalangan jiwa.

BAHAGIAN I AKTIVITI JABATAN/AGENSI

JD134790 Teks 1.indd 3JD134790 Teks 1.indd 3 10/13/10 5:38:01 PM10/13/10 5:38:01 PM

Page 21: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

4

2.1.3 Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan sejumlah RM37.1 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) untuk projek menggantikan 10 jambatan di jalan negeri kepada JKR Negeri Sembilan (JKRNS). Dari peruntukan tersebut hanya sejumlah RM9.33 juta diperolehi dan telah dibelanjakan sehingga tahun 2009 untuk menggantikan enam jambatan negeri di Negeri Sembilan, manakala 14 unit jambatan dirancang untuk dilaksanakan dalam RMKe-10 yang dianggarkan bernilai RM52 .1 juta. 2.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada program penyenggaraan dan membaiki jambatan di jalan negeri telah dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan bagi mencapai hasrat untuk menyediakan kemudahan jambatan yang selesa dan selamat kepada pengguna. 2.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN Skop kajian ini meliputi aspek perancangan dan pelaksanaan program penyenggaraan dan membaiki jambatan di jalan negeri bagi tempoh tiga tahun (2007 hingga 2009). Pengauditan ini dijalankan di peringkat Ibu Pejabat JKRNS dan semua JKR Daerah di Negeri Sembilan. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod-rekod yang disenggarakan oleh JKRNS berkaitan program penyenggaraan, membaiki dan mengganti jambatan di jalan negeri. Dalam menjalankan kajian ini, pilihan dibuat bagi jambatan yang perlu diperbaiki atau diganti kerana kerosakan struktur, jambatan runtuh akibat bencana alam dan jambatan sempit yang tidak sesuai dengan aliran trafik. Pemilihan sampel projek adalah berdasarkan kepada: a) Kos pembinaan yang tinggi dan memerlukan kepakaran kejuruteraan jambatan; b) Projek yang telah siap dibina dalam tempoh pengauditan untuk mengukur keberkesanan

aliran trafik dan keselesaan pengguna jalan raya; dan c) Projek-projek penggantian jambatan yang terlibat dalam perancangan untuk

dilaksanakan bagi menentukan tahap kerosakan yang dialami dan justifikasi keperluan projek.

Lawatan ke tapak projek dan perbincangan juga dilakukan dengan pegawai yang terlibat dengan pelaksanaan projek. 2.4 PENEMUAN AUDIT Pengauditan yang dijalankan di JKRNS antara bulan November 2009 hingga Februari 2010 pada keseluruhannya mendapati, pengurusan penyenggaraan dan penggantian jambatan di jalan negeri yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM9.33 juta daripada peruntukan RMKe-9 adalah kurang memuaskan di mana terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:

JD134790 Teks 1.indd 4JD134790 Teks 1.indd 4 10/13/10 5:38:01 PM10/13/10 5:38:01 PM

Page 22: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

5

a) Tiada program penyenggaraan jambatan yang sistematik; b) Terdapat kerosakan pada jambatan yang memerlukan tindakan segera; c) Penyelenggaraan daftar inventori jambatan belum meliputi semua JKR Daerah; dan d) Tidak mengguna pakai garis panduan pemeriksaan jambatan tahunan seperti yang

disediakan untuk jambatan bagi jalan-jalan persekutuan. Kelemahan-kelemahan yang dinyatakan ini bukan sahaja boleh mengakibatkan pengguna jalan raya terdedah kepada risiko keselamatan dan kemalangan malahan ia menjejaskan peranan dan tanggungjawab pihak JKRNS untuk menyediakan prasarana terbaik kepada pengguna jalan raya di Negeri Sembilan. Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perenggan berikut : 2.4.1 Pelaksanaan Projek Mengganti Jambatan JKRNS telah merancang untuk mengganti 10 jambatan di jalan negeri dalam RMKe-9, di mana empat daripadanya adalah projek sambungan RMKe-8 dan enam unit lagi adalah projek baru RMKe-9 yang telah diluluskan peruntukan berjumlah RM37.1 juta. Kesemua projek ini adalah untuk menggantikan jambatan sedia ada yang mengalami kerosakan struktur dan perlu diganti dengan jambatan yang lebih moden. Kriteria penentuan bagi mengganti jambatan ini dibuat mengikut keutamaan iaitu: a) Jambatan yang mengalami kerosakan struktur atau runtuh akibat bencana alam; b) Struktur asal jambatan telah rosak dan berbahaya kepada pengguna; c) Kerja-kerja pelebaran jambatan yang terlalu sempit dan kecil atau tidak mampu

menampung aliran trafik; dan d) Penukaran penggunaan jambatan besi/lama kepada jambatan jenis konkrit bagi

memastikan struktur yang lebih kukuh dan selamat. Semakan Audit terhadap pelaksanaan projek ini mendapati daripada 10 jambatan yang dirancang dalam RMKe-9, empat jambatan telah dapat disiapkan manakala enam jambatan lagi tidak dapat dilaksanakan dan dibawa ke RMKe-10. Bagi projek yang dibawa ke RMKe-10, pihak JKR mendapati tiada keperluan segera untuk memperbaiki jambatan tersebut dan ia masih selamat untuk digunakan di samping akibat kekangan peruntukan. Selain daripada empat jambatan yang telah disiapkan ini, JKRNS turut membaik pulih dua jambatan lain yang tidak dirancang iaitu jambatan di Jalan Rantau-Siliau di Daerah Seremban yang mengalami kerosakan struktur yang serius akibat daripada bencana alam dan jambatan di Kg. Pedas Tengah, Rembau yang mengalami keruntuhan tebing. Kedua-dua projek ini dikategorikan sebagai projek kecemasan. Lawatan Audit yang dilakukan bersama pegawai JKRNS ke tapak projek ini pada 25 Januari 2010 mendapati projek penggantian jambatan baru telah dilaksanakan dengan baik. Senarai projek menggantikan jambatan di jalan negeri dalam RMKe-9 adalah seperti di Jadual 2.1. Gambar dua daripada projek yang disiapkan dalam RMKe-9 adalah seperti di Foto 2.1 dan Foto 2.2.

JD134790 Teks 1.indd 5JD134790 Teks 1.indd 5 10/13/10 5:38:01 PM10/13/10 5:38:01 PM

Page 23: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

6

Jadual 2.1Senarai Projek Mengganti Jambatan Di Jalan Negeri Dalam RMKe-9

Bil. Nama Projek

Jumlah Peruntukan Diluluskan

KosProjek/ Jumlah

Peruntukan Diperolehi

Status Catatan

(RM Juta) (RM Juta)

1.

Projek RMKe-8 Sambungan RMKe-9 Mengganti jambatan N9/28, Jalan Lenggeng – Kg. Rawa (N30).

3.00

2.26

Siap

Struktur jambatan sedia ada sempit.

2.

Mengganti pembetung kekotak dengan jambatan di Jalan Sg. Dua – Air Kuning (N15).

2.00

1.44

Siap

Jambatan sedia ada sempit dan tidak dapat menampung kenderaan.

3. Mengganti jambatan N123/001/20 Jalan Inas – Senaling (N123).

3.00 2.38 Siap Struktur jambatan sedia ada sempit.

4. Membina lintasan jejambat keretapi di Jalan Rahang Kecil.

2.00

-

Tangguh

Jambatan sedia ada sempit dan tidak dapat menampung kenderaan.

5.

Projek Baru RMKe-9 Mengganti jambatan di Jalan Air Hitam – Serting (N21).

3.10

2.59

Siap

Jalan dinaik taraf.

6.

Mengganti pembetung berkembar N111/005/30 dengan jambatan di Jalan Bongek - Gadong (N111).

1.00

- Tangguh Struktur jambatan sedia

ada rosak dan sempit.

7. Membina jambatan baru di Jalan Kuala Lukut ( N159).

11.00

-

Tangguh

Mewujudkan perhubungan jalan darat antara Kuala Lukut – Chuah.

8. Membina lintasan jejambat keretapi Jalan Air Kuning – Mantai (N15).

5.00

-

Tangguh

Jambatan sedia ada sempit dan tidak dapat menampung kenderaan.

9. Membina lintasan jejambat keretapi Jalan Keru (N21).

5.00

-

Tangguh

Jambatan sedia ada sempit dan tidak dapat menampung kenderaan.

10. Mengganti pembetung di Sek 3.1 Jalan Malan – Kepis (N118).

2.00

-

Tangguh

Jambatan sedia ada sempit dan tidak dapat menampung kenderaan.

11.

Projek Kecemasan Mengganti jambatan N6/006/70, Jalan Rantau – Siliau, Seremban.

*

0.47

Siap

Tiang utama jambatan patah akibat bencana alam.

12.

Kerja kecemasan tebing jambatan runtuh di Kg. Pedas Tengah, Rembau.

* 0.19 Siap Tebing jambatan runtuh

akibat bencana alam.

Jumlah 37.1 9.33

Nota: * Bagi Projek Kecemasan atau Luar Jangka, peruntukan yang digunakan adalah daripada lebihan tahun semasa atau pindah peruntukan yang dibenarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri.

JD134790 Teks 1.indd 6JD134790 Teks 1.indd 6 10/13/10 5:38:02 PM10/13/10 5:38:02 PM

Page 24: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

7

Foto 2.1 Jambatan No. 9/28 Jalan Lenggeng-Kg. Rawa Projek

RMKe-8 Sambungan RMKe-9

Foto 2.2 Jambatan N6/006/70 Jalan Rantau-Siliau

Projek Kecemasan RMKe-9

Sumber : JKR Negeri Sembilan Lokasi : Jalan Lenggeng – Kg.Rawa, Negeri Sembilan Tarikh : 8 April 2008

Sumber : JKR Negeri Sembilan Lokasi : Jambatan Rantau – Siliau, Negeri Sembilan Tarikh : 9 Disember 2009

Maklum balas JKRNS menjelaskan bahawa JKRNS sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya bagi setiap aspek penyenggaraan jalan yang dilakukan dan memastikan setiap jambatan tersebut selamat untuk digunakan oleh pengguna. Akibat kekangan peruntukan, penyenggaraan jambatan yang dijalankan adalah mengikut keutamaan dan berdasarkan tahap kerosakan yang dialami. Pihak JKR juga akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan setiap jambatan jalan negeri berada dalam keadaan terbaik dan selamat kepada pengguna jalan raya. Pada pendapat Audit, pelaksanaan projek mengganti jambatan di jalan negeri adalah memuaskan walaupun hanya empat daripada 10 yang dirancang dapat dilaksanakan kerana kekurangan peruntukan. JKRNS juga berjaya menyiapkan dua projek kecemasan kerana jambatan-jambatan tersebut mengalami kerosakan struktur yang serius.

2.4.2 Tiada Program Penyenggaraan Jambatan Yang Sistematik Kerja-kerja penyenggaraan jambatan perlu dilakukan secara berterusan untuk memastikan keadaan struktur jambatan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan bagi kepentingan pengguna. Kerja-kerja penyenggaraan jambatan adalah meliputi aspek pemeriksaan terhadap pembaikian railing yang rosak, tebing runtuh, mengecat semula tiang berkarat atau cat pudar dan pemantauan bagi mengenal pasti serta menyenaraikan komponen jambatan yang mengalami kerosakan teknikal sama ada untuk disenggara, dibaiki atau diganti.

Semakan Audit terhadap kerja-kerja penyenggaraan jambatan di jalan negeri mendapati tiada program penyenggaraan secara berkala dilakukan di JKR Daerah Jempol. Di samping itu, jadual penyenggaraan juga tidak disediakan dan tiada pasukan khusus diwujudkan bagi memantau keadaan jambatan negeri. Terdapat borang senarai semak bagi Unit Rondaan Jalan disediakan di JKR Daerah Jempol, tetapi pihak Audit tidak dapat memastikan rondaan

JD134790 Teks 1.indd 7JD134790 Teks 1.indd 7 10/13/10 5:38:03 PM10/13/10 5:38:03 PM

Page 25: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

8

dan penyenggaraan dilakukan kerana tiada dokumen sokongan dikemukakan untuk semakan Audit. Pihak Audit juga difahamkan oleh JKR bahawa pemeriksaan jambatan negeri dilakukan secara ad-hoc sekiranya menerima aduan dari orang ramai atau berdasarkan pemerhatian dari Unit Ronda, Bahagian Jalan di JKR Daerah.

Pemeriksaan Audit di sekitar Daerah Seremban pula mendapati jambatan telah berkarat kerana tidak dicat, tumbuhan di sekitar jambatan tidak dibersihkan yang boleh menyekat aliran sungai dan cat garisan yang pudar tidak dicat semula. Keadaan ini bukan sahaja boleh mencacatkan pemandangan dan membahayakan pengguna malahan akan mengakibatkan kerosakan lain yang lebih besar terhadap struktur jambatan jika ia dibiarkan berterusan. Foto 2.3 hingga Foto 2.5 menunjukkan jambatan di jalan negeri yang tidak dilakukan penyenggaraan, manakala Foto 2.6 adalah contoh senarai semak bagi Unit Rondaan Jalan di JKR Daerah Jempol.

Foto 2.3 Jambatan N07 Di Sungai Linsum Yang

Berkarat Tidak Dicat Semula

Foto 2.4 Jambatan N07 Di Sungai Linsum Yang

Berkarat Tidak Dicat Semula

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Rantau - Linggi Tarikh : 15 Disember 2009

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Rantau - Linggi Tarikh : 22 April 2010

JD134790 Teks 1.indd 8JD134790 Teks 1.indd 8 10/13/10 5:38:03 PM10/13/10 5:38:03 PM

Page 26: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

9

Foto 2.5 Jambatan N100 Tidak Dilakukan Pembersihan

Dari Tumbuhan Liar Bagi Jarak 10 Meter Di Kedua-dua Belah Jambatan

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Ulu Sawah – Sg. Gadut Tarikh : 15 Disember 2009

Maklum balas JKRNS menjelaskan kerja pemantauan jambatan dilakukan sebulan sekali dan laporan penyenggaraan jalan negeri ini dikemukakan kepada Pengarah Kerja Raya Negeri Sembilan. Kerja-kerja pembaikan hanya dilaksanakan mengikut keperluan dan bukannya dijalankan secara ‘ad-hoc’. Unit Rondaan Jalan oleh JKR Daerah juga turut menggunapakai borang senarai semak yang disediakan termasuk juga pemeriksaan jambatan/culvert. Borang pemeriksaan jalan ini dibuat mengikut keperluan JKR Negeri Sembilan dan keupayaan pasukan rondaan jalan. Pemeriksaan jambatan yang dijalankan oleh Unit Rondaan Jalan JKR ini hanya tertumpu kepada pemeriksaan luaran sahaja. Permohonan peruntukan untuk kerja pembaikan jambatan pula dibuat dengan menggunakan peruntukan di bawah MARRIS (Malaysian Road Records Information System) dan diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri. Kerja-kerja mengecat jambatan dan kerja pembersihan sekitar adalah lebih kepada pembaikan luaran yang tidak melibatkan kelemahan struktur

Foto 2.6 Senarai Semak Unit Rondaan Bahagian Jalan

JKR Daerah Jempol

Sumber : JKR Daerah Jempol

Hanya Para 3.0 berkaitan dengan penyenggaraan jambatan

JAMBATAN / CULVERTa) Longkang Tersumbatb) Railing Rosakc) Jambatan / Culvert Runtuhd) Cat Pudar

3.0

JD134790 Teks 1.indd 9JD134790 Teks 1.indd 9 10/13/10 5:38:05 PM10/13/10 5:38:05 PM

Page 27: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

10

jambatan tersebut. Senggaraan ini hanya dilaksanakan mengikut keperluan dan peruntukan yang diperolehi. Tumbuhan di bawah jambatan pula, khususnya di tebing sengaja dibiarkan bagi mengurangkan hakisan sejajar dengan konsep pemuliharaan sungai. Pada pendapat Audit, kerja-kerja penyenggaraan bagi jambatan di jalan negeri adalah kurang memuaskan. Walaupun penyenggaraan ada dilakukan namun ia hanya bersifat pemeriksaan luaran sahaja oleh kakitangan yang bukan pakar. Pemeriksaan tahunan yang melibatkan pemeriksaan struktur tidak dilakukan untuk menentukan bahawa jambatan berada dalam keadaan kukuh dan selamat untuk digunakan. 2.4.2.1 Penyelenggaraan Daftar Inventori Jambatan Belum Meliputi Semua JKR Daerah JKR perlu menyenggara rekod untuk mendaftarkan setiap jambatan yang terdapat di sepanjang jalan negeri. Daftar ini bukan sahaja merupakan rekod asas yang menunjukkan bilangan jambatan yang terdapat di jalan negeri, malahan ia juga perlu merekodkan jenis binaan jambatan, lokasi atau kedudukan, ukuran saiz, lukisan pelan binaan, tahun ia dibina, gambar dan kos binaan yang terlibat. Di samping itu, berdasarkan maklumat ini, ia dapat membantu pihak JKR Negeri membuat perancangan untuk menyenggara dan membaiki jambatan yang sedia ada dan seterusnya mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk membaiki, mengganti atau membina jambatan baru. Semakan Audit mendapati sejumlah 115 buah jambatan dari jenis konkrit di sepanjang jalan negeri yang dikawalselia oleh JKR Daerah di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk dari jenis pembetung (kekotak dan paip). Bilangan jambatan mengikut daerah di Negeri Sembilan adalah seperti di Jadual 2.2. Jadual 2.2 Kedudukan Daftar Inventori Jambatan Mengikut Daerah Di Negeri Sembilan

Bil. Daerah Bil. Jambatan Di Jalan Negeri Daftar Inventori

1. Seremban 36 2. Rembau 22 3. Jelebu 18 4. Tampin 13 5. Kuala Pilah 10 × 6. Jempol 9 × 7. Port Dickson 7 ×

Jumlah 115

Sumber : Cawangan JKR Daerah Di Negeri Sembilan Nota : - Disediakan; × - Tidak Disediakan

Pengauditan yang dijalankan mendapati hanya empat JKR Daerah yang telah menyelenggara daftar inventori jambatan, manakala tiga JKR Daerah lagi tidak dapat mengemukakan daftar inventori semasa auditan. Semakan Audit juga mendapati tiada arahan tetap yang dikeluarkan oleh pihak JKRNS untuk menyelenggara daftar inventori jambatan bagi jalan negeri seperti mana inventori jambatan di jalan persekutuan yang menggunapakai Manual Pemeriksaan Jambatan Tahunan Bagi Jalan-jalan Persekutuan.

JD134790 Teks 1.indd 10JD134790 Teks 1.indd 10 10/13/10 5:38:06 PM10/13/10 5:38:06 PM

Page 28: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

11

Selain itu, isu penyelenggaraan daftar inventori ini adalah merupakan isu berulang yang pernah dibangkitkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2004. Akibat ketiadaan daftar inventori ini, pihak Audit tidak dapat mengenal pasti lokasi jambatan, jenis binaan, ukuran jambatan, lakaran keratan, tahun dibina dan kos penyenggaraan yang telah dilakukan. Foto 2.7 dan Foto 2.8 menunjukkan contoh daftar inventori jambatan yang perlu disediakan oleh JKR Daerah.

Foto 2.7 Foto 2.8 Contoh Daftar Inventori Jambatan Yang Disenggara Oleh JKR Daerah Seremban

Sumber : JKR Daerah Seremban, N. Sembilan Sumber : JKR Daerah Seremban, N. Sembilan

Pihak JKRNS memaklumkan telah melengkapkan daftar inventori jambatan jalan negeri seperti mana yang diperlukan berdasarkan Manual Pemeriksaan Jambatan Jalan Persekutuan iaitu sebelum 15 Jun 2010. Semua JKR Daerah telah diarah untuk mengumpul data inventori jambatan jalan negeri untuk didaftarkan di peringkat Ibu Pejabat JKR Negeri Sembilan. Format daftar inventori jambatan jalan negeri yang telah disediakan adalah selari dengan daftar inventori jambatan jalan persekutuan. Pihak JKR juga menghadapi kesukaran bagi mendapatkan maklumat yang lengkap daftar inventori jambatan jalan negeri mengikut Manual Pemeriksaan Jambatan Jalan Persekutuan yang telah dikeluarkan pada Tahun 2003 oleh JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur memandangkan terdapat jambatan jalan negeri yang telah dibina awal 1960an lagi sebelum manual tersebut dikeluarkan. Pada pendapat Audit, pihak JKR Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif melengkapkan daftar inventori jambatan jalan negeri di semua daerah selepas lawatan Audit kecuali bagi jambatan yang dibina pada awal tahun 1960an atau 1970an iaitu sebelum manual tersebut dikeluarkan. 2.4.3 Kerosakan Struktur Jambatan Mengikut Manual Pemeriksaan Jambatan Tahunan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur, pemeriksaan jambatan jalan persekutuan perlu dilakukan secara mandatori bagi tujuan merekod dan mengumpulkan data untuk mengenal pasti sebarang kerosakan struktur dan seterusnya menyediakan keperluan baik pulih atau menggantikan jambatan. Menurut manual berkenaan, terdapat pelbagai jenis kerosakan yang sering berlaku terhadap jambatan seperti keretakan pada tiang sambut (pier), penampan jambatan (abutment),

JD134790 Teks 1.indd 11JD134790 Teks 1.indd 11 10/13/10 5:38:06 PM10/13/10 5:38:06 PM

Page 29: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

12

pengaratan besi (corrosion of steel), keretakan lantai konkrit (cracks in reinforced and prestressed concrete), kebocoran aliran air (water leak), perlindungan tebing (slope protection), runtuhan akibat halangan yang mengakibatkan aliran air tersumbat (drainage blocked) dan sebagainya. Bagaimanapun kerosakan ini mungkin juga boleh berlaku akibat daripada faktor-faktor lain seperti kualiti bahan-bahan yang digunakan semasa pembinaan, kesilapan reka bentuk, kegagalan penyambungan atau ‘failure of joint and bearing’ dan kerja-kerja penyenggaraan yang tidak sempurna. Lawatan Audit bersama pegawai dari JKRNS ke Jambatan N16 Jalan Kok Foh – Rompin di Daerah Jempol pada 10 November 2009 mendapati jambatan konkrit ini telah mengalami keretakan lantai yang serius dan besi tetulang telah berkarat. Jambatan ini bukan sahaja merupakan jalan penghubung penduduk sekitar ke kawasan ladang malahan ia turut digunakan oleh kenderaan berat seperti lori bagi mengangkut hasil ladang. Hasil pengauditan mendapati, jambatan ini dianggarkan telah dibina pada tahun 1970an dan peruntukan bagi mengganti jambatan tersebut berjumlah RM1.4 juta. Foto 2.9 hingga Foto 2.12 menunjukkan kedudukan jambatan yang boleh mengundang bahaya dan memerlukan pembaikan segera. Foto 2.9 Keadaan Jambatan Kok Foh – Rompin Daerah

Jempol Yang Dibina Pada Tahun 1970an Kelihatan Uzur Dan Memerlukan Pembaikan

Foto 2.10 Keadaan Di Bawah Jambatan Kok Foh –

Rompin Daerah Jempol Yang Menampakkan Tetulang Besi Di Bawah Lantai Jambatan

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : N16 Jalan Kok Foh – Rompin, Jempol Negeri Sembilan Tarikh : 10 November 2009

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : N16 Jalan Kok Foh – Rompin, Jempol

Negeri Sembilan Tarikh : 10 November 2009

JD134790 Teks 1.indd 12JD134790 Teks 1.indd 12 10/13/10 5:38:07 PM10/13/10 5:38:07 PM

Page 30: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

13

Foto 2.11 Foto 2.12 Besi Tetulang Yang Terdedah Dan Berkarat Menjejaskan Ketahanan Struktur Jambatan

Sumber : Jabatan Audit Negara Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : N16 Jalan Kok Foh – Rompin, Jempol Lokasi : N16 Jalan Kok Foh – Rompin, Jempol Negeri Sembilan Negeri Sembilan Tarikh : 10 November 2009 Tarikh : 10 November 2009

Maklum balas JKRNS menjelaskan keadaan kerosakan jambatan di Jalan Kok Foh-Rompin (N16), sekiranya dinilai daripada ‘rating’ jambatan jalan persekutuan akan berada di tahap ‘severe’ atau tinggi dan perlu kerja-kerja pembaikan. Walau bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pakar dari Unit Jambatan, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur perlu diperolehi untuk membuat tindakan susulan atau cadangan pembaikan. Kerosakan yang dialami oleh jambatan tersebut juga tidak menggangu fungsi-fungsi komponen lain di dalam struktur jambatan tersebut bagi menanggung beban kenderaan. Pada pendapat Audit, tahap kestabilan struktur jambatan yang telah lama dibina tidak dapat dipastikan kerana tiada pemantauan yang berterusan di peringkat JKRNS. Tumpuan harus diberi kepada keadaan jambatan dan keperluan untuk menentukan tahap keupayaannya serta keselamatan pengguna jambatan berkenaan.

2.4.4 Tidak Mengguna Pakai Sepenuhnya Garis Panduan Pemeriksaan Jambatan Tahunan Jalan Persekutuan

Unit Jambatan, Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur telah mengeluarkan satu garis panduan bagi menjalankan pemeriksaan jambatan iaitu ‘Annual Bridge Inspection Manual’ atau Manual Pemeriksaan Jambatan Tahunan. Manual yang diterbitkan pada tahun 2003 ini telah dijadikan sebagai satu panduan yang berkesan untuk memeriksa dan mengukur tahap kekukuhan struktur sesebuah jambatan. Terdapat tiga jenis pemeriksaan yang ditetapkan dalam manual tersebut iaitu:

a) Pemeriksaan Luaran (Superficial Inspection); b) Pemeriksaan Utama (Principal Inspection); dan c) Pemeriksaan Khas (Special Inspection).

JD134790 Teks 1.indd 13JD134790 Teks 1.indd 13 10/13/10 5:38:08 PM10/13/10 5:38:08 PM

Page 31: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

14

Pemeriksaan ini perlu dilakukan oleh pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan jambatan. Dari pemeriksaan itu satu penarafan atau ‘rating’ akan dibuat untuk menentukan sama ada jambatan perlu disenggara, dibaiki atau digantikan sebagaimana di Jadual 2.3.

Jadual 2.3 Penentuan Tahap Penilaian Atau ‘Rating’ Kerosakan Struktur Jambatan

Mengikut ‘Annual Bridge Inspection Manual’ – JKR

Bil. Tafsiran Kerosakan Tahap Penilaian

1. Tiada kerosakan ditemui dan penyenggaraan tidak diperlukan. 1 2. Kerosakan kritikal ditemui dan dicatat untuk pemerhatian. 2 3. Kerosakan kritikal ditemui dan memerlukan kerja penyenggaraan rutin. 3

4.

Kerosakan kritikal ditemui dan memerlukan kerja pembaikan atau pemeriksaan terperinci untuk menentukan sama ada kerja baik pulih perlu dilaksanakan.

4

5.

Kerosakan besar dan kritikal ditemui yang berkemungkinan membahayakan keselamatan lalu lintas. Memerlukan kerja kecemasan dilakukan dengan segera atau kerja baik pulih dilaksanakan serta-merta sebaik sahaja papan tanda menghadkan beban kenderaan (load limitation traffic sign) disediakan.

5

Sumber : ‘Annual Bridge Inspection Manual’ – JKR Semakan Audit mendapati pihak JKR tidak menggunakan manual ini untuk menjalankan pemeriksaan tahunan bagi jambatan di jalan negeri. Pihak JKR hanya membuat rondaan secara berkala di sepanjang jalan negeri untuk tujuan memantau tahap keselamatan dan keselesaan pengguna. Rondaan ini melibatkan pemeriksaan terhadap permukaan jalan, bahu jalan, perabot, jambatan, pokok dalam Right Of Way (R.O.W) yang merbahaya dan masalah-masalah lain. Semakan lanjut mendapati JKRNS menggunapakai garis panduan dalam ‘Annual Bridge Inspection Manual’ yang dikeluarkan oleh Unit Jambatan, Ibu Pejabat JKR hanya untuk pemeriksaan jambatan di jalan persekutuan sahaja dan arahan penggunaan garis panduan ini tidak dipanjangkan atau digunapakai untuk pemeriksaan jambatan di jalan negeri. Oleh itu pihak Audit tidak dapat menyemak atau melihat rekod pemeriksaan jambatan secara tahunan dijalankan untuk menentukan tahap penilaian atau ‘rating’ struktur sesebuah jambatan bagi jalan negeri seperti yang ditetapkan di dalam jadual di atas. Hal ini menyebabkan jambatan sedia ada tidak dapat ditentukan tahap keselamatannya dan menimbulkan keraguan sama ada jambatan tersebut masih selamat digunakan atau sebaliknya. Manual Pemeriksaan Jambatan Tahunan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JKR yang digunapakai oleh JKRNS untuk pemeriksaan jambatan di jalan persekutuan adalah seperti di Foto 2.13.

JD134790 Teks 1.indd 14JD134790 Teks 1.indd 14 10/13/10 5:38:09 PM10/13/10 5:38:09 PM

Page 32: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

15

Maklum balas daripada JKRNS menjelaskan senarai semak yang digunakan oleh Unit Rondaan Jalan JKR adalah berdasarkan Manual Pemeriksaan Jambatan Jalan Persekutuan yang diubahsuai mengikut keperluan dan kemampuan JKR Negeri Sembilan. Pemeriksaan luaran yang dijalankan oleh Unit Rondaan Jalan JKR ini sebenarnya telah mampu memberi maklumat awal keadaan sesebuah jambatan kerana pemeriksaan luaran ini termasuk melihat keadaan struktur permukaan jambatan, keadaan aliran sungai, tiang jambatan dan keadaan sekeliling jambatan. Sekiranya perlu pemeriksaan lanjut atau khidmat nasihat pakar, JKRNS akan merujuk kepada Unit Jambatan, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur untuk tindakan seterusnya atau cadangan pembaikan. Pihak Audit berpendapat, sebagai amalan terbaik pengurusan, JKRNS disarankan supaya mengguna pakai Manual Pemeriksaan Jambatan Tahunan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, JKR Kuala Lumpur. Amalan ini akan dapat membantu pihak JKRNS menjalankan kerja-kerja pemantauan dan penyenggaraan jalan serta jambatan di jalan negeri dengan baik dan sempurna bagi memastikan tahap ketahanan struktur setiap jambatan yang sedia ada adalah selamat kepada pengguna jalan raya di Negeri Sembilan.

Foto 2.13 Manual Pemeriksaan Jambatan Tahunan Yang

Dikeluarkan Oleh Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur

Sumber : Ibu Pejabat JKR, Negeri Sembilan

JD134790 Teks 1.indd 15JD134790 Teks 1.indd 15 10/13/10 5:38:09 PM10/13/10 5:38:09 PM

Page 33: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

16

2.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT Pada keseluruhannya, pengurusan penyenggaraan jambatan di jalan negeri wajar dipertingkatkan untuk menjamin keselamatan pengguna. Justeru, bagi mempertingkatkan tahap pengurusan dan pelaksanaan penyenggaraan jambatan di jalan negeri supaya ianya lebih cekap dan berkesan adalah disyorkan: a) JKRNS mengguna pakai Manual Pemeriksaan Jambatan Tahunan yang telah

disediakan untuk jalan persekutuan bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan dan penyenggaraan jalan serta jambatan di jalan negeri bagi memastikan keselamatan setiap jambatan yang ada sentiasa terjamin.

b) JKR Negeri perlu mempunyai pegawai yang pakar dalam bidang kejuruteraan jambatan atau merujuk kepada Unit Jambatan, JKR Ibu Pejabat, Kuala Lumpur untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam memperbaiki beberapa kelemahan dalam pengurusan penyenggaraan jambatan di jalan negeri.

c) Daftar inventori jambatan yang lengkap dari segi jenis binaan, ukuran jambatan, lakaran keratan, tahun dibina dan kos penyenggaraan yang telah dilakukan perlu disediakan oleh semua JKR Daerah bagi memudahkan perancangan dan kerja-kerja penyenggaraan dilakukan.

d) Program pemantauan dan penyenggaraan jambatan secara berkala di jalan negeri perlu diwujudkan oleh JKR Daerah bagi menentukan tahap penilaian atau rating untuk memastikan jambatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk kepentingan pengguna.

JD134790 Teks 1.indd 16JD134790 Teks 1.indd 16 10/13/10 5:38:10 PM10/13/10 5:38:10 PM

Page 34: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

17

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH, PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI

SEMBILAN DAN BADAN KAWAL SELIA AIR NEGERI SEMBILAN

3. PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA

KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR 3.1 LATAR BELAKANG 3.1.1 Pasir adalah butiran batu berdiameter daripada 0.0625mm hingga 2mm dan berwarna putih cerah. Pasir boleh berpindah akibat tiupan angin atau dibawa air sebelum berkumpul di muara sungai, tepi pantai, bukit kecil, tanjung, beting pasir di tengah laut, gurun dan kawasan berkaitan aliran air. Terdapat beberapa jenis pasir iaitu pasir sungai, pasir lombong, pasir laut dan pasir gurun. Pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalanraya. Pasir juga digunakan untuk kerja tebus guna tanah. Sumber bekalan pasir yang paling banyak dan mudah di negara ini adalah dari dasar sungai. 3.1.2 Pengeluaran pasir merupakan salah satu sumber ekonomi kepada kerajaan Negeri Sembilan di mana pada tahun 2007 jumlah pengeluaran pasir adalah 186,880m3 dan meningkat kepada 193,228m3 pada tahun 2008. Ia terus meningkat kepada 317,792m3 pada tahun 2009. Negeri Sembilan telah mengutip sejumlah RM0.46 juta pada tahun 2007 hasil daripada sumber pengeluaran pasir melalui bayaran deposit dan royalti. Kutipan ini meningkat kepada RM0.58 juta pada tahun 2008 dan seterusnya meningkat kepada RM0.94 juta pada tahun 2009. 3.1.3 Aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir dijalankan sama ada di atas tanah milik kerajaan atau tanah milik individu. Sepanjang tempoh dari tahun 2007 sehingga 2009, terdapat 239 pengusaha berlesen yang menjalankan kegiatan pengambilan pasir di Negeri Sembilan. Pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965, Akta Air 1920 (Pindaan 2007), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perlombongan 1959. 3.1.4 Pemberian permit untuk mengeluarkan pasir adalah di bawah tanggungjawab semua Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) berdasarkan kawasan pengambilan pasir yang dimohon. Permohonan perlu disertakan ulasan teknikal daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS), Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) Dan Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) untuk menilai kesesuaian pengambilan pasir dari segi kawasan, sumber dan potensi pencemaran kepada alam sekitar sebelum permohonan disemak oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) dan dibawa untuk pertimbangan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

JD134790 Teks 1.indd 17JD134790 Teks 1.indd 17 10/13/10 5:38:10 PM10/13/10 5:38:10 PM

Page 35: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

18

3.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir memberi kesan terhadap alam sekitar. 3.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Pengauditan ini tertumpu kepada aktiviti pengambilan pasir sungai untuk tempoh tiga tahun (2007 hingga 2009). Pengauditan dijalankan di Daerah Seremban, Port Dickson dan Gemas yang melibatkan PDT dan JPSNS. Pengauditan ini dijalankan dengan cara menyemak fail, rekod dan dokumen serta temubual orang awam dan pegawai di jabatan yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti pengambilan pasir. Untuk menilai kesan alam sekitar dari aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir, pihak Audit merujuk kepada JASNS dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan bantuan khidmat kepakaran terutama terhadap impak kepada kualiti air. Tumpuan juga dibuat terhadap aspek pemantauan aktiviti pengambilan pasir sungai di kawasan sungai yang mungkin memberi impak kepada alam sekitar seperti hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai, perubahan ke atas rejim sungai yang mengubah aliran air sungai dan impak kepada insfrastruktur dan utiliti. Beberapa siri lawatan juga dilakukan bersama pegawai jabatan ke kawasan pengambilan pasir dan lokasi di mana kesan daripada pengambilan pasir terhadap alam sekitar berlaku. 3.4 PENEMUAN AUDIT Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2009 hingga Disember 2009 mendapati pada keseluruhannya pengurusan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang bukan sahaja memberikan kesan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar malahan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan melalui hasil royalti pengambilan pasir yang berjumlah RM1.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 terpaksa digunakan untuk pemulihan alam sekitar. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:

• penurunan kualiti air sungai, kemusnahan tebing sungai dan perubahan rejim sungai adalah kesan alam sekitar akibat daripada aktiviti pengambilan pasir;

• kurang pemantauan oleh JPSNS terhadap pematuhan syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir; dan

• kurang koordinasi di antara PDT, PTGNS dan JPSNS dalam memastikan pengusaha pasir tidak merosakkan alam sekitar semasa aktiviti pengambilan pasir dilakukan.

JD134790 Teks 1.indd 18JD134790 Teks 1.indd 18 10/13/10 5:38:11 PM10/13/10 5:38:11 PM

Page 36: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

19

Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perenggan berikut: 3.4.1 Kesan Aktiviti Pengambilan Pasir Terhadap Alam Sekitar JPSNS telah mengeluarkan Syarat-Syarat Pentadbiran dan Syarat-Syarat Teknikal Untuk Memproses Permohonan dan Pemantauan Aktiviti Pengeluaran Pasir Sungai Di Negeri Sembilan pada 16 Julai 2008. Antara syarat-syarat teknikal pengambilan pasir adalah: a) Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam enapan yang menunjukkan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian memasuki sungai dan kualiti air kolam enapan hendaklah ditentukan oleh standard JASNS; b) Menetapkan pengusaha bertanggungjawab terhadap segala kerosakan tebing dan pencemaran akibat pengambilan pasir dan melapor kepada JPSNS; c) Pelan keratan lintang yang menunjukkan aras dasar tebing serta rizab sungai yang disediakan oleh Juruperunding Profesional dan dihantar ke JPSNS sebelum kerja-kerja pengambilan pasir dijalankan; dan d) Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS. Lawatan Audit ke tujuh lokasi pengambilan pasir di Sungai Linggi di Daerah Seremban dan Port Dickson, Sungai Batang Penar di Daerah Seremban dan Sungai Muar di Daerah Gemas mendapati perkara-perkara berikut:

i) Impak Kepada Kualiti Air Sungai Kolam enapan bersiri diperlukan untuk memerangkap pepejal terampai dan sisa

mendapan sebelum dilepaskan ke sungai dan berfungsi untuk mengawal kelodak cucian daripada memasuki sungai. Pengusaha perlu mengemukakan pelan kolam enapan bersiri seperti yang dikehendaki oleh JPSNS sebelum aktiviti mengambil pasir dijalankan. Kualiti air kolam enapan yang hendak dilepaskan ke sungai juga perlu ditentukan terlebih dahulu sama ada telah menepati standard JASNS seperti di Foto 3.1.

JD134790 Teks 1.indd 19JD134790 Teks 1.indd 19 10/13/10 5:38:11 PM10/13/10 5:38:11 PM

Page 37: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

20

Mengikut Syarat Tenikal JPSNS

Sumber: JPS Negeri Sembilan

Lawatan Audit ke tapak pengambilan pasir di beberapa kawasan sepanjang Sungai Linggi pada 28 Oktober 2009, Sungai Muar pada 13 November 2009 dan Sungai Ngoi-Ngoi pada 29 Disember 2009 mendapati pengusaha tidak menyediakan tiga kolam enapan bersiri. Pengusaha hanya menyediakan satu kolam enapan berbanding tiga kolam enapan bersiri yang sepatutnya dibina bagi mematuhi syarat teknikal JPSNS seperti di Foto 3.2. Saiz dan binaan kolam enapan adalah kecil dan cetek untuk menampung kelodak dari aktiviti mencuci pasir seperti yang ditunjukkan di Foto 3.3.

Foto 3.2 Hanya Satu Kolam Enapan Yang Disediakan Berbanding Tiga Kolam Enapan Yang Perlu

Disediakan

Foto 3.3 Saiz Dan Binaan Kolam Enapan Kecil Dan

Cetek Untuk Menampung Kelodak Dari Aktiviti Mencuci Pasir

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Sungai Muar, Kampung Londah, Daerah Gemas Tarikh : 13 November 2009

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Sungai Ngoi-Ngoi, Mukim Pantai, Daerah Seremban Tarikh : 29 Disember 2009

Foto 3.1 Lakaran Pelan Tiga Kolam Enapan Bersiri

JD134790 Teks 1.indd 20JD134790 Teks 1.indd 20 10/13/10 5:38:11 PM10/13/10 5:38:11 PM

Page 38: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

21

Perkara ini berlaku kerana kurangnya pemantauan serta penguatkuasaan oleh JPS dan PDT dalam menentukan syarat teknikal yang menghendaki pengusaha membina tiga kolam enapan bersiri dipatuhi. Pihak JASNS juga memaklumkan tiada tindakan oleh pengusaha untuk memastikan kualiti air dari kolam enapan yang hendak disalurkan ke sungai mengikut standard JASNS. Kesan daripada kolam enapan yang tidak mengikut syarat teknikal JPSNS telah mengakibatkan pencemaran dan penurunan kualiti air sungai di hilir kawasan pengambilan pasir. Pengukuran tahap pencemaran air sungai bagi aktiviti pengambilan pasir perlu berada sekurang-kurangnya dalam Kelas III seperti di Jadual 3.1 dan Jadual 3.2.

Jadual 3.1 Water Classes And Uses

Jadual 3.2 National Water Quality Standards For Malaysia

Bil. Parameter UnitClass

I IIA IIB III IV V 1. Total Suspended Solid mg/l 25 50 50 150 300 >300

2. Turbidity NTU 5 50 50 - - - Sumber : Malaysia Environmental Quality Report 2008

Lawatan Audit mendapati air cucian pasir dari kolam enapan telah dialirkan semula ke sungai tanpa ditentukan oleh standard JASNS seperti di Foto 3.4 dan Foto 3.5. Keadaan ini jelas menunjukkan pelanggaran syarat teknikal oleh pengusaha seperti yang ditetapkan oleh JPSNS.

Bil. Uses Class1. Conservation of natural environment.

Water Supply I – pratically no treatment necessary. Fishery I – very sensitive aquatic species.

I

2. Water Supply II – Conventional treatment required. Fishery II – Sensitive aquatic species. IIA

3. Recreational use with body contact. IIB 4. Water supply III – Extensive treatment required.

Fishery III – Common,of economic value and tolerant species; livestock drinking. III

5. Irrigation IV 6. None of the above. V

Sumber: Malaysia Environmental Quality Report 2008

JD134790 Teks 1.indd 21JD134790 Teks 1.indd 21 10/13/10 5:38:12 PM10/13/10 5:38:12 PM

Page 39: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

22

Foto 3.4 Air Cucian Pasir Dilepaskan Ke Dalam Sungai Ngoi-Ngoi, Daerah Seremban

Foto 3.5 Air Cucian Pasir Dilepaskan Ke Dalam

Sungai Linggi, Daerah Seremban

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Sungai Ngoi-Ngoi, Mukim Pantai, Daerah Seremban

Tarikh : 29 Disember 2009

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Kuala Sawah, Mukim Rantau, Daerah

Seremban Tarikh : 28 Oktober 2009

Keputusan analisis Jabatan Kimia Malaysia berdasarkan Interim National Water Quality Standard for Malaysia (INWQS) dari pensampelan yang telah diambil oleh JASNS menunjukkan punca pelepasan air kolam enapan di tiga batang sungai tersebut mengandungi kepekatan pepejal terampai pada tahap tercemar iaitu kelas V seperti di Jadual 3.3.

