tz30103

24
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 1.0 PENGENALAN Pendidikan telah diakui oleh semua peringkat umur sebagai satu unsure terpenting dalam pembangunan tamadun manusia. Perkembangan dalam pelbagai bidang kehidupan yang berlaku di merata tempat dalam dunia dari dahulu hingga sekarang sebenarnya dicetuskan oleh pendidikan. Dalam erti kata lain, pendidikan digunakan sebagai alat untuk menimbulkan kesedaran politi, sosial dan ekonomi. Apabila dilihat pula faedah-faedah yang dinikmati oleh seseorang hasil daripada perkembangan ini, maka pendidikan terus menjadi sesuatu yang amat diperluakan (Gunasegaran a/l Karuppannan, 2003) Di Malaysia, pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dikendalikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dasar Pendidikan Khas di Malaysia telah mengklasifikasikan murid-murid atau kanak-kanak ini sebagai mereka yang mengalami kecacatan yakni masalah penglihatan, masalah pendengaran dan mereka yang mempunyai masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak ini mungkin disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang tidak sempurna seperti perkembangan pranatal oleh pengambilan dadah, alkohol kekurangan zat dan pelbagai jenis penyakit. Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini memerlukan perhatian yang khusus, kasih sayang, kesabaran, komitmen masyarakat sekeliling terutamanya ibu bapa dan guru dalam membimbing mereka menjalani hari-hari akan datang. 2.0 MASALAH PENDENGARAN 2.1 DEFINISI PENDENGARAN Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di dalam suatu populasi manusia. Melalui World Health Organisation (1999), pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran (Che Ismail bin Che Lah, 2008). Menurut Salena Yahya (1989), Pendidikan Khas masalah pendengaran di Malaysia

Upload: frances-jayne

Post on 13-Jul-2015

340 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

1.0 PENGENALAN

Pendidikan telah diakui oleh semua peringkat umur sebagai satu unsure terpenting

dalam pembangunan tamadun manusia. Perkembangan dalam pelbagai bidang

kehidupan yang berlaku di merata tempat dalam dunia dari dahulu hingga sekarang

sebenarnya dicetuskan oleh pendidikan. Dalam erti kata lain, pendidikan digunakan

sebagai alat untuk menimbulkan kesedaran politi, sosial dan ekonomi. Apabila dilihat

pula faedah-faedah yang dinikmati oleh seseorang hasil daripada perkembangan ini,

maka pendidikan terus menjadi sesuatu yang amat diperluakan (Gunasegaran a/l

Karuppannan, 2003)

Di Malaysia, pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dikendalikan di

bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat. Dasar Pendidikan Khas di Malaysia telah

mengklasifikasikan murid-murid atau kanak-kanak ini sebagai mereka yang

mengalami kecacatan yakni masalah penglihatan, masalah pendengaran dan

mereka yang mempunyai masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak ini mungkin

disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang tidak sempurna seperti

perkembangan pranatal oleh pengambilan dadah, alkohol kekurangan zat dan

pelbagai jenis penyakit. Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini memerlukan

perhatian yang khusus, kasih sayang, kesabaran, komitmen masyarakat sekeliling

terutamanya ibu bapa dan guru dalam membimbing mereka menjalani hari-hari akan

datang.

2.0 MASALAH PENDENGARAN

2.1 DEFINISI PENDENGARAN

Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap

berlaku di dalam suatu populasi manusia. Melalui World Health Organisation (1999),

pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk

dunia mengalami masalah pendengaran (Che Ismail bin Che Lah, 2008).

Menurut Salena Yahya (1989), Pendidikan Khas masalah pendengaran di Malaysia

Page 2: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

bermula di Pulau Pinang pada tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk

pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran ialah Sekolah Persekutuan

Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang. Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh

pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang diperoleh melalui derma

orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan takluk British.

Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah bahasa

Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral

method). Kaedah ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun

1963 kaedah komunikasi seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-

murid bermasalah pendengaran di Malaysia (Safani Bari et al).

Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting bagi setiap

manusia bagi menerima maklumat dan ilmu. Walaupun manusia masih boleh

menerima maklumat serta belajar melalui deria-deria yang lain daripada deria

pendengaran seperti deria lihat bau, sentuhan, dan rasa, namun deria pendengaran

adalah merupakan salah satu deria yang amat penting bagi memudahkan dan

menyempurnakan sesuatu proses menerima maklumat ataupun pelajaran. Masalah

pendengaran merujuk kepada individu yang mengalami masalah pendengaran yang

diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang

mengalami masalah biasanya akan mengalami kesukaran atau tidak dapat

mendengar bunyi perbualan ataupun bunyi persekitaran. Disebabkan masalah

pendengaran yang dialami dan kelemahan penguasaan asas kemahiran bahasa,

kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sering tercicir dalam pelajaran walaupun

sebenarnya mereka tidak mengalami kecacatan dari segi intelek (Dr. Aznan Che

Ahmad, Bil.2/2010). Selain itu juga deria pendengaran merupakan salah satu agen

penyampai maklumat dalam berkomunikasi, tanpa deria pendengaran ini, matlamat

menyampaikan fakta atau maklumat menjadi tidak bermakna.

Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih

tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan, contoh

ia mempunyai pendengaran yang separa, adalah luar biasa kerana memang ia tidak

dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling. Asmah Haji Omar (1984),

mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria

Page 3: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar

perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan

budaya melalui bahasa. Manakala menurut Bee H. (1995), kanak-kanak

bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar

atau kekurangan pendengaran yang jelas. Masalah pendengaran berpunca daripada

faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.

Menurut Paul dan Quigley (1990); dan Wiliam L.Heward (1996), kanak-kanak

dalam kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran

untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan

alat bantu dengar. Pengesanan awal bagi golongan yang bermasalah pendengaran

ini adalah sangat penting supaya intervensi awal dapat dilaksanakan untuk

membantu mereka mengatasi masalah yang dialami. Intervensi awal adalh penting

bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk dihadapi dan berlanjutan menjadi lebih

teruk. Oleh ini intervensi awal dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.

