tumbuhan penutup bumi

6
TUMBUHAN HIASAN Tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas berdasarkan kegunaan, jenis batang, kitaran hidup dan adaptasi kepada persekitaran. Secara am berdasarkan kegunaan tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada dua kegunaan utama. 1)Tumbuhan dalam Bangunan Bilangan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam atau di persekitaran bangunan adalahterhad jika dibandingkan dengan tumbuhan yang boleh ditanam di persekitaran luar Kebanyakkan tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan adalah tumbuhan yang tidak tahan kepada cahaya matahari yang terik dan sesuai hidup di persekitaran tertutup.Tumbuhan dalam bangunan biasanya mempunyai rupa bentuk yang menarik seperti bunga setawar, tumbuhan kaktus dan juga tumbuhan bonsái atau mempunyai daun yang berwarna-warni seperti bunga ati-ati. Tumbuhan hiasan dalam bangunan biasanya ditanam di dalam pasu. 2)Tumbuhan Luar Bangunan Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan adalah lebih banyak dari segi pilihan jikadibandingkan dengan tumbuhan hiasan untuk dalam bangunan. Tumbuhan ini terdiri dari pelbagai jenis antaranya dari tumbuhan menjalar sehinggalah pokok yang besar. Antaracontoh tumbuhan ini adalah Arachis Pintoi, ros Jepun, rumput-rumput, pakupakis,tumbuhan bebawang, tumbuhan herba dan juga pokok dewasa seperti pokok sena dan pokok hujan-hujan. Tumbuhan hiasan untuk

Upload: eliz-md-zainal

Post on 11-Feb-2015

104 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUMBUHAN penutup bumi

TUMBUHAN HIASAN

Tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas berdasarkan kegunaan, jenis batang,

kitaran hidup dan adaptasi kepada persekitaran. Secara am berdasarkan kegunaan tumbuhan

hiasan boleh dibahagikan kepada dua kegunaan utama.

1)Tumbuhan dalam Bangunan

Bilangan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam atau di persekitaran bangunan adalahterhad

jika dibandingkan dengan tumbuhan yang boleh ditanam di persekitaran luar Kebanyakkan

tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan adalah tumbuhan yang tidak tahan kepada cahaya

matahari yang terik dan sesuai hidup di persekitaran tertutup.Tumbuhan dalam bangunan

biasanya mempunyai rupa bentuk yang menarik seperti bunga setawar, tumbuhan kaktus dan

juga tumbuhan bonsái atau mempunyai daun yang berwarna-warni seperti bunga ati-ati.

Tumbuhan hiasan dalam bangunan biasanya ditanam di dalam pasu.

2)Tumbuhan Luar Bangunan

Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan adalah lebih banyak dari segi pilihan jikadibandingkan

dengan tumbuhan hiasan untuk dalam bangunan. Tumbuhan ini terdiri dari pelbagai jenis

antaranya dari tumbuhan menjalar sehinggalah pokok yang besar. Antaracontoh tumbuhan ini

adalah Arachis Pintoi, ros Jepun, rumput-rumput, pakupakis,tumbuhan bebawang, tumbuhan

herba dan juga pokok dewasa seperti pokok sena dan pokok hujan-hujan. Tumbuhan hiasan

untuk luar bangunan ini mempunyai nilaikeindahan (estetik) tersendiri dari segi rupa bentuk,

warna dan tabiat pertumbuhan.

JENIS-JENIS TUMBUHAN HIASAN

1.Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi

Tumbuhan hiasan yang biasa digunakan sebagai penutup bumi antaranya termasuklahrumput turf

seperti rumput bermuda, rumput tikar dan rumput zoysia, tumbuhan menjalar seperti kekacang

pinto dan ros Jepun Tumbuhan penutup bumi selain daripada memberikeindahan ia juga boleh

mencegah hakisan tanah dari berlaku.

Page 2: TUMBUHAN penutup bumi

2.Contoh Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi

i) Rumput Tikar (Axonopus compressus)

Nama Saintifik :Axonopus compressus

Nama Biasa : Rumput Tikar

Asal : Amerika Utara

Family :Poaceae

Pembiakan : Aseks

ii) Rumput Bermuda (Cynodon dactylon)

Nama Saintifik : Cynodon dactylon

Nama Biasa : Rumput Bermuda

Family :Poaceae

Asal : Turkey dan Pakistan

Pembiakan : Aseks(rizom)

iii) Ros Jepun (Portulaca Grandisflora)

Nama Saintifik :Portulaca Grandisflora

Nama Biasa : Ros Jepun

Family :Portulacaceae

Asal : Brazil

Pembiakan : Seks

Page 3: TUMBUHAN penutup bumi

iv) Kekacang Pinto (Arachis Pintoi)

Nama Saintifik :ArachisPintoi

Nama Biasa : Kekacang Pinto

Family :Fabaceae

Asal : Amerika Selatan

Pembiakan : Aseks

v) Rumput Zoysia (Zoysia Matrella)

Nama Saintifik : Zoysia Matrella

Nama Biasa : Rumput Zoysia

Family :Poaceae

Asal : Kepulauan Filipina

Pembiakan : Aseks

Page 4: TUMBUHAN penutup bumi