Jadual 3.3 Ujian Air Sungai Di Punca Pelepasan Aktiviti Pengambilan Pasir

Bil. Sungai Punca Pelepasan Air

Parameter Pepejal

Terampai (mg/l)

Tarikh Sampel Diambil

Kelas (Interim National

Water Quality Standard)

Tahap

1. Sungai Linggi

Taman Angsamas,

Kuala Sawah 5,800mg/L 28.10.2009 V Tercemar

2. Sungai Muar

Kampung Londah 2,400mg/L 13.11.2009 V Tercemar

3. Sungai Ngoi-Ngoi

Kampung Pantai 1,655mg/L 29.12.2009 V Tercemar

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Hasil perbandingan ujian air sungai di hulu dan hilir pelepasan air cucian pasir seperti di Jadual 3.4 mendapati klasifikasi air sungai di tiga kawasan yang diuji menunjukkan penurunan kualiti air berdasarkan Indeks Kualiti Air Negara (IKAN). Sungai Linggi berada pada tahap separa tercemar dengan penurunan kualiti air daripada IKAN 72 kepada IKAN 68, Sungai Ngoi-Ngoi walaupun berada pada tahap bersih tetapi menunjukkan penurunan kualiti air daripada IKAN 86 kepada IKAN 84 dan Sungai Muar pula berada pada tahap separa tercemar dengan mencatatkan penurunan IKAN 70 di hulu kepada IKAN 69 di hilir kawasan pengambilan pasir.

JD134790 Teks 1.indd 22JD134790 Teks 1.indd 22 10/13/10 5:38:13 PM10/13/10 5:38:13 PM

Page 40: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

23

Jadual 3.4 Ujian Punca Air Sungai Di Hulu Dan Hilir Tapak Projek Aktiviti Pengambilan Pasir

Bil. Sungai Punca

Pelepasan Air

Indeks Kualiti Air

Klasifikasi Hulu Kawasan Pengambilan

Pasir

Hilir Kawasan Pengambilan

Pasir

1. Sungai Linggi

Taman Angsamas, Kuala Sawah

72 68 Separa Tercemar

2. Sungai Muar

Kampung Londah

70 69 Separa Tercemar

3. Sungai Ngoi-Ngoi Kampung Pantai 86 84 Bersih

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan

JPSNS memaklumkan akan memantau pengusaha supaya mengikut syarat yang dikeluarkan dan akan memaklumkan kepada PDT untuk mengambil tindakan memberhentikan sementara operasi pengeluaran pasir dan mengarahkan pengusaha membina semula kolam enapan bersiri mengikut syarat supaya dapat berfungsi dengan sempurna.

PDT Seremban, Port Dickson dan Gemas mengambil maklum mengenai perkara ini dan memandangkan aspek penyediaan kolam enapan adalah merupakan elemen teknikal yang melangkaui bidang dan keupayaan PDT, tindakan pemantauan secara kerap bersama JPSNS akan dilakukan supaya syarat teknikal dipatuhi oleh semua pengusaha pasir sebelum memulakan kerja.

Pihak JASNS melalui surat ASNB(B) 91/110/900/018(17) bertarikh 18 Mei 2010 memberi syor Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam takungan mendapan bersiri untuk mengawal kelodakan cucian memasuki sungai dan sentiasa diselenggara untuk memastikan tahap keberkesanannya. Had pelepasan daripada kolam tersebut hendaklah tidak melebihi status kualiti air sungai untuk lembangan sungai tersebut berdasarkan ‘Interim National Water Quality Standard for Malaysia’ (INWQS).

ii) Kerosakan Tebing Sungai Pengusaha adalah bertanggungjawab untuk melaporkan kepada JPSNS segala

kerosakan tebing sungai akibat pengambilan pasir dan hendaklah membaikinya atas tanggungan sendiri. Pengorekan pasir secara terus pada tebing sungai adalah dilarang untuk memastikan kestabilan tebing terpelihara.

Semakan Audit di Sungai Linggi, Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson

mendapati tebing di sungai berkenaan mengalami keruntuhan akibat daripada aktiviti pengambilan pasir seperti di Foto 3.6 dan Foto 3.7.

JD134790 Teks 1.indd 23JD134790 Teks 1.indd 23 10/13/10 5:38:14 PM10/13/10 5:38:14 PM

Page 41: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

24

Foto 3.6 Aktiviti Pengambilan Pasir di Tebing Sungai

Linggi, Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson

Foto 3.7 Runtuhan Tebing Kesan Daripada Aktiviti

Pengambilan Pasir di Tebing Sungai Linggi, Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson

Sumber : JPS Negeri Sembilan Lokasi : Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson Tarikh : 13 Ogos 2008

Sumber : JPS Negeri Sembilan Lokasi : Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson Tarikh : 13 Ogos 2008

PDT Port Dickson memaklumkan bahawa keruntuhan tebing berlaku kerana pengusaha menggunakan mesin untuk mengorek pasir di dasar dan tebing sungai. Namun begitu kaedah pengambilan pasir yang diamalkan sekarang adalah menggunakan pam yang dapat mengurangkan kerosakan tebing sungai.

JPSNS telah mengarahkan pengusaha membaiki semula tebing tetapi pengusaha gagal melaksanakannya dan deposit pengusaha akan dirampas untuk membaiki tebing yang rosak.

iii) Aras Dasar Tebing Serta Rizab Sungai Terjejas

Pengusaha dikehendaki menyediakan pelan sukat keratan lintang dan bujur setiap enam bulan sekali dan selepas operasi atau bila-bila masa yang dikehendaki oleh JPS bagi tujuan pemantauan. Kerja sukat tersebut hendaklah disediakan oleh Juruukur Berlesen dan berdasarkan kepada Aras Ordinan Datum Jabatan Ukur. Semakan Audit mendapati pengusaha gagal menyedia dan mengemukakan pelan reka bentuk jajaran, keratan rentas dan memanjang sepanjang projek kepada JPSNS seperti yang dikehendaki dalam syarat teknikal JPSNS. Ini menyebabkan JPSNS sukar mengawal kerosakan tebing kerana tiada perbandingan yang dapat dibuat terhadap struktur tebing sebelum dan selepas aktiviti pengambilan pasir. Akibatnya kestabilan tanah dan tebing sungai terjejas dan berlakunya runtuhan tanah yang tidak terkawal. Keadaan tebing yang runtuh akibat aktiviti perlombongan pasir juga telah menyebabkan kerosakan pada struktur hidrolik dan paip Indah Water Konsortium (IWK) seperti di Foto 3.8 dan Foto 3.9.

JD134790 Teks 1.indd 24JD134790 Teks 1.indd 24 10/13/10 5:38:14 PM10/13/10 5:38:14 PM

Page 42: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

25

Foto 3.8 Runtuhan Tebing Sungai Linggi

Akibat Aktiviti Pengambilan Pasir Menyebabkan Paip IWK Pecah

Foto 3.9 Runtuhan Tebing Sungai Linggi

Akibat Aktiviti Pengambilan Pasir Menyebabkan Paip IWK Pecah

Sumber : JPS Negeri Sembilan Lokasi : Kg. Nyatoh, Mukim Rantau, Daerah

Seremban Tarikh : 30 Jun 2008

Sumber : JPS Negeri Sembilan Lokasi : Kg. Nyatoh, Mukim Rantau, Daerah

Seremban Tarikh : 30 Jun 2008

JPSNS akan memastikan pengusaha yang diluluskan permit agar mematuhi syarat penyediaan Pelan Keratan Lintang dan Keratan Bujur.

iv) Impak Kepada Rejim Sungai

JPSNS hendaklah memastikan aktiviti pengambilan pasir tidak akan menyebabkan perubahan rejim sungai. Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS.

Lawatan Audit ke Sungai Linggi pada 10 Ogos 2009 mendapati terdapat perubahan kepada rejim sungai di mana berlaku perubahan aliran air sungai, profil tebing dan sedimentation kesan daripada pengambilan pasir yang tidak terkawal. Terdapat pengusaha yang telah membina struktur merintangi sungai tanpa kebenaran JPSNS bagi tujuan mengumpulkan pasir seperti di Foto 3.10 hingga Foto 3.13. Akibatnya sungai menjadi statik dan perubahan struktur asal rejim sungai berlaku.

JD134790 Teks 1.indd 25JD134790 Teks 1.indd 25 10/13/10 5:38:16 PM10/13/10 5:38:16 PM

Page 43: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

26

Foto 3.10 Halangan Ke Atas Sungai Yang Mengubah

Aliran Air Sungai

Foto 3.11 Halangan Ke Atas Sungai Yang Mengubah

Aliran Air Sungai

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Taman Angsamas, Daerah Seremban

Tarikh : 10 Ogos 2009

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Taman Angsamas, Daerah Seremban Tarikh : 10 Ogos 2009

Foto 3.12 Pembinaan Jambatan Dengan Halangan Pokok Kayu Menyebabkan Aliran Sungai

Menjadi Statik

Foto 3.13 Halangan Ke Atas Sungai Yang Mengubah

Aliran Air Sungai

Sumber : JPS Negeri Sembilan Lokasi : Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson Tarikh : 13 Ogos 2008

Sumber : JPS Negeri Sembilan Lokasi : Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson Tarikh : 13 Ogos 2008

Semakan Audit terhadap pelan butiran dan keratan rentas yang disediakan oleh Juruukur Berlesen untuk kawasan pengambilan pasir sepanjang 350m di Sungai Linggi, Mukim Linggi, Daerah Port Dickson, mendapati berlaku perubahan profil tebing sungai di bahagian CH750 hingga CH800 di mana sungai menjadi lebar iaitu 58.92 meter berbanding lebar asal 25.90 meter seperti di Jadual 3.5.

Aliran Sungai Yang Statik

Aliran Sungai Yang Statik

JD134790 Teks 1.indd 26JD134790 Teks 1.indd 26 10/13/10 5:38:16 PM10/13/10 5:38:16 PM

Page 44: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

27

Jadual 3.5 Perubahan Profil Tebing Sungai Linggi, Mukim Linggi, Daerah Port Dickson

(CH750 dan CH800)

Perkara Saluran Yang Terlibat

Tahun 2008 (Sebelum aktiviti

pengambilan pasir dijalankan)

Tahun 2009 (Selepas aktiviti

pengambilan pasir dijalankan)

Pertambahan

Kelebaran Sungai

CH750 25.90m 58.92m 33.02m

CH800 23.34m 60.3m 36.96m

Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan

Analisis perubahan kelebaran sungai pada CH750 bagi tahun 2008 dan 2009 dapat dilihat di Foto 3.14 dan Foto 3.15 yang menunjukkan lebar sungai pada tahun 2008 iaitu sebelum aktiviti pengambilan pasir dijalankan adalah 25.90 meter pada CH750 dan 23.34m pada CH800. Namun begitu, ia menjadi 58.92 meter lebar pada CH750 dan 60.30m pada CH800 bagi tahun 2009 iaitu selepas aktiviti pengambilan pasir dijalankan di kawasan tersebut. Akibatnya rejim asal sungai telah berubah dan rizab tebing asal telah menjadi sungai. Ini menyebabkan penyenggaraan tebing tidak dapat dilakukan oleh JPSNS.

Foto 3.14 Lebar Sungai Linggi, Mukim Linggi, Daerah

Port Dickson (CH750 - CH800) Pada 24 September 2008

Foto 3.15 Lebar Sungai Linggi, Mukim Linggi, Daerah

Port Dickson (CH750 - CH800) Pada 23 Julai 2009

Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan

Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan

Aktiviti pengorekan pasir boleh mengakibatkan hakisan di tebing sungai dan runtuhan tanah ke dalam sungai yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemendapan tanah di kawasan pengambilan pasir seperti di Foto 3.16 dan Foto 3.17. Pemendapan tanah akan mengganggu arah aliran air sungai di mana air sungai tidak dapat mengalir mengikut kelazimannya kerana terdapat halangan seperti tanah dan pasir yang menyekat laluan air.

CH750 Lebar sungai 25.90m

CH800Lebar sungai 23.34m

CH750Lebar sungai 58.92m

CH800Lebar sungai 60.30m

JD134790 Teks 1.indd 27JD134790 Teks 1.indd 27 10/13/10 5:38:18 PM10/13/10 5:38:18 PM

Page 45: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

28

Foto 3.16

Pemendapan Tanah Berpunca Daripada Aktiviti Pengambilan Pasir

Foto 3.17 Pemendapan Tanah Berpunca Daripada

Aktiviti Pengambilan Pasir

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Sungai Linggi, Kampung Permatang Pasir,

Daerah Seremban Tarikh : 6 Oktober 2009

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Sungai Linggi, Kampung Pasir,Mukim

Rantau, Daerah Seremban Tarikh : 8 Oktober 2009

JPSNS memaklumkan pemantauan syarat teknikal dilaksanakan oleh juruteknik JPSNS di peringkat daerah. Tindakan akan diambil untuk memastikan syarat teknikal dipatuhi dan seterusnya akan melaporkan kepada agensi yang boleh mengambil tindakan ke atas perkara yang di luar bidang JPSNS.

Pada pendapat Audit, pematuhan kepada syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir oleh pengusaha adalah tidak memuaskan dan kurang pemantauan oleh JPSNS. Ini menyebabkan kualiti air sungai menurun pada tahap tercemar, kerosakan tebing sungai, aras dasar tebing serta rizab sungai terjejas dan memberi impak kepada rejim sungai. 3.4.2 Pengambilan Pasir Tanpa Permit Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 menetapkan kuasa untuk mengeluarkan permit bagi tujuan mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan dari tanah kerajaan adalah kepada Pentadbir Tanah. KTN melalui peruntukan seksyen 429B (1) dan (2) telah memberi kuasa kepada Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) atau Pentadbir Tanah Daerah (PDT) untuk mengenakan kompaun kepada kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri. Semakan Audit terhadap kawasan yang terlibat dengan aduan pengambilan pasir tanpa permit di PDT Seremban adalah seperti di Jadual 3.6.

JD134790 Teks 1.indd 28JD134790 Teks 1.indd 28 10/13/10 5:38:19 PM10/13/10 5:38:19 PM

Page 46: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

29

Jadual 3.6 Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan Pengambilan Pasir Tanpa Permit

Negeri Sembilan Bagi Tempoh Tahun 2007 Hingga Tahun 2009 Bil. Tarikh Aduan Tempat/ Daerah 1. 18.6.2009 Kg. Ulu, Mukim Rantau, Daerah Seremban. 2. 8.5.2009 Kg. Pasir Tengah, Siliau, Seremban. 3. 23.2.2009 Sungai Kepayang, Daerah Seremban 4. 20.1.2009 Kg. Seri Lalang Simin, Mukim Rantau, Daerah Seremban. 5. 9.12.2008 Sg. Chelet Kg. Bukit Kadir Nilai, Daerah Seremban 6. 1.12.2008 Sungai Jimah, Kg. Jimah, Daerah Port Dickson. 7. 9.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban. 8. 22.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban. 9. 23.4.2008 Sungai Pajam, Mantin, Seremban 10. 19.10.2007 Sungai Linggi, Daerah Seremban. 11. 9.5.2007 Jalan Labu, Daerah Seremban 12. 21.2.2007 Kg. Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban.

Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan Pengambilan pasir tanpa permit akan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri kerana hasil royalti daripada pengeluaran pasir yang tidak dapat dikutip dan tiada pihak yang akan bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat aktiviti yang telah dijalankan. Foto 3.18 menunjukkan antara kawasan pencerobohan aktiviti pengambilan pasir.

Foto 3.18 Aktiviti Pengambilan Pasir Tanpa Permit

Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah Seremban Lokasi : Sungai Lenggeng, Daerah Seremban Tarikh : 11 Disember 2009

Bagaimanapun, pihak JASNS, PDT dan JPSNS telah mengambil tindakan terhadap aduan-aduan orang awam. Di antara tindakan yang telah diambil adalah seperti di Jadual 3.7.

JD134790 Teks 1.indd 29JD134790 Teks 1.indd 29 10/13/10 5:38:20 PM10/13/10 5:38:20 PM

Page 47: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

30

Jadual 3.7 Tindakan Yang Telah Diambil Oleh Jabatan Berkaitan Terhadap Aduan Awam

Bil. Jenis Aduan No. Rujukan Tindakan

1. Kecurian pasir di Sungai Kepayang, Seremban.

(57)dlm.JPS.S 7/1 JLD.3 bertarikh 23.2.2009 (Sumber : JPSNS)

Lawatan & siasatan telah dilakukan pada 19.02.2009. JPSNS akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

2. Pengambilan pasir sungai secara haram di Rantau.

(22)dlm.JPS.S.117/21 bertarikh 20.1.2009 (Sumber : JPSNS)

JPSNS telah menjalankan siasatan pada 15.01.2009 dan memanjangkan surat aduan kepada PDT untuk siasatan selanjutnya.

3. Pengambilan pasir sungai tanpa permit, daerah Seremban.

(23) JPSN.NS.216/1/2/-1 Jld.3 bertarikh 19.10.2007 (Sumber : JPSNS)

JPSNS telah menjalankan siasatan pada 24.09.2009 dan memanjangkan surat aduan kepada PDT untuk tindakan selanjutnya.

4. Pengambilan pasir sungai secara haram di Labu, Seremban.

(47) dlm JPS.S 173/10 Jld.3 bertarikh 21.2.2007 (Sumber : JPSNS)

JPSNS telah menjalankan siasatan dan meminta PDT menetapkan tarikh untuk menjalankan siasatan bersama pada 15.02.2007.

5.

Pengambilan pasir secara haram di Sg. Chelet Kg. Bukit Kadir Nilai.

(33)dlm. JPS.S 7/1 Jld. 5 bertarikh 9.12.2008 (Sumber : JPSNS)

JPSNS telah menjalankan siasatan pada 4.12.2010 dan memanjangkan surat aduan kepada PDT untuk siasatan selanjutnya

6. Pengambilan pasir tanpa permit di Labu, Seremban.

Bil(12) dlm PTS 1/100/07/02 bertarikh 9.9.2008 (Sumber : PDT Seremban)

PDT telah menjalankan siasatan pada 8.09.2008 seterusnya memanjangkan surat aduan kepada JPSNS dan PTGNS untuk siasatan selanjutnya.

7. Pengambilan pasir tanpa permit di Labu, Seremban.

ASNS (B) 31/110/602/001 Jld.22(067) bertarikh 9.3.2007 (Sumber : JASNS)

JASNS telah menjalankan siasatan pada 22.02.2007 dan 27.02.2007, dan mendapati telah berlaku runtuhan benteng yang dibina pada tebing sungai terbabit. Aduan dipanjangkan kepada JPSNS dan PDT untuk tindakan sewajarnya mengikut bidangkuasa masing-masing.

8.

Pengambilan pasir tanpa permit di Kampung Rawa Lenggeng Seremban.

Laporan dalam Berita Harian bertarikh 1.6.2009 (Sumber: Berita Harian dan PTGNS)

PTGNS merampas empat lori dan telah mengenakan kompaun berjumlah RM14,000 bagi empat buah lori tersebut.

Pada pendapat Audit, aduan aktiviti pengambilan pasir tanpa permit telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT. 3.4.3 Pemantauan Dan Penguatkuasaan Alam Sekitar Berhubung Aktiviti

Pengambilan Pasir Aktiviti pengambilan pasir hendaklah dipantau dan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada serta peraturan yang berhubungkait dengan aktiviti pengambilan pasir perlu dilaksanakan untuk pemeliharaan alam sekitar. Program penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh PTGNS, PDT, JPSNS, JASNS dan Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) adalah seperti di Jadual 3.8.

JD134790 Teks 1.indd 30JD134790 Teks 1.indd 30 10/13/10 5:38:21 PM10/13/10 5:38:21 PM

Page 48: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

31

Jadual 3.8 Pelaksanaan Penguatkuasaan Dan Pemantauan Oleh Jabatan Yang Berkaitan

Bil. Pejabat / Jabatan Pelaksanaan Penguatkuasaan Dan Pemantauan

1. Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Sembilan Rondaan secara mengejut setiap masa dan bersepadu dengan Jabatan lain di kawasan pengambilan pasir.

2. Pejabat Tanah Dan Daerah Berdasarkan aduan awam dan rondaan secara berjadual.

3. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan Berdasarkan aduan awam dan rondaan secara berjadual.

4. Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Berkala dan berdasarkan aduan awam dan rondaan secara berjadual.

5. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Berdasarkan aduan bagi aktiviti yang tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

6. Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan Berdasarkan aduan.

Hasil daripada pemeriksaan dan lawatan Audit ke atas pihak yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang berkenaan dengan pengambilan pasir ini mendapati: a) Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) adalah di bawah BKSANS yang berfungsi untuk

menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan dengan berkesan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam serta hal pindaan, penggubalan yang berkaitan dengan perundangan di bawah Akta Air. Antara peruntukan di bawah Akta Air yang membolehkan tindakan perundangan diambil oleh BKSANS ke atas kerosakan alam sekitar adalah seperti berikut :

Section 4 Restoration of river banks. Section 5 Prohibition of acts affecting rivers, except under license. Section 7 Prohibition of diversion or abstraction of water from rivers, except under

license. Section 7A Prohibition of pollutions of rivers. Section 16 Power to put a stop to and remedy illegal acts.

Semakan Audit mendapati penguatkuasaan terhadap seksyen dalam Akta Air belum dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan kerana pengisian perjawatan bagi Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS belum dilaksanakan. Setakat 5 Ogos 2009, BKSANS hanya mempunyai tujuh pegawai berbanding dengan 26 pegawai sebagaimana yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) pada Julai 2009. Kesannya, aktiviti penguatkuasaan ke atas Akta Air yang telah berkuatkuasa tidak dapat dilaksanakan dan Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS tidak dapat berfungsi sepertimana yang telah ditetapkan. Maklumbalas daripada BKSANS menyatakan bahawa penguatkuasaan belum dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana peraturan kawalan pencemaran sedang dirangka dan belum diwartakan bagi pencemaran-pencemaran yang memerlukan pembuktian secara saintifik. Satu persetujuan telah dicapai dengan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri untuk

JD134790 Teks 1.indd 31JD134790 Teks 1.indd 31 10/13/10 5:38:21 PM10/13/10 5:38:21 PM

Page 49: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

32

mengadakan Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air di Negeri Sembilan. Jawatankuasa ini akan membincangkan mekanisme yang berkesan untuk melindungi sumber air dan akan dihadiri oleh Jabatan dan Agensi yang mempunyai kaitan dengan air. Sementara Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air Negeri Sembilan telah dibentuk dengan mesyuarat pertama pada 22 Julai 2010 bagi membincangkan isu pencemaran sungai. Melalui Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air, Jawatankuasa Kerja Kawalan Pencemaran Negeri Sembilan telah dibentuk untuk menangani isu kualiti air mentah termasuklah pencemaran disebabkan oleh perlombongan pasir. Pada pendapat Audit, Kerajaan Negeri melalui BKSANS perlu segera memperkasakan keupayaannya untuk mengelakkan lebih banyak lagi kes pencemaran sumber air mentah.

b) Perjanjian Pengambilan Pasir Tidak Ditandatangani

Mengikut Garis Panduan untuk memproses permohonan dan menetapkan syarat-syarat pengambilan pasir sungai, pengusaha adalah dikehendaki menandatangani surat perjanjian bersetuju untuk mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan kepadanya sebelum pembayaran deposit dijelaskan.

Semakan Audit mendapati kesemua pengusaha di tujuh lokasi pengambilan pasir tidak menandatangani perjanjian dengan pihak JPSNS. Akibatnya, sebarang kerosakan seperti tebing runtuh akibat daripada kualiti kerja yang tidak sempurna tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada pengusaha. Tanpa perjanjian rasmi, JPSNS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pengusaha yang telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. JPSNS dalam maklumbalasnya menyatakan sedang menyediakan draf perjanjian untuk disemak oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dan akan digunapakai selepas diluluskan. Pada pendapat Audit, walaupun JPSNS tidak diberi kuasa perundangan untuk menarik balik atau menggantung permit namun melalui penguatkuasaan surat perjanjian tersebut ia telah memberi hak dan kuasa kepada JPSNS untuk bertindak berdasarkan perjanjian.

c) Aduan Dan Laporan Media Mengenai Pencemaran Yang Berpunca Daripada Aktiviti Pengambilan Pasir JPSNS, JASNS dan PDT adalah agensi yang kerap menerima aduan mengenai kemusnahan, kerosakan dan pencemaran akibat daripada aktiviti pengambilan pasir.

JD134790 Teks 1.indd 32JD134790 Teks 1.indd 32 10/13/10 5:38:21 PM10/13/10 5:38:21 PM

Page 50: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

33

Semakan Audit mendapati terdapat aduan daripada orang awam dan agensi kerajaan mengenai pencemaran yang disebabkan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan. Antara aduan yang diterima dan laporan media adalah seperti di Foto 3.19 hingga Foto 3.24. Aduan yang diterima oleh JPSNS dan JASNS dan laporan media mendapati beberapa aduan seperti kekeruhan air sungai, pencemaran kelodak dan hakisan tebing telah berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan yang diakibatkan oleh pengambilan pasir.

Foto 3.19 Aduan Pencemaran Air Di Sungai

Ngoi-Ngoi

Foto 3.20 Aduan Pencemaran Air Di Sungai Linggi,

Daerah Port Dickson

Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan Tarikh : 18 Mac 2009

Sumber : Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Tarikh : 19 Januari 2009

Foto 3.21

Aduan Daripada Loji Rawatan Air Sungai TeripFoto 3.22

Aduan Pencemaran Kelodak Di Sungai Batang Penar

Sumber : Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Tarikh : 9 Januari 2009

Sumber : Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Tarikh : 21 Januari 2009

ADUAN PENCEMARAN SUNGAI NGOI-NGOI, MUKIM PANTAI, SEREMBAN AKIBAT AKTIVITI

PENGAMBILAN PASIR

ADUAN PENCEMARAN KELODAK BERWARNA HITAM DI SUNGAI LINGGI BERHAMPIRAN PEKAN

LINGGI, PORT DICKSON

PENCEMARAN AIR BERKELODAK DI ‘INTAKE POINT’ LOJI AIR SG. TERIP

TELAH BERLARUTAN 4 BULAN ADUAN PENCEMARAN KELODAK DI

SUNGAI BATANG PENAR

JD134790 Teks 1.indd 33JD134790 Teks 1.indd 33 10/13/10 5:38:23 PM10/13/10 5:38:23 PM

Page 51: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

34

Foto 3.23 Keratan Akhbar Tentang

Hakisan Dan Keruntuhan Tebing Sungai

Foto 3.24 Keratan Akhbar Tentang Kerja Pengorekan

Pasir yang Menjejaskan Penduduk

Sumber : Akhbar Sinar Harian Tarikh :13 November 2008

Sumber : Akhbar Sinar Harian Tarikh : 30 Julai 2008

Pada pendapat Audit, aduan dan laporan media mengenai pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pengambilan pasir didapati telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS dan PDT. 3.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Perkara ini berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan dan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan serta pemantauan yang kurang berkesan. Sehubungan dengan itu disyorkan supaya perkara berikut diberi perhatian oleh JPSNS, JASNS, PDT, PTGNS dan BKSANS untuk penambahbaikan terhadap pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan: a) Pemantauan dan penguatkuasaan perlu dijalankan oleh JPSNS, PTGNS dan PDT di

kawasan pengambilan pasir dengan lebih efektif untuk membendung pencemaran alam sekitar. Semua pihak perlu memastikan tiada kelewatan bertindak terhadap pengusaha yang menyebabkan kemusnahan dan pencemaran.

b) JASNS perlu dimaklumkan oleh PDT atau PTGNS mengenai pengusaha yang telah diberi permit untuk tujuan penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan isu pencemaran sumber air dan masalah berkaitan kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh perlombongan dan pengambilan pasir dapat dipantau. Ini memandangkan jadual program penguatkuasaan tahunan JASNS adalah bagi premis dan aktiviti di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penialaian Kesan Kepada Kualiti Alam Sekeliling) 1987 dan lain-lain peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

c) Koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT untuk bertindak dalam menangani masalah aktiviti pengambilan pasir tanpa permit perlu dipertingkatkan.

AKTIVITI KOREK PASIR HAKIS TEBING SUNGAI SETUL, MANTIN

AKTIVITI MENGOREK PASIR YANG BERLELUASA DI SEPANJANG SUNGAI

REMBAU DIDAKWA MENYEBABKAN SUNGAI TERCEMAR DAN MEMBERI KESAN KEPADA

KEHIDUPAN SEHARIAN PENDUDUK

JD134790 Teks 1.indd 34JD134790 Teks 1.indd 34 10/13/10 5:38:24 PM10/13/10 5:38:24 PM

Page 52: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

35

d) BKSANS melalui bidang kuasanya perlu melaksanakan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) antaranya dengan melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam.

e) Pengisian perjawatan BKSANS perlu diisi sepenuhnya agar ia dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif penubuhannya. Selain itu, bagi memantapkan lagi operasi penguatkuasa perundangan, BKSANS perlu memastikan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) yang sekian lama berkuatkuasa dipraktikkan dengan membuat perancangan bersepadu dengan Agensi Kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan dalam merangka peraturan yang berkaitan. Kerjasama dengan perunding alam sekitar, badan profesional dan pertubuhan bukan Kerajaan yang terlibat dengan alam sekitar adalah diperlukan.

f) Bagi melindungi kepentingan Kerajaan, JPSNS perlu memastikan surat perjanjian dipatuhi seperti di dalam Syarat Pentadbiran Pengambilan Pasir. Selain itu, bagi memastikan surat perjanjian yang lengkap, teratur dan menepati kehendak perundangan maka ia hendaklah dikemukakan kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk semakan dan kelulusan. Selain itu, koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT dalam bertindak untuk memastikan syarat perjanjian dipatuhi seperti di dalam surat perjanjian peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dipatuhi pengusaha sebelum dan semasa aktiviti pengambilan pasir dijalankan perlu dipertingkatkan.

JD134790 Teks 1.indd 35JD134790 Teks 1.indd 35 10/13/10 5:38:25 PM10/13/10 5:38:25 PM

Page 53: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

36

MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

4. PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR

4.1 LATAR BELAKANG 4.1.1 MPPD mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi atau 54.18 batu persegi. Ia meliputi Mukim Port Dickson, Jimah, Pasir Panjang, Linggi dan Si Rusa. Kawasan MPPD dibahagikan kepada dua kawasan dari segi pentadbiran iaitu Kawasan Operasi dan Kawasan Kawalan. Kawasan operasinya adalah seluas 35.87 km persegi manakala kawasan kawalan pula seluas 104.45 km persegi. Bandar Port Dickson merupakan salah satu bandar peranginan dan kawasan tarikan pelancong yang terkenal di Malaysia kerana pantainya yang landai, bersih dan cantik. Visi MPPD adalah untuk mewujudkan persekitaran hidup yang lengkap dan berkualiti bagi kesejahteraan semua lapisan masyarakat menjelang tahun 2015. Di samping itu, MPPD juga berfungsi dalam melaksanakan perancangan yang dinamik dengan mempergiatkan dan memperkukuhkan kemudahan fizikal, sistem, sosial dan ekonomi serta alam sekitar. Sebelum pengurusan pembersihan dan sisa pepejal diswastakan, pihak MPPD bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkhidmatan berkenaan. 4.1.2 Selaras dengan arahan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pengurusan pembersihan di MPPD telah diswastakan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal. Perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di MPPD telah diswastakan kepada SWM Environment Sdn. Bhd. (SWMESB). Perjanjian di antara MPPD dan SWMESB telah ditandatangani pada 31 Disember 2002 dan ia perlu diperbaharui setiap 12 bulan sehingga penswastaan dilaksanakan sepenuhnya. Sehingga kini pelaksanaan perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di Negeri Sembilan adalah secara interim. Pembahagian kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal adalah mengikut pembahagian kawasan. 4.1.3 Aktiviti yang dilaksanakan oleh SWMESB bagi kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal adalah meliputi mukim Jimah, Linggi, Pasir Panjang, Port Dickson dan Si Rusa. Perkhidmatan yang diberikan oleh SWMESB adalah mengutip dan melupuskan sisa pepejal, membersihkan longkang, jalan, pasar awam, tapak pasar malam, pembersihan tapak pelupusan haram, pemotongan rumput dan penyenggaraan tapak pelupusan. Bagi tahun 2007 sehingga 2009, MPPD telah memperuntukkan sejumlah RM22.50 juta untuk kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di mana sejumlah RM19.30 juta atau 85.8% telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

JD134790 Teks 1.indd 36JD134790 Teks 1.indd 36 10/13/10 5:38:26 PM10/13/10 5:38:26 PM

Page 54: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

37

4.1.4 Terdapat dua tapak pelupusan sisa pepejal yang diselia oleh pihak MPPD iaitu di Sua Betong, Mukim Si Rusa Port Dickson dan Bukit Palong di Jalan Sepang-Port Dickson. Manakala satu tapak cadangan di Tanah Merah, Jalan Sepang adalah bagi menggantikan tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Palong. a) Tapak pelupusan sisa pepejal Sua Betong telah wujud sebelum merdeka dan

merupakan tanah rata dan berpaya. Tanah ini adalah hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan telah pun ditutup pada 1 Ogos 2008. Projek Penutupan Selamat dan Pemulihan Tapak yang dilaksanakan oleh Cypark Resources Berhad, kontraktor lantikan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah bermula pada 24 Ogos 2009 dan dijangka selesai pada November 2011.

Antara aktiviti yang dijalankan di bekas tapak pelupusan tersebut adalah kerja ukur

tanah, kajian struktur tapak, kerja merata dan membuat saliran baru, memasang lapisan kalis air diatas permukaan tapak, menanam rumput, menanam paip pengudaraan, dan membina kolam takungan larutan resap. Selepas tempoh pengawasan oleh kontraktor tamat, tapak ini akan diserah semula kepada pihak MPPD untuk tujuan penyenggaraan seperti pembersihan kawasan termasuk kerja pemotongan rumput dan pengawasan tapak sehingga ke satu masa yang sesuai sebagai taman rekreasi atau kemudahan bersukan. Jangkamasa yang diambil bagi membolehkan tapak tersebut digunakan semula adalah 20 tahun.

b) Tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Palong telah mula beroperasi semenjak tahun

1970-an dan menerima bahan buangan seperti sisa pepejal domestik, industri tidak bertoksik dan sisa landskap dari daerah Port Dickson. Oleh kerana tapak pelupusan di Chembong, Rembau tidak mampu lagi menampung sisa pepejal dari kawasan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), pada Mei 2006, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menggunakan tapak pelupusan Bukit Palong sebagai alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut. Tapak pelupusan ini menerima hampir 7,300 tan sisa pepejal sebulan dari daerah Seremban berbanding hampir 2,600 tan sisa pepejal dari daerah Port Dickson. Tapak ini telah menghampiri tahap maksima dan dalam proses penutupan selamat di bawah JPSPN secara berperingkat bermula pada 24 Ogos 2009.

c) Kerajaan Negeri Sembilan telah mengenalpasti kawasan seluas 65 hektar di atas

sebahagian Lot 7212 (PT 0003732), Ladang Tanah Merah, Mukim Jimah, Port Dickson sebagai tapak pelupusan sisa pepejal bersebelahan dengan tapak Pelupusan Sisa Berjadual, Bukit Nenas (Kualiti Alam) yang telah dibangunkan. Jarak tapak cadangan dari bandar Seremban adalah lebih kurang 20km. Cadangan tapak baru ini adalah bagi menggantikan tapak pelupusan sedia ada di tapak pelupusan Bukit Palong di Port Dickson, Pajam di Nilai dan Chembong di Rembau.

JD134790 Teks 1.indd 37JD134790 Teks 1.indd 37 10/13/10 5:38:26 PM10/13/10 5:38:26 PM

Page 55: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

38

Peta 4.1 menunjukkan kedudukan Tapak Cadangan Bagi Tapak Pelupusan Sanitari Tanah Merah.

Peta 4.1

Sumber: Rekod Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan

4.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan sisa pepejal

dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan selaras dengan matlamat yang ditetapkan dengan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. 4.3 SKOP DAN KEDAH PENGAUDITAN

Pengauditan ini adalah meliputi tempoh bagi tahun 2007 hingga 2009 bagi tujuan

pengurusan sisa pepejal dan kesan terhadap alam sekitar di MPPD. Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak perjanjian dan rekod seperti jadual kerja, aduan awam, baucar bayaran serta fail yang berkaitan. Temu bual, perbincangan dan khidmat kepakaran dengan pegawai yang terlibat juga diadakan bagi mengesahkan maklumat yang ditemui. Selain itu, lawatan Audit juga dilakukan ke tapak pelupusan sisa pepejal, kawasan perumahan, premis perniagaan, Ibu pejabat SWMESB di Seremban, Unit Operasi SWMESB di Lukut, Port Dickson, Unit Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (UPKT) dan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (JPBD). Di samping itu, borang soal selidik diedarkan kepada orang awam bagi mendapatkan maklum balas dan pendapat tentang mutu perkhidmatan yang diberikan oleh SWMESB serta tindakan daripada pihak MPPD. 4.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang telah dijalankan antara bulan Oktober 2009 hingga Februari 2010

mendapati pada keseluruhannya pengurusan sisa pepejal di Port Dickson adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah ketiadaaan kolam takungan larutan resap, longgokan sisa pepejal secara haram yang gagal dikutip oleh SWMESB, tempoh perjanjian konsesi yang telah luput selama tujuh tahun dan ketiadaan kemudahan asas di

JD134790 Teks 1.indd 38JD134790 Teks 1.indd 38 10/13/10 5:38:26 PM10/13/10 5:38:26 PM

Page 56: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

39

tapak pelupusan. Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang ditemui adalah seperti di perenggan berikut:

4.4.1 Prestasi Kerja Kutipan Sisa Pepejal Oleh SWMESB a) Sisa Pepejal Secara Haram Tidak Dikutip

MPPD adalah bertanggungjawab untuk memastikan kawasan di bawah pentadbirannya bersih selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 73 (1)(a)(ii) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Perjanjian Pengurusan Sisa Pepejal antara MPPD dan SWMESB telah menetapkan di bawah Jadual 1, adalah menjadi tanggungjawab SWMESB untuk membersihkan sisa pepejal yang dibuang secara haram. Lawatan Audit pada 4 November 2009 mendapati dua lokasi iaitu di Bukit Tuan Sheikh dan Taman Tiara, Port Dickson telah digunakan sebagai longgokan sisa pepejal secara haram sejak tahun 2008 dan tiada tindakan pembersihan diambil oleh SWMESB. Longgokan ini terdiri daripada pelbagai jenis sisa pepejal termasuk besi buruk, sisa binaan serta perabot dan peralatan rumah. Aktiviti pembuangan sisa pepejal secara haram ini mencacatkan pemandangan Bandar Port Dickson secara amnya yang terkenal sebagai bandar pelancongan. Selain daripada itu, longgokan sisa pepejal di Taman Tiara menjadi tempat pembiakan nyamuk dan berbau busuk. Pihak Audit telah melakukan lawatan susulan pada 1 Februari 2010 ke tempat yang sama bagi memastikan sama ada tindakan telah diambil oleh kontraktor atau MPPD. Bagaimanapun pihak Audit mendapati pembuangan sisa pepejal secara haram masih berlaku dan pembakaran terbuka juga dilakukan di tempat tersebut. Foto sebelum dan selepas lawatan Audit ke lokasi berkaitan adalah seperti di Foto 4.1 hingga Foto 4.4.

Foto 4.1 Dan Foto 4.2 Perabot Dan Peralatan Rumah Yang Dibuang Oleh Orang Awam

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Bukit Tuan Sheikh, Port Dickson Tarikh : 4 November 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Bukit Tuan Sheikh,Port Dickson Tarikh : 01 Februari 2010

Sebelum Selepas

JD134790 Teks 1.indd 39JD134790 Teks 1.indd 39 10/13/10 5:38:28 PM10/13/10 5:38:28 PM

Page 57: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

40

Foto 4.3 Longgokan Sisa Pepejal

Menyebabkan Takungan Air Berbau

Foto 4.4 Longgokan Sisa Pepejal Telah

Dibakar Secara terbuka

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Taman Tiara, Port Dickson Tarikh : 4 November 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Taman Tiara, Port Dickson Tarikh : 1 Februari 2010

Jadual 4.1 menunjukkan statistik kejadian penyakit denggi dan malaria yang diperolehi daripada Pejabat Kesihatan Port Dickson bagi tahun 2007, 2008 dan 2009. Hasil maklum balas daripada Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson menyatakan bahawa antara punca berlakunya penyebaran penyakit bawaan vektor adalah persekitaran yang kotor dan tempat takungan air jernih menjadi tempat pembiakan nyamuk. Walaupun bilangan kes penyakit denggi dan malaria semakin berkurangan, tetapi bilangan kes yang berlaku masih membimbangkan. Tindakan pengurusan pembuangan sisa pepejal secara teratur dapat mengurangkan kes denggi dan malaria di Daerah Port Dickson.

Jadual 4.1 Statistik Penyakit Denggi Dan Malaria Di Daerah Port Dickson

Penyakit Bilangan Kes 2007 2008 2009

Denggi 162 119 99 Malaria 0 2 1 Jumlah 162 121 100

Sumber: Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Port Dickson & CDCIS (e-notis) Jadual 4.2 di bawah menunjukkan statistik pengeluaran kompaun oleh MPPD atas kesalahan membuang sampah di tempat awam di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran Majlis Daerah Port Dickson 1986 bagi tahun 2007 hingga 2009.

Jadual 4.2 Statistik Kompaun Yang Dikeluarkan

Tahun Bilangan Kompaun 2007 34 2008 35 2009 48

Sumber: MPPD

Sebelum Selepas

JD134790 Teks 1.indd 40JD134790 Teks 1.indd 40 10/13/10 5:38:30 PM10/13/10 5:38:30 PM

Page 58: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

41

b) Longgokan Sisa Bahan Binaan Tidak Dikutip Sepenuhnya Mengikut perjanjian kontrak, SWMESB adalah bertanggungjawab untuk memungut dan mengangkut semua sisa pepejal termasuklah sisa bahan binaan di kawasan zon operasi mereka. Pemeriksaan Audit berhampiran Muzium Kota Lukut pada 4 November 2009 mendapati longgokan sisa bahan binaan tidak dikutip dengan sempurna oleh SWMESB seperti di Foto 4.5. Pihak Audit juga mendapati tanda amaran ada dipamerkan di kawasan berkenaan oleh MPPD. Bagaimanapun, orang awam masih melakukan aktiviti pembuangan sisa pepejal secara haram. Lawatan susulan pihak Audit pada 1 Februari 2010 mendapati sisa bahan binaan tersebut telah dibakar seperti di Foto 4.6. Manakala penemuan di Taman PD Utama, Port Dickson menunjukkan pembuangan perabot dan peralatan rumah di tepi jalan seperti di Foto 4.7.

Foto 4.5 Longgokan Sisa Bahan Binaan Tidak Dikutip

Foto 4.6 Longgokan Sisa Bahan Binaan Dibakar

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Berdekatan Muzium Kota Lukut, Port Dickson Tarikh : 4 November 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Berdekatan Muzium Kota Lukut,Port Dickson Tarikh : 1 Febuari 2010

Foto 4.7

Longgokan Perabot Di Kediaman Awam

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Taman PD Utama, Port Dickson Tarikh : 1 Februari 2010

Sebelum Selepas

JD134790 Teks 1.indd 41JD134790 Teks 1.indd 41 10/13/10 5:38:32 PM10/13/10 5:38:32 PM

Page 59: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

42

Kelemahan penguatkuasaan pihak SWMESB dalam membersihkan kawasan pembuangan sisa pepejal secara haram di Bandar Port Dickson telah menyebabkan kawasan persekitaran tidak bersih serta menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam.

c) Penilaian Mutu Perkhidmatan SWMESB

Bagi menilai tahap kepuasan pengguna terhadap mutu perkhidmatan dan pengurusan sisa pepejal oleh MPPD dan SWMESB di kawasan Port Dickson, sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada orang awam dan peniaga yang mana 89 telah dijawab.Soal selidik ini bertujuan untuk mendapat pandangan orang awam mengenai kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan. Hasil analisis terhadap maklum balas yang diterima daripada responden adalah seperti berikut: i) 23% responden menyatakan pungutan sisa pepejal tidak dibuat 3 kali seminggu. ii) 84% responden menyatakan tidak selesa kerana lelehan air kurasan keluar dari lori

kompaktor. iii) 49% responden memaklumkan sampah yang bertaburan tidak dipungut oleh

kontraktor. iv) 48% responden mengatakan tong sampah tidak diletakkan semula dalam keadaan

baik setelah ianya dikutip. v) 76% responden bersetuju bahawa tiada program kitar semula wujud di kediaman

mereka. vi) 68% responden tidak berpuas hati kerana tidak mengetahui jadual perkhidmatan

mengangkut sisa pepejal di kawasan mereka.