Dalam perlaksanaan intervensi awal ini, penglibatan dari pelbagai pihak dalam

merancang dan menyediakan intervensi awal adalah amat penting. Oleh itu

penubuhan kumpulan pelbagai disiplin dapat membantu berkongsi, bertukar

maklumat dan merancang menyadiakan intervensi awal yang memenuhi keperluan

disamping meningkatkan pencapaian kanak-kanak bermasalah pendengaran.

2.2 JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES

Menurut Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (1997) mendapati tahap

kecacatan atau tahap kehilangan pendengaran bagi kanak-kanak yang mengalami

masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada 2 tahap iaitu kurang pendengaran

terdiri daripada sedikit (mild), sederhana (moderate), sederhana teruk (moderate-

serve), dan tahap pekak iaitu teruk (serve) d an sangat teruk (profound). Berikut

merupakan antara ciri yang mewakili setiap jenis kecacatan yang dialami oleh setiap

tahap kehilangan pendengaran :

Page 4: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

1. Kurang pendengaran

a. Ringan (mild) - Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB. Mereka yang

mengalami tahap ini mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi perlahan dan jauh

namun masih mampu memahami perbualan.

b. Sederhana (moderate) – Bagi tahap ini pula, mereka mengalami kehilangan

pendengaran antara 41 – 70 dB. Masih mampu mendengar bunyi antara 1 hingga

1.5 meter sahaja disamping menghadapi masalah dalam melibatkan diri di dalam

perbincangan di dalam kelas

c. Sederhana teruk (moderate – severe) – Tahap kehilangan pendengaran bagi

mereka yang mengalami masalah pendengaran adalah antara 56 – 70 dB. Orang

yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat

2. Pekak

a. Teruk (severe) – Pada tahap ini kehilangan pendengaran adalah antara 71

sehingga 90 dB dan hanya mampu mendengar bunyi apada jarak 0 – 30.5 meter

sahaja. Mereka juga menghadapi masalah pertuturan

b. Sangat teruk (profound) – Tahap kehilangan pendengaran pada kategori ini ialah

lebih daripada 90 dB. Mereka juga amat sukar mendengar walaupun bunyi yang

kuat. (Kajian Safani B , Manisah M. A, Noraini M.S, Aliza A, UKM)

Masalah utama yang diperhatikan dalam kes masalah pendengaran ialah

dari segi bahasa dan komunikasi. Kehilangan pendengaran ini menghalang kanak-

kanak bermasalah pendengaran berkomunikasi secara mendengar dan bertutur.

Aspek ini merupakan aspek utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan di alam

pembelajaran dan pengajaran. Kegagalan berkomunikasi dan bertutur menghalang

mereka memahami apa yang disampaikan oleh para pendidik dan seterusnya

menyekat perkembangan mereka dalam pendidikan. Kanak-kanak bermasalah

pendengaran ini memerlukan bantuan pakar pertuturan bagi membantu mereka

berkembang seperti kanak-kanak normal yang lain.

Page 5: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

Dari aspek perkembangan sosial dan emosi, kanak-kanak bermasalah

pendengaran ini memerlukan pengalaman dalam menyampaikan emosi dan

berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan melalui perkembangan mereka ia

dapat membantu mereka meluahkan perasaan, kehendak, keperluan mereka

disamping memahami kehendak dan perasaan orang lain. Kegagalan berkomunikasi

disebabkan oleh faktor kehilangan pendengaran akhirnya memberi kesan ke atas

konsep kendiri dan kebolehan bermain serta berkongsi dengan rakan sebaya.

Kelambatan perkembangan dari aspek bahasa dan komunikasi juga turut

melambatkan perkembangan kognitif kanak-kanak bermasalah pendengaran ini.

Perkembangan kognitif ini merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus

dunia mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati

maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya.

Kehilangan pendengaran ini dipengaruhi beberapa faktor-faktor sama ada

sebelum lahir, semasa kelahiran dan selepas kelahiran, dan faktor-faktor ini

dipengaruhi beberapa aspek seperti genetik dan persekitaran. Sebelum kelahiran ini,

masalah pendengaran dipengaruhi oleh baka yang disebabkan oleh genetik.

Menurut Barbara et al. (2001), sebanyak 70 peratus kes kepekakan kongenital yang

dikaitkan dengan faktor genetik diklasifikasikan sebagai tidak bersindromik,

sementara dalam 30 peratus lagi dikelaskan sebagai kepekakan bersindromik yang

boleh didiagnosa secara klinikal dalam satu atau lebih 400 bentuk sindrom berkaitan

(Che Ismail C. Lah, 2008). Manakala bukan baka pula disebabkan faktor jangkitan

sebelum lahir. Pengambilan dadah atau bahan kimia seperti kuanin boleh

mempengaruhi janin yang dikandungkan sehingga mempengaruhi keselamatan

janin yang dikandungkan disamping masalah toksemia.

Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga

menyebabkan kecederaan semasa dilahirkan terutamanya pada bahagian telinga.

Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badang kurang

daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan dan

kecacatan. Usia kandungan adalah penting bagi kelahiran seseorang kanak-kanak

kerana ia akan menentukan kematangan organ dalaman mereka yang sedang

Page 6: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21 sehingga 34 minggu, peluang bayi

untuk hidup adalah tinggi. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak sehingga

mengambil masa kelahiran yang terlalu lama atau susah juga menyebabkan tekanan

pada telinga .

Bayi yang dilahirkan tanpa masalah pendengaran juga berisiko mengalami

masalah pendengaran disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan.

Penyakit ini biasanya terjadi disebabkan oleh bakteria dan virus. Kehilangan

pendengaran ini juga disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa

yang lama selain faktor kemalangan sehingga mencederakan bahagian telinga.

