tukang kayu yang jujur

3
TUKANG KAYU YANG JUJUR Pencerita :Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang tukang kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Isteri :Uhh! Uhh! Maaf ya suamiku, hari ini saya tidak dapat menemani abang ke hutan rimba untuk mencari kayu. Saya berasa amat lemah dan sakit hari ini. Tukang Kayu :Tidak mengapala wahai isteriku, berehat sajalah kamu dirumah. Kesihatan kamu lebih penting. Nanti abang dapat duit jual kayu api bolehlah kita beli ubat. Isteri :Baiklah suamiku. Pergilah dengan berhati-hati. Uhh! Uhh! Pencerita :Maka ke hutanlah si tua keseorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti. Tukang Kayu :Aduh! Aku berasa penat sekali hari ini. Tenagaku tidak banyak lagi. Tapi aku harus kuat demi isteriku yang sedang sakit. Pencerita :Si Tukang Kayu itu pun menyambung kerjanya. Tiba- tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak

Upload: faez-nurazman

Post on 21-Jan-2016

96 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: Tukang Kayu Yang Jujur

TUKANG KAYU YANG JUJUR

Pencerita :Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang tukang kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya

hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Isteri :Uhh! Uhh! Maaf ya suamiku, hari ini saya tidak dapat menemani abang ke hutan rimba untuk mencari kayu. Saya berasa amat lemah dan sakit hari ini.

Tukang Kayu :Tidak mengapala wahai isteriku, berehat sajalah kamu dirumah. Kesihatan kamu lebih penting. Nanti abang dapat duit jual kayu api bolehlah kita beli ubat.

Isteri :Baiklah suamiku. Pergilah dengan berhati-hati. Uhh! Uhh!Pencerita :Maka ke hutanlah si tua keseorangan awal pagi sebelum

terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.

Tukang Kayu :Aduh! Aku berasa penat sekali hari ini. Tenagaku tidak banyak lagi. Tapi aku harus kuat demi isteriku yang sedang sakit.

Pencerita :Si Tukang Kayu itu pun menyambung kerjanya. Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari takut disambar arus, merataplah ia mengenangkan nasib.

Tukang Kayu : Uuuu! Uuuu! Kapak kesayangan ku. Habislah aku…itu sajalah punca pencarian rezeki ku. Aku memang seorang yang cuai. Bagaimana dengan nasib keluargaku nanti? Uuu! Uuu!

Pencerita : Si Tukang kayu itu terus menangis. Tiba-tiba muncullah pari-pari dari sungai melihat kesedihan si tua tersebut lalu naiklah ia bertanya

Page 2: Tukang Kayu Yang Jujur

Pari-Pari : Wahai orang tua. Kenapa bersedih hati?Tukang Kayu : Kapak kesayanganku telah jatuh kedalam sungai

semasa aku sedang bekerjaPari-pari : Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam.Pencerita : Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam

sungai. Selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil membawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.

Pari-Pari : Adakah ini kapak kamu?Tukang Kayu : Bukan, itu bukan kapak hamba. Tidak mampu hamba

memiliki kapak emas iniPencerita : Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan

timbul kembali bersama kapak perak.Pari-Pari : Adakah ini kapak kamu?Tukang Kayu : Bukan, itu bukan kapak hamba. Kapak hamba bukan

diperbuat dari perak.Pencerita : Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak besi

yang uzur. Pari-Pari : Wahai orang tua, adakah ini kapak kamu?Tukang Kayu : Ya! Itu kapak saya.Pencerita : Maka giranglah Tukang kayu itu kerana itulah kapak

miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujurannya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira.