tugasanedu3093

17
1.0 PENGENALAN Memetik ungkapan Imam Al-Ghazali berkenaan sifat guru: …’barang siapa berilmu , beramal dan mengajar , maka dialah yang disebut orang besar dalam alam malakut tinggi. Dia laksana matahari yang menyinarkan cahayanya kepada orang lain dan menyinarkan pula kepada dirinya sendiri. Dia laksana kasturi yang membawa keharuman kepada lainnya dan dia sendiripun harum.’….petikan dari buku Haluan Kerja Pendidikan oleh Dato’ Abd. Ghafar Mahmud (2011), Ungkapan di atas menunjukkan betapa pentingnya peranan guru sebagai agen perubahan transformasi pendidikan negara bagi mencapai objektif Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025. Namun begitu , pihak guru saban hari dibebani dengan pelbagai tugas yang semakin mencabar. Pembangunan profesionalisme diri guru sentiasa dituntut, komitmen guru sentiasa dipertikaikan sementara sebaliknya pengorbanan guru kelihatan agak kurang ditonjolkan oleh masyarakat. Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tonggak, iaitu: Learning to know (belajar untuk tahu); Learning to do (belajar untuk buat); Learning to live together (belajar untuk hidup bersama) dan Learning to be (belajar untuk menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. Belajar untuk tahu membantu seseorang membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. Belajar 1

Upload: fidah-jalil

Post on 15-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: tugasanedu3093

1.0    PENGENALAN

Memetik ungkapan Imam Al-Ghazali berkenaan sifat guru:…’barang siapa

berilmu , beramal dan mengajar , maka dialah yang disebut orang besar dalam alam

malakut tinggi. Dia laksana matahari yang menyinarkan cahayanya kepada orang lain

dan menyinarkan pula kepada dirinya sendiri. Dia laksana kasturi yang membawa

keharuman kepada lainnya dan dia sendiripun harum.’….petikan dari buku Haluan

Kerja Pendidikan oleh Dato’ Abd. Ghafar Mahmud (2011),

Ungkapan di atas menunjukkan betapa pentingnya peranan guru sebagai agen

perubahan transformasi pendidikan negara bagi mencapai objektif Pelan Pembangunan

Pendidikan (PPP) 2013-2025. Namun begitu , pihak guru saban hari dibebani dengan

pelbagai tugas yang semakin mencabar. Pembangunan profesionalisme diri guru

sentiasa dituntut, komitmen guru sentiasa dipertikaikan sementara sebaliknya

pengorbanan guru kelihatan agak kurang ditonjolkan oleh masyarakat.

Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On

Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup

harus berasaskan empat tonggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu);

‘Learning to do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidup

bersama) dan ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan

seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan

yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang

tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina satu spektrum ilmu yang

membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga

merangkumi cara belajar sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan untuk

memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari

pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk

melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada

kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi

seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja

berpasukan, menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.

1

Page 2: tugasanedu3093

Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak

terkecuali daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan

globalisasi. Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran dalam

bilik darjah yang perlu di ambil perhatian oleh guru khususnya cabaran penguasaan

kandungan mata pelajaran. Guru perlu membekalkan diri dengan pelbagai ilmu ,bukan

sahaja ilmu berkaitan mata pelajaran yang diajar, malahan ilmu di era globalisasi ini

seperti teknologi maklumat, psikologi , sains , matematik dan pelbagai bahasa bagi

membentuk diri, sahsiah dan intelek para pelajar.

Seterusnya cabaran di bilik darjah seperti masalah sosial dan disiplin yang

berleluasa yang berpunca daripada ledakan maklumat dan ilmu yang berbentuk global.

Tidak kurang juga dengan cabaran yang datang daripada bilangan pelajar yang

semakin meningkat hingga wujud kelas terapung. Hal yang sama juga perlu ditelusi bila

mana terdapat sekolah yang masih tidak lengkap dari aspek kemudahan yang

diperlukan dalam membantu melancarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran

berlaku. Bukan itu sahaja, malah pengurusan dan pentadbiran sekolah yang

berasaskan teknologi memerlukan guru yang mahir IT dan peka dengan perkembangan

terkini.

Konsep baru peperiksaan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan memberi peluang kepada pelajar-pelajar

mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas

kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.

            Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.

Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan

nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003

kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP).

2

Page 3: tugasanedu3093

2.0    DEFINISI

Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau

persoalan yang dibincangkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232)

cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan,

ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang

mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan

lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran

membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta

ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.

 Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran yang merupakan tempat terpenting di sekolah. Lebih penting lagi, bilik

darjah dikaitkan sebagai medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan

bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) memerlukan pelbagai pengetahuan,

kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Oleh itu, guru perlu mempunyai gaya

kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam

pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi,

kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK). 

Berikut merupakan definisi Pengurusan Bilik Darjah mengikut pandangan sarjana : 

Jacob Kounin (1970) : 

• Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah

daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. 

Marland (1975)

• Suasana fizikal bilik darjah merupakan 'kawan' atau 'musuh' dalam pembelajaran. 

Alberto & Troutman (1986) : 

• Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan

masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam

menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. 

3

Page 4: tugasanedu3093

 3.0 ISI JAWAPAN

3.1 Penguasaan kandungan

      Penguasaan kandungan adalah cabang falsafah yang mempertimbangkan sifat dan

skop pengetahuan serta andaian dan asas kebolehpercayaan umum terhadap tuntutan

ilmu (Fenstermacher, 1994, hlm. 19). Dalam konteks ini, dua domain pengetahuan

khusus telah diperkenalkan oleh Shulman (1987), iaitu pengetahuan kandungan dan

pengetahuan pedagogi yang dikenali sebagai pengetahuan pedagogikal kandungan

(pedagogical content knowledge). Pengetahuan kandungan merujuk kepada bidang

pengetahuan guru tentang isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan pengetahuan

pedagogi pula adalah berkaitan dengan pengetahuan mengenai strategi pengajaran

yang khusus. .

Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam

melaksanakan kurikulum tersebut , pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan

kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (JNS 1996; Abdul Razak & rakan-

rakan 1996; Saw Kian Swa 1996; Agness Voo 1996; Fatimah 1996 dan Amir

1996). Dari sudut pedagogi, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama

(KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti pemahaman, amalan

dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Aktiviti yang melibatkan

murid secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992). Menurut laporan Jemaah Nazir

Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru sekolah menengah

yang masih kurang pengetahuan,  kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang

disampaikan mengikut kehendak dan  keperluan KBSM.

Bagi pendapat saya, untuk menangani isu penguasaan kandungan ini , guru

perlu bijak memainkan peranan sebagai agen pembimbing dan pemudahcara murid-

murid. Murid akan berasa bosan jika setiapkali pengajaran dan pembelajaran berlaku,

guru hanya bersyarah bukan mendidik murid-murid. Bersyarah disini bermaksud hanya

berdiri dan memberi idea dan pandangan sendiri tanpa melibatkan murid yang

mempunyai idea kreatif yang pelbagai. Guru yang bijak akan merancang strategi dan

pendekatan bagi menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

4

Page 5: tugasanedu3093

3.2 Penggunaan ICT

Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan

aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT merujuk

kepada Information  And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara

meluas dalam aspek ekonomi,sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak,

warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang

dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu ditangani bersama.

Menurut Kulanz (2009) , permasalahan pembekalan komputer yang tidak

seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar mempengaruhi kemampuan guru dan

murid untuk mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat .Seperti yang kita sedia

maklum , peruntukan komputer di setiap sekolah berbeza. Perbezaan ketara dapat kita

lihat di sekolah bandar dan luar bandar. Di sekolah bandar, semua kemudahan

disediakan dan murid dapat menikmati prasarana yang disediakan. Berbeza dengan

luar bandar, pelajar tidak dapat menikmati kemudahan yang sepatutnya disediakan di

semua sekolah. Hal ini akan menimbulkan masalah kepada guru dalam

pengaplikasikan ICT dalam PdP. Penyelenggaran komputer juga kurang memuaskan

kerana kurangnya juruteknik di sekolah.

Seterusnya adalah sikap guru yang fobia atau takut komputer. Mereka

mempunyai tanggapan negatif terhadap penggunaan ICT dalam PdP. Menurut Md. Nor

Bakar & Rashita A. Hadi (2011) guru sudah terbiasa menggunakan teknik pengajaran

tradisional. Hal ini juga menyebabkan timbulnya isu penggunaan ICT dalam PdP.

5

Page 6: tugasanedu3093

3.3 Displin

Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik

darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang,

mempunyai sahsiah, intelek , jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti

yang kita sedia maklum, apabila tingkahlaku bermasalah atau disiplin berlaku dalam

bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.

Masalah displin dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama iaitu jenayah

berkelakuan negatif, membolos dan menipu. Contoh masalah displin yang kerap

berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati

guru, membaca bahan-bahan lain, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik

darjah, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke

kelas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran

mempunyai perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku

tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar,

kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkahlaku masa depan mereka . Pengurusan

bilik darjah yang tidak bersistematik seperti kurangnya ruang pengcahayaan dan

pengudaraan yang cukup, tidak teratur dan kurang menarik memberi ketidakselesaan

kepada pelajar. Justeru itu , berlakulah masalah displin ini.

Masalah displin di bilik darjah turut berlaku apabila guru tidak cekap

menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop. Perkara ini akan

menimbulkan masalah dari segi pengurusan masa guru.Sesetengah guru mengambil

masa lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran.

Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkial-

kial menggunakan peralatan ICT yang disedaiakan oleh pihak sekolah.

Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah juga

diperkatakan. Guru-guru dan pelajar- pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan

internet di sekolah dengan sering melayari laman-laman web yang tidak bekaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial MySpace, Friendster dan

sebagainya. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah

internet yang sukar dikawal.

6

Page 7: tugasanedu3093

3.4 Pentaksiran

Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat

oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam

Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah

proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar

secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.

PBS ( Pentaksiran Berasaskandi sekolah) dilaksanakan oleh guru-guru mata

pelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga

merupakan penilaian holistik yang menilai aspek kognitif (intelek),afektif (emosi dan

rohani) dan aspek-aspek psikomotor (fizikal) selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum

Standard Sekolah Menengah (KSSM). Objektif utama pelaksanaan PBS adalah untuk:

i) mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu

ii) memantau pembangunan individu dan membantu untuk meningkatkan

iiipotensiindividu

iii)membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran individu

(Lembaga Peperiksaan, 2012)

7

Page 8: tugasanedu3093

4.0 KEPENTINGAN

4.1 Penguasaan kandungan

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan

dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara

membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal

dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan

institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai

kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi

membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara

dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan

mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan

produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan

kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era

globalisasi kini

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran

tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan

globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di

kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan

dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum

terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah

diperkenalkan seperiti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan

pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2.  Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area

Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum

dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini

memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan

keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

8

Page 9: tugasanedu3093

4.2 Penggunaan ICT

Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick

dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan

tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh

teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran

di luar sekolah.

Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi

oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks

pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas

pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan

lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

4.3 Displin

Untuk mewujudkan bilik darjah dan sekolah yang kondusif itu bukanlah suatu

pekerjaan yang mudah. Ada sesetengah sekolah dihadapkan dengan masalah disiplin

dan keruntuhan akhlak yang teruk dalam kalangan murid-muridnya. Menurut Zawawi

Ahmad (1996), akhlak ialah suatu menifestasi hidup yang luas yang mencakupi

kegiatan menghubungkan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan

manusia dengan semua makhluk Allah yang lain di dunia ini. Akhlak manusia adalah

sangat peka dan mudah berkesan dengan sebarang tingkah laku sama ada baik

ataupun buruk. Oleh yang demikian Rasulullah sering mengingatkan umatnya tentang

mustahaknya akhlak dibentuk dengan baik. Namun akibat pengaruh dari barat, media

massa dan sebagainya, kita dapat lihat betapa runtuhnya akhlak dalam kalangan murid

Islam pada masa kini. Rakan sebaya juga mempengaruhi akhlak pelajar. Sebagai

contohnya, pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk menimbulkan

masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Contohnya menghisap

rokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah dan merosakkan harta benda sekolah.

9

Page 10: tugasanedu3093

5.0 CIRI-CIRI GURU

Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang

berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru

dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru

perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-

sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan

kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu

berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat

baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian

kerana ia amat berguna kepada pelajar di bilik darjah.

Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamanya

dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan

negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu

memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam

perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar,

masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar

tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru

juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi,

inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.

10

Page 11: tugasanedu3093

6.0 SUMBANGAN /TANGGUNGJAWAB GURU

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat

pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan

cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai

keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang

dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid.

Profesor Emeritus Tan  Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk

melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru

terlebih dahulu. 

Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan

warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan

Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini

adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi

seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang

pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap

program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan

perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga

guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing

alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

11

Page 12: tugasanedu3093

7.0 RUMUSAN

Kesimpulannya , bagi menghadapi persaingan global untuk mendidik murid-

murid dan menangani isu dan cabaran di bilik darjah , para guru perlu mempunyai

budaya pembelajaran sepanjang hayat.Oleh itu, guru perlu sentiasa peka dengan isu

pendidikan yang kerap berubah seiring dengan arus pembangunan negara.

Selain itu , guru harus mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam

bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa .Dasar MBMMBI ( Membudayakan Bahasa

Melayu Dan Bahasa Inggeris) merupakan antara program yang perlu diamalkan oleh

semua guru dan ianya bukan hanya dikhususkan kepada guru bahasa sahaja.

Guru perlu menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan

kehidupan seharian.Kemahiran asas komputer seperti menaip, mencari maklumat di

internet,program Microsoft Office dan kemahiran menggunakkan alat teknologi

maklumat seperti gajet-gajet dan LCD perlu dipelajari.

Guru perlu sentiasa bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan

mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru dan menjadi

warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

           

12

Page 13: tugasanedu3093

8.0 REFLEKSI

Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi saya panduan tentang bagaimana

untuk menjadi seorang guru yang baik dan bertanggungjawab bagi membimbing dan

mendidik murid-murid sesuai dengan zaman mereka.

Kata-kata dari Saidina Ali karamullahi wajhah: "Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya"

Kajian dari Amerika mengatakan bahawa:

"it is not the children's problems, but more to parents' behaviours that causes problems

in one's family"

Maksudnya: Bukan masalah kanak-kanak, tetapi lebih kepada sikap ibu bapa yang

menyebabkan masalah dalam keluarga.

Pada pendapat kita, gejala negatif yang kita lihat banyak berasal dari Barat.

Namun kini, ramai rakyat di sana yang mula menyedari pendekatan nilai-nilai murni

dalam kehidupan dan diterapkan di bilik darjah.. 

Pada mulanya , saya memulakan tugasan ini awal dua minggu daripada tarikh

penghantaran. Namun disebabkan tugasan seorang guru yang tidak menang tangan

dengan tugas hariannya di sekolah, tugasan ini disiapkan lewat sedikit daripada tarikh

penghantaran. Namun Alhamdulillah, tugasan ini berjaya juga disiapkan mengikut

jangka masa yang ditetapkan.

Kekuatan yang dapat saya lihat disini ialah era globalisasi melatih guru sentiasa

peka bagi menangani isu dan cabaran di dalam bilik darjah. Guru dapat

memperlengkapkan diri dengan ilmu sepanjang hayat bagi membimbing murid.

Kelemahan yang dapat dilihat di era globalisasi ialah betapa sukarnya untuk menangani

masalah displin jika murid di rumah sentiasa khayal bermain gajet-gajet tanpa

pengawasan ibu bapa . Akibatnya, ramai murid yang agak pasif dan kerap tidak

menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di samping masalah displin seperti buli,

jenayah siber dan lain-lain.

             

13

Page 14: tugasanedu3093

9.0 PENUTUP

Allhamdulillah , saya memanjatkan syukur ke hadirat Allah SWT kerana dengan

limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan EDU3093 Guru Dan Cabaran

Semasa ini hingga ke akhirnya. Saya mengambil kesempatan disini untuk

mengucapkan terima kasih kepada pensyarah , Encik Zaharuddin Bin Talip kerana

telah memberi banyak informasi bagi melaksanakan tugasan sebagaimana yang

ditetapkan

Selain itu , saya juga mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan terima

kasih kepada penyelaras EDU 3093, Dr Balakrishnangovinthasamy kerana memberikan

idea dan huraian teperinci bagi membuat tugasan ini dengan lebih baik dan tersusun.

Seterusnya , saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

saya daripada Kumpulan Matematik 2 yang sentiasa membantu saya melaksanakan

tugasan.

Adalah diharapkan tugasan akhir EDU ini akan menjadikan saya seorang guru

yang lebih cekal dan tabah di dalam menangani isu dan cabaran pendidikan di era

globalisasi ini.

Akhir kata, Sekian terima kasih.

Disediakan oleh ,

……………………………………..

(RAFIDAH BINTI JALIL)

14

Page 15: tugasanedu3093

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 2

Definisi 3

Isi Jawapan 7

Kepentingan 9

Ciri-ciri Guru 10

Sumbangan/ Tanggungjawab Guru 11

Rumusan 12

Refleksi 13

Penutup 14

Bibliografi 16

15