2.3 MASALAH SAMPINGAN

Antara lain juga kanak-kanak bermasalah pendengaran ini mengalami masalah

pengamatan iaitu kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui

pancaindera setelah berlakunya proses mental. Antara masalah pengamatan

pendengaran adalah berpunca daripada kecacatan organisma telinga seperti

diskriminasi, iaitu ketidakupayaan mengenal dan membezakan bunyi sebutan,

rentak irama dan intonasi yang berlainan. Ketidakupayaan mengenal arah bunyi

(jauh atau dekat), ketidakupayaan mengingat bunyi-bunyi yang didengar, dan

ketidakupayaan mengulang corak bunyi dan turutannya. Disamping masalah-

masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga

menghadapi masalah-masalah sampingan seperti :

i. kurang memberi perhatian di dalam bilik darjah,

ii. pencapaian yang lemah dalam perlajaran,

iii. kurang bercakap dan menggunakan lebih banyak menggunakan jari,

iv. kelihatan nakal dan tidak mempedulikan orang lain

v. tidak bertindak balas terhadap bunyi

vi. silap memahami arahan

vii. menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi

viii. telinga sering berair atau bernanah

ix. lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain

terlebih

Page 7: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

dahulu sebelum melakukan sebarang tugas

x. akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak

tangan aripada mendengar.

xi. kurang melibatkan aktiviti dalam pertuturan

xii. selalu berkhayal

3. CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran sebenarnya jika dilihat

secara fizikal tidak jauh bezanya dibandingkan dengan kanak-kanak yang

normal. Ini kerana gangguan kelainan itu datangnya hanya dari bahagian telinga

yang berfungsi sebagai deria untuk mendengar.

Hasil kajian pakar pediatrik juga menunjukkan tidak semua kanak-kanak yang

mengalami masalah pendengaran tergolong dalam kumpulan pekak sepenuhnya

tetapi masih lagi mempunyai sisa-sisa pendengaran. Baki sisa pendengaran itu

yang akhirnya digunakan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan seharian

meskipun tidak banyak membantu mereka. Oleh kerana itu, maka beberapa ciri

telah dikenal pasti bagi mengesan kanak-kanak bermasalah pendengaran

supaya langkah-langkah sewajarnya dapat dilakukan bagi membantu mereka.

3.1 Tidak menangis sebaik saja dilahirkan

Berdasarkan sumber pakar pediatrik, seseorang kanak-kanak yang

mempunyai masalah pendengaran dapat dikesan dari peringkat awal lagi

melalui kelainan tindakan dan ransangan seorang bayi yang baru lahir.

Secara normalnya, kebanyakan bayi yang lahir akan menangis apabila

selamat saja dilahirkan tetapi ini berbeza dengan bayi yang bermasalah

pendengaran. Perbezaan ketara ini mungkin disebabkan kesan sampingan

terhadap ibu bayi dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas proses

kelahiran berlaku.

Kelainan ini mungkin berlaku disebabkan faktor beberapa jangkitan yang

dialami oleh si ibu semasa mengandung. Terdapat kemungkinan besar besar

lain juga yang boleh menyebabkan anak dalam kandungan berisiko

Page 8: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

mendapat gangguan pendengaran ialah apabila si ibu terdedah kepada

sebaran bahan kimia di persekitaran yang akhirnya memudaratkan bayi yang

dikandung. Pun begitu, harus diingat bahawa masalah pendengaran kanak-

kanak seawal bayi juga boleh jadi berpunca dari sumber genetik atau baka

yang kurang sihat dari ibu bapa kanak-kanak sendiri. Pengesanan masalah

pendengaran juga boleh dilihat semasa proses kelahiran bayi tersebut

samada disebabkan masa kelahiran bayi terlalu lama, bayi tidak cukup bulan

dan penggunaan peralatan seperti forcep untuk memudahkan kelahiran

bermasalah ini. Kesan-kesan ini akhirnya memberi kecederaan kepada bayi

khususnya di bahagian telinga berdasarkan hentakan kuat atau pun masalah

kekurangan oksigen semasa proses kelahiran berlangsung.

Kesan sampingan seperti yang disebutkan di atas juga sebenarnya bukan

saja boleh memberi risiko tinggi kepada bayi untuk mengalami masalah

pendengaran, tetapi turut memberi kesan negatif di bahagian saraf dan otak

bayi. Disebabkan kelainan tingkahlaku bayi yang ditunjukkan iaitu tidak

menangis selesai sahaja dilahirkan dilihat sebagai faktor utama yang

menyumbang kecenderungan masalah pendengaran ini berlaku.

3.2 Tidak bertindak balas terhadap bunyi

Pengesanan masalah pendengaran terhadap bayi dan kanak-kanak juga

boleh dikesan dengan sejauh mana mereka bertindak balas dan memberi

ransangan khususnya terhadap sesuatu bunyi yang dihasilkan. Ini amat

penting bagi menilai dan membuat pemerhatian asas sekaligus memastikan

bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai daya deria pendengaran yang

kuat dan mampu memberi respon kepada sesuatu situasi yang berlaku.

Secara umumnya seorang bayi yang normal dapat memberi perhatian

apabila adanya sumber bunyi di sekeliling contohnya apabila dipanggil atau

di acah oleh orang lain. Respon dari bayi ini kebiasaannya akan berpaling

dan memberi perhatian terhadap sumber bunyi dan disusuli deria lain iaitu

mata akan menuruti pergerakan objek dari mana sumber bunyi acahan itu

datang. Bagi kanak-kanak yang berumur sekitar 2 hingga 6 tahun, tahap

Page 9: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

kepekaan bunyi sekeliling sangat membantu mereka terutamanya dalam

aspek perkembangan bahasa bersesuaian dengan umur mereka. Kanak-

kanak normal pada peringkat umur sebegini biasanya lebih aktif dan peka

terhadap sesuatu bunyi bersesuaian dengan tahap perkembangan otak

kanak-kanak pada masa itu. Bagi kanak-kanak normal, mereka akan

berpaling ke arah bunyi yang menarik perhatian mereka seperti apabila nama

mereka dipanggil dan ini menunjukkan respon positif dari pendengaran

mereka.

Tingkahlaku ini berbeza dengan bayi dan kanak-kanak yang bermasalah

pendengaran kerana kebiasaanya mereka kurang peka terhadap bunyi yang

terhasil disekeliling dan memerlukan bunyian secara berulang-ulang

sehingga dapat menarik perhatian. Ini dapat diperhatikan melalui tindak balas

kanak-kanak tersebut samada ketika situasi yang bising dan senyap apabila

nama mereka dipanggil contohnya. Bagaimanapun haruslah diingat bahawa

tahap pendengaran seorang individu dengan individu lain sangat berbeza,

tetapi kemungkinan untuk kita melihat perbezaan seorang kanak-kanak yang

benar-benar bermasalah pendengaran itu dapat dikesan di peringkat ini.

