ucapan hari guru 2015

2
BismillahirrahmanirrahimAssalamu`alaikum warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih kepada pengerusi majlis . Yang Berusaha, Tuan Pengetua SMK Tambun,Encik Rosli b. Shuaid, barisan Penolong Kanan, Guru-guru Kanan, kaunselor-kaunselor ,guru- guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan yang telah berusaha keras, mengerah kudrat dan memerah keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi. Guru-guru dan Rakan-rakan sekalian , perlu kita ingat bahawa guru merupakan titik awal pengaliran ilmu di dalam diri seorang pelajar. Peranan guru bukan sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak kita semua .Seorang guru bolehlah dianggap sebagai seorang jurutera sosial dalam bidang pendidikan kerana guru adalah peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berakhlak mulia ; bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu, Guru Membina Ilmu Menyempurnakan AkhlakRakan-rakan sekalian, Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan malam. Guru diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa yang kita pelajari menjadi berkat dan dirahmati oleh Allah SWT. Rakan-rakan sekalian,Marilah kita tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga serta buah fikiran mereka demi kecemerlangan kita semua. Saya mewakili semua pelajar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang mengajar kami dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi . Terima kasih cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan sentiasa terpahat dalam

Upload: norina-abu-hassan

Post on 12-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SMK Tambun

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Hari Guru 2015

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu`alaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih kepada pengerusi majlis . Yang Berusaha, Tuan Pengetua SMK Tambun,Encik Rosli b. Shuaid, barisan Penolong Kanan, Guru-guru Kanan, kaunselor-kaunselor ,guru- guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan yang telah berusaha keras, mengerah kudrat dan memerah keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.

Guru-guru dan Rakan-rakan sekalian , perlu kita ingat bahawa guru merupakan titik awal pengaliran ilmu di dalam diri seorang pelajar. Peranan guru bukan sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak kita semua .Seorang guru bolehlah dianggap sebagai seorang jurutera sosial dalam bidang pendidikan kerana guru adalah peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berakhlak mulia ; bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu, “Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”

Rakan-rakan sekalian, Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan malam. Guru diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa yang kita pelajari menjadi berkat dan dirahmati oleh Allah SWT.

Rakan-rakan sekalian,Marilah kita tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga serta buah fikiran mereka demi kecemerlangan kita semua.

Page 2: Ucapan Hari Guru 2015

Saya mewakili semua pelajar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang mengajar kami dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi . Terima kasih cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan sentiasa terpahat dalam hati selagi hayat dikandung badan. Maafkan kami atas kekasaran, segala salah laku dan segala kekhilafan kami , seandainya antara kami telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada guru-guru sama ada kami sedari atau tidak. Sesungguhnya kami ini insan yang masih memerlukan bimbingan daripada guru-guru semua.

Akhir kata, sekali lagi saya dan rakan-rakan mengucapkan Selamat Hari Guru. Kami doakan semoga cikgu-cikgu panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera dan dapat terus berbakti dengan tulus dan ikhlas demi melahirkan insan yang berilmu.

Cikgu,

Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu, cikgu.

Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu, cikgu.

Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu, cikgu.

Terima kasih cikgu!

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.