tun dr mahathir muhammad

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 tun dr mahathir muhammad

    1/7

    FALSAFAH DAN LOGIKA

    PENGAJIAN MELAYU.JXEA 1104.

    TOKOH FALSAFAH.

    NAMA: MUHAMMAD ASHRAF BIN AHMAD

    NO. MAKTRIK: JEA 080056

    NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MOHAMAD

    SEMESTER 1, SESI 2008/2009

    AKADEMI PENGAJIANMELAYU.

    UNIVERSITI MALAYA.

  • 8/14/2019 tun dr mahathir muhammad

    2/7

    FALSAFAH PEMIKIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

    Dr. Mahathir Mohamad telah dilahirkan pada tarikh 20 September 1925 di Alor Setar, Kedah.

    Beliau ialah anak bongsu daripada sepuluh orang adik-beradik.sepuluh orang adik-

    beradik.sepuluh orang adik-beradik. Ibu bapa beliau adalah tergolong dalam golongan kelas

    menengah ketika itu. Ibunya bernama Wan Tempawan manakala ayahnya bernam Mohamad bin

    Iskandar. Bapa Dr. Mahathir adalah bekas seorang guru sekolah menengah dan pengaudit

    kerajaan yang telah menguruskan keluarganya secara konservatif melalui disiplin dan ketegasan

    sebagai usaha untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam pendidikan.

    Dr. Mahathir mendapat pendidikan yang baik ketika di awl persekolahannnya. Beliau

    menuntut di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum beliau memasuki Government English

    School di Alor Setar. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di

    King Edward VII di Singapura. Ketika menuntut di sana beliau telah mula mengasah bakat

    dalam bidang kepimpinan denga memimpin beberapa persatuan, menyertai forum, dan juga sesi-

    sesi perdebatan serta mengasah bakat dalam bidang penulisan dengan menggunakan nama

    gelaran Che Det. Ketika menuntut di sana juga beliau telah berkenalan dengan isterinya iaitu Dr.

    Siti Asmah Mohd. Ali yang kemudiannya bersama-sama membesarkan tujuh orang anak hasil

    daripada perkongsian mereka.

  • 8/14/2019 tun dr mahathir muhammad

    3/7

    Setelah menamatkan pengajian beliau di Singapura, beliau pulang dan berkhidmat

    sebagai doktor dalam sektor kerajaan. Beliau telah meninggalkan sektor kerajaan kerana

    merasakan dirinya terbatas untuk berkecimpung dalam arena politik. Beliau kemudiannya telah

    ergerak aktif dalam politik mengikut kemahuannya.

    Pembentukan falsafah pemikirannya berdasarkan kepada empat perkara iaitu keluarga,

    penjajahan negara, kedoktoran, dan Che Det. Proses sosialisasi di dalam keluarga telah

    menunjangi keperibadian beliau yang turut terserlah di dalam pentabirannya. Disiplin diri yang

    kuat telah mendasari kemajuan yang dikecapi oleh negara hari ini adalah mengikut acuan sendiri

    yang cuba diterapkan kepada rakyat kerana beliau mempercayai bahawa rakyat mesti berdisiplin

    untuk membangunkan negara. Beliau juga telah memperkenalkan beberapa dasar berdasarkan

    kepada kepercayaan tersebut. Antara dasar yang diperkenalkannya ialah dasar-dasar ekonomi dan

    pembangunan negara serta dasar-dasar sosial yang dapat membentuk mutu dan kualiti kerja ke

    arah pembangunan negara.

    Zaman penjajahan asing banyak mempengaruhi gaya kepimpinan beliau yang

    mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi untuk mentadbir negara tanpa camour tangan

    kuasa asing. Beliau telah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak melupakan sejarah negara

    dalam menuntut kemerdekaan. Beliau juga menggalakkan rakyat agar bersatu padu melawan

    ancaman kuasa asing daripada menjajah semula negara. Beliau juga telah melalui pengalaman

    dijajah oleh tiga kuasa aing iaitu British, Jepun, dan Siam. Beliau telah melihat kekalahan yang

  • 8/14/2019 tun dr mahathir muhammad

    4/7

    dialami oleh kuasa Barat yang seterusnya menjadi pegangan hidup beliau bahawa kuasa Barat

    juga mempunyai kelemahannya sendiri.

    Ilmu perubatan yang dimiliki oleh beliau juga banyak membantu beliau untuk

    mengenalpasti cara terbaik untuk mentadbir negara. Beliau berjaya berhadapan dengan ancaman

    politiknya melalui proses menyelidik, memeriksa, merawat, menguji, dan seterusnya

    mendiagnosis sesuatu perkara yang difikirnya bagus untuk pembangunan negara.

    Dr. Mahathir juga menyebarkan idealisme beliau melalui bidang penulisan. Semasa

    masih menuntut di Singapura, beliau meneriam pulangan yang lumayan melalui bidang ini.

    Beliau turut menyalurkan idea-idea pemikirannya mengenai isu semasa seperti isu pendidikan

    tinggi masyarakat Melayu, kebebasan wanita Melayu, tarian tradisional da kehidupan harian

    masyarakat Melayu. Semasa beliau masih di peringkat awal bersama UMNO, beliau telah

    menubuhkan sekumpulan pemimpin muda UMNO yang telah menghasilkan sebuah akhbar yang

    bertajuk PEMERHATI. Hasil kreativiti beliau ini telah membolehkan beliau menulis karya yang

    lebih kontroversi seperti THE MALAY DILEMMA dan THE CHALLENGE. Melalui karya ini

    beliau telah menonjolkan idea mengenai kehidupan masyarakat Melayu dan senario yang

    melanda Asia serta global.

    Dr. Mahathir lebih berusaha untuk memperkenal budaya Asia yang lebih cenderung kea

    rah kepentingan norma bermasyarakat dan kekeluargaan. Beliau juga dengan lantang mengkritik

  • 8/14/2019 tun dr mahathir muhammad

    5/7

  • 8/14/2019 tun dr mahathir muhammad

    6/7

    Sebagai kesimpulan daripada falsafah pemikiran yang telah didukung oleh Dr. Mahathir,

    kita dapat melihat bagaimana beliau memerintah Malaysia berdasarkan idea Mahathirisme

    yang telah membawa pelbagai kemajuan baik dari segi keharmonian, keamanan, mahupun

    kestabilan ekonomi negara ini. Beliau telah banyak berjasa kepada negara ini semasa zaman

    pentadbirannya sehingga Malaysia dihormati di peringkat global. Idea-idea falsafah diri yang

    diaplikasikannya ke dalam pentadbiran negara telah menjadikan beliau seorang yang istimewa

    dan berfikiran jauh serta sukar diramal dalam membawa Malaysia mengecapi kemajuan dan

    kemakmuran.

  • 8/14/2019 tun dr mahathir muhammad

    7/7

    RUJUKAN

    Abdul Rahman Haji Abdullah, 1998. Pemikiran Islam Di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Ahmad Fawzi Mohd. Basri, 1996. Mahathirisme: Suatu Pemetaan Politik Malaysia. Seminar

    Kepimpinan Politik Malaysia Peringkat Kebangsaan. 16-17 Julai. Bangi, UKM.