3.3 Lewat bertutur

Kita mengetahui bahawa komunikasi secara lisan merupakan elemen yang

paling mudah dan penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan

digunakan semasa proses sosialisasi seorang individu itu dan juga proses

pembelajaran. Dalam situasi ini, adalah menjadi satu kesukaran buat kanak-

kanak bermasalah pendengaran untuk memperkembangkan aspek bahasa

melalui pertuturan. Kesukaran ini datangnya dari kanak-kanak itu untuk

menerima bunyi-bunyian dengan betul dan lebih tepat. Akhirnya ini akan

menyukarkan mereka untuk menyebut kembali perkataan atau ayat yang

digunakan sebelumnya seperti yang diutarakan oleh Abdullah Yusoff (2004).

Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran

untuk memahami pertuturan berpunca daripada pendengaran mereka

terhadap perkataan-perkataan atau ayat yang diujarkan tidak jelas.

Kebiasaanya kanak-kanak yang mencapai umur 12 hingga 24 bulan mula

bercakap dan membentuk bahasanya sendiri iaitu mamam atau akan

Page 10: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

(bermaksud makan) tito (bermaksud tidur). Namun bagi kanak-kanak yang

bermasalah pendengaran, perkembangan pertuturan dan bahasanya

terganggu dan lewat daripada kebiasaan dan ini menggangu pertumbuhan

mental mereka. Hal ini perlu diambil serius melalui pemerhatian pertuturan

mereka bagi menyusun tindakan susulan untuk mengelakkan kanak-kanak

ini dapat menguasai bahasa lisan.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa aspek pertuturan dan perkembangan

bahasa kanak-kanak ini telah disekat oleh masalah ketidakupayaan organ

deria telinga berfungsi dengan baik. Kesukaran ini juga akhirnya

membataskan diri kanak-kanak ini untuk belajar dan bersosial sama seperti

kanak-kanak normal yang lain.

3.4 Lebih banyak menunjukkan dengan jari daripada bercakap

Seperti ciri yang yang telah dijelaskan sebelumnya, kegagalan penguasaan

bahasa oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran ini juga menyebabkan

mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahasa isyarat mengikut

pemahaman mereka sendiri untuk menyampaikan maksud. Ini ada kaitannya

dengan faktor kebolehan lewat pertuturan menyebabkan mereka tidak dapat

menyampaikan maksud secara lisan tetapi berkomunikasi dengan

penggunaan anggota badan seperti jari dan sebagainya.

Sebagai contoh, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan

menunjukkan istilah lapar melalui isyarat tangan dengan meletakkan tapak

tangan ke bahagian perut atau menunjukkan isyarat seperti menyuap

makanan ke mulut. Berbeza dengan kanak-kanak normal yang akan

menyampaikan maksud lapar mereka dengan bahasa lisan. Ini menunjukkan

perbezaan ketara dari aspek penguasaan bahasa dan cara komunikasi

kanak-kanak bermasalah pendengaran ini jauh bebeza dengan kanak-anak

normal.

Kekerapan kanak-kanak ini cenderung menggunakan jari contohnya, semasa

menyampaikan sesuatu komunikasi dengan meletakkan bahasa lisan

sebagai medium nombor dua dalam komunikasi. Semua ini dapat dilihat

melalui proses pemerhatian teliti dalam aktiviti sosial kanak-kanak tersebut.

Page 11: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

3.5 Kurang memberi perhatian apabila berbual

Pendengaran adalah asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi secara

lisan. Dalam hal ini, kebolehan kanak-kanak memperkayakan istilah

penggunaan bahasa adalah sangat bergantung kebolehan mereka

mendengar, memahami pegertiannya dan seterusnya menuturkan apa yang

didengarnya.

Namun begitu, ini berbeza dengan kelompok kanak-kanak yang mengalami

masalah pendengaran kerana beberapa fungsi organ tertentu dalam telinga

gagal berfungsi dengan baik. Lanataran itu ianya memberikan kesan yang

negatif kepada kanak-kanak tersebut semasa bersosial khasnya ketika sesi

interaksi perbualan. Bagi menjelaskan kenyataan ini, mereka kebiasaannya

kurang dan gagal memberi perhatian apabila berbual. Masalah ini

disebabkan kurangnya tumpuan mereka terhadap sesuatu perbualan

komunikasi lisan itu terganggu oleh pendengaran yang kurang jelas akibat

getaran gelombang suara yang diterima lemah. Lantaran itu, maka tidak

hairanlah apabila mereka kurang memberi tumpuan dan tidak berminat untuk

mengikuti sesi perbualan yang berlangsung.

3.6 Tidak menunjukkan minat dalam aktiviti yang melibatkan komunikasi

lisan

Ciri-ciri ini adalah mempunyai hubungkait dengan faktor yang terdahulunya

iaitu apabila kanak-kanak kurang memberi perhatian apabila berbual.

Dengan tahap kebolehupayaan mereka mendengar lemah, kanak-kanak ini

lebih suka bersikap pasif dalam setiap perbualan dengan cara mendiamkan

diri dan cuba untuk menjauhkan diri dari menyertai kumpulan yang sedang

berbual.

Bagi kanak-kanak normal, situasi perbualan merupakan satu kaedah bagi

mereka untuk mempelajari sesuatu perkatan bermakna bersesuaian dengan

tahap umur mereka. Mengikut Kreshan & Terrel (1983), menjelaskan bahawa

proses memperoleh dan menguasai bahasa sangat aktif berlaku sebelum

kanak-kanak berumur 12 tahun. Namun perbezaan ketara di sini ialah jelas

menunjukkan bagaimana kanak-kanak bermasalah pendengaran ini

Page 12: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

mengasingkan diri mereka dan tidak menunjukkan ransangan minat terhadap

aktiviti komunikasi lisan.

3.7 Pertuturan sukar difahami

Secara umumnya kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami

kesukaran untuk menerima dan memahami arahan dan pertuturan lisan. Ini

bermakna mereka sekaligus mengalami masalah pertuturan dengan

penggunaan bahasa bagi sesuatu perkataan dan istilah itu tidak betul, tepat

dan jelas bunyi dan maksudnya. Kesukaran berinteraksi secara lisan ini juga

akhirnya member kesan negatif apabila mereka berinteraksi secara lisan

dengan kanak-kanak normal.