Maklum balas yang diterima menyatakan bahawa MPPD telah mensyaratkan kepada SWMESB untuk mengambil sisa pukal dua kali sebulan bagi mengatasi masalah ini. MPPD juga telah mengambil tindakan dengan menghantar peringatan kepada SWMESB untuk memantau agar pembakaran terbuka tidak berlaku lagi. Pada pendapat Audit, walaupun arahan kepada SWMESB telah dikeluarkan bagi membersihkan sisa pukal, penguatkuasaan oleh MPPD terhadap larangan pembuangan sisa pepejal secara haram perlu dijalankan dengan lebih berkesan dalam memberikan kesedaran kepada orang awam. Tindakan seperti denda dan kompaun perlu dikenakan kepada mereka yang terbukti menjalankan kegiatan tersebut.

4.4.2 Ketiadaan Kolam Takungan Larutan Resap Mengikut Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksik Dan Sisa Pepejal yang dikeluarkan oleh KPKT, kemudahan kolam takungan larutan resap hendaklah disediakan di setiap tapak pelupusan sisa pepejal dan tidak dilepaskan ke mana-mana alur air. Indeks Kualiti Air (IKAN) adalah standard yang digunakan oleh agensi alam sekitar untuk mengukur kebersihan dan kualiti bekalan air yang boleh digunakan untuk kegunaan domestik, akuakultur dan pengairan. Jadual 4.3 di bawah menunjukkan kelas kegunaan air.

JD134790 Teks 1.indd 42JD134790 Teks 1.indd 42 10/13/10 5:38:34 PM10/13/10 5:38:34 PM

Page 60: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

43

Jadual 4.3 Pengkelasan Kegunaan Air

Bil. Kelas Indeks Kualiti Air (IKA) Kelas Kegunaan Air

1. Kelas I >92.7 Pemeliharaan untuk persekitaran semulajadi Bekalan Air I – secara praktiknya tidak memerlukan rawatan

2. Kelas II A 85.0 – 92.7 Bekalan Air II – memerlukan rawatan konvensional

3. Kelas II B 76.5 – 85.0 Sesuai untuk aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan badan

4. Kelas III 51.9 – 76.5 Bekalan Air III – memerlukan rawatan yang sensitif

5. Kelas IV 31.0 – 51.9 Pengairan (Kualiti Air Tercemar)

6. Kelas V < 31.0 Kegunaan selain diatas (Kualiti Air Tercemar Teruk) Sumber: Rekod Jabatan Alam Sekitar, Negeri Sembilan

Manakala pengkelasan IKA berdasarkan parameter mengikut JAS adalah seperti di Jadual 4.4.

Jadual 4.4 Pengkelasan Indeks Kualiti Air Berdasarkan Parameter

Bil. Parameter Unit Kelas I II III IV V

1. Nitrogen Ammonia (AN) mg/l < 0.1 0.1 - 0.3 0.3 - 0.9 0.9 - 2.7 > 2.7

2. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) mg/l < 1 1- 3 3 - 6 6 - 12 >12

3. Keperluan Oksigen Kimia (COD) mg/l < 10 10 - 25 25 - 50 50 – 100 >100

4. Oksigen Terlarut (DO) mg/l > 7 5 - 7 3 - 5 1 - 3 <1

5. Jumlah Pepejal Terampai (TSS) mg/l <25 25 - 50 50 - 150 150 - 300 >300

Sumber: Rekod Jabatan Alam Sekitar, Negeri Sembilan

Lawatan Audit pada 19 Disember 2009 bersama pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke tapak pelupusan Bukit Palong mendapati berlaku pengaliran larutan resap dari tapak pelupusan ke alur air Sungai Sendayan yang berhampiran. Sampel air sungai berkenaan telah diambil oleh JAS untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia. Foto 4.8 di bawah menunjukkan aliran larutan resap dari tapak pelupusan Bukit Palong ke alur air Sungai Sendayan.

JD134790 Teks 1.indd 43JD134790 Teks 1.indd 43 10/13/10 5:38:35 PM10/13/10 5:38:35 PM

Page 61: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

44

Foto 4.8 Larutan Resap Yang Mengalir

Dari Tapak Pelupsan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Tapak pelupusan Bukit Palong Tarikh : 8 Disember 2010

Keputusan analisis terhadap sampel berkenaan pada 22 Januari 2010 menunjukkan bahawa pelepasan air dari tapak pelupusan tersebut adalah berada pada tahap tercemar, Kelas IV dengan bacaan 39 berdasarkan parameter Piawaian Sementara Standard Kualiti Air Kebangsaan (INWQS). Jadual 4.5 di bawah menunjukkan data keputusan analisis kimia pada persampelan air sungai di tapak pelupusan sisa pepejal Bukit Palong. Perbandingan keputusan ini dapat dilihat berpandukan Jadual 4.4 sebagai rujukan.

Jadual 4.5 Analisis Kimia Ke Atas Sampel Air Yang Diuji

Bil. Parameter Kepekatan Unit Kelas 1. Nitrogen Ammonia (AN) 20 mg/l V 2. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) 83 mg/l V

3. Keperluan Oksigen Kimia (COD) 111 mg/l V

4. Oksigen Terlarut (DO) 4.12 mg/l III

5. Jumlah Pepejal Terampai (TSS) 14 mg/l I

6. pH 6.64 - I Sumber: Rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan

Menurut pegawai JAS, analisis kimia pada tempat persampelan akan berubah sekiranya aliran alir bertambah akibat hujan. Oleh itu keputusan yang diterima di atas hanya membabitkan kawasan berhampiran tapak pelupusan. Maklum balas MPPD bertarikh 9 April 2010 menjelaskan MPPD dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah bekerjasama untuk melaksanakan Projek Penutupan Selamat bagi tapak pelupusan di Bukit Palong dan dijangka siap pada akhir 2011. Melalui projek ini, larutan resap akan disalurkan ke dalam dua buah kolam takungan untuk dirawat sebelum dilepaskan. Pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam akan membuat pemantauan selama 20 tahun bagi memastikan projek ini mengikut spesifikasi yang dirancang.

JD134790 Teks 1.indd 44JD134790 Teks 1.indd 44 10/13/10 5:38:35 PM10/13/10 5:38:35 PM

Page 62: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

45

Pada pendapat Audit, pelepasan larutan resap sewajarnya diambil perhatian oleh MPPD bagi mengelakkan pencemaran air berlaku memandangkan aliran larutan resap tersebut menghala ke arah hilir Sungai Sendayan. 4.4.3 Ketiadaan Kemudahan Asas Di Tapak Pelupusan Standard Operating Procedure (SOP) berkenaan pungutan sisa pepejal di bawah perkara 7.3 menggariskan prosedur penggunaan kemudahan asas di tapak pelupusan hendaklah dipatuhi. SWESB bertanggungjawab memastikan kemudahan asas di tapak pelupusan disediakan dengan baik. Lawatan Audit pada 8 Februari 2010 mendapati tapak pelupusan Bukit Palong tidak mempunyai beberapa kemudahan asas yang diperlukan oleh setiap tapak pelupusan seperti ketiadaan washing bay yang perlu dilalui oleh lori kompaktor sebelum keluar dari kawasan tapak. Ini adalah perlu bagi membersihkan tayar dan mengelakkan sisa pepejal dibawa keluar dari kawasan. Selain itu pihak Audit juga mendapati weighing bridge yang digunakan bagi menimbang berat muatan sisa pepejal tidak dapat digunakan lagi kerana mengalami kerosakan seperti di Foto 4.9.

Foto 4.9 Weighing Bridge Rosak

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Tapak Pelupusan Bukit Palong Tarikh : 8 Febuari 2010 Maklumbalas MPPD menjelaskan kemudahan washing bay ada disediakan sebelum ini. Bagaimanapun, kemudahan ini tidak berfungsi kerana tembok penghadang takungan air telah pecah dan tindakan segera akan diambil bagi mengatasi masalah ini. Pihak MPPD juga menyatakan kemudahan weighing bridge telah berfungsi semula. Pada pendapat Audit, penyenggaraan tapak pelupusan di Bukit Palong adalah kurang memuaskan kerana kurangnya pemantauan oleh pihak MPPD. Walaupun tapak ini diuruskan secara konvensional, kemudahan asas seperti washing bay adalah diperlukan bagi memastikan tiada sisa pepejal yang dibawa keluar dari tapak pelupusan.

JD134790 Teks 1.indd 45JD134790 Teks 1.indd 45 10/13/10 5:38:36 PM10/13/10 5:38:36 PM

Page 63: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

46

4.4.4 Tempoh Perjanjian Konsesi Telah Luput Penswastaan bagi pelaksanaan perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di Negeri Sembilan telah terlaksana dengan termeterainya satu Perjanjian Interim yang dikenali sebagai Management Agreement For Solid Waste Operation di antara MPPD dan SWMESB yang telah ditandatangani pada 31 Disember 2002. Berdasarkan Term of Agreement, perjanjian akan diperbaharui setiap 12 bulan sehingga Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Seluruh Negara dimuktamadkan. Sehingga kini pelaksanaan perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di Port Dickson khasnya dan Negeri Sembilan amnya adalah secara interim. Pihak SWMESB telah beroperasi selama tujuh tahun dan perjanjian tersebut tidak pernah diperbaharui. Apabila ketidakpatuhan ini berlaku maka peraturan sedia ada membabitkan kedua-kedua pihak tidak sah kerana perjanjian telah luput. UPKT selaku penyelaras bagi seluruh Negeri Sembilan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan MPPD sewajarnya memastikan perkara ini tidak berlaku. Maklum balas menyatakan bahawa pihak MPPD akan mengambil tindakan menandatangani perjanjian baru dengan segera setelah mendapat persetujuan Penasihat Undang-undang Negeri. Pada pendapat Audit, untuk menjamin kepentingan MPPD dan SWMESB, perjanjian penswastaan perlulah diperbaharui setiap tahun seperti yang dikehendaki di dalam perjanjian. Ini bagi memastikan peraturan yang tertakluk di dalam perjanjian masih boleh digunapakai dan dipatuhi oleh pihak yang terlibat. 4.4.5 Tipping Fee Bagi Pembuangan Sisa Pepejal Dari Daerah Seremban Tidak

Dibuat Kepada SWMESB Merujuk kepada surat bertarikh 20 April 2006 rujukan Bil. (31) dlm SUKNS.200(05) 756/3 Klt. 2, mulai Mei 2006, sisa pepejal dari daerah Seremban dilupuskan di tapak pelupusan Bukit Palong setelah pihak Kerajaan Negeri Sembilan mendapati tapak pelupusan Chembong di Rembau telah tidak mampu lagi menampung sisa pepejal daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang berjumlah lebih kurang 300 tan sehari. Mulai tarikh berkenaan pihak MPPD akan membuat potongan sebanyak RM10 bagi setiap trip lori kompaktor yang masuk dari daerah Seremban daripada jumlah tuntutan yang perlu dibayar kepada SWMESB.

Semakan Audit mendapati MPPD telah mengarahkan SWMESB untuk menuntut potongan tipping fee kepada pihak MPS. Bagaimanapun, pihak MPPD tidak dapat mengemukakan arahan tersebut sebagai bukti pengesahan kepada pihak Audit. Sehingga tarikh pengauditan, tiada pembayaran dibuat oleh pihak MPS bagi tipping fee tersebut. Mengikut rekod SWMESB jumlah tunggakan yang perlu dibayar oleh MPS dari tahun 2006 sehingga November 2009 adalah berjumlah RM0.99 juta seperti di Jadual 4.6

JD134790 Teks 1.indd 46JD134790 Teks 1.indd 46 10/13/10 5:38:37 PM10/13/10 5:38:37 PM

Page 64: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

47

Jadual 4.6 Tunggakan Tipping Fee MPS Bagi Tempoh

Tahun 2006 Hingga November 2009

Pihak MPS dalam maklum balas bertarikh 12 Februari 2010 berhubung perkara ini menyatakan bahawa MPS tidak bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan oleh SWMESB kerana sebab-sebab berikut: a) Persetujuan untuk mengenakan tipping fee telah dibuat antara SWMESB dengan

MPPD. Pihak MPS tidak pernah dibawa berunding mahupun bersetuju membayar tipping fee tersebut. MPS juga tidak dimaklumkan lebih awal akan bayaran yang dikenakan sebelum perpindahan dibuat.

b) MPS tidak ada peruntukan khusus untuk membayar tipping fee kerana ia telah diambil kira di dalam perkiraan semasa pengambil alihan di bawah penswastaan secara interim oleh SWMESB sebelum ini.

c) MPS tidak pasti samada sisa pepejal yang dilupuskan tersebut adalah sisa pepejal yang dikutip dari kawasan MPS sahaja atau sebaliknya.

d) Perjanjian asal interim antara SWMESB dan MPS tidak dinyatakan secara khusus di mana-mana klausa tentang bayaran tipping fee seperti yang dituntut.

Maklum balas MPPD pada 9 April 2010 menyatakan bahawa kuantiti sisa pepejal dari Daerah Seremban yang terlalu banyak telah menyebabkan beberapa masalah wujud di tapak pelupusan Bukit Palong. Antaranya adalah masalah bau, kuantiti tanah latrit untuk menutup sisa pepejal tidak mencukupi dan tempoh hayat tapak berkurangan. Untuk mengatasi masalah bau, pihak MPPD telah mengenakan tipping fee kepada SWMESB untuk membeli tanah latrit bagi mengatasai masalah bau yang mencemari sekitar kawasan perumahan sekitar 5km radius. Mengikut Klausa 9, Perjanjian Penswastaan, SWMESB hanya akan menjalankan aktiviti yang telah dilakukan oleh MPPD sebelumnya. Menurut MPPD adalah tidak munasabah bagi pihaknya untuk menampung kos penyelenggaraan tapak yang juga diguna sama oleh MPS bagi melupuskan sisa pepejal dari kawasan MPS. MPPD berpendapat tunggakan kepada SWMESB adalah tidak wajar dibayar kerana wang tipping fee ini digunakan semula untuk membeli tanah latrit untuk menutup sisa pepejal yang dilupuskan di Bukit Palong. Pada pendapat Audit, sebarang caj tambahan yang dikenakan ke atas perkhidmatan SWMESB perlu dimaklumkan terlebih dahulu melalui perbincangan dan perjanjian bertulis.

Tahun Jumlah (RM)

2006 166,350

2007 308,970

2008 265,060

2009 249,640

Jumlah 990,020

JD134790 Teks 1.indd 47JD134790 Teks 1.indd 47 10/13/10 5:38:38 PM10/13/10 5:38:38 PM

Page 65: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

48

4.4.6 Pemantauan Oleh MPPD a) Pemantauan Aktiviti Pembersihan Dan Pelupusan Sisa Pepejal

Majlis di bawah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan melalui Unit Kawal Selia adalah bertanggungjawab menyelia dan mengesahkan jadual kerja bulanan SWMESB. Semua aktiviti berkaitan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal yang dilakukan oleh SWMESB akan dipantau oleh unit ini melalui lawatan dan rondaan yang dilakukan. Laporan siap kerja bulanan akan dikeluarkan oleh pasukan kawal selia untuk memberi laporan kemajuan kerja kontraktor serta memberi ulasan bagi setiap pembayaran bulanan yang dikeluarkan kepada SWMESB. Semakan Audit mendapati tiada jadual khusus bagi rondaan dan pemantauan di Unit Kawal Selia dan rondaan dan pemantauan dilakukan hanya berdasarkan jadual perkhidmatan oleh SWMESB.

b) Pemantauan Aduan Awam

Bahagian Korporat dan Kemasyarakatan adalah bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan untuk menyelaras setiap aduan yang diterima dan menyalurkannya ke unit yang berkaitan serta menyediakan maklum balas kepada Biro Pengaduan Awam dan akses maklumat melalui Portal SUKNS. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan (JPPK) adalah bertanggungjawab ke atas setiap aduan yang berkaitan dengan sisa pepejal. Mengikut Piagam Pelanggan jabatan tersebut setiap aduan yang diterima akan disiasat dalam tempoh lima hari bekerja manakala hasil siasatan akan dikemukakan kepada Bahagian Korporat dan Kemasyarakatan (BKK). BKK akan menghantar maklum balas kepada pengadu dalam tempoh satu hari selepas siasatan dan tindakan dibuat. Kedudukan aduan yang diterima dan yang telah diselesaikan oleh JPPK dari tahun 2007 hingga 2009 adalah seperti di Jadual 4.7. Maklumat bagi tahun 2007 tidak dapat diperolehi kerana pertukaran pegawai yang mengendalikan maklumat aduan berkenaan.Jsaahun 2007

Jadual 4.7 Kedudukan Aduan Yang Diterima Dan Yang Telah Diselesaikan Oleh MPPD

Jenis Aduan Awam

Bilangan Kes Setakat 31 Disember 2009 2007 2008 2009

Terima Selesai % Terima Selesai % Terima Selesai % Pengurusan Sisa Pepejal TM* TM* TM* 32 32 100 91 91 100

TM* – Tiada Maklumat Sumber: Rekod Majlis Perbandaran Port Dickson Pada pendapat Audit pemantauan MPPD terhadap kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal yang dilaksanakan oleh SWMESB adalah tidak teratur. Ini adalah kerana tiada jadual khusus bagi rondaan dan pemantauan di Unit Kawal Selia MPPD.

JD134790 Teks 1.indd 48JD134790 Teks 1.indd 48 10/13/10 5:38:38 PM10/13/10 5:38:38 PM

Page 66: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

49

4.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pada pendapat Audit, pengurusan sisa pepejal oleh MPPD dan SWMESB adalah kurang memuaskan dari segi pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Bagaimanapun kesan terhadap alam sekitar di kawasan tapak pelupusan sisa pepejal adalah tidak begitu serius. Port Dickson merupakan kawasan pelancongan, oleh itu MPPD dan SWMESB perlu memperbaiki kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal supaya tidak menjejaskan kehadiran pelancong. Sehubungan dengan itu disyorkan supaya perkara berikut diberi perhatian oleh MPPD dan UPKT selaku penyelaras bagi program pengambil alihan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan untuk penambahbaikan terhadap pengurusan sisa pepejal di Port Dickson. a) Perjanjian pengambilalihan perlu diperbaharui setiap tahun sehingga Penswastaan

Pengurusan Sisa Pepejal Seluruh Negara dimuktamadkan. b) Mempergiatkan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap kesalahan

pembuangan sisa pepejal secara haram di tempat awam dan menambah bilangan papan tanda amaran di tempat yang strategik bagi menyedarkan orang awam berkenaan hukuman pembuangan secara haram.

c) MPPD perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi pembayaran tunggakan kepada SWMESB supaya pihak berkenaan dapat melaksanakan perkhimatan dengan lebih berkesan dan lancar serta dapat menjaga kebajikan pekerja. Pihak MPPD, MPS dan SWMESB membawa perkara ini ke pengetahuan pihak Kerajaan Negeri agar satu arahan bertulis dari Kerajaan Negeri diperolehi dengan menyatakan pihak yang harus dipertanggungjawabkan bagi menyelesaikan tuntutan yang telah dikemukakan bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan.

d) Pengurusan pelupusan sisa pepejal hendaklah mengikut Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa Pepejal dan memastikan air larutan resap dirawat sebelum dilepaskan.

e) Kempen Kitar Semula bahan buangan dipromosikan dengan lebih efektif dan prosedur bagi menjalankan kempen dipermudahkan untuk membolehkan penduduk mengambil bahagian secara aktif.

JD134790 Teks 1.indd 49JD134790 Teks 1.indd 49 10/13/10 5:38:38 PM10/13/10 5:38:38 PM

Page 67: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

50

MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN DAN MAJLIS PERBANDARAN NILAI

5. PENGURUSAN PENYENGGARAAN JALAN MAJLIS 5.1 LATAR BELAKANG 5.1.1 Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) adalah antara PBT di Negeri Sembilan yang bertanggungjawab menyedia dan menyenggara kemudahan-kemudahan asas untuk penduduk di kawasan pentadbiran Majlis. Jabatan Kejuruteraan merupakan antara Jabatan yang terpenting dan berperanan dalam melaksanakan penyenggaraan infrastruktur perbandaran seperti penyenggaran jalan, longkang, papan tanda, lampu jalan dan membaiki cerun. Dalam menjalankan kerja-kerja penyenggaraan jalan, MPS dan MPN juga mengguna pakai Arahan Teknik (Jalan) dan spesifikasi piawai yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) selain daripada arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Majlis dari semasa ke semasa. 5.1.2 Kaedah pemantauan yang dilakukan oleh MPS dan MPN bagi memastikan jalan di bawah senggaraan Majlis sentiasa berada dalam keadaan baik adalah seperti berikut: a) MPS membahagikan lapan kawasan pentadbirannya kepada tiga zon. Setiap zon

dipantau oleh Road Gang yang terdiri daripada enam hingga tujuh Pekerja Rendah Awam (R1) bagi setiap pasukan dan ianya tidak termasuk pemandu lori dan roller. Ianya diketuai oleh dua orang Pengawas (N11). Pasukan ini melakukan kerja-kerja pembaikan jalan yang diterima melalui pemantauan mahupun aduan awam. Terdapat satu lagi pasukan yang menjalankan kerja-kerja senggaraan jalan yang memerlukan tindakan segera iaitu pasukan Mobile Patching yang terdiri daripada dua orang Pekerja Rendah Awam (R1). Bagaimanapun pasukan ini hanya melakukan pembaikan sementara waktu sahaja bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna sementara menunggu pembaikan sepenuhnya oleh pasukan Road Gang.

b) MPN menubuhkan Pasukan Penyenggaraan Jalan yang terdiri daripada seorang Juruteknik Awam (J17), enam Pekerja Am Rendah (R1) dan seorang pemandu bagi memantau lapan mukim di kawasan MPN. Pasukan ini juga melakukan kerja-kerja pembaikan jalan yang diterima melalui pemantauan mahupun aduan awam.

5.1.3 Bagi memastikan kerja penyenggaraan jalan dapat dilakukan dari semasa ke semasa, sumber peruntukan yang mencukupi juga penting bagi memastikan keadaan jalan raya sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa digunakan oleh pengguna jalan raya. Bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009, MPS dan MPN masing-masing memperuntukkan sejumlah RM26.20 juta dan RM10.31 juta bagi kerja yang melibatkan penyenggaraan jalan iaitu termasuklah jalan, longkang, papan tanda, lampu jalan dan membaiki cerun. Terdapat juga sumber peruntukan lain yang diterima daripada Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang

JD134790 Teks 1.indd 50JD134790 Teks 1.indd 50 10/13/10 5:38:38 PM10/13/10 5:38:38 PM

Page 68: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

51

Ekonomi Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri dan juga peruntukan daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang keseluruhannya berjumlah RM47.56 juta bagi MPS dan RM23.73 juta bagi MPN. Secara keseluruhannya, MPS telah memperuntukan sejumlah RM73.77 juta di mana RM66.07 juta atau 89.6% telah dibelanjakan manakala MPN memperuntukan sejumlah RM34.04 juta di mana RM30.40 juta atau 89.3% telah dibelanjakan bagi tujuan projek penyenggaraan jalan bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009.

5.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN Objektif pengauditan adalah bagi menilai sama ada penyenggaraan jalan yang dirancang telah dilaksanakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan bagi menyediakan jalan yang selamat dan selesa kepada pengguna. 5.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN Skop pengauditan adalah tertumpu kepada kerja penyenggaraan jalan Majlis bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 di sekitar jalan di bawah seliaan MPS dan MPN. Semakan Audit dijalankan terhadap fail dan rekod yang berkaitan dengan dasar dan perancangan program, kaedah penyenggaraan, dokumen penyenggaraan, pengurusan dan pemantauan kerja penyenggaraan serta rekod berkaitan di MPS dan MPN. Temu bual dan soal selidik juga dilakukan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai, kakitangan MPS dan MPN serta orang awam. Selain itu, lawatan tapak juga dilakukan di kawasan jalan di bawah senggaraan MPS dan MPN bagi memastikan kerja dilaksanakan dengan sempurna serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Analisis audit juga dijalankan terhadap peruntukan kewangan yang disalurkan dan dibelanjakan. 5.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2009 hingga Februari 2010 mendapati pada keseluruhannya penyenggaraan jalan MPS dan MPN adalah memuaskan. Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti boleh diperbaiki. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah: a) Permukaan jalan yang rosak; b) Bahu jalan berlubang dan tidak sempurna; c) Bahu jalan yang tidak searas dengan turapan jalan; d) Kerosakan jalan berulang selepas diturap; dan e) Pembersihan longkang tidak dilaksanakan.

JD134790 Teks 1.indd 51JD134790 Teks 1.indd 51 10/13/10 5:38:39 PM10/13/10 5:38:39 PM

Page 69: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

52

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui semasa pengauditan dijalankan adalah seperti di perenggan berikut:

5.4.1 Daftar Perabot Jalan Tidak Disediakan Daftar Perabot Jalan hendaklah disediakan bagi merekodkan bilangan, nilai serta lokasi perabot jalan yang dimiliki oleh Majlis. Perabot jalan yang dimiliki oleh MPS dan MPN termasuklah lampu jalan dan papan tanda. Bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 sebanyak 19 projek bernilai RM2.97 juta dan 17 projek bernilai RM107,393 yang melibatkan papan tanda telah dilaksanakan oleh MPS dan MPN. Bagi tempoh yang sama juga sebanyak 33 projek bernilai RM2.32 juta dan 48 projek bernilai RM2.57 juta yang melibatkan lampu jalan telah dilaksanakan oleh MPS dan MPN. Semakan Audit mendapati sehingga tahun 2009, MPS dan MPN tidak menggunakan sebarang kaedah bagi merekodkan perabot jalan tersebut. Oleh yang demikian, pihak Audit tidak dapat memastikan bilangan serta nilai perabot jalan yang dimiliki oleh MPS dan MPN. Jumlah kehilangan juga tidak dapat dikesan kerana tiada rekod mengenainya disediakan. Pihak MPS memaklumkan bahawa Jabatan Kejuruteraan, MPS dalam proses merekodkan maklumat perabot jalan berdasarkan nama jalan atau taman yang di bawah senggaraan MPS dengan menggunakan Sistem eLog yang baru dibangunkan. Pihak MPS menjangkakan bahawa proses merekodkan semua maklumat bagi semua jalan MPS di dalam Sistem eLog akan selesai dilaksanakan pada penghujung tahun 2010. Pihak MPS sentiasa menambahbaik Sistem ini dari semasa ke semasa. Pihak MPN pula telah merekodkan lampu jalan yang dimiliki secara manual dan disimpan di dalam fail. MPN bercadang untuk mengguna pakai Sistem e-Log seperti yang digunakan oleh MPS setelah terbukti ianya berkesan. Pihak Audit berpendapat MPS dan MPN gagal menyediakan kaedah bagi merekodkan atau mendaftarkan perabot jalan. Bagaimanapun tindakan penambahbaikkan sedang dilakukan oleh MPS dan MPN dalam tahun 2010 bagi memastikan semua perabot jalan yang dimiliki direkodkan dengan lebih teratur.

5.4.2 Penyenggaraan Jalan Majlis Seksyen 4 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 menyatakan tentang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyenggara dan membaiki jalan-jalan awam, manakala Seksyen 67 (4) Akta yang sama menyatakan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyenggara lorong-lorong belakang. Selain daripada itu, Seksyen 43 (1) juga menyatakan tentang keperluan membaiki atau mengepung tempat-tempat yang berbahaya kepada orang ramai. Ini bermakna jalan yang rosak hendaklah disenggara dari semasa ke semasa dan jika merbahaya ianya perlu diletakkan tanda atau penghadang sehingga tindakan pembaikan dilakukan. Bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009, MPS dan MPN masing-masing memperuntukkan sejumlah RM26.20 juta dan RM10.31 juta bagi kerja yang

JD134790 Teks 1.indd 52JD134790 Teks 1.indd 52 10/13/10 5:38:39 PM10/13/10 5:38:39 PM

Page 70: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

53

melibatkan penyenggaraan jalan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM23.96 juta atau 91.5% telah dibelanjakan oleh MPS dan RM7.67 juta atau 74.4% telah dibelanjakan oleh MPN. Selain itu, MPS dan MPN juga menerima geran penyenggaraan jalan negeri daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kerajaan Negeri iaitu daripada Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri (KWAPJN). Peruntukan yang diberi adalah berdasarkan jalan-jalan Majlis yang telah direkodkan di dalam Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS). Mengikut Para 3.1, Arahan Amanah KWAPJN Negeri Sembilan menyatakan bahawa Akaun Amanah ini digunakan untuk membiayai aktiviti penyenggaraan jalan raya termasuk kerja-kerja penyenggaraan infrastruktur di dalam kawasan bahu jalan, pemasangan dan penyenggaraan perabot jalan serta penyenggaraan cerun di dalam kawasan rizab jalan. Jadual 5.1 menunjukkan peruntukkan KWAPJN yang dimohon, diluluskan dan dibelanjakan bagi tempoh tahun 2008 hingga 2009 bagi MPS dan MPN.

Jadual 5.1 Jumlah Peruntukan Daripada KWAPJN Bagi MPS Dan MPN

Bagi Tempoh Tahun 2008 Hingga 2009

Bagi memastikan pihak Majlis telah melaksanakan tanggungjawabnya, lawatan Audit telah dilakukan di kawasan senggaraan MPN dan MPS dan mendapati jalan mengalami kerosakan seperti berikut:

a) Permukaan Jalan Yang Rosak

i) Lawatan Audit Ke Jalan MPS Lawatan Audit pada 21 Januari 2010 ke jalan MPS mendapati berlakunya

permukaan jalan yang rosak dan berlubang yang tidak ditampal atau dibaiki. Terdapat jalan berlubang di lorong belakang bangunan kedai di Jalan Tunku Hassan dan juga Taman Duyong. Bagaimanapun lawatan Audit pada 1 April 2010 mendapati pihak MPS telah mengambil tindakan menampal lubang pada jalan-jalan tersebut seperti di Foto 5.1 hingga Foto 5.4.

Tahun Peruntukan

Dipohon (RM Juta)

Peruntukan Diluluskan (RM Juta)

Perbelanjaan

(RM Juta) Perbelanjaan

(%)

MPS 2008 18.12 8.73 6.80 77.9 2009 12.65 12.65 10.54 83.3

Jumlah 30.77 21.38 17.34 81.1 MPN

2008 1.82 1.72 1.72 100 2009 3.57 1.61 1.36 84.5

Jumlah 5.39 3.33 3.08 92.5 Sumber : Rekod Jabatan Kejuruteraan

JD134790 Teks 1.indd 53JD134790 Teks 1.indd 53 10/13/10 5:38:39 PM10/13/10 5:38:39 PM

Page 71: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

54

Foto 5.1 Jalan Di Lorong Belakang Bangunan Kedai Di Jalan Tunku Hassan, Bandar Seremban

Foto 5.2 Jalan Berlubang Yang Telah Ditampal

Di Jalan Tunku Hassan, Bandar Seremban

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Lorong Belakang Di Jalan Tunku Hassan, MPS Tarikh : 21 Januari 2010

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokas i : Lorong Belakang Di Jalan Tunku Hassan,

MPS Tarikh : 1 April 2010

Foto 5.3

Jalan Yang Berlubang Dan Tidak Disenggara Di Taman Duyong, Seremban

Foto 5.4 Jalan Berlubang Yang Telah Ditampal

Di Taman Duyong, Seremban

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Taman Duyong, MPS Tarikh : 22 Januari 2010

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Taman Duyong, MPS Tarikh : 1 April 2010

ii) Lawatan Audit Ke Jalan MPN

Lawatan Audit ke Kawasan Perindustrian Arab Malaysian di MPN mendapati terdapat lubang pada persimpangan jalan seperti di Foto 5.5. Bagaimanapun lawatan Audit pada 1 April mendapati lubang tersebut telah diturap oleh pihak MPN seperti di Foto 5.6.

Sebelum Selepas

Sebelum Selepas

JD134790 Teks 1.indd 54JD134790 Teks 1.indd 54 10/13/10 5:38:40 PM10/13/10 5:38:40 PM

Page 72: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

55

Foto 5.5 Pemukaan Jalan Yang Berlubang Di Laluan

Kawasan Perindustrian Arab Malaysian, Nilai

Foto 5.6 Jalan Berlubang Yang Telah Diturap Di

Laluan Kawasan Perindustrian Arab Malaysian, Nilai

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Kawasan Perindustrian Arab Malaysian, MPN Tarikh : 13 Januari 2010

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Kawasan Perindustrian Arab Malaysian, MPN Tarikh : 1 April 2010

b) Bahu Jalan Berlubang Dan Tidak Sempurna

i) Lawatan Audit Ke Jalan MPS Lawatan Audit pada 21 Januari 2010 ke Jalan Dato’ Abdul Kadir dan Jalan Labu Lama yang merupakan jalan MPS mendapati terdapat bahu jalan yang berlubang dan rosak. Jalan Labu Lama merupakan laluan utama kenderaan ke Terminal 2 iaitu antara perhentian bas utama di Seremban dan bahu jalan yang berlubang mendedahkan pengguna kepada bahaya kemalangan. MPS didapati tidak meletakkan sebarang tanda amaran sehingga tindakan pembaikan dilakukan. Lawatan Audit pada 1 April 2010 ke Jalan Labu Lama mendapati hanya sebahagian daripada kerosakan jalan telah dibaiki. Lawatan Audit pada 14 Julai 2010 mengesahkan kerosakan bahu jalan di Jalan Dato’ Abdul Kadir telah dibaiki. Foto 5.7 hingga Foto 5.10 menunjukkan kerosakan jalan dan pembaikan yang telah dilaksanakan oleh MPS.

Sebelum Selepas

JD134790 Teks 1.indd 55JD134790 Teks 1.indd 55 10/13/10 5:38:42 PM10/13/10 5:38:42 PM

Page 73: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

56

Foto 5.7 Bahu Jalan Yang Berlubang di Jalan Dato’ Abdul Kadir

Foto 5.8 Bahu Jalan Yang Berlubang Di Jalan Dato’

Abdul Kadir Telah Diambil Tindakan

Sumber : Foto Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Dato’ Abdul Kadir, MPS Tarikh : 21 Januari 2010

Sumber : Foto Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Dato’ Abdul Kadir, MPS Tarikh : 14 Julai 2010

Foto 5.9

Bahu Jalan Yang Rosak Dan Berlubang Di Jalan Labu Lama

Foto 5.10 Sebahagian Bahu Jalan Yang Telah Ditampal

Di Jalan Labu Lama

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Labu Lama, MPS Tarikh : 21 Januari 2010

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Labu Lama, MPS Tarikh : 1 April 2010

ii) Lawatan Audit Ke Jalan MPN

Lawatan Audit ke Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar dan Kawasan Perindustrian Ringan College Height mendapati bahu jalan berlubang dan bahagian tepi jalan yang rosak seperti di Foto 5.11 dan Foto 5.12. Keadaan ini mendedahkan pengguna kepada bahaya kemalangan. Bagaimanapun, MPN tidak meletakkan sebarang tanda amaran sehingga tindakan pembaikan dilakukan.

Sebelum Selepas

Selepas Sebelum

JD134790 Teks 1.indd 56JD134790 Teks 1.indd 56 10/13/10 5:38:44 PM10/13/10 5:38:44 PM

Page 74: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

57

Foto 5.11 Bahagian Tepi Jalan Yang Rosak Di Kawasan

Perindustrian Tuanku Jaafar

Foto 5.12 Bahu Jalan Yang Berlubang Di Kawasan

Perindustrian Ringan College Height

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, MPN Tarikh : 17 Disember 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Perindustrian Ringan College Height, MPN Tarikh : 17 Disember 2009

c) Bahu Jalan Yang Tidak Searas Dengan Turapan Jalan

Dalam menjalankan kerja-kerja penyenggaraan jalan, MPS dan MPN juga mengguna pakai Arahan Teknik (Jalan) dan spesifikasi piawai yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) selain daripada arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Majlis dari semasa ke semasa. Mengikut spesifikasi JKR, iaitu Para 4.3, JKR/SPJ/1988 ada menetapkan agar bahu jalan hendaklah searas dengan turapan jalan. Manakala Para 9.2, Penentuan Kerja MPS juga menetapkan bahawa aras bahu jalan hendaklah searas dengan jubin jalan.

i) Lawatan Audit Ke Jalan MPS

Lawatan Audit di Jalan Leftenan Adnan, Seremban mendapati bahu jalan terlalu rendah dan tidak searas dengan turapan jalan berukuran lebih kurang 167mm seperti di Foto 5.13 dan Foto 5.14.

Foto 5.13 Bahu Jalan Yang Tidak Searas

Dengan Turapan Jalan

Foto 5.14 Bahu Jalan Yang Tidak Searas

Dengan Turapan Jalan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Leftenan Adnan, MPS Tarikh : 21 Januari 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Leftenan Adnan, MPS Tarikh : 21 Januari 2010

JD134790 Teks 1.indd 57JD134790 Teks 1.indd 57 10/13/10 5:38:46 PM10/13/10 5:38:46 PM

Page 75: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

58

ii) Lawatan Audit Ke Jalan MPN Lawatan Audit ke Jalan Utama Taman Seremban Jaya di MPN mendapati bahu jalan terlalu rendah dan tidak searas dengan turapan jalan berukuran lebih kurang 144mm seperti di Foto 5.15 dan Foto 5.16. Keadaan bahu jalan yang terlalu rendah boleh membahayakan kenderaan kecil terutamanya motosikal ataupun basikal yang menggunakan jalan berkenaan. Lawatan susulan pada 1 April 2010 di kedua-dua jalan berikut mendapati pihak Majlis belum mengambil sebarang tindakan untuk meratakan bahu jalan tersebut.

Foto 5.15 Bahu Jalan Yang Tidak Searas Dengan Turapan Jalan Di Jalan Utama Taman

Seremban Jaya

Foto 5.16 Keadaan Bahu Jalan Yang Tidak Searas

Dengan Turapan Jalan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Utama Taman Seremban Jaya, MPN Tarikh : 23 Disember 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Utama Taman Seremban Jaya, MPN Tarikh : 23 Disember 2009

Maklum balas MPS menjelaskan bahawa ia mempunyai tiga pasukan penyelenggaraan jalan yang hanya melakukan kerja penampalan bagi kerosakan kecil. MPS juga mempunyai ‘mobile patching’ yang bertindak terhadap aduan kerosakan merbahaya bagi mengelakkan kemalangan jalan raya sebelum kerja pembaikan yang lebih sempurna dilakukan oleh pasukan penyelenggaraan jalan. Keseluruhan jalan raya di bawah penyelenggaraan MPS ialah 3171 km. Kerja pembaikan dilakukan setiap hari dan jika terdapat banyak kerosakan di sesuatu zon berbanding zon yang lain, maka pasukan di zon yang lain akan membantu pasukan di zon tersebut. Keadaan ini sering berlaku ketika musim hujan di mana banyak kejadian kerosakan jalan berlaku. Keadaan ini juga menyebabkan kerja-kerja pemantauan dan pembaikan di zon lain terganggu kerana pasukan yang telah ditetapkan kawasannya mengikut zon terpaksa membantu pasukan yang lain. Pihak MPS bercadang untuk menambah satu lagi pasukan penyenggaraan yang sedia ada bagi memastikan kerja pemantauan dan penyenggaraan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Selain itu, kes kerosakan jalan yang meningkat ketika waktu hujan menyebabkan kadar penggunaan premix yang tinggi seterusnya mengakibatkan beberapa kerosakan jalan tidak dapat dibaiki dengan segera akibat kekangan peruntukan. Bagi bahu jalan yang tidak searas dengan turapan jalan di Jalan Leftenan Adnan, pihak Majlis telah memohon peruntukan tambahan di bawah BP 1 (Projek Kecil Pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan) daripada Kementerian

JD134790 Teks 1.indd 58JD134790 Teks 1.indd 58 10/13/10 5:38:48 PM10/13/10 5:38:48 PM

Page 76: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

59

Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2010 untuk membaik pulih bahu jalan tersebut. Bagaimanapun, jika ianya tidak diluluskan, Majlis akan memohon peruntukkan MARRIS fasa 2 tahun 2010. Pihak MPN pula memaklumkan bahawa Pasukan Penyenggaraan Jalan hanya melakukan kerja-kerja penampalan atau patching bagi kerosakan kecil. Bagi memastikan penyenggaraan jalan dapat dilakukan dengan cekap, pihak Negeri Roadstone Sdn. Bhd. telah dilantik secara kontrak tahunan bagi membaiki kerosakan yang yang tidak mampu dikendalikan oleh MPN akibat kekurangan jentera dan kelengkapan. Bagaimanapun, bagi tahun 2010 Pegawai Kewangan Negeri telah meluluskan pembelian jentera dan kelengkapan penyenggaraan jalan termasuklah satu unit Backhoe Loader, diamond cutter, vibratory roller dan low loader bagi mempertingkatkan mutu kerja Pasukan tersebut. Pada pendapat Audit penyenggaraan jalan Majlis adalah memuaskan. Jalan-jalan yang didapati rosak telahpun diperbaiki walaupun tidak dapat bertindak segera kerana kekangan peruntukan. 5.4.3 Kerosakan Jalan Berulang Selepas Diturap Projek bernilai RM160,030 yang melibatkan penurapan semula jalan yang rosak di Kawasan Perindustrian Ringan College Height telah bermula pada 10 Mac 2009 dan siap pada 30 April 2009. Tempoh tanggungan kecacatan adalah selama enam bulan seperti yang ditetapkan di dalam Surat Tawaran Kerja Sebut Harga yang dikeluarkan oleh MPN kepada kontraktor iaitu berakhir pada 1 November 2009. Pihak kontraktor hendaklah melaksanakan kerja seperti yang dinyatakan di dalam spesifikasi kerja dan sebarang kecacatan hendaklah dibaiki sepanjang tempoh kecacatan tersebut. Lawatan Audit pada 23 Disember 2009 di kawasan tersebut selepas dua bulan daripada tarikh tamat tempoh tanggungan kecacatan mendapati kerosakan jalan berulang dan masih belum dibaiki seperti di Foto 5.17. Tiada surat arahan yang dikeluarkan oleh MPN kepada kontraktor untuk membaiki kerosakan yang berlaku.

JD134790 Teks 1.indd 59JD134790 Teks 1.indd 59 10/13/10 5:38:48 PM10/13/10 5:38:48 PM

Page 77: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

60

Foto 5.17 Keadaan Jalan Yang Rosak Selepas Diturap Semula Dalam Tempoh Dua Bulan

Selepas Tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Kawasan Perindustrian Ringan College Height, MPN Tarikh : 23 Disember 2009

Pihak MPN memaklumkan bahawa punca kepada kerosakan tersebut adalah kerana kawasan tersebut merupakan kawasan bawah bukit dan menjadi laluan air hujan yang menjejaskan proses pemadatan dan pengeringan premix semasa kerja penyenggaraan sedang dijalankan. Selain itu, kenderaan berat yang sering melalui kawasan tersebut juga salah satu faktor penyebab kepada kerosakan jalan tersebut. Pihak Audit berpendapat aktiviti pemantauan terhadap kualiti projek yang telah selesai adalah kurang memuaskan kerana kerosakan yang berulang tidak diambil tindakan segera untuk pembaikan semasa dalam tempoh kecacatan.

