tun salleh abbas

2
Tun Salleh Abbas : Wira Kehakiman Negara Kes "UMNO 11" hanya merupakan salah satu daripada sebilangan kes yang memberi gangguan Dr. Mahathir dan kerajaannya. Kes terhadap dua orang wartawan yang tersebut di atas timbul ketika John Berthelsen dan Raphael Pura menulis sebuah siri makalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai- pegawai kerajaan yang diragui tidak mengikut etika dan sah. Jurnal Asian Wall Street yang menerbitkan makalah-makalah itu diharamkan dengan segera, dan Dr Mahathir selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Pura. Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan kerajaan. Disebabkan ini, pengharaman Jurnal Asian Wall Street juga ditarik balik. Dalam lagi satu kes, Mahkamah Agung menggunakan kuasa kajian semula kehakiman, dan membatalkan pindaan-pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret. Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Karpal Singh untuk dibebaskan daripada penahanan disebabkan kesilapan teknikal dan prosedur terhadap cara beliau ditahan. Dr Mahathir kelihatan seperti hilang sabar terhadap kes yang terakhir ini. Pada minggu yang berikut, beliau menyerahkan beberapa pindaan perlembagaan kepada Parlimen untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan mereka kuasa kehakiman sebagaimana yang Parlimen ingin memberikan. Sebagai justifikasi untuk pindaan-pindaan itu, Dr. Mahathir berkata: "...mahkamah-mahkamah telah memutuskan bahawa dalam penguatkuasaan undang-undang, mereka terikat kepada tafsiran-tafsiran sendiri dan bukannya terhadap alasan-alasan yang menyebabkan Parlimen merumuskan undang-undang ini... akhir-akhir ini, badan kehakiman telah berasa wajar untuk menyentuh perkara-perkara yang dahulu dianggap sebagai hanya dalam kuasa eksekutif." Ketua Hakim Negara untuk Mahkamah Agung, Salleh Abas, telah dipaksa oleh hakim- hakim sekerjanya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan kerajaan. Salleh memutuskan untuk mengadakan sebuah mesyuarat bagi kesemua 20 orang hakim daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi di ibu negara Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat ini, mereka bersetuju untuk tidak mengumumkan jawapan mereka terhadap kritikan-kritikan Dr. Mahathir. Sebagai ganti, mereka menulis sepucuk surat sulit kepada Yang Di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka. Surat yang ditulis oleh Salleh Abas, dan yang disetujui oleh semua hakim yang hadir dengan sebulat suara, menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap "berbagai- bagai komen dan tuduhan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri terhadap Badan Kehakiman," tetapi tidak mendesak sebarang tindakan yang khusus untuk diambil sebaliknya, surat itu hanya berakhir dengan ungkapan "harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan". Di dalam surat ini Tun Salleh Abas menyatakan antara lain, “ kesemua kami telah kecewa dengan pelbagai komen dan pertuduhan yang dibuat oleh YAB

Upload: nurul-fatihah

Post on 30-Jul-2015

45 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tun Salleh Abbas

Tun Salleh Abbas : Wira Kehakiman Negara

Kes "UMNO 11" hanya merupakan salah satu daripada sebilangan kes yang memberi gangguan Dr. Mahathir dan kerajaannya. Kes terhadap dua orang wartawan yang tersebut di atas timbul ketika John Berthelsen dan Raphael Pura menulis sebuah siri makalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diragui tidak mengikut etika dan sah. Jurnal Asian Wall Street yang menerbitkan makalah-makalah itu diharamkan dengan segera, dan Dr Mahathir selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Pura. Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan kerajaan. Disebabkan ini, pengharaman Jurnal Asian Wall Street juga ditarik balik.

Dalam lagi satu kes, Mahkamah Agung menggunakan kuasa kajian semula kehakiman, dan membatalkan pindaan-pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret. Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Karpal Singh untuk dibebaskan daripada penahanan disebabkan kesilapan teknikal dan prosedur terhadap cara beliau ditahan.

Dr Mahathir kelihatan seperti hilang sabar terhadap kes yang terakhir ini. Pada minggu yang berikut, beliau menyerahkan beberapa pindaan perlembagaan kepada Parlimen untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan mereka kuasa kehakiman sebagaimana yang Parlimen ingin memberikan. Sebagai justifikasi untuk pindaan-pindaan itu, Dr. Mahathir berkata: "...mahkamah-mahkamah telah memutuskan bahawa dalam penguatkuasaan undang-undang, mereka terikat kepada tafsiran-tafsiran sendiri dan bukannya terhadap alasan-alasan yang menyebabkan Parlimen merumuskan undang-undang ini... akhir-akhir ini, badan kehakiman telah berasa wajar untuk menyentuh perkara-perkara yang dahulu dianggap sebagai hanya dalam kuasa eksekutif."