Masalah pertuturan dari aspek linguistik bahasa Melayu merupakan satu

bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai aglutinatif yang membawa maksud

bahawa pembentukan katanya mengalami proses yang boleh mengubah

makna dan kelas kata sesuatu kata (Nik Safiah, 1978). Kesukaran ini dapat

dibuktikan apabila wujudnya kata akar, berimbuhan, majmuk dan berganda

yang menyukarkan kanak-kanak ini untuk menguasai bahasa pertuturan

sekaligus mengelirukan kefahaman dan penggunaan sesuatu perkataan itu.

Masalah pertuturan ini berlaku kerana kerana mereka cenderung

menggunakan kata akar yang yang maksudnya berubah apabila dimasukkan

kata imbuhan dan sebagainya seterusnya menukar maksud sesuatu ayat itu

menjadikan pertuturan mereka tidak difahami oleh kanak-kanak normal. Ciri-

ciri ini juga boleh dikaitkan dengan faktor terdahulu yang telah dinyatakan

seperti lebih banyak menggunakan bahasa badan atau isyarat tangan untuk

berinteraksi dan tidak menunjukkan minat semasa aktiviti lisan dijalankan.

3.8 Sering berkhayal

Disebabkan kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran

untuk mendengar sesuatu perkataan, ayat atau arahan dengan jelas dan

tepat, risiko untuk mereka berkhayal adalah sangat tinggi. Ini kerana

gelombang bunyi persekitaran di sekeliling kanak-kanak tersebut diterima

Page 13: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

dalam bentuk yang rendah dan hal ini menyebabkan mereka tidak

mempedulikan komunikasi lisan yang berlaku.

Pada peringkat ini kanak-kanak mudah untuk berasa khayal kerana tumpuan

yang sepatutnya diberikan terhadap situasi persekitaran contohnya semasa

proses komunikasi secara berkumpulan tidak dapat diterima. Ini membuatkan

mereka tidak mengambil sikap tidak mahu menyertai aktiviti perbincangan

dengan lebih aktif dan mengambil sikap pasif dan menyendiri semasa sidang

interaksi lisan itu berlaku.

3.9 Sukar mengikut arahan lisan

Ketidakmampuan bahagian telinga menerima gelombang dengan baik

terutamanya di bahagian-bahagian dalam telinga menyebabkan mereka

sukar menerima bahasa pertuturan dengan jelas. Rentetan dari ciri-ciri yang

telah dinyatakan sebelumnya, permasalahan masalah pendengaran ini

sekaligus menyukarkan kanak-kanak ini menerima arahan lisan dengan tepat

dan membataskan interaksi dan tindak balas mereka terhadap sesuatu

arahan yang diberikan.

Ini menyebabkan setiap arahan, tugasan, ayat mahu pun perkataan sering

disalah maksudkan oleh kanak-kanak ini. Contohnya apabila arahan yang

diberikan oleh seorang penutur kepada kanak-kanak bermasalah

pendengaran iaitu, “ kau pandai main gitar”, tetapi akan disalah terima

pendengarannya menjadi, “gigi kau besar”.

Kesukaran membuat pengecaman maksud arahan dan ayat bukan sahaja

membantutkan proses pembelajaran mereka, tetapi memberi kesan buruk

terhadap aspek sosial dan emosi kanak-kanak tersebut.

3.10 Memberi perhatian kepada muka penutur

Akibat kekurangan kepekaan telinga mereka menerima gelombang bunyi

dalam setiap arahan dan maklumat yang diberi semasa proses interaksi

secara lisan, mereka akan cuba memberi sepenuh perhatian kepada muka

penutur semasa penutur bercakap. Ciri-ciri ini terlihat disebabkan mereka

Page 14: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

cuba untuk memahami kehendak penutur berdasarkan agakan dan bacaan

gerak bibir si penutur. Pun begitu ciri-ciri ini kebiasaannya bergantung

berdasarkan keadaan situasi dan berdasarkan pengalaman mereka terhadap

situasi dan kehendak yang disampaikan.

Hasil daripada saki baki pendengaran yang mereka masih ada, mereka akan

cuba untuk meneliti maklumat dan arahan berdasarkan mimik muka dan

bacaan bentuk mulut yang diberikan dengan tepat. Maka tidak hairanlah

sekiraya dalam aktiviti perbincangan contohnya, mereka akan memberi

perhatian kepada muka penutur dengan tepat tanpa mempedulikan keadaan

persekitaran.

4. PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu:

4.1 Baka

Masalah pendengaran yang diwarisi dari keturunan, di mana sebelum ini ada

diantara keluarga terdekat yang mempunyai sejarah masalah pendengaran.

Jangkitan penyakitan contohnya Rubella punya utama terjadinya masalah

pendengaran pada tahun 60an, Demam, Glandular dan sindrom Alport (penyakit

genetik buah pinggang) pada ibu mengandung juga merupakan punca-punca

masalah pendengaran kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Semasa hamil si ibu

mengambil dadah atau bahan kimia seperti kuanin.

4.2 Semasa Lahir.

Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga di samping

itu kelahiran pra matang juga merupakan salah satu penyumbang ke arah masalah pendengaran.

Kemalangan semasa kelahiran terutamanya pada bahagian telinga merupakan salah satu faktor

masalah pendengaran peringkat awal kelahiran.

4.3 Selepas Kelahiran

Pada peringkat ini banyak faktor-faktor yang boleh mendatangkan masalah pendengaran.

Pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak, mereka mudah dijangkiti pelbagai penyakit

Page 15: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

kerana antibodi mereka masih belum berkembang sepenuhnya di antara penyakit yang boleh

menyebabkan kehilangan pendengaran ialah Acoustic Neuinoma (tumor), AIED, Pneumokokus ,

Otitis Media . Menurut laporan kumpulan Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia

(MaHTAS), di bawah Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,

sekurang-kurangnya 500,000 kes otitis media berlaku setiap tahun di kalangan

kanak-kanak berusia kurang daripada dua tahun, dan 50% daripadanya adalah

disebabkan Pneumokokus. Dianggarkan bahawa 75% daripada kanak-kanak

mengalami sekurangkurangnya satu kejadian Otitis Media sebelum mereka

mencapai usia tiga tahun.