5.4.4 Pembersihan Longkang Tidak Dilaksanakan Seksyen 54, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan pula menyatakan bahawa “Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengarahkan supaya betung awam, parit air permukaan dan parit hujan lebat, pembetung, salur dan alurair di bawah kawalan Pihak Berkuasa Tempatan dibina, disenggara dan dijaga supaya tidak menjadi suatu kacauganggu atau bencana kepada kesihatan dan diterangkan, dibersihkan dan dikosongkan dengan sempurna…”. Kaedah pelaksanaan kerja pembersihan di bahu jalan iaitu termasuklah pembersihan longkang di MPS dan MPN adalah seperti berikut: a) Pembersihan Di Kawasan MPS

Semakan Audit mendapati kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan di kawasan MPS mula diswastakan kepada SWM Environment Sdn. Bhd. (SWMESB) pada 2 Januari 2003. Klausa 9 di dalam surat perjanjian antara kedua-dua pihak menyatakan pembersihan longkang dilakukan 6 bulan sekali oleh pihak SWMESB di kawasan perumahan, dan setiap hari di kawasan bandar dan pusat komersial. Lawatan Audit ke Jalan Veloo dan Taman Duyong mendapati longkang dipenuhi rumput dan sampah seperti di Foto 5.18 dan Foto 5.19.

JD134790 Teks 1.indd 60JD134790 Teks 1.indd 60 10/13/10 5:38:49 PM10/13/10 5:38:49 PM

Page 78: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

61

Foto 5.18 Longkang Dipenuhi Sampah

Foto 5.19 Longkang Yang Tidak Dibersihkan Serta

Ditumbuhi Rumput

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Veloo, MPS Tarikh : 21 Januari 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Taman Duyong, MPS Tarikh : 22 Januari 2010

Maklum balas yang diterima daripada pihak MPS menyatakan bahawa MPS tidak dapat menambah kekerapan kerja-kerja pembersihan longkang di kawasan perumahan kerana melibatkan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun MPS ada melaksanakan kerja pembersihan secara adhoc sekiranya keadaan mendesak. MPS mempunyai 5,500 km longkang dan 3,171 km jalan berbanding lima orang pengawas yang menyelia keseluruhan kawasan MPS. Oleh itu langkah-langkah jangka pendek telah diambil oleh MPS seperti berikut :

i) Mengkontrakan kerja-kerja pembersihan iaitu memotong rumput dan membersih longkang untuk dua kali sebulan bagi taman-taman baru.

ii) Mengkontrakan kerja-kerja membersih ‘monsoon drain’ yang bermasalah. iii) Melantik dua syarikat kontraktor untuk membersihkan sampah-sampah longgok

yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. iv) Melantik 22 orang kakitangan sambilan khusus bagi kerja-kerja membersih

longkang di Pusat Bandar dan taman-taman perumahan yang dipanggil Unit Longkang. Ini sebagai tambahan kepada kerja-kerja SWMESB dan merupakan tindakan segera ke atas aduan di mana SWMESB tidak mampu mengambil tindakan dan melaksanakannya apabila berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

b) Pembersihan Di Kawasan MPN Semakan Audit mendapati kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan di kawasan MPN mula diswastakan kepada SWMESB pada 2 Januari 2003. Kerja-kerja pembersihan longkang dilakukan tiga bulan sekali seperti yang dinyatakan dalam Minit Mesyuarat Prestasi Perkhidmatan SWMESB pada 5 Ogos 2004. Lawatan Audit ke Jalan Utama Desa Cempaka dan Jalan Golden Hope mendapati longkang dipenuhi rumput dan tumbuhan liar seperti di Foto 5.20 dan Foto 5.21.

JD134790 Teks 1.indd 61JD134790 Teks 1.indd 61 10/13/10 5:38:51 PM10/13/10 5:38:51 PM

Page 79: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

62

Foto 5.20 Longkang Yang Tidak Dibersihkan Serta

Ditumbuhi Tumbuhan Liar

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Utama Desa Cempaka, MPN Tarikh : 17 Disember 2009

Bagaimanapun lawatan Audit pada 1 April 2010 mendapati rumput di dalam longkang di Jalan Golden Hope telah dibersihkan seperti di Foto 5.22 manakala tiada tindakan pembersihan dilakukan pada longkang di Jalan Utama Desa Cempaka.

Foto 5.21 Longkang Yang Tidak Dibersihkan Serta

Ditumbuhi Rumput

Foto 5.22 Longkang Yang Telah Dibersihkan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Golden Hope, MPN Tarikh : 13 Januari 2010

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Jalan Golden Hope, MPN Tarikh : 1 April 2010

Pihak MPN memaklumkan bahawa Jalan Utama Desa Cempaka tidak termasuk dalam kawasan penyenggaraan SWMESB. Bagaimanapun, MPN telah menjalankan kerja pembersihan pada 21 Mei 2010.

c) Notice to Correct (NTC)

Kerja-kerja pemantauan terhadap pelaksanaan kerja oleh pihak SWMESB di kawasan MPS dan MPN dilakukan oleh Pengawas Bandar di bawah Unit Kawal Selia masing-masing di bawah pentadbiran Jabatan Perlesenan Dan Pembersihan, MPS dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Kesihatan Dan Hal Ehwal Penjaja, MPN. Pemantauan

Sebelum Selepas

JD134790 Teks 1.indd 62JD134790 Teks 1.indd 62 10/13/10 5:38:52 PM10/13/10 5:38:52 PM

Page 80: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

63

dibuat secara harian dan berdasarkan jadual kerja yang dikemukakan oleh SWMESB pada setiap bulan. Hasil pemantauan yang dilakukan, MPS dan MPN akan mengeluarkan Notice To Correct (NTC) jika kerja-kerja tidak dilaksanakan mengikut jadual atau tidak dilaksanakan dengan sempurna. Bilangan NTC yang telah dikeluarkan bagi kerja pembersihan longkang bagi tahun 2007 hingga 2009 bagi MPS dan MPN adalah seperti di Jadual 5.2.

Jadual 5.2 Jumlah NTC Yang Dikeluarkan Untuk Pembersihan

Longkang Bagi Tempoh 2007 Hingga 2009 Tahun Bilangan NTC

MPS MPN 2007 80 39 2008 179 71 2009 307 56

Jumlah 566 166 Sumber : Rekod MPS dan MPN

d) Bilangan Kes Aduan Awam Bagi Pembersihan Longkang Meningkat

Aduan awam yang diterima oleh Jabatan Hal Ehwal Komuniti Dan Aduan Awam di MPS dan MPN akan disalurkan ke Jabatan Perlesenan Dan Pembersihan, MPS dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Kesihatan Dan Hal Ehwal Penjaja MPN bagi tindakan seterusnya. Seperti yang dinyatakan dalam Piagam Pelanggan MPS, aduan awam akan diambil tindakan dalam tempoh tiga hari berkerja dan surat maklum balas akan dikemukakan kepada pengadu dalam tempoh tujuh hari selepas aduan diterima. Manakala di MPN pula, tindakan penyelesaian akan diambil ke atas aduan dalam tempoh tujuh hari selepas aduan diterima seterusnya memaklumkan kepada pengadu.

Jadual 5.3 menunjukkan jumlah aduan yang diterima, selesai dan dalam tindakan bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009. Jumlah aduan yang diterima oleh MPS dan MPN bagi tempoh tersebut masing-masing adalah sebanyak 237 aduan dan 364 aduan. Bagi tahun 2009 terdapat sebanyak 1.8% aduan MPS yang berstatus dalam tindakan di mana ianya tidak dapat diselesaikan dalam tahun semasa manakala bagi MPN pula, bagi tahun 2007 hingga 2009 sebanyak 2.9% aduan, 22.4% aduan dan 3.3% aduan yang berstatus dalam tindakan.

JD134790 Teks 1.indd 63JD134790 Teks 1.indd 63 10/13/10 5:38:53 PM10/13/10 5:38:53 PM

Page 81: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

64

Jadual 5.3 Bilangan Kes Aduan Awam Bagi Pembersihan Longkang

Bagi Tempoh Tahun 2007 Hingga 2009

Tahun Aduan Terima Aduan Selesai Aduan Dalam Tindakan

Aduan Dalam Tindakan (%)

MPS 2007 35 35 0 0 2008 89 89 0 0 2009 113 111 2 1.8

Jumlah 237 235 2 0.8 MPN

2007 69 67 2 2.9 2008 143 111 32 22.4 2009 152 147 5 3.3

Jumlah 364 325 39 10.7 Sumber : Rekod MPS dan MPN

Soal selidik yang diedarkan kepada 85 orang awam juga mendapati 58% responden di kawasan MPS dan 45% responden di kawasan MPN menyatakan senggaraan longkang tidak memuaskan. Maklum balas MPS memaklumkan tidak setuju dengan komen orang awam tersebut kerana sekiranya orang ramai bekerjasama dan prihatin dengan kebersihan, masalah sampah dan kebersihan tidak timbul. Sampah tersebut dibuang merata-rata oleh orang ramai sendiri yang tidak bertanggungjawab ke dalam longkang mahu pun di depan rumah mereka. Pada pendapat Audit kerja pembersihan longkang tidak dilaksanakan dengan baik kerana terdapat longkang-longkang yang kotor dan ditumbuhi rumput dan hanya di bersihkan selepas teguran Audit.

5.4.5 Tuntutan Mahkamah Terhadap MPS Dan MPN Berkaitan Jalan Majlis Kejadian kemalangan juga akan meningkat dari semasa ke semasa jika keadaan jalan tidak sempurna dan kerja-kerja pembaikan jalan tidak dilakukan dengan segera. Semakan Audit mendapati jumlah kemalangan di kawasan MPS dan MPN yang disebabkan oleh jalan rosak meningkat dari tahun ke tahun. Berdasarkan rekod Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, jumlah kemalangan yang berlaku di jalan MPS bagi tempoh tahun 2007 sehingga 2009 masing-masing adalah sebanyak 53 kes, 78 kes dan 105 kes di MPS manakala sebanyak 5 kes, 7 kes dan 10 kes direkodkan di kawasan MPN. Daripada jumlah tersebut kes kematian yang direkodkan bagi tempoh tiga tahun tersebut masing-masing adalah sebanyak 1 kes, 4 kes dan 5 kes di MPS manakala di MPN pula terdapat 1 kes pada tahun 2007 dan 2008 dan tiada kes kematian bagi tahun 2009. Akibat daripada kejadian kemalangan yang berlaku, terdapat mangsa atau waris mangsa kemalangan mengambil tindakan mahkamah dan menyaman MPS dan MPN kerana mendakwa punca kemalangan adalah akibat kelalaian Majlis mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap keadaan jalan yang membahayakan pengguna jalan raya. Senarai

JD134790 Teks 1.indd 64JD134790 Teks 1.indd 64 10/13/10 5:38:54 PM10/13/10 5:38:54 PM

Page 82: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

65

tuntutan mahkamah terhadap MPS dan MPN yang berkaitan dengan jalan bagi tahun 2007 hingga 2009 adalah seperti di Jadual 5.4. Terdapat tiga kes tuntutan terhadap MPS dan satu kes terhadap MPN sepanjang tempoh tersebut.

Jadual 5.4 Senarai Tuntutan Mahkamah Terhadap MPS Dan MPN Yang Berkaitan Dengan

Jalan Majlis Dari Tahun 2007 Hingga 2009

Pihak MPS memaklumkan bahawa tuntutan pada tahun 2007 adalah disebabkan kerja pembaikan yang tidak dilakukan dengan sempurna oleh pihak penyedia utiliti yang menjalankan kerja menggali jalan tanpa permit dan ianya di luar pengetahuan Majlis. Bagi tuntutan pada tahun 2009, kemalangan yang berlaku adalah di kawasan jalan di bawah senggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR). Berdasarkan maklum balas MPN pada 25 Mei 2010, lampu jalan yang dilanggar oleh mangsa pada malam kejadian telah tumbang merentasi jalan akibat dilanggar oleh lori dan kemudiannya dilanggar oleh mangsa pada malam yang sama. Pihak Audit berpendapat tuntutan mahkamah yang melibatkan MPS dan MPN adalah kecil. Bagaimanapun ia perlu dipandang serius kerana ia melibatkan kecederaan dan kematian pengguna jalan Majlis. 5.4.6 Pemantauan Terhadap Penyenggaraan Jalan Majlis

i) Kaedah Pemantauan Di MPS Kaedah pemantauan di sekitar kawasan MPS adalah mengikut jadual kerja Road

Gang di mana ia berdasarkan aduan yang diterima dan sekiranya tiada aduan bagi satu-satu zon, pemantauan akan dilakukan mengikut kawasan yang telah dijadualkan.

Semakan Audit terhadap Jadual Kerja Harian Bahagian Jalan mendapati pelaksanaan kerja bagi satu pasukan hanya dilakukan terhadap satu hingga dua kawasan atau jalan-jalan tertentu. Jumlah keseluruhan kawasan yang perlu

Tahun Bilangan Tuntutan

Anggaran Ganti Rugi

(RM)

Punca Dan Akibat Kemalangan Status

MPS 2007 1 300,000 Jalan berlubang dan

mangsa terkorban Belum Diputuskan Oleh mahkamah

2008 1 20,000 Pokok reput tumbang dan mangsa cedera

Belum Diputuskan Oleh Mahkamah

2009 1 150,000

Jalan berlubang dan mangsa terkorban (dikenal pasti berlaku di jalan Jabatan Kerja Raya (JKR)

Belum dibicarakan

MPN

2009 1 39,261 Lampu jalan tumbang dan mangsa terkorban

Telah diputuskan oleh mahkamah dan MPN perlu membayar ganti rugi

Sumber : Rekod MPS dan MPN

JD134790 Teks 1.indd 65JD134790 Teks 1.indd 65 10/13/10 5:38:54 PM10/13/10 5:38:54 PM

Page 83: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

66

dipantau adalah sejumlah 273 kawasan. Jadual 5.5 menunjukkan jumlah kawasan di bawah pemantauan setiap pasukan dan anggaran purata kekerapan pemantauan oleh Road Gang bagi setiap kawasan dengan mengambilkira 20 hari bekerja sebulan.

Jadual 5.5 Anggaran Purata Kekerapan Pemantauan Oleh Road Gang Bagi Setiap Kawasan

Dengan purata kekerapan pemantauan yang hanya dilakukan tiga hingga empat bulan sekali bagi setiap kawasan, kerja-kerja pemantauan dan pembaikan jalan tidak dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan.

ii) Kaedah Pemantauan Di MPN Sementara di MPN pula, jadual kerja Pasukan Penyenggaraan Jalan adalah

berdasarkan kepada aduan yang diterima dan jika tiada aduan bagi satu-satu zon, pemantauan akan dilakukan mengikut kawasan yang telah dijadualkan. Semakan terhadap Perancangan Kerja Mingguan Bagi Pasukan Penyenggaraan Jalan mendapati pelaksanaan kerja bagi pasukan tersebut hanya dilakukan terhadap satu hingga dua kawasan atau jalan-jalan tertentu. Pihak MPN memaklumkan bahawa apabila kerja-kerja yang dirancang selesai dilaksanakan pada hari berkenaan, pasukan akan membuat rondaan di kawasan yang berdekatan. Dengan hanya satu pasukan yang ada, kerja-kerja pemantauan setiap kawasan tidak dapat dilakukan sepanjang masa. Bagi mengatasi perkara ini, seorang Juruteknik Awam (J22) dan dua Juruteknik Awam (J17) yang menyelia projek-projek di sekitar kawasan MPN akan memberi maklumat kepada pasukan berkenaan jika terdapat sebarang kerosakan jalan di kawasan yang diselia.

iii) Pengurusan Aduan Awam Di MPS Dan MPN Aduan awam diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Komuniti Dan Aduan Awam, MPS dengan menggunakan Sistem e-Public. Piagam Pelanggan MPS menetapkan bahawa semua aduan yang diterima sama ada melalui sistem e-Public, telefon, surat dan sebagainya akan direkodkan dan diambil tindakan dalam tempoh tiga hari bekerja. Surat maklum balas akan dikemukakan kepada pengadu dalam tempoh tujuh hari selepas aduan diterima. Aduan yang diterima kemudiannya di salurkan kepada Jabatan-Jabatan yang berkaitan untuk tindakan seterusnya. Ini termasuklah aduan yang berkaitan dengan jalan yang disalurkan kepada Jabatan Kejuruteraan yang akan disiasat dalam tempoh tujuh hari seperti yang dinyatakan dalam tempoh proses kerja Jabatan Kejuruteraan. Bagaimanapun tempoh berkenaan adalah bergantung kepada tahap kerosakan jalan sama ada besar atau kecil.

Zon Jumlah Pekerja (orang) Jumlah Kawasan Kekerapan Pemantauan Bagi

Setiap Kawasan 1 7 99 Setiap 4 bulan 19 hari 2 6 96 Setiap 4 bulan 16 hari 3 7 78 Setiap 3 bulan 18 hari

Jumlah 273 Sumber: Rekod Jabatan Kejuruteraan, MPS

JD134790 Teks 1.indd 66JD134790 Teks 1.indd 66 10/13/10 5:38:54 PM10/13/10 5:38:54 PM

Page 84: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

67

Sementara aduan awam di MPN pula diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Komuniti Dan Aduan Awam, MPN dengan menggunakan Sistem e-PBT. Prosedur kerja Jabatan tersebut menetapkan bahawa semua aduan yang diterima sama ada melalui e-PBT, telefon, surat dan sebagainya akan direkodkan dan seterusnya kad atau surat akuan terima akan dikeluarkan dalam masa tiga hari dari tarikh aduan diterima. Aduan yang diterima kemudiannya disalurkan kepada Jabatan-Jabatan yang berkaitan untuk tindakan seterusnya. Ini termasuklah aduan yang berkaitan dengan jalan yang disalurkan kepada Jabatan Kejuruteraan yang akan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh aduan diterima. Bagaimanapun tempoh berkenaan bergantung kepada tahap kerosakan jalan sama ada besar atau kecil.

Jadual 5.6 menunjukkan jumlah aduan yang diterima, selesai dan dalam tindakan bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009. Jumlah aduan yang diterima oleh MPS dan MPN bagi tempoh tersebut masing-masing adalah sebanyak 1,506 aduan dan 279 aduan. Bagi tahun 2009 terdapat sebanyak 2.7% aduan MPS yang berstatus dalam tindakan di mana ianya tidak dapat diselesaikan dalam tahun semasa manakala bagi MPN pula sebanyak 3.3% aduan pada tahun 2009 yang mempunyai status yang sama.

Jadual 5.6 Bilangan Kes Aduan Awam Berkaitan Jalan Rosak Bagi Tahun 2007 Hingga 2009

Maklumbalas soal selidik yang diedarkan kepada seramai 85 orang awam juga mendapati: • 58% responden di kawasan MPS dan 52% responden di kawasan MPN tidak

berpuas hati dengan kualiti senggaraan jalan. • 56% responden di kawasan MPS dan 41% responden di kawasan MPN

berpendapat jalan tidak diturap dengan baik.

Maklum balas MPS menjelaskan soalselidik daripada orang awam lebih berbentuk subjektif dan persepsi orang awam terhadap kualiti senggaraan jalan di mana ianya tidak menggambarkan keadaan sebenar struktur jalan berkenaan. Pihak Majlis sentiasa memantau keadaan jalan setiap hari dan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jalan dalam tempoh yang ditetapkan. Gambaran yang diberikan oleh orang awam bukan

Tahun Terima Selesai Dalam Tindakan Dalam Tindakan (%)

MPS 2007 470 470 - - 2008 587 587 - - 2009 449 437 12 2.7

Jumlah 1,506 1494 12 0.8 MPN

2007 65 65 - - 2008 122 122 - - 2009 92 89 3 3.3

Jumlah 279 276 3 1.1 Sumber : Rekod Jabatan Kejuruteraan

JD134790 Teks 1.indd 67JD134790 Teks 1.indd 67 10/13/10 5:38:55 PM10/13/10 5:38:55 PM

Page 85: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

68

berbentuk teknikal di mana keadaan jalan sebenar masih mempunyai struktur yang kukuh mengikut tempoh jangka hayat yang telah direkabentuk.

Maklum balas MPS terhadap kerja pemantauan menjelaskan bahawa kaedah pemantauan di MPS dilakukan oleh seorang Juruteknik Kanan (J22), dua orang Juruteknik (J17) dan dua orang Pengawas (N17) serta dibantu oleh lain-lain Pengawas dari Jabatan MPS setiap hari dengan menyalurkan maklumat kerosakan tersebut kepada Jabatan Kejuruteraan MPS.

Pada pendapat Audit, pihak Majlis telah berusaha memastikan pemantauan dilaksanakan dengan lebih kerap bagi setiap kawasan Majlis dengan melaksanakan pasukan pemantau Road Gang. Bagaimanapun jumlah aduan awam yang masih tinggi dan maklum balas orang awam yang melebihi 50% tidak puashati dengan kualiti senggaraan jalan memberi gambaran kualiti kerja penyenggaraan jalan perlu ditingkatkan. 5.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Pada keseluruhannya kerja-kerja penyenggaraan jalan MPS dan MPN adalah pada tahap yang memuaskan. Bagaimanapun ianya boleh dipertingkatkan bagi memastikan penyenggaraan jalan dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur untuk mencapai matlamat menyediakan jalan yang selamat dan selesa kepada pengguna. Bagi mempertingkatkan lagi tahap kualiti penyenggaraan jalan MPS dan MPN, pihak Audit mengesyorkan perkara-perkara berikut:

a) Penambahbaikan yang dilakukan oleh MPS bagi merekodkan atau mendaftarkan

perabot jalan iaitu dengan menggunakan Sistem eLOG boleh dikongsi bersama Pihak Berkuasa Tempatan yang lain termasuklah MPN. Ini dapat membantu MPS dan MPN mengenal pasti bilangan dan nilai perabot jalan yang dimiliki oleh Majlis seterusnya sebarang kehilangan perabot jalan dapat dikesan dan direkodkan dengan teratur dan sistematik.

b) Kerja penyenggaraan dan pembaikan jalan yang rosak hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan pemantauan selain daripada aduan awam yang diterima terutama di laluan utama trafik. Jika tindakan segera tidak dapat dilakukan, tanda atau penghadang perlu diletakkan bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut. Pelan tindakan bagi menghadapi sebarang kerosakan yang memerlukan tindakan segera juga perlu diwujudkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku seterusnya dapat mengelakkan MPS dan MPN daripada sebarang tuntutan mahkamah jika berlaku kemalangan di kawasan yang berkenaan.

c) Tindakan pembaikan hendaklah dilakukan terhadap bahu jalan yang tidak searas dengan turapan jalan bagi memastikan pengguna jalan raya tidak terdedah kepada bahaya.

JD134790 Teks 1.indd 68JD134790 Teks 1.indd 68 10/13/10 5:38:55 PM10/13/10 5:38:55 PM

Page 86: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

69

d) Pemantauan terhadap projek telah siap hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa terutama bagi projek yang masih dalam tempoh tanggungan kecacatan. Ini bagi memastikan agar sebarang kerosakan dibaiki oleh kontraktor dan juga mengelakkan pihak Majlis daripada menanggung kerugian jika tiada tindakan segera diambil semasa dalam tempoh tanggungan kecacatan tersebut. Pembaikan dengan kaedah kejuruteraan yang sesuai perlu dilaksanakan agar kerosakan tidak berulang selepas dibaiki.

e) Jadual kerja pembersihan longkang yang dilakukan oleh SWMESB perlu dikaji semula oleh Majlis bagi memastikan tahap kebersihan longkang sentiasa memuaskan. Ini dapat memastikan jadual kerja sentiasa dipatuhi dan secara tidak langsung meningkatkan tahap kerbersihan persekitaran. Selain itu, tindakan mengenakan denda terhadap ketidakpatuhan jadual kerja juga boleh dilakukan selain mengeluarkan NTC yang membolehkan pemotongan pada tuntutan bayaran yang dikemukakan.

JD134790 Teks 1.indd 69JD134790 Teks 1.indd 69 10/13/10 5:38:56 PM10/13/10 5:38:56 PM

Page 87: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

70

YAYASAN NEGERI SEMBILAN

6. PENGURUSAN PINJAMAN PENDIDIKAN 6.1. LATAR BELAKANG 6.1.1 Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) adalah antara badan Kerajaan yang menawarkan kemudahan pembiayaan pendidikan secara biasiswa atau pinjaman. Yayasan telah ditubuhkan pada tahun 1979 dan mula beroperasi pada 1 Januari 1980 di bawah Enakmen Yayasan Negeri Sembilan No.6. Objektif penubuhan kemudahan pinjaman pendidikan oleh Yayasan ini adalah untuk memastikan pelajar lepasan sekolah menengah yang layak terutama dari luar bandar dapat meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi sama ada politeknik, kolej atau universiti. Visi Yayasan Negeri Sembilan adalah untuk menjadi salah satu institusi pemberi pinjaman yang terunggul di Malaysia menjelang 2020. Misi Yayasan adalah untuk menjadi institusi yang komited kepada pengurusan dan pembangunan pendidikan rakyat Negeri Sembilan dengan menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dan mengagihkan secara adil dan saksama untuk mewujudkan masyarakat berilmu dan progresif. 6.1.2 Tanggungjawab yang didukung oleh Yayasan adalah memberi bantuan pendidikan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada anak-anak Negeri Sembilan yang layak memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), politeknik, kolej yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan universiti di luar negara. Selain itu, Yayasan juga bertanggungjawab dalam menguruskan pungutan bayaran balik pinjaman bagi memastikan pinjaman yang telah dikeluarkan dapat dipungut semula. 6.1.3 Yayasan diterajui oleh seorang Ketua Eksekutif iaitu Pengarah dan dibantu oleh empat orang pegawai serta kakitangan sokongan yang lain. Pentadbiran Bahagian Pendidikan dan Bantuan Pendidikan diuruskan oleh seorang Penolong Pengarah Pendidikan, Gred N48 dan dibantu oleh seorang Pegawai Tadbir Gred N41 dan tujuh kakitangan sokongan. 6.1.4 Dana yang diperoleh oleh Yayasan adalah daripada kegiatan pelaburan melalui pegangan saham dalam anak syarikat dan sektor perladangan sawit. Yayasan telah memperuntukkan sejumlah RM14.84 juta bagi tahun 2007 hingga 2009 untuk membiayai pinjaman pendidikan. Jadual 6.1 menunjukkan kadar pinjaman yang ditawarkan oleh Yayasan mengikut peringkat pengajian.

JD134790 Teks 1.indd 70JD134790 Teks 1.indd 70 10/13/10 5:38:56 PM10/13/10 5:38:56 PM

Page 88: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

71

Jadual 6.1 Kadar Pinjaman Yang Ditawarkan Oleh Yayasan Mengikut Peringkat Pengajian

Bil. Peringkat Pengajian Kursus

Jumlah Pinjaman Bumiputra

(RM)Bukan Bumiputra

(RM)

1. Doktor Falsafah Sastera, Sains, Teknologi, Farmasi/Veterinar,Perubatan 5,000 5,000

2. Sarjana Sastera, Sains, Teknologi, Farmasi/Veterinar,Perubatan 7,000 7,000

3. Ijazah Sarjana Muda

Sastera 5,000 3,000 Sains, Teknologi 5,000 3,200

Farmasi/Veterinar,Perubatan 6,000 3,500 4. Diploma Semua bidang yang diiktiraf 3,500 3,500 5. Sijil Semua bidang yang diiktiraf 3,000 3,000 6. Sijil Kemahiran Semua bidang yang diiktiraf 5,000 5,000

Sumber: Yayasan Negeri Sembilan 6.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pinjaman pendidikan diuruskan

dengan cekap, teratur dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Selain itu, pengauditan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada pengurusan pinjaman pendidikan oleh Yayasan mencapai matlamat dan objektif penubuhannya. 6.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan adalah tertumpu kepada pelaksanaan pengurusan pinjaman bagi tempoh tiga tahun (tahun 2007 hingga 2009) yang melibatkan penilaian terhadap permohonan pinjaman, pengurusan rekod dan kutipan bayaran balik pinjaman. Kaedah pengauditan dijalankan dengan membuat semakan terhadap fail dan dokumen, temubual dengan pegawai terlibat dan analisis perbandingan. 6.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2009 hingga Februari 2010 mendapati pada keseluruhannya pengurusan pinjaman pendidikan Yayasan adalah kurang memuaskan. Bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2009, pinjaman pendidikan yang diberikan oleh Yayasan adalah sejumlah RM14.84 juta. Kelemahan yang ditemui semasa pengauditan dijalankan adalah tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan yang tinggi, kelemahan sistem pinjaman pendidikan berkomputer yang digunakan, kegagalan mengambil tindakan terhadap pembekal yang gagal menyempurnakan naik taraf sistem komputer pinjaman pendidikan dan kegagalan mengambil tindakan tegas terhadap peminjam pelajaran yang ingkar. Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui semasa pengauditan dijalankan adalah seperti di perenggan berikut:

JD134790 Teks 1.indd 71JD134790 Teks 1.indd 71 10/13/10 5:38:56 PM10/13/10 5:38:56 PM

Page 89: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

72

6.4.1 Peningkatan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Perenggan 5, Perjanjian Pinjaman Pendidikan menyatakan bahawa, ’Pinjaman tersebut (merujuk kepada pinjaman pendidikan) hendaklah dibayar balik kepada LEMBAGA mengikut kadar bulanan seperti dalam Jadual Perjanjian ini dengan syarat LEMBAGA tidak boleh meminta bayaran dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamatnya PENUNTUT menjalani kursus dan LEMBAGA berhak mengubah kadar atau jangka masa bayaran balik tersebut.’ Ini bermakna setiap peminjam adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan kepada Yayasan selepas enam bulan tamat pengajian.

Semakan Audit mendapati sehingga bulan Disember 2009, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan adalah sejumlah RM8.19 juta atau 12.5% daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan berjumlah RM65.56 juta yang melibatkan 3,021 peminjam. Bagi skop pengauditan tahun 2007 hingga 2009 jumlah tunggakan bayaran balik berjumlah RM0.38 juta (2.6%) berbanding jumlah pinjaman yang dikeluarkan berjumlah RM14.84 juta. Berdasarkan temu bual yang dilakukan antara pihak Audit dengan pegawai Yayasan, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah tunggakan pinjaman pendidikan Yayasan adalah seperti berikut: a) Kegagalan Peminjam Untuk Membuat Bayaran Balik Pinjaman

Peminjam yang telah tamat pengajian seharusnya bertanggungjawab membuat bayaran balik pinjaman kepada Yayasan. Bagaimanapun, terdapat peminjam yang gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut. Antara alasan yang sering diterima adalah mereka tidak mampu untuk membayar pinjaman kerana masih menganggur dan belum mempunyai pekerjaan tetap. Selain itu, ada juga peminjam yang telah bertukar alamat dan tidak memaklumkan kepada Yayasan. Akibatnya, mereka gagal dihubungi dan surat tuntutan tidak dapat dikemukakan.

b) Peminjam Membuat Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Tidak Mengikut Jadual

Yang Telah Ditetapkan Yayasan juga menghadapi masalah tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan yang semakin meningkat apabila peminjam membuat bayaran balik pinjaman tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Yayasan. Terdapat peminjam yang membuat bayaran kurang daripada kadar sebenar yang seharusnya dibayar. Selain itu, terdapat juga peminjam yang membayar mengikut kadar yang ditetapkan tetapi tidak mengikut masa seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Bayaran Balik Pinjaman.

c) Penstrukturan Semula/Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Terdapat peminjam yang memohon untuk penstrukturan semula/pengurangan kadar bayaran balik pinjaman. Antara alasan yang diterima oleh Yayasan adalah kerana masalah kewangan, pendapatan yang rendah dan berhenti kerja. Kadar pengurangan bayaran balik yang diluluskan oleh Yayasan adalah sejumlah 30% daripada kadar asal. Bagi tahun 2009, Yayasan telah meluluskan 79 permohonan bagi penstrukturan semula/pengurangan bayaran balik pinjaman pendidikan.

JD134790 Teks 1.indd 72JD134790 Teks 1.indd 72 10/13/10 5:38:57 PM10/13/10 5:38:57 PM

Page 90: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

73

d) Peminjam Tidak Memaklumkan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bagi Melanjutkan Pengajian Yayasan akan meluluskan permohonan bagi peminjam yang memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman kerana melanjutkan pengajian. Bagaimanapun, Yayasan menghadapi masalah kenaikan jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman apabila terdapat peminjam yang melanjutkan pengajian tetapi tidak memaklumkan kepada Yayasan. Mereka juga tidak membuat pemohonan penangguhan bayaran.

Jadual 6.2 menunjukkan butiran berkaitan bilangan peminjam dan jumlah tunggakan sehingga 31 Disember 2009.

Jadual 6.2 Jumlah Peminjam Dan Tunggakan Bagi Tahun 2009

Butiran Bilangan Peminjam (Orang)

Bilangan Peminjam (%)

Jumlah Tunggakan (RM Juta)

Tidak pernah membuat sebarang bayaran 1,512 50 4.10

Tidak konsisten dalam membuat bayaran 1,509 50 4.09

Jumlah 3,021 100 8.19 Sumber: Bahagian Pendidikan, Yayasan Negeri Sembilan

Tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan memberi implikasi yang besar kepada Yayasan. Yayasan terpaksa menyediakan dana tambahan yang diperolehi daripada aktiviti pelaburan bagi menampung pemberian pinjaman kepada peminjam baru. Ini adalah kerana jumlah kutipan bayaran balik yang diterima oleh Yayasan setiap tahun tidak mencukupi bagi membiayai pinjaman baru. Berdasarkan Rancangan Lima Tahun Yayasan Bagi Tahun 2010 Hingga 2014, Yayasan menjangkakan akan mengalami kerugian terkumpul bagi tempoh lima tahun tersebut sejumlah RM6.69 juta sekiranya tunggakan pinjaman pendidikan meningkat setiap tahun. Menurut maklum balas dari Yayasan bertarikh 20 April 2010, menyatakan bahawa tunggakan pada tahun 2008 berjumlah RM8.45 juta berbanding tunggakan tahun 2009, berjumlah RM8.19 juta yang mana menurun sebanyak 3.06%. Ini adalah satu pencapaian yang memberansangkan. Pada pendapat Audit, pengurusan kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan adalah kurang memuaskan. Walaupun jumlah tunggakan semakin berkurangan pada tahun 2009 berbanding 2008 tetapi nilai tunggakan tersebut masih tinggi yang mana berjumlah RM8.19 juta pada 2009. 6.4.2 Kelemahan Sistem Pinjaman Pelajaran Yayasan Negeri Sembilan (SPPYNS) Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh Yayasan dan Unit Pengurusan Teknologi Maklumat Setiausaha Kerajaan Negeri (UPTM) telah ditubuhkan pada tahun 1998 bagi membuat perancangan dan kertas kerja untuk membangunkan sebuah sistem yang dapat membantu Yayasan dalam pengurusan pinjaman pendidikan. Pada 30 Oktober 1998, termeterai sebuah perjanjian antara Syarikat Uniti IT Sdn. Bhd. dan Yayasan untuk

JD134790 Teks 1.indd 73JD134790 Teks 1.indd 73 10/13/10 5:38:57 PM10/13/10 5:38:57 PM

Page 91: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

74

membina, membekal, menghantar, memasang, menguji, menyelenggara program pinjaman pelajaran dan perkakasan komputer untuk Yayasan. Sistem yang bernilai RM360,000 ini mula digunakan oleh Yayasan pada tahun yang sama sehingga ke hari ini. Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk membantu Yayasan dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai pencapaian pengurusan pinjaman pendidikan. Setelah menjalankan ujian terhadap sistem ini, pihak pengurusan Yayasan amat berpuas hati kerana sistem ini memenuhi keperluan dan kehendak pada masa itu. Foto 6.1 menunjukkan paparan menu utama SPPYNS yang digunakan oleh Yayasan.

Foto 6.1 Paparan Menu Utama SPPYNS

Sumber :Jabatan Audit Negara Lokasi : Bahagian Pendidikan, Yayasan Negeri Sembilan Tarikh : 30 November 2009

Semakan Audit mendapati selepas lapan tahun SPPYNS beroperasi Yayasan menghadapi pelbagai masalah dalam penggunaan sistem ini kerana teknologi yang digunakan telah jauh ketinggalan. Antara masalah yang dihadapi adalah: a) Maklumat di dalam pengkalan data tidak dapat dikemaskini dan sistem tidak dapat

dinaiktaraf kerana Syarikat Uniti IT Sdn. Bhd. tidak membekalkan manual/buku panduan yang lengkap termasuk source code utama kepada sistem yang digunakan. Source code utama adalah komponen yang digunakan bagi pengubahsuaian perisian atau pencarian data dengan lebih mudah mengikut kriteria maklumat yang dikehendaki.

b) Struktur maklumat yang dibangunkan tidak boleh membekalkan laporan bersepadu dan memerlukan masa yang panjang untuk dicetak.

c) Keupayaan sistem ini menyimpan maklumat semakin lemah kerana terpaksa menampung jumlah maklumat yang semakin meningkat.

d) Syarikat Uniti IT Sdn. Bhd. gagal untuk memberi khidmat selepas jualan kerana ketiadaan kakitangan yang mahir.

Masalah yang dihadapi oleh Yayasan berkaitan dengan SPPYNS yang sedang digunakan tidak pernah dibangkitkan kepada UPTM. Penggunaan sistem ini sehingga ke hari ini telah menjejaskan kecekapan pihak pengurusan Yayasan dalam pengurusan pinjaman pendidikan.

JD134790 Teks 1.indd 74JD134790 Teks 1.indd 74 10/13/10 5:38:57 PM10/13/10 5:38:57 PM

Page 92: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

75

Menurut maklum balas dari Yayasan bertarikh 20 April 2010, isu ini tidak boleh dijadikan kelemahan pengurusan pinjaman pendidikan Yayasan kerana ia adalah di luar bidang kuasa pihak pengurusan. Sewaktu sistem ini diterima, ia adalah besesuaian dan boleh diguna pakai. Bagaimanapun, setelah lapan tahun digunakan tanpa sebarang masalah, pengurusan mendapati sistem ini telah ketinggalan (obsolete) kerana peredaran sistem komputer yang semakin canggih dan ia tidak lagi sesuai digunakan pada masa ini. Oleh yang demikian, pihak pengurusan mengambil inisiatif untuk memperbaharui sistem perkomputeran Bahagian Pendidikan Yayasan supaya bersesuaian dan mengikut peredaran zaman. Kegagalan pihak kontraktor, Syarikat Uniti IT membekalkan buku panduan dan ‘source code’ dan juga kegagalan mereka membuat khidmat selepas jualan bukanlah kelemahan pengurusan Yayasan, tetapi ia adalah masalah kontraktor. Malah pihak pengurusan telah mengenalpasti masalah tersebut dan cuba mengatasinya dengan mencadangkan supaya sisitem baru yang lebih baik di bangunkan. Pada pendapat Audit, kelemahan Sistem Pinjaman Pelajaran Yayasan Negeri Sembilan (SPPYNS) telah menjejaskan kecekapan pengurusan pinjaman pendidikan. Ini adalah kerana kesahihan data peminjam yang dijana dari SPPYNS diragui ketepatannya disebabkan maklumat di pengkalan data yang tidak kemaskini. 6.4.3 Kegagalan Mengambil Tindakan Terhadap Pembekal Yang Gagal

Menyempurnakan Naik Taraf Sistem Pinjaman Pendidikan Berkomputer Bagi mengatasi masalah SPPYNS yang digunakan pada masa ini, Lembaga Pemegang-pemegang Amanah Yayasan telah bersetuju di dalam Mesyuarat Lembaga Pemegang-pemegang Amanah Yayasan pada 27 November 2006 untuk melantik Syarikat HR Systems & Consulting Sdn. Bhd. (HRSC) membangunkan sebuah sistem yang dapat memenuhi keperluan Yayasan dalam pengurusan pinjaman pendidikan. Syarikat ini telah dilantik pada 3 Ogos 2006 untuk membekal infrastruktur teknologi maklumat dan perisian komputer (application software) dengan nilai kontrak berjumlah RM298,683. Bagaimanapun, sehingga 28 April 2010, syarikat ini gagal menyerahkan sebuah sistem yang sempurna meskipun bayaran sejumlah RM208,890 (70%) telah dibuat oleh Yayasan kepada mereka. Butiran kemajuan bayaran yang telah diterima oleh HRSC adalah seperti di Jadual 6.3.

Jadual 6.3 Butiran Bayaran Kemajuan Yang Telah Diterima Oleh Syarikat HRSC

Bil. Tarikh Bilangan Kemajuan No. Cek Jumlah (RM)

1. 8 November 2006 Pertama BIMB 871660 59,683 2. 8 November 2006 Kedua BIMB 871661 59,683 3. 7 Disember 2006 Ketiga BIMB 871667 89,524

Jumlah 208,890 Sumber: Bahagian Pendidikan, Yayasan Negeri Sembilan

JD134790 Teks 1.indd 75JD134790 Teks 1.indd 75 10/13/10 5:38:58 PM10/13/10 5:38:58 PM

Page 93: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

76

Faktor yang menyebabkan kelewatan penyerahan sistem baru ini adalah disebabkan kegagalan sistem ini memenuhi keperluan dan kehendak Yayasan. Antara masalah yang dikenalpasti berlaku semasa tempoh ujian sistem ini adalah: a) Terdapat banyak kesilapan data/maklumat peminjam di dalam sistem seperti kesilapan

jumlah dan baki pinjaman. b) Sistem gagal mengesan maklumat pemohon yang dimasukkan secara berulang. c) Tarikh tamat pengajian dan potongan gaji tidak dapat dilakukan secara automatik. d) Sistem tidak dapat menjana surat tawaran, penangguhan bayaran, amaran, tuntutan

dan potongan gaji secara automatik.

Berdasarkan surat perjanjian dan notis tuntutan penyerahan sistem yang lengkap Yayasan kepada HRSC yang bertarikh 15 Januari 2008, syarikat ini perlu menyerahkan sebuah sistem yang lengkap dan boleh digunapakai selewat-lewatnya pada 15 Februari 2008. Bagaimanapun, syarikat ini gagal menyerahkan sistem tersebut pada tarikh yang sepatutnya. HRSC telah beberapa kali memohon untuk perlanjutan tempoh penyerahan sistem yang lengkap tetapi sehingga 28 April 2010 sistem itu masih gagal diserahkan. Jadual 6.4 menunjukkan kronologi permohonan perlanjutan tempoh penyerahan sistem yang lengkap kepada Yayasan.

Jadual 6.4 Kronologi Permohonan Perlanjutan Tempoh

Penyerahan Sistem Yang Lengkap Kepada Yayasan

Bil. Bilangan Permohonan Catatan

Tempoh Lanjutan (Bulan)

Tarikh Serahan Yang Baru

1. Pertama

• HRSC memohon perlanjutan tempoh penyerahan sistem pinjaman pendidikan yang lengkap.

• Lembaga Pemegang-pemegang Saham Yayasan meluluskan permohonan tersebut.

6 27.11.2008

2. Kedua

• HRSC sekali lagi memohon perlanjutan tempoh penyerahan sistem pinjaman pendidikan yang lengkap.

• Lembaga Pemegang-pemegang Saham Yayasan meluluskan permohonan tersebut.

4 Sebelum 31.3.2009

3. Ketiga

• HRSC sekali lagi memohon perlanjutan tempoh penyerahan sistem pinjaman pendidikan yang lengkap.

• Lembaga Pemegang-pemegang Saham Yayasan meluluskan permohonan tersebut.

5 31.8.2009

4. Keempat • Mesyuarat antara Yayasan dan HRSC pada

Mac 2010, tempoh lanjutan baru telah diberikan.

1 01.4.2010

Sumber: Bahagian Pendidikan, Yayasan Negeri Sembilan Ekoran daripada kegagalan HRSC menyerahkan sistem pinjaman pendidikan yang lengkap kepada Yayasan, pihak pengurusan Yayasan terpaksa menggunakan sistem yang sedia ada di mana masa yang lebih lama diperlukan untuk mendapatkan maklumat yang tepat selain terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi pembaikan sistem tersebut.

