rangkulanugerahbm - core · 2018-04-09 · anugerah khas 'best architectural design' pada...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, Mac 10, 2017 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Pelajar Fakulti Kejuruteraan rangkul Anugerah 'Best Architectural Design' Oleh Syifarida Muhamad Zaki SERDANG - Lima pelajar tahun akhir Bacelor Kejuruteraan (Awam), Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi anugerah khas 'Best Architectural Design' pada pertandingan Structural Earthquake Stability 3.0di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sungai Long, 18 Februari lalu. Kumpulan pelajar itu - Mohammad Fikrie, Muhammad Najmi, Mohammad Muzakkir, Nur Rabiatul Adawiyah dan Nurul Ain menerima wang tunai RM400, sijil penyertaan dan sijil penghargaan. Ini adalah kali kedua pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam UPM menyertai pertandingan itu. Mereka dibimbing pensyarah jabatan itu, Dr. Izian Abd Karim dan Dr. Nabilah Abu Bakar. Pertandingan anjuran UTAR, Institute of Engineers Malaysia (IEM) dan Institution of Civil Engineers (ICE) itu adalah kali ketiga diadakan. Ia bertujuan menggalakkan pelajar menimba pengalaman praktikal kejuruteraan gempa bumi apabila pelajar terbabit merekabentuk dan membina model struktur bangunan berskala kecil yang efektif dalam merintangi beban gempa. Sebanyak 24 kumpulan pelajar dari pelbagai insititusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara menyertai pertandingan itu. Dr. Izian berkata penglibatan pelajar dalam pertandingan itu bukan hanya satu platform untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kelas tetapi juga merupakan sebagai saluran untuk menggalakkan pendekatan inovatif dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan kejuruteraan untuk merekabentuk struktur tahan gempa bumi yang berkesan. Beliau berharap kejayaan itu akan menjadi dorongan kepada semua pelajar untuk lebih maju, tatkala Jabatan Kejuruteraan Awam UPM terus komited dalam menghasilkan pelajar yang inovatif, kreatif dan berdaya saing. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 10 Mar 2017 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 10/3/2017 http://www.upm.edu.my/berita/details/rangkulanugerahbm

Upload: others

Post on 09-Mar-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: rangkulanugerahbm - CORE · 2018-04-09 · anugerah khas 'Best Architectural Design' pada pertandingan ‘Structural Earthquake Stability 3.0’ di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Jumaat, Mac 10, 2017

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Pelajar Fakulti Kejuruteraan rangkul Anugerah 'Best Architectural Design'

Oleh Syifarida Muhamad Zaki

SERDANG - Lima pelajar tahun akhir Bacelor Kejuruteraan (Awam), Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi anugerah khas 'Best Architectural Design' pada pertandingan ‘Structural Earthquake Stability 3.0’ di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sungai Long, 18 Februari lalu.

Kumpulan pelajar itu - Mohammad Fikrie, Muhammad Najmi, Mohammad Muzakkir, Nur Rabiatul Adawiyah dan Nurul ‘Ain menerima wang tunai RM400, sijil penyertaan dan sijil penghargaan.

Ini adalah kali kedua pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam UPM menyertai pertandingan itu. Mereka dibimbing pensyarah jabatan itu, Dr. Izian Abd Karim dan Dr. Nabilah Abu Bakar.

Pertandingan anjuran UTAR, Institute of Engineers Malaysia (IEM) dan Institution of Civil Engineers (ICE) itu adalah kali ketiga diadakan. Ia bertujuan menggalakkan pelajar menimba pengalaman praktikal kejuruteraan gempa bumi apabila pelajar terbabit merekabentuk dan membina model struktur bangunan berskala kecil yang efektif dalam merintangi beban gempa.

Sebanyak 24 kumpulan pelajar dari pelbagai insititusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara menyertai pertandingan itu.

Dr. Izian berkata penglibatan pelajar dalam pertandingan itu bukan hanya satu platform untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kelas tetapi juga merupakan sebagai saluran untuk menggalakkan pendekatan inovatif dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan kejuruteraan untuk merekabentuk struktur tahan gempa bumi yang berkesan.

Beliau berharap kejayaan itu akan menjadi dorongan kepada semua pelajar untuk lebih maju, tatkala Jabatan Kejuruteraan Awam UPM terus komited dalam menghasilkan pelajar yang inovatif, kreatif dan berdaya saing. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 10 Mar 2017

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

10/3/2017http://www.upm.edu.my/berita/details/rangkulanugerahbm