4.4 Bunyi Bising

Bunyi bising merupakan Terdedah dengan persekitaran dengan disibel bunyi

yang tinggi juga merupakan salah satu punca masalah pendengaran berlaku

dikalangan kanak-kanak. Kajian menunjukkan kebisingan yang melampau di rumah

seperti dari mesin pengisar dan pembersih vakum juga penyumbang masalah

kanak-kanak.

Gambarajah 1 berikut menunjukkan tahap disibel sumber bunyi yang merosakkan

pendengaran.

Tahap disibel yang merosakkan pendengaran

Page 16: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

4.5 Kecederaan Dan Kemalangan

Salah-satu punca masalah pendengaran yang sering berlaku ialah

kecederaan semasa melakukan aktiviti atau semasa kanak-kanak ini bermain

benda-benda yang mendatangkan kecederaan dengan menusuknya ke dalam

telinga dan ini menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga.

Aktiviti menyelam tanpa menggunakan peralatan yang sepatutnya boleh

menyebabkan kerosakan pada gegedang telinga, ini terjadi kerana perubahan tekan

semasa menyelam di dalam air. Situasi ini dapat dilihat dengan kebanyakkan kanak-

kanak yang tinggal berhampiran laut di sekitar pantai timur Sabah.

Terdedah pada letupan yang kuat juga boleh mengakibat kerosakkan pada

saraf telinga.

Gambarajah 2

Kedudukan gegedang telinga

5. CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENDENGARAN

Tidak semua kanak-kanak yang menerima pendidikan di sekolah itu dapat

menerima dan menguasai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p) di

sekolah itu dengan sempurna. Ini kerana setiap kanak-kanak itu mempunyai

perbezaan bukan sahaj dari segi tahap perkembangan mental, tetapi aspek

Gegendang telinga

Page 17: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

halangan-halangan tertentu yang menyebabkan mereka gagal memenuhi

matlamat pendidikan itu sendiri. Perbezaan itu dapat dilihat dari aspek

kekurangan dan ketidakupayaan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu

contohnya bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Perbezaan dan

kekurangan ini menyebabkan beberapa kaedah pengajaran perlu dibuat

penambahbaikan bersesuaian dengan tahap masalah mereka

5.1 Langkah - langkah membantu mengikut kategori kepekakan

Terdapat beberapa kategori kepekakan sebagai garis panduan untuk

mengambil langkah - langkah yang sesuai bagi membantu kanak -kanak

bermasalah pendengaran. Kategori kepekakan ini terbahagi kepada 4

kategori.

Kategori kepekakan yang pertama ialah kepekakan sedikit iaitu mild.

Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 20 - 45 dB. Mereka

yang tergolong dalam kategori ini mengalami masalah untuk mendengar

pertuturan dan perbualan yang perlahan. Namun begitu, mereka mampu

untuk membentuk pertuturan atau bahasa yang normal sekiranya mendapat

intervensi awal yang berkesan. Selain itu, mereka juga perlu menggunakan

alat bantu pendengaran yang sesuai.

Kategori kepekakan yang kedua ialah kepekakan sederhana atau

moderate. Tahap kehilangan pendengaran pula ialah 46 - 70 dB.

Kebiasaannya mereka ini mengalami masalah pertuturan terutama yang

melibatkan gangguan bunyi latar yang kuat. Risiko untuk mereka mengalami

masalah perkembangan pertuturan dan bahasa sangat tinggi sekiranya tidak

mendapat intervensi awal yang berkesan serta tidak menggunakan alat

bantu pendengaran yang sesuai.

Kategori kepekakan yang seterusnya ialah kepekakan teruk ataupun

severe. Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 71 - 90 dB.

Dalam kategori ini, individu tersebut tidak dapat mendengar bunyi pertuturan

yang normal. Oleh itu, bagi membantu proses komunikasi mereka

memerlukan bantuan visual untuk mereka memahami pertuturan. Bantuan

visual adalah seperti membaca gerak bibir penutur dan menggunakan

bahasa isyarat tangan.

Page 18: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

Kategori kepekakan yang terakhir ialah kategori sangat teruk iaitu

profound. Tahap kehilangan kepekakan bagi kategori ini ialah melebihi 91

dB. Dalam kategori ini, individu mempunyai masalah besar untuk mendengar

bunyi pertuturan. Selain itu, mereka cenderung untuk mengalami masalah

bahasa dan pertuturan yang sangat teruk. Oleh hal yang demikian, mereka

menggunakan bantuan visual bagi memudahkan komunikasi namun

memerlukan pendekatan yang berkesan.

5.1.1 Alat bantu dengar

Alat bantu dengar ialah suatu peralatan yang digunakan bagi

membantu penghasilan gelombang bunyi menjadi lebih kuat melalui

penggunaan mikrofon di telinga. Ianya berfungsi apabila gelombang atau

isyarat diterima melalui getaran elektrik dan bunyi dikuatkan oleh komponen

amplifier yang terus dipasang hampir dengan saraf atau organ pendengaran.

Dewasa ini terdapat pelbagai jenis alat bantu dengar boleh didapati di

pasaran dan kebanyakan pengguna yang menggunakan alatan ini masih lagi

mempunyai baki sisa pendengaran. Oleh itu, alatan ini sangat sesuai

digunakan untuk menjadikan bunyi yang dihasilkan menjadi lebih kuat dan

jelas. Bagaimanapun penggunaan alatan ini sebenarnya masih tidak dapat

membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ini kerana alatan ini masih

gagal untuk menapis bunyi luar yang mengganggu dan tidak dikehendaki

dari didengar oleh kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak juga boleh terdorong

untuk berasa lebih malu kerana menggunakan peralatan itu meskipun

sebagai satu keperluan mereka untuk mendengar dengan lebih jelas.

5.1.2 Implan koklea

Sebagai pilihan alatan lain dalam membantu individu atau kanak-kanak

bermasalah pendengaran selain alat bantu dengar, implan koklea atau

dikenali sebagai telinga bionik telah diperkenalkan. Alatan yang dipasang

secara pembedahan kecil dibahagian telinga terlebih dahulu ini digunakan

untuk meransang saraf auditori dan koklea dengan getaran elektrik. Berbeza

dengan alat bantu dengar yang berfungsi untuk menguatkan bunyi, implan

kolea ini mempunyai pemrosesan pertuturan dan transmitter yang boleh

Page 19: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

menapis sedikit sumber bunyi luar yang tidak dikehendaki dan memberi

kejelasan kepada pengguna.