JD134790 Teks 1.indd 76JD134790 Teks 1.indd 76 10/13/10 5:38:58 PM10/13/10 5:38:58 PM

Page 94: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

77

Menurut maklum balas dari Yayasan bertarikh 20 April 2010, vendor telah gagal untuk menyempurnakan sistem tersebut dan telah diberikan perlanjutan tempoh untuk menyiapkan sistem tersebut. Pembayaran secara ‘progress payment’ telah pun dibuat dengan jumlah RM208,890. Untuk membatalkan kontrak dan mengambil tindakan mahkamah akan mengambil masa yang panjang dan pertambahan kos operasi. Sekiranya vendor baru dilantik, pihak pengurusan berpendapat ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi dan masa yang lebih panjang. Oleh itu, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh untuk menyiapkan program tersebut kerana ia adalah langkah terbaik dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Pihak pengurusan terpaksa membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh bagi menyiapkan program tersebut dangan mengambil kira kos dan juga tempoh masa yang akan diambil untuk membangunkan satu lagi sistem dan juga kos dan juga tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan perkara ini melalui tindakan undang-undang. Pada Mac 2010, mesyuarat antara vendor dan Yayasan telah diadakan. Vendor tersebut telah diberikan tempoh sehingga 1 April 2010 untuk menyelesaikan semua masalah yang berkaitan dengan sistem baru tersebut sebelum diserahkan kepada Yayasan. Bagaimanapun, sehingga 28 April 2010, pihak HRSC gagal menyerahkan sistem yang sempurna dan boleh digunakan kepada Yayasan. Pada pendapat Audit, Yayasan boleh mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Syarikat HR Systems & Consulting Sdn. Bhd. kerana telah melanggar kontrak perjanjian yang telah ditandatangani. 6.4.4 Yayasan Gagal Mengambil Tindakan Tegas Terhadap Peminjam Ingkar Yayasan akan menghantar Surat Pemberitahuan sebagai makluman untuk membayar balik pinjaman kepada peminjam, enam bulan selepas tamat pengajian. Sekiranya Yayasan tidak menerima sebarang pembayaran daripada peminjam selepas tempoh sebulan dari tarikh surat tersebut dihantar, Yayasan akan mengeluarkan surat susulan. Semakan Audit terhadap 90 fail mendapati tiada notis tuntutan yang dihantar kepada 31 peminjam yang tidak membuat sebarang pembayaran walaupun Surat Amaran Terakhir telah dihantar. Jadual 6.5 menunjukkan butiran berkaitan notis tuntutan yang tidak dihantar kepada peminjam ingkar.

Jadual 6.5 Notis Tuntutan Yang Tidak Dihantar Kepada Peminjam Ingkar

Bagi Tempoh 2007 Hingga 2009

Bil. Peringkat Pengajian Jumlah Peminjam

Amaun (RM)

1. Sijil 22 125,000 2. Diploma 6 53,100 3. Ijazah 3 85,000

Jumlah 31 263,100 Sumber: Bahagian Pendidikan, Yayasan Negeri Sembilan

JD134790 Teks 1.indd 77JD134790 Teks 1.indd 77 10/13/10 5:38:59 PM10/13/10 5:38:59 PM

Page 95: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

78

Semakan ke atas 90 fail yang dihantar notis tuntutan mendapati terdapat 50 peminjam tidak dikenakan tindakan undang-undang walaupun telah menerima Notis Peguam melalui panel peguam Yayasan. Jadual 6.6 menunjukkan butiran berkaitan peminjam ingkar yang tidak dikenakan tindakan mahkamah selepas tiga bulan Notis Tuntutan melalui peguam panel dihantar.

Jadual 6.6 Peminjam Ingkar Yang Tidak Dikenakan Tindakan Mahkamah Selepas

3 Bulan Notis Tuntutan Melalui Peguam Dihantar Setakat November 2009

Bil. Peringkat Pengajian Jumlah Peminjam

Amaun (RM)

1. Sijil 36 218,960 2. Diploma 6 54,900 3. Ijazah 8 135,570

Jumlah 50 409,430 Sumber: Bahagian Pendidikan, Yayasan Negeri Sembilan

Berdasarkan temu bual pihak Audit dengan pegawai yang bertanggungjawab, keadaan ini berlaku kerana setiap tindakan yang dibuat melalui panel peguam akan dikenakan bayaran guaman. Walaupun Yayasan akan membuat tuntutan bayaran guaman tersebut kepada peminjam, Yayasan perlu membuat bayaran pendahuluan. Ketidaktegasan Yayasan dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap peminjam ingkar telah menyumbang kepada peningkatan jumlah tunggakan setiap tahun. Selain itu, ketidaktegasan Yayasan dalam mengambil tindakan kepada peminjam ingkar akan menyebabkan peminjam tersebut mengambil sikap sambil lewa dan tiada usaha yang diambil untuk membuat bayaran balik kepada Yayasan selain mengundang kepada peningkatan peminjam ingkar. Menurut maklum balas dari Yayasan bertarikh 20 April 2010, Yayasan telah pun mengambil tindakan tegas dan tindakan undang-undang melalui panel peguam mulai awal tahun 2009. Seramai 987 orang telah pun dirujuk kepada panel peguam untuk tindakan. Bagaimanapun, proses tindakan undang-undang ini mengambil masa yang panjang kerana ia bergantung kepada ketetapan mahkamah dan juga kos yuran panel peguam yang agak tinggi. Daripada jumlah tersebut, seramai 402 notis tuntutan telah dikeluarkan, 490 kes dalam proses saman dan 26 kes dalam proses untuk dikenakan tindakan JDS. Sementara itu, seramai 69 peminjam telah melunaskan baki pinjamannya setelah tindakan tuntutan Yayasan melalui panel peguam dilaksanakan. Kesannya, bermula dari bulan Disember 2009, jumlah kutipan bayaran balik pinjaman meningkat dengan ketara yang mana, jumlah kutipan adalah sejumlah RM214,109, RM245,178 bagi bulan Januari tahun 2010, RM328,981 bagi bulan Februari tahun 2010 dan RM356,551 bagi bulan Mac tahun 2010.

JD134790 Teks 1.indd 78JD134790 Teks 1.indd 78 10/13/10 5:38:59 PM10/13/10 5:38:59 PM

Page 96: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

79

Bagaimanapun, dengan mengambil tindakan tegas ini telah mengakibatkan kos yuran guaman meningkat. Pada tahun 2008, yuran guaman adalah berjumlah RM960 manakala bagi tahun 2009 meningkat kepada RM88,653 dan bagi Januari hingga Mac tahun 2010 yuran guaman telah mencecah kepada RM47,279. Ini menyumbang kepada peningkatan kos pengurusan Yayasan terpaksa mendahulukan bayaran yuran guaman ini sebelum dikreditkan ke akaun peminjam. Pada pendapat Audit, sehingga tahun 2008, Yayasan tidak bersikap tegas terhadap peminjam tegar. Bagaimanapun, mulai tahun 2009, Yayasan telah mempertingkatkan usaha untuk mengambil tindakan terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman pendidikan. Kesannya, dari bulan Disember 2009, jumlah kutipan bayaran balik pinjaman meningkat dengan ketara. 6.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT Pada keseluruhannya, pengurusan pinjaman pendidikan oleh Yayasan adalah pada tahap yang kurang memuaskan. Masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki oleh Yayasan. Berikut adalah antara perkara yang perlu diambilkira oleh Yayasan bagi menambah baik pengurusan pinjaman pendidikan: a) Yayasan perlu membuat kajian berkaitan kemampuannya dalam memberi pinjaman

pada masa akan datang untuk kekal sebagai badan pemberi pinjaman pendidikan. Yayasan juga perlu membuat kajian berkaitan formula terbaik yang dapat membantu mengutip semula tunggakan bayaran balik pinjaman sekaligus mengurangkan jumlah tunggakan pinjaman.

b) Yayasan perlu menyemak semula kesahihan data dalam Sistem Pinjaman Pelajaran Yayasan Negeri Sembilan supaya menjana maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.

c) Yayasan perlu bersikap tegas terhadap Syarikat HR Systems & Consulting Sdn. Bhd. atas kelewatan penyerahan Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan Berkomputer denganmengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.

d) Yayasan perlu bersikap tegas terhadap peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman.

JD134790 Teks 1.indd 79JD134790 Teks 1.indd 79 10/13/10 5:38:59 PM10/13/10 5:38:59 PM

Page 97: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

80

SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN

7. PENGURUSAN AIR TIDAK BERHASIL (NRW)

7.1 LATAR BELAKANG

7.1.1 Air merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan dan perlu diuruskan dengan cekap supaya sentiasa mencukupi. Kehilangan air di dalam sistem rangkaian adalah merupakan salah satu permasalahan yang besar dalam sistem bekalan air. Non Revenue Water (NRW) atau Air Tidak Berhasil ditakrifkan sebagai jumlah kuantiti air yang disalurkan ke dalam sistem bekalan air tetapi tidak memberi pulangan hasil. Secara teknikal, NRW ialah perbezaan di antara jumlah pengeluaran air bersih (terawat) yang dibekalkan dan ditolak dengan jumlah penggunaan yang dibil menggunakan meter dan penggunaan yang dibil tanpa meter. Kehilangan air ini bukan sahaja suatu pembaziran sumber semulajadi malah dari segi ekonomi ia memberi kesan kepada negara. 7.1.2 Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih peranan dan fungsi pengurusan sistem bekalan air di Negeri Sembilan mulai 1 Januari 2009. Tanggungjawab SAINS antaranya meliputi pengeluaran dan pengagihan air terawat kepada pengguna, menyelenggara setiap infrastruktur dan empangan sedia ada serta mereka bentuk infrastruktur baru dan penambahbaikan operasi. 7.1.3 Kadar NRW di Negeri Sembilan pada tahun 2007 adalah merupakan yang kedua tertinggi daripada empat belas negeri iaitu 53.1% seperti di Jadual 7.1. Sasaran dan pencapaian bagi kadar NRW di Negeri Sembilan dari tahun 2006 sehingga 2009 adalah seperti di Jadual 7.2 manakala trend NRW bagi tempoh lima tahun adalah seperti di Jadual 7.3.

JD134790 Teks 1.indd 80JD134790 Teks 1.indd 80 10/13/10 5:39:00 PM10/13/10 5:39:00 PM

Page 98: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

81

Jadual 7.1 Pencapaian Kadar NRW Negeri Di Malaysia

Bagi Tahun 2007

Bil. Negeri Kadar NRW (%)

1. Sabah 55.0 2. N.Sembilan 53.1 3. Kelantan 48.5 4. Pahang 45.2 5. Kedah 45.2 6. Selangor 34.8 7. WP. Labuan 34.7 8. Perlis 34.2 9. Terengganu 31.6

10. Sarawak 31.5 11. Johor 31.1 12. Perak 29.9 13. Melaka 28.6 14. Pulau Pinang 16.9

Purata Nasional 37.7 Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

Jadual 7.2

Sasaran Dan Pencapaian Sebenar Kadar NRW SAINS

Bil. Perkara Tahun

2006 (%)

2007 (%)

2008 (%)

2009 (%)

1. Sasaran 59.9 53.1 53.0 50.0 2. Pencapaian 59.9 53.1 53.2 51.6

Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

Jadual 7.3 Trend NRW Negeri Sembilan Bagi Tempoh 5 Tahun

Bil. Tahun Pengeluaran (m³/tahun)

Penggunaan (m³/tahun)

% NRW

1. 2005 234,444,245.00 110,090,085.00 53.4 2. 2006 274,851,302.97 110,278,312.00 59.9 3. 2007 252,972,179.34 118,601,618.00 53.1 4. 2008 257,772,482.00 120,648,638.00 53.2 5. 2009 256,894,465.03 124,434,848.00 51.6

Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

7.1.4 Disebabkan peratus NRW yang kedua tertinggi di Malaysia, maka Negeri Sembilan telah menerima peruntukan yang paling tinggi di bawah program NRW di dalam RMKe-9 daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu sejumlah RM166 juta. Peruntukan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar NRW di Negeri Sembilan dengan melaksanakan program NRW yang holistik atau menyeluruh di mana tidak hanya tertumpu kepada program penggantian paip sahaja. Program NRW holistik memberi fokus kepada empat program iaitu:

JD134790 Teks 1.indd 81JD134790 Teks 1.indd 81 10/13/10 5:39:00 PM10/13/10 5:39:00 PM

Page 99: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

82

i) Pengurusan Aset ii) Pengurusan Tekanan iii) Aktiviti Pengawalan Kebocoran iv) Kepantasan Dan Kualiti Kerja.

Terdapat lima projek NRW secara holistik yang dirancang dan dilaksanakan di dalam RMKe-9 melibatkan projek berikut :

i) Projek NRW pilot di Ampangan dan Senawang ii) Projek penyenggaraan di Ampangan dan Senawang iii) Projek NRW di daerah Seremban dan Nilai iv) Projek NRW Kuala Pilah dan Jempol v) Projek NRW Port Dickson

Kos bagi projek NRW secara holistik adalah sebanyak RM109.62 juta dan penggantian paip-paip di Rembau, Tampin, Jelebu dan daerah-daerah lain adalah sebanyak RM56.38 juta. Kesemua lima projek NRW tersebut telah dibuat secara outsource. Satu daripada projek outsource telah pun siap dan diambil alih oleh SAINS manakala selebihnya masih di dalam peringkat pelaksanaan. Bagi daerah Rembau, Tampin, Jelebu tiada projek NRW yang dilaksanakan kerana kekurangan peruntukan. Program bagi tiga daerah ini telah dimasukkan di dalam business plan tiga tahun SAINS dengan kos sebanyak RM40 juta. Walaubagaimanapun, program masih belum dilaksanakan dan pihak SAINS bercadang untuk melaksanakannya secara dalaman. 7.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pelaksanaan dan pemantauan pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW) telah diuruskan dengan cekap, ekonomi dan berkesan serta mencapai matlamat yang ditetapkan.

7.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan adalah meliputi pelaksanaan pengurusan kawalan NRW bagi

tempoh empat tahun (tahun 2006 hingga 2009) yang melibatkan pelaksanaan program NRW secara holistik iaitu projek pilot di daerah Ampangan dan Senawang, projek NRW di daerah Seremban, Nilai, Kuala Pilah dan Jempol. Kaedah pengauditan dijalankan dengan membuat semakan terhadap fail dan dokumen, lawatan fizikal dan temu bual pegawai yang terlibat dalam pengurusan kawalan NRW. 7.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2009

mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan program NRW di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan. Kadar penurunan

JD134790 Teks 1.indd 82JD134790 Teks 1.indd 82 10/13/10 5:39:00 PM10/13/10 5:39:00 PM

Page 100: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

83

NRW di Negeri Sembilan tidak menunjukkan penurunan yang begitu ketara walaupun SAINS menerima peruntukan sejumlah RM166 juta di bawah RMKe-9 untuk mengurangkan kadar NRW. Tahap NRW ini dapat ditentukan dengan melaksanakan pengauditan terhadap kuantiti air yang disalurkan ke dalam sistem agihan berpandukan kepada Imbangan Air. Imbangan Air ini menjelaskan tentang komponen asas NRW yang dikira berdasarkan amalan terbaik (best practice) dan diguna pakai oleh International Water Association (IWA). Pada tahun 2008 kadar NRW bagi Negeri Sembilan ialah sebanyak 137,123,844m3 setahun iaitu 53.2% daripada kemasukan isipadu air ke dalam sistem agihan sebanyak 257,772,482m3 setahun, atau menurut SAINS anggaran kehilangan hasil berjumlah RM40 juta. Imbangan Air Negeri Sembilan bagi tahun 2008 adalah seperti di Carta 7.1.

Carta 7.1 Imbangan Air Negeri Sembilan Bagi Tahun 2008

SAINS memaklumkan terdapat kesilapan memasukkan data bagi nilai penggunaan bermeter yang tidak dibilkan sebanyak 10.4%. Ianya adalah pecahan kepada dua iaitu 10% kehilangan fizikal dan 0.4% merupakan penggunaan bermeter yang tidak dibilkan setelah mengambilkira teguran audit. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah kadar NRW yang tidak mencapai Key Performance Indicator (KPI) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), meter pengeluaran tidak diverifikasi, pengiraan Imbangan Air tidak tepat, program penggantian meter yang tidak menyeluruh dan peningkatan semula kadar NRW. Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perenggan berikut:

Isipadu Kemasukan Ke Dalam

Sistem

257,772,482m³ (100%)

Penggunaan Sah

120,782,567m³

(46.8%)

Penggunaan Yang Dibilkan

120,648,638m³

(46.8%)

Penggunaan Bermeter Yang Dibilkan

120,648,638m³ (46.8%)

Air Berhasil 120,648,638m³

(46.8%) Penggunaan Tanpa Meter Yang Dibilkan

(0%)

Penggunaan Yang Tidak

Dibilkan

133,929m³ (0.1%)

Penggunaan Bermeter Yang Tidak Dibilkan

108,152 m³ (0.1%)

Air Tidak Berhasil (NRW)

137,123,844m³

(53.2%)

Penggunaan Tanpa Meter Yang Tidak Dibilkan

25,777m³ (0%)

Kehilangan Air

136,989,915m³ (53.2%)

Kehilangan Komersial

(Commercial Losses)

9,031,201m³

(3.5%)

Penggunaan Tanpa Kebenaran 493,387m³

(0.2%) Ketidaktepatan Meter Pelanggan dan Kesilapan Pengendalian Data

8,591,814m³ (3.3%)

Kehilangan Fizikal (Physical Losses) 127,958,714m³

(49.7%) Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

JD134790 Teks 1.indd 83JD134790 Teks 1.indd 83 10/13/10 5:39:01 PM10/13/10 5:39:01 PM

Page 101: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

84

7.4.1 SAINS Tidak Mencapai KPI Kadar NRW Yang Ditetapkan Oleh SPAN SPAN telah memperkenalkan KPI kadar NRW bertujuan memantau dan menyelia operator industri perkhidmatan air. Semakan Audit mendapati kadar NRW SAINS yang tidak tercapai adalah 1.2% bagi tahun 2008 dan 3.6% bagi tahun 2009 berbanding sasaran KPI yang ditetapkan oleh SPAN seperti di Jadual 7.4.

Jadual 7.4 Perbandingan KPI NRW SPAN Dengan Pencapaian NRW SAINS

Bil. Perkara Tahun

2008 (%)

2009 (%)

1. Sasaran KPI NRW SPAN 52.0 48.0 2. Pencapaian Kadar NRW SAINS 53.2 51.6 3. Peratus Tidak Tercapai 1.2 3.6

Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) SAINS memaklumkan kadar NRW tidak dapat dicapai adalah disebabkan oleh beberapa faktor:

i) 75% dari keseluruhan paip retikulasi yang sedia ada adalah dari jenis A.C. yang mana tempoh jangka hayatnya telah melebihi 25 tahun. Penggunaan paip lama dari jenis A.C. banyak menyumbang kepada kehilangan air secara fizikal.

ii) Terdapat hampir 60,000 meter rosak pada masa itu dan telah menyumbang kepada kehilangan komersial terutama dari segi ketepatan bacaan dan juga hasil.

iii) Ketiadaan program NRW secara holistik sebelum RMKe-9.

Menurut SAINS sasaran KPI SPAN tidak tercapai disebabkan Unit NRW SAINS menghadapi masalah kekurangan kakitangan pada tahun 2006 hingga 2008. Peningkatan kakitangan secara berperingkat telah bermula pada tahun 2009 apabila Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) telah dikorporatkan pada 1 Januari 2009 sebagai SAINS untuk melaksanakan kerja penyenggaraan dan pemantauan ke atas program NRW secara berterusan. Pada pendapat Audit, pencapaian kadar NRW di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana tidak mencapai sasaran KPI.

7.4.2 Kemasukan Isipadu Ke Dalam Sistem (Qin)

a) Meter Pengeluaran Tidak Diverifikasi

Isipadu kemasukan ke dalam sistem adalah jumlah pengeluaran air bermeter dari loji rawatan air (LRA) atau sumber air sempadan yang masuk ke dalam sistem agihan berkenaan. Setiap LRA mempunyai meter pengeluaran yang berfungsi menyukat kuantiti pengeluaran air bersih. Setiap meter pengeluaran yang dipasang akan menyukat kuantiti aliran air dengan tepat secara berterusan dalam memastikan ketepatan pengiraan NRW. SPAN menyatakan semua meter pengeluaran hendaklah diverifikasi dan dikawal secara berterusan bagi menentukan meter pengeluaran tersebut berfungsi dan bacaan jumlah pengeluaran air terawat adalah tepat.

JD134790 Teks 1.indd 84JD134790 Teks 1.indd 84 10/13/10 5:39:01 PM10/13/10 5:39:01 PM

Page 102: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

85

Semakan Audit mendapati sebanyak 56 buah meter pengeluaran telah dipasang di 23 LRA di Negeri Sembilan pada tahun 2007 hingga 2009. Bagaimanapun, 40 meter pengeluaran telah diverifikasi oleh SAINS dan Sijil Verifikasi telah dikemukakan untuk pengesahan Audit. Manakala sebanyak 10 meter tidak diverifikasi dan enam meter yang rosak tetapi belum diganti seperti di Jadual 7.5.

Jadual 7.5 Bilangan Meter Pengeluaran Bagi Tempoh Tahun 2007 Hingga 2009

Bil. Meter Pengeluaran Jenis Bilangan Diverifikasi Tidak Diverifikasi Rosak

1. Meter Alir Elektromagnetik (EMF) 33 23 6 4 2. Meter Alir (Selain EMF) 23 17 4 2

Jumlah 56 40 10 6 Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

Verifikasi tidak dilakukan ke atas 10 meter pengeluaran disebabkan SAINS tidak mempunyai kepakaran dan peralatan yang mencukupi. Akibat daripada meter pengeluaran yang tidak diverifikasi secara menyeluruh dan meter rosak tidak diganti telah menyebabkan kesahihan data bacaan pengeluaran air terawat dan pengiraan tahap kadar NRW sebenar tidak tepat dan boleh dipertikaikan serta integriti pengiraan jadual Imbangan Air terjejas. Oleh itu, SAINS perlu melaksanakan verifikasi sepenuhnya dan mengambil tindakan pembaikan terhadap meter tersebut. Meter pengeluaran yang tidak diverifikasi adalah seperti di Foto 7.1 dan Foto 7.2.

Foto 7.1 Meter Pengeluaran Yang Tidak Diverifikasi

Foto 7.2 Meter Pengeluaran Yang Tidak Diverifikasi

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Bahau WTP Tarikh : 8 Disember 2009

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : Bahau WTP Tarikh : 8 Disember 2009

SAINS memaklumkan verifikasi tidak dapat dijalankan kepada 10 meter pengeluaran disebabkan meter tersebut adalah dari jenis lama contohnya “Dall Tube” dan SAINS berhasrat untuk menukarkannya kepada meter jenis magnetik flowmeter. Walaubagaimanapun, ini tidak menjejaskan bacaan keseluruhan kerana ketidaktepatan bacaan adalah hanya 18%. SAINS telah melaksanakan verifikasi bagi setiap meter pengeluaran bergantung kepada usia meter dan juga tempoh verifikasi setahun.

JD134790 Teks 1.indd 85JD134790 Teks 1.indd 85 10/13/10 5:39:02 PM10/13/10 5:39:02 PM

Page 103: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

86

Pada pendapat Audit, kesahihan bacaan kemasukan isipadu ke dalam sistem yang dilaporkan adalah diragui ketepatannya kerana meter pengeluaran tidak diverifikasi sepenuhnya dan meter yang rosak perlu diganti.

b) Bacaan Meter Sempadan Tidak Diambil Kira Tiga buah meter sempadan telah dipasang iaitu di Broga yang membekal air ke negeri Selangor, di Bera yang menerima bekalan air dari negeri Pahang dan di Tanjung Agas, Linggi yang menerima bekalan air dari negeri Melaka. Sumber air sempadan dikategorikan kepada dua iaitu sumber air sempadan yang masuk ke dalam sistem agihan (import) dan sumber air sempadan yang keluar (export). Bacaan meter sempadan hendaklah diambil kira di dalam pengiraan isipadu kemasukan ke dalam sistem mengikut imbangan air antarabangsa bertujuan untuk menilai tahap NRW bagi sesuatu kawasan.

Semakan Audit mendapati SAINS tidak menyelenggara dan mengemaskini rekod atau data pengeluaran air di kawasan meter sempadan untuk diambil kira dalam pengiraan isipadu kemasukan ke dalam sistem. Selain daripada itu, meter sempadan di Broga didapati telah rosak menyebabkan bacaan meter telah dibuat secara anggaran. Akibatnya, kesahihan data bacaan pengeluaran air terawat adalah tidak tepat dan menyebabkan pengiraan kadar NRW menggunakan Imbangan Air (water balance) tidak menggambarkan tahap kadar NRW yang sebenar di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, SAINS didapati masih dalam proses untuk menggantikan meter sempadan tersebut dengan yang baru. Meter sempadan di Broga sebelum dan selepas diganti adalah seperti di Foto 7.3 dan Foto 7.4.

Foto 7.3 Meter Sempadan Di Broga

Foto 7.4 Meter Sempadan Yang Telah Diganti

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Broga Tarikh : 12 Oktober 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Broga Tarikh : 12 Oktober 2009

Sebelum Selepas

JD134790 Teks 1.indd 86JD134790 Teks 1.indd 86 10/13/10 5:39:02 PM10/13/10 5:39:02 PM

Page 104: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

87

SAINS telah memaklumkan bahawa meter sempadan yang rosak di Broga telah diganti pada 28 Januari 2010. Pada pendapat Audit, pengurusan meter sempadan di Broga adalah kurang memuaskan kerana didapati rosak semasa lawatan Audit, walau bagaimanapun ia telah diganti selepas teguran Audit.

7.4.3 Penggunaan Sah Air - Penggunaan Yang Dibilkan (Pembilan) Nilai penggunaan sah yang dibilkan dalam Imbangan Air diperolehi dari sistem pengurusan pembilan. Pembilan ke atas penggunaan sah air merupakan aktiviti yang menjana hasil kepada SAINS. Pembilan melibatkan dua aspek utama iaitu pengeluaran bil air (bill issued) dan bil yang dikutip (bill collected). Pengeluaran bil yang teratur membolehkan pemegang akaun menerima bil dan memudahkan mereka membuat pembayaran. Peratus jumlah bil dikeluarkan (bill issued) berdasarkan bilangan akaun dan bil kutipan (bill collected) bagi pengguna domestik dan industri masing-masing bagi tempoh 2006 hingga 2009 di Negeri Sembilan adalah seperti di Jadual 7.6 dan Jadual 7.7. a) Bilangan Bil Dikeluarkan Kurang Daripada Bilangan Akaun

Semakan Audit mendapati peratusan bil dikeluarkan bagi pengguna domestik dan industri adalah dalam lingkungan 85% hingga 96% berdasarkan Jadual 7.6.

Jadual 7.6 Peratusan Bilangan Bil Dikeluarkan Berbanding Bilangan Akaun

Bil. Butiran 2006 2007 2008 2009

Domestik Industri Domestik Industri Domestik Industri Domestik Industri

1. Bilangan Akaun 3.541,272 450,864 3,541,272 450,864 3,541,272 450,864 3,536,219 431,784

2. Bilangan Bil Dikeluarkan 3,212,264 386,817 3,313,441 409,193 3,403,719 424,312 3,199,592 405,389

3. Perbezaan Bilangan 329,008 64,047 227,831 41,671 137,553 26,552 336,627 26,395

4. Peratusan Bilangan Bil Dikeluarkan

90.7% 85.8% 93.6% 90.8% 96.2% 94.1% 90.5% 93.9%

Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

b) Nilai Bil Kutipan Kurang Daripada Nilai Bil Dikeluarkan Semakan Audit juga mendapati peratusan bil kutipan bagi pengguna domestik dan industri adalah dalam lingkungan 86% hingga 90% berdasarkan Jadual 7.7.

JD134790 Teks 1.indd 87JD134790 Teks 1.indd 87 10/13/10 5:39:03 PM10/13/10 5:39:03 PM

Page 105: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

88

Jadual 7.7 Peratusan Nilai (RM) Bil Kutipan Berbanding Bil Dikeluarkan

Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

Aktiviti pengurusan pembilan yang cekap dan berkesan dapat mempertingkatkan lagi hasil kutipan SAINS. Oleh itu, SAINS perlu mengambil tindakan proaktif bagi memastikan aktiviti pembilan dioptimumkan agar hasil kutipan dapat dipertingkatkan. Bagi pengguna yang gagal menjelaskan bil, tindakan penguatkuasaan seperti pemotongan bekalan air perlulah dilaksanakan.

SAINS memaklumkan bahawa aktiviti pembilan telah dilaksanakan secara outsourcing dari tahun 2006 hingga 2009 disebabkan JBANS pada ketika itu menghadapi masalah kekurangan kakitangan terutama di kalangan pembaca meter. JBANS pada masa itu menetapkan sasaran bil pada kadar 95% dan agak mustahil untuk mencapai 100% atas sebab teknikal seperti meter hilang, pelarasan bil, disconnect dan sebagainya. Aktiviti pembilan ini telah diambil alih semula oleh SAINS pada Jun 2009. Dalam proses peralihan terdapat beberapa perubahan sistem, pengambilan kakitangan baru yang menjejaskan serba sedikit aktiviti pembilan. Bagaimanapun, perkara tersebut telah diatasi dan bacaan pembilan telah meningkat dan melebihi purata 99% pada tahun 2010.

c) Penggunaan Sah Yang Dibilkan Tahun 2008 Terendah Berbanding Lima Negeri

Semakan Audit ke atas jadual Imbangan Air bagi tahun 2008 mendapati peratus penggunaan sah yang dibilkan adalah sebanyak 46.8% (120,648,638m³ setahun). Peratusan ini adalah yang terendah di lima buah negeri yang dijalankan pengauditan seperti di Jadual 7.8.

Jadual 7.8 Perbandingan Peratus Penggunaan Sah Yang Dibilkan Tahun 2008

Bil. Negeri Penggunaan Sah Yang Dibilkan (%)

1. Negeri Sembilan 46.8 2. Sabah 48.3 3. Pahang 49.0 4. Kelantan 51.1 5. Pulau Pinang 83.1

Sumber: Operator Bekalan Air Negeri

Bil. Butiran 2006

(RM Juta) 2007

(RM Juta) 2008

(RM Juta) 2009

(RM Juta) Domestik Industri Domestik Industri Domestik Industri Domestik Industri

1. Nilai Bil Dikeluarkan 57.09 49.22 59.67 51.36 60.83 53.33 64.19 51.85

2. Nilai Bil Kutipan 49.92 43.90 52.97 44.72 54.96 45.97 55.60 47.01

3. Perbezaan Nilai 7.17 5.32 6.7 6.64 5.87 7.36 8.59 4.84

4. % Bil Kutipan 87.4% 89.2% 88.8% 87.1% 90.4% 86.2% 86.6% 90.7%

JD134790 Teks 1.indd 88JD134790 Teks 1.indd 88 10/13/10 5:39:04 PM10/13/10 5:39:04 PM

Page 106: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

89

SAINS memaklumkan penggunaan sah ini didapati dari rekod pembilan dan penggunaan sah yang rendah ini berpunca daripada meter rosak, meter aging, kecurian air dan sebagainya. Pihak SAINS sedang mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan nilai penggunaan sah tersebut. Pada pendapat Audit, penggunaan sah yang dibilkan adalah kurang memuaskan kerana hanya 46.8% daripada kemasukan isipadu air ke dalam sistem agihan dibilkan manakala selebihnya adalah NRW.

7.4.4 Penggunaan Yang Tidak Dibilkan Dan Tidak Bermeter - Rekod Penggunaan

Tanpa Meter Yang Tidak Dibilkan Tidak Dikemaskini Penggunaan tanpa meter yang tidak dibilkan lazimnya melibatkan penggunaan pili bomba bagi tujuan latihan dan memadam kebakaran, kerja flushing iaitu pencucian sesalur dan kolam atau tangki air secara berkala, penghantaran lori tangki air dan penggunaan air untuk tujuan aktiviti gotong-royong. Kuantiti air yang digunakan bergantung pada kadar alir dan tempoh masa penggunaan. Penggunaan air ini tidak dikenakan caj tetapi kuantitinya diukur dengan menggunakan formula yang telah ditetapkan. Hasil semakan Audit mendapati SAINS tidak menyelenggara dan mengemaskini rekod anggaran penggunaan air yang digunakan bagi komponen Penggunaan Tanpa Meter Yang Tidak Dibilkan. Perkara ini berlaku disebabkan kurangnya kefahaman, prosedur dan garis panduan mengenai kepentingan penyelenggaraan rekod dan data bagi komponen Penggunaan Tanpa Meter Yang Tidak Dibilkan diberikan kepada kakitangan SAINS. Maka, ia telah mengakibatkan kesahihan dan ketepatan data NRW terjejas.

SAINS memaklumkan kefahaman tentang NRW dan kepentingan merekod serta menyimpan data baru dilaksanakan mulai awal tahun 2009. Mulai tahun 2009, SAINS telah mula menerima rekod penggunaan pili bomba bagi tujuan latihan dan memadamkan kebakaran, kerja flushing iaitu pembersihan sesalur secara berkala dan pembersihan sesalur selepas pembaikan paip pecah. Ianya telah mula direkodkan dan ini terkandung di dalam Standard Operating Procedure (SOP) Bahagian Operasi.

Pada pendapat Audit, penggunaan yang tidak dibilkan dan tidak bermeter adalah kurang memuaskan kerana rekod anggaran penggunaan air yang digunakan tidak diselenggara dan dikemas kini. 7.4.5 Kehilangan Fizikal - Kebocoran Suction Tank Bukit Sempit Kehilangan air melalui kebocoran kolam/tangki air berlaku apabila terdapat keretakan atau kegagalan pada struktur kolam/tangki. Keadaan ini biasanya berlaku pada kolam/tangki yang telah uzur yang dapat dikesan secara visual.

Berdasarkan Imbangan Air tahun 2008, kadar kehilangan fizikal di Negeri Sembilan adalah tinggi iaitu 127,958,714m³ atau 49.7%. Lawatan Audit bersama pegawai SAINS pada 30 September 2009 mendapati telah berlaku kebocoran di suction tank di Bukit Sempit, Jempol.

JD134790 Teks 1.indd 89JD134790 Teks 1.indd 89 10/13/10 5:39:04 PM10/13/10 5:39:04 PM

Page 107: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

90

Bagaimanapun kebocoran tersebut tidak disedari oleh SAINS menyebabkan tindakan pembaikan lewat diambil. Kelewatan pembaikan ke atas kebocoran pada struktur suction tank telah menyebabkan kehilangan fizikal secara berterusan dan ini akan mempengaruhi kadar NRW. Memandangkan kebocoran pada struktur kolam/tangki air hanya dapat dikesan secara visual maka pemeriksaan dan pemantauan yang berjadual dan berterusan perlu dilakukan. Kebocoran yang berlaku seperti di Foto 7.5 dan Foto 7.6.

Foto 7.5 Suction Tank Bukit Sempit

Foto 7.6 Tempat Berlakunya Kebocoran

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Bukit Sempit, Jempol Tarikh : 30 September 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Bukit Sempit, Jempol Tarikh : 30 September 2009

Pada pendapat Audit, tindakan pembaikan terhadap suction tank di Bukit Sempit adalah kurang memuaskan kerana tiada pemeriksaan dan pemantauan yang berterusan. 7.4.6 Kehilangan Komersial Kehilangan komersial ialah kehilangan air akibat daripada penggunaan yang tidak dapat direkodkan. Terdapat dua kategori kehilangan komersial iaitu penggunaan tanpa kebenaran dan meter di bawah bacaan atau kesilapan pengendalian data. Semakan Audit terhadap jadual Imbangan Air bagi tahun 2008 mendapati, nilai bagi kehilangan komersial adalah sebanyak 3.5%, penggunaan tanpa kebenaran sebanyak 0.2% dan meter di bawah bacaan sebanyak 3.3%. a) Penggunaan Tanpa Kebenaran

Penggunaan tanpa kebenaran ialah kes mencuri air yang dilakukan dengan membuat sambungan haram dari sesalur dan penggunaan pili bomba untuk kegunaan sendiri. Mengikut Seksyen 123 (1) dan (3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 menyatakan tiada kebenaran diberikan selain pemegang lesen yang boleh membuat sebarang sambungan suatu sesalur awam atau paip air perkhidmatan dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

JD134790 Teks 1.indd 90JD134790 Teks 1.indd 90 10/13/10 5:39:05 PM10/13/10 5:39:05 PM

Page 108: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

91

Semakan Audit terhadap Jadual Imbangan Air bagi tahun 2008 mendapati komponen penggunaan tanpa kebenaran menyumbang sebanyak 0.2% kepada kadar NRW di Negeri Sembilan. Selain itu, pihak SAINS juga melakukan penyiasatan berkaitan kes kecurian air melalui aduan yang diterima daripada orang ramai dan rondaan yang dijalankan. Mengikut rekod, jumlah aduan kes kecurian yang diterima bagi tahun 2009 adalah 133 kes dan kesemua aduan tersebut telah disiasat. Daripada 133 aduan tersebut, sebanyak 21 aduan adalah kes sahih berkaitan kecurian air yang telah dilakukan. Kesemua kes kecurian air tersebut telah diambil tindakan segera oleh pihak SAINS bersama-sama dengan bahagian penguatkuasa SPAN dalam membendung kegiatan curi air di Negeri Sembilan.

b) Program Penggantian Meter Rosak Dan Meter Melewati Jangka Hayat Tidak

Dilaksanakan Secara Menyeluruh i) Meter Rosak

Program penggantian meter secara berkala perlu dilakukan bagi mengurangkan ketidaktepatan bacaan meter atau meter di bawah bacaan (meter under registration). Keadaan ini berlaku kerana meter berkenaan telah melewati jangka hayat ekonomik, tersekat atau rosak. Kerosakan meter berlaku disebabkan oleh tahap kualiti air yang rendah dan vandalisme.

Semakan Audit mendapati sehingga Disember 2009, terdapat 43,726 iaitu 12.9% meter rosak berbanding dengan 338,871 akaun pengguna yang aktif di Negeri Sembilan. Manakala sebanyak 2,531 iaitu 5.8% daripada 43,726 meter rosak telah diganti dan baki sebanyak 41,195 didapati masih belum diganti. Jadual 7.9 menunjukkan pencapaian meter rosak yang telah diganti mengikut daerah.

Jadual 7.9 Pencapaian Penggantian Meter Rosak

Sumber : Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

Hasil semakan Audit mendapati meter rosak tidak dapat diganti sepenuhnya disebabkan kekurangan peruntukan sejak di JBANS. Selain itu menurut SAINS, penggantian meter rosak tidak dapat disegerakan oleh SAINS kerana keutamaan peruntukan telah disalurkan kepada Bahagian Operasi Dan Penyenggaraan bagi memastikan pengoperasian sistem berjalan lancar dan tiada berlaku gangguan bekalan air kepada pengguna. Oleh itu, bil anggaran terpaksa dikeluarkan sehinggalah meter dapat diganti. Susulan daripada itu, kehilangan air yang

Bil. Daerah Meter Rosak Penggantian Baki

Bilangan Bilangan Peratus (%) Bilangan Peratus (%) 1. Seremban 19,787 1,628 8.2 18,159 91.8 2. Jelebu 2,004 23 1.2 1,981 98.9 3. Port Dickson 6,622 326 4.9 6,296 95.1 4. Jempol 4,544 52 1.1 4,492 98.9 5. Kuala Pilah 4,095 90 2.2 4,005 97.8 6. Rembau 1,936 220 11.4 1,716 88.6 7. Tampin 4,738 192 4.1 4,546 95.9

Jumlah 43,726 2,531 5.8 41,195 94.2

JD134790 Teks 1.indd 91JD134790 Teks 1.indd 91 10/13/10 5:39:06 PM10/13/10 5:39:06 PM

Page 109: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

92

berpunca daripada penggunaan yang tidak dapat direkodkan atau meter di bawah bacaan telah berlaku.

ii) Meter Melebihi Jangka Hayat Jangka hayat sesuatu meter juga mempengaruhi kecekapan dalam merekod bacaan air. Penggantian meter perlu dilaksanakan terhadap meter yang berusia melebihi tujuh tahun bertujuan untuk mengurangkan kehilangan komersial yang ketara. Pihak SAINS tidak dapat menjalankan ujian test-bench ke atas meter disebabkan masalah kakitangan dan kekurangan peralatan. Ujian test-bench telah dijalankan oleh pihak kontraktor ke atas 500 meter pengguna dan keputusan ketidaktepatan bacaan meter adalah lebih kurang 40%.

Semakan Audit mendapati sehingga Disember 2009, hanya 19,471 iaitu 19.9% buah meter yang melebihi tempoh tujuh tahun telah dapat dibuat penggantian berbanding dengan jumlah keseluruhan 98,088 buah meter di seluruh Negeri Sembilan. Baki sebanyak 78,617 atau 80.1% meter yang melebihi tujuh tahun masih belum dibuat penggantian. Program penggantian meter yang tidak dapat dilaksanakan secara berkala telah mengakibatkan peningkatan komponen kehilangan komersial. Selain itu, adalah didapati SAINS lebih memberi tumpuan terhadap penggantian meter tersekat bagi memastikan ketepatan meter bacaan kepada pengguna diberi perhatian. Penggantian meter melebihi tujuh tahun di daerah Negeri Sembilan adalah seperti di Jadual 7.10.

Jadual 7.10 Pencapaian Penggantian Meter Melebihi Tujuh Tahun

Sumber : Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

SAINS memaklumkan program penggantian meter tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya kerana kekurangan peruntukan di JBANS pada ketika itu. Bagaimanapun, semenjak tahun 2009 SAINS secara agresifnya telah mula menukar meter-meter yang rosak secara berperingkat. Pada pendapat Audit, meter di bawah bacaan SAINS adalah kurang memuaskan kerana program penggantian meter tidak dilaksanakan sepenuhnya di mana meter rosak yang dapat diganti hanya 5.8% dan penggantian meter berusia cuma 19.9% sahaja dapat dilaksanakan.

Bil. Daerah Meter Melebihi Tujuh Tahun Penggantian Baki

Bil. Bil. Peratus (%) Bil. Peratus (%) 1. Seremban 42,490 10,318 24.3 32,172 75.7 2. Jelebu 5,581 830 14.9 4,751 85.1 3. Port Dickson 14,260 3,075 21.6 11,185 78.4 4. Jempol 10,756 2,149 20.0 8,607 80.0 5. Kuala Pilah 7,441 368 5.0 7,073 95.0 6. Rembau 7,236 424 5.9 6,812 94.1 7. Tampin 10,324 2,307 22.4 8,017 77.6

Jumlah 98,088 19,471 19.9 78,617 80.1

JD134790 Teks 1.indd 92JD134790 Teks 1.indd 92 10/13/10 5:39:06 PM10/13/10 5:39:06 PM

Page 110: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

93

7.4.7 Program Mengurangkan NRW Prestasi fizikal projek dapat dinilai dari segi tempoh kerja sebenarnya disiapkan, pematuhan spesifikasi kerja dan pencapaian terhadap sasaran yang ditetapkan. Prestasi fizikal tiga projek NRW yang dipilih sebagai sampel adalah seperti berikut: a) Program Pilot NRW Holistik Di Ampangan Dan Senawang

Maklumat latar belakang projek adalah seperti di Jadual 7.11. Jadual 7.11

Latar Belakang Projek No. Kontrak JBA/NEG/NS/08/2006 Harga Kontrak RM16.1 juta Tempoh Kontrak 18 bulan (15 Julai 2006 - 14 Januari 2008) Kemajuan Kerja Siap pada 14 Januari 2008 (100%) Baseline 39% Sasaran 24% Pencapaian 22.4%

Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

i) Komponen Projek • District Metering Zone (DMZ) - Sebanyak 55 buah DMZ telah dibina dan

beroperasi sepenuhnya. Lawatan Audit ke enam buah DMZ mendapati kesemua DMZ berkenaan telah beroperasi dengan baik.

• Pressure Reducing Valve (PRV) - PRV merupakan sejenis peralatan untuk

mengawal tekanan air. Ia berfungsi untuk mengawal tekanan air supaya tidak menyebabkan paip pecah. Sebanyak 20 buah PRV telah dibina dan beroperasi sepenuhnya. Lawatan Audit ke enam buah DMZ mendapati PRV berfungsi dengan baik dan dipasang di kawasan yang bertekanan tinggi.

