tunku abdul rahman

10
Tungku Abdul Rahman "Falsafah diri dan kehidupan" Dahrum Bin Samsudin CD100382 Mohd Zulkifli Bin Osman CD100308 Nurul Izzati binti Kamaruddin CD100346 Farah binti Ramlan CD100377 Siti Saleha bt Amirsah CD100317 Noormihayani binti Azmi CD100338

Upload: dahrum-samsudin

Post on 03-Dec-2014

5.611 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tunku abdul rahman

Tungku Abdul Rahman"Falsafah diri dan kehidupan"

Dahrum Bin Samsudin CD100382

Mohd Zulkifli Bin Osman CD100308

Nurul Izzati binti KamaruddinCD100346

Farah binti Ramlan CD100377

Siti Saleha bt Amirsah CD100317

Noormihayani binti Azmi CD100338

Page 2: Tunku abdul rahman

Tunku Abdul Rahman

| Copyright © 2012 | 2

Page 3: Tunku abdul rahman

Tunku Abdul Rahman

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir : 08 Februari 1903,

Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid

Alor Setar.

1916 - Penang Free School, Penang.

1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.

1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya : 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai

Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum

lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan

Presiden seksyen Selangor.

1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk

UMNO.

1956 - Rombongan Merdeka ke London.

1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.

1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.

1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.

1970 - Bersara dari Politik.

06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah.

| Copyright © 2012 | 3

Page 4: Tunku abdul rahman

Tunku Abdul Rahman

1.0 PENGENALAN

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama yang asing bagi

masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau

yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan

Tanah Melayu pada zaman beliau, beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia

yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu

sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang

berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting.

Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan

kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut

memainkan peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

2.0 FALSAFAH DIRI DAN KEHIDUPAN

"Kehidupan peribadi seseorang merupakan hak dirinya sendiri dengan syarat dia

tidak melanggar hak-hak orang lain" demikian kata-kata beliau dalam sebuah artikel.

Tunku adalah seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian yang tersendiri. Artikel

di bawah ini jelas menunjukkan bahawa Tunku adalah seorang pemimpin yang

mempunyai jati diri tersendiri dan tidak malu untuk menceritakan kekurangan pada

dirinya.

| Copyright © 2012 | 4

Page 5: Tunku abdul rahman

Tunku Abdul Rahman

Antara mutiara-mutiara kata yang pernah di sampaikan oleh Tunku Abdul Rahman

adalah

1. “Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita

kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri.”

2. “Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu

tidak dapat diterima rakyat negeri ini.”

3. “Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan

yang kita capai.”

4. "...merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati, melainkan ialah

dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar

pengorbanan.”

5. “Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan

usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga...”

| Copyright © 2012 | 5

Page 6: Tunku abdul rahman

Tunku Abdul Rahman

3.0 FALSAFAH KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN

Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan

dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah

seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Apabila

beliau sudah yakin akan sesuatu perkara, biasanya beliau akan bertindak tegas dengan

apa cara sekalipun. Sikapnya menepati pepatah ‘genggam bara api biar sampai menjadi

arang’ dan‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’.

Dalam menghadapi sesuatu isu, Tunku sentiasa bersikap mengejar masalah

dan bukannya menanti masalah. Beliau tidak membiarkan sesuatu masalah itu terselesai

dengan sendirinya. Dengan keazaman, banyak  perkara yang pada mulanya mustahil

telah menjadi kenyataan. Falsafah atau sikap Tunku terhadap ideologi komunis

sebenarnya tegas. Tidak ada tolak ansur terhadapnya.

Kegigihan, keberanian dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita

daripada belenggu penjajah. Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat

hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-

masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka. Sikap pandangan jauh

Tunku ini terkadang-kadang payah untuk difahami oleh rakyat. Hanya setelah beberapa

lama barulah mereka akan mengetahui dan memahami akan tindakan dan tujuan sebenar

Tunku. Memang inilah yang selalu dihadapi oleh Tunku semasa beliau memimpin

negara. Fikirannya atau pandangannya terlalu jauh ke hadapan sehinggakan sukar untuk

difahami oleh orang lain. Pendeknya memanglah banyak buah fikiran atau idea yang

Tunku selalu utarakan yang boleh menimbulkan salah faham. Kebenaran dan

manfaatnya selalunya hanya dapat dinikmati dan diketahui dalam beberapa tahun

selepas itu. Inilah antara keseronokan Tunku apabila mengenangkan telatah manusia

tentang sumbangannya terhadap negara, nusa dan agama. Memang dalam banyak hal,

Tunku telah memandang jauh ke depan lebih dulu sebelum orang lain dapat mengetahui

manfaat atau ertinya beberapa tahun kemudiannya

| Copyright © 2012 | 6

Page 7: Tunku abdul rahman

Tunku Abdul Rahman

4.0 DASAR BERKAITAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN NEGARA

Dasar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj telah memberikan

kesan yang amat panjang sehingga hari ini. Pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh

Tunku Abdul Rahman iaitu Dasar Luar Negara, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar

Pembentukan Malaysia (Usul). Dasar atau usul pembentukan Malaysia ketika itu telah

disuarakan oleh Tunku sendiri selepas Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Usul ini telah dikemukakan dalam satu ucapan

penting pada 27 Mei 1961 di Singapura. Walaupun usul ini mendapat tentangan yang

hebat daripada negara-negara luar iaitu Filipina dan Indonesia, namun gagasan Malaysia

akhirnya dapat dibentuk dengan sempurna.