Ketua Hakim Negara untuk Mahkamah Agung, Salleh Abas, telah dipaksa oleh hakim-hakim sekerjanya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan kerajaan. Salleh memutuskan untuk mengadakan sebuah mesyuarat bagi kesemua 20 orang hakim daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi di ibu negara Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat ini, mereka bersetuju untuk tidak mengumumkan jawapan mereka terhadap kritikan-kritikan Dr. Mahathir. Sebagai ganti, mereka menulis sepucuk surat sulit kepada Yang Di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka. Surat yang ditulis oleh Salleh Abas, dan yang disetujui oleh semua hakim yang hadir dengan sebulat suara, menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap "berbagai-bagai komen dan tuduhan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri

Page 2: Tun Salleh Abbas

terhadap Badan Kehakiman," tetapi tidak mendesak sebarang tindakan yang khusus untuk diambil — sebaliknya, surat itu hanya berakhir dengan ungkapan "harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan".

Di dalam surat ini Tun Salleh Abas menyatakan antara lain, “ kesemua kami telah kecewa dengan pelbagai komen dan pertuduhan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri yang ditujukan kepada Badan Kehakiman bukan sahaja dibuat di luar bahkan di dalam Parlimen.” Malahan, beliau turut menambah di dalam surat tersebut. “ tuduhan dan komentar yang dilemparkan telah memalukan kesemua para hakim dan menyebabkan fikiran kami rasa terganggu sehingga menyebabkan kami tidak dapat menjalankan fungsi kami dengan sempurna dan sepatutnya.”

Pada tahun 1988, Salleh Abas dihadapkan ke Tribunal Majlis Timbang Tara yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dikerusikan oleh Tun Hamid Omar. Sebagai tindak balas terhadap tribunal, Salleh Abas mengambil tindakan guaman dalam Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencabar keperlembagaan tribunal tersebut. Ketika meneruskan tindakan guamannya, beliau membuat permohonan untuk penggantungan sementara terhadap tribunal sehingga 4 Julai 1988. Permohonannya ditolak.

Dengan persetujuan YDPA, kerajaan telah melantik 6 orang hakim dan bekas hakim untuk pertimbangan YDPA. Anggota yang dilantik terdiri daripada hakim luar Negara yang terdiri daripada YAA K.A.P. Ranasinghe Ketua Hakim Negara Sri Langka, YAA T.S. Sinnathuray Hakim Mahkamah Agung Singapura. Ketua Hakim (Malaya) Tan Sri Dato Abdul Hamid bin Hj Omar, Dato Sri Lee Hun Hoe Ketua Hakim(Borneo) dan dua hakim yang telah bersara iaitu Tan Sri Abdul Aziz bin Zain dan Tan Sri Mohd Zahir bin Ismail.

Bagaimanapun, lima orang hakim Mahkamah Agung kemudian bersidang dan memberikan Salleh Abbas perintah interlokutori terhadap tribunal. Sebaik sahaja menerima perintah itu, peguam-peguam Salleh Abas pergi ke Parlimen untuk mengemukakan perintah interlokutori itu kepada pengerusi tribunal. Bagaimanapun, pintu besar yang menujui ke bangunan Parlimen telah dikunci dan wakil Salleh Abas terpaksa memanggil polis untuk menjamin laluan masuk ke Parlimen. Akhirnya nya, perintah interlokutori itu dikemukakan kepada pengerusi tribunal.

Tidak lama kemudian, kelima-lima hakim Mahkamah Agung itu digantung jawatan mereka. Daripada lima orang hakim itu, tiga orang hakim dipecat. Pemecatan-pemectan ini menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung dan oleh itu, cabaran terhadap kesahan timbang tara tidak dapat dibicarakan. Timbang tara kemudian memecat Salleh Abas daripada jawatannya.

Pemecatan luar aturan Salleh Abas menyebabkan Badan Peguam Malaysia enggan mengiktiraf Ketua Hakim Negara yang baru. Pada masa yang lebih kurang sama, Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan kuasa kehakiman kepada badan kehakiman sebagaimana yang Parlimen ingin memberikan.

Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan pada tahun 1988 telah cuba dijustifikasikan dan diperbaiki oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, pada tahun 2008 membayangkan kerajaan Malaysia akan meminta maaf kepada Tun Salleh Abbas yang dipecat serta mengembalikan semula hak-hak beliau seperti pencen dan sebagainya. Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada malam 17 April 2008 anjuran Majlis Peguam Malaysia di hadapan lebih kurang 600 orang, mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim yang terlibat secara langsung dalam kes 20 tahun lalu iaitu: Datuk George Seah, Tan Sri

Page 3: Tun Salleh Abbas

Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdul Kader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh. Inilah sejarah hitam pencabulan serius ke atas badan kehakiman di negara in