• Geographical Information System (GIS) - GIS yang disenggara adalah untuk

memudahkan kerja pemetaan dan pengesanan kedudukan saluran paip bagi kerja penyenggaraan. Pemeriksaan Audit mendapati pemindahan data manual ke dalam sistem GIS telah dilaksanakan.

Pada pendapat Audit, program NRW secara holistik bagi Projek Pilot NRW Ampangan dan Senawang adalah baik kerana mencapai sasaran yang ditetapkan.

JD134790 Teks 1.indd 93JD134790 Teks 1.indd 93 10/13/10 5:39:07 PM10/13/10 5:39:07 PM

Page 111: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

94

b) Program Mengurangkan NRW Holistik Di Kuala Pilah Dan Jempol Maklumat latar belakang projek adalah seperti di Jadual 7.12.

Jadual 7.12 Latar Belakang Projek

No. Kontrak JBA/NEG/NS/1/2008 Harga Kontrak RM25 juta Tempoh Kontrak 24 bulan (25 Februari 2008 - 24 Februari 2010) Kemajuan Kerja 90.5% Baseline 65% Sasaran Kontrak Penurunan 15% berdasarkan baseline iaitu 50%

atau 35% yang mana lebih rendah Penetapan Sasaran SAINS 35% Pencapaian 53.7% sehingga 31 Disember 2009

Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

i) Komponen Projek • District Metering Zone (DMZ) - Sehingga Disember 2009 sebanyak 73 buah

DMZ telah beroperasi sepenuhnya dan sebanyak 75 buah DMZ akan dibina. Lawatan Audit ke enam buah DMZ mendapati kesemuanya beroperasi dengan baik.

• Pressure Reducing Valve (PRV) - Sehingga Disember 2009 sebanyak 14 buah

PRV telah dipasang untuk mengawal tekanan air dan sebanyak 24 buah PRV akan dibina. Lawatan Audit ke DMZ Batu Kikir, Jempol mendapati PRV berkenaan telah beroperasi dengan baik dan dipasang di kawasan yang bertekanan tinggi.

• Geographical Information System (GIS) - GIS yang disenggara adalah untuk

memudahkan kerja pemetaan dan pengesanan kedudukan saluran paip bagi kerja penyenggaraan. Pemeriksaan Audit mendapati pemindahan data manual ke dalam sistem GIS telah dilaksanakan.

SAINS telah memaklumkan bahawa pencapaian kadar NRW yang kurang memuaskan disebabkan oleh:

i) Kelewatan penghantaran PRV dan pemasangan flow meter pada DMZ oleh pembekal.

ii) Kegagalan ujian Zero Pressure Test (ZPT) yang berulang kali akibat daripada masalah Boundary Valve yang sentiasa berubah-ubah. Kelulusan ZPT adalah diperlukan sebelum pemasangan flow meter.

iii) Penukaran sistem billing di mana perubahan sistem telah menyebabkan data pada bulan Julai, Ogos dan September 2009 diambil secara anggaran.

iv) Kelewatan kerja-kerja penukaran meter komersial.

JD134790 Teks 1.indd 94JD134790 Teks 1.indd 94 10/13/10 5:39:07 PM10/13/10 5:39:07 PM

Page 112: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

95

Sehingga akhir kontrak pada 24 Februari 2010, penurunan NRW bagi daerah Kuala Pilah dan Jempol masih tidak tercapai tetapi kontrak telah dilanjutkan dari bulan ke bulan sehingga 12 bulan kepada kontraktor untuk mencapai sasaran tanpa sebarang perubahan jumlah kos kontrak asal. Pada pendapat Audit, program mengurangkan NRW di Daerah Kuala Pilah dan Jempol adalah kurang memuaskan kerana pencapaian kadar NRW sehingga 31 Disember 2009 adalah 53.7% berbanding dengan sasaran 35%.

c) Program Mengurangkan NRW di Seremban Dan Nilai Maklumat latar belakang projek adalah seperti di Jadual 7.13.

Jadual 7.13 Latar Belakang Projek

No. Kontrak JBA/NEG/NS/5/2007 Harga Kontrak RM43 juta Tempoh Kontrak 36 bulan (26 Julai 2007 – 25 Julai 2010) Kemajuan Kerja 82% Sasaran Sekurang-kurangnya 50 juta liter sehari Pencapaian 17.8 juta liter sehari sehingga 31 Disember

2009 Pencapaian 28.8 juta liter sehari sehingga Februari 2010 Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

i) Komponen Projek • District Metering Zone (DMZ) - Sehingga Disember 2009 sebanyak 60 buah

DMZ telah beroperasi dan sebanyak 100 buah DMZ akan dibina. Lawatan Audit ke empat buah DMZ mendapati kesemua DMZ berkenaan telah beroperasi dengan baik.

• Pressure Reducing Valve (PRV) - Sehingga Disember 2009 sebanyak 60 buah

PRV telah dipasang dan beroperasi sepenuhnya dan sebanyak 100 buah PRV akan dibina. Lawatan Audit ke empat buah DMZ mendapati PRV berfungsi dengan baik dan dipasang di kawasan yang bertekanan tinggi.

• Geographical Information System (GIS) - GIS yang disenggara adalah untuk

memudahkan kerja pemetaan dan pengesanan kedudukan saluran paip bagi kerja penyenggaraan. Pemeriksaan Audit mendapati pemindahan data manual ke dalam sistem GIS telah dilaksanakan.

SAINS memaklumkan sehingga 30 Jun 2010, sebanyak 39.1 juta liter sehari telah diperolehi berbanding sasaran 50 juta liter sehari sepanjang projek NRW dijalankan sekitar Seremban dan Nilai. Antara sebab-sebab kelewatan adalah:

i) Pihak kontraktor masih di dalam proses untuk mendapatkan ‘Gain Saving’ bagi kesemua 100 DMZ yang telah dibina.

ii) Pengiraan ‘Gain Saving’ untuk program penukaran meter hanya dibuat selepas tiga bulan meter ditukar.

JD134790 Teks 1.indd 95JD134790 Teks 1.indd 95 10/13/10 5:39:07 PM10/13/10 5:39:07 PM

Page 113: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

96

Pada pendapat Audit, Projek Program NRW Seremban dan Nilai adalah kurang memuaskan kerana penjimatan air sehingga 31 Disember 2009 adalah hanya 17.8 juta liter sehari. 7.4.8 Kesinambungan Projek NRW Holistik a) Peningkatan Semula Kadar NRW Ampangan Dan Senawang

Projek pilot NRW di Ampangan dan Senawang secara holistik merangkumi komponen sistem GIS, pemasangan meter pengeluaran, DMZ, PRV, Active Leakage Control dan pembaikan kes-kes kebocoran. Sasaran projek adalah untuk mengurangkan kadar NRW sebanyak 15% daripada kadar asal 39% (Baseline) iaitu 24%. Semakan Audit mendapati projek tersebut telah berjaya mencapai sasaran kadar NRW yang lebih rendah iaitu 22.4% berbanding sasaran 24% seperti di Jadual 7.11. Seterusnya JBANS pada ketika itu bertanggungjawab untuk meneruskan kerja pemantauan dan penyenggaraan selepas penyerahan projek pada 28 Mei 2008. Peta 7.1 menunjukkan kawasan yang terlibat sebagai projek pilot di kawasan Ampangan dan Senawang.

Peta 7.1 Kawasan Projek Pilot NRW Ampangan dan Senawang

Zon Persempadanan Projek Imej Satelit Bagi Zon Projek

Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) Lokasi : Ampangan dan Senawang Tarikh : 26 Mei 2009

Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) Lokasi : Ampangan dan Senawang Tarikh : 26 Mei 2009

Semakan Audit mendapati pada bulan Mei 2009 kadar NRW di kawasan tersebut telah meningkat semula kepada 37.1% selepas setahun pengambilalihan daripada kontraktor. SAINS menjelaskan kadar NRW 37.1% tidak boleh diambil kira kerana terdapat perubahan hidraulik yang melibatkan pengubahsuaian sistem dan perubahan sumber air daripada LRA Sg. Terip dan LRA Sg. Linggi yang telah mengganggu kadar NRW. Selain itu, terdapat juga kerja pengalihan paip disebabkan oleh pelebaran jalan yang telah menutup dan mengganggu kebanyakan sistem sedia ada. Pertindihan hidraulik antara projek Ampangan dan Senawang serta Seremban dan Nilai juga menyebabkan beberapa DMZ tidak berfungsi.

JD134790 Teks 1.indd 96JD134790 Teks 1.indd 96 10/13/10 5:39:08 PM10/13/10 5:39:08 PM

Page 114: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

97

Akibat daripada itu, kadar 37.1% adalah tidak tepat dan hanya dapat dikenal pasti selepas masalah tersebut diatasi. Ini dapat ditunjukkan daripada perubahan peratus yang tidak konsisten pada bulan Jun hingga September 2009. Kadar NRW di kawasan projek pilot Ampangan dan Senawang adalah seperti di Carta 7.2.

Carta 7.2 Graf Kadar NRW Di Kawasan Projek Pilot Ampangan/Senawang

Sumber: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

b) Faktor Penyebab Peningkatan NRW Di Ampangan Dan Senawang

i) Menggunakan Paip Lama Semakan Audit mendapati sebanyak 410.5km atau 71.6% daripada jumlah panjang paip di kawasan Ampangan dan Senawang adalah paip lama jenis Asbestos Cement (AC) yang mudah pecah dan bocor. Akibat daripada itu, kes kebocoran termasuk kebocoran di bawah tanah banyak berlaku di kawasan tersebut mengakibatkan kehilangan air yang boleh mempengaruhi peningkatan kadar NRW. Adalah didapati pada tahun 2006 hingga 2008 bilangan kebocoran yang dapat diselesaikan oleh kontraktor adalah melebihi 3,000 kes.

ii) Kes Kebocoran Paip

Kes kebocoran tidak dapat diselesaikan secara berkesan dan menyeluruh disebabkan unit NRW JBANS pada ketika itu hanya mempunyai seorang kakitangan yang melakukan kerja pemantauan dan penyenggaraan terhadap 55 DMZ berbanding dengan 24 orang kakitangan kontraktor. Keseluruhannya, SAINS mempunyai 455 (59.5%) perjawatan yang diisi daripada 765 yang diluluskan. Terdapat kekosongan sebanyak 310 (40.52%) jawatan yang diambil alih daripada JBANS, manakala Unit NRW hanya mempunyai lima kakitangan yang bertanggungjawab terhadap NRW Negeri Sembilan.

39.238.9

37.1

36.2

35.733.5

36.0

34.9

33.9 30.332.0

31.6

30.929.2

24.322.9

22.4

37.1

0

5

10

15

20

25

30

35

40

NRW

Tahun

Kadar NRW (%)

JD134790 Teks 1.indd 97JD134790 Teks 1.indd 97 10/13/10 5:39:08 PM10/13/10 5:39:08 PM

Page 115: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

98

iii) Peralatan Kebocoran Tidak Dipindah Milik Semakan Audit terhadap dokumen kontrak mendapati peralatan mengesan kebocoran tidak dipindah milik kepada SAINS setelah tamat kontrak dan kekal sebagai aset kontraktor tetapi SAINS dikehendaki membayar caj penggunaan alat tersebut sebanyak RM170,000 seperti di dalam Bill of Quantities. Faktor seterusnya disebabkan tempoh tanggungan kecacatan (defect liability period) kepada kontraktor hanya ke atas peralatan yang dibekalkan sekiranya berlaku kerosakan dalam tempoh setahun. Pengawalan kadar NRW tidak termasuk di dalam tempoh tanggungan kecacatan tetapi pemantauan tersebut adalah tanggungjawab SAINS sendiri.

SAINS telah memaklumkan bahawa peralatan mengesan kebocoran tidak diambil kira dalam kontrak disebabkan SAINS menghadapi masalah peruntukan kewangan yang terhad.

c) Tindakan Pembaikan Kadar NRW Oleh SAINS Peningkatan semula kadar NRW dan masalah kekurangan kakitangan di Unit NRW telah menyebabkan SAINS terpaksa menawarkan semula kontrak lanjutan selama dua tahun dengan peningkatan kos RM10.2 juta kepada kontraktor yang sama pada bulan April 2009 untuk meneruskan kerja penyenggaraan dan pemantauan yang bertujuan mengurangkan kadar NRW yang telah meningkat semula di kawasan projek pilot tersebut. Oleh itu, keseluruhan kos projek di Ampangan dan Senawang telah meningkat kepada RM26.3 juta daripada RM16.1 juta seperti di Jadual 7.14. Infrastruktur projek pilot Ampangan dan Senawang yang telah siap pada peringkat awal kontrak adalah seperti di Foto 7.7 dan Foto 7.8.

Jadual 7.14 Jumlah Kos Bagi Projek Pilot Di Ampangan dan Senawang

Bil. Kontrak Tempoh Kos (RM Juta)

1. Holistic NRW Seremban (Ampangan /Senawang) Oktober 2006 – Februari 2008 16.1

2. Holistic NRW Seremban Service & Maintenance April 2009 – Mac 2011 10.2

Jumlah 26.3 Sumber : Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

JD134790 Teks 1.indd 98JD134790 Teks 1.indd 98 10/13/10 5:39:09 PM10/13/10 5:39:09 PM

Page 116: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

99

Foto 7.7 Meter Pukal Zon

Foto 7.8 Injap Pengurangan Tekanan (PRV)

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Rahang Tarikh : 18 November 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Senawang Jaya Tarikh : 18 November 2009

SAINS telah memaklumkan bahawa pada keseluruhannya mereka menghadapi masalah pengurusan di peringkat Ibu Pejabat dan kekurangan kakitangan termasuklah pengurusan operasi di Daerah Seremban di Unit NRW SAINS. Selain itu, SAINS juga tidak mempunyai satu pasukan khusus bagi memastikan kerja penyenggaraan seperti pembaikan paip pecah dan bocor serta pemantauan secara berterusan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ketiadaan program penukaran paip lama di dalam kawasan berkenaan kerana kekurangan peruntukan serta beberapa kerja-kerja pengalihan paip akibat kerja-kerja pelebaran jalan dan kerja-kerja sistem pembentungan di bandar Senawang juga menjejaskan kadar NRW di kawasan tersebut. Oleh itu, JBANS berpandangan program di kawasan ini perlu diteruskan secara “outsourcing” selama 2 tahun dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan berterusan. Ianya bagi mengelakkan kadar NRW di kawasan Ampangan dan Senawang meningkat setelah semua infrastruktur bagi memantau kadar NRW siap dilaksanakan di bawah projek Pilot NRW. Pada pendapat Audit, pemantauan dan penyenggaraan ke atas Projek Pilot NRW Ampangan dan Senawang adalah kurang memuaskan kerana kadar NRW telah meningkat semula.

JD134790 Teks 1.indd 99JD134790 Teks 1.indd 99 10/13/10 5:39:10 PM10/13/10 5:39:10 PM

Page 117: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

100

7.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT Secara keseluruhannya, pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW) di Negeri Sembilan

adalah kurang memuaskan. Beberapa aspek seperti pengurusan meter sempadan, verifikasi terhadap meter pengeluaran, program penggantian meter, kepakaran dan peralatan yang mencukupi adalah perlu untuk penambahbaikan. Selain itu, SAINS perlu memastikan penyenggaraan dan pemantauan yang berterusan terhadap projek yang telah siap agar pelaburan program NRW dapat memberi manfaat jangka panjang selaras dengan objektif NRW dan menepati value for money.Sehubungan dengan itu, disyorkan perkara berikut diberi perhatian dan tindakan sewajarnya oleh SAINS.

a) Program penggantian meter pengguna yang rosak dan berusia hendaklah diberi

keutamaan oleh SAINS. b) SAINS perlu menyediakan kakitangan yang mencukupi dan terlatih dalam memastikan

penyenggaraan dan pemantauan berterusan dapat dilaksanakan secara berkesan. c) SAINS perlu memantau projek-projek NRW yang sedang dilaksanakan supaya sasaran

kadar NRW dapat dicapai. d) SAINS perlu memastikan kadar NRW yang dicapai dapat dipertahankan atau

dikekalkan. e) SAINS hendaklah memberi perhatian dengan menyediakan perancangan yang lengkap

dalam menangani kehilangan fizikal yang tinggi.

JD134790 Teks 1.indd 100JD134790 Teks 1.indd 100 10/13/10 5:39:10 PM10/13/10 5:39:10 PM

Page 118: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

BAHAGIAN IIPENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

JD134790 Teks 1.indd 101JD134790 Teks 1.indd 101 10/13/10 5:39:11 PM10/13/10 5:39:11 PM

Page 119: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

1022

JD134790 Teks 1.indd 102JD134790 Teks 1.indd 102 10/13/10 5:39:13 PM10/13/10 5:39:13 PM

Page 120: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

103

8. PENDAHULUAN

Seksyen 5(1)(d) Akta Audit 1957 memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Satu perintah yang dinamakan Perintah Audit (Akaun Syarikat) 2009 telah diwartakan pada 17 Disember 2009 bagi membolehkan Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan terhadap syarikat tersebut yang mana lebih daripada 50% modal saham berbayar adalah dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan. Pada tahun 2009, Jabatan Audit Negara telah memilih untuk mengaudit Ganda Akademik Sdn. Bhd. dan Liberty Capital Sdn. Bhd.

YAYASAN NEGERI SEMBILAN

9. SYARIKAT GANDA AKADEMIK SDN. BHD. 9.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT SUBSIDIARI

Ganda Akademik Sdn. Bhd. (GASB) telah ditubuhkan pada Julai 1993 dan merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan). Modal dibenarkan adalah RM5 juta dan setakat Jun 2008 modal berbayarnya berjumlah RM3.55 juta. Objektif syarikat sebagaimana termaktub di dalam Memorandum of Association adalah seperti berikut:

i) Menjalankan perniagaan pendidikan teknikal, vokasional dan akademik bagi semua

peringkat. ii) Menjalankan program francais dan berkembar bersama Institusi Pendidikan di

dalam dan luar negara. iii) Menjalankan program pendidikan yang diiktiraf oleh Badan Bertauliah di dalam dan

luar negara. iv) Memperoleh tanah dan harta bagi tujuan menyediakan infrastruktur pendidikan.

GASB diterajui oleh enam orang Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif.

Sehingga 31 Disember 2009, jumlah kakitangan syarikat ialah 44 orang yang terdiri daripada 31 orang kakitangan di Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS) dan 13 orang kakitangan di Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan (SPPNS). Aktiviti utama GASB adalah mengendalikan dua buah pusat pengajian yang menjalankan kursus di

BAHAGIAN II PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

JD134790 Teks 1.indd 103JD134790 Teks 1.indd 103 10/13/10 5:39:13 PM10/13/10 5:39:13 PM

Page 121: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

104

bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia iaitu Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS) di Gentam, Kuala Pilah dan Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan (SPPNS) di Era Square, Seremban. ITYNS mula beroperasi pada Januari 1997 hasil pengambilalihan Negri Agro Industrial Training Complex (NAITC). Manakala, SPPNS pula mula beroperasi pada Januari 2008. Berikut adalah ITYNS dan SPPNS seperti di Foto 9.1 dan Foto 9.2.

Foto 9.1 ITYNS Di Kuala Pilah

Foto 9.2 SPPNS Di Seremban

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : ITYNS, Gentam, K.Pilah Tarikh : 15 Oktober 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : SPPNS, Era Square, Seremban Tarikh : 22 Oktober 2009

Kedua-dua pusat latihan ini telah diiktiraf sebagai Pusat Pengajian Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kursus di ITYNS dan SPPNS terbuka kepada pelajar lepasan PMR, SPM/SPMV, pemegang Sijil, Diploma dan Ijazah serta belia dan beliawanis. Had umur minimum ialah 16 tahun dan tidak melebihi 50 tahun. Pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan Januari/Februari dan Jun/Julai. Pelajar yang telah menamatkan kursus kemahiran di institut ini dengan jayanya berpeluang melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), British Malaysian Institute (BMI), France Malaysian Institute (FMI) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). Senarai kursus yang ditawarkan di ITYNS dan SPPNS adalah seperti di Jadual 9.1.

JD134790 Teks 1.indd 104JD134790 Teks 1.indd 104 10/13/10 5:39:13 PM10/13/10 5:39:13 PM

Page 122: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

105

Jadual 9.1 Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ITYNS Dan SPPNS

Jenis Kursus Yang Ditawarkan

Bil. Institut Teknologi Yayasan Negeri

Sembilan (ITYNS) Bil. Sekolah Perhotelan Dan

Pelancongan Negeri Sembilan (SPPNS)

1. Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan 1. Pramusaji

2. Mekanik Kenderaan Motor (Automotif) 2. Kapten Makanan Dan Minuman

3. Pembuat Pakaian Wanita 3. Pembantu Kaunter Hadapan

4. Pelukis Pelan Senibina 4. Penyelia Kaunter Hadapan

5. Pembantu Juruteknik Sistem Komputer 5. Pemandu Pelancong

6. Juruteknik Kenderaan Motor (Automotif) -

7. Juruteknik Sistem Komputer Sumber: GASB

9.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada GASB telah diuruskan dengan baik dan mencapai objektif yang telah ditetapkan serta memberikan pulangan yang setimpal kepada Yayasan. 9.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN 9.3.1 Pengauditan meliputi aspek prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat bagi tahun 2007 hingga 2009. Analisis maklumat kewangan pula adalah berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2006 hingga 2008. 9.3.2 Pengauditan dilaksanakan dengan menyemak dokumen yang berkaitan, melakukan lawatan ke SPPNS dan ITYNS, asrama pelajar di Seremban dan Kuala Pilah, temubual pegawai yang bertanggungjawab serta membuat analisis terhadap data kewangan.

9.4 PENEMUAN AUDIT Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember pada tahun 2009 mendapati GASB mengalami keuntungan bersih selepas cukai bagi tahun kewangan 2006 tetapi mengalami kerugian bersih selepas cukai bagi dua tahun berturut-turut iaitu bagi tahun kewangan 2007 dan 2008. Pengurusan aktiviti utamanya yang meliputi pengendalian dua buah pusat pengajian yang menjalankan kursus di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia adalah kurang memuaskan di mana terdapat beberapa kelemahan seperti pengurusan aset yang lemah, tunggakan sewa dan tunggakan pinjaman Yayasan yang masih belum dapat dilunaskan. Penjelasan lanjut berhubung prestasi kewangan dan pengurusan aktiviti serta urus tadbir syarikat adalah seperti berikut:

JD134790 Teks 1.indd 105JD134790 Teks 1.indd 105 10/13/10 5:39:14 PM10/13/10 5:39:14 PM

Page 123: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

106

9.4.1 Prestasi Kewangan a) Perbandingan prestasi kewangan bagi tahun 2006 hingga 2008 secara keseluruhannya

adalah seperti berikut:

Pendapatan GASB meningkat sejumlah RM222,954 (10.9%) pada tahun 2007 dan menurun sejumlah RM154,494 (6.8%) pada tahun 2008. Perolehan yuran pengajian dan pendaftaran pelajar merupakan pendapatan utama syarikat. Manakala pendapatan daripada sumber lain adalah terdiri dari hasil sewaan asrama, bayaran makan dan minum, pendapatan pengurusan daripada FELDA, FELCRA dan latihan Autocad. Bagaimanapun, penurunan pendapatan pada tahun 2008 adalah berpunca daripada penurunan kutipan yuran pengajian pelajar. Pendapatan GASB tahun 2006 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 9.2.

Jadual 9.2 Pendapatan GASB Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Bil. Aktiviti Tahun

2006 (RM)

2007 (RM)

2008 (RM)

1. Yuran Pengajian Pelajar 1,417,302 1,648,707 1,389,125 2. Yuran Pendaftaran Pelajar 93,050 69,800 130,150 3. Lain-lain Pendapatan Operasi 537,856 552,655 597,393

Jumlah 2,048,208 2,271,162 2,116,668 Sumber:Penyata Kewangan GASB

Jadual 9.3 menunjukkan perbelanjaan GASB pada tahun 2006 adalah berjumlah RM1.87 juta berbanding RM2.3 juta pada tahun 2007 di mana terdapat peningkatan sebanyak RM0.43 juta (23.3%). Seterusnya perbelanjaan meningkat lagi kepada RM2.55 juta pada tahun 2008 dengan peningkatan sejumlah RM0.25 juta (10.6%). Peningkatan di dalam komponen perbelanjaan ini adalah disebabkan oleh beberapa perbelanjaan kakitangan dan perbelanjaan operasi yang meningkat seperti di Jadual 9.4 dan Jadual 9.5.

Jadual 9.3 Perbelanjaan GASB Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Bil. Perbelanjaan Tahun

2006 (RM)

2007 (RM)

2008 (RM)

1. Perbelanjaan Kakitangan 631,597 799,337 887,819 2. Susut Nilai 349,663 424,600 415,603 3. Lain-lain Perbelanjaan Operasi 886,233 1,078,070 1,243,613

Jumlah 1,867,493 2,302,007 2,547,035 Sumber: Penyata Kewangan GASB

JD134790 Teks 1.indd 106JD134790 Teks 1.indd 106 10/13/10 5:39:15 PM10/13/10 5:39:15 PM

Page 124: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

107

Jadual 9.4 Peningkatan Perbelanjaan Kakitangan GASB Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Sumber: Penyata Kewangan GASB Jadual 9.5

Peningkatan Perbelanjaan Operasi GASB Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Sumber: Penyata Kewangan GASB

i) Pihak syarikat memaklumkan bahawa peningkatan pembayaran elaun dan bonus Ahli Lembaga Pengarah yang berlaku pada tahun 2007 dan 2008 adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan Ahli Lembaga Pengarah daripada tiga orang kepada tujuh orang. Setiap Ahli Lembaga Pengarah diperuntukkan elaun sejumlah RM750 sebulan setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah pada Ogos 2008.

ii) Penubuhan SPPNS yang ditubuhkan pada tahun 2008 menyebabkan peningkatan

perbelanjaan operasi yang ketara sejumlah RM394,340. Perbelanjaan ini meliputi sewa, yuran kursus (pendaftaran) dan bayaran juruperunding. Semua perbelanjaan ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

b) Kedudukan pendapatan dan perbelanjaan serta untung rugi GASB bagi tahun kewangan

2006 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 9.6 dan Carta 9.1.

Bil. Perbelanjaan Kakitangan 2006 2007 2008 Peningkatan Peningkatan2006-2007

(%) 2007-2008

(%) (RM) (RM) (RM) 1. Gaji, Upah Dan Elaun 475,671 584,988 613,670 23.0 4.9

2. Elaun Ahli Lembaga Pengarah 2,700 27,600 65,900 922.2 138.83. Bonus Ahli Lembaga Pengarah 4,000 8,000 16,000 100 1004. Seminar 10,710 21,750 39,796 103.1 83.0

Bil. Perbelanjaan Operasi 2006

2007

2008

Peningkatan Peningkatan

2006-2007 (%)

2007-2008 (%) (RM) (RM) (RM)

1. Bayaran Sewa Kepada Syarikat Pemilik (Yayasan) - - 240,000 - 100

2. Yuran Pendaftaran - - 16,760 - 100 3. Yuran Juruperunding - - 137,580 - 100

JD134790 Teks 1.indd 107JD134790 Teks 1.indd 107 10/13/10 5:39:16 PM10/13/10 5:39:16 PM

Page 125: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

108

BerdasaRM431,RM1,27di Mesykesan GASB.

c) BagterhPenkew

0

1

2

3

(RM

Juta

)

PendPerb

Untu

Pend

PerbPentUntuSebeCuka

Untu

Sumbe

Trend

arkan mak,568 namun

75,899 berdyuarat Lemdaripada a

gi menilai phadap butndapatan Swangan ada

2006

2.051.8

Penda

PendaBag

Butir

dapatan belanjaan Op

ung Kasar

dapatan Lain

belanjaan Amtadbiran ung/(Rugi) Opelum Cukai ai

ung/(Rugi) Be

er: Penyata Ke

d PendapataBag

klum balas,n pencapai

dasarkan pembaga Pengaktiviti-aktivi

prestasi keiran yang

Syarikat baalah seperti

2007

2.27

87

2.

Tahun

apatan Pe

apatan, Pergi Tahun Ke

ran

perasi

n

m dan

perasi

ersih

ewangan GAS

an, Perbelangi Tahun Ke

, walaupunian pada taenyata kewagarah. Peniti dibawah

ewangan Gditunjukka

gi tahun kedi Jadual 9

2008

2.1230

2.55

erbelanjaan

Jadual 9.6belanjaan Sewangan 20

2006(RM

1,510886

624

537

981

180

180SB

Carta 9.1

njaan Dan Kewangan 200

n jumlah ruahun 2009

wangan yangningkatan kh Pakej Ra

ASB, bebean dalam ewangan 29.7.

5

(RM

Juta

)

Serta Untung06 hingga 26

M) 20(R

0,352 1,7186,233 1,078

4,119 640

7,856 552

1,260 1,223

0,715 (30

- 3

0,715 (34

Keuntungan/06 Hingga 2

rugi bersih menunjukk

g telah diaukeuntungan angsangan

erapa nisbaLembaran

2006 hingga

-0.5

-0.4

-0.3

-0.2

-0.1

0

0.1

0.2

0.3

2

(RM

Juta

)

g Rugi 2008 007 M)

20(R

8,507 1,5198,070 1,243

0,437 275

2,655 597

3,937 1,303

,845) (430

3,265

,110) (431

/ Kerugian G2008

pada tahukan keuntunudit tetapi b

pada tahuEkonomi y

ah kewangan Imbangaa 2008. Ha

0.18

2006T

Keunt

008 RM) 9,275 3,613

5,662

7,393

3,422

0,367)

1,201

,568)

GASB

un 2008 sngan bersihbelum dibenun tersebutyang dijala

an telah dijan serta asil analisis

-0.03

2007Tahun

tungan/Kerug

sejumlah h adalah ntangkan t adalah

ankan di

jalankan Penyata

s nisbah

-0.43

2008

gian

JD134790 Teks 1.indd 108JD134790 Teks 1.indd 108 10/13/10 5:39:16 PM10/13/10 5:39:16 PM

Page 126: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

109

Jadual 9.7 Analisis Nisbah Kewangan GASB Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Butiran Tahun Kewangan 2006 2007 2008

Nisbah Semasa 2.23:1 2.03:1 1.48:1 Margin Keuntungan/(Kerugian) 0.12:1 (0.02):1 (0.28):1 Nisbah Pulangan Ke Atas Aset 0.12:1 (0.02):1 (0.25):1 Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti 0.06:1 (0.01):1 (0.16):1

i) Nisbah Semasa - Berdasarkan kepada analisis nisbah semasa, didapati bahawa

liabiliti semasa GASB meningkat pada kadar yang lebih tinggi berbanding aset semasa syarikat. Walaupun trend nisbah semasa menurun dari tahun 2006 hingga 2008, ia masih lagi positif. Namun, jika keadaan ini berterusan menurun syarikat dijangka tidak berkemampuan membiayai tuntutan liabiliti semasa bagi jangka masa panjang.

ii) Margin Keuntungan - Hasil analisis margin keuntungan menunjukkan penurunan

yang ketara di dalam margin untung bersih pada tahun 2007 yang mana ianya menggambarkan kos belian yang terlibat semakin meningkat dalam menghasilkan jualan. Ini menunjukkan syarikat tidak berjaya meningkatkan keuntungan seiring dengan peningkatan kos belian.

Berdasarkan maklum balas, walaupun pada tahun 2006 hingga 2008 margin keuntungan tidak memberansangkan tetapi dengan suntikan dari Pakej Rangsangan Ekonomi, pihak GASB telah dapat meningkatkan keuntungan seiring dengan kos operasi.

iii) Nisbah Pulangan Ke Atas Aset - Analisis Audit mendapati setiap RM1 nilai aset

yang digunakan oleh GASB mengalami keuntungan sejumlah 12 sen pada tahun 2006 dan kerugian masing-masing sejumlah 2 sen dan 25 sen pada tahun 2007 dan 2008. Pada keseluruhannya, pulangan atas aset adalah tidak memuaskan. Faktor utama yang menyumbang kepada kerugian GASB adalah daripada perbelanjaan pentadbiran dan operasi yang tinggi dan melebihi untung kasar syarikat pada tahun 2006 dan 2007. Ini menunjukkan syarikat tidak cekap menguruskan aset bagi menghasilkan keuntungan yang tinggi kepada syarikat.

Bagaimanapun, pada tahun 2009 dengan suntikan dari Pakej Rangsangan Ekonomi, pihak GASB telah dapat memberikan nisbah pulangan ke atas aset pada kadar yang menguntungkan.

iv) Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti - Analisis Audit mendapati pulangan sebanyak 6

sen berbanding RM1 modal yang digunakan pada tahun 2006 dan tiada pulangan yang diterima atas setiap ringgit modal yang digunakan pada tahun 2007 dan 2008 kerana GASB mengalami kerugian masing-masing sejumlah 1 sen dan 16 sen. Pada keseluruhannya, pulangan atas ekuiti adalah tidak memuaskan. Keadaan ini

JD134790 Teks 1.indd 109JD134790 Teks 1.indd 109 10/13/10 5:39:17 PM10/13/10 5:39:17 PM

Page 127: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

110

menggambarkan syarikat tidak berupaya memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada pemegang ekuiti.

Pada pendapat Audit, hasil daripada kesemua analisis yang dilakukan mendapati kedudukan kewangan GASB adalah bertambah baik kerana Pakej Rangsangan Ekonomi oleh kerajaan pada tahun 2009 telah dapat membantu masalah kerugian terkumpul yang dialami bagi tahun 2006 hingga 2008. Cabaran sebenar GASB ialah meneruskan keuntungan ini tanpa suntikan Pakej Ransangan Ekonomi kerana ia bersifat sementara. 9.4.2 Pengurusan Aktiviti a) Pelajar Dan Tenaga Pengajar

i) Bilangan Pelajar Setiap Tahun Pihak Audit mendapati terdapat peningkatan bilangan pelajar di ITYNS pada tahun 2007 secara keseluruhannya seramai 18 orang pelajar atau 7.0% tetapi pada tahun 2008 berlaku penurunan bilangan pelajar seramai 40 orang atau 14.5%. Bagaimanapun analisis ini tidak dapat dilakukan ke atas SPPNS kerana ianya baru beroperasi pada tahun 2008 maka tiada perbandingan peningkatan atau penurunan pelajar dapat dilakukan. Analisis perbandingan peningkatan atau penurunan pelajar di ITYNS bagi setiap kursus dari tahun 2006 hingga 2008 dapat dilihat di Jadual 9.8.

Jadual 9.8 Peningkatan/(Penurunan) Bilangan Pelajar Di ITYNS Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Bil. Kursus Bilangan Pelajar Peningkatan/(Penurunan) 2006 2007 2008 2006-2007 2007-2008

1. Pelukis Pelan Senibina – Tahap 1 23 18 11 (5) (7) 2. Pelukis Pelan Senibina – Tahap 2 1 5 1 4 (4) 3. Juruteknik Elektrik – Tahap 1 46 23 28 (23) 5 4. Juruteknik Elektrik – Tahap 2 21 13 8 (8) (5) 5. Pem. J/teknik Sistem Komputer – Tahap 2 11 20 17 9 (3) 6. Juruteknik Sistem Komputer – Tahap 3 - 3 - 3 (3) 7. Juruteknik Elektronik Industri – Tahap 1 6 7 8 1 1 8. Juruteknik Elektronik Industri – Tahap 2 1 6 4 5 (2) 9. Pembuat Pakaian Wanita –Tahap 1 21 31 24 10 (7) 10. Pembuat Pakaian Wanita –Tahap 2 34 10 25 (24) 15 11. Pembuat Pakaian Wanita –Tahap 3 15 19 16 4 (3) 12. Mekanik Kenderaan Motor – Tahap 1 39 79 44 40 (35) 13. Mekanik Kenderaan Motor – Tahap 2 27 27 28 - 1 14. Mekanik Kenderaan Motor – Tahap 3 13 15 22 2 7

Jumlah 258 276 236 18 (40) Sumber: Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan

ii) Nisbah Pelajar Dan Tenaga Pengajar

Analisis nisbah antara pelajar dan tenaga pengajar dikira untuk menilai bilangan pelajar berbanding tenaga pengajar bagi mengajar dan memantau prestasi pelajar secara keseluruhannya. Analisis nisbah antara pelajar dan tenaga pengajar di SPPNS dan ITYNS mengikut kursus adalah seperti di Jadual 9.9 dan Jadual 9.10.

JD134790 Teks 1.indd 110JD134790 Teks 1.indd 110 10/13/10 5:39:17 PM10/13/10 5:39:17 PM

Page 128: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

111

Jadual 9.9 Nisbah Pelajar Dan Tenaga Pengajar SPPNS

Bil. Kursus Bil. Pelajar Bil. Tenaga Pengajar Nisbah 1. Pemandu Pelancong 43 2 1:21 2. Kaunter Hadapan 68 2 1:34 3. Pramusaji 103 3 1:34

Sumber: Sekolah Perhotelan Dan Pelancongan Negeri Sembilan

Jadual 9.10

Nisbah Pelajar Dan Tenaga Pengajar ITYNS

Bil. Kursus Bil. Pelajar Bil. Tenaga Pengajar Nisbah

1. Pelukis Pelan Senibina – Tahap 1 & 2 12 1 1:12 2. Juruteknik Elektrik – Tahap 1 & 2 36 3 1:12

3. Pembantu Juruteknik & Juruteknik Sistem Komputer – Tahap 2 & 3 17 3 1:6

4. Juruteknik Elektronik Industri – Tahap 1 & 2 12 1 1:12 5. Pembuat Pakaian Wanita – Tahap 1, 2 & 3 65 4 1:16

6. Mekanik & Juruteknik Kenderaan Motor – Tahap 1, 2 & 3 94 5 1:18

Sumber: Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan

Walaupun GASB tidak menetapkan keperluan bagi nisbah antara seorang tenaga pengajar kepada bilangan pelajar, analisis mendapati nisbah pelajar berbanding tenaga pengajar adalah memuaskan. Secara keseluruhannya bagi setiap kursus didapati nisbah seorang tenaga pengajar adalah bagi 12 hingga 34 pelajar. Pemilihan tenaga pengajar yang ditempatkan di ITYNS dan SPPNS serta bayaran gaji mereka diuruskan oleh pihak GASB. iii) Prestasi Pelajar

Pihak pengurusan ITYNS ada membuat analisis mengenai prestasi dan kedudukan terkini pelajar dengan baik. Bagaimanapun SPPNS belum lagi menyediakannya kerana SPPNS baru beroperasi pada tahun 2008. Kedudukan terkini pelajar yang menyertai kursus-kursus yang ditawarkan di SPPNS adalah seramai 214 orang dan 236 orang di ITYNS. Analisis prestasi pelajar yang menyertai kursus-kursus di ITYNS bagi tahun 2006 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 9.11 dan Carta 9.1.

Jadual 9.11 Prestasi Keputusan Peperiksaan Akhir Pelajar ITYNS Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Bil. KURSUS 2006 2007 2008

A B C D E A B C D E A B C D E

1. Pelukis Pelan Senibina Tahap 1 23 22 - 1 95 18 17 - 1 94 11 8 - 3 72

2. Pelukis Pelan Senibina Tahap 2 1 1 - - 100 5 4 1 80 1 1 - - 100

3. Juruteknik Elektrik Tahap 1 46 35 5 6 76 23 15 - 8 65 28 20 - 8 71

4. Juruteknik Elektrik Tahap 2 21 18 - 3 85 13 10 - 3 76 8 4 4 - 50

5. Pem. Juruteknik Sistem Komputer Tahap 3 11 8 - 3 72 20 18 - 2 90 17 15 - 2 88

6. Juruteknik Sistem Komputer Tahap 3 - - - - - 3 1 - 2 33 - - - - -

7. Juruteknik Elektronik Industri Tahap 1 6 6 - - 100 7 6 - 1 85 8 7 - 1 87

JD134790 Teks 1.indd 111JD134790 Teks 1.indd 111 10/13/10 5:39:18 PM10/13/10 5:39:18 PM

Page 129: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

112

Bil. KURSUS 2006 2007 2008

A B C D E A B C D E A B C D E

8. Juruteknik Elektronik Industri Tahap 2 1 1 - - 100 6 4 - 2 66 4 3 - 1 75

9. Pembuat Pakaian Wanita Tahap 1 21 16 - 5 76 31 28 - 3 90 24 22 - 2 91

10. Pembuat Pakaian Wanita Tahap 2 34 34 - - 100 10 9 - 1 90 25 25 - - 100

11. Pembuat Pakaian Wanita Tahap 3 15 15 - - 100 19 17 - 89 16 16 - - 100

12. Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1 39 39 - - 100 79 68 - 11 86 44 36 - 8 81

13. Mekanik Kenderaan Motor Tahap 2 27 27 - - 100 27 23 - 4 85 28 22 - 6 78

14. Juruteknik Kenderaan Motor Tahap 3 13 12 - 1 92 15 13 1 1 86 22 21 - 1 95

Sumber : Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan Nota : A- Bil. Pelajar (orang) B- Bil. Pelajar Lulus (orang) C- Bil. Pelajar Gagal (orang) D- Bil. Pelajar Tidak Hadir (orang) E- Peratus Pelajar Lulus (%)

Carta 9.2

Prestasi Pelajar ITYNS Yang Lulus Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Sumber: Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan

Berdasarkan maklum balas, pihak GASB pada masa kini lebih mementingkan prestasi pelajar dimana pihak GASB telah membuat akujanji dengan penaja untuk memastikan pelajar telah sedia ke industri setelah mereka menamatkan pengajian. Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya pengurusan aktiviti GASB adalah baik. Adalah diharapkan GASB dapat menghasilkan lebih banyak pelajar yang berpotensi di masa akan datang bagi menjana modal insan berkualiti untuk negara.

0 20 40 60 80 100

Pelukis Pelan Tahap 1Pelukis Pelan Tahap 2

Juruteknik Elektrik Tahap 1Juruteknik Elektrik Tahap 2

Pem. Juruteknik Sistem Komputer Tahap 3Juruteknik Sistem Komputer Tahap 3

Juruteknik Elektronik Industri Tahap 1Juruteknik Elektronik Industri Tahap 2

Pembuat Pakaian Wanita Tahap 1Pembuat Pakaian Wanita Tahap 2Pembuat Pakaian Wanita Tahap 3

Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1Mekanik Kenderaan Motor Tahap 2

Juruteknik Kenderaan Motor Tahap 3

PERATUSAN PELAJAR YANG LULUS (%)2008 2007 2006

JENIS KURSUS YANG DITAWARKAN

JD134790 Teks 1.indd 112JD134790 Teks 1.indd 112 10/13/10 5:39:18 PM10/13/10 5:39:18 PM

Page 130: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

113

9.4.3 Tadbir Urus Korporat a) Struktur

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 tahun 1993 menekankan kepada pengurusan syarikat-syarikat Kerajaan Negeri betapa mustahaknya untuk meningkatkan kualiti sistem perancangan dan kawalan pengurusan bagi memastikan syarikat sentiasa mematuhi dengan sepenuhnya semua peruntukan dalam Akta Syarikat 1965. Dengan cara ini, prestasi syarikat akan meningkat dan objektif penubuhannya akan tercapai. Semua syarikat Kerajaan perlu menyedia dan mengemaskinikan strategi dan rancangan korporat sebagai wawasan syarikat untuk mencapai matlamat bagi tempoh jangka pendek (tahunan) dan jangka panjang. Rancangan sedemikian perlu dibentang dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat Induk. Ianya juga hendaklah selaras dengan objektif penubuhan sesebuah syarikat itu. Semakan Audit mendapati, struktur organisasi GASB terbahagi kepada dua pusat pengajian iaitu ITYNS dan SPPNS yang diketuai oleh Ketua Eksekutif. Manakala, setiap pusat pengajian diketuai oleh Ketua Sekolah.

b) Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah merupakan badan eksekutif tertinggi yang diberi kuasa untuk melaksanakan kuasa dan tugas yang diperuntukkan di dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan GASB dan Akta Syarikat 1965. Lembaga Pengarah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan syarikat dari segi pentadbiran, kewangan, operasi dan undang-undang syarikat. Lembaga Pengarah mempunyai kuasa untuk melantik syarikat, firma atau individu untuk menjalankan tugas bagi pihaknya. Lembaga Pengarah juga mempunyai kuasa untuk membuat pinjaman atau gadaian harta dan aset syarikat atau menawarkan ‘debenture’ mengikut Artikel 79 dan 83.

i) Keanggotaan Lembaga Pengarah

Berdasarkan kepada Akta Syarikat 1965 dan Memorandum dan Artikel Penubuhan GASB perkara 67, bilangan ahli Lembaga Pengarah mestilah tidak kurang dari dua orang ahli dan tidak lebih dari sembilan orang ahli. Semakan Audit mendapati sehingga Disember 2009 GASB mempunyai enam orang Ahli Lembaga Pengarah.

ii) Mesyuarat Agung Tahunan Dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Berdasarkan Memorandum dan Artikel Penubuhan GASB perkara 42 ada menyatakan Mesyuarat Agung Tahunan mesti diadakan pada setiap tahun kewangan. Semakan Audit mendapati GASB telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun dengan dihadiri oleh semua ahli Lembaga Pengarah. Mesyuarat Lembaga Pengarah juga telah diadakan empat kali setahun sepanjang tahun 2006 hingga 2008.