5.1.3 Terapi pertuturan

Terapi pertuturan ialah satu bentuk senaman muka, kawalan

pernafasan dan suara yang terdiri daripada komponen utama dalam

penghasilan komunikasi lisan. Terapi ini melibatkan kaedah latihan

surprasegmental yang menekankan aspek suara dan pernafasan.

Terapi pertuturan ini sangat menekankan aspek latihan pertuturan yang

melibatkan latihan pandangan mata dan tumpuan perhatian. Ini disebabkan

kadar tumpuan kanak-kanak sangat pendek dan hal ini membuatkan

keperluan untuk menggunakan deria mata sebagai satu unsur penting dalam

membantu pendengaran mereka sendiri

5.1.4 Terapi pendengaran

Terapi pendengaran ialah kesinambungan dari terapi pertuturan di

mana terdapat beberapa aktiviti dalam terapi ini yang cuba untuk

memfokuskan kanak-kanak bermasalah penglihatan terhadap sisa

pendengaran yang ada dengan lebih jelas. Terapi ini akan dapat lebih

berfungsi lagi sekiranya seseorang kanak-kanak itu menggunakan alat bantu

dengar atau pun telah memasang implan koklea.

Sesi terapi pendengaran ini sangat memfokuskan aspek mengesan

bunyi,membezakan bunyi, mengenalpasti bunyi dan memahami bunyi.

Empat ciri utama ini sangat dititik beratkan bagi membantu kanak-kanak

mendapat maklumat atau maksud sesuatu bunyi dengan jelas dan tepat.

5.1.5 Penggunaan bahasa isyarat

Kebanyakan kanak-kanak atau individu bermasalah pendengaran

secara tidak langsung turut mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara

lisan. Lantaran itu maka kebanyakan mereka sangat bergantung kepada

deria dan anggota badan lain untuk berkomunikasi. Sejajar dengan itu, maka

wujudlah bahasa natif orang pekak, ejaan jari, sign exact English, kod tangan

bahasa Melayu, pertuturan KIU, American sign language dan bahasa isyarat

Page 20: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

Malaysia. Perolehan kepenggunaan ini sebenarnya sebagai langkah bagi

membantu mereka yang bermasalah seumpama ini dapat berkomunikasi

sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

5.1.6 Kaedah Auditory Oral

Kaedah ini menekankkan proses mendengar serta bertutur dengan

menggunakan sensori lain iaitu deria sentuh dan lihat secara lebih berkesan dengan

bantuan peralatan pendengaran. Kaedah in tidak menggunakan bahasa isyarat atau

jari tetapi menekan kaedah bacaan bibir (Lip reading).Kaedah ini menggunakan

implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur,

melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan

bunyi-bunyi yang berbeza.

5.1.7 Kaedah Bacaan Bibir

Kaedah ini menekan pada sensori penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini

memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan

dalam kedudukan penutur berada di tempat yang terang dan jelas.

6. PERKHIDMATAN

6.1 Jenis-jenis Penempatan Pendidikan/Perkhidmatan

Kementerian pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas telah

menyediakan program khas kepada kanak-kanak dari kategori kurang upaya

penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.Program pendidikan yang

dijalanakan di sekolah merupakan sekolah pendidikan khas dan melalui program

integrasi dan inklusif di sekolah biasa.

Dalam hal ini pihak kerajaan telah memberi pengecualian bayaran yuran

kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan

kemahiran Institusi Pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Elaun

sebanyak RM3000.00 sebulan akan diberikan kepada pelajar yang berjaya

Page 21: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

melanjutkan pelajaran ke Isntitusi Pengajian Tinggi manakala bagi murid yang di

sekolah rendah sebayak RM25.00 sebulan diperuntukkan.

Antara jenis perkhidmatan pendidikan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak

berkeperluan Khas ini adalah seperti;

6.2 Kelas Biasa

Situasi Ideal, dimana murid ditempatkan mengikut darjah / gred sendiri.

Bantuan dan pemantauan akana diberikan oleh guru khas. Murid akan diberikan

pembelajaran Akomodasi dan modifikasi. Sistem pembalajaran yang secara Amalan

yang mana merangkumi Model Konsultasi iaitu guru khas member nasihat kepada

guru biasa tentang pengurusan dan pengajaran murid khas manakala Model

Konsultasi Kolaborasi guru dan pakar-pakar dalam bidang lain berkerjasama untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu kelas biasa juga akan

memperolehi amalan team / cooperative teaching dimana guru khas dan guru biasa

bagi berkogsi bersama dalam mengajar kelas yang mana mempunyai murid

berkeperluan khas dan guru seterusnya Teacher assistance teams iaitu sekumpulan

guru berkerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas biasa.

6.3 Sekolah Khas

Sekolah khas ini merupakan pelajar yang terdiri daripada mereka yang

mengalami kecatatan (contoh:masalah penglihatan dan pendegaran). Kebiasaannya

murid ini terdiri daripada mereka yang mengalamai kecatatan yang teruk. Sistem

pelaksanaan Sekolah Khas ini adalah secara

a) Sekolah harian dimana murid akan belajar di sekolah khas dan akan balik

selepas waktu hari persekolahan.

b) Sekolah berasrama yang mana sama seperti sekolah harian mereka akan belajar

di sekolah khas tetapi selepas habis waktu persekolahan mereka akan balik ke

asrama.

Page 22: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

7. PENGELOLAAN DALAM BILIK DARJAH UNTUK MURID MERMASALAH

PENDENGARAN

Sekiranya berada di dalam kelas guru perlu menitikberatkan beberapa

perkara untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Guru boleh mengajar mereka

menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis, bercakap dan melatih

pelajar mendengar bunyi - bunyi di persekitaran mereka. Namun begitu, perkara

pertama yang perlu guru lakukan ialah mengambil perhatian kanak - kanak untuk

memastikan mereka bersedia dan tahu bahawa guru sedang bercakap dengan

mereka. Sekiranya perhatian kanak - kanak ini terganggu mereka akan mudah

meradang dan tidak berminat untuk belajar.