Pada mulanya, dasar pembentukan Malaysia telah dikemukakan untuk

membentuk satu gagasan di mana Sabah, Sarawak, dan Brunei digabungkan bersama

Persekutuan Tanah Melayu. Namun cadangan tersebut telah ditolak tepi oleh pihak

British dengan alasan bahawa Singapura diketepikan daripada gagasan tersebut. Setelah

itu, Lee Kuan Yew Presiden Singapura ketika itu, telah menyarankan penggabungan

antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, tetapi telah ditolak oleh Tunku

Abdul Rahman.

Akhirnya pada 27 Mei 1961, Tunku mengumumkan pengusulan gabungan

Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sarawak, Sabah dan Singapura untuk membentuk

Malaysia. Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perundingan

Perpaduan Malaysia yang telah dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini

telah memberi peluang kepada para pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan

pandangan. Akhirnya, Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu

memorandum untuk dihantar ke Suruhanjaya Cobbold dan suruhanjaya ini akan

bertanggungjawab untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat

syor perlembagaan yang baru.

Pada Ogos 1962, suatu jawatankuasa telah dibentuk iaitu Jawatankuasa Antara

Kerajaan (JAK) yang dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya iaitu

| Copyright © 2012 | 7

Page 8: Tunku abdul rahman

Tunku Abdul Rahman

Allahyarham Tun Abdul Razak. Tujuan JAK ditubuhkan untuk merangka perlembagaan

Malaysia mengikut kesesuaian Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya

pada 27 Februari 1963, satu laporan telah dikeluarkan yakni terkandung 20 perkara

yang telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu. Ia telah menjadi Akta

Malaysia 1963 secara rasminya. Perjanjian Malaysia pula ditandatangani pada 9 Julai

1963 dan pada masa yang sama, Brunei Darussalam telah menarik diri secara rasminya.

Akhirnya pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan secara

rasmi walau sebelumnya mendapat tentangan yang hebat dari negara jiran iaitu Filipina

dan Indonesia.

Setelah terbentuknya Malaysia, pelbagai dasar yang diperkenalkan untuk

memantapkan pembangunan Malaysia. Antaranya Rancangan Malaya Pertama dan

Kedua serta Rancangan Malaysia Pertama hingga kini. Garapan Rancangan Malaysia ini

akan dilakukan selama 5 kali setahun. Dasar yang diperkenalkan untuk menstabilkan

ekonomi Malaysia buat pertama kalinya iaitu Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi

Baru diusulkan untuk mengekang kemiskinan yang pada ketika itu lebih ramai pada

orang Melayu dan India.

Tambahan pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan juga turut ditubuhkan untuk

menaikkan taraf pendidikan terutamanya anak-anak Melayu agar mereka mendapat

pendidikan yang sempurna. Dalam pembentukan dasar ini telah memperlihatkan

Penyata Razak, Laporan Abdul Rahman Talib menjadi tunjang dalam menjadikan dunia

pendidikan adalah dunia berkaliber untuk rakyat Malaysia. Tidak dinafikan juga,

pentingnya Dasar Luar Negara. Tunku Abdul Rahman telah diperlihatkan dari sisi

kepimpinan untuk hubungan dasar luar Malaysia lebih ke arah kebaratan, yakni lebih

suka memilih menjalinkan hubungan dengan dunia barat berbanding asia yang ketika itu

aliran komunis masih menular di setiap negara Asia.

Pada hakikatnya, Dasar Pembentukan Malaysia ini telah menjadi tunjang atau

akar utama dalam penubuhan setiap dasar di Malaysia. Hal ini kerana, Malaysia adalah

negara yang majmuk dan berbilang bangsa serta agama. Kesan positif daripada Dasar

Pembentukan Negara ini dapat dilihat sehingga kini yakni kestabilan ekonomi,

| Copyright © 2012 | 8

Page 9: Tunku abdul rahman

Tunku Abdul Rahman

keharmonian dan keamanan dapat dicapai, kejayaan dan kegemilangan Malaysia di

mata dunia, mengekang isu penularan komunis dan yang penting dapat mengimbangkan

setiap bangsa di Malaysia.

5.0 KESIMPULAN

Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 ketika usianya meningkat

kira-kira 87 tahun. Beliau sempat menyaksikan tiga orang tokoh penggantinya sebagai

Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul

Razak (1970-1976), Allahyarham Tun Hussein Onn (1976-1981) dan selama hampir 10

tahun di bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri iaitu yang Amat Berhormat

Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tunku sesungguhnya boleh dibanggakan kerana beliaulah yang berjaya

“menebus” kemerdekaan dari belenggu penjajahan Inggeris yang telah dimulakan oleh

tindakan tertentu pihak Raja-raja Melayu sendiri. Bukan itu sahaja, Tunku juga

sebenarnya perintis penting terhadap hubungan kaum dan etnik di negara ini dengan

segala pendekatan kesederhanaannya sehingga apakalanya beliau kelihatan

mengabaikan kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula komitmen nasionalisme

melayunya itu.

Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia mengambil contoh kebaikan dan

kesungguhan Tunku dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Malah kita

seharusnya menjaga kemerdekaan negara yang kita miliki agar tidak jatuh ke tangan-

tangan anasir luar yakni kita perlulah menjada kemerdekaan kita setelah orang terdahulu

dari kita telah bersusah payah bergadai harta benda dan nyawa untuk membebaskan kita

dari penjajahan fizikal.

| Copyright © 2012 | 9