tun abdul ghafar bin baba

23
Tun Abdul Ghafar bin Baba 18 Februari 1925 - 23 April 2006

Upload: kerolaiman

Post on 28-Nov-2014

1.214 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

TRANSCRIPT

Page 1: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Tun Abdul Ghafar bin Baba18 Februari 1925 - 23 April 2006

Page 2: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

• Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang beliau:

I. Setiausaha Kesatuan guru-guru (1949 – 1951); II. Setiausaha UMNO Melaka (1951 – 1955); III. Pengerusi UMNO Melaka (1955 – 1973); IV. Ketua Menteri Melaka (1959 – 1967); V. Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1957 – 1993); VI. Ketua Penerangan UMNO (1958 – 1962);VII. Naib Presiden UMNO (1962 – 1987); VIII. Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis

kepimpinan pada 1985 dan 1986); IX. Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri (1986 –

1993).

Page 3: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Kehidupan AwalBeliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah,

Negeri Sembilan. Bapanya bernama Baba Abdullah berasal dari Sungai Udang, Melaka dan ibunya, Saodah Saleh dari Kampung Bemban, Melaka. Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba membesar dalam sebuah keluarga yang susah. Bapanya melakukan pelbagai bidang pekerjaan termasuk sebagai penarik beca, kereta lembu dan penoreh getah.

Allahyarham Abdul Ghafar adalah anak yang keenam daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau menjadi anak yatim piatu ketika berumur lapan tahun. Sejak itu, Allahyarham Tun Abdul Ghafar tinggal bersama bapa saudaranya. Beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga

Page 4: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Beliau terpaksa berdikari bagi menampung perbelanjaan hariannya dengan menjadi ‘Caddy’, pemungut bola golf dan penjual kayu api. Ketika usia 14 tahun, beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, mencecah umur 34 tahun, beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan kini duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman semasa menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Page 5: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004).

Page 6: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bongsu, Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia. Keluarga

Page 7: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Arena Politik

Page 8: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Beliau mula melibatkan diri dalam politik pada tahun 1940 dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Melaka ketika berusia 15 tahun. Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948.

Beliau cukup yakin dengan peranan PKMM bagi membela nasib orang-orang Melayu. Beliau sering menghadiri perhimpunan dan mendengar ceramah dari tokoh-tokoh PKMM seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman, Ishak Muhamad dan lain-lain.

Page 9: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Pada 1955, Tun Ghafar menyertai UMNO di Melaka. Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991), Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).

Page 10: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama 1955. Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999.

Page 11: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Page 12: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972), Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Page 13: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Tokoh Penstabil Politik MalaysiaGhafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden, Tan Sri Dr Neo Yee Pan.

Peranan Ghafar sebagai orang tengah sewaktu parti MCA menghadapi krisis kepimpinan pada tahun 1984 menjadikannya seorang yang tersayang kepada parti tersebut.

Page 14: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Beliau turut dilihat sebagai ‘faktor penstabil’ (stabilising factor) kepada parti komponen Barisan Nasional berdasarkan sifat rasional dan pemikiran

matang Allahyarham, terutamanya apabila berhadapan dengan isu-isu sensitif berkaitan

agama, kaum, budaya dan bahasa.

Page 15: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Ketua Menteri Melaka

Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.

Page 16: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Menolak jawatan Menteri

Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn . Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung.

Page 17: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Timbalan Perdana Menteri

Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi. Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1987.

Page 18: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Pada 1993, Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi. Pasukan yang menentang Tun Ghafar digelar 'Team Wawasan'. Pasukan ini terbentuk daripada satu kumpulan atau pakatan politik dalaman yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Pemilihan UMNO 1993 yang memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding oleh sebab Tun Ghafar Baba menarik diri.

Page 19: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Penghargaan

Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-mana sultan. Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang diPertua Negeri Melaka. Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja. Beliau menerima gelaran Tun selepas bersara sepenuhnya daripada politik.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga dinamakan sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka telah meletakkan batu asas pada 24 September 1962.

Page 20: Tun Abdul Ghafar bin Baba

MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006 selepas beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan semula itu dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Page 21: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Peristiwa 15 Oktober…

• 1993 – Tun Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

• 2005 – Beliau jatuh sakit. Bermula dengan serangan asma. Semenjak dari itu, kesihatan beliau semakin membimbangkan. Sakit jantung dan juga paru-paru.

Page 22: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Pada 23 April 2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Tun Abdul Ghafar merupakan Negarawan ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Page 23: Tun Abdul Ghafar bin Baba

Nakhoda Melayu,Rimbunan segar benihmu kan tetap zahir di persada ini, cetus wangi berani.

Nakhoda Tokoh,Kembang kuncup layumu,Bukan berseloroh,Bah dengan makna.Riak gelombang irama,Mengharap lelayang kencana takkan pudar.

Nakhoda Hati,Ikrar Demang Lebar Daun, disemat jati,Terus membangun,Harapan yang pasti.

Kata ini, Janji padaMu ya Rabbi.

Hasil nukilan, kerolaiman, April 2012

“Saya sukakan kehidupan yang biasa, membawa kereta saya sendiri dan boleh berhenti di tepi jalan untuk makan rojak di bawah pokok.”,Tun Abdul Ghafar Bin

Baba.