Selain itu, guru perlu menempatkan murid di kedudukan dan posisi yang

membolehkan mereka mudah melihat dan mendengar dengan baik, jelas dan tepat.

Hal ini bagi menghindarkan berlakunya ketidaksedaran kepada murid sekiranya guru

sedang berinteraksi dengan mereka. Murid juga perlulah duduk di kedudukan yang

membolehkan mereka melihat bibir, wajah dan isyarat tangan guru dengan jelas

supaya mereka lebih mudah untuk memahami pengajaran guru. Ini juga turut berkait

dengan ciri-ciri murid bermasalah pendengaran di mana mereka sering gagal untuk

mengecamkan dari mana sumber atau gelombang bunyi itu datang. Penentuan

kedudukan murid ini boleh membantu mengekalkan tumpuan murid seterusnya aka

mengelakkan mereka tercicir semasa p & p.

Semasa bercakap guru hendaklah menghadap pelajar dan tidak

membelakangi mana - mana pelajar. Ini dapat mengelakkan murid dari gagal

menerima gelombang suara tersebut dengan mudah dan tanpa halangan. Seperti

dalam penjelasan ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah yang telah dijelaskan

seelumnya, masalah ini mungkin akan menyebabkan murid tidak menunjukkan

minat dalam sesi p & p dan menyebabkan murid berkhayal di dalam kelas. Oleh itu,

adalah wajar bagi seorang guru untuk memahami keperluan permasalahn murid

dengan mewujudkan pertuturan komunikasi secara terus sekaligus dapat menarik

tumpuan murid.

Penataan cahaya dalam sesi p & p bukan sahaja keperluan yang perlu

dipraktikkan oleh guru untuk mengajar kelas biasa untuk mewujudkan suasanan

kelas yang lebih kondusif. Ini juga amat dititikberatkan semasa sesi pengajaran

murid bermasalah pendengaran. Jelasnya di sini bahawa seseorang guru perlu

Page 23: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

memastikan bkedudukan posisinya sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar.

Ini bertujuan untuk membolehkan murid tersebut menggunakan teknik membaca

gerak bibir si penutur (guru) semasa komunikasi lisan berlangsung. Oleh itu, guru

hendaklah cuba mengelakkan diri dari menghalang bibir mahupun fizikal tangan

dengan sebarang objek semasa bercakap, berkomunikasi dan membaca di hadapan

pelajar serta sentiasa berdiri di suatu tempat sahaja semasa bercakap. Halangan ini

akan menyukarkan murid untuk memahami pertuturan guru dan maksud isyarat

yang cuba disampaikan.

Berdasarkan langkah-langkah di atas di samping merujuk kepada

permasalahan murid, ini menjelaskan kepada kita bahawa keperluan seorang guru

itu untuk kekal berdiri di suatu tempat semasa komunikasi lisan dalam bentuk

arahan diberikan. Teknik ini mungkin tidak digalakkan bagi seorang guru yang

mengajar murid kelas normal. Tetapi dalam situasi ini, murid bermasalah

pendengaran sangat memerlukan kedudukan yang tetap supaya dapat menerima

hala isyarat bunyi yang betul tanpa perlu mencari dan menetapkan arah

pendengaran itu.

Sekiranya guru menggunakan bahasa isyarat, guru digalakkan menggunakan

kod isyarat yang biasa digunakan dan mudah difahami. Ini dapat membantu murid

mempelajari dan memperkayakan istilah bahasa selain dapat memahami sesuatu

perkataan atau isyarat dengan tepat. Penggunaan kod ini hendaklah selaras dengan

situasi semasa dan memudahkan komunikasi murid itu sendiri di masa akan datang.

Teknik bahasa isyarat, dan penggunaan bahasa tubuh sangat membantu mereka

bukan sahaja dalam sesi p & p, tetapi semasa mereka bersosial.

Guru juga boleh menggunakan ayat -ayat atau rangkai kata untuk mengajar

mereka di dalam kelas. Ini sangat penting dalam proses memperkayakan bahasa

murid dan dapat diadaptasi oleh mereka samada di dalam kelas atau semasa aktiviti

sosial mereka. Sekiranya guru mengajar sesuatu perkataan baru, berilah contoh

ayat bagi perkataan tersebut serta tuliskan maknanya. Sebagai contoh, bagi

memastikan murid dapat mengingati perkataan baru yang diajar, guru boleh

membuat satu kolum khas untuk menulis perkataan - perkataan baru yang dipelajari

dalam minggu tersebut di hadapan kelas.

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat membantu kaedah

pengajaran dengan lebih berkesan dan ini bukan saja melibatkan murid normal,

tetapi juga murid bekerpeluan khas khususnya bermasalah pendengaran

Page 24: tz30103

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103

Penggunaan medium BBM oleh guru terhadap murid bermasalah pendengaran ini

hendaklah dimaksimumkan bagi membantu murid memperolehi pembelajaran

bermakna sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran. Oleh itu, dari penggunaan

kad imbasan berupa isyarat, perkataan mudah kepada peralatan teknologi yang

lebih moden iaitu penggunaan alatan visual dan audio seperti penggunaan

komputer riba, LCD, dan beberapa perisian yang terdapat di pasaran hendaklah

digunakan sepenuhnya. Penggunaan aplikasi ini nyata bukan sahaja dapat

memudahkan guru dalam pengajaran, tetapi apa yang lebih penting ialah murid

mengikuti proses p & p dan objektif pengajaran tercapai.

Sebagai kesimpulan pengajaran, isi pengajaran diringkaskan dan guru boleh

membuat edaran kepada pelajar untuk memudahkan mereka. Isi - isi penting

pengajaran direkodkan dan dicatat di suatu sudut khas di dalam kelas seperti contoh

ditulis di suatu sudut khas di papan hitam kelas sebagai peringatan kepada pelajar.

Walaubagaimanapun, galakan daripada guru itu sangat penting. Guru boleh

memberi galakkan supaya murid bertanya semasa sesi pembelajaran dan

pengajaran serta guru perlu memberi galakkan supaya pelajar sentiasa memberi

tumpuan penuh kepada sesi pembelajaran dan pengajaran.