Berdasarkan maklum balas, Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan dua bulan sekali dan segala keputusan berkenaan syarikat akan diputuskan semasa mesyuarat tersebut.

JD134790 Teks 1.indd 113JD134790 Teks 1.indd 113 10/13/10 5:39:19 PM10/13/10 5:39:19 PM

Page 131: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

114

c) Pembayaran Dividen Menurut amalan terbaik berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 tahun 1993 dividen perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri sebagai pemegang saham daripada sebahagian keuntungan yang diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan syarikat berkenaan. Memorandum dan Artikel Penubuhan GASB perkara 98 juga ada menyebut perihal pemberian dividen kepada pemegang saham sekiranya syarikat memperoleh keuntungan.

Semakan Audit mendapati GASB tidak membuat sebarang pembayaran dividen sejak ia ditubuhkan sehingga tahun kewangan 2006, walaupun syarikat memperoleh keuntungan. Yayasan juga sewajarnya menerima bayaran pengurusan setiap tahun daripada Ganda Akademik Sdn. Bhd. Bagaimanapun tiada perjanjian dibuat dalam menyatakan bayaran pengurusan tersebut. Semakan Audit mendapati GASB hanya menjelaskan dua kali yuran pengurusan kepada Yayasan iaitu sejumlah RM300,000 bagi tahun kewangan 2006 dan RM150,000 bagi tahun kewangan 2007. Pembayaran tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan Ahli Lembaga Pengarah. Bagi tahun kewangan 2008, tiada pembayaran yuran pengurusan dibuat.

Berdasarkan maklum balas, pihak GASB akan memberi komitmen untuk membayar dividen kepada pihak Yayasan Negeri Sembilan pada tahun 2010 sejajar dengan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat.

d) Jawatankuasa Audit

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 tahun 1993 menggariskan panduan mengenai penubuhan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan untuk meningkatkan lagi kawalan ke atas syarikat-syarikat supaya kepentingan kerajaan sebagai pemegang saham dapat dipelihara sepenuhnya. Semakan Audit mendapati GASB tidak mempunyai Jawatankuasa Audit melainkan Unit Audit Dalam Yayasan.

Berdasarkan maklum balas, diakui bahawa pihak GASB tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit sebelum ini, tetapi pihak GASB telah membincangkan perkara ini dan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Audit sendiri pada masa akan datang.

e) Tunggakan Sewa Dan Pengurusan Pinjaman

GASB telah menyewa premis perniagaan milik Yayasan bagi kegunaan SPPNS dan ITYNS. Semakan Audit mendapati sehingga Oktober 2009 pihak GASB mempunyai tunggakan sewa yang belum dibayar kepada pihak Yayasan sejumlah RM376,000 iaitu RM320,000 bagi penyewaan premis ITYNS (sejak Januari 2008) dan RM56,000 bagi SPPNS (sejak Januari 2009). Pihak Yayasan mengenakan sewa pada kadar RM20,000 sebulan kepada ITYNS dan RM8,000 kepada SPPNS. Pembayaran sewa dibuat tidak konsisten setiap bulan mengakibatkan tunggakan semakin meningkat. Maklumat kedudukan tunggakan sewa terhadap Yayasan adalah seperti di Jadual 9.12.

JD134790 Teks 1.indd 114JD134790 Teks 1.indd 114 10/13/10 5:39:19 PM10/13/10 5:39:19 PM

Page 132: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

115

Jadual 9.12 Tunggakan Sewa Premis Milik YNS Pada Oktober 2009

Pusat Pengajian Sewa Dikenakan (RM)

Sewa Dibayar (RM)

Tunggakan (RM)

ITYNS 440,000 120,000 320,000 SPPNS 80,000 24,000 56,000 Jumlah 520,000 144,000 376,000

Sumber : Rekod Kewangan GASB

Selain daripada wang pelaburan yang diterima daripada Yayasan di awal penubuhan GASB, syarikat turut membuat pinjaman sejumlah RM172,000 untuk tujuan penubuhan SPPNS dan RM300,000 untuk pembelian perabot dan kelengkapan pejabat SPPNS pada tahun 2007. Sehingga 26 Ogos 2008 syarikat masih mempunyai tunggakan hutang sewa berjumlah RM30,000. Segala perbelanjaan operasi dan pengurusan SPPNS dan ITYNS adalah di bawah pengurusan GASB.

Berdasarkan maklum balas, tunggakan sewa ini adalah berpunca dari pihak GASB yang tidak menyediakan sebarang peruntukan dari pendapatan yang diterima untuk membayar semula hutang kepada pihak Yayasan. Pada masa kini, pihak GASB telah memohon kepada pihak Yayasan untuk penstrukturan semula pembayaran hutang tertunggak. Pihak GASB juga bercadang membuat permohonan secara bertulis kepada pihak Yayasan untuk menghapuskira hutang tertunggak tersebut.

f) Pengurusan Dan Pelupusan Aset Dan Inventori

Semakan Audit mendapati GASB memiliki pelbagai aset dan inventori yang terdiri daripada peralatan pembelajaran, perabot dan kenderaan. Semakan Audit juga mendapati semua aset dan inventori yang diterima daripada NAITC tidak dilabelkan dan tiada rekod yang memungkinkan pihak Audit dapat membuat sebarang pengesahan. Semakan lanjut mendapati peralatan pembelajaran yang tidak boleh digunakan masih belum dilupuskan. Walaupun Ahli Jawatankuasa Pelupusan ada ditubuhkan, namun ia hanya melakukan pelupusan sekali sahaja iaitu pada Oktober 2006, melibatkan dua buah land rover dengan bernombor pendaftaran NX 386 dan NX 641. Hanya ada pelupusan besi buruk dengan jualan bernilai RM380, manakala penyenggaraan daftar aset GASB adalah tidak memuaskan. i) Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)

Memandangkan ITYNS merupakan pusat latihan yang menawarkan kursus kemahiran, terdapat banyak aset seperti komputer, set mesin jahitan, set peralatan elektrik dan elektronik, UPS, kenderaan separa potong dan juga alat gantian. Daftar Aset ada disediakan tetapi maklumat yang direkodkan tidak lengkap. Sehubungan itu, pihak Audit tidak dapat mengesahkan bilangan aset ITYNS. Tanggungjawab penyelenggaraan aset adalah dibawah setiap Ketua Unit Kursus. Semakan Audit selanjutnya mendapati rekod keluar dan masuk inventori tidak lengkap. Jumlah dan nama Ketua Unit Kursus sahaja direkod, tanpa mengetahui jenis inventori yang dikeluarkan. Label tidak dibuat dan peralatan tidak tersusun. Manakala kunci stor

JD134790 Teks 1.indd 115JD134790 Teks 1.indd 115 10/13/10 5:39:20 PM10/13/10 5:39:20 PM

Page 133: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

116

bagi stok dan inventori ini dipegang oleh Penyenggara Stor yang menyenggara keseluruhan aset dan inventori ITYNS. Peralatan pembelajaran yang disimpan di stor adalah seperti di Foto 9.3 hingga Foto 9.5 dan Daftar Stok Inventori adalah seperti di Foto 9.6.

Foto 9.3 Keadaan Stor Bengkel Automotif Dan Elektrik

ITYNS Yang Tidak Tersusun

Foto 9.4 Peralatan Pembelajaran Diterima Daripada

NAITC

Sumber : Jabatan Audit Negara Lokasi : ITYNS, Gentam, K.Pilah Tarikh : 15 Oktober 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : ITYNS, Gentam, K.Pilah Tarikh : 15 Oktober 2009

Foto 9.5

Peralatan Di Stor Bengkel Automotif Dan Elektrik ITYNS Yang Tidak Dilabel Dan Tidak

Dikemaskinikan

Foto 9.6 Daftar Stok Peralatan Automotif Yang Tidak Diselenggara Dan Dikemaskini Dengan Baik

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : ITYNS, Gentam, K.Pilah Tarikh : 15 Oktober 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : ITYNS, Gentam, K.Pilah Tarikh : 15 Oktober 2009

Peralatan pembelajaran yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan ataupun diperbaiki seperti mesin jahit, komputer dan peralatan bengkel automotif seperti di Foto 9.7 hingga Foto 9.9 perlu tindakan pelupusan oleh GASB. Semasa pengauditan, juga didapati tilam yang sudah rosak dan tidak digunakan yang diterima daripada NAITC seperti di Foto 9.10 juga belum dilupuskan lagi.

JD134790 Teks 1.indd 116JD134790 Teks 1.indd 116 10/13/10 5:39:20 PM10/13/10 5:39:20 PM

Page 134: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

117

Foto 9.7 Peralatan Pembelajaran Kursus Automotif

Yang Belum Dilupuskan

Foto 9.8 Peralatan Komputer Yang Sudah Rosak Yang

Belum Dilupuskan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : ITYNS, Gentam, K.Pilah Tarikh : 15 Oktober 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : ITYNS, Gentam, K.Pilah Tarikh : 15 Oktober 2009

Foto 9.9

Mesin Jahit Yang Sudah Rosak Yang Belum Dilupuskan

Foto 9.10 Tilam Rosak Yang Diletakkan

Di Dalam Stor Bengkel Automotif Dan Elektrik ITYNS Yang Tidak Dilupuskan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: ITYNS, Gentam, K.Pilah Tarikh: 15 Oktober 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: ITYNS, Gentam, K.Pilah Tarikh: 15 Oktober 2009

Berdasarkan maklum balas GASB, Pengurusan Stor Pusat telah dikemaskini dari Mei 2010 dan semua peralatan yang dibekalkan oleh pembekal telah direkodkan. Rekod pengagihan peralatan kepada setiap Jabatan(kursus) juga dikemaskini dan dipantau. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pelupusan Aset telah diaktifkan mulai 18 Ogos 2009 dengan aktiviti pelupusan peralatan daripada NAITC. Aset seperti di Foto 9.7 hingga Foto 9.9 telah dilupuskan melalui penjualan besi buruk berjumlah RM4,154 .

ii) Sekolah Perhotelan Dan Pelancongan Negeri Sembilan (SPPNS) Semakan Audit mendapati setiap aset yang dimiliki oleh SPPNS mempunyai nombor siri pendaftaran. Bagaimanapun, jumlah aset diperolehi tidak direkodkan.

JD134790 Teks 1.indd 117JD134790 Teks 1.indd 117 10/13/10 5:39:22 PM10/13/10 5:39:22 PM

Page 135: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

118

Peralatan disimpan kurang teratur dan tidak dilabelkan. Pihak Audit difahamkan stor simpanan yang lebih baik akan diwujudkan dalam masa terdekat. Tiada pemeriksaan dan laporan berkala terhadap keseluruhan aset dan inventori. Keadaan stor SPPNS adalah seperti di Foto 9.11 hingga Foto 9.12.

Pihak Audit menyarankan GASB mengaktifkan Jawatankuasa Pelupusan secepat mungkin dan menggunakan borang yang sepatutnya dalam menyelenggara aset dan inventori. Sebagai contoh, Borang Terimaan Barang-Barang (BTB) KEW.PS-1 diisi semasa terimaan barang, Borang Laporan Terimaan Barang-Barang KEW.PS-2 untuk diisi jika terdapat sebarang kerosakan/ tidak memenuhi spesifikasi, Borang Penentuan Kumpulan Stok KEW.PS-7 bagi memastikan stok adalah dikelaskan mengikut kumpulan dan dapat diguna dengan sebaiknya tanpa pembaziran akibat tarikh luput dan sebagainya. Berdasarkan maklumbalas GASB, semua Ketua Jabatan dan staf yang berkenaan sedang menguruskan proses pelabelan peralatan dan mengemaskini stok jabatan. Khidmat kepakaran bagi pengurusan aset dan inventori ini juga sedang dikenalpasti dan akan diperolehi demi memantapkan lagi proses penyenggaraan inventori yang lebih sistematik dan berkesan. Pihak GASB juga akan melakukan proses pelupusan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. g) Pemantauan

Ahli Lembaga Pengarah GASB dan pihak pengurusan Yayasan adalah pihak yang bertanggungjawab menjalankan pemantauan menyeluruh terhadap pengurusan dan keberkesanan GASB. Pemantauan yang sistematik dan berterusan adalah penting bagi memastikan keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan. Bagi tujuan tersebut, pemantauan dari semasa ke semasa terhadap pelaksanaan aktiviti bagi memastikan prestasi pelajar cemerlang dan diiktiraf oleh Badan Bertauliah. Semakan Audit terhadap aspek pemantauan yang dilaksanakan mendapati perkara seperti berikut:

Foto 9.11 Keadaan Stor SPPNS Yang Tidak Dilabelkan

(Peralatan Pembelajaran Food And Beverage)

Foto 9.12 Keadaan Stor SPPNS Yang Tidak Teratur

(Peralatan Pembelajaran Food And Beverage)

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : SPPNS, Era Square, Seremban Tarikh : 22 Oktober 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : SPPNS, Era Square, Seremban Tarikh : 22 Oktober 2009

JD134790 Teks 1.indd 118JD134790 Teks 1.indd 118 10/13/10 5:39:24 PM10/13/10 5:39:24 PM

Page 136: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

119

i) Unit Audit Dalam Yayasan ada membuat lawatan fizikal terhadap ITYNS dan SPPNS secara tidak berkala tetapi tiada sebarang rekod diselenggarakan. Lawatan juga hanya dibuat di bangunan pentadbiran dan tidak menyeluruh ke bilik kuliah dan bangunan asrama. Pihak pengurusan GASB juga tidak menyediakan sebarang perancangan untuk melakukan lawatan berkala. Pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan semakan kerana tiada rekod pemantauan fizikal.

ii) Perkembangan ITYNS dan SPPNS dibentangkan di dalam setiap mesyuarat Ahli

Lembaga Pengarah GASB dan Mesyuarat Pengurusan Yayasan. Perkara ini ada dinyatakan di dalam setiap Minit Mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa.

Pada pendapat Audit, tadbir urus korporat GASB adalah baik. Namun GASB disaran mengkaji pemberian dividen kepada Yayasan mahupun pembayaran yuran pengurusan sejajar dengan pelaburan yang telah dibuat oleh Yayasan. Manakala pengurusan aset GASB masih lemah. 9.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT Pengurusan GASB pada keseluruhannya adalah kurang memuaskan. Beberapa perkara perlu diberi penekanan dalam usaha menambah baik operasi dan meningkatkan produktiviti syarikat. Sehubungan dengan itu, adalah disyorkan perkara berikut dipertimbangkan untuk diambil tindakan: a) Manual Prosedur Kerja yang telah diwujudkan perlulah dipatuhi oleh pihak syarikat

dalam menguruskan syarikat secara keseluruhannya. b) Pengurusan aset perlu diambil tindakan segera seperti mengambil tindakan pelupusan

dan pemantauan berkala. c) Menurut amalan terbaik berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.11 Tahun 1993,

dividen perlu dibayar kepada kerajaan (Yayasan) tanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Pihak GASB haruslah komited untuk membayar dividen kepada Yayasan sejajar dengan keuntungan yang diperolehi pada tahun 2009 dan seterusnya meningkatkan lagi keuntungan di masa akan datang.

d) GASB hendaklah menjelaskan tunggakan sewa premis yang berjumlah RM0.38 juta kepada Yayasan.

e) GASB dan Yayasan hendaklah mempergiatkan pemantauan aktiviti GASB.

JD134790 Teks 1.indd 119JD134790 Teks 1.indd 119 10/13/10 5:39:25 PM10/13/10 5:39:25 PM

Page 137: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

120

YAYASAN NEGERI SEMBILAN

10. SYARIKAT LIBERTY CAPITAL SDN. BHD. 10.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT SUBSIDIARI

Liberty Capital Sdn. Bhd. (LCSB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan pelaburan sejumlah RM1.1 juta (100%) dan ditubuhkan pada 1 Julai 1993. Objektif penubuhan LCSB adalah untuk meningkatkan keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran kritikal iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar serta memberi peluang kepada pelajar dan masyarakat sekitar mempelajari ilmu teknologi maklumat melalui kelas komputer yang ditawarkan. LCSB mempunyai dua orang Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan syarikat diketuai oleh seorang Pengurus dan mempunyai 22 orang kakitangan. LCSB terlibat dalam dua aktiviti iaitu pengurusan pusat tuisyen dan pelaburan saham. a) Pengurusan Pusat Tuisyen

Salah satu aktiviti utama LCSB ialah pengurusan tiga buah pusat tuisyen milik Yayasan iaitu di Rantau dan Simpang Pertang yang mula beroperasi pada tahun 2008 dan di Palong 5 yang mula beroperasi pada tahun 2009 seperti di Foto 10.1 hingga Foto 10.3.

Foto 10.1 Pusat Tuisyen Di Palong 5

Foto 10.2 Pusat Tuisyen Di Simpang Pertang

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Pusat Tuisyen YNS Palong 5 Tarikh : 15 Julai 2009

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Pusat Tuisyen Simpang Pertang Tarikh : 16 Julai 2009

JD134790 Teks 1.indd 120JD134790 Teks 1.indd 120 10/13/10 5:39:26 PM10/13/10 5:39:26 PM

Page 138: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

121

Foto 10.3 Pusat Tuisyen Di Rantau

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi : Pusat Tuisyen YNS Rantau Tarikh : 28 Julai 2009

b) Aktiviti Pelaburan Saham

Sejak awal penubuhan LCSB hingga Ogos 2007, aktiviti utama LCSB adalah pelaburan saham. LCSB membuat pelaburan ke atas Saham Siar Harga sahaja yang mana Garis Panduan yang diguna pakai dalam urusan pelaburan adalah mengikut polisi Yayasan. Kajian ke atas pasaran saham dibuat oleh Pegawai Pelaburan dan diangkat bagi kelulusan Jawatankuasa Pelaburan yang terdiri daripada Pengarah, Akauntan dan Pegawai Pendidikan Yayasan.

Namun, pada mesyuarat Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan yang ke 104 pada Februari 2007, LCSB telah diamanahkan untuk mengurus Pusat Tuisyen milik Yayasan. Terkini, LCSB seterusnya menyerahkan pengurusan saham kepada Yayasan bagi pihak LCSB. Sijil pelaburan saham disimpan di Unit Pelaburan Yayasan.

10.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada LCSB telah diuruskan dengan teratur untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 10.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN 10.3.1 Pengauditan meliputi aspek prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat LCSB bagi tahun 2007 hingga 2009. Sementara analisis maklumat kewangan adalah berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2006 hingga 2008.

10.3.2 Pengauditan dilaksanakan dengan menyemak dokumen yang berkaitan, melakukan lawatan ke pusat tuisyen di Palong 5, Simpang Pertang dan Rantau, temubual bersama pegawai yang bertanggungjawab serta membuat analisis terhadap data kewangan.

JD134790 Teks 1.indd 121JD134790 Teks 1.indd 121 10/13/10 5:39:27 PM10/13/10 5:39:27 PM

Page 139: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

122

10.4 PENEMUAN AUDIT Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai ke Oktober pada tahun 2009 mendapati LCSB memperolehi keuntungan bersih selepas cukai sejumlah RM1,245 pada tahun 2006 tetapi mengalami kerugian sejumlah RM19,306 pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, pada tahun 2008 syarikat memperolehi keuntungan sejumlah RM7,986. Pengurusan aktiviti utama syarikat tersebut adalah baik tetapi terdapat beberapa kelemahan seperti misi dan wawasan syarikat tidak ditentukan; penyediaan bajet yang tidak realistik; pemeriksaan fizikal ke atas aset tidakdilakukan; pembaikan atau pelupusan aset tidak dilakukan dan pemantauan fizikal serta lawatan ke pusat tuisyen tidak direkodkan.Penjelasan lanjut berhubung dengan prestasi kewangan dan pengurusan aktiviti serta urus tadbir syarikat adalah seperti berikut: 10.4.1 Prestasi Kewangan a) Perbandingan prestasi kewangan bagi tahun 2006 hingga 2008 secara keseluruhannya

adalah seperti berikut:

Pendapatan telah meningkat sejumlah RM3,793 (5.4%) dan RM247,203 (332.8%) masing-masing pada tahun 2007 dan 2008. Peningkatan pendapatan yang ketara pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh pemberian geran daripada Yayasan untuk Program Bimbingan Insentif pada tahun tersebut. Pendapatan LCSB bagi tahun 2006 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 10.1.

Jadual 10.1 Pendapatan LCSB Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Bil. Aktiviti Tahun

2006 (RM)

2007 (RM)

2008 (RM)

1. Geran dari YNS - 44,940 261,259 2. Pendapatan Terakru Diakui - - 55,025 3. Untung atas pelupusan pelaburan 63,788 15,658 - 4. Dividen kasar dari pelaburan saham 5,650 4 4 5. Lain-lain Pendapatan Operasi 1,054 13,683 5,200

Jumlah 70,492 74,285 321,488 Sumber:Penyata Kewangan LCSB

Jadual 10.2 menunjukkan peningkatan perbelanjaan yang ketara sejumlah RM223,470 iaitu 248.7% pada tahun 2008 berbanding jumlah perbelanjaan pada tahun 2007 iaitu RM89,854 dan perbelanjaan pada tahun 2006 iaitu RM66,777. Peningkatan ini adalah disebabkan perbelanjaan pentadbiran yang meningkat kesan dari pertambahan kos langsung pada tahun 2007 dan 2008 seperti di Jadual 10.3 di bawah ekoran dua buah pusat tuisyen Yayasan yang mula beroperasi pada tahun 2008.

JD134790 Teks 1.indd 122JD134790 Teks 1.indd 122 10/13/10 5:39:28 PM10/13/10 5:39:28 PM

Page 140: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

123

Jadual 10.2 Perbelanjaan LCSB Bagi Tahun 2006 hingga 2008

Bil. Perbelanjaan Tahun

2006 (RM)

2007 (RM)

2008 (RM)

1. Kos Langsung - 46,978 237,073

2. Perbelanjaan Operasi 66,777 42,876 76,251

Jumlah 66,777 89,854 313,324 Sumber: Penyata Kewangan LCSB

Jadual 10.3 Kos Langsung LCSB Bagi Tahun 2007 Dan 2008

Bil. Butiran Tahun

2007 (RM)

2008 (RM)

1. Caj Elektrik Dan Air - 8,462

2. Caruman KWSP - 17,532 3. Belanja Am - 1,850 4. Sewa Mesin Fotostat - 1,726 5. Bayaran Lesen - 408 6. Belanja Pejabat - 6,713 7. Program Bimbingan Intensif 41,978 - 8. Gaji, Upah Dan Elaun - 173,062 9. Sewa Bangunan 5,000 12,000 10. Caruman PERKESO - 2,550 11. Bil Telefon - 8,292 12. Latihan - 848 13. Lain-lain Belanja Pusat Tuisyen - 3,630

Jumlah 46,978 237,073 Sumber: Penyata Kewangan LCSB

b) Kedudukan pendapatan dan perbelanjaan serta untung rugi LCSB bagi tahun kewangan 2006 hingga 2008 adalah seperti di Jadual 10.4 dan Carta 10.1 berikut:

Jadual 10.4 Pendapatan, Perbelanjaan Serta Untung Rugi LCSB

Bagi Tahun Kewangan 2006 hingga 2008

Bil Butiran 2006 (RM)

2007 (RM)

2008 (RM)

1. Pendapatan 69,438 60,602 316,288 2. Kos Langsung - 46,978 237,073 3. Untung Kasar 69,438 13,624 79,215 4. Pendapatan Lain 1,054 13,683 5,200 5. Perbelanjaan Operasi 66,777 42,876 76,251 6. Untung/(Rugi) Operasi 3,715 (15,569) 8,164 7. Kos Kewangan - - - 8. Untung/(Rugi) Sebelum Cukai 3,715 (15,569) 8,164 9. Cukai 2,470 3,737 178 10. Untung/(Rugi) Bersih 1,245 (19,306) 7,986

Sumber: Penyata Kewangan LCSB

JD134790 Teks 1.indd 123JD134790 Teks 1.indd 123 10/13/10 5:39:29 PM10/13/10 5:39:29 PM

Page 141: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

124

Carta 10.1 Trend Pendapatan, Perbelanjaan Dan Keuntungan/Kerugian LCSB

Bagi Tahun Kewangan 2006 Hingga 2008

Sumber: Penyata Kewangan LCSB Sumber: Penyata Kewangan LCSB

c) Bagi menilai prestasi kewangan Syarikat LCSB, beberapa nisbah kewangan telah

dijalankan terhadap butiran yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan serta Penyata Pendapatan Syarikat bagi tahun kewangan 2006 hingga 2008. Hasil analisis nisbah kewangan adalah seperti di Jadual 10.5.

Jadual 10.5 Analisis Nisbah Kewangan LCSB Bagi Tahun 2006 Hingga 2008

Bil. Butiran Tahun Kewangan 2006 2007 2008

i. Nisbah Semasa 7.98:1 46.03:1 80.79:1 ii. Margin Keuntungan/(Kerugian) 0.02:1 (0.32):1 0.03:1 iii. Nisbah Pulangan Ke Atas Aset 0.002:1 (0.043):1 0.014:1 iv. Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti 0.003:1 (0.044):1 (0.018):1

Sumber:Penyata Kewangan LCSB

i) Nisbah Semasa - Hasil analisis nisbah semasa menunjukkan peningkatan kemampuan syarikat dari tahun ke tahun bagi memenuhi tuntutan liabiliti semasanya. Hal ini bermakna syarikat mampu menampung hutang jangka pendek apabila diperlukan.

ii) Margin Keuntungan - Hasil analisis menunjukkan penurunan yang ketara di dalam margin keuntungan pada tahun 2007 yang mana ianya kesan daripada penurunan perolehan dan peningkatan perbelanjaan pada tahun tersebut. Namun begitu, pada tahun 2008 margin keuntungan telah bertambah baik. Ini menunjukkan LCSB berjaya meningkatkan keuntungan dengan kos yang meningkat.

iii) Nisbah Pulangan Ke Atas Aset - Hasil analisis mendapati setiap RM1 nilai aset

menunjukkan pulangan negatif sebanyak 4.3 sen pada tahun 2007 berbanding keuntungan 0.2 sen pada tahun 2006. Namun, pulangan meningkat semula pada tahun 2008 dengan keuntungan pada 1.4 sen. Ini menunjukkan terdapat

1

10

100

1,000

10,000

100,000

2006 2007 2008

70,4

92

74,2

85

321,

488

66,7

77

89,8

54

313,

324

RM

TahunPendapatan Perbelanjaan

1,245

-19,306

7,986

-25,000

-20,000

-15,000

-10,000

-5,000

0

5,000

10,000

2006 2007 2008

RM

Tahun

Keuntungan/Kerugian

JD134790 Teks 1.indd 124JD134790 Teks 1.indd 124 10/13/10 5:39:29 PM10/13/10 5:39:29 PM

Page 142: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

125

penambahbaikan penggunaan aset bagi menghasilkan keuntungan kepada syarikat.

iv) Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti - Hasil analisis mendapati setiap RM1 nilai ekuiti

menunjukkan pulangan negatif sebanyak 4.4 sen pada tahun 2007 berbanding keuntungan 0.3 sen pada tahun 2006. Pada tahun 2008 LCSB masih menunjukkan nisbah pulangan ke atas ekuiti yang negatif sejumlah 1.8 sen. Keadaan ini menggambarkan syarikat kurang berupaya menghasilkan untung yang lebih tinggi kepada pemegang ekuiti.

Pada pendapat Audit, hasil daripada kesemua analisis yang dilakukan mendapati kedudukan kewangan LCSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut bagi tahun kewangan 2006 hingga 2008. Kerugian ini berpunca daripada peningkatan perbelanjaan LCSB. Namun LCSB mempunyai nisbah semasa yang memuaskan dan mampu menampung tuntutan liabiliti semasanya.

10.4.2 Pengurusan Aktiviti Prestasi pengurusan aktiviti utama syarikat adalah baik tetapi terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki bagi meningkatkan prestasi. Penemuan audit adalah seperti berikut:

a) Sambutan Pelajar Setempat

Pusat tuisyen YNS di Rantau dan Simpang Pertang mula beroperasi pada tahun 2008 dan Palong 5 pada tahun 2009. Pihak LCSB tidak mengenakan apa-apa bayaran ke atas pelajar yang mengikuti kelas tuisyen berkenaan. Semasa pengauditan dijalankan, sambutan penduduk setempat adalah sangat menggalakkan. Sehingga Julai 2009, seramai 718 pelajar didaftarkan mengikuti tuisyen di Pusat Tuisyen YNS. Bilangan pelajar mengikut kaum sehingga Julai 2009 seperti di Jadual 10.6.

Jadual 10.6 Pelajar Yang Menyertai Kelas Di Pusat Tuisyen YNS Sehingga Julai 2009

Bil. Pusat Tuisyen YNS Bilangan Pelajar Kategori (orang) Bumiputera Cina India

1. Palong 5 246 246 0 0 2. Simpang Pertang 130 93 9 28 3. Rantau 342 328 14 0

Sumber: LCSB Di samping menyediakan kelas Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, kelas komputer kepada golongan belia (dewasa) juga ada disediakan. Statistik kedudukan pelajar setiap pusat tuisyen adalah seperti di Carta 10.2.

JD134790 Teks 1.indd 125JD134790 Teks 1.indd 125 10/13/10 5:39:30 PM10/13/10 5:39:30 PM

Page 143: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

126

Carta 10.2 Statistik Kedudukan Pelajar Setiap Pusat Tuisyen Mengikut Kategori

Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Dan Dewasa Pada Julai 2009

Sumber: Pusat Tuisyen YNS

b) Pelajar Dan Tenaga Pengajar

Analisis prestasi pelajar yang menyertai kelas tambahan di pusat tuisyen YNS bagi tahun 2006 hingga 2008 tidak dapat dilakukan kerana Pusat Tuisyen YNS Rantau dan Pusat Tuisyen YNS Simpang Pertang hanya mula beroperasi pada tahun 2008 dan Pusat Tuisyen YNS Palong 5 pada April 2009. Secara keseluruhannya keputusan UPSR bagi pelajar di Pusat Tuisyen YNS Rantau dan Pusat Tuisyen YNS Simpang Pertang pada tahun 2008 adalah baik. Butiran lengkap mengenai keputusan peperiksaan UPSR pada tahun 2009 adalah seperti di Jadual 10.7.

Jadual 10.7 Prestasi Keputusan Pelajar UPSR Tahun 2008

Bagi Mata Pelajaran Sains, Matematik Dan Bahasa Inggeris

Pusat Tuisyen YNS

Keputusan Mata Pelajaran (Bilangan Pelajar) SAINS

A B C D E Palong 5 Tiada Maklumat (Baru Beroperasi April 2009) Simpang Pertang

5 (27.8%) 5 (27.8%) 5 (27.8%) 3 (16.6%) -

Rantau 13 (36.1%) 16 (44.4%) 5 (13.9%) 1 (2.8%) 1 (2.8%) Pusat Tuisyen YNS

MATEMATIKA B C D E

Palong 5 Tiada Maklumat (Baru Beroperasi April 2009) Simpang Pertang

7 (38.9%) 4 (22.2%) 6 (33.3%) 1 (5.6%) -

Rantau 19(52.8%) 7 (19.4%) 8 (22.2%) 1 (2.8%) 1 (2.8%) Pusat Tuisyen YNS

BAHASA INGGERIS A B C D E

Palong 5 Tiada Maklumat (Baru Beroperasi April 2009) Simpang Pertang

3 (16.7%) 5 (27.8%) 8 (44.4) 2 (11.1%) -

Rantau 14(38.9%) 13 (36.1%) 8 (22.2%) 1 (2.8%) - Sumber: LCSB

0

50

100

150

200

Pusat Tuisyen YNS Palong 5

Pusat Tuisyen YNS Simpang Pertang

Pusat Tuisyen YNS Rantau

145

58

197

101

62

145

010

0

(Bil.

Pel

ajar

)

Sekolah Rendah Sekolah Menengah Dewasa

JD134790 Teks 1.indd 126JD134790 Teks 1.indd 126 10/13/10 5:39:30 PM10/13/10 5:39:30 PM

Page 144: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

127

Semakan Audit juga mendapati pemilihan tenaga pengajar yang ditempatkan di setiap pusat tuisyen YNS adalah di bawah tanggungjawab LCSB. Bayaran elaun mereka juga diuruskan oleh pihak LCSB. Kadar bayaran yang diberikan adalah RM30 sejam bagi setiap tenaga pengajar berdasarkan tempoh masa mengajar. Pembayaran elaun kepada guru dimasukkan ke akaun bank guru berkenaan setelah mengambil kira potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO. Pada tarikh lawatan audit, terdapat empat orang guru ditempatkan di Pusat Tuisyen YNS Palong 5, tiga orang guru di Pusat Tuisyen YNS Simpang Pertang dan tujuh orang guru di Pusat Tuisyen YNS Rantau. Tiada tenaga pengajar bagi subjek komputer di Pusat Tuisyen YNS Rantau pada masa kini kerana guru sebelum ini telah pun berhenti pada Jun 2009. Di Pusat Tuisyen YNS Simpang Pertang pula tiada guru subjek Sains dan di Pusat Tuisyen YNS Palong 5, tiada guru subjek Bahasa Inggeris. Kesemua guru yang mengajar di sini mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya diploma.

Analisis nisbah antara guru dan pelajar bagi setiap pusat tuisyen YNS turut dilakukan. Butiran lengkap mengenai nisbah antara guru dan pelajar adalah seperti di Jadual 10.8.

Jadual 10.8 Nisbah Guru Dan Pelajar Bagi Setiap Pusat Tuisyen YNS Setakat Julai 2009

Perkara Pusat Tuisyen YNS

Palong 5 Simpang Pertang Rantau

Guru 4 3 7 Pelajar 246 130 342 Nisbah 1:61.5 1:43.33 1:48.86

Sumber: LCSB Berdasarkan maklum balas, LCSB menyatakan analisis pencapaian murid di kesemua pusat tuisyen YNS telah pun dilakukan. Sehubungan dengan itu, pihak LCSB akan mengadakan ujian dan peperiksaan di pusat tuisyen dengan lebih kerap lagi bagi memastikan tahap pencapaian pelajar-pelajar berada dalam keadaan baik dan memberangsangkan.

c) Perancangan Strategik LCSB

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993, menyatakan semua syarikat kerajaan perlu menyedia atau mengemaskinikan strategi dan rancangan korporat sebagai wawasan syarikat untuk mencapai matlamat tempoh jangka pendek (tahunan) dan jangka panjang. Rancangan tersebut perlu dibentang dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah selaras dengan objektif penubuhan syarikat. Rancangan korporat tidak boleh hanya berasaskan Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat yang mencatatkan bidang aktiviti yang lebih luas daripada objektif sebenar penubuhan syarikat. Perancangan strategik adalah perkara asas yang harus ditentukan oleh syarikat bagi menentukan tindakan yang harus diambil untuk mencapai hala tuju dan matlamat syarikat ditubuhkan iaitu menyediakan kemudahan dan peluang-peluang pembelajaran bagi meningkatkan taraf pencapaian akademik yang cemerlang bagi pelajar luar bandar supaya setanding dengan pelajar bandar sebagaimana yang dinyatakan di dalam

JD134790 Teks 1.indd 127JD134790 Teks 1.indd 127 10/13/10 5:39:31 PM10/13/10 5:39:31 PM

Page 145: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

128

maklum balas oleh pihak LCSB. Penentuan misi organisasi juga perlu bagi tujuan tersebut. Ia haruslah dilaksanakan secara bertulis dan didokumenkan. Semakan Audit mendapati syarikat tidak menyediakan perancangan strategik dan misi syarikat sama ada secara lisan atau bertulis. Ketiadaan wawasan syarikat juga tidak dapat menunjukkan hala tuju dan matlamat syarikat pada masa hadapan.

Maklumbalas LCSB menyatakan syarikat telah pun merangka Misi dan Wawasan LCSB bagi menunjukkan hala tuju dan matlamat syarikat dengan lebih jelas lagi. Misi dan Wawasan tersebut telah pun mendapat persetujuan dari Pengerusi LSCB.

d) Kawalan Bajet

Bajet merupakan satu mekanisme untuk mengenal pasti, mengagih dan menggunakan peruntukan yang diterima dengan berhemat bagi memastikan matlamat program dan aktiviti terlaksana mengikut perancangan sesebuah syarikat. Semakan Audit mendapati LCSB hanya menyediakan bajet tahunan untuk dibentang dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah bagi tahun 2008 dan 2009 sahaja. Tiada bajet disediakan bagi tahun-tahun kewangan sebelumnya.

Semakan Audit juga mendapati bajet tahun 2008 dan 2009 telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Berdasarkan bajet tahun 2008, LCSB dijangka memperoleh pendapatan sejumlah RM0.44 juta serta mensasarkan keuntungan bersih sebelum cukai berjumlah RM35,080. Laporan dan Penyata Kewangan bagi tempoh berakhir 31 Disember 2008 menunjukkan pengurusan LCSB menanggung kos langsung yang terdiri daripada belanja utiliti, sewa mesin fotostat, caruman KWSP, PERKESO dan lain-lain berjumlah RM0.24 juta serta lain-lain perbelanjaan berjumlah RM5,200. Tiada bajet bagi kos langsung dalam tahun 2008 dan 2009. Bagaimanapun keadaan ini tidak menyebabkan berlaku lebihan perbelanjaan berbanding bajet yang telah disediakan. Keuntungan sebelum cukai yang diperoleh LCSB pada tahun 2008 adalah sejumlah RM8,164 berbanding bajet iaitu sejumlah RM35,080. Ini menunjukkan keuntungan yang disasarkan oleh LCSB adalah kurang daripada sasaran asal dengan pengurangan keuntungan sebelum cukai sejumlah RM26,916 daripada keuntungan sebenar. Berdasarkan kepada bajet tahun 2008, LCSB tidak dapat mencapai sasaran keuntungan berdasarkan unjuran pendapatan dan perbelanjaan. Kedudukan pendapatan dan perbelanjaan berbanding dengan bajet bagi tahun berakhir 2008 adalah seperti di Jadual 10.9.

JD134790 Teks 1.indd 128JD134790 Teks 1.indd 128 10/13/10 5:39:31 PM10/13/10 5:39:31 PM

Page 146: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

129

Jadual 10.9 Pendapatan Dan Perbelanjaan Berbanding Bajet Bagi Tahun Berakhir 2008

Butiran Daripada Penyata Untung Rugi2008

Sebenar (RM)

Anggaran (RM)

Perbezaan (RM)

PENDAPATAN Hasil Langsung 316,288 441,380 125,092 Lain-lain Hasil 5,200 1,000 4,200 Jumlah Pendapatan 321,488 442,380 120,892 PERBELANJAAN Perbelanjaan Langsung 237,073 402,300 165,227 Perbelanjaan Tidak Langsung 76,251 5,000 71,251 Jumlah Perbelanjaan 313,324 407,300 93,976 Untung/(Rugi) Sebelum Cukai 8,164 35,080 26,916

Sumber: Rekod Kewangan LCSB Berdasarkan maklum balas LCSB sememangnya menyediakan bajet setiap tahun bagi mengenalpasti, mengagih dan menggunakan peruntukan yang diterima dengan berhemat. Bajet tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Lembaga LCSB setiap tahun. Bagi tahun kewangan 2006 dan 2007, syarikat tidak beroperasi secara aktif. Bagaimanapun, penyediaan bajet akan dibuat setiap tahun. Isu yang berkaitan dengan sasaran keuntungan tidak dicapai adalah disebabkan pendapatan diperoleh hanya dari yuran pengurusan. Pada pendapat Audit, pengurusan aktiviti LCSB adalah memuaskan. Analisis pelajar perlu diteruskan bagi membuat perbandingan prestasi pelajar sebelum dan selepas mengikuti tuisyen. Manakala bajet yang dibuat pada masa akan datang perlu realistik sejajar dengan pencapaian semasa syarikat. 10.4.3 Tadbir Urus Korporat a) Struktur

LCSB diketuai oleh Pengurus dan dibantu oleh Penolong Pengurus. Jawatan Penolong Pengurus telah kosong mulai 1 Julai 2009 kerana pegawai meletak jawatan. LCSB mempunyai tiga pusat tuisyen iaitu Pusat Tuisyen Rantau, Simpang Pertang dan Palong 5. Setiap Pusat Tuisyen diketuai oleh seorang kerani dan dibantu oleh seorang pekerja am. Bilangan pegawai dan kakitangan LCSB adalah seramai tujuh orang kakitangan pengurusan dan 14 orang guru tuisyen sambilan.

Semakan Audit mendapati, Pengurus adalah kakitangan Yayasan sepenuh masa. Manakala jawatan Penolong Pengurus telah kosong mulai Julai 2009 kerana telah meletak jawatanmenyebabkan kelancaran pengurusan LCSB terganggu.

Maklumbalas Auditi menyatakan kekosongan ini telah pun diisi pada September 2009.

JD134790 Teks 1.indd 129JD134790 Teks 1.indd 129 10/13/10 5:39:32 PM10/13/10 5:39:32 PM

Page 147: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

130

b) Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah merupakan badan eksekutif tertinggi yang diberi kuasa untuk melaksanakan kuasa dan tugas yang diperuntukkan di dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan LCSB dan Akta Syarikat 1965. Lembaga Pengarah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan syarikat dari segi pentadbiran, kewangan, operasi dan undang-undang syarikat. Lembaga Pengarah mempunyai kuasa untuk melantik syarikat, firma atau individu untuk menjalankan tugas bagi pihaknya.

i) Keanggotaan Lembaga Pengarah

Memorandum dan Artikel Penubuhan LCSB, memperuntukkan bilangan ahli Lembaga Pengarah tidak kurang dari dua orang ahli dan tidak lebih dari sembilan orang ahli. Semakan Audit mendapati sehingga Disember 2008 terdapat dua orang ahli Lembaga Pengarah di mana salah seorangnya adalah juga Lembaga Pengarah dari Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan.

ii) Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Lembaga Pengarah

Berdasarkan Memorandum dan Artikel Penubuhan LCSB Perkara 42, Mesyuarat Agung Tahunan mesti diadakan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam perkara 143, Akta Syarikat 1965. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun kewangan. Semakan Audit mendapati LCSB telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun dengan dihadiri oleh semua ahli Lembaga Pengarah. Mesyuarat Lembaga Pengarah juga telah diadakan dua kali setahun bagi sepanjang tahun 2006 hingga 2008.

c) Pembayaran Dividen

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 tahun 1993 menyatakan dividen perlu dibayar kepada Kerajaan sebagai pemegang saham daripada sebahagian keuntungan yang diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan syarikat. Bayaran dividen hendaklah sekurang-kurangnya 10% setiap tahun sebagai pulangan modal kepada kerajaan. Sekiranya terdapat keuntungan lebih yang diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan, peratusan dividen kepada pemegang saham perlu ditingkatkan ke tahap seberapa tinggi tanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Semakan Audit mendapati LCSB tidak membuat pembayaran dividen kepada Yayasan Negeri Sembilan sebagai pemegang saham bagi tahun kewangan 2006 hingga tahun 2008. Ini berikutan kerugian terkumpul yang dialami oleh LCSB bagi tiga tahun berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2008.

Maklumbalas Auditi menyatakan LCSB tidak membayar dividen kepada pemegang saham kerana pengendalian LCSB (pusat tuisyen) tidak berorientasikan keuntungan tetapi berorientasikan tanggungjawab sosial.

JD134790 Teks 1.indd 130JD134790 Teks 1.indd 130 10/13/10 5:39:32 PM10/13/10 5:39:32 PM

Page 148: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

131

d) Pembayaran Bonus Dan Gaji Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1993 menggariskan panduan mengenai bayaran bonus oleh semua lapisan syarikat kerajaan kepada semua kategori kakitangannya supaya bayaran tersebut menjadi insentif yang berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi kakitangan syarikat. Semakan Audit mendapati kakitangan pentadbiran LCSB adalah bertaraf kontrak dan oleh itu tiada bonus yang dibayar kepada mereka. Kakitangan ini juga tidak mendapat kenaikan gaji yang mana gaji dibayar mengikut kelayakan perjawatan dan pengalaman berdasarkan senarai perjawatan semasa.

e) Jawatankuasa Audit

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993 menggariskan panduan mengenai penubuhan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan untuk meningkatkan lagi kawalan ke atas syarikat-syarikat supaya kepentingan kerajaan sebagai pemegang saham dapat dipelihara sepenuhnya. Jawatankuasa ini hendaklah ditubuhkan bagi lapisan syarikat subsidiari yang bersesuaian. Keperluan ini timbul di kumpulan syarikat Kerajaan yang besar dan mengandungi banyak lapisan korporat dan bagi syarikat subsidiari yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas prestasi kewangan kumpulan. Semakan Audit mendapati, Jawatankuasa ini tidak ditubuhkan memandangkan LCSB bukanlah syarikat Kerajaan yang besar dan tidak mempunyai anak syarikat yang mana tidak memberi pengaruh terhadap prestasi kewangan kumpulan. Pihak Audit juga dimaklumkan bahawa tiada Jawatankuasa pemantauan bagi memantau prestasi syarikat subsidiari YNS dan tiada Bahagian atau unit tertentu yang ditugaskan untuk memantau prestasi syarikat subsidiarinya. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati Yayasan Negeri Sembilan telah melantik pegawainya iaitu En. Hanafi bin Harun sebagai Pengurus Syarikat Liberty Capital Sdn. Bhd. sekaligus menjalankan pemantauan bagi pihak syarikat induk.

Pada pendapat Audit, tadbir urus korporat LCSB adalah baik. Bagaimanapun, Lembaga Pengarah LCSB disarankan menubuhkan jawatankuasa pemantauan bagi memantau prestasi syarikat.

JD134790 Teks 1.indd 131JD134790 Teks 1.indd 131 10/13/10 5:39:32 PM10/13/10 5:39:32 PM

Page 149: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

132

10.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT Pengurusan LCSB pada keseluruhannya perlu dipertingkatkan walaupun ia tidak mementingkan keuntungan. Ke arah ini beberapa perkara perlu diberi penekanan dalam usaha menambah baik operasi syarikat. Adalah disyorkan pihak LCSB memberi pertimbangan terhadap syor berikut: a) Pihak pengurusan LCSB perlu memastikan bajet disediakan setiap tahun untuk

mengenalpasti, mengagih dan menggunakan peruntukan yang diterima dengan berhemat bagi memastikan matlamat program dan aktiviti terlaksana mengikut perancangan sesebuah syarikat. Bajet yang disediakan juga haruslah realistik yang mana sasaran perolehan keuntungan mestilah berdasarkan unjuran pendapatan dan perbelanjaan.

b) Melakukan analisis pencapaian murid di kesemua Pusat Tuisyen Yayasan Negeri Sembilan bagi membuat perbandingan keberkesanan pusat tuisyen sebelum dan selepas ditubuhkan.

c) Pemantauan oleh pihak pengurusan LCSB perlulah dilakukan secara berkala dan rekod hasil pemantauan diselenggarakan.

d) Lembaga Pengarah LCSB perlu membimbing LCSB untuk meningkatkan pendapatan bagi memastikan syarikat ini berdaya maju jika ingin terus kekal beroperasi.

.

JD134790 Teks 1.indd 132JD134790 Teks 1.indd 132 10/13/10 5:39:32 PM10/13/10 5:39:32 PM

Page 150: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

BAHAGIAN IIIPERKARA AM

JD134790 Teks 1.indd 133JD134790 Teks 1.indd 133 10/13/10 5:39:33 PM10/13/10 5:39:33 PM

Page 151: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

1342

JD134790 Teks 1.indd 134JD134790 Teks 1.indd 134 10/13/10 5:39:35 PM10/13/10 5:39:35 PM

Page 152: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

135

10. PENDAHULUAN

Bagi memastikan tindakan pembetulan diambil oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri terhadap perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 mengenai pelaksanaan aktiviti, pemeriksaan susulan telah dijalankan di Jabatan/Agensi berkenaan. Hasil daripada pemeriksaan itu dilaporkan dalam Bahagian ini. 11. KEDUDUKAN MASA KINI PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM LAPORAN

KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2008 11.1 SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Kualiti Air Minum

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

2.5.1.3

Kualiti Air Mentah Sg. Linggi Kualiti air di Sungai Linggi adalah tidak memuaskan kerana berdasarkan Laporan Indeks Kualiti Air Negara (IKAN), sungai tersebut berada dalam kelas III dengan status air sungai sederhana tercemar.

Sumber air mentah adalah di bawah seliaan Badan Kawal Selia Air di bawah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), manakala IKAN dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Badan ini yang baru ditubuhkan akan memantau sumber air mentah dengan kerjasama agensi Kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pengairan Dan Saliran.

2.5.2.1

Pegawai Sains Di LRA Sungai Linggi Tiada jawatan Pegawai Sains/Pembantu Makmal (C17) ditempatkan bagi tujuan menjalankan ujian di makmal loji. Ujian hanya dijalankan oleh operator loji dan Pekerja Am Khas.

SAINS telah melakukan pengambilan kakitangan antaranya Ahli Kimia, Pembantu Makmal, Penyelia Kualiti Air dan lain-lain kakitangan sokongan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kualiti air di Negeri Sembilan.

Tindakan Syarikat adalah baik.

2.5.2.4

Enap Cemar (Sludge) Pengurusan enap cemar di LRA Sungai Linggi adalah tidak

SAINS telah memasukkan ke dalam business plan untuk

Jabatan sedang berusaha untuk

BAHAGIAN III PERKARA AM

JD134790 Teks 1.indd 135JD134790 Teks 1.indd 135 10/13/10 5:39:35 PM10/13/10 5:39:35 PM

Page 153: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

136

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

memuaskan kerana enap cemar yang terhasil dari proses rawatan air dari tangki pemendapan dan tangki penapisan dialirkan terus ke Sungai Linggi di hilir muka sauk.

mengambil tindakan terhadap enapcemar daripada loji-loji air.

mengambil tindakan terhadap pelepasan enap cemar dari LRA Sungai Linggi.

2.5.2.5

Kompleks Rawatan Ozon Kompleks Rawatan Ozon tidak lagi beroperasi sejak tahun 1996 dan menjadi “gajah putih” kerana kos pengendalian elektrik yang tinggi dan tiada kepakaran untuk mengendali dan menyenggara sistem tersebut. Jabatan telah gagal memanfaatkan pelaburan untuk kepentingan pengguna.

SAINS akan menjalankan penyelidikan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap kualiti air mentah Sungai Linggi, sistem pemprosesan loji air Sungai Linggi dan kualiti air yang dibekalkan dari loji air Sungai Linggi serta akan mengenalpasti kaedah alternative bagi merawat dan meningkatkan keberkesanan loji air Sungai Linggi dengan menggunakan ozon dan lain-lain.

Tindakan Syarikat adalah baik.

2.5.3.1

Jadual Dan Prosedur Pencucian Pencucian kolam dan tangki JBANS/SAINS adalah tidak memuaskan kerana tidak dilakukan mengikut jadual yang dirancang.

SAINS dalam proses menuju ke Pensijilan ISO 9001:2008 dan akan menyedia dan mempraktikkan prosedur kerja yang lebih sistematik di bahagian pengeluaran dan sistem agihan.

Tindakan Syarikat adalah baik.

2.5.4.6

Penyenggaraan Stesen Pensampelan Penyenggaraan stesen pensampelan tidak memuaskan kerana terdapat 42 stesen di daerah Seremban perlu disenggarakan dan dinaiktaraf dengan segera bagi tujuan menjamin kualiti dan keberkesanan sampel yang diambil.

SAINS telah mengambil tindakan membaiki dan menyelenggara Stesen Persampelan Air mengikut spesifikasi JKR dan telah mengecat serta melabelkan dengan logo syarikat.

Tindakan Syarikat adalah baik.

JD134790 Teks 1.indd 136JD134790 Teks 1.indd 136 10/13/10 5:39:35 PM10/13/10 5:39:35 PM

Page 154: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

137

11.2 PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAN NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Sistem Perakaunan Standard Kerajaan Negeri (SPEKS)

No.

Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat 31 Mei 2010 Ulasan Audit

3.5.1.1 (b)

(ii)

Polisi Dan Standard Katalaluan Tidak Dipatuhi Sepenuhnya.

Diambil tindakan melalui pembangunan Public Key Infrastructure (PKI) yang akan dilaksanakan pada tahun 2010.

Pengauditan susulan akan dijalankan bagi memastikan PKI dilaksanakan.

3.5.1.1 (b)

(iii)

Penggunaan Public Key Infrastructure (PKI) Belum Dimulakan.

Penggantian server baru telah dibuat. PKI dijangka dilaksanakan pada suku tahun ketiga 2010.

Pengauditan susulan akan dijalankan bagi memastikan PKI dilaksanakan.

3.5.1.1 (b)

(iv)

Log Capaian Kepada Sistem Dan Log Transaksi Tidak Diwujudkan.

Log jejak Audit telah sedia ada dalam sistem SPEKS tetapi tidak dapat digunakan kerana boleh menjejaskan prestasi sistem. Penggunaan server baru dijangka dapat mengatasi masalah ini.

Server baru telah siap dipasang dan telah digunakan. Semakan susulan perlu dibuat bagi melihat contoh log jejak Audit yang telah digunakan.

3.5.1.2 (c)

Kawalan Output lemah

Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai secara auto melalui sistem SPEKS sedang ditambah baik oleh pihak JANM dan dijangka dapat digunakan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun 2010.

Pengauditan susulan akan dijalankan bagi memastikan Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai tahun 2010 dijana secara auto daripada sistem SPEKS.

3.5.1.3

Pengurusan Keselamatan Persekitaran dan fizikal lemah.

Bilik server telah siap diubahsuai dan semua peralatan yang tidak berkaitan dengan server telah dialihkan dan elemen keselamatan diambil kira. Sistem akses ke bilik server sedang dalam tindakan Pejabat kewangan Negeri.

Susulan telah dibuat dan tindakan telah diambil sebagaimana yang dilaporkan.

3.5.1.4 (a)

(i)

Back Up Sistem Dan Back Up Data Tidak Diuji Dan Diselenggara Dengan Baik.

Back up sistem telah dilaksanakan dua bulan sekali manakala back up data diuji secara random.

Susulan Audit perlu dibuat terhadap back up yang dibuat.

JD134790 Teks 1.indd 137JD134790 Teks 1.indd 137 10/13/10 5:39:36 PM10/13/10 5:39:36 PM

Page 155: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

138

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

3.5.1.5 (a)

Pentadbir Sistem Diberi ID Pengguna.

JANM akan memperkemaskan sistem dengan mewujudkan kawalan tambahan dalam SPEKS.

Susulan Audit perlu dilaksanakan terhadap kawalan tambahan yang akan diwujudkan.

3.5.1.6 (c)

Perkhidmatan Meja Bantuan Tidak Dapat Menjana Laporan Aduan.

Pihak Perbendaharaan akan menggunakan Sistem Helpdesk yang dibangunkan oleh JANM. Buat masa kini laporan perkhidmatan meja bantuan disediakan secara manual.

Susulan Audit perlu dilaksanakan terhadap sistem helpdesk yang baru.

3.5.2.2 (a)

Penggunaan Modul SPEKS Oleh PTJ Tidak Sepenuhnya.

Semua modul di dalam SPEKS telah digunakan sepenuhnya termasuk Modul Aset. Kursus bagi penggunaan Modul Aset bagi semua PTJ dibuat secara berperingkat mulai Mei 2010.

Susulan Audit perlu dilaksanakan.

3.5.5.1

Jawatankuasa Pelaksanaan SPEKS tidak menjalankan fungsi yang ditetapkan.

Pada tahun 2009 Jawatankuasa Pelaksanaan SPEKS telah bersidang sebanyak 2 kali bagi membincangkan masalah berkaitan SPEKS.

Semua perkara yang dibincangkan telah diminitkan.

11.3 JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN

- Pengurusan Hutan Dan Kepentingan Kepada Alam Sekitar

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

4.5.3

Pembalakan Di luar Kawasan Lesen i) Pada Julai 2008, siasatan

oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati berlaku pembalakan di luar kawasan yang melebihi ‘Right of Way’ bagi jajaran lebuhraya yang dibenarkan. Lawatan Audit juga mendapati pelesen juga telah menceroboh ke kompartmen lain yang bersebelahan. Sejumlah 198 tual kayu balak dengan nilai pasaran

Jabatan Perhutanan telah pun melelong kayu-kayu berkenaan sebanyak dua kali menerusi PHN NS (Kayu Balak) Bil.1/2009 dan Bil.6/2009. Seorang penender telah berjaya dalam menawar nilai kayu berkenaan dengan nilai RM 32,000tetapi tidak mengambil kayu berkenaan serta wang depositnya telah dirampas.

Tindakan yang dilakukan adalah baik.

JD134790 Teks 1.indd 138JD134790 Teks 1.indd 138 10/13/10 5:39:36 PM10/13/10 5:39:36 PM

Page 156: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

139

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

dianggarkan RM 124,000 telah disita sementara menunggu siasatan dijalankan. Pihak Audit dimaklumkan JPN bercadang untuk melelong kayu-kayu berkenaan.

ii) JPN memerlukan 36

kakitangan bagi mengisi perjawatan Pengawas Hutan Gred (G11) bagi meningkatkan pemantauan sekiranya berlaku aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan hutan.

iii) Hasil kajian turut mendapati masalah utama punca pembalakan haram adalah kerana kekurangan peruntukan kewangan bagi membeli peralatan berteknologi tinggi dan kekurangan kepakaran serta kakitangan yang terlatih dalam selok belok urusan pentadbiran dan pengurusan hutan.

Jabatan Perhutanan telah pun mengangkat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi keperluan pengisian jawatan Pengawas Hutan (G11) untuk semua kategori termasuk bagi kerja-kerja pemantauan aktiviti pembalakan haram menerusi Penstrukturan Semula Organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang terbaru untuk dipertimbangkan.

Kekurangan peruntukan bagi membeli peralatan berteknologi adalah sebahagian dari masalah yang dimaksudkan tersebut kerana peruntukan yang diterima oleh Jabatan Perhutanan pada setiap tahun adalah terhad. Namun begitu, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah mengunapakai program-program yang disediakan oleh Ibu Pejabat Perhutanan yang berkaitan dengan ICT teknologi terkini bagi membantu mengatasi masalah yang dinyatakan bagi menampung kekurangan peruntukan kewangan yang sedia ada. Bagi meningkatkan pengetahuan dan kepakaran kakitangan pula, Jabatan Perhutanan dalam tahun 2009 dan 2010 ada menghantar pegawai-pegawai kanan untuk mendalami ilmu dari kursus forensik, risikan, menembak dan siasatan. Selain itu, bagi kakitangan berpakaian seragam, program kursus kefahaman mengenai pengurusan hutan di bawah

Penstrukturan Semula Organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang terbaru sedang dipertimbangkan. Tindakan yang dilakukan adalah baik.

JD134790 Teks 1.indd 139JD134790 Teks 1.indd 139 10/13/10 5:39:37 PM10/13/10 5:39:37 PM

Page 157: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

140

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

Maklum balas yang diterima pada 24 April 2009 mendapati JPN memerlukan peralatan kerja tambahan seperti kenderaan,senapang/pistol/ walkie talkie bagi tujuan keselamatan dan penggunaan helikopter untuk pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Malaysian Criteria and Indicator dan kursus asas pengenalan pokok, daun dan isi kayu serta lain-lain kursus berkaitan juga telah dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan kefahaman mereka. Pada tahun 2010, Jabatan Perhutanan telah mendapat peruntukan menerusi Kumpulan Wang Pembangunan Hutan sebanyak RM 60,000 bagi membeli peralatan kerja luar pembangunan dan operasi hutan. Selain itu, sejumlah RM 25,000 juga telah diperolehi bagi membiayai penggunaan helikopter serta RM 200,000 dari peruntukan Pembangunan P58 bagi tahun 2010 untuk membeli dua buah kenderaan pacuan empat roda.

Peruntukan yang diterima dapat membantu Jabatan melaksanakan pengurusan hutan dengan lebih berkesan.

4.5.4

Pengurangan Keluasan Kawasan Hutan Simpanan Kekal Keluasan HSK bagi Hutan Paya Laut yang merupakan zon penampan dari bencana alam telah berkurangan. Ia berpunca dari pembetulan rizab oleh Kerajaan Negeri mengikut Seksyen 11 (b) APN 1984 untuk tujuan ekonomi yang lebih tinggi. Dari Laporan Audit Tahun 2008, JPN dan beberapa agensi yang terlibat sedang mengenalpasti mana-mana kawasan tanah kerajaan yang mengandungi hutan paya bakau untuk dicadangkan menjadi HSK semula.

Jabatan Perhutanan bersama Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson telah bekerjasama untuk mencari kawasan yang bersesuaian bagi menambah keluasan hutan paya laut di Negeri Sembilan. Sehingga kini menurut pihak Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dalam suratnya bertarikh 12 Februari 2010 telah mengemukakan maklumat perizaban hutan paya bakau ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan bagi dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan meliputi lapan lot tanah di sepanjang Sungai Sepang seluas 12 ekar dan dua lot tanah kerajaan di Mukim Jimah seluas 235 ekar.

Tindakan yang dilakukan adalah baik.

JD134790 Teks 1.indd 140JD134790 Teks 1.indd 140 10/13/10 5:39:37 PM10/13/10 5:39:37 PM

Page 158: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

141

11.4 JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA)

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

5.5.1.2

Jawatankuasa Pelaksana KAFA Peringkat Sekolah/Kelas Tidak Ditubuhkan i) Jawatankuasa Pelaksana

KAFA peringkat sekolah/kelas hendaklah ditubuhkan untuk mengurus semua perkara yang berkaitan pelaksanaan KAFA peringkat kelas/sekolah.

ii) 15 KAFA yang dipilih, dua KAFA tidak menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Sekolah iaitu di Seremban dan Port Dickson.

iii) Maklum balas dari JHEAINS bertarikh 5 Mei 2009, pihak JHEAINS akan mengarahkan sekolah mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana KAFA peringkat sekolah/kelas.

Pihak JHEAINS telah mengarahkan pihak sekolah untuk mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana KAFA Peringkat Sekolah (JPKPS) dan pihak JHEAINS telah menerima senarai jawatankuasa tersebut mulai Januari 2010.

Tindakan yang dilakukan adalah baik.

5.5.2.2

Nisbah Penyelia Berbanding Guru KAFA Tidak Seimbang i) Nisbah seorang penyelia di

daerah Seremban, Tampin dan Jempol berbanding guru KAFA adalah antara yang tertinggi berbanding daerah lain.

ii) Kesan langsung daripada nisbah yang ketara ini ialah menambahkan beban tugas terhadap penyelia berkenaan yang terlibat dengan pengurusan aktiviti KAFA.

iii) Maklum balas dari JHEAINS bertarikh 5 Mei 2009, pihak JHEAINS telah memohon penambahan penyelia KAFA daripada JAKIM dan MAINS dari tahun 2005 hingga tahun 2007. Bagaimanapun, sehingga maklum balas diberi kepada Jabatan Audit Negara, tiada maklum balas dan tindakan daripada kedua-dua pihak berkenaan.

i) Pihak JHEAINS telah mendapat pertambahan penyelia KAFA dari pihak JAKIM dari 9 orang kepada 20 orang bersandarkan kepada skim Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 secara kontrak. Seramai 3 orang ditempatkan di Ibu Pejabat dan masing-masing di daerah berdasarkan bilangan guru. Namun 3 orang telah menolak tawaran tersebut dan berikut adalah penempatan penyelia KAFA mengikut daerah: • Ibu pejabat - 3 orang

(diisi 2 orang) • Seremban - 6 orang

(diisi 4 orang) • K.Pilah - 2 orang • Tampin - 2 orang • Jempol - 2 orang • Rembau - 2 orang • Jelebu - 1 orang • P.Dickson - 2 orang

Tindakan yang dilakukan adalah baik.

JD134790 Teks 1.indd 141JD134790 Teks 1.indd 141 10/13/10 5:39:37 PM10/13/10 5:39:37 PM

Page 159: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

142

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

ii) Pihak JHEAINS telah pun mengeluarkan iklan kekosongan jawatan penyelia KAFA sebanyak 3 kekosongan yang berakhir pada 14 Mei 2010.

5.5.2.3

Penyelia Tidak Menjalankan Tanggungjawab Dengan Sepenuhnya i) Mengikut Garis Panduan,

penyelia hendaklah mengemukakan laporan bulanan kepada JHEAINS.

ii) Penyelia tidak mengemukakan laporan bulanan kepada JHEAINS dan hanya mengemukakan Laporan Lawatan penyelia ke sekolah. Kesannya, JHEAINS tidak dapat mengawal selia perjalanan program KAFA dengan baik.

iii) Maklum balas dari JHEAINS bertarikh 5 Mei 2009, pihak JHEAINS akan memastikan semua penyelia KAFA menghantar laporan bulanan kepada JHEAINS.

Pihak JHEAINS telah mengarahkan Penyelia KAFA untuk menghantar Laporan Bulanan. Bagi tahun 2010, pihak JHEAINS telah menerima laporan tersebut terutamanya data maklumat guru (SIMPENI) dan aktiviti yang dijalankan di daerah masing- masing.

Tindakan yang dilakukan adalah baik.

5.5.3.1

Guru KAFA Tidak Menjalankan Tanggungjawab Sepenuhnya i) Mengikut perjanjian

pelantikan, guru KAFA perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh JAKIM tertakluk kepada

perubahan dari semasa ke semasa.

ii) Guru tidak menyediakan Laporan Bulanan kepada JHEAINS seperti yang dikehendaki oleh Garis Panduan Pelaksanaan KAFA.

iii) Maklum balas dari JHEAINS bertarikh 5 Mei 2009, pihak

iv) JHEAINS akan mengarahkan semua guru KAFA menyediakan dan menghantar Laporan Bulanan sebelum atau selewat-lewatnya pada 7 haribulan setiap bulan kepada penyelia KAFA Daerah dan JHEAINS.

i) Pihak JHEAINS telah

dimaklumkan oleh pihak JAKIM berkaitan dengan Laporan Bulanan yang perlu disediakan oleh pihak guru ekoran dari rungutan daripada beberapa JAIN Negeri yang tidak dapat melaksanakan Laporan Bulanan berkaitan.

ii) Pihak JAKIM sedang membuat penyemakan semula Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain dan pihak JHEAINS sedang menunggu maklum balas berkaitan dengan garis panduan tersebut.

Tindakan yang dilakukan adalah baik.

JD134790 Teks 1.indd 142JD134790 Teks 1.indd 142 10/13/10 5:39:38 PM10/13/10 5:39:38 PM

Page 160: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

143

11.5 MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN DAN MAJLIS DAERAH JEMPOL - Pengurusan Tempat Letak Kereta

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

6.5.1

Tiada Kutipan Di Lokasi yang Telah Diwartakan a) Majlis Perbandaran

Seremban Majlis telah mewartakan 66

lokasi tempat letak kereta mulai tahun 1994, daripada jumlah itu 7 lokasi tidak dibuat kutipan.

b) Majlis Daerah Jempol

Majlis tidak menawarkan 21 lokasi daripada 45 yang telah diwartakan kepada Syarikat Norms Parking Sdn.Bhd. untuk menjalankan operasi kutipan dari bulan Oktober 1996 sehingga Oktober 2006.

Majlis telah mewartakan 85 lokasi setakat 27 Ogos 2009, daripada jumlah itu 42 lokasi telah dibuat kutipan iaitu 5 lokasi dikutip oleh Majlis dengan menggunakan tiket dan 37 diswastakan secara bermeter, manakala selebihnya tidak dikutip kerana sebahagiannya telah dijadikan jalan sehala dan kawasan taman perumahan serta tidak praktikal untuk dibuat kutipan. Majlis telah membuat kutipan di 26 daripada 45 lokasi yang telah diwartakan dengan menggunakan kaedah kupon bermula Januari 2009.

Tindakan yang dilakukan adalah baik.

6.5.2

Tiket Letak Kereta Tidak Dijelaskan a) Majlis Perbandaran

Seremban Majlis telah mengeluarkan sebanyak 2,204,839 keping tiket letak kereta bernilai 60sen, daripada jumlah itu sebanyak 1,413,707 telah dijelaskan dalam tempoh 7 hari, manakala 791,132 belum dijelaskan dan telah dikeluarkan notis surcaj RM2.

Majlis boleh mengambil tindakan Mahkamah terhadap mereka yang tidak menjelaskan notis surcaj RM2, bagaimanapun kos untuk mengambil tindakan Mahkamah lebih tinggi daripada nilai surcaj dan hasil yang diperoleh akan dijadikan sebagai hasil Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, Majlis akan melaksanakan kutipan letak kereta bermeter secara pengswastaan bagi keseluruhan lokasi dalam kawasan Majlis yang dikutip secara manual oleh Majlis sebelum ini. Tender telah dibuat pada April 2010 dan dijangka akan mula dilaksanakan pada Julai 2010.

Tindakan yang dilakukan adalah baik untuk mengurangkan jumlah tiket letak kereta yang tidak dijelaskan.

JD134790 Teks 1.indd 143JD134790 Teks 1.indd 143 10/13/10 5:39:38 PM10/13/10 5:39:38 PM

Page 161: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

144

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

6.5.3

Kompaun Tidak Dikutip a) Majlis Perbandaran

Seremban Majlis tidak dapat

mengutip sejumlah RM1.65 juta kompaun bagi kesalahan tidak menjelaskan bayaran letak kereta sepanjang tahun 2006 hingga 2008.

b) Majlis Daerah Jempol

Sepanjang tahun 2006 hingga 2008 sebanyak RM52,630 kompaun tidak dapat dikutip bagi kesalahan meletak kereta di luar petak dan salah petak.

Majlis telah mengeluarkan notis peringatan dan mengambil tindakan Mahkamah terhadap mereka yang tidak menjelaskan kompaun. Pada tahun 2008 hingga Mei 2010 sejumlah 56,695 notis peringatan telah dikeluarkan dan 849 telah diambil tindakan Mahkamah. Selain itu, MPS juga menyediakan handheld kepada Atenden Letak Kereta bagi membantu mengurangkan kompaun yang tidak dapat dikutip. Bagi mengurangkan jumlah kompaun yang tidak dapat dikutip, Majlis telah mengambil tindakan dengan mengunci tayar dan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan susulan.

Tindakan susulan yang diambil adalah baik. Pihak Majlis perlu meningkatkan usaha dan bertindak lebih tegas untuk mengutip kompaun yang dikeluarkan. Tindakan susulan yang diambil adalah baik.

6.5.4

Kes Mahkamah Belum Selesai a) Majlis Perbandaran

Seremban Majlis telah memfailkan

sebanyak 505 kes di Mahkamah bagi tempoh Jun hingga Disember 2008.

b) Majlis Daerah Jempol Majlis tidak mengeluarkan

kompaun untuk kesalahan tidak membayar kadar letak kereta dan tiada tindakan diambil terhadap pemilik kenderaan yang enggan membayar kompaun bagi lain-lain kesalahan letak kereta.

Bagi memastikan kes Mahkamah dapat diselesaikan dengan segera, Majlis telah menambah bilangan pegawai pendakwa daripada seorang kepada tiga orang dan bilangan hari sebutan juga telah dipanjangkan dari sehari ke dua hari dalam seminggu atas persetujuan Mahkamah mengikut keutamaan kes. Majlis telah mengambil tindakan terhadap pesalah letak kereta dan terdapat 10 kes telah dibuat kertas siasatan.

Tindakan yang dilakukan adalah baik. Tindakan yang dilaksanakan adalah baik.

JD134790 Teks 1.indd 144JD134790 Teks 1.indd 144 10/13/10 5:39:38 PM10/13/10 5:39:38 PM

Page 162: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

145

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

6.5.5

Pelanggaran Syarat Perjanjian a) Majlis Perbandaran

Seremban Syarikat Asas Budiman

Sdn.Bhd. telah gagal membayar wang deposit, mengemukakan jaminan bank dan menjelaskan sewa bulanan sehingga tunggakan sewa meningkat kepada RM246,000 pada akhir tahun 2008.

b) Majlis Daerah Jempol

Syarikat MK Parking Sdn.Bhd gagal memasang CCTV di beberapa lokasi yang dikenalipasti sesuai, tidak mengemukakan surat jaminan dan tidak menjelaskan sewa bulanan sejumlah RM201,680 setakat 14 Oktober 2008.

Majlis telah mengemukakan notis tuntutan kepada pihak Syarikat pada 23 Februari 2010 manakala tempoh notis penamatan kontrak telah dikeluarkan dan berakhir pada 4 Mei 2010. Namun begitu, Syarikat telah mengemukakan rayuan penangguhan bayaran tunggakan sewa dan ianya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Bil 5/2010 pada 25 Mei 2010 untuk pertimbangan. Tindakan saman terhadap Syarikat telah di buat dan telah didaftarkan di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah, tarikh sebutan kes telah ditunda ke 11 Jun 2010.

Tindakan yang dilaksanakan adalah baik. Tindakan yang dilaksanakan adalah baik.

6.5.7

Mesin Tiket Tidak Berfungsi Dan Dipasang Secukupnya a) Majlis Daerah Jempol

Syarikat MK Parking Sdn.Bhd. hanya memasang 7 unit mesin tiket daripada 81 unit yang sepatutnya dipasang.

Kutipan tempat letak kereta telah dilaksanakan sendiri oleh pihak Majlis dengan menggunakan kaedah kupon bermula Januari 2009.

Tindakan yang dilaksanakan adalah baik.

6.5.8

Stok Buku Kompaun Belum Dilupuskan a) Majlis Perbandaran

Seremban Majlis tidak menggunakan Buku Kompaun untuk mengeluarkan kompaun setelah Hand Held diperkenalkan, namun begitu di dalam simpanan Majlis masih terdapat 691 buku bernilai RM345,500 tidak dilupuskan.

Senarai stok buku kompaun tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Arkid Negara untuk kelulusan pelupusan dan tindakan pelupusan akan dibuat setelah maklum balas diterima.

Tindakan yang dilaksanakan adalah baik.

JD134790 Teks 1.indd 145JD134790 Teks 1.indd 145 10/13/10 5:39:39 PM10/13/10 5:39:39 PM

Page 163: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

146

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

6.5.9

Halangan Di Petak Letak Kereta a) Majlis Perbandaran

Seremban Lawatan Audit di beberapa lokasi dalam kawasan Majlis mendapati peniaga menghalang petak letak kereta menyebabkan kesukaran orang awam meletakkan kenderaan dengan selamat serta boleh menjejaskan pendapatan Majlis.

Majlis telah menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan, sepanjang tahun 2008 sehingga 2010 sebanyak 3,302 kompaun telah dikeluarkan.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga yang masih ingkar dan masih melakukan halangan pada petak letak kereta.

6.5.10

Petak Letak Kereta Di Tempat Yang Tidak Dibenarkan a) Majlis Perbandaraan

Seremban Majlis telah membuat petak letak kereta di hadapan pili bomba.

Majlis telah mengambil tindakan membatalkan petak letak kereta berkenaan.

Tindakan yang dilaksanakan adalah baik.

11.6 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Projek e-Komuniti

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

7.5.1.1

Peringkat Unit Pengurusan Teknologi Maklumat Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti, memastikan projek ICT selaras dengan Pelan Strategik ICT (ISP) Kerajaan Negeri Sembilan dan memastikan budaya ICT diterapkan ke dalam tadbir urus Kerajaan Negeri Sembilan termasuk bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dan memantau Program e-Komuniti.

Kerajaan Negeri Sembilan tidak lagi meneruskan projek yang sama di bawah peruntukan Negeri kerana kekurangan pegawai dan kakitangan untuk memantau dan menyelia projek tersebut

Post Mortem perlu dijalankan untuk mengkaji kegagalan projek e-Komuniti agar dapat dijadikan kayu pengukur kepada projek ICT di masa hadapan.

JD134790 Teks 1.indd 146JD134790 Teks 1.indd 146 10/13/10 5:39:39 PM10/13/10 5:39:39 PM

Page 164: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

147

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

7.5.3

Kajian Kemungkinan Tidak Dilaksanakan UPTM tidak membuat kajian kemungkinan sebelum projek e-Komuniti dilaksanakan. Pembangunan projek e-Komuniti adalah atas permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan cadangan Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Sembilan (NSICTC).

Kerajaan Negeri dalam merapatkan jurang digital khususnya di kalangan masyarakat luar bandar adalah mendapatkan kerjasama daripada Agensi Kerajaan Persekutuan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kerajaan Negeri Sembilan disyorkan untuk merangka rancangan jangka panjang dengan lebih menekankan aspek ekonomi, kecekapan dan keberkesanan.

7.5.8

Jawatankuasa Pengelola Tidak Berfungsi Dengan Baik

Dokumen penyerahan tidak diserahkan oleh UPTM kepada Jawatankuasa Pengelola dan ini telah menyebabkan Jawatankuasa Pengelola tidak mengetahui tanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Hasil temubual dengan bekas tenaga pengajar Pusat e-Serting pada 9 Oktober 2008 mendapati tiada senarai tugas secara bertulis mengenai pengagihan tugas setiap jawatan bagi Jawatankuasa Pengelola dilaksanakan. Akibat kurang pemantauan maka tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan sukar untuk diselesaikan. Selain itu, ahli jawatankuasa yang sentiasa bertukar dan kurang komitmen seperti tidak hadir mesyuarat, kerja sukarela dan sumber kewangan yang terhad telah menyumbang kepada kegagalan pelbagai program Pusat e-Komuniti untuk dilaksanakan.

Projek e-Komuniti di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di mana pemantauan dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM) bertindak sebagai Urusetia Pemantauan. Projek dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Center-CBC) yang telah mula beroperasi pada tahun 2009 dan lokasi projek adalah seperti berikut:

. Bangunan MARA, Taman Sri Puteri, Mukim Jelai, Daerah Jempol. (15 Oktober 2009)

. Masjid Kampung Lonek, Mukim Kuala Jempol, Daerah Jempol. (14 Ogos 2009)

. Felda Palong 11, Mukim Rompin, Daerah Jempol. (13 April 2009)

Felda Raja Alias 1, Mukim Serting llir, Daerah Jempol. (1 Januari 2009)

. Kg. Kuala Jempol, Mukim Kuala Jempol, Daerah Jempol. (1 Januari 2008) Agensi lain yang melaksanakan e-Komuniti di Negeri Sembilan adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang tidak melalui Kerajaan Negeri maka projek berkenaan tidak dipantau oleh Kerajaan Negeri.

UPTM perlu memantau pelaksanaan sebarang projek ICT di Negeri Sembilan untuk memastikan matlamat projek e-Komuniti tercapai. UPTM juga perlu lebih proaktif dalam menjalankan kerjasama dengan Agensi Kerajaan Persekutuan dalam mencapai sasaran projek ICT di Negeri Sembilan.

JD134790 Teks 1.indd 147JD134790 Teks 1.indd 147 10/13/10 5:39:40 PM10/13/10 5:39:40 PM

Page 165: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

148

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

7.5.9.2

Bayaran Dibuat Sebelum Penyerahan Sistem UPTM Negeri Sembilan telah membuat pembayaran awal sebelum penyerahan sistem dilaksanakan oleh pembekal pada 6 Januari 2006 di bawah Akaun Kena Bayar 2005 dengan No. Baucar : V1063016 dan No. Cek : 209445 berjumlah RM100,000.00. Dokumen sokongan bagi spesifikasi secara terperinci bagi jadual harga dalam sebutharga juga tidak dapat dikemukakan oleh UPTM dan Bahagian Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Surat Pertuduhan Bagi Tindakan Tatatertib Tidak Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat telah dikeluarkan kepada pegawai yang terlibat pada 5 Mac 2010. Pegawai berkenaan telah menjawab surat pertuduhan tersebut pada 9 April 2010. Status terkini adalah menunggu keputusan daripada Lembaga Tatatertib.

Tindakan yang dilakukan adalah memuaskan

11.7 MAINS HOLDINGS SDN. BHD. - Pengurusan Anak Syarikat Kerajaan

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

9.5.1

Kedudukan Terkini Prestasi Kewangan Kedudukan terkini prestasi kewangan bagi tahun 2009 dan sehingga Mac 2010.

Bagi tahun kewangan berakhir 2009, MHSB telah memperolehi keuntungan sebelum cukai berjumlah RM22,529 manakala setakat Mac 2010 keuntungan semasa adalah berjumlah RM122,228.

Laporan kewangan menunjukkan prestasi yang baik bagi tahun 2009 dan setakat Mac 2010.

9.5.3

Pematuhan Terhadap Pengurusan Dan Kewangan Ketiadaan surat penurunan kuasa bagi mengutip hasil, meluluskan baucar bayaran, aset tidak dilabelkan dengan nombor pendaftaran serta tanda ‘HAK MILIK MHSB’, dan Jawatankuasa Audit (JKA) tidak ditubuhkan.

Tindakan mengeluarkan surat kuasa kepada pegawai yang bertanggungjawab telah diambil. Bagi penubuhan JKA pula, MHSB telah mengemukakan satu kertas kerja cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut kepada Ahli Lembaga Pengarah MHSB.

Tindakan penambahbaikan telah dilakukan oleh MHSB bagi menambahbaik tadbir urus syarikat.

JD134790 Teks 1.indd 148JD134790 Teks 1.indd 148 10/13/10 5:39:40 PM10/13/10 5:39:40 PM

Page 166: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

149

11.8 NEGERI ROADSTONE SDN. BHD. - Pengurusan Anak Syarikat Kerajaan

No. Perenggan Isu-isu Laporan Audit Kedudukan Setakat

31 Mei 2010 Ulasan Audit

10.5.5.2

Syarikat Tidak Mempunyai Standard Operating Procedure Dalam Pengendalian Pengurusan Kewangan NRSB tidak menyediakan peraturan tersebut sebaliknya hanya mengikut senarai tugas yang diserahkan kepada kakitangan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan serta arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

NRSB telah mendokumenkan Standard Operating Procedure.

Sangat baik.

12. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI AKTIVITI

JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan menghendaki Laporan Ketua Audit

Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri hendaklah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2008 telah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri pada 20 November 2009.

13. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI Jawatankuasa telah bermesyuarat sebanyak enam kali pada tahun 2009 hingga 31 Mei 2010 untuk membincangkan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 dan 2007. Daripada jumlah perbincangan tersebut sebanyak empat kali Jawatankuasa membincangkan Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan dan Agensi bagi tahun 2006 dan 2007. Jawatankuasa telah memanggil Ketua Jabatan yang berkenaan supaya memberi penjelasan terhadap perkara yang dilaporkan. Pada 16 April 2010, Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri mengenai Laporan Ketua Audit Negara, Negeri Sembilan bagi tahun 2005 dan 2006. Setakat 31 Mei 2010, Jawatankuasa sedang membincangkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri bagi tahun 2007. Selaras dengan peranan Jawatankuasa untuk memastikan wujudnya akauntabiliti awam, Jawatankuasa hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan mesyuarat dengan lebih kerap bagi membincangkan Laporan Ketua Audit Negara terkini dan memastikan syor-syor Jawatankuasa diambil tindakan oleh Ketua

JD134790 Teks 1.indd 149JD134790 Teks 1.indd 149 10/13/10 5:39:41 PM10/13/10 5:39:41 PM

Page 167: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

150

Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri. Butiran ringkas perkara yang dibincangkan oleh Jawatankuasa semasa mesyuarat adalah seperti di Jadual 13.1.

Jadual 13.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Sembilan

Sepanjang Tahun 2009 Sehingga 31 Mei 2010

Tarikh Jabatan/Agensi Perkara

27.2.2009 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006

Pengurusan Sekolah Agama Kerajaan Negeri

11.2.2010 Majlis Perbandaran Nilai

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006

Penswastaan Perkhidmatan Pembersihan Dan Pelupusan Sisa Pepejal

8.3.2010 Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006

Pengurusan Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan

10.5.2010 Jabatan Pertanian Negeri Sembilan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007

Pembangunan Ushawan Memperoses Makanan Dan Industri Asas Tani

Sumber: Rekod Jabatan Audit Negara

JD134790 Teks 1.indd 150JD134790 Teks 1.indd 150 10/13/10 5:39:41 PM10/13/10 5:39:41 PM

Page 168: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

PENUTUP

JD134790 Teks 1.indd 151JD134790 Teks 1.indd 151 10/13/10 5:39:41 PM10/13/10 5:39:41 PM

Page 169: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

1522

JD134790 Teks 1.indd 152JD134790 Teks 1.indd 152 10/13/10 5:39:43 PM10/13/10 5:39:43 PM

Page 170: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

153

Secara keseluruhannya, tidak banyak kemajuan yang dapat dilaporkan berhubung dengan pelaksanaan program/aktiviti oleh Jabatan/Agensi. Seperti mana yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi beberapa tahun yang lalu, sungguhpun program/aktiviti telah dirancang dengan baik, namun dari aspek pelaksanaan dan pemantauannya, masih ada beberapa kelemahan yang jika tidak diperbetulkan boleh menjejaskan pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Antara faktor utama yang menyebabkan wujudnya kelemahan adalah antaranya kurang latihan diberi kepada pegawai terlibat dan tidak ada penyeliaan yang berkesan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dan vendor. Jika kelemahan tersebut tidak diberi perhatian yang serius dan tidak diperbetulkan, ia boleh menjejaskan pencapaian objektif aktiviti/program berkenaan serta menjejaskan imej Kerajaan Negeri dan perkhidmatan awam. Beberapa Jabatan/Agensi yang terlibat telah mengambil tindakan pembetulan selepas mendapat teguran daripada pihak Audit, namun bagi mengelakkan kelemahan yang sama daripada berulang, langkah pembetulan perlu dibuat secara berterusan. Pegawai Pengawal yang terlibat juga perlu mengatur supaya pemeriksaan secara menyeluruh dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang sama juga berlaku di program/aktiviti lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya. JABATAN AUDIT NEGARA Putrajaya 21 Jun 2010

PENUTUP

JD134790 Teks 1.indd 153JD134790 Teks 1.indd 153 10/13/10 5:39:43 PM10/13/10 5:39:43 PM

Page 171: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

154

JD134790 Teks 1.indd 154JD134790 Teks 1.indd 154 10/13/10 5:39:44 PM10/13/10 5:39:44 PM

Page 172: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

155

JD134790 Teks 1.indd 155JD134790 Teks 1.indd 155 10/13/10 5:39:44 PM10/13/10 5:39:44 PM

Page 173: JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

156

JD134790 Teks 1.indd 156JD134790 Teks 1.indd 156 10/13/10 5:39:44 PM10/13/10 5:39:44 PM